Sabtu, 5 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


GAMBAR ARTIS 'JANDA ANAK SATU' CIUM MULUT

Posted: 05 Nov 2011 06:49 AM PDT


Gambar artis janda anak satu yang sedang bercium mulut dengan lelaki Melayu di Kampung Salang ketka mereka melakukan aktiviti diving di sana. Bukan setakat bercium mulut, malah mereka juga menyambut Halloween dengan memakai tanduk syaitan sambil minum arak.

Gosip ini dikatakan sudah lama berlaku, tetapi gambarnya baru sahaja didedahkan dalam Galaksi di TV9 oleh wartawan gosip Kiah Propa. Kelasss kau kiah..!

"Ini gambornya... gambor asli tau, kami tak buat cerita tipu..!!" begitulah lebih kurang kata Kiah Propa dengan nada sinis seolah 'memulang paku buah keras' kepada artis berkenaan yang sebelum ini mungkin menafikannya.

Siapakah artis janda anak satu tersebut? Mungkinkah ada kena mengena dengan artis janda yang baru-baru ini meminta cerai di mahkamah syariah? Bak kata pepatah, tepuk dada... tanya selera!

Gambarnya selepas ini... (2 keping)

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

JAJA NADZIR SAMBUT AIDILADHA TANPA ANAK2

Posted: 04 Nov 2011 02:37 PM PDT


Meskipun kali pertama menyambut Aidiladha tanpa anak-anak, namun Jaja Nadzir, janda Heykal Hanafiah tetap 'berkorban' dan memendam kesedihannya seorang diri. Malah Aidiladha tahun ini juga tampak suram apabila dia tidak dapat balik ke kampungnya di Terengganu atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

"Bye bye my kiddos have a safe journey & semoga raya haji bakal disambut dengan happy walaupun 1st time beraya tanpa Mummy dalam seumur hidup mereka. yes life isnt always fair for us but that what life is all about.. sahut it sebagai cabaran untuk menguji kekuatan & kesabaran diri.. happy alwiz my lil darlings.

Bergambar sebelum berpisah
klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011

Posted: 04 Nov 2011 01:59 PM PDT


Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus muncul sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2011 serta merangkul tiga anugerah lain iaitu Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Sementara bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama pula dimenangi oleh Eman Manan menerusi drama Janji Syurga dan anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama dimenangi oleh Umie Aida melalui Airmata Nur Salina.

Untuk Filem Terbaik kali ini ia berpihak kepada Magika terbitan KRU Studios. Manakala Filem Cun berjaya merangkul sebanyak empat anugerah seperti Pengarah Terbaik Filem (Osman Ali) , Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Remy Ishak) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Nadiya Nissa).



Gambar-gambar anugerah dan senarai penuh pemenang selepas ini:

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu