Isnin, 14 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


BOY IMAN NIKAH JAM 10.00 MALAM

Posted: 14 Nov 2011 03:08 AM PST


Seorang lagi pelakon yang kahwin pada tarikh cantik 11.11.11. Beliau ialah Norul Iman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman, yang juga Pengasas dan Pengarah Urusan di cdma health dan beauty.

Majlis akad nikah boy telah berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya. Meskipun jadual nikah dijangkakan selepas maghrib sekitar 7.30 malam, namun tanpa disangka ia telah terlewat hingga ke pukul 10.00 malam.

"Terima kasih semua atas ucapan tahniah! Untuk makluman semua, majlis bersanding boy akan dibuat pada 26hb januari 2012," ujar Boy.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

KARENAH TRISTAN TAREEF BERSAMA CHEF WAN

Posted: 13 Nov 2011 11:49 PM PST


GAMBAR SANA SINI...

Aksi cucu Chef wan, Tristan Tareef, iaitu anak sulung kepada Serina Redzuan dan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar.

Nampaknya Chef wan begitu leka melayan karenah cucu meskipun sibuk dengan pelbagai program masakan termasuk menjadi juri Maharaja Lawak Mega. Bertuahnya Tristan dapat atuk macam Chef wan... moga dah besar esok dia juga boleh berjaya macam atuknya jadi chef selebriti..!

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ABBY ABADI VS JOYAH & THE GENG

Posted: 13 Nov 2011 10:52 PM PST


Abby Abadi, janda Norman Hakim yang selalu bikin panas dalam blognya termasuk menyakitkan hati segelintir wartawan yang berkepala batu. Meskipun terpaksa melalui pelbagai suka duka, namun Abby tetap tabah menghadapi pelbagai tohmahan dan maki hamun bersendirian.

Tidak puas dengan tuduhan meroyan, berperangai pelik, minta simpati, membebel dan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati... dia turut dituduh sebagai 'janda terdesak' yang gilakan publisiti.

Ikhlasnya, myartis turut bersimpati dengan nasib Abby. Ini kerana, satu ketika dulu, Abby tidak pernah dikutuk sebegini teruk oleh segelintir wartawan yang kononnya hebat mewakili media hiburan.

Malah Abby juga merupakan artis yang paling hormat pada wartawan. Dia begitu rajin bersalam sambil mencium tangan wartawan sebagai tanda hormat pada mereka.

Dan inilah yang dikatakan, 'langit tidak selalu cerah' dan kadangkala kawan boleh menjadi lawan. Pada Abby dan segelintir wartawan yang hanya berani meluahkan perasaan diruangan 'pojok'... cukup-cukuplah tu dan ingatlah, 'meludah ke langit akan jatuh ke muka sendiri'!

Jadi untuk hiburkan hati yang duka dan penuh bara, myartis siarkan himpunan gambar lucu Abby Abadi bersama Zul Ariffin dan anak-anaknya. Moga ia dapat menyejukkan hati mereka termasuk Joyah and the geng yang selalu memendam rasa kerana dipenuhi dengan perasan kecewa.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ELLIZA AF3 KAHWIN DENGAN PENGURUS

Posted: 13 Nov 2011 09:44 PM PST


Wahhh... rupa-rupanya ramai juga artis kita yang kahwin pada tarikh cantik 11.11.11 yang lalu. Selain Lan A to Z, bekas peserta Akademi Fantasia 3 (AF3), Elliza Razak, 27, turut mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Khairul Adzwan Nasir, atau Joe, 24.

Majlis ala Inggeris, merupakan konsep majlis pernikahan dan persandingan Elliza dan Joe. Elliza menggayakan pakaian tajaan Seni Andaman Mawar Biru dalam persalinan berwarna kelabu cair dan gelap.

"Kami mula berkenalan pada pertengahan tahun lalu selepas diperkenalkan kawan.

"Selepas dua minggu berkenalan, dia menyatakan hasrat untuk bertunang kepada abang saya. Memikirkan apa yang dilakukan itu baik, keluarga saya menerima cadangan Joe dan keluarganya dengan tangan terbuka.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

ISU GAMBAR CIUM: "AMPUNKAN SAYA" - NABILA HUDA

Posted: 13 Nov 2011 12:35 PM PST


Setelah mendiamkan diri gara-gara dakwaan gambar berciumnya, akhirnya Nabila Huda tampil membuat pengakuan dalam program hiburan di TV9, Galaksi, Jumaat lalu.

"Saya minta maaf kepada semua pihak di atas penyebaran gambar yang tidak sepatutnya keluar itu. Saya sendiri rasa kesal sangat kerana gambar itu boleh keluar kat umum. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut," ujar Nabila dipetik sebagai berkata.

"Saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab orang dah tengok gambar itu dan orang dah tahu dah keadaan itu macam mana. Apa yang boleh saya buat, saya hanya boleh minta maaf kepada semua yang marah kepada saya mengenai gambar itu.

"Pada saya, apa yang terjadi itu mungkin saya boleh cakap yang ada orang telah menyalahgunakan gambar itu dan cuba menganiaya saya. Tapi tak apalah, cuma apa yang boleh saya minta ialah saya harap orang itu boleh minta maaf secara terbuka sebab saya rasa dia dah mengaibkan saya dan juga keluarga saya.

Bila nasi dah jadi bubur - klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu