Selasa, 15 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


GAMBAR ANAK FAIZAL ISMAIL (FBI)

Posted: 14 Nov 2011 10:44 PM PST


Gambar anak ketiga penyampai radio HotFM, Faizal Ismail (FBI) yang lahir pada 11.11.11 (11 November 2011).

Bagaimanapun, nama anak Faizal ini masih belum diketahui. Semoga dengan kelahiran anak terbarunya ini, ia dapat mengubat duka Faizal yang sebelum ini kehilangan anaknya yang tercinta kerana demam berpanjangan.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

"SAYA YANG TANGGUNG DOSA" - ZARINA ANJOULIE

Posted: 14 Nov 2011 09:29 PM PST


Bagai menuang air di daun keladi... begitulah perihalnya dengan artis 'berani mati' Zarina Anjoulie Lavocah yang menyifatkan aksi hangatnya dalam majalah FHM Indonesia keluaran Oktober sebagai perkara biasa.

"Saya berani kerana benar. Jika buat ke tak buat, tak ada beza pun. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi. Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja," ujar Zarina dipetik sebagai berkata.

Imbas kembali aksi Zarina
Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

PENCABAR ASTRO DIDEDAHKAN MALAM INI?

Posted: 14 Nov 2011 09:10 PM PST


Menurut sumber, Malam ini satu servis baru syarikat televisyen berbayar akan diketengahkan kepada umum di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kerana jika sebut sahaja tentang televisyen berbayar, pastinya minda kita sudah seperti sinonim dengan Astro lantaran penguasaan mereka selama lebih 10 tahun.

Persoalannya sekarang, mungkinkah monopoli Astro itu bakal dipecahkan oleh syarikat baru ini yang bakal didedahkan malam ini?

Difahamkan, syarikat Nilamas Corp Sdn. Bhd. bakal mendedahkan jenama baru yang mampu memecahkan monopoli stesen televisyen berbayar tetapi juga penyedia perkhidmatan IPTV contohnya Telekom Malaysia dan Maxis yang bakal melancarkan perkhidmatan sama.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

16 GAMBAR NOSTALGIA FASHA SANDHA

Posted: 14 Nov 2011 01:34 PM PST


BIODATA:
Nama penuh: Nur Fasha Sandha Hassan
Nama komersil: Fasha Sandha
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Tarikh lahir: 28 Mac 1984
Pendidikan: Institut Kebudayaan Belia Negara (diploma)
Kerjaya: Pelakon, Model iklan
Tempat lahir: Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru

SEJARAH:
Fasha mula mendapat perhatian selepas lakonannya dalam Black Maria. Drama bersiri Natasya seterusnya telah melonjakkan nama Fasha sekaligus menjadikannya antara pelakon wanita paling menonjol. Kontroversi antara Fasha dengan Nora Danish serta percintaannya dengan Jejai turut menghangatkan nama pelakon dan model ini di persada seni.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu