Khamis, 3 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


PENGALAMAN PERTAMA FASHA SANDHA DI BILIK MAYAT

Posted: 02 Nov 2011 12:37 PM PDT


Bukan mudah untuk berhadapan dengan mayat yang sudah reput, tambah-tambah bila ia adalah pengalaman kali pertama. Malah myartis ketika menjadi wartawan jenayah 20 tahun dulu juga hampir muntah dan seminggu tidak menjamah daging selepas melihat proses bedah siasat buat pertama kali di hospital besar Kuala Lumpur.

Dan kini, pengalaman yang sama turut dirasai oleh Fasha Sandha apabila terpaksa bertandang ke bilik mayat untuk melihat mayat saudaranya. Kata Fasha, itulah kali pertama dalam hidupnya melihat mayat selepas post mortem. Meskipun berat hati, namun mengenangkan arwah seorang yang baik dan peminat setia... dia gagahkan juga.

"Pertama kali melihat mayat jarak dekat selepas post mortem. Memang pengalaman yang baru. Pada mulanya memang berat hati, tapi memandangkan arwah orang yang baik dan seorang peminat setia, ku gagahkan hati. Al Fatihah. Semoga Arwah Nan ditempatkan di golongan orang yang beriman," ujar Fasha melalui FBnya.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

BOB LOKMAN SEDIA DITANGKAP

Posted: 02 Nov 2011 12:08 PM PDT


"Saya sedia ditangkap," demikian reaksi Bob Lokman mengenai waran tangkap yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Jumaat lalu.

"Jika mereka hendak tangkap saya, silakan kerana saya akur dengan keputusan mereka yang menganggap saya bersalah.

"Sedangkan saya hanya memberi dakwah tentang apa yang saya fikirkan dan menjelaskan mengapa saya perlu dekatkan diri dengan cara hidup seperti hari ini yang lebih menjurus kepada akidah dan tauhid," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, Bob menolak dakwaan yang dia menyampaikan dakwah di masjid untuk mempengaruhi perkembangan politik negara.

Bob Lokman - klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu