Jumaat, 4 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


12 GAMBAR NOSTALGIA LINDA ONN

Posted: 04 Nov 2011 04:40 AM PDT


BIODATA:
Nama: Rozlindah Onn
Nama glamor: Linda Onn
Tarikh lahir: 26 November 1977
Bintang: Sagittarius
Tempar lahir: Singapore
Kerjaya: Radio announcer, TV presenter, actress
Status: Bujang

SOALAN NOSTALGIA BERSAMA LINDA ONN

Myartis: Ikhlasnya, Linda nak suami yang macamana?

Linda Onn: Linda nak suami yang berlainan kerjaya dan bukan yang sama-sama dalam bidang seni. Memanglah kalau ikut akal waras, jika sama kerjaya kita boleh memahami penat-lelah masing-masing, tapi bagi Linda tidak begitu. Bayangkan kalau suami kita tu bercerita tentang benda yang sama mengenai dunia seni... kan ke boring? Tapi kalau cerita benda lain seperti dunia korporat ke... atau yang lain-lain baru ada pertukaran idea. Oleh yang demikian, kalau dapat anakpun taklah sama 'kepala' tetapi lain dari yang lain.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR SANA SINI - DR. MUSZAPHAR DI ALGERIA

Posted: 03 Nov 2011 02:25 PM PDT


Gambar-gambar menarik Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar di Constantine Algeria . Beliau berada di sana kerana menghadiri 10th astronomy Conference pada 30 Oktober hingga 1 November lalu. Meskipun majoriti penduduknya berbahasa Arab dan Perancis, namun ia bukan batu penghalang untuk mereka berbincang tentang perkembangan semasa.

"Just finished with the Space Astronomy Conference . 3 talks within 3 days but I truly enjoyed it . Will be giving my final talk at the largest mosque in Africa right here in Constantine ! Am really looking forward to it ..... My love to Everyone," ujar Dr. Sheikh Muszaphar.

Klik untuk imej besar...



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR SANA SINI - FARAH LEE JADI 'MAKCIK'

Posted: 03 Nov 2011 01:53 PM PDT


Farah Lee, gadis yang dikaitkan dengan majlis merisik pengacara TV3 Ally Iskandar, baru-baru ini telah menjadi 'makcik' apabila mendapat anak buah kembar. Ini kerana kakaknya Lydia Lee selamat melahirkan bayi kembar iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan melalui proses pembedahan.

*Can't help myself from sharing my happiness,* kata Farah dalam Facebooknya.

"Alhamdulillah.. My sister, Lydia Lee has just delivered her miracle pair of twins.
Prince: 10.32am, 2.58kg. Princess: 10.34am, 2.72kg. Auntie farah, auntie fafa, auntie snow, auntie annyong, auntie backom, auntie mamee monster or whatever your brother call me, is counting days to hug and kiss both of you.!!! Welcome to the new world. Be a good Muslim and Muslimah," tambahnya.


Melihat kegembiraan keluarga tersebut, mungkinkah Farah juga bakal 'bertuah' punya 'kembar' apabila mendirikan rumahtangga nanti sebagaimana kakaknya'? Namun itu semua hanya teka-teki semata-mata kerana baik Farah mahupun Ally, mereka masih lagi berdiam diri (tidak mengiyakan dan tidak menafikan) tentang 'hubungan' yang digembar-gemburkan itu.

Apa-apapun, tahniah diucapkan buat Farah dan keluarga. Moga kebahagiaan ini akan berkekalan hendaknya. Amin..!

'BOMOH' BANTU YUSRI KRU HINDAR HUJAN

Posted: 03 Nov 2011 12:59 PM PDT


Meskipun kita sudah berada di zaman serba moden dan canggih, namun masih ada segelintir pihak yang masih percaya dengan 'kelentong' bomoh. Mereka percaya bomoh tersebut mampu menghindarkan bala, menarik rezeki dan sebagainya hingga ada yang kerugian beribu ringgit.

Begitulah juga yang mungkin berlaku terhadap pengarah filem Vikingdom, Yusry Abdul Halim yang secara terus-terang mengakui telah menggunakan khidmat bomoh untuk 'menahan hujan' ketika melakukan penggambaran filem bertaraf antarabangsa itu.

Alasan Yusry, dia menggunakan alternatif tersebut sekadar 'salah satu usaha' untuk melakukan penggambaran secepat mungkin.

"Saya tidak percaya tentang perkara-perkara begini tetapi ia hanya hanya satu usaha sahaja untuk kami melakukan penggambaran dengan lancar.

"Lagipun sekarang ini tiap-tiap hari hujan, jadi kami terpaksa panggil bomoh hujan. Namun saya bertuah kerana setakat ini, bila saya shoot pagi, malam yang hujan dan jika shoot malam, pagi yang hujan. Apapun saya pasti, bukan kami saja yang menggunakan khidmat bomoh hujan ini, tapi semua produksi pun macam itu juga.

Salah satu adegan Vikingdom - klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu