Isnin, 7 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


'RAGAM' ABBY, NORMAN DAN ANAK2 DI AIDILADHA

Posted: 07 Nov 2011 03:39 AM PST


Kontroversi bukan penghalang hubungan antara ibu bapa dan anak-anak!

Mungkin itulah maksudnya gambar 'bahagia' Abby Abadi dan Norman Hakim bersama anak-anak mereka di Hari Raya Aidiladha ini. Yang pasti, kemungkinan juga ada pihak ketiga yang 'berasap kepala' sekiranya melihat gambar-gambar mesra ini... ha ha.

Mereka bukan sekadar 'happy'... malah berpakaian sedondon lagi. Apa-apapun, jom kita layan je aksi mereka...!

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR SANA SINI - FARAH LEE MULA 'BERNIQAB'?

Posted: 06 Nov 2011 12:50 PM PST


Mungkinkah sudah sampai waktunya Farah Lee berniqab iaitu menutupi mukanya daripada pandangan bukan muhrim? Ini kerana, gambar terkini yang menjadi 'Profile Pictures' dan menghias facebooknya menampilkan Farah memakai pakaian tersebut.

"ukhty dah mula berniqab?" Tanya seorang rakan Facebook pada Farah. Namun hingga berita ini disiarkan, tiada jawapan daripada Farah.

Mungkinkah dia memakainya hanya sementara atau untuk selama-lamanya? Jawapannya... hanya Farah sahaja yang mengetahui. Allahu A`lam!

Untuk info, Farah adalah gadis yang pernah dikaitkan dengan majlis merisik Ally Iskandar, pengacara TV3 di Terengganu baru-baru ini. Bagaimanapun, baik Ally mahupun Farah sendiri, mereka mengambil sikap berdiam diri bila diajukan kebenaran gosip tersebut oleh rakan-rakan mahupun media.

Gambar terkini Farah pada 4 November 2011
klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu