Jumaat, 11 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


FARAH LEE MINTA REMOVE GAMBAR JAHILIAHNYA

Posted: 11 Nov 2011 02:51 AM PST


Farah Lee, gadis yang digosipkan dirisik oleh pengacara TV3, Ally Iskandar di terengganu meminta sesiapa yang mempunyai gambarnya tanpa tudung agar membuangnya. Gesaan tersebut timbul mungkin berdasarkan rasa 'berdosa' lantaran beberapa dakwah kebelakangan ini yang menggesa agar wanita Islam tidak mempamerkan aurat di laman sosial.

"Pengumuman kepada sesiapa yang masih memiliki gambo saya zaman jahiliah dolu-dolu, mintak kerjasama untuk remove dari pandangan umum (fb,fs,ms,flikr,blog etc) and delete aje gambo itu dari file anda ye. Kalau sayang nak delete, crop kan aje tubuh saya. Takpe saya tak kecik hati malah berbesar hati kalau you olls kesayangan mak ni buat macam tu.

"Jika dengan kematian kami dapat melihat wajahMu, matikanlah kami supaya terhindar kami dari fitnah dunia. Jika dengan kematian kami tercampak ke nerakaMu, panjangkanlah hidup kami supaya dapat kami perbanyakkan taubat kepadaMu," ujar Farah di laman Facebooknya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

3 KALI LAFAZ - DIRA SAH ISTERI HELMI

Posted: 11 Nov 2011 01:51 AM PST


Pelakon Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi dengan tiga kali lafaz. Mereka berdua telah dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, hari ini.

Difahamkan, mas kahwin ialah RM 7777.77 dan Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.


Gambar: Mstar

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

WOWW...!! FESYEN 'TERBUKA' FASHA SANDHA

Posted: 10 Nov 2011 06:49 PM PST


Siapa tak kenal Fasha Sandha... pelakon dan model 'berani mati' yang cukup gagah menggayakan pelbagai fesyen terkini. Dan untuk sesekian kalinya, Fasha telah mengayakan fesyen 'terbuka' yang cukup menawan jejaka 'mata keranjang' ketika majlis pelancaran 'Majalah Lisa' di ibu negara.

Walaupun ada sedikit lemak, namun mungkin ia 'lemak berkrim'... apa lagi... jom tengok...!

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

FAIZAL ISMAIL (FBI) DAPAT ANAK LELAKI

Posted: 10 Nov 2011 06:34 PM PST


"Allahuakbar... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani... Anak ketiga kami seorang Putera telah selamat dilahirkan ke dunia pada 9.03am pagi tadi. Segala-galanya dalam keadaan baik. Kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan semua. Alhamdulillah!" Ujar penyampai radio HotFM Faizal Ismail (FBI).

Dengan kelahiran anak ketiga itu, terubatlah duka Faizal yang pernah kehilangan anak (meninggal dunia) beberapa tahun lalu. Apa yang menarik, anaknya lahir hari ini dengan tarikh cukup cantik iaitu 11.11.11.

Tahniah untuk Faizal! Myartis akan cuba mendapatkan gambar baby faizal secepat mungkin khas untuk anda semua. Tungguuuu...!!

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BEKAS PESERTA MASTERCHEF 'LUDAH' CHEF RIZ

Posted: 10 Nov 2011 02:44 PM PST


Pasti ramai yang sudah tahu mengenai juri program realiti Masterchef Malaysia, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz yang didakwa menipu profil kelayakannya konon pernah menyertai 'Chef de Cruisine' di Babboo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin. Bila terbongkar, Chef Riz yang merupakan anak kepada Chef selebriti Chef wan akhirnya terpaksa mengakui 'kesilapannya' itu.

"Chef Riz telah memohon maaf kepada penonton program Masterchef Malaysia di atas kesilapan memperincikan butiran profil kelayakannya secara berlebihan dan pihak Astro Ria telah menerima penjelasan beliau itu," jelas Astro dalam satu kenyataan.

Namun bukan itu yang myartis nak ceritakan... tetapi mengenai sikap segelintir bekas peserta program tersebut yang tidak segan-segan 'menghentam' dan 'mengutuk' Chef Riz. Sampaikan ada yang 'meludah' dalam komen-komen yang disiarkan untuk tatapan rakan twitter mereka.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BEKAS SUAMI SEDIA 'RUJUK' NABILA HUDA

Posted: 10 Nov 2011 02:06 PM PST


Bekas suami Nabila Huda, Zaidy Zaizali mengakui masih sayangkan jandanya itu dan dia bersedia menerima Nabila kembali (rujuk) dengan hati terbuka. namun ada syarat yang dikenakan oleh Zaidy... Nabila haruslah berubah atau lebih tepatnya meninggalkan perangai suka berhibur yang menjatuhkan maruahnya sendiri.

"Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka," ujar Zaidy dipetik sebagai berkata.

Nabila yang baru saja bercerai dengan Zaidy pertengahan Oktober lalu didakwa bergambar memalukan di Pulau Tioman bersama teman lelakinya. Aksi Nabila itu turut dikritik oleh bapanya sendiri Amy Search yang meminta anaknya bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri.

Zaidy... sedia terima Nabila..


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GUGUR KANDUNGAN KALI KEDUA, JOHAN RL SEDIH

Posted: 10 Nov 2011 01:24 PM PST


"Punca isteri saya keguguran adalah disebabkan terlalu banyak bergerak tanpa mengetahui tentang kandungannya.

"Dalam tahun ini, Ozlyn sudah dua kali keguguran kerana terlalu aktif dan ketika itu dia juga selalu ikut saya ke gym.

Johan dan Ozlyn - Klik untuk imej besar...


"Sudah tentu saya sangat sedih kerana impian saya mahukan 12 orang cahaya mata seperti adik beradik saya," kata pelakon Johan (Raja Lawak) dipetik sebagai berkata bagi mengulas mengenai isterinya Ozlynwati yang keguguran sebanyak dua kali tahun ini.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu