Rabu, 2 November 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


ANAK ANGKAT IBU FASHA SANDHA DIBUNUH?

Posted: 02 Nov 2011 12:40 AM PDT


Gempar..!

Anak angkat kepada ibu Fasha Sandha dan juga kawan rapat kepada Lena AF9 yang telah dianggap seperti saudara sendiri ditemui mati kemungkinan dibunuh. Fasha dan Lena telah dilihat berada di bilik mayat, Pusat Perubatan UKM, Cheras, Kuala Lumpur semalam bagi melihat jenazah dan mengetahui perkembangan semasa.

Dalam laporan akhbar pada 31 Oktober 2011, polis telah menemui mayat seorang lelaki yang hampir reput dan berbau yang hanya berseluar pendek di tangga tingkat 3 sebuah bangunan rumah kedai.

Ia berikutan laporan yang dibuat oleh penduduk yang terhidu bau busuk di tempat kejadian kira-kira jam 11.30 pagi.

Dan berita terkini yang diterima, mayat tersebut dikenal pasti sebagai Mohamad, 29 tahun dari Semporna , Sabah. Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan.

Fasha & Lena di biliki mayat - klik untuk imej besar...

Gambar ehsan: ondscene

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

15 GAMBAR NOSTALGIA ANUAR ZAIN

Posted: 01 Nov 2011 11:45 PM PDT


BIODATA:
Nama: Shahrul Anuar Zain
Nama glamor: Anuar Zain
Tarikh lahir: 17 Februari 1970
Bintang: Aquarius
Tempat Lahir: Merlimau, Melaka.
Jumlah adik beradik: Lima orang
Pendidikan: Sekolah Rendah Seksyen 16, Sekolah Menengah Sultan Azlan Shah, Shah Alam, Selangor

KENANGAN TERINDAH

BERBICARA tentang kenangan terindah, banyak nostalgia yang sudah dilalui oleh Anuar sejak zaman kanak-kanak sehinggalah dia dewasa. Namun yang paling indah ialah apabila dia menjadi artis rakaman EMI pada awal tahun 80-an.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

GAMBAR SANA SINI - ZUL ARIFFIN 'BERSILAT'

Posted: 01 Nov 2011 02:10 PM PDT


"Silat practice," demikian beritahu Zul Ariffin dalam laman facebooknya!

Namun tidak diketahui di mana dan untuk tujuan apa latihan silat tersebut diadakan. Mungkin sekadar untuk bergambar, latihan peribadi atau mungkin untuk persediaannya dalam lakonan drama atau filem akan datang.

Yang pasti, ada sesuatu yang mahu Zul kongsikan pada peminatnya mengenai gambar ini. Tambah-tambah apabila isu 'putus cinta' dengan Abby Abadi menjadi perbualan hangat di media massa mahupun secara online.

"Awas... jangan rapat".!! - klik untuk imej besar


Zul sempat kontrol macho ketika buka langkah...


BOB LOKMAN DIBURU JAIS

Posted: 01 Nov 2011 01:47 PM PDT


Satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas bekas pelakon dan penulis lirik Bob Lokman atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan lebih 70 orang di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor pada bulan lalu.

Waran tangkap tersebut dikeluarkan berikutan Bob enggan hadir ke JAIS untuk memberi keterangan.

Ini kerana, di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, jika sabit kesalahan, Bob boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu