Jumaat, 25 November 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Neelofa Terima Tawaran Tanpa Henti Sejak "Azura"

Posted: 25 Nov 2011 06:04 PM PST

PETALING JAYA: Satu per satu tawaran filem yang diterima oleh pelakon baru, Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa), 22, (gambar) selepas dia membintangi filem Azura.

Selepas pertama kali ditawar berlakon dalam filem Azura, dalam masa tidak sampai setahun dia sudah berlakon filem kelima.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan tawaran yang tidak henti-henti. Namun dalam masa yang sama, saya rasa tidak pelik jika berlakon banyak filem kerana orang lain juga dapat melakukan perkara yang sama seperti saya.

"Dengan lambakan pelakon yang ada sekarang, saya rasa tidak salah untuk mencuba peluang dan rezeki yang datang," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: "Saya berterima kasih kepada Abang Aziz M Osman yang mana selepas saya berlakon filem Azura, banyak tawaran yang saya perolehi selepas itu."

Selepas Azura, dia berlakon dalam filem Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko yang dijangka memasuki penggambaran pada bulan depan.

Kesemua filem tersebut dijadualkan masuk panggung tahun depan.

Menyentuh tentang filem Taiko, Neelofa akui filem tersebut telah memenuhi impiannya untuk melakonkan babak aksi.

"Sementara menunggu tawaran filem seterusnya, saya ada berangan-angan untuk melakonkan babak aksi. Kebetulan mendapat tawaran filem Taiko, saya anggap ia sebagai suatu bonus.

"Kemungkinan saya akan menyanyi sedikit dalam lagu tema filem ini. Nasib baiklah saya pernah menghadiri kelas vokal pada tahun lepas. Sekurang-kurangnya saya boleh praktikkan apa yang dipelajari sebelum ini sebagai persediaan," ujarnya.

Beralih kepada topik nyanyian, pelakon drama Kitab Cinta, Tahajjud Cinta dan Jiwa Lara ini akui tidak minat untuk bergelar penyanyi dan kelas vokal yang dihadirinya sebelum ini sekadar suka-suka.

Sebagai persediaan untuk Taiko, Neelofa juga mengaku ramai yang tidak tahu dia merupakan seorang yang lasak dan aktif bersukan serta pernah menyertai sukan tinju sejak tahun lalu, gimrama, tenis dan lompat jauh sewaktu di sekolah.

Selain itu, dia juga bakal sibuk dengan penggambaran program Nona mulai akhir bulan ini dan menjalani penggambaran di Lombok dan Bali, Indonesia.

Mutiara 'Cinta' Jehan Miskin dan Nabila Huda

Posted: 25 Nov 2011 06:04 PM PST

Nabila Huda

PETALING JAYA: Kisah cinta antara Nabila Huda dan Jehan Miskin menerusi drama berjudul Mutiara bakal disiarkan pada 2 Disember ini, pukul 10.30 pagi menerusi slot Nurani, TV1.

Gandingan dua pelakon yang memegang watak sebagai Firman (Jehan) dan Fina (Nabila) mengisahkan tentang pergolakan jiwa seorang pemuda berjiwa rock bernama Firman yang tersedar bahawa muzik ghazal telah mengundang rasa cinta terhadap diri sendiri.

Firman sudah tidak keruan bilamana dia tidak dapat menilai antara sukanya pada alunan muzik ghazal ataupun Mutiarayang menyanyikan lagu ghazal itu.

Dari hari ke hari, Firman sudah mula jatuh hati pada Mutiara. Diasering melihat dan mendengar Mutiara mengalunkan irama dan nyanyian ghazal di restoren milik ProfesorMarzuki.

Jehan Miskin

Dalam masa yang sama, Fina (penyanyi dalam kumpulan Firman) juga menaruh hati pada Firman.

Hari demi hari disiplin Firman terhadap kumpulannya sudah semakin luntur dan sering datang lewat ketika latihan mahupun ketika persembahan membuatkan abang Li (ketua kumpulan) tidak senang dengan sikap Firman sehingga ke arah pertelingkahan.

Firman dijemput bermakan malam di rumah Fina dan memperkenalkan ayahnya, Profesor Marzuki dan bakal isteri ayahnya, Mutiara.

Berlaku pula konflik apabila Firman menuduh bahawa Fina dan Mutiara cuba mempermainkannya sehingga membuat keputusan untuk membawa diri ke Jepun.

Bagaimanapun firman dan Fina telah selamat diijabkabulkan.

Selain jehan dan Nabila, antara barisan pelakon lain ialah Aman Shah, Zul Huzaimy dan Fiza Elite.

Bintang-Bintang Korea Bakal Gamatkan MAMA

Posted: 25 Nov 2011 06:03 PM PST

2Ne1

PETALING JAYA: Majlis malam anugerah Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011 yang akan berlangsung pada 29 November ini di Stadium Tertutup Singapura bakal diserikan dengan kemunculan khas bintang-bintang popular Korea.

Antara artis Korea yang akan hadir ialah 2NE1, Girls' Generation YB dan Dynamic Duo dimana akan membuat persembahan nyanyian sekali gus berkongsi pentas dengan penyanyi antarabangsa, will.i.am dan apl.de.ap daripada kumpulan Black Eyed Peace.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul, anugerah berprestij itu akan bersiaran secara tertunda di 8TV.

Girls Generation

"Pihak kami amat berbangga kerana dapat menyiarkan anugerah yang berprestij ini.

"Misi kami adalah untuk menyampaikan kandungan hiburan dan informasi yang terbaik untuk penonton-penonton berbangsa Cina memandangkan stesen ini merupakan stesen Cina utama negara" katanya.

Antara barisan selebriti yang akan menyerikan majlis tersebut termasuklah Lee Byung Hun dan Song Seung Heon.

Will.i.am

Disamping itu, Song Joong Gi dari drama TV popular 'Sungkyungwan Scandal' akan turut menyerikan majlis.

Selain itu, Park Shi Hoo, Ji Sung, Go Soo dan Kim Soo Hyun, Bae Soo Bin, Nam Gyu Ri, Yoon Seung Ah, Kim Sung Soo dan Oh Ji Ho adalah antara bintang-bintang Korea yang bakal menambahkan nilai hiburan acara penuh prestij ini.

Bintang veteran Hallyu, Kim Hee Sun, Korean Barbie Doll, Han Chae Young, bersama dengan Yoon Eun Hye, Han Hyo Joo dan Kim Min Hee bakal memukau peminat-peminat K-pop.

Anugerah yang dibawakan secara eksklusif oleh 8TV itu akan disiarkan pada pukul 9.30 malam.

Bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran tersebut, layari www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb, www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

‘Linda tidak kongkong saya’

Posted: 25 Nov 2011 06:02 PM PST

BAHAGIA...Que Haidar bersama isteri, Linda Jasmine dan anak mereka, Muhamad Qalis.
BAHAGIA...Que Haidar bersama isteri, Linda Jasmine dan anak mereka, Muhamad Qalis.

KUALA LUMPUR: "Bukan isteri mengongkong karier sebagai pelakon, tapi ini keputusan saya. Saya bertekad mengundur diri daripada dunia lakonan kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan milik mentua," kata pelakon, Tengku Iskhan Tengku Haidar atau Que Haidar, 32.

Sehubungan itu, dia menolak dakwaan pihak tertentu yang menuduh isterinya, Linda Jasmine Hashim, 38, sebagai punca dia meninggalkan dunia lakonan yang selama ini menjadi sumber pendapatannya.

Terbaru apabila pelakon berkenaan tidak menghadiri prebiu tayangan filem, 'Misteri Jalan Lama (MJL)' di Cathay Cineplax e@Curve menyebabkan Que Haidar didakwa dikongkong isterinya yang dikatakan cemburu melampau selain diberikan banyak syarat termasuk tidak melakonkan adegan cinta bersama pelakon wanita lain.

"Saya sudah lali dengan isu ini, isteri tak pernah mengongkong, tapi apa yang berlaku keputusan sendiri. Sebelum berkahwin saya sudah berniat meninggalkan dunia lakonan kerana bagi saya keluarga lebih utama.


"Bukan niat saya tak hadir tayangan prebiu filem MJL, namun ketika itu terpaksa berulang-alik ke Johor melawat saudara yang sakit akibat kanser," katanya.

MLM: Kumpulan Hiro Tersingkir Minggu Ke Lima

Posted: 25 Nov 2011 06:01 PM PST

Kumpulan Hiro terpaksa akur dengan keputusan penyingkiran MLM.

SHAH ALAM: Kumpulan Hiro tersingkir pada program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu ke lima yang berlangsung pada malam Jumaat di sini.

Kumpulan Hiro yang dianggotai oleh Ropie, Iliya dan Hamdan tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 37 peratus.

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Saehu dari Indonesia (42 peratus) dan peserta tunggal solo, Adlin Aman Ramli (42 peratus).

Kumpulan Saehu

Pada konsert minngu ke lima itu, para peserta telah diberi tema bertajuk Purba Kala.

Dalam pada itu, persembahan pada malam itu diungguli oleh kumpulan Boboi (34 peratus), 3G (56 peratus), Pimai (56 peratus), Osbon (52 peratus), Syok (45 peratus), Bawel (45 peratus) dan Bawal Power (42 peratus).

Sementara itu, juri tetap MLM, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkata persembahan semua peserta pada minggu ini sedikit menurun berbanding minggu sebelumnya.

Kumpulan Bawal Power

Ujar Chef Wan, peserta terlalu banyak menumpukan pada kostum dan persembahan tanpa menitikberatkan soal pengisian lawak yang ingin disampaikan.

"Isi cerita adalah penting dan malangnya semua peserta pada malam ini terlalu menumpukan pada konsep dan kostum," ujarnya.

Drama Hebat Di TV3 Sempena Maal Hijrah

Posted: 25 Nov 2011 06:01 PM PST

Zahiril Adzim.

PETALING JAYA: Sempena Maal Hijrah yang jatuh pada Ahad ini, stesen TV3 bakal menyiarkan drama hebat penuh teladan untuk tontonan seisi keluarga.

Bermula seawal 25 November, ikuti siaran program-program khas seperti Sebelum Lima Perkara, Setitis Hidayah, Si Puteh, Dakwah Muharram dan Taubat Nasuha.

Seperti yang dijangkakan, drama-drama hebat ini membariskan pelakon-pelakon yang tidak asing lagi di persada seni tanah air seperti Fauzi Nawawi, Zahiril Adzim, Sheila Rusly, Datuk Jalaludin Hassan, Zul Yahya, Aqasha, Fouziah Gous dan Liyana Jasmay.

Drama Dakwah Muharram dan Taubat Nasuha sudah disiarkan pada Jumaat lalu.

Ana Dahlia.

Sementara Cerekarama berjudul Sebelum Lima Perkara mengisahkan tentang Alyah yang mempunyai segala-galanya iaitu suami, anak-anak dan kemewahan.

Lebih beruntung, Alyah diberikan keimanan dan ketakwaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Maha Pencipta. Anak-anak juga mempunyai akhlak yang baik serta tidak pernah lupa suruhan Allah, hasil didikan dan peringatan Alyah.

Namun, suaminya Badri yang leka dengan kemewahan menyebabkannya menjadi sombong, angkuh, kedekut dan membenci orang miskin.

Walaupun Alyah sering mengingatkan Badri tentang tanggungjawabnya sebagai seorang Islam, namun tidak diendahkannya.

Kesombongan Badri memuncak apabila dia menghalau Alyah dan anak-anak setelah Alyah mengajaknya mengubah cara hidup yang baru sempena Maal Hijrah. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Cerekarama lakonan Fauzi Nawawi, Sherlie Merlis, Izzue Islam, Ana Dahlia,Ustaz Dini, Diana Johor ini akan disiarkan pada Sabtu, jam 10 malam.

Drama seterusnya berjudul Si Puteh mengisahkan tentang dua orang adik beradik, Fatah dan Fadil yang merupakan anak kepada pasangan suami isteri Suhaimi dan Siti.

Fatah mempunyai seekor kucing Parsi dan sering bermain dengan kucingnya itu, manakala Fadil pula berminat dengan sukan berbasikal dan sering mengikuti kawan-kawannya dalam acara konvoi.

Satu hari, basikal Fadil nyaris dicuri Tajul tetapi dengan pertolongan kawan-kawannya, Fadil berjaya merampas kembali basikalnya.

Namun Tajul berjaya menyelamatkan helmet kesayangannya.

Kemudian, Tajul turut melarikan kucing kesayangan Fatah ketika dia sedang leka bermain dengan kucing itu. Ketika sedang melarikan diri, Tajul bertembung dengan Omar yang sedang menunggunya dan mereka lari bersama.

Kucing itu diserahkan kepada Omar untuk disembunyikan di sebuah rumah terbiar berhampiran dengan kawasan perumahan tersebut. Apakah yang akan dilakukan oleh Fadil dan Fatah terhadap Tajul dan Omar?

Si Puteh yang akan disiarkan pada Ahad ini, jam 10 pagi dilakonkan oleh Fazli Daniel, Addy Ashraf, Hanis Kamal, Zul Yahya, Aida Aris, Eyka Farhana dan Khairil Anwar.

Konflik diteruskan dengan drama Setitis Hidayah yang akan disiarkan pada Isnin ini, pukul 10 malam.

Drama lakonan Hafizuddin Fazil, Kartina Aziz, Zahiril Adzim dan Wan Sharmila ini mengisahkan tentang Pak Hamid yang mempunyai kemahiran membina dan membaiki rumah-rumah kampung.

Walaupun Pak Hamid sangat mahir, rumahnya sendiri tidaklah sempurna, dan dia tinggal bersama isteri, Mak Ton, dan anak bongsunya, Samad.

Pak Hamid masih ada sifat rasa tak berpuas hati dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang lebih bernasib baik darinya.

Pak Hamid telah dipengaruhi oleh Othman yang kononnya mahu menolongnya mengusahakan perniagaan berasaskan industri kampung di tanah milik Pak Hamid.

Pada masa yang sama, ketua kampung juga meminta Pak Hamid membina sebuah rumah batu baru. Namun Pak Hamid mula rasa malas.

Setelah dipujuk, akhirnya Pak Hamid mengalah dan rumah tersebut dibina secara sambil lewa. Beberapa hari kemudian, Pak Hamid terkejut bila jentolak masuk dan bersiap sedia nak merobohkan rumahnya.

Pak Hamid menjadi cemas bila mengetahui rumahnya akan diroboh untuk dijadikan kilang. Apakah yang terjadi kepada Pak Hamid dan keluarganya?

Eagles Lancar Konsert Khas Sempena Ulang Tahun Ke-40

Posted: 25 Nov 2011 05:58 PM PST

The Eagles

NEW YORK: Penyanyi utama Kumpulan The Eagles, Joe Walsh mengesahkan, mereka akan melancarkan konsert jelajah sempena ulang tahun yang ke-40 kelahiran kumpulan itu tahun depan.

Menurut RollingStone.com, Eagles bakal memberikan persembahan yang serba baru untuk konsert khas jelajah itu.

"Dalam sepanjang tempoh 40 tahun kewujudan Eagles, banyak rakaman dan temuramah yang telah dijalankan dan kami berhasrat untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada konsert jelajah kami tahun depan," kata Walsh.

Di samping itu, Eagles juga akan turut mempersembahkan lagu-lagu baru mereka pada konsert itu.

Joe Walsh

Menurut Walsh lagi, mereka merancang untuk menjelajah seluruh Amerika selama empat atau lima bulan menjelang pertengahan tahun depan.

Dalam pada itu, Walsh juga mengesahkan bahawa dia baru sahaja selesai merakamkan album solonya yang dijangka berada di pasaran Februari atau Mac depan.

Naik bot solat Jumaat

Posted: 25 Nov 2011 05:57 PM PST

DEMI IBADAH...penduduk menggunakan sampan secara bergilir-gilir.
DEMI IBADAH...penduduk menggunakan sampan secara bergilir-gilir.
BERSEDIA...sampan yang mengangkut jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir, semalam.
BERSEDIA...sampan yang mengangkut jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir, semalam.

TUMPAT: Kira-kira 70 penduduk Kampung Simpangan Hilir, Pengkalan Kubor, dekat sini, terpaksa menaiki bot dan sampan untuk menunaikan solat Jumaat selepas kampung mereka ditenggelami banjir.

Tinjauan Harian Metro di kampung itu, semalam mendapati, penduduk terpaksa menaiki bot berenjin dan mendayung sampan secara bergilir-gilir dan terpaksa turun di pintu masjid selepas pekarangan masjid ditenggelami air sedalam kira-kira tiga meter.


Imam Masjid Mukim Simpangan Hilir, Ismail Awang Mat, 61, berkata, sudah menjadi tradisi penduduk kampung itu menggunakan bot dan sampan sebagai pengangkutan bagi menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid pada musim banjir.

Katanya, penduduk tetap menunaikan tanggungjawab masing-masing walaupun terpaksa bersusah payah ke masjid "Setiap tahun penduduk akan menghadapi banjir, malah menaiki bot atau sampan ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah sudah menjadi tradisi sejak masjid ini di bina pada 1991.


"Kita bernasib baik air tidak pernah melimpah ke dalam masjid dan penduduk masih dapat menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah seperti biasa," katanya.


Penduduk, Mat Razi Mat Ail, 50, berkata, 10 bot berenjin termasuk beberapa sampan milik orang kampung dijadikan pengangkutan menghantar penduduk ke masjid kira-kira 800 meter dari jalan besar.

Katanya, penduduk menggunakan pengangkutan itu secara bergilir-gilir kerana sebuah bot atau sampan hanya mampu memuatkan antara lima hingga enam orang penduduk kampung.


Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Pengakalan Kubor, Ahmad Mazdan Jusoh, ketika dihubungi berkata, 10 penduduk membabitkan dua keluarga di kampung berkenaan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2.

Katanya, operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir di kampung itu turut dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).


"Jumlah mangsa banjir di kampung itu dijangka bertambah berikutan paras air Sungai Golok semakin meningkat dan kita sudah bersedia melakukan kerja menyelamat," katanya.

Pitbull mula kuasai Internet

Posted: 25 Nov 2011 05:55 PM PST

MENYERLAH...aksi hebat vokal Marc Anthony bersama Pitbull membawakan lagu Rain Over Me.
MENYERLAH...aksi hebat vokal Marc Anthony bersama Pitbull membawakan lagu Rain Over Me.

KEHADIRAN semula 'rapper' paling seksi ketika ini, Pitbull bagi menjayakan konsert pertamanya di Malaysia pada 1 Disember ini pasti melakar fenomena baru kepada senario hiburan tempatan.

Kehebatan penyanyi rap kacukan Cuba-Amerika ini akan dapat disaksikan peminat apabila dia muncul dalam Pitbull Live In Concert di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya.

  • Foto

    HEBAT...saksikan kehebatan Pitbull pada konsertnya di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 1 Disember ini.

  • Foto

    BINTANG LATIN...aksi JLo dan Pitbull beraksi sewaktu American Music Awards di Nokia Theatre, Los Angeles, 20 November lalu.

Bukan itu saja, artis Malaysia terkenal dengan lagu What You Waiting For, Mizz Nina akan muncul selaku artis 'opening act' bersama Joe Maz dan Big Syphe.
Pastinya ia akan menjadi sebuah persembahan yang bertenaga.

Kehadiran Pitbull atau nama sebenarnya, Armando Christian Perez boleh dianggap evolusi terbaru dalam genre 'lagu bercakap' atau rap selepas era Vanilla Ice, sebelum kesinambungan diteruskan Eminem yang masih bertahan sebagai antara 'rapper' paling berjaya.

Populariti Pitbull, baru-baru ini tambah menyerlah apabila menjayakan persembahan hebat bersama Jennifer Lopez (J.Lo), Mary J Blige, Lil John dan Drake pada American Music Awards (AMA) ke-39 di Los Angeles.

Malah Pitbull turut dicalonkan dalam dua kategori, Favorite Male Artist kategori Pop atau Rock Music bersaing bersama Justin Bieber dan Bruno Mars.

Dia berada dalam pencalonan Favorite Artist in Latin Music dengan dicabar Enrique Iglesias dan J.Lo.

Apapun, statistik populariti untuk album terbarunya bertajuk Planet Pit tidak pernah menipu.

Tidak kira apa genre seseorang artis, laman YouTube membuktikan hakikat ini.

Jika kekerapan hit menyaksikan YouTube diambil kira, muzik video lagu Pitbull bertajuk Give Me Everything menampilkan Ne-Yo, Afrojack dan Nayer mencecah 177 juta hit.

Lagu Rain Over Me menerusi kolaborasi bersama Marc Anthony mencatat lebih 200 juta hit! Dua lagu terbabit mencipta sensasi tersendiri antara paling tinggi dalam laman sosial visual itu.

Album Planet Pit meletakkan Pitbull dalam kedudukan pertama dalam carta Billboard Hot 100 menerusi lagu Give Me Everything. Namun penyanyi berusia 23 tahun ini sukakan lirik lagu agak keras.

Apapun, kejayaan Pitbull hari ini sesuatu yang berbaloi kerana dia berusaha keras untuk membina nama dan menonjolkan rap dan muziknya.

Pitbull kini bintang latin paling menyinar dalam industri muzik Amerika Syarikat selain Marc Anthony, Enrique Iglesias dan J Lo. Tidak hairan jika mendapat gelaran 'Mr Worldwide'.

Selain itu, Pitbull bergabung dalam album Planet Pit bersama J Lo menerusi lagu On the Floor, Enrique Iglesias (I Like It) dan Usher (DJ Got Us Fallin' in Love). Dia juga mampu mengimbangi bakat hip hop dan kejayaan dalam pop.

Ini adalah kunjungan kedua Pitbull selepas dijemput pada satu persembahan khas di Malaysia, Mei tahun lalu.

Dulu, ibu bapanya yang berketurunan Cuba pernah memberi pendedahan kepada Pitbull dengan mendeklamasi sajak seorang profesor dan ahli intelektual Cuba, Jose Marti.
Sebelum menjadi 'rapper' berjaya, Pitbull pernah berdepan masalah. Satu daripadanya, rap sering dikuasai penyanyi kulit hitam seperti Puff Diddy atau Ne-yo sedang�kan dia bermata biru berketurunan Cuba-Amerika.

Pengaruhnya banyak datang daripada genre hip-hop Miami bass dengan menjadikan Celia Cruz dan Willy Chirino sebagai sumber inspirasi terhadap muziknya selama ini.

Bagi persembahan di Sunway Lagoon, tiket kini boleh dibeli melalui Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve, Victoria Music Centre dan The Guitar Store.

Tiket itu berharga RM398 bagi VIP termasuk koktel, RM298 (Mosh Pit), RM198 (Party Zone) dan tiket biasa berharga RM138.

Untuk sebarang pertanyaan, peminat boleh menghubungi ticketpro Hotline di talian 03-7880 7999.

Pertama di Indonesia

Posted: 25 Nov 2011 05:52 PM PST

LANCAR...Gunther (tiga dari kiri), Syed Zainal (empat dari kiri) bergambar bersama pegawai Proton selepas majlis perasmian bilik pameran platinum pertama di Indonesia baru-baru ini.
LANCAR...Gunther (tiga dari kiri), Syed Zainal (empat dari kiri) bergambar bersama pegawai Proton selepas majlis perasmian bilik pameran platinum pertama di Indonesia baru-baru ini.

PROTON Edar Indonesia (Proton) melancarkan bilik pameran platinum pertamanya di Medan, Indonesia pada 20 November lalu bagi memperkukuhkan kedudukannya di pasaran negara itu.

Bilik pameran berkonsepkan 3S (jualan, servis dan alat ganti) dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Hadir sama Presiden dan Pengarah Proton Edar Indonesia, Gunther Scherz.


Bilik pameran baru itu terletak di JI T Amir Hamzah No 41-C/43 – Medan 20117 mempunyai keluasan 1,200 meter persegi dan lima laluan servis bagi memudahkan pemilik kenderaan Proton mendapatkan perkhidmatan servis rutin seperti penyelenggaraan, membaik pulih selain perkhidmatan tayar dan membaik pulih sistem penghawa dingin yang beroperasi 24 jam.

Selain itu, Proton menyediakan tempat menunggu berkeluasan 200 meter persegi yang mampu menampung tujuh buah kenderaan dan perkhidmatan Internet serta televisyen untuk keselesaan pelanggan.


Model Proton semakin mendapat perhatian di pasaran Indonesia apabila Exora Star iaitu varian bagi Proton Exora memenangi anugerah dari MobilMotor magazine's ICOTY (Indonesian Car of the Year) di bawah kategori Best Small MPV 2011 dan Best Budget MPV 2011 pada majlis Indonesia Automotive Award awal tahun ini.

Gabung unsur tradisi, moden

Posted: 25 Nov 2011 05:51 PM PST

AZ ZAHRAH...rekaan jubah yang diberi poto�ngan ala cheongsam menyerlahkan gaya kreativiti pereka.
AZ ZAHRAH...rekaan jubah yang diberi potongan ala cheongsam menyerlahkan gaya kreativiti pereka.

MELANGKAH penuh gaya di pentas peragaan, lima model dengan lima persalinan bertukar ganti. Masing-masing dengan rekaan unik menepati tema Pesona Timur bersempena Festival Fesyen Islam 2011 (IFF) yang diadakan di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Kehadiran 12 pereka Muslimah yang bernaung di bawah Persatuan Usahawan dan Pereka Busana Muslim Malaysia (Amaed) nyata memberi nafas baru kepada pengertian rekaan fesyen itu sendiri. Tanpa meninggalkan ciri-ciri Muslimah, semua pereka tampil dengan idea serta gaya tersendiri sama ada daripada segi potongan, perhiasan serta fabrik digunakan.

  • Foto

    BERANI...rekaan moden pada padanan blaus dan seluar menampilkan gaya kasual bersama perhiasan kepala sekadar menambah seri.

  • Foto

    UNIK...selain tampil anggun, rekaan blaus berhud bersama seluar rekaan Najjah memberi penampilan berbeza.

  • Foto

    MENAWAN...tampil menawan menerusi kaftan yang diberi sentuhan moden menerusi potongan serta fabrik.

  • Foto

    MENYERLAH...keistimewaan Pearl Haya pada rekaan tudung sedia dipakai yang ditambah ropol bagi menyerlahkan keunikannya.

  • Foto

    GALERI MUSLIMAH...menggunakan fabrik broked bagi menyerlahkan gaya Pesona Timur.

  • Foto

    LENGKAP...rekaan jubah dengan sentuhan tradisi Timur memberikan keunikan tersendiri.

Apa yang nyata dalam keghairahan pereka menghasilkan persalinan, gabungan unsur tradisi dan moden menjadi panduan dalam menterjemahkan gaya Timur yang tentunya unik dan berada dalam kelas tersendiri.

Walaupun ada antara busana yang terlalu kompleks dan tidak mampu dipakai wanita, namun pertunjukan fesyen ini menjadi garis panduan bagi mereka menzahirkan rekaan mengikut idea serta kreativiti sendiri.


Lima persalinan daripada pemilik Galeri Muslimah, Nora Shikien Zakaria, menonjolkan konsep tradisi Empayar Maharaja. Dia yang baru kali pertama menyertai IFF teruja kerana dapat menzahirkan rekaan terkini bersesuaian tema Pesona Timur. Pilihannya adalah fabrik broked bersama campuran sutera dan sifon bagi memberikan impak berbeza.


"Bagi mengetengahkan unsur kepahlawanan, sengaja saya memilih fabrik broked dengan sentuhan elemen batu permata seperti jed yang diletakkan pada baju," katanya.

Kebanyakan baju diberi potongan kaftan serta jaket pada warna meriah seperti keemasan, merah, hitam dan kelabu.

Menurut Nora, pertunjukan fesyen IFF yang Shikien mengetengahkan ramai pereka baru memberi pengalaman kepada pereka menghasilkan rekaan bersifat antarabangsa. Secara tidak langsung, industri fesyen terutama busana Muslimah berkembang pesat dan memberi pandangan berbeza kepada masyarakat bukan Islam.

Najjah yang mengetengahkan konsep Puteri Milineum Timur tampil berbeza dengan lima persalinan moden menggabungkan unsur tradisi masyarakat Timur.

Menurut Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, dia sengaja memilih unsur moden kerana ingin tampil berbeza dan nampak menyerlah.

"Saya memilih unsur moden kerana inginkan kelainan dengan pereka lain yang mengetengahkan unsur tradisional seperti pakaian Korea atau kimono Jepun," katanya.

Farrah juga memilih warna terang dan lembut seperti ungu, merah bata, hijau lumut dan merah jambu berbeza dengan rona asal dalam rekaan busana masyarakat Timur.

Pearl Haya yang terkenal dengan rekaan tudung tampil memikat bersama persalinan kaftan dan jubah berwarna-warni. Memilih rona terang seperti kuning, merah jambu, biru dan hijau, ternyata rekaan sedia dipakai sesuai untuk acara kasual.
Menariknya jenama ini yang terkenal dengan rekaan tudung siap beropol mengetengahkan gaya lebih anggun pada reben bertingkat serta ropol yang dipadankan pada tudung polos. Ternyata gabungan warna menawan dan tidak keterlaluan ini memberi nafas baru bagi penggayaan wanita moden masa kini.

Mengekalkan unsur tradisional pada rekaan busana, Az Zahrah tampil dengan gaya berkimono serta jubah berhud yang diberi sentuhan moden. Penggunaan fabrik broked serta tradisi songket mengekalkan keaslian busana bersesuaian tema masyarakat Timur.

Antara pereka lain yang mempersembahkan rekaan mereka ialah NainiKifli, Serikapas, Irshah, Mariamah, MyDesign, Molek, Signature Boutique dan Udaimatunnur.

Menurut Naib Presiden Amaed, Mona Din, Amaed yang ditubuhkan pada 15 Februari 2011 oleh Datuk Raja Rezza Shah Zurin bertujuan mengetengahkan pereka busana Muslimah kepada industri fesyen Islam.

Selain 12 pereka ini, Amaed turut dianggotai Radzuan Radzwill, Tom Abang Saufi, Aida Khalida, Aktif Bistari dan Jarumas.

"Dengan adanya pertunjukan fesyen berprestij ini, idea serta kreativiti pereka muda dapat diketengahkan selaras dengan impian menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab fesyen sama seperti keunggulan kota Milan sebagai pusat terjemahan fesyen terkenal dunia," katanya.

Jurunikah berdebar nikahkan Ibas, Aliya di hadapan Presiden Indonesia

Posted: 25 Nov 2011 05:48 PM PST

MERIAH... Susilo (dua dari kiri) dan isterinya Ani (kiri) memerhatikan upacara pernikahan mengikut adat istiadat Sumatera di antara anaknya Ibas dan pasangannya, Aliya.
MERIAH... Susilo (dua dari kiri) dan isterinya Ani (kiri) memerhatikan upacara pernikahan mengikut adat istiadat Sumatera di antara anaknya Ibas dan pasangannya, Aliya.

JAKARTA: Bukan setakat pasangan Edhie Baskoro Yudhoyono dan Siti Ruby Aliya Rajasa yang berasa berdebar-debar menjelang perkahwinan mereka, malah, jurunikah turut merasa cemas kerana acara itu dihadiri oleh ramai menteri negara dan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

"Syukur, saya mampu melaksanakan tugas dengan baik dan lancar. Saya sangat takut dan pasti gementar ketika melaksanakannya kerana membawa imej Indonesia," kata Muhtar, dari Pejabat Urusan Agama Cianjur, semalam.

"Saya berlatih dari pagi hinggalah hampir bermulanya akad nikah rasmi itu," katanya.

Ada tiga jurunikah yang disediakan Pejabat Urusan Agama Cianjur untuk pernikahan Ibas dan Aliya. Mereka turut bersama-sama dalam latihan.


"Saya bangga kerana dapat berjumpa dengan menteri Indonesia. Ini adalah pengalaman pertama saya menjadi jurunikah untuk keluarga Presiden Indonesia," katanya.


Sebelum pernikahan Ibas dan Aliya, Muhtar berkata, dia diberi tempat penginapan di sebuah hotel mewah.

Kuasa K-Pop

Posted: 25 Nov 2011 05:47 PM PST

pix_gal0
KEJAYAAN kumpulan pop Korea Selatan mengukuhkan pengaruh mereka merentasi Asia dan Eropah melonjakkan saham agensi bakat tempatan.

Pencapaian menembusi pasaran luar mendorong pelabur dan syarikat untuk memanfaatkan peluang keemasan itu dengan menyertai gelombang Korean pop (K-pop).
Kuasa gelombang Korea atau Hallyu, terutama dalam industri muzik membawa keajaiban kepada industri hiburan tempatan di negara itu.
Pendapatan purata daripada tiga agensi utama muzik di Korea Selatan iaitu SM Entertainment Co, JYP Entertainment Corp dan YG Entertainment Co meningkat lapan kali ganda kepada RM104 bilion pada 2010.

Pendapatan keseluruhan mencecah RM425 bilion tahun lalu dan diramalkan mencatat keuntungan berganda sepanjang 2011 menerusi kutipan royalti dan persembahan di luar negara.

SM yang menaungi nama besar seperti Girl's Generation, Super Junior dan SHINee adalah antara pemain utama yang menyumbang pendapatan terbesar dalam industri muzik Korea Selatan.

Memasuki industri hiburan pada 2000, saham agensi utama pemain industri hiburan Korea Selatan itu meningkat sehingga 15 peratus, selepas kejayaan konsert jelajah di Paris, Jun lalu.
Konsert dua hari yang menampilkan barisan artis utama naungannya berjaya mengumpul 14,000 peminat di sekitar Eropah.

Malah lebih 300 peminat sanggup menari di depan Louvre semata-mata untuk mendapatkan tiket tambahan selepas habis dijual dalam masa 15 minit.

JYP yang diilhamkan oleh penyanyi dan penulis lagu, Park Jin-young juga selesa dengan himpunan nama terkenal seperti Wonder Girls, serta dua kumpulan penyanyi lelaki popular, 2AM dan 2PM.

Leon Entertainment Inc yang menawarkan perkhidmatan dalam talian dan Keyeast Co di mana saham terbesar dimiliki oleh bintang utama Winter Sonata, Bae Yong-joon juga antara pemain industri hiburan yang sedang mencuri perhatian.

"Ia menunjukkan petanda positif apabila agensi pencarian bakat begitu agresif menembusi pasaran luar negara. Usaha untuk berkolaborasi dengan agensi tempatan sedang dipergiatkan, sekali gus memacu gelombang Korea berterusan," kata penganalisis hiburan dan media di Korea Investment & Securities Co, Kim Shi-woo.

Tambah Kim lagi, penggiat industri muzik Korea mempunyai potensi besar terutama di Jepun yang menjanjikan keuntungan pasti.

Gelombang positif itu memberikan keyakinan kepada YG yang diasaskan oleh, Yang Hyunsuk iaitu legenda K-pop 90-an menerusi kumpulan Seo Taiji and Boys untuk memperluaskan pengaruh mereka di Asia.

"YG sedang berusaha untuk memperkemaskan keutuhannya.

Banyak perancangan sedang disusun untuk melancarkan cawangan baru di China serta di sekitar rantau ini," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yang Min-suk pada satu sidang media, baru-baru ini.

Yang menegaskan pasaran dunia kini berminat untuk mendalami sistem pengurusan bakat di Korea Selatan lantas mendorong YG mengeksport sistem itu menerusi penubuhan akademi.

"Pasaran kandungan di Korea Selatan sedang membangun dan mempunyai ruang untuk terus berkembang. Gelombang pertama Korea dimulai 10 tahun lalu menerusi siri televisyen dan kini muzik pop mendahului aliran itu," katanya.

Pemerhati pasaran bagaimanapun, memberi amaran kepada agensi bakat supaya tidak terlalu ghairah dalam usaha mereka.

Ini didorong perasaan sangsi sejauh mana kegemilangan yang sedang dikecapi itu mampu bertahan, apatah lagi pergerakan anti-hallyu sudah muncul di Jepun.

Sejak Ogos lalu, beberapa kumpulan nasionalis Jepun mengadakan protes meminta supaya stesen penyiaran mengurangkan jumlah siaran siri televisyen dan program hiburan Korea.

Selain itu, beberapa pihak lain turut membangkitkan pelbagai persoalan terutama apakah kegilaan terhadap K-pop memberi faedah kepada industri hiburan secara keseluruhan.

"Impak ekonomi terhadap gerakan anti-Hallyu itu lebih membimbangkan daripada apa yang dijangkakan. Hanya sebahagian kecil daripada pelabur yang meraih keuntungan daripada gelombang itu.

"Seperkara yang perlu diberi perhatian, tidak semua percubaan di luar negara itu membuahkan kejayaan. Lagi besar kuasa seseorang artis itu, lebih besar kebarangkalian untuk mereka jatuh.

"Hakikat itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan ," kata Kim Chang-kwon mewakili Daewoo Securities Co.

YG umpamanya berdepan halangan besar apabila imej artis naungannya, G-Dragon tercalar gara-gara skandal dadah.

Perbuatan penyanyi rap itu menghisap ganja yang dilarang keras di Kora memaksa pengurusannya segera bertindak untuk memastikan kesilapan itu tidak berulang.

Tonik terbaik

Posted: 25 Nov 2011 05:43 PM PST

pix_gal0
Harimau Muda perlu benam Bahrain untuk ambil peluang playoff di Bukit Jalil

BERITA keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai venue perlawanan playoff Kelayakan Olimpik 2012, 25, 27 dan 29 Mac depan, menjadi tonik terbaik skuad B-22 negara menjelang pertemuan berdepan Bahrain, malam esok.

Lantas jurulatih Ong Kim Swee menetapkan sasaran tiga mata penuh pada aksi ketiga Kumpulan C itu bagi memastikan Malaysia terus berpeluang menamatkan saingan di tangga kedua, seterusnya layak untuk aksi playoff itu.
"Memang kami mengetahui mengenai pemilihan venue terbabit dan sudah tentu ia memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana jika berjaya ke playoff, beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri akan memberi kelebihan kepada kita.
"Jika Syria tewas kepada Jepun (esok) dan kita pula menang ke atas Bahrain, peluang merebut tempat kedua kumpulan masih terbuka. Jadi pertemuan dengan Bahrain adalah perlawanan hidup mati," kata Kim Swee sejurus latihan di Padang MSN, Bukit Jalil, petang semalam.

Selepas aksi Ahad ini, tiga baki perlawanan Kumpulan C menyaksikan Malaysia bertemu Bahrain di tempat lawan pada 5 Februari depan, Jepun di Bukit Jalil (22 Februari) dan Syria di tempat lawan (14 Mac).

Aksi playoff secara liga sepusingan bakal membabitkan naib juara Kumpulan A, B dan C itu adalah untuk memilih satu pasukan bagi menghadapi pasukan keempat terbaik Zon Afrika dan pemenangnya akan layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Namun untuk aksi malam esok, Kim Swee tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan, Muslim Ahmad yang cedera hamstring ketika skuad negara tewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu manakala peluang Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim yang hanya menjalani latihan ringan semalam, masih 50-50.
"Tanpa Muslim, Fadhli Shas yang sudah pulih daripada demam panas akan bergandingan dengan Amer Saidin. Bukan memandang rendah Bahrain, tapi pemain sudah kembali segar dan bersedia untuk perlawanan itu," jelas Kim Swee.

2,400 guru KAFA dapat pencen

Posted: 25 Nov 2011 05:41 PM PST

JAIP perkenal skim persaraan khas pastikan nasib terbela

KUANTAN: Lebih 2,400 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini bakal menikmati skim persaraan khas yang dijangka diperkenalkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), awal Februari depan.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Ghazali Abdul Aziz, berkata skim persaraan khas itu adalah hadiah tahun baru kepada guru KAFA yang bersungguh-sungguh membantu meningkatkan pendidikan agama di negeri ini.
"JAIP akan melantik Barakah Consultancy Services sebagai penyelaras bagi merangka plan skim terbaik bagi memastikan nasib guru terbela pada masa depan.
"Skim persaraan ini memastikan semua guru KAFA mendapat jaminan selepas mereka bersara," katanya selepas sesi Kursus Pidato dan Perucapan Awam bagi Pegawai JAIP di Pusat Pengajian Berterusan dan Pembangunan Profesional (CENFED) Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini, semalam.

Ghazali berkata, skim persaraan khas itu mengutamakan tiga aspek penting iaitu simpanan, kebajikan dan perlindungan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua penyelia dan guru KAFA memberi sokongan dalam pelaksanaan skim itu bagi membolehkan tenaga pengajar mendapat manfaat.

Sementara itu, Pegawai KAFA JAIP, Radziyuddin Sulaiman menyokong skim persaraan khas itu kerana ia melindungi kepentingan masa depan guru berkenaan.
"Skim itu yang akan mengambil kira khidmat perubatan, khairat kematian dan simpanan masa depan juga menggalakkan guru KAFA memberi perkhidmatan lebih cemerlang," katanya.

Filem BUNOHAN menang anugerah NETPAC di Festival Filem Golden Horse Taipei

Posted: 25 Nov 2011 05:35 PM PST

Filem drama-aksi Malaysia berjudul BUNOHAN, yang telah pun membuat gelombang di arena antarabangsa, menerima Anugerah NETPAC di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011. Pengarah Dain Said menerima anugerah tersebut bagi pihak produksi.

Juri NETPAC memuji filem tersebut kerana mereka mendapati BUNOHAN filem menggunakan cara yang paling kreatif dan unik disamping menggunakan bahasa sinematik dan menangani pelbagai isu kontemporari Asia. Anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) dianugerahkan bagi menggalakkan pawagam-pawagam di Asia mengenengahkan filem-filem yang luar biasa dan berhasrat untuk mencungkil bakat-bakat baru.

BUNOHAN telah mengadakan tayangan perdana mereka di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011. Festival Filem Taipei Golden Horse dijadikan tayangan untuk tayangan perdana filem BUNOHAN di peringkat Asia. BUNOHAN juga telah dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom (UK), Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Bertempat di Kelantan dan bersempadanan dengan negara Thai, BUNOHAN menceritakan mengenai lelaki ganas yang kental. Ia berkenaan dengan nasib tiga adik-beradik; seorang peninju tomoi yang berada dalam pelarian, pembunuh upahan dan seorang ahli perniagaan licik yang tersepit dalam sarang tragedi penipuan dan rasuah.

Filem ini dibintangi pelakon-pelakon yang pernah memenangi pelbagai anugerah seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim serta Pekin Ibrahim, dan dibantu oleh Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor dan Tengku Azura. Filem ini hasil karya dan diarahkan oleh Dain Said. Ia diterbitkan oleh Nandita Solomon. Tim Kwok Entertainment Convergence bertindak sebagai penerbit bersama.

BUNOHAN akan mula di tayangkan di panggung seluruh negara bermula 8 Mac 2012

Sammy (Kerispatih) bangkit semula

Posted: 25 Nov 2011 05:31 PM PST

Kumpulan Kerispatih ada banyak lagu top bersama bekas penyanyinya yang disingkir, Sammy Simorangkir. Apa cerita Sammy yang disingkir selepas kesalahan terlibat dengan dadah itu?

Sammy kini dalam proses mengeluarkan album baru. Single pertamanya Sedang Apa Dan Di Mana mula mendapat tempat di Indonesia. Lagu itu mula mendapat sambutan.

Sokongan orang sekeliling bakar semangat Sammy.

"Memang saya rasa kekok apabila muncul secara solo kerana saya tidak pernah fikir dan tak pernah merencanakan untuk bergerak solo. Sayakan dibuang daripada kumpulan, jadi saya kena melangkah sendirian," kata Sammy kepada media Malaysia ketika ditemui di Jakarta baru-baru ini.

Situasinya berbeza dengan penyanyi sesebuah kumpulan yang meninggalkan kumpulannya kerana mereka mungkin sudah membuat persiapan awal sebelum membuat keputusan berpisah.

"Saya sempat melalui rasa fobia dengan nyanyian dan televisyen semasa dan selepas keluar dari penjara. Saya tak mahu menonton TV kerana tidak mahu mendengar berita pasal diri saya yang disingkirkan dan berta Kerispatih memiliki penyanyi baru menggantikan saya.

"Saya pernah rasa putus asa dan tak mahu menyanyi. Tapi sokongan orang sekeliling termasuk rakan semasa dalam penjara membuatkan saya bersemangat untuk bangkit semula.

"Saya ada ramai kawan baru yang saya ketemui semasa dalam penjara yang meminati saya dan mahu saya kembali menyanyi. Malah pegawai penjara juga menggemari suara saya dan memberi saya ruang untuk mencipta lagu sepanjang menjalani hukuman.

"Saya sempat mencipta lebih 30 buah lagi semasa dalam penjara. Ada beberapa lagu yang saya cipta di penjara yang akan dimuatkan dalam album solo saya nanti. Salah sebuahnya berjudul Aku Kembali," kata Sammy yang menjalani hukuman penjara enam bulan mulai Februari tahun lalu.

Masih ada pengaruh Kerispatih

Sammy semakin yakin untuk bergerak solo. Tapi dia memiliki rakan pemuzik yang akan sentiasa mengiringinya apabila mengadakan persembahan. Dia sudah terbiasa menyanyi bersama band, jadi untuk persembahan pentas Sammy akan diiringi rakan-rakan.

Semasa mencipta lagu, dia mahukan perubahan agar lari daripada Kerispatih, tapi apabila siap dan diperdengarkan, ada yang mengatakan nyanyiannya mesih sama seperti lagu Kerispatih.

"Suara dan gaya nyanyian saya masih sama seperti dulu, kerana saya tak boleh menukar suara. Kalau ada yang kata masih sama seperti Kerispatih, tak apalah... saya tak rasa ia mendatangkan kerugian kepada saya kerana inilah imej dan gaya saya menyanyi," ujarnya.

Dia juga mengelak daripada menyanyikan lagu-lagu Kerispatih kerana tak mahu timbul isu undang-undang pula dengan bekas kumpulannya itu. Dia sering menyanyikan lagu-lagu popular penyanyi lain antaranya, kumpulan Sheila On 7.

"Ada juga penimat yang meminta saya menyanyikan lagu Kerispatih, tapi saya cakap kepada mereka, kalau nak dengar lagu Kerispatih kenalah undang kumpulan itu sendiri mengadakan persembahan," katanya lagi.

Colosseum ikon tersohor Rom

Posted: 25 Nov 2011 05:29 PM PST


Gereja St. Peter Basilica di kota Vatican pastinya menarik untuk dikunjungi memandangkan ia dibina dengan kepelbagaian landskap yang unik.


IKON tersohor yang terletak di bandar raya Rome, Itali, kini dijadikan antara destinasi wajib untuk dilawati setiap pelancong dan pencinta sejarah.

Bagi yang baru pertama kali mengunjungi kota warisan berusia lebih 2,500 tahun ini, perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Leonardo da Vinci di Fiumicini ke ibu kota Rome tidak mengambil masa yang panjang.

Ini kerana, lokasi kota Rome yang merupakan tiga destinasi paling popular dikunjungi di Eropah, hanya terletak kira-kira 35 kilometer untuk membawa pengunjung merentasi panorama sebenar kota yang terserlah dengan landskap bangunan silam, warisan sejarah, seni dan budaya.

Maka tidak hairanlah mengapa kota warisan peradaban Eropah ini sering menjadi impian kebanyakan orang untuk dijejaki.

Tidak dinafikan untuk ke sana belanja yang besar diperlukan pengunjung khususnya bagi mengembara ke seluruh pelosok kota tersebut.

Namun, kini Penerbangan Malaysia (MAS), ia menawarkan promosi tiket kelas perniagaan dan ekonomi untuk tempoh perjalanan bermula 12 November hingga 31 Disember ini.

Dengan tambang serendah RM3,000, mereka yang berminat boleh memenuhi impian untuk berjalan mengelilingi Rome di samping berpeluang menghayati seni dan budaya Greco-Roman yang cukup mengagumkan itu.

Medan gladiator jadi pilihan

Di zaman kegemilangannya, selain sebagai pentas teater, Colosseum cukup sinonim sebagai medan pertarungan pahlawan-pahlawan gladiator yang memilih binatang-binatang buas sebagai saingan mereka.

Namun semua itu tinggal sebagai cerita mitos yang menjadi kebanggaan rakyat Itali.

Bagi yang berminat untuk menjejaki kesan-kesan sejarah di sini, pengunjung Colosseum hanya perlu membayar tiket berharga RM39 (8 Euro) untuk melihat sendiri bangunan usang yang masih megah berdiri walaupun telah dimamah usia ribuan tahun.

Lapangan atau arena dalam Colosseum boleh memuatkan kira-kira 50,000 penonton dalam satu masa ketika zaman pemerintahan Empayar Rom kuno.

Antara keunikan lain pada bangunan empat tingkat itu, ia turut dilengkapi dengan kemudahan bilik bawah tanah, sistem mengangkat barang yang primitif dan kesan tinggalan yang pasti menghidupkan daya imaginasi setiap pengunjung terhadap kehidupan pemerintahan yang wujud pada era tersebut.

Selain Colosseum, Itali turut menjanjikan banyak destinasi unik dan menarik termasuk gereja-gereja lama seperti St. Peter Basilica yang terletak dalam negara paling kecil di dunia iaitu Vatican.

Kota Vatican cukup berbaloi untuk dilawati kerana dipenuhi dengan reka bentuk binaan kuno dengan hiasan seni hasil sentuhan seniman tersohor Itali, Michealangelo, Bernini dan Canova.

Berdiri setinggi 138 meter dengan kubah besar berdiameter 42 meter itu, ia dibina oleh maharaja Rome beragama Kristian yang pertama iaitu Maharaja Constantine.

Selain itu, pelancong juga tidak harus melepaskan peluang bersantai dan bersiar-siar di Dataran Piazza Navona yang terkenal dengan tugu air pancut.

Di sini mereka boleh duduk bersantai di kafe-kafe terbuka, restoran dan kelab hiburan di sekitarnya.

Malah lokasi itu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran seniman jalanan seperti pelukis, pemuzik dan pelbagai lagi yang pasti menghiburkan.

Jika mempunyai masa terluang, pengunjung juga boleh mengunjungi Trevi Fountain, air pancut yang terkenal dengan legenda tersendiri.

Rakyat Itali percaya sesiapa yang mencampakkan syiling ke dalam kolam air pancut ini akan berpeluang kembali lagi ke kota penuh bersejarah itu.

Selain itu, kepuasan melancong tidak akan tercapai sekiranya pengunjung tidak melawat bazar Campo dei Fiori yang terletak di antara teater Pompey dan Sungai Tiber.

Tapak perniagaan yang bermula sejak kurun ke-15 itu menawarkan pelbagai barangan untuk dijadikan cenderahati.

Ramona gadis lasak

Posted: 25 Nov 2011 05:29 PM PST


RAMONA Zamzam mahu dikenali melalui bakatnya.


BEPERWATAKAN agak manja menjadikan bakat baru di dalam dunia lakonan ini sering dilihat sebagai seorang yang agak lembut.

Bagi empunya diri, Ramona Zamzam atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam, 22, dia sebenarnya merupakan seorang gadis yang lasak dan suka aktiviti yang mencabar.

Memberi peluang untuk dirinya membuktikan kata-katanya itu, S3 baru-baru ini menjemput Ramona ke Extreme Park, Shah Alam, Selangor bagi mencuba aktiviti abseiling.

Ternyata percubaan kali pertamanya itu langsung tidak menggusarkan Ramona yang dilihat begitu tidak sabar untuk mencubanya.

Menurut Ramona, walaupun agak takut pada mulanya namun, dia percaya aktiviti ini bakal memberi satu lagi pengalaman baru buat dirinya.

"Jujur Ramona katakan ini merupakan antara aktiviti yang Ramona suka. Mungkin sifat Ramona yang suka akan perkara yang extreme menyebabkan Ramona mudah jatuh cinta dengan aktiviti seperti ini," katanya jujur.

Menyambung bicara, Ramona yang kini membintangi drama bersiri purba, Nilapura menerusi slot Aksi di TV3 setiap hari Isnin itu memberitahu, sejak kecil lagi, ibunya merupakan individu yang paling kuat menyokongnya melakukan pelbagai aktiviti lasak bagi menghilangkan sifat takutnya terhadap ketinggian.

"Ramona pernah mencuba aktiviti seperti flying fox dan aktiviti abseiling sebenarnya tidak banyak bezanya. Bagaimanapun abseiling ini lebih seronok walaupun pada mulanya Ramona agak takut dengan ketinggian," kata pelakon muda yang ditemani ibunya, Rusmawati Mohd. Yusoff pada petang itu.

Namun begitu, anak sulung daripada dua beradik ini turut menjelaskan, kekangan masa yang dihadapinya kini banyak menyekatnya daripada melakukan pelbagai aktiviti lasak yang disukainya.

"Ramona terpaksa membahagikan masa sebagai seorang pelakon dan pelajar dalam waktu yang sama. Bagaimanapun, jika ada waktu terluang Ramona tetap akan mencari peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti lasak," katanya.

Adira gayat tapi seronok memanjat

Posted: 25 Nov 2011 05:28 PM PST


AKSI spontan Adira ketika hampir jatuh ketika melakukan aktiviti wall climbing di Extreme Park, Shah Alam baru-baru ini.


"LAGI senang panjat pokok!" Itu merupakan jawapan yang diberikan Adira sewaktu ditanya pengalaman pertamanya mencuba aktiviti panjat tembok atau wall climbing di Extreme Park, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Malah menurut Adira atau pemilik nama sebenar, Siti Adira Suhaimi, 20, dia sememangnya dikenali sebagai seorang gadis yang lincah ketika tinggal di kampungnya di Ranau, Sabah.

Gemar memanjat pokok sewaktu membesar di sana, Adira memberitahu, dia kini ingin mencuba aktiviti wall climbing.

"Sejak dari kecil lagi Adira lebih suka berkawan dengan budak-budak lelaki dan itu sedikit sebanyak menyebabkan Adira lebih menyukai aktiviti lasak.

"Dan antara aktiviti kegemaran Adira sewaktu kecil semestinya memanjat pokok. Memang merbahaya tetapi itu menyeronokkan," katanya

Menurut naib juara program realiti televisyen (TV) Akademi Fantasia musim kelapan ini, setelah meningkat dewasa, dia tidak lagi memanjat pokok.

Bagaimanapun, kerinduan terhadap aktiviti itu tetap ada dan bertambah setelah dia berhijrah ke Kuala Lumpur.

"Kalau di Kuala Lumpur ini, mana nak cari pokok untuk dipanjat? Lainlah kalau di kampung, ada waktunya kalau rasa gian, Adira akan panjat pokok jambu.

"Sebagai ganti dan pengubat rindu, Adira merasakan wall climbing sebagai alternatif terbaik kepada panjat pokok.

"Walaupun ada perbezaan di antara wall climbing dengan panjat pokok tetapi sekurang-kurangnya, rasa rindu zaman kanak-kanak terubat juga," katanya berseloroh.

Pelantun lagu Ilusi ini juga memberitahu, aktiviti wall climbing merupakan antara aktiviti lasak yang sudah lama ingin dicubanya.

"Adira memang jenis yang suka mencuba dan seperti hari ini, terus terang Adira nyatakan bahawa pada mulanya terselit rasa gayat tatkala melihat temboknya yang tinggi.

"Perasaan itu hilang setelah Adira dipakaikan dengan alat keselamatan dan Adira mula yakin untuk memanjat tembok ini," katanya sambil mendongak melihat ketinggian tembok yang bakal dipanjatnya itu.

Kata Adira lagi, panjat pokok lebih mudah untuknya berbanding wall climbing kerana pokok banyak dahan untuk dia bergantung dan berpijak.

"Lagipun, panjat pokok lebih mudah untuk Adira imbangkan badan berbanding dengan wall climbing yang mana ia memerlukan kekuatan tangan.

"Ia juga memerlukan kita mempelajari teknik dan selok belok yang betul sebelum mula memanjat.

"Apa pun, aktiviti ini lebih seronok daripada memanjat pokok," katanya ketawa.

Merintis Laluan mencabar

Posted: 25 Nov 2011 05:27 PM PST


PARA peserta tidak melepaskan peluang membersihkan kenderaan 4x4 selepas melalui perjalanan berlopak.


EKSPEDISI ini nyata berbeza dengan cabaran lasak yang menguji setiap peserta tentang erti kesabaran dalam melalui liku-liku perjalanan yang mencabar minda dan fizikal.

Jika pada kebiasaannya, jelajah hutan atau eksplorasi berakhir di tapak perkhemahan di tepi sungai atau di dalam hutan, lain pula dengan apa yang dilaksanakan pasukan pemanduan lasak pacuan empat roda (4X4), Raja Rimba Adventure.

Menerusi program, Royal Belum Rainforest Challenge 2011 anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan Kolej Komuniti Gerik, sebanyak 94 peserta dibawa menaiki 26 buah kenderaan 4x4 bagi menjelajah Hutan Belum. Laluan yang ditempuh menjangkau perjalanan yang mencabar kira-kira 230 kilometer.

Peserta yang terdiri daripada rakan media dan pelajar Kolej Komuniti dibawa merentas Hutan Belum yang berusia kira-kira 100 tahun dengan mengambil masa perjalanan tiga hari dua malam menuju ke beberapa perhentian unik yang terletak di kawasan Pulau Banding, antara destinasi percutian yang terkenal dengan hutan tropika dan kehidupan haiwan liar.

Kesukaran pemanduan bermula dan teruji apabila empat kenderaan 4x4 tewas dan rosak pada jarak permulaan 10 kilometer melalui Air Ganda ke Rancangan Penempatan Semula (RPS) Dala, Gerik, Perak.

Namun dengan semangat yang kental, perjalanan sejauh itu diteruskan bagi merealisasikan matlamat untuk menawan Hutan Belum dengan menaiki kenderaan 4x4.

Cabaran uji kecekapan

Kecekapan pemanduan dan keselamatan menjadi keutamaan pasukan ini kerana denai-denai yang dilalui juga merupakan laluan lori balak.

Namun keadaan bertukar sebaliknya sebaik sahaja kenderaan 4x4 membelok memasuki laluan off-road yang sebenar. Keterujaan untuk menempuh laluan itu semakin terasa.

Bagi yang tidak pernah mengikuti ekspedisi 4x4, pengalaman 'terhuyung hayang' di dalam kenderaan mungkin agak mencemaskan.

Ketakutan tidak dapat disembunyikan apabila ada peserta menjerit setiap kali merasakan kenderaan yang dinaiki menyenget atau hampir terbalik di kawasan gaung.

Namun kepakaran dan pengalaman pemandu mengawal stereng kenderaan membuatkan dengupan jantung peserta kembali normal.

Perjalanan kami digegarkan dengan 26 deruman enjin kenderaan 4x4 dan kedengaran juga sahut-sahut suara yang lantang memberi arahan.

Beberapa kenderaan terkandas di laluan tanah yang berlecak namun halangan demi halangan berjaya dilepasi walaupun ada di kalangan peserta masih lagi baru dalam pengendalian 4x4 .

Ternyata bentuk muka bumi di kawasan laluan yang mempunyai laluan curam, berselut dan sempit itu menjadi pembakar semangat kepada setiap pemandu.

Pemandu 4x4 juga ditekankan kaedah menyelamat dan bantuan apabila ada kenderaan tersangkut di laluan berlumpur.

Itulah sebahagian daripada suasana bingit dan meriah sepanjang mengikuti program yang julung-julung kali dianjurkan ini.

Segala peralatan seperti winch, hi-lift jack serta kaedah recovery seperti snatch block dikongsi oleh pemandu.

Ada masanya, pokok dan semak terpaksa ditebang untuk membuka laluan baru manakala arus sungai juga diredah sehingga menimbulkan rasa cemas di kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti dari seluruh negara termasuk media.

Pengalaman meredah laluan 4x4 di Hutan Belum begitu mencabar terutama ketika dalam perjalanan pulang. Dengan cuaca yang tidak menentu dan perut yang lapar, ia sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal peserta.

Hampir lima jam meredah trek medium hardcore dari RPS Dala menuju Pos Kemar, ia melatih diri untuk bertahan dalam keadaan yang tertekan.

Perjalanan ke Pos Kemar pula menyaksikan jentera meredah laluan balak sejauh 120 kilometer sehingga berhenti di sebuah kongsi balak. Di situ, peserta memasang khemah dan bermalam.

Penulis yang turut menyertai ekspedisi itu berpendapat, program yang diadakan kali ini benar-benar mencabar keupayaan dan kesabaran penulis.

Bayangkan untuk perjalanan balik yang menempuh jarak hanya empat kilometer dari tapak perkhemahan ke simpang masuk laluan balak, pengembaraan memakan masa lima jam.

Peserta ekspedisi meninggalkan tapak perkhemahan pada pukul 8 pagi dari Pos Kemar. Tidak sampai 50 meter dari tapak perkhemahan, sudah ada kenderaan yang tersangkut di kaki bukit.

Pelbagai teknik winching dan anchoring digunakan untuk melepaskan kenderaan yang gagal mendaki bukit tersebut.

Oleh kerana masa yang lama terpaksa diambil untuk menarik kesemua kenderaan, penulis keluar dari kenderaan masing-masing dan bersama-sama membantu untuk mengeluarkan kenderaan.

Memang benar apa yang dikatakannya. Penulis bukan sahaja dapat melihat panorama hutan yang menghijau, malah kami dapat menikmati udara yang dingin di samping berpeluang melawat perkampungan Orang Asli.

Seperti yang dijangka, kami sampai di pekan Gerik pada pukul 8.24 malam dan tepat pada pukul 11 malam, penulis berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan meninggalkan seribu satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Tidak lengkap nyanyi tanpa labuci

Posted: 25 Nov 2011 05:26 PM PST


BIARPUN mencecah usia 73 tahun tetapi penyanyi veteran ini tetap bergaya.


PENYANYI yang terkenal dengan gelaran Raja Gelek ini sentiasa memastikan pakaian yang dipakainya sewaktu menyanyi mampu menarik perhatian ramai.

Daud misalnya, akan muncul di atas pentas persembahan dengan pakaian berkelip-kelip dan berwarna-warni. Ia sesuai khususnya menerusi konsep lagu-lagu pop dan dangdut yang dibawakannya sejak lebih 30 tahun terbabit dalam bidang seni suara tanah air.

Menurut pemilik nama sebenar, Muhammad Daud Kilau ini, labuci dengan pelbagai bentuk dan warna adalah elemen penting dalam pakaiannya. Kata penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Cek Mek Molek ini, tanpa labuci pakaiannya seakan-akan menjadi kurang tarikan.

"Sejak dari dulu lagi, saya tidak boleh menyanyi di atas pentas tanpa mengenakan pakaian yang berlabuci berwarna-warni. Itu adalah imej dan identiti saya di atas pentas. Biasanya, dalam satu-satu persembahan saya membawa sehingga lima pasang pakaian pelbagai warna.

"Setiap satu lagu saya akan bertukar baju, bermakna kalau menyanyi lima lagu maka saya akan membawa lima pasang pakaian. Saya mahu persembahan saya kelihatan meriah dengan imej yang berwarna-warni dan penuh dengan kilauan cahaya," katanya kepada S3 ketika ditemui pada rakaman Konsert Emas terbitan Astro di Putrajaya, baru-baru ini.

Bagi menyediakan pelbagai jenis fesyen dan warna baju yang penuh dengan labuci, penyanyi yang berusia 73 tahun ini sanggup mengeluarkan belanja yang besar. Ia semata-mata bagi memastikan persembahannya bukan sahaja kelihatan berbeza tetapi juga menjadi tumpuan ramai.

Untuk itu, penyanyi berasal dari Kampung Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak ini banyak menempah dan mereka sendiri pakaian untuk digunakan pada persembahan-persembahan pentasnya.

Sehingga kini Daud mempunyai koleksi tidak kurang 50 pasang pakaian berlabuci.

"Saya pernah mengeluarkan belanja sehingga RM1,000 untuk menempah dan menyiapkan sepasang pakaian yang khas digunakan pada persembahan saya.

"Pakaian itu termasuklah baju dan seluar yang dipenuhi dengan labuci pelbagai warna dan corak yang berbeza-beza.

"Bagi saya semua elemen itu amat penting sebagai daya penarik pada persembahan saya.

"Selain menyanyikan lagu-lagu yang sedap didengar dan diselang-selikan dengan gelek tarian saya, pakaian yang bercahaya kesan daripada labuci itu juga adalah suatu daya penarik," ujarnya.

Disebabkan imej dan identitinya itulah maka, bapa kepada dua anak dan sembilan cucu ini telah diundang melakonkan karakternya dalam filem Man Laksa arahan Mamat Khalid beberapa tahun lalu.

Dalam adegan itu, dia tampil dengan watak dirinya sendiri dengan pakaian penuh labuci.

Malah, lebih menggamatkan apabila watak M. Daud Kilau itu digambarkan terlalu hebat dan penuh glamor melalui satu adegan beliau sedang turun dari langit dengan berpakaian seperti jubah labuh.

Jelas sekali, watak itu membuktikan imej pakaian berlabuci cukup sinonim dengannya.

"Saya rasa sekarang ini cuma saya seorang sahaja penyanyi lelaki di negara ini yang akan tampil di atas pentas dengan pakaian penuh labuci.

"Walaupun saya tahu fesyen pakaian itu menjadi trend dalam dunia hiburan pada tahun-tahun 1970-an dan 1980-an tetapi ia masih relevan hingga kini.

"Sebagai penghibur saya mesti tampil berbeza dan lebih glamor barulah orang akan tengok persembahan saya.

"Contohnya, pada 19 November lalu saya mengadakan persembahan di Menara Condong, Teluk Intan, Perak dengan imej sebegini tetapi sambutannya hebat.

"Nampaknya para peminat masih boleh menerima gaya penampilan seperti ini. Malah, saya telah menampilkan imej sebegini sejak saya mula menjadi penyanyi selepas bergelar johan Bintang Radio tahun 1968.

"Imej dengan pakaian penuh labuci, saya tidak boleh buang," jelasnya.

Dia yang pernah meraih gelaran johan pada Pesta Dendang Rakyat 1985 (Nyanyian Asli) sehingga kini masih aktif menerima tawaran menyanyi di merata-rata tempat. Dengan kadar bayaran RM5,000 dan ke atas, ia adalah punca pendapatannya sejak 43 tahun lalu.

Bagaimanapun, Daud yang turut popular dengan lagu Hutang Minta Hutang, Gila Judi, Anak Derhaka dan Sireh Pinang tidak mahu mencampur adukkan bidang nyanyian dengan lakonan. Baginya, bakatnya lebih ke arah nyanyian dan bukannya seni lakonan.

"Saya berlakon dalam filem Man Laksa pun kerana wataknya yang tidak banyak dialog.

"Saya pun bukannya pandai berlakon. Sebab itu, saya tidak menonjol dalam bidang lakonan walaupun ramai pengarah menawarkan saya berlakon tetapi kebanyakannya saya tolak.

"Baru-baru ini contohnya, Astro telah menawarkan saya berlakon dalam drama bertajuk Kau Dan Aku dengan menawarkan bayaran RM7,500 tetapi selepas meneliti balik skrip dan dialognya, saya tolak tawaran itu. Saya tidak biasa berlakon dengan banyak dialog," katanya lagi.

Mengimbau zaman kegemilangan jawi

Posted: 25 Nov 2011 05:22 PM PST


KALAM menguji keupayaan untuk meneroka gaya pemikiran bahasa visual dari segi penggunaan tulisan jawi dan khat ke dalam kerja seni, selain membentuk perpaduan di kalangan seniman.


SEPERTI yang diketahui, tulisan merupakan harta yang bernilai bagi ketamadunan sesebuah bangsa contohnya, bangsa Rusia memiliki tulisan cyrillic dan Jepun memiliki tulisan kanji yang dibanggakan.

Walaupun tulisan jawi cukup sinonim dengan orang Melayu di negara ini, tidak dinafikan masyarakat lain turut berkebolehan membaca dan menggunakan tulisan yang berkait rapat dengan huruf Arab dalam ejaan jawi itu.

Bagaimanapun, pada hari ini tulisan jawi seolah-olah agak asing di kalangan golongan muda malah jarang sekali digunakan.

Martabatkan kembali tulisan jawi

Walaupun penulis dilahirkan ketika zaman pengakhiran tulisan jawi dijadikan sebagai bahasa persuratan, dimensi pena dan berus cat yang mencatatkan tulisan bersejarah itu masih utuh sebagai tulisan yang relevan sehingga kini.

Melihatkan kepentingan untuk memulihara tulisan tersebut, seramai 27 seniman seni visual menghasilkan pelbagai bentuk karya yang dipamerkan dalam pameran Kalam kali ketiga di Galeri Seni Puncak.

Terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, kesemua karya tersebut seolah-olah membuktikan yang tulisan itu bukan sahaja menyatupadukan penduduk Nusantara, malah turut menyatukan generasi seniman dari pelbagai latar belakang dan zaman.

Meskipun, di antara mereka lebih dikenali melalui penghasilan karya lukisan potret, abstrak, alam semula jadi dan sebagainya, tetapi kali ini mereka kembali dengan karya kaligrafi khat kontemporari yang biasanya hanya ditemui di dinding rumah orang beragama Islam atau dekorasi ruang masjid.

Menariknya, keindahan karya kaligrafi yang dipamerkan itu bukan sekadar tulisan tradisional semata-mata.

Sebaliknya, ia dihasilkan dengan unsur tambahan yang bersifat dua dan tiga dimensi pada setiap subjek atau objek bagi menyampaikan mesej-mesej bernilai estetik dan kreatif dalam setiap helaian kanvas.

Fitrah jiwa kesenian yang tentu ada dalam diri setiap manusia pastinya terleka seketika tatkala menatap keindahan potongan ayat al-Quran, puisi dan pantun lama.

Malah karya yang sekadar menggunakan lengkungan huruf Arab dalam komposisi karya-karya tersebut tidak kurang menarik untuk dijadikan tatapan sanubari.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Datuk Mohd. Yusof Ahmad, pasangan Datuk Meor Azman Datuk Mohamed Taib dan isteri, Sofia Jane Hisham, kolektor seni dan penggiat seni visual tempatan.

Pelukis tersohor, Yusof Ghani yang cukup dikenali ramai dengan karya-karya bergaya ekspresif berkata, keistimewaan pameran kali ini berjaya menghimpunkan lebih ramai pelukis berbanding sebelum ini.

"Tulisan jawi dan kaligrafi khat merupakan ikon masyarakat Melayu. Bagi Kalam, bilangan seniman yang semakin bertambah membuktikan yang seniman bukan sahaja berminat menghasilkan karya-karya moden malah karya bersifat kerohanian turut menjadi pilihan mereka.

"Penggunaan tulisan jawi dan kaligrafi khat merupakan pendekatan yang mudah untuk menarik orang ramai memartabatkan kembali tulisan jawi dalam kehidupan seharian," jelasnya.

Beliau berkata, penggunaan medium dari media basah seperti cat air, dakwat, cat akrilik, cat minyak serta cat poster dengan pelbagai warna-warni yang bersifat agresif dan warna alam semula jadi pastinya memukau setiap yang melihatnya.

"Setiap pelukis ini ada yang menggunakan huruf asas seperti alif, ba, ta sehingga ke penggunaan ayat al-Quran, pantun dan puisi lama malah ada juga yang hanya menggunakan intipati lenggok kaligrafi.

"Pada pendapat saya, semua peringkat umur boleh menghayati unsur kesenian ini malah secara tidak langsung pameran Kalam memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tulisan jawi bukan sekadar digunakan oleh pelajar pengajian agama tetapi untuk seisi rumah 1Malaysia," katanya.

Seorang lagi pelukis yang terbabit dalam pameran tersebut, Awang Damit Ahmad berkata, pameran kali ini lebih memberikan tumpuan kepada karya-karya yang menimbulkan persoalan yang menyentuh emosi pencinta kesenian.

"Karya abstrak seperti yang saya hasilkan dikaitkan dengan keadaan semasa dan berdasarkan pengalaman saya sebagai warga tempatan yang hidup bersama nilai-nilai tradisi.

"Sebab itu teks dan imej yang dihasilkan perlu berkait rapat supaya mereka yang melihatnya mudah memahami penceritaan yang ada pada sesebuah karya tersebut.

"Selain itu, pameran Kalam turut menguji keupayaan terbaik kami untuk berkomunikasi di antara satu sama lain dalam menghasilkan idea yang membentuk perpaduan.

"Boleh dikatakan, kesemua maklumat visual dihidupkan semula melalui persepsi semangat seniman Kalam yang menerokai gaya pemikiran ke dalam bahasa visual dari segi penggunaan tulisan tersebut ke dalam kerja seni," katanya.

Seorang lagi seniman muda yang kini semakin diberi perhatian ramai, Shahrul Jamili berkata, karyanya yang berbentuk geometri itu turut dihasilkan dengan ukiran potongan ayat yang diambil daripada pesanan cendekiawan dan pujangga Melayu, Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendita Za'ba.

"Potongan ayat itu sebenarnya merupakan pesanan Pendita Za'ba yang ditulis pada tahun 1957.

"Ketika potongan ayat tersebut ditulis, tulisan jawi sebagai tulisan rasmi telah ditukar kepada bahasa rumi. Beliau berpesan agar tulisan jawi dilindungi kerana ia merupakan harta pusaka yang perlu dipulihara agar generasi muda akan datang mampu menggunakan bahasa tersebut sekali gus membantu penguasaan bahasa Arab dan al-Quran," ujarnya.

ETS terkandas 10 jam

Posted: 25 Nov 2011 05:21 PM PST

SEBAHAGIAN penumpang perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) yang terkandas di Ipoh, Perak semalam.


IPOH – Lebih 700 penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Ipoh-KL Sentral terkandas di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di sini sejak semalam sehingga pukul 8.45 malam tadi.

Sementara menunggu perkhidmatan dipulihkan malam tadi, kebanyakan penumpang terus menunggu di stesen berkenaan dan membeli makanan serta minuman yang dijual di kantin stesen tersebut.

Kejadian tersebut berlaku apabila kabel dari Stesen Tapah Road sehingga ke Ipoh serta turut melibatkan stesen KTMB Kampar dan Batu Gajah, terputus bekalan elektrik pada pukul 10.14 pagi semalam.

Akibatnya, penumpang yang menaiki ETS bagi perjalanan pukul 2 dan 3 petang masih gagal menaiki tren.

Roller coaster RM5j tersadai dua tahun

Posted: 25 Nov 2011 05:21 PM PST


BEGINILAH keadaan roller coaster yang telah siap dibina sejak dua tahun lalu tetapi masih belum beroperasi berhampiran Sungai Melaka semalam.


MELAKA – Entah di mana silapnya, kemudahan roller coaster berhampiran Sungai Melaka di sini yang telah siap dibina kira-kira dua tahun lalu masih belum beroperasi.

Ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai sama ada pembinaan trek roller coaster sepanjang 335.5 meter berkenaan akan diteruskan atau terbengkalai begitu sahaja.

Tinjauan Kosmo! juga mendapati sebahagian trek roller coaster berkenaan sudah berkarat manakala gerabaknya terbiar dan dipenuhi habuk.

Difahamkan kemudahan tersebut dibina dengan kos kira-kira RM5 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu