Khamis, 24 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


ISU TROFI AIM - TIBA MASANYA BERUNDUR?

Posted: 23 Nov 2011 11:04 PM PST


Kredibiliti AIM dan FFM kini mula dipertikaikan oleh ramai pihak, meskipun kedua-dua anugerah yang mereka adakan itu diiktiraf oleh kerajaan. Antara yang diiktiraf itu ialah dua 'major industry in creative' dan film & music, kedua-duanya melibatkan anugerah berprestij yang membanggakan negara.

Namun apa yang tidak kena ialah apabila pihak yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas seperti Pengerusi RIM, Norman Abd Halim dan Pengerusi GAFIM, Jurey Latiff Rosli asyik mengikut rentak sendiri.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ZIZAN RL BAKAL TINGGALKAN MELODI?

Posted: 23 Nov 2011 04:58 PM PST


Rezeki Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan raja Lawak nampaknya makin murah apabila kononnya dia dilamar untuk menjadi wajah eksklusif Astro. Ikhlasnya, bukan mudah untuk seseorang artis itu mahu dipilih oleh Astro melainkan mempunyai daya tarikan dan sokongan hebat peminat.

Namun apa yang berlegar difikiran ramai pihak sekarang ialah apa akan berlaku dengan rancangan Melodi TV3 sekiranya Zizan bersetuju menerima lamaran tersebut? Mungkinkah Dira Abu Zahar akan berseorangan atau TV3 sudah menyediakan pelan B untuk menutup 'lubang' yang ditinggalkan nanti?



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

PENGAKUAN LISA & AARON BERLAKON OMBAK RINDU

Posted: 23 Nov 2011 04:22 PM PST


Lisa Surihani yang memegang peranan sebagai Mila Amylia, dalam filem Ombak Rindu mengakui yang dia perlu merancang laluan kerjayanya dengan lebih berhati-hati. Ini kerana, dia sering memikirkan baik-buruk setiap keputusan yang dibuatnya dalam membina laluan kerjaya.

Ulasan Lisa itu timbul berikutan dia sedar akan adanya penonton yang kemungkinan membenci watak Mila yang dilakonkannya.

Salah satu adegan Ombak Rindu


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR SANA SINI - AZNIL VS DAHLIA TECK

Posted: 23 Nov 2011 03:54 PM PST


Bukan setakat Dahlia Teck sahaja yang menjadi penyokong kuat Khairul Fahmi Che Mat (Apex), tetapi Aznil haji Nawawi juga tidak ketinggalan. Dan berkat sokongan tersebut, akhirnya Malaysia menang ketika menentang Indonesia 4-3... tetapi tewas kerana keletihan dengan Syria 2-0.

Dalam hal ini... mungkinkah koleksi Aznil hasil pemberian Apex lebih banyak daripada Dahlia? Atau mungkin agaknya koleksi cenderamata daripada Apex untuk Dahlia dah bertimbun di rumahnya sampai tak larat nak simpan dah..!

Apa-apapun, jom tengok..!

Antara koleksi Aznil - klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu