Jumaat, 18 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


BILA FAUZI NAWAWI DIDAKWA 'MAIN KAYU TIGA'

Posted: 17 Nov 2011 11:36 PM PST


Macam tak percaya bila membaca beberapa screenshot Blackberry Messenger (BBM) mengenai Fauzi Nawawi yang didakwa ada menyimpan kekasih lain. Antara dakwaan paling teruk ialah Fauzi ada menyebut tentang niat berkahwin lain kepada kekasih gelapnya menerusi BBM tersebut.

Tambah tukang gosip, Fauzi Nawawi berbuat 'angkara' sebegitu kerana isterinya Lisdawati lebih pentingkan ibu dan adik beradik sendiri berbanding Fauzi sendiri. Adoiii... berat tuduhan ni!

Bukan apa, sebenarnya sudah banyak kali Fauzi kena fitnah macam-macam... antaranya ialah isu video lucah yang didakwa kononnya Ida Nerina sedang 'buat wayang XX' dengan Fauzi. Tup..tup, sampai sekarang kesahihan dakwaan tersebut hanya tinggal 'omong' kosong yang tiada bukti sahih.

Fauzi dan Lisdawati...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

10 GAMBAR NOSTALGIA FAIZAL AF4

Posted: 17 Nov 2011 03:49 PM PST


BIODATA:
Nama sebenar: Mohd Faizal Bin Ramly
Nama glamor: Faizal AF4
Tarikh lahir: Ogos 17, 1984
Bintang: Leo
Tinggi: 175cm
Berat: 75 Kg

Faizal Ramly merupakan artis yang menjadi juara dalam rancangan realiti Akademi Fantasia 4 di Astro. Beliau telah terpilih sebagai Juara kerana bakat cemerlang, personaliti baik, rendah diri dan murah senyuman... dengan slogan 'Senyum sokmo'.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR SANA SINI - RAMONA ZAMZAM BORING

Posted: 17 Nov 2011 01:43 PM PST


Inilah akibatnya bila dah boring... macam-macam perkara pelik yang kita boleh lakukan secara spontan. Malah artis jelita seperti Ramona Zamzam juga tidak terlepas daripada rasa boring hingga melakukan aksi 'gila-gila' yang kemungkinan dapat melepaskan tension.

Bagaimanapun, aksi mahu 'membuang' anak kucing daripada tingkap ini hanya sekadar 'gurauan' daripada Ramona untuk rakan facebooknya. Maklumlah, asyik terkurung di rumah sahaja... last-last kucing jadi mangsa!

Klik untuk imej besar...

"Was about to throw Dolly out of the window bahahahhaha 
xD Dia anak kesayangan mama yg cantik tapi bimbo lol.
Roxy lagi pandaiiii heheh" - Ramona FB


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AISHWARYA RAI DAPAT BAYI PEREMPUAN

Posted: 17 Nov 2011 12:47 PM PST


Setelah empat tahun berkahwin dengan Abhishek Bachchan, 35, akhirnya pada hari Rabu (16 November) bintang Bolllywood Aishwarya Rai Bachchan, 38, selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Bekas ratu cantik dunia itu melahirkan bayi pertamanya di Hospital Seven Hills, Mumbai, India.

Untuk info, Aishwarya yang sakit hendak bersalin kira-kira pukul empat pagi itu telah dibawa ke bilik bersalin di mana proses kelahiran anaknya memakan masa hampir enam jam.

Aishwarya ketika mengandung....


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu