Khamis, 10 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


MICHELLE WEE (MELODI) KAHWIN 20-11-2011

Posted: 10 Nov 2011 03:49 AM PST


Ini berita terkini yang baru kami terima... Michelle Wee, wartawan Melodi TV3 dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Deqwan Remaja, atau nama sebenarnya Tengku Naharuddin pada 20 November ini.

Semuanya bermula apabila Deqwan dan Michelle dikatakan ada meluahkan hajat untuk berkahwin itu pada bulan November kepada sebuah media. Malah kad kahwin mereka juga sudah diedarkan kepada rakan taulan dan tertera huruf D & M.

Kad kahwin Michelle dan Deqwan
Klik untuk imej besar...



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

PEMINAT APEX BERANG PENDEDAHAN ELIA

Posted: 09 Nov 2011 03:21 PM PST


Perang sana perang sini... begitulah yang berlaku di alam siber antara peminat bola VS peminat jari runcing, artis VS artis dan pelakon VS janda.

Terkini perang mulut antara peminat Khairul Fahmi Che Mat dan Elia Jejari Runcing kembali hangat apabila Elia mendakwa penjaga gol kebangsaan yang merupakan bekas tunangnya itu ada menghubunginya semula.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

FAIZAL ISMAIL TIMANG ANAK BARU 11-11-11..?

Posted: 09 Nov 2011 02:25 PM PST


Mungkinkah tarikh keramat 11 November 2011 atau lebih cantiknya 11.11.11 menjadi satu detik indah buat penyampai radio HotFM Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI? Ini kerana, tarikh tersebut merupakan tarikh jangkaan isterinya melahirkan anak mereka.

"Salam semua... InsyaAllah kalau tak ada aral, isteri saya dijangka melahirkan anak ketiga kami pada 11.11.11... sekarang ni tengah standby je. Harap anda semua dapat mendoakan yang terbaik buat kami. Terima kasih diucapkan.. doa kami untuk kalian juga... Amin," ujarnya melalui facebook.

Faizal ketika turut serta dalam ibadah korban Aidiladha...
Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

DEMI MOORE TAK MAHU BERCERAI

Posted: 09 Nov 2011 01:13 PM PST


Pelakon Demi Moore kelihatannya seperti sudah boleh memaafkan Ashton Kutcher yang sudah curang dengan Sara Leal hingga aksi seks mereka tertangkap melalui kamera tersembunyi baru-baru ini. Dan seperti diduga, Demi tidak akan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu.

"Dia sudah mengatakannya ke Ashton bahawa dia tidak mahu berlakunya perceraian dan mereka sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka," ujar sumber yang rapat dengan pelakon itu.

Sumber itu turut mendedahkan yang kini Ashton berusaha untuk meluangkan lebih banyak waktu bersama bintang 'A Few Good Men itu'. Dengan cara itu, Ashton berharap mereka boleh melupakan kejadian memalukan itu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

PARIS HILTON KE BALI SECARA SEMBUNYI

Posted: 09 Nov 2011 12:56 PM PST


Pertengahan tahun lalu, Paris Hilton didakwa membatalkan kedatangannya ke Bali, Indonesia. Namun siapa sangka, dalam diam dia kini tiba-tiba dikatakan telah berada di Pulau dewata, Bali.

Perkara itu diluahkan sendiri oleh Paris melalui akaun Twitter rasminya yang mengatakan pada petang selasa lalu (9 November), penyanyi lagu 'Stars are Blind' itu baru sahaja menjejakkan kaki di Bali.

Dalam tweet-nya itu, Paris berkata ia adalah pengalaman pertama kalinya melancong ke sana. Bahkan dia juga mengakui telah lama ingin datang dan mengatakan cutinya di pulau itu pasti akan menakjubkan.


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu