Ahad, 20 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


MICHELE MELODI KINI SAH ISTERI DEQWAN

Posted: 19 Nov 2011 09:55 PM PST


Dengan sekali lafaz, Dalili Michelle Wee Abdullah, wartawan Melodi TV3 sah menjadi isteri Deqwan Remaja, atau nama sebenarnya Tengku Naharuddin sebentar tadi. Pernikahan mereka berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung oleh Melodi.

Sebelum bernikah, Dalili yang berasal dari Sarawak telah memeluk Islam pada 27 Julai lalu di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sesudah mendapat hidayah. Selain diajar oleh mentuanya, Deqwan turut membelikan Dalili beberapa buku agama sebagai panduan mempelajari agama Islam.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

11 GAMBAR NOSTALGIA JULIANA BANOS

Posted: 19 Nov 2011 04:45 PM PST


BIODATA:
Nama sebenar: Juliana bt. Azman Banos
Panggilan: Juliana, June & Jose
Tarikh Lahir: 26 Mac 1979
Tinggi: 5' 7"
Hobi: Melukis
Zodiak: Aries

Juliana Banos, artis berdarah kacukan Melayu, Perancis dan Sepanyol yang kini sibuk menguruskan rumahtangganya. Tentu anda semua masih ingat bagaimana Juliana mendapat kereta mewah Ferrari yang dianggarkan mencecah RM1 juta.

Namun... bukan cerita itu yang myartis mahu ketengahkan, tetapi gambar-gambar eksklusif pelakon dan penyanyi yang popular di tahun 90-an ini sejak beliau masih berhingus lagi. Jom tengok..!



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR SANA SINI - NORANIZA IDRIS TANPA TUDUNG?

Posted: 19 Nov 2011 11:39 AM PST


Gambar Noraniza Idris ketika dalam studio rakaman. Dengar cerita, Fitri Yahya adalah salah seorang yang mencipta lagu untuknya.

Apa yang menjadi isu ialah rambut blonde Noraniza... mungkinkah beliau kini sudah free hair? Apakah setelah mendirikan rumahtangga yang baru, beliau sudah tidak memakai tudung? Atau beliau hanya membuka tudung di dalam studio untuk tatapan rakan-rakan sahaja? Jawapannya... Allahu A'lam!

Gambar terbaru di Utusan Malaysia - Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MAJLIS RESEPSI EIRA SYAZIRA & AZAD JAZMIN

Posted: 19 Nov 2011 11:07 AM PST


"Alhamdulillah, selesai sudah majlis resepsi ku di KL. Next week kat Penang pulak. Thank you so much pada semua yang datang dan terlibat menjayakn majlis Eira semalam. Pada keluarga tercinta, sahabat handai, rakan-rakan artis, para wartawan yang sudi meluangkn masa untuk majlis Eira dan hubby ucapkan jutaan terima kasih yah. Love u guys much2! Maafkn kami jika ada kekurangan pada majlis kami semalam ye. Yang pnting semua happy dan enjoy sangat! Much appreciated," ujar Eira Syazira.

Untuk info, Eira dan Azad Jazmin telah selamat mengadakan majlis resepsi mereka di International Youth Centre, Cheras, Kuala Lumpur pada 18 Nov 2011. Sementara majlis Resepsi pihak lelaki akan dilangsungkan pula pada 26 Nov ini di Pulau Pinang.

Berikut adalah gambar-gambar majlis resepsi Eira dan suaminya. Photo kredit Hafeyz Yussof (Phosgraphis Photography).

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu