Rabu, 9 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


GAMBAR SANA SINI - BOBOI GEGET NENEN SANGEETHA

Posted: 09 Nov 2011 06:48 AM PST


Maharaja Lawak Mega minggu kedua sudahpun berakhir... dan tiada penyingkiran Jumaat lalu melainkan pada minggu ketiga nanti.

Sememangnya kumpulan yang agak menyerlah ialah Kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Lawak mereka berdua memang bersahaja dan mencuit hati ramai penonton dengan gelagat kanak-kanak tadika.

Namun yang lebih lawak lagi sebenarnya ialah aksi belakang tabir Afdlin mengusik Adlin Aman Ramlie yang membawa watak Sangeetha. Jom tengok..!!

"Mama... nak nenen..!!" kata Afdlin - Klik untuk imej besar...


Aksi Afdlin Shauki sebagai Boboi...


GAMBAR NOSTALGIA NORA & JOHAN NAWAWI

Posted: 08 Nov 2011 10:35 PM PST


BIODATA:
Nama sebenar: Wan Norafizah binti Ariffin
Nama glamor: Nora
Tempat lahir: Kampung.Dewan Beta, Kota Bharu Kelantan
Profesion: Penyanyi, Pelakon Iklan
Status: Berkahwin dengan Johan Nawawi
Album: Sandiwara (1994), Debaran (1995), Naluri (1996), Hanya Satu (1998), Kirana (2000), Nora Nora (2002), Cinta Satu Dekad (2003), Samudera (2006)

PENGENALAN:
Wan Norafizah binti Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora merupakan seorang penyanyi yang mula mencipta nama pada tahun 1994 dengan album pertama yang berjudul Sandiwara. Beliau berasal dari Kampung Dewan Beta, Kota Bharu Kelantan.

Paling terkini, beliau telah muncul sebagai juri rancangan realiti Kilauan Emas terbitan Astro.

Istimewa untuk anda semua, kami persembahkan 10 gambar nostalgia Nora dan Johan yang sememangnya eksklusif (tiada di laman lain)... hanya di myartis..!

Klik untuk imej besar...



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

POSE 'BERANI MATI' ZARINA ANJOULIE DI FHM

Posted: 08 Nov 2011 01:49 PM PST


"Tak cuma musik rock melayu ala search yang kita impor dari Malaysia. Zarina datang dan dia ingin tinggal di sini untuk menyenangkan Anda. Dan berpose seksi adalah salah satu cara yang dipilihnya!" lapor majalah FHM edisi Indonesia keluaran Oktober 2011 mengenai posing 'maut' Zarina Anjoulie Lavocah yang pernah menggemparkan industri seni kita dengan gambar-gambar 'terlampaunya'.

Mungkinkah aksi seperti itu sudah basi di sini hingga mahu diimportnya pula ke Indonesia? Apakah Zarina masih tidak insaf atau tidak serik dengan pelbagai kontroversi yang melandanya selama ini?

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AMY SEARCH 'NASIHATKAN' NABILA HUDA

Posted: 08 Nov 2011 12:57 PM PST


"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.

"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," kata Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search dipetik sebagai berkata dalam majlis pelancaran singlenya berjudul Simetri, di Kuala Lumpur.

Amy berkata demikian sebagai mengulas persoalan yang diajukan oleh media mengenai gambar-gambar 'hangat' anaknya, Nabila Huda, 27, yang didakwa berkelakuan kurang senonoh dan berparty liar di Pulau Tioman baru-baru ini bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu