Isnin, 28 November 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Pencari jodoh untuk bujang sibuk

Posted: 28 Nov 2011 03:56 PM PST


ANDA masih solo dan tiada pasangan hidup. Alasan yang sering diberikan adalah kesukaran mencari pasangan sesuai atau terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak punya waktu terluang untuk memikirkan tentang cinta. Namun, anda masih berhasrat untuk merasai keseronokan hidup berpasangan seperti orang lain.

Kebimbangan seperti itu tidak perlu dipanjangkan kerana terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk menemui teman istimewa yang boleh disunting sebagai cinta sejati.

Kesibukan kerjaya di kota besar seperti Kuala Lumpur yang pantas membangun secara tidak langsung mempengaruhi ketinggian cita rasa diri golongan profesional. Berikutan itu, cabaran bagi golongan yang 'gila' bekerja untuk mencari teman sesuai semakin meningkat.

Kebanyakan golongan profesional muda hari ini terlalu 'leka' dengan kerjaya masing-masing hingga menyebabkan mereka terlupa untuk meluangkan masa mencari teman hidup.

Walaupun janji temu dengan rakan atau teman yang baru dikenali menjadi sebahagian gaya hidup hari ini namun, ia sering kali tidak berkesudahan dengan baik dan tidak membawa makna dalam mencari pasangan hidup.

Menyedari senario itu, syarikat janji temu pertama di Asia Tenggara, Lunch Actually, mengambil kesempatan menyediakan perkhidmatan janji temu makan tengah hari bagi golongan profesional yang 'gila' bekerja tetapi masih berhasrat mencari cinta.

Kisah seorang pegawai bank, Ian Wong, 30, yang dipertemukan dengan Dr. Vanessa Chin, 30, melalui alam maya sehingga membawa mereka ke alam perkahwinan adalah sesuatu yang pasti dikenang sepanjang hayat mereka.

"Kami tidak pernah bayangkan bahawa kami akan bertemu antara satu sama lain melalui agensi janji temu alam maya yang diaturkan Lunch Actually.

"Tetapi pertemuan kami menjadi realiti dengan bantuannya. Terima kasih atas perkhidmatan profesional dan susun atur janji temu yang sempurna untuk kami sehingga hubungan kami sampai ke peringkat ini," kata Ian.

Tambah pasangan itu, model perniagaan dan janji temu makan tengah hari tersebut adalah luar biasa. Vanessa memberitahu, pekerja syarikat laman web janji temu itu sangat komited dalam menjalankan tugas mereka.


LUNCH Actually akan cuba sedaya upaya mencari pasangan yang sesuai untuk dipertemukan dalam satu sesi makan tengah hari bersama.


"Kakitangan Lunch Actually bagus dan bersemangat. Mereka benar-benar cuba melakukan yang terbaik untuk menjayakan janji temu yang berpotensi.

"Kami bermula dengan baik pada janji temu makan tengah hari yang pertama. Ia merupakan janji temu yang sangat bernilai dalam hidup dan tidak dapat dilupakan," kata Vanessa dan Ian.

Keserasian diatur

Seorang peguam, Christy Chong, 31, berkata, dia pada mulanya tidak pernah percaya dengan soal pencarian jodoh. Dia selama ini percaya bahawa jodoh akan hadir sendiri dalam hidup seseorang.

Namun selepas 'mengaku kalah' pada keadaan semasa dan kesibukan kerja, Christy telah menyertai Lunch Actually dan amat berterima kasih dengan pengasas agensi mencari jodoh terbaik Asia Tenggara itu.

"Dalam kesibukan bidang pekerjaan saya ini, saya berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan ramai orang. Pada masa yang sama, ramai orang cuba melamar saya. Namun, tiada seorangpun daripada mereka memenuhi kriteria yang saya inginkan hinggalah saya berjumpa dengan seseorang yang telah diaturkan.

"Kami mempunyai banyak persamaan dan mula menyukai antara satu sama lain. Semuanya kerana Lunch Actually," katanya yang kini sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Ben CK Leong, 32.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lunch Actually, Violet Lim, berkata, perkhidmatan janji temu makan tengah hari untuk mencari teman hidup yang bermula di Singapura pada April 2004 itu sudah terbukti berjaya di republik tersebut.

Menurutnya, Lunch Actually yang beroperasi secara maya menjadi platform yang sesuai bagi golongan bujang berkerjaya yang terlalu sibuk untuk bertemu pasangan ideal melalui cara yang selamat, mudah dan selesa.

Laman maya yang secara rasmi diperkenalkan di Malaysia pada September 2005 dan diasaskan bersama suaminya, Jamie Lee, itu disahkan oleh Matchmaking Institute di New York.

Katanya, syarikat itu kini bersedia untuk melaksanakan kaedah janji temu yang dipraktikkan secara meluas di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia di negara ini.


VIOLET sedang memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada kumpulan wanita yang mengikut kursus dalam satu bengkel motivasi.


"Melalui pemerhatian, saya dapati rata-rata golongan muda profesional mempunyai rutin jadual yang sibuk.

"Selain itu, mereka yang berkahwin pada usia sepatutnya sudahpun berkenalan dengan teman hidup mereka ketika di sekolah atau di universiti. Namun, jika bernasib baik, perhubungan berkenaan dapat berkekalan," jelas Violet.

Bagaimanapun, dakwa pengasas laman web itu, apabila golongan bujang sudah bekerja, mereka akan mula sibuk sehingga terlupa soal teman hidup. Tanpa disedari, usia mereka terus meningkat tua.

Violet yang juga penulis buku Lessons from 15,000 First Dates itu berpendapat bahawa pendekatan mengadakan pertemuan santai pada waktu makan tengah hari merupakan idea yang menarik untuk mencari pasangan.

Berbanding mengadakan temu janji makan malam, mungkin ada yang menganggap ia terlalu romantik atau terlalu terikat dengan hasrat asas mencari jodoh.

Cara baharu

Violet menambah, zaman yang berubah menyaksikan ramai individu berkerjaya kini lebih cenderung mengambil pendekatan lebih realistik dalam bercinta berbanding cara lama.

"Cara lama iaitu ibu bapa yang memain peranan menjodohkan anak mereka kini semakin kurang diamalkan. Justeru, Lunch Actually memperkenalkan satu usaha alternatif," ujarnya.

Sementara itu dalam perkembangan lain Violet berkata, dari tinjauan tabiat janji temu yang dilakukan ke atas kira-kira 2,000 orang responden, kaum lelaki di Malaysia kini berfikiran lebih terbuka berkenaan teman wanita mereka.

Sementara itu, sebaliknya, wanita di negara ini masih inginkan teman lelaki yang lebih tinggi, berpelajaran dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi berbanding diri mereka.

"Hasil tinjauan yang dilakukan syarikat saya mendapati 70 peratus wanita Malaysia tidak akan menjalin hubungan dengan lelaki yang lebih rendah daripada mereka," dedah Violet.


VIOLET sering dijemput ke seminar dan forum untuk memberi penerangan mengenai jodoh dan bagaimana mengenali pasangan masing-masing.


Sementara itu, 55 peratus lelaki di Malaysia pula berkata mereka hanya akan menjalin hubungan dengan wanita yang lebih tinggi.

Penemuan itu didedahkan oleh satu tinjauan yang telah dilaksanakan oleh agensi janji temu, Lunch Actually, membabitkan 1,895 responden dari Hong Kong, Singapura dan Malaysia.

Tinjauan yang dijalankan atas talian dari 25 Ogos sehingga 14 September 2011, melibatkan 654 orang rakyat Malaysia, dengan 76.1 peratus daripadanya berusia di antara 26 hingga 40 tahun. Sejumlah 75.1 peratus daripada mereka merupakan lepasan ijazah sarjana muda atau lebih.

Menurut statistik itu, lelaki pada hari ini bersifat lebih terbuka dan akan mempertimbangkan menjalin hubungan dengan wanita yang lebih tinggi, berpelajaran dan memperoleh pendapatan yang lebih banyak daripada mereka.

Ciri pilihan wanita

"Bagaimanapun, keadaan yang berbeza dapat dilihat dalam kalangan wanita Malaysia. Mereka menolak lelaki yang lebih rendah, kurang berpelajaran dan berpendapatan lebih rendah daripada diri mereka," kata Pengasas Bersama Lunch Actually, Jamie Lee.

Tinjauan itu juga mendapati wanita di negara ini semakin fokus terhadap wang dan kuasa pendapatan teman lelaki mereka yang berpotensi.

Menurutnya, 60 peratus daripada mereka berkata bahawa mereka tidak akan menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang berpendapatan kurang daripada mereka.

Angka tersebut merupakan yang tertinggi berbanding wanita Singapura sebanyak 47 peratus dan Hong Kong sebanyak 27 peratus.

Jelasnya, sungguhpun perkahwinan dilihat sebagai satu perkara penting dalam kalangan sebahagian besar lelaki, namun sebanyak 72 peratus lelaki ramai mengakui bahawa mereka takut dengan komitmen kerana bimbang dikongkong dan mengalami masalah kewangan.

Terang Violet, tinjauan itu turut mendapati, satu perkara yang akan menarik perhatian lelaki serta-merta terhadap wanita tidak berubah iaitu muka yang cantik, sementara bagi wanita, ialah keyakinan dan perwatakan lelaki terbabit.

"Di Malaysia, Singapura dan Hong Kong, golongan lelaki dan wanita bujang berpendapat bahawa usaha menjadikan penampilan diri mereka lebih menarik berkait rapat dengan mencari cinta.

"Berbanding tahun-tahun sebelum ini, terdapat peningkatan ketara dalam bilangan individu yang menggunakan kaedah janji temu dalam talian Internet bagi mencari cinta. Ini boleh disebabkan oleh peningkatan keyakinan terhadap janji temu dalam talian dan sifat celik Internet," katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web www.lunchactually.com.

Gelap mata tengok duit

Posted: 28 Nov 2011 04:48 AM PST

UNTUK PEMBELAJARAN...kursus tertentu juga menuntut mahasiswa menghabiskan duit untuk membeli keperluan belajar menyebabkan masyarakat perlu memahami keadaan mereka.
UNTUK PEMBELAJARAN...kursus tertentu juga menuntut mahasiswa menghabiskan duit untuk membeli keperluan belajar menyebabkan masyarakat perlu memahami keadaan mereka.

SEORANG rakan penulis hampir pengsan melihat jumlah pinjaman berjumlah puluhan ribu ringgit yang terpaksa dibayar sepanjang tiga tahun belajar di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.

Dengan nada kesal dia berkata; "Jika aku tahu, pasti duit pinjaman itu dibelanjakan dengan bijak supaya tidak sengsara kemudian hari."


  • Foto

    PERLU DIBAYAR...mahasiswa perlu sedar, duit yang diberikan bertujuan meringankan bebanan pembelajaran, bukan kegunaan peribadi, justeru berhati-hatilah berbelanja agar tidak menyesal kemudian hari. - Gambar Hiasan.

  • Foto

    CANGGIH...pelbagai gajet berteknologi di pasaran menjadikan ada segelintir mahasiswa lelaki rambang mata dan membuat pembelian meskipun harganya mahal. - Gambar Hiasan.

  • Foto

    PENAMPILAN...segelintir mahasiswa berpendapat tidak salah mengeluarkan sedikit belanja untuk menjaga ketrampilan supaya lebih berkeyakinan. - Gambar Hiasan.

  • Foto

    JANGAN BOROS...pelajar perlu berbelanja mengikut keperluan.

Senario menimpa rakan penulis itu bukanlah luar biasa kerana sebahagian besar mahasiswa gelap mata apabila menerima wang pinjaman setiap semester.

Biarpun tujuan utama pinjaman itu untuk meringankan bebanan sepanjang pengajian terutama membayar yuran, penginapan dan makanan, ramai tersasar dengan membeli barangan peribadi.


Akibat terlalu boros berbelanja dan mengikut hawa nafsu, ramai yang menderita kerana terpaksa membayar balik pinjaman.


Mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Zalikha Ismail, 22, berkata bukan tidak bijak merancang perbelanjaan namun godaan luar menyebabkan mereka hilang pertimbangan.

Menurutnya, sebagai orang muda, mereka tidak dapat menolak keinginan terhadap sesuatu sehingga gelap mata melihat wang.

"Sikap ini menyebabkan kami terjerumus kepada sikap boros hingga mengabaikan kepentingan sebagai pelajar. Pada masa sama, terlalu banyak sangat godaan yang menarik untuk berbelanja.

"Kami orang muda, sudah tentu mahu kelihatan cantik dan hebat di mata orang lain biarpun terpaksa berhabisan menggunakan pinjaman pendidikan," katanya.

Bukan isu besar apabila mahasiswa mahu membelanjakan wang diterima namun menjadi sebaliknya jika membazir.

Antara faktor mengapa mereka boros berbelanja kerana pengaruh rakan dan persekitaran selain iklan yang menggoda di media massa.

Disajikan dengan kisah kehebatan, kewajaran dan keistimewaan menyebabkan golongan itu mencuba biarpun kemampuan membeli sangat terbatas.

Selain itu, pujukan atau 'promosi hebat' rakan juga pasti menggamit keinginan mahu mencuba biarpun terpaksa membelanjakan pinjaman atau meminta bantuan keluarga.

Dia berkata, meskipun ada kesedaran, sukar menepis godaan kerana tarikan lebih hebat daripada berfikir secara wajar.

"Setiap hari kami disogokkan dengan pelbagai kisah menarik dari pelbagai arah, bukan saja kami boleh kalah, malah orang lain yang mempunyai pendapatan tetap juga kecundang.

"Kekurangannya ialah kerana kami tidak mempunyai pendapatan tetap, itu yang memperlihatkan keburukan lebih ketara berbanding kelompok lain.

"Kami dilabelkan boros biarpun apa yang dibeli itu tidak mahal atau mampu dimiliki bersesuaian dengan bajet kewangan," katanya mengakui kebanyakan mahasiswa juga sering berhabis untuk membeli keperluan belajar.

"Biarpun memperoleh pinjaman, ada kalanya ia tidak mencukupi terutama membiayai keperluan kursus tertentu. Itu juga salah satu sebab kewangan tidak mencukupi hingga terpaksa meminta dari ibu bapa.

"Namun, adakah masyarakat tahu keperluan kami? Saya percaya hanya sedikit yang memahami sedangkan lain beranggapan kami boros berbelanja dan menghabiskan wang sesuka hati.

"Biarpun mengakui ada yang terlebih boros, bukan semuanya untuk keseronokan semata-mata kerana lebih kepada keperluan pengajian," katanya.

Adakah ini bermakna masyarakat tidak boleh menegur?

Katanya, mereka perlu lebih bersikap adil dan tidak terlalu prejudis apabila melihat mahasiswa membelanjakan duit.

"Bukanlah masyarakat tidak boleh berbuat demikian namun ada kalanya ia cukup tidak adil dan mengguris hati dengan tanggapan kurang benar.

"Adakah membazir membeli pakaian baru sedangkan ia satu keperluan. Percayalah, sebahagian besar kami tidak akan sewenang-wenangnya menghabiskan duit.

"Kebanyakan hanya membeli jika ia murah namun ada yang terlebih boros semata-mata untuk kepuasan diri atau tidak pandai menghargai duit," katanya.

Mengenai gender pula, dia mengakui wanita lebih boros berbanding lelaki namun tertumpu pada pembelian tertentu seperti aksesori, tekstil dan kasut.

"Semuanya lebih menjurus untuk kelihatan bergaya dan cantik pada pandangan orang lain. Mungkin tidak kena pada masanya namun ini salah satu cara untuk tampil lebih berkeyakinan.

" Berbanding lelaki yang sukakan gajet terkini, apa yang dibeli wanita masih berpatutan dan tidak boleh dipersoalkan keterlaluan," katanya.

Rakannya, Mohd Ilham Ahmad, 23, dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, berkata menyekat kemahuan mahasiswa daripada terus berbelanja pasti tidak berguna kerana mempunyai sikap mahu mencuba dan bersaing.

Menurutnya, biarpun teguran masyarakat berniat baik, segelintir mahasiswa pasti tidak selesa dan menganggapnya sebagai hak individu.

"Duit diperoleh adalah hak masing-masing, justeru hujah mereka kukuh untuk mempertahankan tindakan itu tidak salah biarpun akibatnya buruk bagi jangka panjang.

"Ada kalanya, mentaliti mahasiswa ini dikongkong dengan rasa ego dan beranggapan sudah dewasa untuk mencorakkan kewangan sendiri, jadi tidak mahu masyarakat campur tangan.

"Mereka hanya akan tersedar jika akibatnya sudah buruk, pada masa itulah sedar bahawa nasihat diberikan bertujuan baik," katanya.

Kejutan Zahiril Buat Shera Menitis Air Mata

Posted: 28 Nov 2011 04:46 AM PST


Zahiril dan Shera bersanding di Kelab Shah Alam Selangor, malam Ahad.

SHAH ALAM: Pelakon Zahiril Adzim membuat kejutan dengan membaca puisi kepada isteri tersayang, Shera Aiyob di majlis resepsi perkahwinan mereka di Kelab Shah Alam Selangor, di sini, malam Ahad.

Shera yang mendengar bacaan puisi yang diiringi dengan lagu Dirimu Satu nyanyian Ungu lantas menitiskan air mata terharu.

"Saya sangat terkejut dan terlalu gembira sehingga menitiskan air mata," kata Shera yang anggun memakai gaun rekaan Hatta Dolmat selepas majlis tersebut berakhir.

Puisi Zahiril buat Shera:

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta'ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku."

Ana Raffali.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kemunculan penyanyi Ana Raffali yang mendendangkan lagu Teman Jiwa yang baru dicipta pada Ahad dan lagu popularnya Kalau Berpacaran yang dinyanyikan bersama-sama bapa Shera.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan artis seperti Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Syazwan Zulkifli, Johan Asa'ari, Amar Bahrin dan Mas Muharni.

Mobiliti Elektrik Era Baru BMW

Posted: 28 Nov 2011 04:44 AM PST

BMW ActiveE merupakan kereta elektrik penuh BMW.

DINAMIK dalam skop pemikiran untuk melakukan perubahan dan pembaharuan merupakan senjata utama bagi BMW Group.Syarikat automotif gergasi itu tidak pernah mengecewakan pengikut jenama BMW yang sering mengeluarkan rekaan penuh gaya, inovasi dan berteknologi.

Melangkah satu era baru, BMW Group Malaysia merancang untuk memperkenalkan model hibrid menjelang tahun 2013.

Ketua Perancangan dan Perhubungan Kerajaan BMW Group AG, Glenn Schmidt berkata, terdapat potensi yang kukuh bagi pasaran mobiliti elektrik di negara ini.

"Pengenalan konsep ini disifatkan unik kerana ia jauh berbeza dengan model kereta elektrik di pasaran kerana masih mengekalkan rekaan yang dinamik.

"Ini kerana model elektrik jenama lain direka seolah-olah seperti mesin atau robot menyebabkan segelintir masyarakat tidak dapat mengadaptasi 'keanehan' itu," katanya

Glenn berkata, adalah penting bagi BMW Group Malaysia melaksanakan langkah bagi menggalakkan inovasi teknologi sekali gus menyokong persekitaran hijau.

Mobiliti era baru ini mempunyai komponen penyimpanan elektrik dan kuasa yang dinamik bagi memastikan pemanduan terus berprestasi tinggi.

Komponen itu direka lebih ringan menerusi Konsep LifeDrive yang diperbuat daripada aluminium dan carbon fibre reinforced plastic (CFRP).

Struktur tersebut merupakan kekuatan amat tinggi meskipun 50 peratus lebih ringan daripada keluli tahan karat.

Dikenali sebagai BMW ActiveE, konsep mobiliti ini mempamerkan kehebatan gerakan motor dengan kuasa maksimum 125 kW/170 bhp.

Tork maksimum sebanyak 250 Nm seperti yang terdapat pada kenderaan elektrik lain di mana ia disediakan daripada keadaan tidak bergerak.

Buat pertama kalinya ia boleh digunakan dalam julat beban yang sangat luas. Oleh itu BMW ActiveE mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer (km) sejam dalam masa 9 saat sahaja.

Kelajuan tertinggi BMW ActiveE dihadkan secara elektronik pada 145 km/h dan sebagai enjin motor elektrik sepenuhnya di mana kenderaan ini tidak mengeluarkan karbon.

Glenn dihadapan model kenderaan elektrik penuh BMW ActiveE.

"BMW mendahului memperkenalkan pelbagai teknologi merentasi semua barisan produk selama lebih 40 tahun yang mengukuhkan syarikat dalam industri automotif.

"Oleh itu, mobiliti elektrik terus diperlengkapkan dengan BMW EfficientDynamics yang menyaksikan satu gabungan kuat bagi mobiliti elektrik," katanya.

Menerusi kecekapan yang dinamik itu, model baru BMW akan terus memberikan penjimatan bahan api jangka panjang kepada pemilik.

Kehadiran BMW ActiveE juga bertujuan untuk mempamerkan keupayaan kenderaan elektrik di samping memberi kesedaran terhadap persekitaran hijau.

Ia selari dengan langkah memperkenalkan teknologi maju BMW, teknologi petrol maju BMW, teknologi hibrid, kenderaan elektrik dan hidrogen.

Menurut Glenn, pendekatan BMW juga membantu meneruskan usaha komitmen kerajaan untuk mengurangkan tahap pelepasan karbon di negara ini.

"Komitmen ini adalah inisiatif strategik untuk memperkenalkan teknologi lebih maju untuk infrastruktur dan industri Malaysia dan memastikan kesejahteraan jangka panjang serta kesihatan rakyat," katanya.

Apabila ia berada di pasaran kelak, kemampuan itu nyata memperlihatkan era baru dalam mobiliti elektrik yang dikuasakan oleh BMW demi kepuasan dan pengalaman pelanggan yang sering dahagakan impak dan prestasi tinggi dalam pemanduan.

Kanak-Kanak Hilang Bosan Bila Celik IT

Posted: 28 Nov 2011 04:42 AM PST


RUTIN harian untuk mengikuti kelas tambahan mungkin sedikit membosannya terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Mana tidaknya, setelah seharian belajar di sekolah dengan pelbagai subjek, kebanyakan ibu bapa akan menghantar pula anak-anak mereka mengikuti kelas tambahan di luar waktu persekolahan.

Tapi mungkin ramai di kalangan ibu bapa yang tidak terfikir bahawa selain kepentingan untuk memastikan anak-anak mereka menguasai ilmu berorentasikan peperiksaan, golongan pelajar juga seharusnya dibekalkan dengan kemahiran tertentu sebagai nilai tambah.

Salah satu bidang yang yang dilihat cukup penting ialah dengan menguasai ilmu teknologi maklumat (IT).

Persepsi bahawa pendedahan dalam bidang IT hanya sesuai dilakukan apabila seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi perlu diubah.

Sebaliknya kemahiran IT sewajarnya disuburkan dalam diri seseorang bermula di peringkat kanak-kanak lagi.

Menyedari kepentingan penguasaan IT terutama dalam situasi dunia tanpa sempadan, Malaysia IT Literacy Association (MITLA) dengan kerjasama ITKing Computer Training Centre tampil ke hadapan dengan penganjuran bengkel percuma kepada pelajar sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun menengah.

Pengerusi MITLA, Datuk Mohamad Rafiai Moktar bersama pemenang bagi kategori penyertaan terbanyak iaitu SJK(C) Lick Hung, Subang Jaya.

MITLA sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan bagi memperkasa dan meningkatkan penguasaan IT di kalangan rakyat Malaysia khususnya generasi muda.

Bagi memenuhi hasrat itu, ITKing memainkan peranan sebagai pengendali bengkel pecuma kepada golongan pelajar secara sistematik mengikut fasa-fasa tertentu.

Justeru penganjuran Kejohanan MITLA Literasi IT Antara Sekolah 2011 merupakan medium terbaik bagi memberi pendedahan serta menarik perhatian generasi muda terhadap IT.

Memilih Subang Jaya sebagai kawasan pertama di Selangor, kejohanan itu berjaya menarik perhatian dan sokongan apabila disertai oleh 21 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan berkenaan.

Pengerusi MITLA, Datuk Mohamad Rafiai Moktar berkata, kejohanan seumpama itu dianjurkan bagi menguji tahap penguasaan asas generasi muda terhadap bidang IT.

"Kejohanan dan bengkel seperti ini bermatlamat untuk menyediakan asas yang kukuh kepada anak-anak muda agar menguasai Aplikasi Microsoft 2010 yang menjadi perkara pokok kepada dunia akademik dan korporat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagi 2011 dan 2012, kejohanan ini akan memberi tumpuan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur untuk menguji tahap penguasaan Aplikasi Microsoft Office dan ilmu asas IT.

Pelajar yang menyertai kejohanan ini akan diuji kemahiran tiga aplikasi utama iaitu Microsoft Word 2010, Microsoft Excel 2010 dan Microsoft Power Point 2010.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan ITKing Education Franchise Sdn Bhd, Lee Yew Kein berkata, Subang Jaya merupakan destinasi pilihan pertama kejohanan ini diadakan sebagai persediaan menghadapi kejohanan utama bagi peringkat negeri Selangor tahun hadapan.

Mengulas mengenai bengkel percuma dan kejohanan ini, Lee berkata, ITKing sebagai penggerak utama mengambil berat mengenai tahap pemahaman dan penguasaan peserta selepas mengikutinya.

"Kita tidak mahu generasi muda hanya tahu menggunakan komputer yang dibeli oleh ibu bapa mereka hanya sebagai alat hiburan semata-mata. Sebenarnya banyak perkara mereka boleh lakukan menggunakan komputer selain menghabiskan masa melayari laman sosial seperti facebook ataupun youtube," katanya

Lee juga berkata, penganjuran program seumpama itu telah membuka minda masyarakat khususnya ibu bapa agar mempersiap sediakan anak-anak mereka dengan kemahiran dan ilmu tambahan terutama berkaitan IT.

Menurutnya, ia juga mendapat respon yang baik daripada pihak sekolah kerana secara tidak langsung peranan yang dimainkan MILTA dan ITKing sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan nilai kebolehupayaan seseorang pelajar.

"IT merupakan satu kemahiran yang berguna sepanjang masa kerana ia memberi nilai tambah kepada seseorang individu itu terutama sekali dalam menghadapi persaingan mendapatkan pekerjaan.

"Setiap orang mungkin mempunyai kejayaan dalam bidang akademik yang hampir sama, jadi yang akan membezakan antara seseorang individu dengan yang lain ialah kemahiran tambahan seperti penguasaan IT," katanya.

Tambah beliau, budaya celik IT di kalangan generasi muda perlu disemai diperingkat awal sebagai benteng asas melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu.

Kerusi Panas Corak Pemikiran Progresif

Posted: 28 Nov 2011 04:40 AM PST


SEPTEMBER 2007 melakar sejarah buat segmen media tempatan apabila muncul pesaing baru dalam industri. Pun begitu, tanpa menggunakan saluran media konvensional, sebuah cabang berita baru diperkenalkan menerusi radio dan bersiaran selama 24 jam - buat julung-julung kalinya di Malaysia.

Bernama Radio24 yang disambut baik sebagai saluran berita dan informasi berterusan kepada rakyat Malaysia sama ada di dalam atau luar negara kemudiannya membawakan pula sebuah segmen baru, Kerusi Panas dalam memperjuangkan cogan kata stesen radio tersebut iaitu Berita Pantas, Info Berterusan.

Ketua Rancangan, Azlan Idris berkata, segmen tersebut merupakan rentetan daripada Apa Kata Anda yang bermula pada awal 2009 untuk membawakan isu-isu semasa untuk diperbincangkan secara ilmiah menerusi respon dan input daripada para pendengar.

"Kerusi Panas membawa segmen itu kepada satu tahap lain. Kami menjemput para pencetus berita itu sendiri untuk mengutarakan isu-isu semasa untuk memperjelaskan situasi sebenar kepada rakyat.

"Kelompok kelas A seperti pakar-pakar dalam pelbagai bidang, pemimpin politik, para pemimpin agensi kerajaan merupakan antara jemputan khas Kerusi Panas," katanya kepada Mingguan mStar baru-baru ini.

(Dari kiri) Wan Syahrina Wan Ab Rahman, Markus Han dan Azlan Idris penggerak program bual bicara Kerusi Panas.

Menurut Azlan, sehingga kini masih belum ada pihak yang menjayakan program seumpama itu terutama di radio untuk mengupas perkembangan semasa seperti kenaikan harga, dasar politik, konflik sosio-budaya, situasi ekonomi dan banyak lagi isu relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia.

Jelas beliau, pemilihan isu dan tetamu yang tepat untuk memperjelaskan sebarang permasalahan adalah penting bukan sahaja untuk meningkatkan rating dan respon baik terhadap saluran berita radio berkenaan, sebaliknya Kerusi Panas merupakan platform terbaru untuk membentuk minda rakyat progresif.

Katanya, evolusi minda positif mula dikesan di kalangan para pendengar Bernama Radio24 apabila lebih ramai menunjukkan corak pemikiran kelas pertama dalam memberi kritikan membina dan pandangan berhubung sesuatu isu terutama pendidikan, kebajikan, sumber tenaga kerja dan perpaduan.

"Peranan kita sebagai media berubah mengikut peredaran semasa. Kami ingin kembali kepada landasan untuk membentuk pemikiran rakyat Malaysia ke arah pemodenan dan kemajuan seiring yang dikecapi negara pada ketika ini.

"Ramai orang bercakap tentang minda kelas pertama malah ia menjadi salah satu agenda kerajaan demi mencapai kemajuan holistik," jelasnya yang pernah menerima panggilan daripada Utah, Amerika Syarikat (AS) daripada pendengar menerusi 'audio streaming'.

Apabila disoal mengenai rating, Azlan menjelaskan bahawa rating radio tidak sama seperti televisyen. Justeru, amat sukar untuk mengenal pasti jumlah peningkatan pendengar berbanding penonton sesebuah rancangan di televisyen. Pun begitu, dianggarkan sejumlah kira-kira 200,000 pendengar yang mengikuti saluran radio berkenaan di sekitar Lembah Klang.

Cakupan pendengar dari dalam dan luar negara, katanya, merupakan satu pencapaian penting yang dapat dikesan apabila pihaknya sering menerima panggilan daripada rakyat Malaysia dari Bangkok dan Belgium, antaranya selain AS dan United Kingdom (UK).Ia adalah bukti bahawa pihaknya berjaya menjadi penghubung dan penyalur maklumat semasa berkaitan negara secara terus dari penggubal dasar kepada rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.

"Sama ada di dalam atau luar negara, rakyat Malaysia berhak mengetahui apa yang berlaku. Atas sebab sama, kami mahu menghapuskan jurang antara penggubal dasar dan rakyat. Pemimpin harus menerangkan situasi sebenar dan rakyat mempunyai hak untuk bersuara secara matang dan rasional untuk mencapai kata sepakat," tegasnya.

Azlan juga menegaskan bahawa zaman sekarang tidak lagi menyebelahi satu pihak sahaja dan tidak lagi terhad kepada dua aspek - negatif atau positif. Sebaliknya, masyarakat hari ini mempunyai pelbagai pandangan berbeza berhubung satu isu dan kerumitan itu boleh dijadikan perkembangan baik jika disalurkan dengan betul.

Atas sebab sama, Kerusi Panas melantik para 'peneraju' untuk mengendalikan rancangan bual bicara tersebut dan bukan 'juruhebah' seperti kelaziman stesen radio lain. Ini bagi meletakkan para peneraju itu dalam kedudukan yang betul untuk mengendalikan kepelbagaian pendapat dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menfaat semua pihak.

Malah keberkesanan Bernama Radio24 dalam melaksanakan tanggung jawab itu mendapat pelbagai pengiktirafan termasuk Anugerah Seri Angkasa 2010 di mana peneraju, Wan Syahrina Wan Abdul Rahman menerima anugerah Pengacara Berita Radio Terbaik selain Kerusi Panas yang dianugerahkan gelaran Program Bual Bicara Radio Terbaik.

Wan Syahrina berkata, tidak ada soalan atau skrip khusus disediakan untuk para tetamu jemputan, sebaliknya hanya beberapa garis panduan disediakan agar peneraju tidak tersasar dari topik yang diperbincangkan.

Disiplin tersebut, katanya, walaupun sedikit luar biasa namun sehingga kini diterima baik oleh para tetamu meski topik yang diperbincangkan secara langsung pada hari tersebut mengandungi unsur kontroversi atau merupakan isu sensitif untuk diperdebatkan bersama rakyat.

"Tanpa terikat dengan sebarang skrip, saya cuba sehabis mungkin untuk mengelak soalan-soalan terlalu sensitif. Bagaimanapun, kami tidak mampu mengawal apa jua persoalan yang bakal diajukan oleh para pendengar sama ada 'pedas' atau tidak, kami harus menerimanya dengan terbuka.

"Pernah beberapa kali kami terpaksa melanjutkan segmen selama setengah jam apabila Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan isu Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor tidak lama dahulu. Kami menerima lebih 50 panggilan dalam satu segmen itu sahaja," ujarnya.

Bernama Radio24 bersiaran selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu menerusi saluran FM 93.9 atau laman sesawang www.radio24.ada.fm dan www.radio24.com.my.

ADAMAS Tempat Belajar Urus, Rancang Majlis Kahwin

Posted: 28 Nov 2011 04:27 AM PST


MENYEDARI permintaan masyarakat semakin meningkat dalam bidang perancangan perkahwinan membuatkan Dr Khoo Kien Ling mengasaskan Adamas Weddings Sdn Bhd.

Menjadi akademi pengurusan perkahwinan pertama di Malaysia, 'Adamas School of Wedding' ditubuhkan bagi memberi manfaat kepada mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan dan mereka yang ingin menjadikan perancang perkahwinan sebagai profesion.

"Kini di mana-mana sahaja masyarakat bercakap tentang perancang perkahwinan. Ini satu perkembangan positif yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam masyarakat," katanya

Dr Khoo Kien Ling

Dr Khoo berkata, sudah tiba masanya bakal pengantin hari ini meninggalkan tekanan untuk mengadakan majlis perkahwinan dan menyerahkannya kepada yang lebih pakar.

"Setiap pasangan berhak berkahwin dalam suasana yang diimpikan. Menjelang hari bahagia, mereka tak perlu berfikir tentang persiapan majlis," katanya.

Menawarkan pakej melangsungkan perkahwinan dengan harga serendah RM20,000, mereka yang mendapatkan khidmat perancang perkahwinan tidak perlu berfikir tentang konsep, jurugambar, jurusolek, lokasi, pakaian dan sebagainya.

"Pasukan profesional kami bersedia memenuhi keperluan bakal pengantin bermula dengan tema sehinggalah perkara-perkara kecil lain," ujarnya.

Menghabiskan masa hampir tujuh tahun dalam bidang kajian sains di Universiti Leicester, United Kingdom (UK), Dr Khoo yakin akademi yang terletak di Kota Damansara ini mampu mencapai matlamatnya.

Tahun lalu, akademi ini telah melahirkan 25 graduan dan pada tahun ini meningkat seramai 45 orang.

Dengan yuran sebanyak RM11,500, pelajar diberi penekanan terhadap aspek teori dan praktikal selama empat bulan.

"Mereka diajar kemahiran dan ilmu seperti pengurusan bajet, membentangkan proposal, kostum tradisi dan terkini serta membantu menguruskan majlis sebenar selain dapat berkongsi pengalaman dengan orang terkenal di sebalik majlis perkahwinan," katanya.

Tamat kursus, pelajar mempunyai kelebihan kerana sijilnya diiktiraf oleh Wedding Beautiful Worldwide, salah sebuah institusi pengurusan dan perundingan perkahwinan terbesar di Amerika Syarikat sejak 1968.

Adamas menjadi satu-satunya syarikat berlesen yang melatih bakal perancang perkahwinan dan mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menjalankan perniagaan ini secara francais.

Perancang Di Sebalik Majlis Perkahwinan

Posted: 28 Nov 2011 04:21 AM PST


KETIKA ini musim cuti sekolah dan menjelang akhir tahun maka bermulalah musim perkahwinan.

Banyak kad jemputan sudah pun diedarkan dan mereka yang dijemput merencana untuk menghadirkan diri ke sana sini.

Di sebalik kerancakan itu, wujud mereka yang bekerja di sebalik sesuatu majlis perkahwinan.

Hari ini, perancang perkahwinan dilihat sebagai pelengkap kepada pasangan 'Raja Sehari'.

Pereka Fesyen dan Perancang Perkahwinan, Rizalman Ibrahim berkata, tugas dan tanggungjawab menguruskan perkahwinan bukan sesuatu yang baru di negara Barat.

"Industri ini sedang berkembang di Malaysia dan hari ini menjadi trend sebahagian besar perkahwinan di negara ini.

"Wujud perubahan dalam perkahwinan dan kini boleh dikatakan sebahagian besar tugas pengurusan diserahkan kepada pihak ketiga," katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.

Rizalman Ibrahim.

Bukan wajib

Rizalman berkata, perubahan budaya disebabkan oleh peningkatan ekonomi mempengaruhi masyarakat untuk menggunakan khidmat orang lain berbanding membuatnya sendiri.

Kesibukan turut menyebabkan mereka memerlukan perancang perkahwinan bagi memastikan semua urusan diselia oleh pihak tertentu dengan lebih teratur.

"Kehadiran tetamu di kalangan orang kenamaan dan mereka berprofil tinggi pada majlis perkahwinan memerlukan protokol yang dikendalikan oleh individu berpengalaman.

"Namun khidmat perancang perkahwinan bukan satu kewajipan kerana ia bergantung pada institusi kekeluargaan sama ada mahu membuat sendiri atau mengupah pihak ketiga," katanya.

Menurut Rizalman, beliau menjadi perancang perkahwinan bukan semata-mata atas dasar perniagaan tetapi kerana keprihatinannya dalam menjadikan sesuatu majlis itu berjalan lancar.

"Bila kita membuat sesuatu yang disukai maka hasilnya memberangsangkan. Tumpuan akan menjadi lebih fokus bagi merealisasikannya seperti yang dirancang," katanya.

Mengenai cabaran, Rizalman melihat percanggahan pendapat yang dirasakan tidak perlu diterima merupakan satu kesulitan sedikit-sebanyak menjejaskan pengurusan.

"Isu kos juga sering diperkatakan. Namun bukan semua kerana perancang perkahwinan masih mampu menjadikan sesuatu majlis itu nampak cantik tetapi melibatkan kos rendah," katanya.

Rizalman mempunyai khidmat perancang perkahwinan mampu milik untuk golongan pertengahan yang selama ini melihat nama besar dalam industri fesyen itu hanya memberi khidmat kepada golongan atasan dan orang kenamaan.

Pengarah Seni Glam Wedding, Mohd Faizul Surani membincangkan sesuatu kepada pelanggannya mengenai busana pengantin.

Dikenali sebagai Glam Wedding, ia memberi peluang kepada bakal pengantin untuk mendapat sentuhan Rizalman bagi majlis perkahwinan dengan bajet yang lebih berkemampuan.

"Masyarakat tidak perlu lagi risau tentang kos yang tinggi dan tidak perlu untuk meniru rekaan atau konsep Rizalman kerana Glam Wedding memahami keinginan mereka," katanya.

Tugas profesional

Mengenai konflik, beliau membuat penilaian terhadap bakal pelanggan pada peringkat awal bagi memastikan keserasian antara kedua-dua pihak untuk bekerjasama.

"Terdapat ramai perancang perkahwinan di negara ini dan masing-masing mempunyai citarasa dan haluan sendiri. Pelanggan hanya perlu mengkaji bagi membuat pilihan tepat.

"Saya tidak merujuk pada trend tetapi lebih menggemari sesuatu yang baru di samping mengharapkan para pelanggan menyukai idea itu.

"Pembaharuan seharusnya ditonjolkan dan bukan tipikal seperti kebiasaan di samping memperbaiki kesilapan yang pernah diamalkan dalam majlis perkahwinan," katanya.

Bagi Rizalman, apa yang lebih penting majlis perkahwinan itu merapatkan hubungan di kalangan tetamu dan memastikan kedua-dua pengantin direstui tanpa melihat mereka sekadar boneka.

"Keutamaan dalam majlis juga perlu dilihat dari aspek penyediaan jamuan untuk para tetamu sebagai tanda kesyukuran berlangsungnya sebuah perkahwinan," katanya.

Rizalman (kanan) menunjukkan beberapa konsep baru majlis perkahwinan kepada Pengarah Seni Glam Wedding, Mohd Faizul Surani.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan semakin ramai yang mahu menjadi perancang perkahwinan kerana menyifatkannya mampu menjana pendapatan lumayan.

"Ini soal pengalaman dan profesional. Masalah tidak wujud sekiranya tugas dan tanggungjawab itu berdasarkan aspek itu.

"Lebih mudah untuk mengendalikan perancangan perkahwinan bersandarkan nama (Rizalman Ibrahim) yang dibina sejak kira-kira 20 tahun lalu.

"Namun keutamaan adalah memberi khidmat terbaik kepada pelanggan dan memastikan majlis perkahwinan sempurna," katanya.

Keluarga sudah tahu

Posted: 28 Nov 2011 04:19 AM PST

PUNYA IMPIAN...mengharapkan Maal Hijrah ini akan menjadi permulaan baru untuknya kembali aktif dalam dunia muzik.
PUNYA IMPIAN...mengharapkan Maal Hijrah ini akan menjadi permulaan baru untuknya kembali aktif dalam dunia muzik.

BEKAS anggota kumpulan OAG yang kini mencipta nama sebagai pengacara, Qushairi Mohammed Razali atau Qi dilihat tidak lagi berahsia mengenai hubungannya dengan penyanyi popular Yuna. Pasangan ini lebih bersikap terbuka mengenai hubungan mereka dan sering dilihat bersama termasuklah menghadiri majlis penganugerahan.

Ditemui di satu sesi fotografi khas bagi mempromosikan rancangan Field Trip USA musim kedua yang disiarkan setiap Rabu, 9.30 malam di 8TV, jejaka berusia 34 tahun itu menegaskan, apa yang dilakukan adalah perkara biasa dan tiada apa yang perlu disorokkan membabitkan hubungannya dengan penyanyi bakal mencipta nama di Amerika Syarikat itu.


  • Foto

    BERI SOKONGAN...Qi turut hadir bersama Yuna sewaktu penyanyi itu memenangi anugerah utama di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18)

  • Foto

    BERBAKAT...ibu menjadi pengkritik utama untuk Qi memperbaiki corak persembahan sebagai pengacara.

  • Foto

    BERBAKAT...ibu menjadi pengkritik utama untuk Qi memperbaiki corak persembahan sebagai pengacara.

"Cuma dalam keadaan tertentu saya juga seperti orang lain. Ada perkara dianggap peribadi tidak perlu dikongsikan dengan umum. Begitupun saya tidak berselindung mengenai hubungan saya dan Yuna. Saya mahu menjalani hidup seperti manusia biasa dan menjadi diri sendiri," katanya.

Tegas Qi lagi, sebelum ini bukan dia mahupun Yuna mahu menyembunyikan hubungan cinta mereka, sebaliknya mereka masih lagi dalam peringkat berkenalan dan berkawan. Soal cinta tidak wujud.


"Apabila ia benar-benar berlaku saya dan Yuna sendiri tidak menyembunyikan.

Lagipun hubungan kami sudah diketahui keluarga kedua-dua belah pihak. Tidak ada perkara yang kami fikir perlu disembunyikan. Pada saya biarlah kami dahulukan keluarga. Tidak manis sekiranya hubungan kami diketahui orang sedangkan mereka tidak tahu," katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan dia dan Yuna akan mengakhiri zaman solo dalam masa terdekat, kata Qi, me�reka belum lagi memikirkan mengenai perkara itu apatah lagi kedua-duanya sedang sibuk.

"Yuna sendiri akan mempromosikan album Inggeris untuk pasaran Amerika Syarikat.
Sepanjang tahun depan dia akan menjelajah negara Uncle Sam itu. Dan saya sendiri sudah mempunyai beberapa perancangan termasuk kembali aktif menghasilkan muzik di samping mengintai peluang kembali ke layar kaca atau perak," katanya.

Penghijrahan dibuat Qi yang sebelum ini menganggotai kumpulan popular indie, OAG dengan menyertai dunia penyiaran dan menjadi pengacara mula menunjukkan perkembangan. Apatah lagi peluang mengendalikan rancangan popular seperti Destinasi Budget disiarkan di 8TV sebelum ini dan Jalan-Jalan Cari Makan membuatkan namanya menjadi sebutan ramai.

Tidak kurang juga ramai yang memuji kemampuannya sebagai pengacara. Kata mereka, Qi begitu bersahaja dan sangat petah beraksi depan kamera sewaktu memberikan informasi kepada penonton.

"Saya tinggalkan dunia muzik sekitar 1999 dan pada 2004 barulah saya mencuba bidang pengacaraan. Segala bermula daripada ajakan seorang teman yang meminta saya mengacarakan rancangan Destinasi Budget. Saya kurang yakin tetapi apabila menghadiri uji bakat mereka berminat dan melamar saya.

"Pertama kali menonton wajah saya sebagai pengacara saya rasa kelakar, tetapi rakan-rakan memberitahu saya boleh buat dan saya nampak bersahaja.

Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada ibu kerana dia menjadi pengkritik utama. Setiap kali rancangan itu disiarkan ibu akan memberikan komen apa yang harus saya perbaiki dan daripada situ saya mula berubah dan mengumpul keyakinan," katanya.

Berpindah daripada dunia muzik kepada pengacaraan kata Qi, tidak memberikan banyak masalah kepadanya kerana apa yang berbeza adalah medium dan alat digunakan untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan.

"Seperti muzik saya ingin menyampaikan lagu kepada orang ramai. Untuk itu ia memerlukan melodi dan nota lagu bagi menjadikan ia satu karya yang baik dan boleh diterima. Sementara pengacaraan pula kita perlu menyampaikan informasi kepada penonton dan apa yang diperlukan adalah kamera. Persamaan yang wujud dalam dua perkara ini adalah penyampaian harus datang dari hati dan akal.
Sekiranya itu dapat dilakukan barulah orang mudah untuk menerima lagu dihasilkan atau rancangan dipersembahkan," katanya.

Bercerita mengenai Field Trip USA untuk musim kedua, kata Qi kali ini pihak produksi cuba membawa penonton melihat Amerika Syarikat dari sudut berbeza di mana pelajar terbabit dalam rancangan ini akan tinggal bersama keluarga yang menetap di kawasan luar bandar di sana selama enam bulan.

"Saya hormati semangat yang dimiliki pelajar terbabit yang sanggup tinggal di kawasan pedalaman di Amerika dalam tempoh enam bulan semata-mata untuk menimba ilmu dan belajar cara hidup masyarakat lain. Saya berkesempatan mengunjungi beberapa tempat di mana pelajar ini tinggal. Pada saya untuk menetap empat hari sudah bosan inikan pula mereka duduk sampai enam bulan.

"Seorang pelajar, Thessa tinggal bersama keluarga angkatnya di kawasan kampung di Iowa. Dia berasal dari Melaka. Bayangkan penempatan tempat keluarga angkatnya menetap hanya ada 200 orang penduduk. Rasanya Melaka jauh lebih maju.
Tidak ada banyak aktiviti di sana tetapi dia gembira tinggal bersama keluarganya dengan membantu mereka berladang. Satu kehidupan cukup menarik untuk dipaparkan," katanya.

Satu lagi keluarga yang sempat dilawati apabila seorang pelajar bisu menetap dengan keluarga angkatnya yang juga bisu di Indianapolis. Katanya menarik kerana bapa keluarga angkatnya itu seorang genius kerana menghasilkan satu perisian yang dapat membantu orang kelainan upaya (OKU) seperti mereka.

Beralih kepada harapannya sempena menyambut tahun Maal Hijrah, Qi menjelaskan seperti umat Islam yang lain dia mengharapkan perancangan bakal dilaksanakan akan menjadi kenyataan. Apatah lagi impiannya besar kerana mahu kembali aktif dalam bidang muzik.

"Saya sangat rindukan muzik dan mahu kembali aktif. Kebanyakan bidang pengacaraan yang saya lakukan sekarang akan berakhir tahun ini dan masa terluang membuka ruang kepada saya untuk kembali aktif dengan menghasilkan muzik. Saya juga mahu mencuba menyanyi sendiri lagu-lagu yang dihasilkan.

"Selain itu saya juga bercadang mahu mengadakan persembahan bersama OAG.
Alhamdulillah, keadaan Radhi sudah semakin baik. Ternyata tahun baru yang datang ini saya lihat membawa banyak rahmat bukan saja kepada saya tetapi semua orang. Saya berdoa agar apa yang saya impikan ini akan terlaksana. Begitupun segala saya serahkan kepada-Nya. Sebagai hambanya saya hanya mampu berusaha dan berdoa apa yang diimpikan menjadi kenyataan," katanya seraya mengakhiri perbualan.

Malam untuk bintang

Posted: 28 Nov 2011 04:13 AM PST

RITCHIE tersenyum lebar melihat Taylor yang terkejut dengan kejayaannya malam itu.
RITCHIE tersenyum lebar melihat Taylor yang terkejut dengan kejayaannya malam itu.

Ia adalah malam kemuncak dalam industri muzik, dan nampaknya Anugerah Muzik Amerika adalah malam kemenangan untuk kaum hawa.

Taylor Swift, Nicki Minaj, Katy Perry, Beyonce dan Jennifer Lopez adalah antara artis wanita yang menggondol banyak anugerah dan meninggalkan artis lelaki pulang dengan tangan kosong.

Tapi, malam itu adalah untuk Taylor Swift yang berusia 21 tahun kerana menggondol bukan saja anugerah untuk kategori artis terbaik dan album country terbaik, tetapi juga membawa pulang anugerah terbesar - artis terbaik tahun ini.

Pakaian pilihannya, gaun emas berlabuci untuk malam itu juga tepat kerana asyik naik ke pentas. Tetapi, penyanyi itu kelihatan tidak bersedia dengan kejayaannya malam itu.


Taylor yang turut diraikan di Anugerah Muzik Country memang sangat gembira. Sahabatnya Selena Gomez memberi satu pelukan erat sebelum pemenang lain turut beratur untuk memeluknya.


Setiap kali Taylor Swift menerima anugerahnya, dia kelihatan terkejut.
Ketika menerima anugerah pertamanya malam itu, dia memberitahu hadirin, "Terima kasih banyak. Ya Tuhan! Ini memang menakjubkan."

Dia mengucapkan terima kasih kepada band muziknya dan kru, juga kepada peminatnya kerana 'memenuhi arena' dan dia turut mengucapkan terima kasih kepada abangnya yang bersamanya di malam anugerah itu.

Ketika dia menerima anugerah Album Country, dia berucap dengan bersemangat, "Anda semua tak tahu betapa bermaknanya anugerah ini kepada saya. Saya berterima kasih, berterima kasih kepada anda kerana memberikan saya anugerah ini."

Manakala, Minaj pula telah memberikan satu persembahan bertenaga bersama David Guetta ketika membuka acara malam itu yang diadakan di Teater Nokia dan memenangi anugerah Anugerah Album Kegemaran dalam kategori Rap/Hip Hop untuk albumnya 'Pink Friday'. Dia juga memenangi Anugerah Artis Kegemaran dalam kategori yang sama.

Sambil tersenyum lebar, penyanyi rapi itu memberitahu hadirin, "Terlalu banyak cinta dalam dewan ini."

Selain itu, Katy Perry, yang memakai gaun oleh Vivienne Westwood dan menayangkan bentuk tubuhnya yang cantik di karpet merah, diberi anugerah khas sebagai penghormatan kepada lima lagu dalam albumnya yang mendapat tempat pertama dalam carta.

Dia berterima kasih kepada peminatnya dan syarikat yang mengeluarkan albumnya. Dia turut menyebut siri persembahan 'Teenage Dream' yang akan berakhir tidak lama lagi. Penyanyi 'The California Girls' naik ke pentas dengan memakai gaun khas untuk persembahan berwarna merah jambu dan menerima anugerahnya daripada Heidi Klum.

Kedua-dua mereka berkucup seketika sebelum Katy memberi ucapannya.

Setelah selesai memberi persembahan yang agak menghairahkan, Jennifer Lopez naik ke pentas dengan gaun jarang yang dihiasi permata untuk menerima anugerahnya dalam kategori Artis Latin Kegemaran. Bercerita tentang masa silamnya, JLo berkata, "Ada masa di atas ada masa di bawah tetapi tetap ada antaranya mengujakan dan penuh emosi."

"Saya bersyukur dengan apa yang ada," katanya sebelum mengucapkan terima kasih kepada 'keluarganya' dan 'anak-anaknya.'

Tidak semua pemenang dapat hadir di malam itu. Rihanna terpaksa memberi ucapan terima kasih melalui video kerana dia berada di London.

Penyanyi 'We Found Love' memenangi anugerah Lagu Soul dan R&B Kegemaran untuk albumnya 'Loud'.

Penyanyi Britain, Adele turut memenangi anugerah untuk kategori Album Kegemaran, tetapi disebabkan baru menjalani pembedahan tekak, dia tidak dapat hadir. Begitu juga dengan Beyonce yang memberi ucapan terima kasihnya melalui mesej yang telah dirakam terlebih dahulu.

Walaupun nampak seperti artis wanita yang banyak menerima anugerah malam itu, ada juga artis lelaki yang turut menerima anugerah malam itu.

Penyanyi Bruno Mars menerima anugerah untuk Artis Lelaki Kegemaran dan memberi dedikasi anugerah itu kepada sahabatnya.

Katanya, "Kalau peminat semua tidak keberatan, saya mahu berkongsi anugerah ini bersama sahabat saya, Justin Bieber dan Pitbull."

Kumpulan Maroon 5 juga diberi anugerah sebagai Kumpulan Lelaki Digemari, tidak hairan untuk lagu terkenal mereka 'Moves Like Jagger' di mana mereka persembahkan malam itu.

Penerima anugerah malam itu termasuk Lady Antebellum, Hot Chelle Rae dan Usher.

Malam untuk bintang

Posted: 28 Nov 2011 04:13 AM PST

RITCHIE tersenyum lebar melihat Taylor yang terkejut dengan kejayaannya malam itu.
RITCHIE tersenyum lebar melihat Taylor yang terkejut dengan kejayaannya malam itu.

Ia adalah malam kemuncak dalam industri muzik, dan nampaknya Anugerah Muzik Amerika adalah malam kemenangan untuk kaum hawa.

Taylor Swift, Nicki Minaj, Katy Perry, Beyonce dan Jennifer Lopez adalah antara artis wanita yang menggondol banyak anugerah dan meninggalkan artis lelaki pulang dengan tangan kosong.

Tapi, malam itu adalah untuk Taylor Swift yang berusia 21 tahun kerana menggondol bukan saja anugerah untuk kategori artis terbaik dan album country terbaik, tetapi juga membawa pulang anugerah terbesar - artis terbaik tahun ini.

Pakaian pilihannya, gaun emas berlabuci untuk malam itu juga tepat kerana asyik naik ke pentas. Tetapi, penyanyi itu kelihatan tidak bersedia dengan kejayaannya malam itu.


Taylor yang turut diraikan di Anugerah Muzik Country memang sangat gembira. Sahabatnya Selena Gomez memberi satu pelukan erat sebelum pemenang lain turut beratur untuk memeluknya.


Setiap kali Taylor Swift menerima anugerahnya, dia kelihatan terkejut.
Ketika menerima anugerah pertamanya malam itu, dia memberitahu hadirin, "Terima kasih banyak. Ya Tuhan! Ini memang menakjubkan."

Dia mengucapkan terima kasih kepada band muziknya dan kru, juga kepada peminatnya kerana 'memenuhi arena' dan dia turut mengucapkan terima kasih kepada abangnya yang bersamanya di malam anugerah itu.

Ketika dia menerima anugerah Album Country, dia berucap dengan bersemangat, "Anda semua tak tahu betapa bermaknanya anugerah ini kepada saya. Saya berterima kasih, berterima kasih kepada anda kerana memberikan saya anugerah ini."

Manakala, Minaj pula telah memberikan satu persembahan bertenaga bersama David Guetta ketika membuka acara malam itu yang diadakan di Teater Nokia dan memenangi anugerah Anugerah Album Kegemaran dalam kategori Rap/Hip Hop untuk albumnya 'Pink Friday'. Dia juga memenangi Anugerah Artis Kegemaran dalam kategori yang sama.

Sambil tersenyum lebar, penyanyi rapi itu memberitahu hadirin, "Terlalu banyak cinta dalam dewan ini."

Selain itu, Katy Perry, yang memakai gaun oleh Vivienne Westwood dan menayangkan bentuk tubuhnya yang cantik di karpet merah, diberi anugerah khas sebagai penghormatan kepada lima lagu dalam albumnya yang mendapat tempat pertama dalam carta.

Dia berterima kasih kepada peminatnya dan syarikat yang mengeluarkan albumnya. Dia turut menyebut siri persembahan 'Teenage Dream' yang akan berakhir tidak lama lagi. Penyanyi 'The California Girls' naik ke pentas dengan memakai gaun khas untuk persembahan berwarna merah jambu dan menerima anugerahnya daripada Heidi Klum.

Kedua-dua mereka berkucup seketika sebelum Katy memberi ucapannya.

Setelah selesai memberi persembahan yang agak menghairahkan, Jennifer Lopez naik ke pentas dengan gaun jarang yang dihiasi permata untuk menerima anugerahnya dalam kategori Artis Latin Kegemaran. Bercerita tentang masa silamnya, JLo berkata, "Ada masa di atas ada masa di bawah tetapi tetap ada antaranya mengujakan dan penuh emosi."

"Saya bersyukur dengan apa yang ada," katanya sebelum mengucapkan terima kasih kepada 'keluarganya' dan 'anak-anaknya.'

Tidak semua pemenang dapat hadir di malam itu. Rihanna terpaksa memberi ucapan terima kasih melalui video kerana dia berada di London.

Penyanyi 'We Found Love' memenangi anugerah Lagu Soul dan R&B Kegemaran untuk albumnya 'Loud'.

Penyanyi Britain, Adele turut memenangi anugerah untuk kategori Album Kegemaran, tetapi disebabkan baru menjalani pembedahan tekak, dia tidak dapat hadir. Begitu juga dengan Beyonce yang memberi ucapan terima kasihnya melalui mesej yang telah dirakam terlebih dahulu.

Walaupun nampak seperti artis wanita yang banyak menerima anugerah malam itu, ada juga artis lelaki yang turut menerima anugerah malam itu.

Penyanyi Bruno Mars menerima anugerah untuk Artis Lelaki Kegemaran dan memberi dedikasi anugerah itu kepada sahabatnya.

Katanya, "Kalau peminat semua tidak keberatan, saya mahu berkongsi anugerah ini bersama sahabat saya, Justin Bieber dan Pitbull."

Kumpulan Maroon 5 juga diberi anugerah sebagai Kumpulan Lelaki Digemari, tidak hairan untuk lagu terkenal mereka 'Moves Like Jagger' di mana mereka persembahkan malam itu.

Penerima anugerah malam itu termasuk Lady Antebellum, Hot Chelle Rae dan Usher.

Malam untuk bintang

Posted: 28 Nov 2011 04:13 AM PST

RITCHIE tersenyum lebar melihat Taylor yang terkejut dengan kejayaannya malam itu.
RITCHIE tersenyum lebar melihat Taylor yang terkejut dengan kejayaannya malam itu.

Ia adalah malam kemuncak dalam industri muzik, dan nampaknya Anugerah Muzik Amerika adalah malam kemenangan untuk kaum hawa.

Taylor Swift, Nicki Minaj, Katy Perry, Beyonce dan Jennifer Lopez adalah antara artis wanita yang menggondol banyak anugerah dan meninggalkan artis lelaki pulang dengan tangan kosong.

Tapi, malam itu adalah untuk Taylor Swift yang berusia 21 tahun kerana menggondol bukan saja anugerah untuk kategori artis terbaik dan album country terbaik, tetapi juga membawa pulang anugerah terbesar - artis terbaik tahun ini.

Pakaian pilihannya, gaun emas berlabuci untuk malam itu juga tepat kerana asyik naik ke pentas. Tetapi, penyanyi itu kelihatan tidak bersedia dengan kejayaannya malam itu.


Taylor yang turut diraikan di Anugerah Muzik Country memang sangat gembira. Sahabatnya Selena Gomez memberi satu pelukan erat sebelum pemenang lain turut beratur untuk memeluknya.


Setiap kali Taylor Swift menerima anugerahnya, dia kelihatan terkejut.
Ketika menerima anugerah pertamanya malam itu, dia memberitahu hadirin, "Terima kasih banyak. Ya Tuhan! Ini memang menakjubkan."

Dia mengucapkan terima kasih kepada band muziknya dan kru, juga kepada peminatnya kerana 'memenuhi arena' dan dia turut mengucapkan terima kasih kepada abangnya yang bersamanya di malam anugerah itu.

Ketika dia menerima anugerah Album Country, dia berucap dengan bersemangat, "Anda semua tak tahu betapa bermaknanya anugerah ini kepada saya. Saya berterima kasih, berterima kasih kepada anda kerana memberikan saya anugerah ini."

Manakala, Minaj pula telah memberikan satu persembahan bertenaga bersama David Guetta ketika membuka acara malam itu yang diadakan di Teater Nokia dan memenangi anugerah Anugerah Album Kegemaran dalam kategori Rap/Hip Hop untuk albumnya 'Pink Friday'. Dia juga memenangi Anugerah Artis Kegemaran dalam kategori yang sama.

Sambil tersenyum lebar, penyanyi rapi itu memberitahu hadirin, "Terlalu banyak cinta dalam dewan ini."

Selain itu, Katy Perry, yang memakai gaun oleh Vivienne Westwood dan menayangkan bentuk tubuhnya yang cantik di karpet merah, diberi anugerah khas sebagai penghormatan kepada lima lagu dalam albumnya yang mendapat tempat pertama dalam carta.

Dia berterima kasih kepada peminatnya dan syarikat yang mengeluarkan albumnya. Dia turut menyebut siri persembahan 'Teenage Dream' yang akan berakhir tidak lama lagi. Penyanyi 'The California Girls' naik ke pentas dengan memakai gaun khas untuk persembahan berwarna merah jambu dan menerima anugerahnya daripada Heidi Klum.

Kedua-dua mereka berkucup seketika sebelum Katy memberi ucapannya.

Setelah selesai memberi persembahan yang agak menghairahkan, Jennifer Lopez naik ke pentas dengan gaun jarang yang dihiasi permata untuk menerima anugerahnya dalam kategori Artis Latin Kegemaran. Bercerita tentang masa silamnya, JLo berkata, "Ada masa di atas ada masa di bawah tetapi tetap ada antaranya mengujakan dan penuh emosi."

"Saya bersyukur dengan apa yang ada," katanya sebelum mengucapkan terima kasih kepada 'keluarganya' dan 'anak-anaknya.'

Tidak semua pemenang dapat hadir di malam itu. Rihanna terpaksa memberi ucapan terima kasih melalui video kerana dia berada di London.

Penyanyi 'We Found Love' memenangi anugerah Lagu Soul dan R&B Kegemaran untuk albumnya 'Loud'.

Penyanyi Britain, Adele turut memenangi anugerah untuk kategori Album Kegemaran, tetapi disebabkan baru menjalani pembedahan tekak, dia tidak dapat hadir. Begitu juga dengan Beyonce yang memberi ucapan terima kasihnya melalui mesej yang telah dirakam terlebih dahulu.

Walaupun nampak seperti artis wanita yang banyak menerima anugerah malam itu, ada juga artis lelaki yang turut menerima anugerah malam itu.

Penyanyi Bruno Mars menerima anugerah untuk Artis Lelaki Kegemaran dan memberi dedikasi anugerah itu kepada sahabatnya.

Katanya, "Kalau peminat semua tidak keberatan, saya mahu berkongsi anugerah ini bersama sahabat saya, Justin Bieber dan Pitbull."

Kumpulan Maroon 5 juga diberi anugerah sebagai Kumpulan Lelaki Digemari, tidak hairan untuk lagu terkenal mereka 'Moves Like Jagger' di mana mereka persembahkan malam itu.

Penerima anugerah malam itu termasuk Lady Antebellum, Hot Chelle Rae dan Usher.

Malam untuk bintang

Posted: 28 Nov 2011 04:13 AM PST

RITCHIE tersenyum lebar melihat Taylor yang terkejut dengan kejayaannya malam itu.
RITCHIE tersenyum lebar melihat Taylor yang terkejut dengan kejayaannya malam itu.

Ia adalah malam kemuncak dalam industri muzik, dan nampaknya Anugerah Muzik Amerika adalah malam kemenangan untuk kaum hawa.

Taylor Swift, Nicki Minaj, Katy Perry, Beyonce dan Jennifer Lopez adalah antara artis wanita yang menggondol banyak anugerah dan meninggalkan artis lelaki pulang dengan tangan kosong.

Tapi, malam itu adalah untuk Taylor Swift yang berusia 21 tahun kerana menggondol bukan saja anugerah untuk kategori artis terbaik dan album country terbaik, tetapi juga membawa pulang anugerah terbesar - artis terbaik tahun ini.

Pakaian pilihannya, gaun emas berlabuci untuk malam itu juga tepat kerana asyik naik ke pentas. Tetapi, penyanyi itu kelihatan tidak bersedia dengan kejayaannya malam itu.


Taylor yang turut diraikan di Anugerah Muzik Country memang sangat gembira. Sahabatnya Selena Gomez memberi satu pelukan erat sebelum pemenang lain turut beratur untuk memeluknya.


Setiap kali Taylor Swift menerima anugerahnya, dia kelihatan terkejut.
Ketika menerima anugerah pertamanya malam itu, dia memberitahu hadirin, "Terima kasih banyak. Ya Tuhan! Ini memang menakjubkan."

Dia mengucapkan terima kasih kepada band muziknya dan kru, juga kepada peminatnya kerana 'memenuhi arena' dan dia turut mengucapkan terima kasih kepada abangnya yang bersamanya di malam anugerah itu.

Ketika dia menerima anugerah Album Country, dia berucap dengan bersemangat, "Anda semua tak tahu betapa bermaknanya anugerah ini kepada saya. Saya berterima kasih, berterima kasih kepada anda kerana memberikan saya anugerah ini."

Manakala, Minaj pula telah memberikan satu persembahan bertenaga bersama David Guetta ketika membuka acara malam itu yang diadakan di Teater Nokia dan memenangi anugerah Anugerah Album Kegemaran dalam kategori Rap/Hip Hop untuk albumnya 'Pink Friday'. Dia juga memenangi Anugerah Artis Kegemaran dalam kategori yang sama.

Sambil tersenyum lebar, penyanyi rapi itu memberitahu hadirin, "Terlalu banyak cinta dalam dewan ini."

Selain itu, Katy Perry, yang memakai gaun oleh Vivienne Westwood dan menayangkan bentuk tubuhnya yang cantik di karpet merah, diberi anugerah khas sebagai penghormatan kepada lima lagu dalam albumnya yang mendapat tempat pertama dalam carta.

Dia berterima kasih kepada peminatnya dan syarikat yang mengeluarkan albumnya. Dia turut menyebut siri persembahan 'Teenage Dream' yang akan berakhir tidak lama lagi. Penyanyi 'The California Girls' naik ke pentas dengan memakai gaun khas untuk persembahan berwarna merah jambu dan menerima anugerahnya daripada Heidi Klum.

Kedua-dua mereka berkucup seketika sebelum Katy memberi ucapannya.

Setelah selesai memberi persembahan yang agak menghairahkan, Jennifer Lopez naik ke pentas dengan gaun jarang yang dihiasi permata untuk menerima anugerahnya dalam kategori Artis Latin Kegemaran. Bercerita tentang masa silamnya, JLo berkata, "Ada masa di atas ada masa di bawah tetapi tetap ada antaranya mengujakan dan penuh emosi."

"Saya bersyukur dengan apa yang ada," katanya sebelum mengucapkan terima kasih kepada 'keluarganya' dan 'anak-anaknya.'

Tidak semua pemenang dapat hadir di malam itu. Rihanna terpaksa memberi ucapan terima kasih melalui video kerana dia berada di London.

Penyanyi 'We Found Love' memenangi anugerah Lagu Soul dan R&B Kegemaran untuk albumnya 'Loud'.

Penyanyi Britain, Adele turut memenangi anugerah untuk kategori Album Kegemaran, tetapi disebabkan baru menjalani pembedahan tekak, dia tidak dapat hadir. Begitu juga dengan Beyonce yang memberi ucapan terima kasihnya melalui mesej yang telah dirakam terlebih dahulu.

Walaupun nampak seperti artis wanita yang banyak menerima anugerah malam itu, ada juga artis lelaki yang turut menerima anugerah malam itu.

Penyanyi Bruno Mars menerima anugerah untuk Artis Lelaki Kegemaran dan memberi dedikasi anugerah itu kepada sahabatnya.

Katanya, "Kalau peminat semua tidak keberatan, saya mahu berkongsi anugerah ini bersama sahabat saya, Justin Bieber dan Pitbull."

Kumpulan Maroon 5 juga diberi anugerah sebagai Kumpulan Lelaki Digemari, tidak hairan untuk lagu terkenal mereka 'Moves Like Jagger' di mana mereka persembahkan malam itu.

Penerima anugerah malam itu termasuk Lady Antebellum, Hot Chelle Rae dan Usher.

Aplikasi halal

Posted: 28 Nov 2011 04:11 AM PST

ROHAIZAD...perluas aplikasi
ROHAIZAD...perluas aplikasi

HALAL Industry Development Corporation (HDC) yang membangunkan teknologi aplikasi halal telefon pintar, iPhone Apps berhasrat untuk melabur sehingga RM100,000 bagi menghasilkan sistem inovasi HTML 5 kepada orang ramai yang tidak terhad menerusi telefon pintar atau tablet saja menjelang suku pertama tahun depan.

Ketika ini, iPhone Apps menyediakan perkhidmatan direktori halal, alat pengesanan global (GPS) lokasi halal serta berita dan pengetahuan mengenai sektor halal sejak awal 2010.


Pengurus Kanan HDC, Rohaizad Hassan berkata, syarikatnya sebelum ini membangunkan aplikasi Apple itu dengan dana permulaan RM100,000 yang mendapat sambutan daripada orang ramai di seluruh dunia dengan 7,872 muat turun kepada 16,390 pengguna dicatatkan sehingga Oktober lalu.

"HDC optimis dengan sistem inovasi HTML 5 diperkenalkan pada suku pertama tahun depan bakal memberi kesan kepada pertumbuhan pengguna aplikasi ini kerana ia tidak memerlukan telefon pintar atau tablet untuk menggunakan aplikasi halal HDC.


"Selain itu, ia turut memudahkan orang ramai untuk membuat capaian terus dengan adanya perkhidmatan Internet di telefon mudah alih atau komputer peribadi," katanya di Kuala Lumpur.


Rohaizad berkata, aplikasi memberi banyak manfaat kepada orang ramai terutama pemain industri halal untuk menerokai pasaran halal dunia kerana ia mempamerkan pelbagai syarikat yang mendapat sijil kelulusan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kini berkembang di seluruh dunia.

"Sekiranya orang ramai pergi keluar negara mereka boleh mendapatkan makanan halal daripada restoran yang mendapat persijilan halal daripada Jakim dengan hanya menggunakan aplikasi ini saja. "Selain itu, orang ramai berpeluang untuk memberi maklum balas kepada Jakim mengenai restoran berkenaan daripada segi sudut kebersihan atau perkhidmatan bagi memudahkan pihak berkenaan mempertingkatkan kualiti penghasilan produk halal setiap masa," katanya.


Beliau berkata, maklumat yang terdapat di dalam iPhone Apps memberi peluang kepada pemain industri dan golongan profesional meninjau perkembangan sektor halal di peringkat tempatan atau global kerana ia memaparkan berita dan maklumat sektor berkenaan dengan pantas.

Menjelang tahun depan, HDC berhasrat membangunkan aplikasi terbabit dalam versi Android bagi memudahkan pengguna mengakses perkhidmatan terbabit menggunakan sebarang alat teknologi canggih

Imran derita lepas cerai

Posted: 28 Nov 2011 04:10 AM PST

SAAT BAHAGIA...Imran dan Jemima di hari pernikahan mereka pada 1995.
SAAT BAHAGIA...Imran dan Jemima di hari pernikahan mereka pada 1995.
BUAH HATI... Jemima bersama Sulaiman ketika baru dilahirkan di London.
BUAH HATI... Jemima bersama Sulaiman ketika baru dilahirkan di London.

LONDON: Pemain kriket terkemuka Pakistan, Imran Khan, berkata dia hilang semangat untuk hidup selepas perkahwinannya dengan Jemima Glodsmith musnah Dipetik media tempatan semalam, Imran berkata, enam bulan sebelum perceraian dan enam bulan selepasnya adalah detik "paling perit" dalam hidupnya.

Kata Imran, dia juga berasa amat sedih apabila tidak dapat bertemu dua anak lelakinya, Sulaiman, 8, dan Kasim, 5.


"Membesarkan mereka adalah pengalaman paling indah dalam hidup dan kini tanpa mereka di sisi menjadi cabaran terbesar untuk ditangani," katanya.

Untuk kali pertama, kata Imran, dia memahami bagaimana seseorang boleh patah semangat untuk hidup.


Katanya, kesan terhadap anak-anak ternyata memburukkan lagi keadaan.


"Melihat kesedihan Sulaiman menjadikan kesengsaraan saya berganda.

"Saya sangat rindukan mereka dan tiada apa dapat mengubatinya," katanya.


Melalui buku terbaru Imran yang diterbitkan dalam usahanya mendapatkan kuasa politik, dia turut menulis bagaimana politik dan kehidupan berkeluarga gagal diserasikan selepas berkahwin dengan Jemima pada 1995.

Ketika itu, Imran berusia 43 tahun, manakala Jemima baru 21.


Kata Imran, pengorbanan terbesarnya kerana terbabit dalam politik adalah masa yang sangat terhad untuk diluangkan bersama keluarga.


Dalam buku itu juga, Imran menceritakan bagaimana dia diperlekeh di Pakistan ketika menubuhkan parti politik sendiri, manakala Jemima didakwa menjadi sebahagian daripada rancangan Zionis menguasai negara itu.


"Jemima berharap saya tak menyertai politik.


"Sebagai wanita pemalu dan sensitif, tuduhan dilakukan ke atasnya sangat berat," katanya.


Sejurus selepas itu, Jemima kembali ke Britain bersama Sulaiman dan Kasim untuk membolehkan kanak-kanak itu belajar mengenai Islam moden di universiti.


Jemima dan Imran bercerai pada 2004.


Kata Imran, dia lega kerana kesedihan Jemima berakhir selepas mereka berpisah.

Diminati wanita berusia 40-an

Posted: 28 Nov 2011 04:07 AM PST

SELARI...setiap pergerakan perlu sama dan selari antara satu sama lain.
SELARI...setiap pergerakan perlu sama dan selari antara satu sama lain.

DI SATU sudut sekitar Taman Tasik Shah Alam, Selangor, kelihatan sekumpulan wanita dalam lingkungan usia 40-an ke atas menari bersama-sama diiringi alunan muzik rancak.

Daripada irama Melayu, tradisi India, salsa sehingga kepada hip hop, mereka menghayunkan tangan dan gerakan kaki mengikut alunan irama. Sama dan teratur.
Penuh berseni. Walaupun ada mata memandang melihatkan aksi mereka, apa yang penting kesihatan terjaga dan mereka dapat berkumpul dan beriadah bersama kawan-kawan.


  • Foto

    MODEN...selain tarian tradisional, tarian line adalah gabungan gerak tari moden yang memerlukan pergerakan seluruh badan.

  • Foto

    AJAR...Siti Norina turut mengajar golongan korporat dan pelajar sekolah.

  • Foto

    SEMANGAT...kumpulan tarian untuk Cuti-cuti Malaysia dan Citrawarna Malaysia.


Kebiasaannya gerak tari yang pantas mengikut alunan muzik menjadi pilihan kebanyakan wanita yang ingin bersenam dengan cara berbeza.

Namun begitu tarian rancak seperti aerobik hanya sesuai untuk golongan muda saja kerana pergerakannya lebih hebat, kuat dan pantas. Sebab itu bagi wanita berusia 40-an ke atas, tarian lemah gemalai, seperti tarian line menjadi pilihan mereka.

Pada asasnya tarian line adalah gabungan tarian seperti poco-poco, latin, salsa dan beberapa tarian moden seperti jazz dan hip hop. Walaupun jika dilihat pada pandangan kasar tarian ini agak berat, tetapi sebenarnya tarian ini dikategorikan sebagai tarian paling ringan dan amat sesuai untuk golongan wanita yang mementingkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Menurut ketua tari, Siti Norina Abdul Aziz, 57, tarian line berbeza dengan jenis tarian yang lain. Antara kelainannya, ia ditarikan secara berkumpulan dan kesemua gerak tari dilakukan di dalam satu barisan.

Ia tidak banyak menggunakan pergerakan tangan kerana menitikberatkan pergerakan badan dan liuk lintuk serta koordinasi tubuh. Malah setiap gerak tari memberi kebebasan untuk tubuh badan bergerak dan mengeluarkan peluh.

"Koordinasi tarian line adalah melalui empat penjuru dan ditarikan tanpa menyentuh pasangan. Ada antara jenis tarian ini ditarikan menghadap antara satu sama lain, di dalam bulatan mahupun barisan yang terdiri daripada beberapa orang penari.

"Sebab itu tarian ini semakin diminati wanita berusia 40-an kerana selain lembut, senaman ini menggerakkan kesemua anggota badan dan menjanjikan penjagaan kesihatan bagi semua organ badan," katanya.

Menurut Siti Norina, pendekatan yang digunakan dengan membawa kumpulan tarinya menari di tempat terbuka seperti taman tasik ini kerana ia lebih bebas, berbeza dengan senaman yang diadakan di kawasan tertutup seperti dewan atau gimnasium.

Malah, segala gerak tari yang ditunjukkan adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana peralatan di gimnasium. Lebih penting, perjumpaan yang diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad ini menjadi aktiviti riadah dan pertemuan bagi suri rumah tangga juga kepada wanita berkerjaya untuk berjumpa serta bertukar pendapat.

"Disebabkan ada antara peserta sudah bercucu dan mempunyai anak remaja justeru, aktiviti ini memberi peluang kepada suri rumah menyertai aktiviti sihat selain dapat membuka minda mereka kepada permasalahan yang berlaku apabila masing-masing saling bercerita serta bertukar pendapat," katanya.

Selain mengadakan kelas tarian di Taman Tasik Shah Alam, Siti Norina juga adalah tenaga pengajar bagi tarian Cuti-Cuti Malaysia untuk tahun keempat.

Dia yang mula meminati tarian sejak sekolah lagi memberitahu, semua tarian dipelajari menerusi laman Youtube yang pada mulanya dipelajari hanya sekadar untuk kesihatan diri sendiri.

"Ketika itu saya sudah berusia 50 tahun, jadi saya berasa penting mencari senaman yang dapat membantu saya kekal sihat dan cergas. Disebabkan meminati tarian sejak zaman remaja, jadi saya belajar pelbagai jenis tarian di Youtube kemudian saya praktikkan

di Taman Tasik Shah Alam. Melihat keunikan senaman yang saya tampilkan, sedikit demi sedikit ada yang menawarkan diri untuk menjadi peserta," katanya.

Tidak seperti masyarakat Cina yang sangat mementingkan kesihatan, untuk menarik orang Melayu bersenam adalah sangat susah. Apatah lagi menyertai tarian line seperti ini kerana gambaran tarian ini mungkin kurang sesuai dengan faktor usia mereka.

"Tetapi lama-kelamaan selepas melihat keistimewaannya semakin ramai yang ingin mencuba malah kumpulan ini turut mengambil bahagian dalam tarian Cuti-cuti Malaysia dan Citrawarna yang diadakan pada setiap tahun di Dataran Merdeka," katanya yang turut mengajar tarian untuk kaki tangan korporat dan pelajar sekolah.

Baginya Siti Norina, mengajar tarian kepada wanita yang sudah berusia tidaklah sesukar mana. Biasanya dia akan mengambil video setiap kali latihan diadakan kemudian setiap peserta akan melihat kelemahan mereka di dalam video dan cuba memperbetulkannya.

"Mungkin tarian yang sukar seperti hip hop memerlukan ketekunan disebabkan langkah tarian yang agak pantas. Namun jika selalu menari, alah bisa tegal biasa," katanya yang turut berkebolehan menarikan tarian nasional pelbagai negara seperti Siam, Indonesia, India, Cina serta tai chi dan aerobik.

Bagi Afiza Abdul Aziz, 46, bekerja selama 25 tahun dalam bidang minyak dan gas dan akhirnya menjadi suri rumah sepenuh masa menyebabkan dia mengisi masa lapang dengan menyertai pelbagai aktiviti berfaedah, seerti kelas al-Quran dan berenang.

Namun sejak tiga tahun lalu, dia bertemu Siti Norina dan mula jatuh hati pada gerak tari yang ditunjukkan rakan seusia dengannya.

"Menari bukan setakat menjaga kesihatan tetapi perjumpaan bersama lebih 15 wanita menyebabkan kami semakin akrab ibarat seperti keluarga sendiri.

"Ini mengeratkan hubungan selain membolehkan kami bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Apa yang penting suami memberi keizinan dan menggalakkan saya menari," katanya.

Dulu dia menyertai sebilangan masyarakat Cina dan kagum melihat kegigihan dan kesungguhan mereka menari. Walaupun sudah berusia 70 tahun tetapi mereka masih aktif dan sentiasa menjaga kesihatan.

"Mungkin semangat inilah yang boleh diambil wanita Melayu, tidak perlu membayar pada harga yang mahal ke gimnasium tetapi mereka boleh menyertai pelbagai aktiviti riadah yang diadakan di tempat terbuka asalkan kesihatan terjaga," jelasnya.

Pada 2010, Afiza turut menjadi peserta tarian Cuti-cuti Malaysia dan Citrawarna Malaysia, juga pada tahun ini yang akan diadakan pada awal Disember ini.

"Saya teruja dapat menyertai acara terbesar yang mempamerkan keunikan tarian tradisional Malaysia. Memang bersemangat apabila menari di hadapan ribuan pengunjung dari dalam dan luar Malaysia," katanya.

Pendapat yang sama turut dipersetujui Shamsiah Shamsuddin, 50, yang berasal dari Klang, Selangor. Mempunyai empat anak yang kesemuanya sudah melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi, Shamsiah kesunyian di rumah lalu menyertai tarian line di Taman Tasik Shah Alam.

"Ketika anak masih kecil memang saya sukar menyertai aktiviti riadah kerana sibuk menguruskan rumah tangga. Kini apabila semua anak sudah dewasa peluang yang ada saya gunakan sebaiknya. Lagipun suami dan anak-anak memberikan galakan untuk saya menyertai aktiviti riadah ini," katanya.

Bagi Shamsiah, usia bukan penghalang untuk memilih aktiviti tarian yang biasanya dikaitkan dengan orang muda saja. Apa yang penting selain menjaga kesihatan, pergerakan tarian mengikut alunan lagu memberikan keseronokan kerana setiap langkah membawa makna tersendiri.

"Bagi saya pada usia sebegini, apa saja yang saya lakukan adalah atas kerelaan sendiri. Mungkin senaman seperti berjoging yang dilakukan seorang diri juga menyihatkan badan namun berbeza jika dilakukan secara berkumpulan.

"Minda saya lebih terbuka, jiwa lebih tenang manakala fikiran lebih bebas apabila bergerak mengikut alunan muzik. Apa yang penting kami gembira kerana dapat berkumpul bersama serta menyertai acara tarian Cuti-cuti Malaysia dan Citrawarna Malaysia pada setiap tahun dan pada masa sama menjaga kesihatan," katanya yang mengakui tidak mempunyai sebarang penyakit sejak menari.

Dengan kebolehan yang dimilikinya kini, Shamsiah turut membuka kelas tarian pada setiap petang Sabtu dan malam Selasa di Galeri Datuk Rahman Palil di Klang bagi memberi peluang kepada wanita di kawasan sekitar bersenam sambil beriadah bersama kawan-kawan.



Kelebihan menari:

  • Tarian rancak yang memerlukan pergerakan tubuh akan membentuk postur yang lebih menarik.

  • Memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain ketika berlatih menari.

  • Pergerakan aktif ketika menari dapat membantu melancarkan peredaran darah dan darah dipam lebih secara baik ke jantung sekali gus meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

  • Menari adalah latihan ketajaman fikiran dan daya ingatan kerana peserta perlu menghafal gerak tari bersama-sama dengan rakan pasukan yang lain.

  • Menari adalah aktiviti riadah yang berkesan bagi menerapkan nilai sosial yang baik seperti bersabar, memahami masalah orang lain, meluahkan pendapat serta sifat tolong menolong antara satu sama lain
  • Berhenti berlakon

    Posted: 28 Nov 2011 04:03 AM PST

    pix_gal0
    NAMA Juliana Evans dalam dunia lakonan semakin menjadi sebutan. Tidak kiralah lakonannya bagus atau sebaliknya, tetapi dia menjadi antara pelakon yang sering mendapat perhatian daripada pengarah dan penerbit filem atau drama.

    Menerusi setiap peluang yang diterimanya, ternyata Juliana tidak ada masalah untuk terus menajamkan bakat lakonannya. Tambahan pula usianya masih muda, iaitu 22 tahun.
    Bagaimanapun, ketika orang lain sepertinya gigih untuk mendaki ke puncak kegemilangan, Juliana pula mungkin membuat keputusan yang agak mengejutkan kerana mahu berhenti berlakon dan berhijrah ke luar negara.
    Alasannya, mahu menyambung pelajaran di luar negara. Itu adalah keputusan yang tulus daripada hatinya. Bukan kerana merajuk, kecewa atau didesak oleh mana-mana pihak.

    "Saya mengambil keputusan untuk berhenti berlakon dan berhijrah ke luar negara adalah atas tujuan untuk menyambung pengajian. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Michigan, Amerika Syarikat, Januari depan.

    "Tinggal lagi sebulan lebih saja lagi untuk saya untuk membuat persiapan termasuk visa dan sebagainya. Disebabkan itulah saya terpaksa menolak pelbagai tawaran berlakon kerana mahu fokus terhadap semua persediaan ke sana.

    "Mail Lambung adalah filem terakhir lakonan saya sebelum ke Amerika Syarikat," katanya.
    Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans ini berkata, faktor usia yang semakin meningkat menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk menangguhkan pengajiannya sehingga ke peringkat tertinggi.

    "Usia semakin tahun semakin meningkat. Sepatutnya pada usia 22 tahun saya menggenggam ijazah. Sebab itulah saya tidak mahu bertangguh lagi.

    "Keputusan untuk berhenti berlakon bukan dibuat atas desakan keluarga atau sesiapa. Saya memilihnya sendiri. Kalau saya terus bertangguh hanya nak seronok berlakon, sampai bila-bila pun impian saya untuk mendapat ijazah tidak tercapai," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Mail Lambung arahan terbaru Ahmad Idham yang diadakan di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, baru-baru ini.

    Juliana adalah penuntut program ijazah berkembar dalam jurusan komunikasi di sebuah kolej di Sunway, Subang Jaya.

    Ditanya tidakkah perkara itu merugikan dirinya kerana terpaksa bersara ketika nama sedang memuncak, Juliana berkata dia tidak risau kerana ia hanyalah bersifat sementara saja.

    "Saya berada di sana pun mungkin dalam jangka masa dua tahun. Dan dalam tempoh itu, saya juga akan mengambil kursus jangka pendek dalam bidang lakonan ataupun di belakang tabir. Semua ilmu itu akan dicurahkan apabila habis belajar nanti," katanya.

    Sementara itu, Juliana hadir lokasi dengan tangan sebelah kanannya dibalut dengan anduh, sekali gus menimbulkan pertanyaan apakah Juliana tercedera ketika berlakon dalam filem itu.

    Apatah lagi sewaktu temu bual, dia berkata, kebanyakan babak aksi dalam filem bergenre komedi aksi itu hampir kesemuanya dilakonkan sendiri tanpa menggunakan pelakon stand in.

    "Dalam filem ini saya memegang watak sebagai perisik yang terbabit dengan pergelutan bersama penjahat. Kecederaan di tangan kanan saya ini bukanlah kecederaan sebenar.

    "Sebaliknya ia adalah antara babak sewaktu saya terkena tembakan. Berpeluang berlakon dengan mereka yang pernah bekerjasama dengan saya sewaktu filem Hantu Bonceng memang menyeronokkan," cerita Juliana yang melakonkan watak sebagai Maria.

    Apabila dia kembali bergandingan dengan Zizan dalam filem ini, pastinya cerita kisah cinta mereka akan kembali dibangkitkan dan diperkatakan peminat dan secara tidak langsung akan membangkitkan semua nostalgia yang pernah dilalui mereka.
    "Saya sedar perkara itu pasti akan berlaku. Bagaimanapun sekali lagi saya menegaskan, kami berdua lebih selesa berkawan.

    "Saya pun tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan sesiapapun memandangkan saya akan ke luar negara demi melanjutkan pelajaran. Jadi rasanya tidak sesuai untuk saya bercinta. Lagi pun, saya tidak percaya dengan cinta jarak jauh," katanya yang mengaku masih solo ini.

    SMS ugut: Dr. Ramzi dipenjara setahun

    Posted: 28 Nov 2011 04:01 AM PST


    ismail

    KUALA TERENGGANU - Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat Nasional (BN) dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.

    Hakim Mahkamah Sesyen, M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.

    Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.

    Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu, Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

    Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan.

    Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin.

    Dalam penghakimannya, M Bakri berkata, mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet.

    "Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini," katanya.

    Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul Azami.

    Pihak pembelaan ketika merayu hukuman diringankan berkata, ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak.

    Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan meminta setiap hukuman dijalankan berasingan.

    Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Wan Ahamad, sekali gus menjejaskan reputasi kerajaan di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

    Beberapa anggota keluarga Ahmad Ramzi termasuk isterinya dilihat hadir di mahkamah.

    Kes saman, Johan tunggu masa

    Posted: 28 Nov 2011 04:00 AM PST


    ogy-johan

    Kata pepatah Melayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Mungkin sesuai dikaitkan dengan isu kes saman membabitkan primadona Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Johan Raja Lawak ini.

    Rasa tidak puas hati Ogy timbul semasa Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM24) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu.

    Dakwa Ogy dalam sebuah akhbar semalam, Johan telah mengaibkannya di hadapan penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

    Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan.

    Johan yang dihubungi Zass bagaimanapun enggan memberi penjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan.

    Jelasnya, dia mahu bersikap adil dan memberi kenyataan pada semua teman media sekali gus dalam satu masa.

    "Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.

    "Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.

    "Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab," katanya yang mahu penonton pada malam itu menilai, sejauh mana ketelanjurannya sehingga disalah tafsir Ogy.

    Hairie Othman jadikan selam skuba sebagai hobi

    Posted: 28 Nov 2011 03:59 AM PST


    selam

    Setiap individu pasti melakukan aktiviti tertentu pada setiap hujung minggu. Perkara sama turut dilalui aktor, Hairie Othman yang memilih masa hujung minggu untuk melakukan aktiviti kegemarannya, menyelam ke dasar laut bersama rakan.

    Selain mengisi masa lapang sekiranya tiada tawaran berlakon, kata Hairie aktiviti inilah telah menjadi rutin wajibnya.

    "Saya menganjurkan aktiviti menyelam ini sebenarnya dengan tujuan ingin mengajak orang ramai menyedari keindahan hidupan di dasar laut.

    "Bukan itu sahaja, selam skuba boleh dianggap sebagai aktiviti senaman. Mungkin ramai yang tidak tahu tentang fakta ini, sebab itu saya semakin aktif menganjurkannya," katanya kepada Zass.

    Antara lokasi yang sering dipilih Hairie untuk melakukan aktiviti menyelamnya adalah di Pulau Perhentian dan Pusat Akuatik Shah Alam.

    Seronok dengan aktiviti menyelam, Hairie tidak akan berhenti daripada melakukannya dan sering menyelam di dasar laut sehingga tiga jam.

    Katanya, kemahiran menyelam selama enam tahun yang ada padanya bermula hanya dengan aktiviti bulanan bersama keluarganya.

    Minat bertukar perniagaan

    Setelah menyedari minatnya semakin mendalam dengan aktiviti ini, Hairie mendapatkan lesen menyelam daripada pihak berkenaan dan menceburkan diri secara serius dalam bidang tersebut.

    Kata Hairie, dengan minat yang mendalam terhadap aktiviti skuba, dia mengusahakan sebuah perniagaan perkhidmatan belajar menyelam dan berenang miliknya, HO Skuba Adventure.

    "Mungkin ramai yang tidak tahu, selain melakukan aktiviti menyelam bersama peminat, saya juga menyediakan perkhidmatan belajar berenang dan latihan sejak sepuluh tahun lalu.

    "Semuanya bermula dengan hanya suka-suka saja sehingga perniagaan ini sekarang sudah boleh dianggap karier kedua saya selain berlakon. Jika ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan aktiviti menyelam, sila layari hoscubaadventure.blogspot.com.

    "Pelbagai pakej yang saya sediakan dengan harga yang berpatutan. Jadi, ia berbaloi bagi mereka yang ingin merasai pengalaman baru dengan menyelam sehingga ke dasar laut," kata Hairie yang mengusahakan HO Skuba Adventure bersama seorang rakan.

    Lihat saja foto-foto aktiviti menyelam Hairie bersama beberapa pelanggan dan peminatnya, pasti seronok dan pengalaman menakjubkan dapat dirasai.

    Bukan tamak! - Keena

    Posted: 28 Nov 2011 03:58 AM PST


    iki

    Berada dalam lapang sasar dunia hiburan, dapat merealisasikan sikit demi sedikit, impian bekas finalis Mentor 3, bergelar penyanyi.

    Bagi pemilik nama sebenar, Suriana Ab Wahab atau Keena, peluang ini pastinya tidak akan disia-siakan. Bukan senang untuk memulakannya tambahan pula dunia hiburan kini mempunyai saingan sengit.

    Berbekalkan semangat dan bakat yang ada, Keena sentiasa gigih dan tidak mengalah mencari peluang dari pelbagai ruang yang ada.

    "Keena sememangnya masuk ke dunia hiburan ini untuk bergiat aktif mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian. Ini kerana sejak kecil lagi sudah didedahkan dalam bidang muzik memandangkan semua abang-abang Keena adalah peminat rock.

    "Namun setelah mencuba nasib, Keena berjaya berpeluang menonjolkan diri menerusi rancangan Mentor. Platform ini yang Keena cari dan perlukan selama ini memandangkan sebelum ini Keena hanya berpeluang menjadi penyanyi di sebuah kelab sahaja.

    "Syukur pada Tuhan, nampaknya rezeki Keena bukan sahaja dalam bidang nyanyian ini. Perkembangannya sihat dalam kerjaya ini dapat dilihat setelah banyak peluang lain turut hadir termasuklah dalam bidang lakonan," ujarnya ketika ditemui Zass.

    Berpeluang menerima watak yang tidak kurang hebat, Keena mampu menonjolkan bakat terpendam yang dimilikinya selama ini. Antara drama berjaya mencuri hati penerbit, Hotel Mania, Di Hujung Taubat, Durian vs Timun dan terbaru, drama 13 episod, Musim Kirana yang sedang dalam pembikinan.

    "Bukan sahaja berlakon dan menyanyi, Keena akan mencuba pula nasib dalam bidang pengacaraan tidak lama lagi.

    "Jangan salah anggap lagi tentang Keena, bukan bermakna tamak atau tergesa-gesa melakukannya. Bila sudah ada peluang di depan mata tidak salah rasanya untuk mencuba.
    "Belum cuba belum tahu untung nasib kita, mana tahu peminat juga boleh menerima Keena dalam bidang baru ini.

    "Apa yang pasti setiap apa yang diceburi akan diberi fokus agak kualiti yang diberikan tidak menghampakan banyak pihak," katanya yang memahami orang baru sepertinya perlukan kesabaran untuk mencipta nama.

    Tak Lupa Awie

    Selepas berjaya menghasilkan single pertama, Cinta Luluh, protege kepada penyanyi rock, Awie, ini berusaha menghasilkan single kedua bagi menghangatkan kembali bidang nyanyiannya.

    "Kejayaan Cinta Luluh amat membanggakan sebab selain daripada menjadi single pertama, turut diguna pakai dalam drama terbaru lakonan Keena, Musim Kirana."

    "Single kedua bakal keluar tidak lama lagi. Keena tidak mahu mereka yang mengenali Keena melalui bidangan nyanyian akhirnya lupa bahawa Keena berasal daripada seorang penyanyi.

    "Bidang nyanyian adalah keutamaan Keena, selain turut aktif dalam bidang lakonan. Keena minat menyanyi sejak di usia lapan tahun lagi jadi Keena tidak akan tinggalkannya," ujarnya yang sangat meminati genre rock.

    Menurut Keena, dia juga berharap dapat berduet dengan mentornya, Awie, yang sehingga kini dianggap sebagai sifunya.

    "Dalam bidang nyanyian ini, abang Awie banyak membantu. Hubungan kami masih baik walaupun rancangan Mentor sudah berakhir. Dia masih lagi mencari ruang untuk melihat perkembangan Keena dan memberikan beberapa nasihat untuk Keena terus berjaya dari masa ke semasa.

    "Dalam menghasilkan single ini pun, ada juga kami berbincang agar hasil yang Keena berikan ini memuaskan. Keena berguru dengan Awie jadi secara tidak langsung apa yang Keena hasilkan akan membawa namanya sekali," ujarnya.

    Selesa membawakan genre rock, Keena bagaimanapun, tidak menafikan ada segelintir peminat mempertikaikan konsep yang dibawa.

    "Imej yang Keena bawakan adalah rock. Tidak semua rock itu adalah keras jadi bagi pendengar lagu Cinta Luluh ini mungkin agak berbeza penerimaan mereka kerana lagu ini agak meleleh dan perlahan sedikit. Jika dihayati ia lebih kepada ketuhanan.

    "Namun Keena rasa ini lagu yang amat sesuai, walaupun ia agak berbeza dengan genre yang dibawa oleh Keena namun pemilihan lagu ini adalah yang tepat untuk memulakan karier.
    "Perjalanan karier Keena masih panjang dan buat permulaan ini adalah hasil yang mampu diketengahkan. Jangan silap mentafsir, esok atau lusa masih ada banyak lagi yang akan Keena tampilkan. Nantikan sahaja single yang terbaru, mungkin ada lagi kelainan dan kejutan yang baru," ujarnya penuh yakin.

    Wakil negara ke Bangkok

    Walaupun masih boleh dikategorikan sebagai bakat baru, Keena bakal mewakili negara ke Thailand pada 29 November ini, sempena konsert yang disertai beberapa negara Asia yang lain.
    Keena berkata, konsert yang diadakan di Bangkok ini, akan lebih bermakna bukan sahaja dirinya yang membawa nama Malaysia malah berpeluang membuat persembahan di hadapan pembesar-besar Thailand termasuk rajanya dan juga wakil-wakil negara seluruh Asia.

    "Terasa amat bangga bukan sahaja dapat beraksi di luar negara, tetapi Keena dapat juga membuktikan keupayaan dalam bidang seni suara ini, khususnya.

    "Di sana Keena akan membawakan lagu Cinta Luluh dan Wakaka oleh Syakira yang mana telah dipilih oleh pihak penganjur sendiri.

    "Hampir 80 buah negara menghantar wakil dan yang pasti mereka cukup hebat dalam bidang ini. Namun semangat Keena tidak gentar untuk turut sama mempertaruhkan bakat yang dimiliki ini dan pastinya Keena akan melakukan yang terbaik," akhirinya penuh teruja.

    Artis baru perlu jaga moral! - Eman Manan

    Posted: 28 Nov 2011 03:57 AM PST


    eman manan

    Nama Eman Manan dalam industri hiburan tanah air memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebagai anak seni yang sudah berkecimpung lebih 20 tahun dalam dunia lakonan, Eman sudah biasa dengan sepak terajang dunia seni.

    Bercakap mengenai perkembangan industri hiburan kini, sebagai pelakon senior, Eman mengingatkan artis muda agar menjaga moral supaya tidak dijadikan bahan bualan oleh golongan masyarakat.

    Katanya, walaupun artis bukan pejuang moral tetapi moral mereka memang dinilai. Oleh itu, artis harus tahu menjaga batas moral mereka.

    "Kenapa makan bersuap di lokasi kalau tidak mahu diceritakan (pasal) makan bersuap. Seorang artis harus bijak apabila menjawab soalan. Saya sendiri tidak pernah melarikan diri apabila diwawancara. Kalau saya diam, itu juga bagi saya masih sebuah jawapan.

    "Tapi media juga harus menyediakan ruang yang memberangsangkan. Janganlah terlalu menjurus kepada soalan berbaur peribadi tetapi berikan juga laporan seimbang mengenai kerjaya," katanya yang meletakkan hubungan antara artis dan media tidak ubah seperti ayam dan telur.

    Masih mencari calon

    Tatkala diusik-usik soal rumah tangga, aktor itu hanya mampu tersenyum. Malah sempat berseloroh, soalan ini paling mencabar untuk dijawab.

    Meskipun sudah lapan tahun menduda, Eman masih belum bersedia untuk kembali bergelar suami dan merasakan banyak perkara yang perlu dilakukan pada waktu ini.

    "Berikan saya sedikit masa dan ruang. Sukar untuk menjawab soalan ini kerana perkahwinan memerlukan persediaan. Kita perlu mempersiapkan diri kita, bukan setakat pada kewangan, tetapi juga kerohanian.

    "Apabila sudah bertemu wanita yang kita suka dan sayang. Hanya selepas itu kita boleh berkahwin," katanya.

    Walaupun tidak mendedahkan sama ada dirinya sudah mempunyai calon atau tidak, Eman sempat berkongsi kriteria wanita yang menjadi pilihannya.

    "Seperti lelaki lain, saya mahukan wanita yang saya suka dan sayang pada saya. Apabila saya sudah bersedia, selepas itu baru saya akan mengahwininya," katanya lagi.

    SH : Belajar dialek Jawa lima hari

    Menyentuh mengenai pengalamannya berlakon dalam telefilem dengan dialek Jawa. Siapa sangka, meskipun dilahirkan di Terengganu, Eman berjaya menguasai dialek Jawa dalam hanya lima hari sebelum menjalani penggambaran Parit Jawa.

    Bagaimanapun, Eman mengakui pada mulanya agak sukar untuk berbahasa Jawa dalam menjayakan supertelemovie yang akan disiarkan di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat (saluran 952) pada Disember ini.

    "Bagi saya, semua bahasa sukar jika ianya pertama kali dipelajari. Tapi saya rasa, saya telah berjaya menguasainya. Walaupun tidak dapat menguasai sepenuhnya, namun sedikit sebanyak apa yang saya luahkan dalam cerita ini saya faham maksudnya.

    "Mungkin agak pelik bila orang Terengganu berbahasa Jawa. Tapi bagi saya itu semua tidak penting. Apa yang penting adalah mesej cerita Jawa itu sampai kepada penonton tanpa diganggu oleh cara percakapan saya," katanya.

    Eman yang baru saja menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK), mengakui sangat selektif dalam memastikan seorang pelakon itu hadir dengan naskhah yang baik.
    Katanya penuh falsafah, dia tidak suka menilai hasil kerja orang lain kerana lebih senang mencari kekurangan diri sendiri.

    "Saya selalu dengar orang bercakap mengenai profesionalisme. Jika kita berharap orang lain menjadi terbaik, ia perlu bermula dengan diri kita sendiri terlebih dulu. Saya perlu memulakan langkah profesional supaya orang lain juga akan menjadi seperti kita.

    "Saya lebih suka menilai kerja sendiri daripada menilai kerja orang. Saya hanya mahu mengucapkan selamat datang kepada pelakon baru. Saya kira karyawan dulu sudah boleh berlapang dada untuk meninggalkan industri kerana kehadiran pelapis baik lelaki ataupun wanita. Tetapi saya ingin menasihatkan mereka supaya siapkan diri mereka dengan ilmu, bakat saja tidak mencukupi.

    "Kehebatan seseorang pelakon itu seperti saya katakan memerlukan pengarah dan naskhah yang bagus. Pengarahlah yang bertanggungjawab mendandan karakter seorang pelakon itu, tetapi industri kita kekurangan pengarah yang besar," katanya.

    Sendayu Tinggi ­buka cawangan baru

    Posted: 28 Nov 2011 03:41 AM PST


    Cawangan baru

    Sendayu Tinggi Holdings (M) Sdn Bhd, optimis mencapai sasaran dengan membuka sekurang-kurangnya tiga cawangan baru menjelang hujung tahun ini, sekali gus menjadi 28 cawangan di seluruh negara.

    Tiga cawangan tersebut bakal dilancarkan bermula awal sehingga hujung Disember di Sungai Buluh, Pekan Baru, Alor Setar dan Satok, Sarawak.

    Pengarah Eksekutifnya, Noorhayati Kamarzaman berkata, Sendayu Tinggi telah membuka sebanyak 25 cawangan termasuk satu di Sabah dalam tempoh hampir dua tahun.

    "Sendayu Tinggi merupakan syarikat pertama Bumiputera yang membuka cawangan melengkapi keperluan pelanggan daripada minuman kesihatan sehinggalah produk kecantikan dalam satu kedai.

    "Kos keseluruhan bagi membuka cawangan baru memerlukan modal RM250,000 sehingga RM300,000 me­ngikut lokasi dan keluasan kedai," katanya ketika majlis pelancaran cawangan Sendayu Tinggi yang ke-25 di Seksyen 7, Shah Alam.

    Menurutnya, Sendayu Tinggi berhasrat untuk menghasilkan pelbagai produk antaranya minyak wangi dan minu­man tambahan kecantikan selain menyediakan khidmat bungkusan perkahwinan sebagai hantaran pada masa akan datang.

    Katanya, sempena pelancaran tersebut, Sendayu Tinggi menawarkan harga promosi sehingga 60 peratus kepada pelanggannya dan ahli kad kesetiaan.

    Noorhayati berkata, pengunjung yang ingin menjadi ahli hanya perlu mendaftar di mana-mana cawangan dengan yuran RM25 untuk sepanjang hayat.

    "Ahli akan mendapat keistimewaan dengan mengumpul mata ganjaran dan boleh menebusnya dengan pelbagai hadiah antaranya komputer riba, televisyen dan permainan kanak-kanak," katanya.

    Sendayu Tinggi juga menawarkan harga serendah RM9.90 bagi produk kosmetik, selain turut menyediakan bengkel solekan kepada pelanggan berminat.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Label

    Senarai Lagu