Jumaat, 25 November 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Ustazah Pilihan: Air Mata Gembira Iringi Empat Finalis Ke Pentas Akhir

Posted: 24 Nov 2011 08:09 PM PST

Empat peserta Ustazah Pilihan (dari kiri) Siti, Firuz, Hidaya dan Fira yang bersaing di peringkat separuh akhir diumumkan layak ke pentas akhir pada 1 Disember depan.

KUALA LUMPUR: Selepas menjalani pelbagai cabaran dan tugasan selama lapan minggu, empat peserta program pencarian Ustazah Pilihan (UP) di peringkat separuh akhir, malam Khamis, akhirnya mampu menarik nafas lega apabila diumumkan mara ke pentas akhir pada 1 Disember depan.

Empat finalis tersebut adalah Masfira Hilman (Fira), Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz), Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) dan Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti).

Fira berkata suasana sebak menyelubungi pengumuman keputusan itu kerana pada awalnya mereka difahamkan bahawa hanya tiga finalis sahaja yang akan mara ke peringkat akhir.

"Pada awalnya, kami difahamkan hanya tiga finalis saja yang akan dipilih ke pentas akhir. Saya tidak sangka kami semua akan mara," katanya yang ditemui selepas program itu.

Siti pula berkata keputusan itu adalah satu kejutan termanis buatnya kerana selama bersaing dalam UP, dia adalah satu-satunya peserta yang kurang cemerlang berbanding yang lain.

"Sejujurnya saya memang bersedia untuk menerima sebarang keputusan. Saya sedar prestasi diri tidak sebaik yang lain.

"Namun, ia tidak pernah membuatkan saya mengalah untuk terus memperbaiki kekurangan yang ada. Saya bersyukur di atas peluang yang diberikan ini," katanya.

Empat finalis menjadi beremosi apabila diumumkan mara ke pentas akhir.

Dalam pada itu, mudirah (pengetua) program itu, Dr Robiah K. Hamzah berkata prestasi terbaik yang ditunjukkan keempat-empat peserta khususnya dalam segmen terakhir iaitu Raudhah adalah persembahan terbaik mereka sepanjang program itu berlangsung.

"Kejutan dan gimik pihak penerbitan yang memberikan peluang kepada empat finalis untuk mara berbanding tiga finalis seperti yang difahamkan sejak awal adalah sesuatu di luar jangkaan.

"Mungkin sebab itu, kami berasa sebak dan tidak dapat mengawal emosi sehingga menangis. Jika mengikut prestasi dan kesungguhan masing-masing, mereka berempat terutamanya Siti memang berhak ke pentas akhir," katanya.

Minggu separuh akhir (minggu kelapan) UP, malam Khamis, menyaksikan empat peserta ini telah diberikan tugas untuk berkunjung ke Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien bersama Datuk Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku).

Dengan judul tugasan Rawatan Islam alternatif kepada Rawatan secara Sains, mereka ke sana untuk mengetahui perubatan Islam secara lebih mendalam.

Seperti biasa, usaha-usaha peserta ini dihujahkan dan dibentangkan dengan bimbingan Dr Robiah K. Hamzah dan dua mursyidah Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan.

Pentas akhir UP akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 1 Disember depan, pukul 9 malam dan juga secara langsung di Astro Oasis (saluran 106).

Ia dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani.

Debaran muka baru

Posted: 24 Nov 2011 08:08 PM PST

pix_gal0
BANGGA dan teruja, itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh mereka yang kali pertama namanya berada dalam senarai pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 edisi ke-25 (ABPBH25).

Meskipun baru setahun jagung terbabit dalam industri, ada di antara mereka tercalon dalam dua kategori, ini menunjukkan keupayaan bakat mereka dalam bidang seni masingmasing.
Masih terlalu awal untuk menjangkakan kelayakan mereka dalam senarai Top 5 kerana selepas semuanya hanya ditentukan oleh kuasa pemilihan peminat dan pembaca Berita Harian apabila borang pencalonan mula dikeluarkan hari ini.
Bagaimanapun, bagi mereka, menang atau kalah bukan faktornya tetapi cukup sekadar tercalon dalam anugerah berprestij itu sudah memadai dan membuktikan bakat mereka dipandang serta dihargai peminat.

Biarpun masih baru, Neelofa berbangga kerana namanya terpilih dalam senarai awal pencalonan. Lebih manis lagi dia dicalonkan dalam dua kategori, Artis Baru Wanita dan Pelakon TV Wanita.

"Saya bersyukur sangat kerana nama saya terpilih dan kalau tersenarai dalam Top 5 itu penghargaan daripada peminat dan pembaca Berita Harian yang menghargai bakat saya.

"Kini baru saya merasai bagaimana perasaan artis yang pernah tercalon dalam anugerah besar macam ini.
Berasa bangga kerana masih baru tetapi diberi kepercayaan oleh Berita Harian," katanya.

Tidak pernah terfikir untuk berada di tahap sebegini dalam waktu terdekat kerana merasakan masih banyak yang perlu diterokainya, Neelofa menyerah bakatnya atas penilaian pengundi.

Ramai calon berbakat yang tersenarai dalam pencalonan awal itu, dirinya tidak berasa tersisih bahkan berasa bangga berada sebaris dengan artis terkenal lain.

"Jangan bercakap soal menang atau kalah sekarang kerana masih belum diputuskan lagi dalam Top 5, sebaliknya jika tercalon dalam senarai lima terbaik itu sudah cukup memadai bagi saya.

"Soalnya sekarang sejauh mana bakat yang kita ada dan sejauh mana peminat atau pengundi menilai bakat yang kita miliki. Kalau terpilih itu tandanya mereka menghargai bakat kita," jelasnya.

Izara Aishah pula berterus terang sememangnya mempunyai impian untuk memiliki sekurang-kurangnya satu anugerah dalam kariernya.

Menganggap memiliki anugerah adalah satu penghormatan di atas bakat dan hasil kerjanya dalam bidang seni.

"Saya tak jangka terpilih kerana masih baru, tetapi syukur Alhamdulilah tercalon buat kali pertama dalam ABPBH25. Saya memang nak anugerah dan itu memang sasaran saya sejak terbabit dalam industri ini kerana merasakan anugerah itu satu penghormatan di atas apa yang kita lakukan dalam karier kita," jelasnya.

Tidak mahu memfokuskan dua bidang dalam satu masa, Izara mahu memberi lebih tumpuan dalam bidang yang menaikkan namanya terutama sejak terbabit di dalam drama Soffiya.

Impak watak Fiona dalam drama itu memberi kesan mendalam dalam dirinya meskipun watak antigonis yang dilakonkanya akan memberi kesan buruk terhadap dirinya.

"Watak itu memang betul-betul berkesan sampaikan orang kenal Fiona daripada saya. Jika orang terkesan dengan watak itu tandanya karakter meninggalkan impak kepada penonton," katanya yang akan menjalani penggambaran dramanya yang ke-11 pada 26 November ini.

Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Pulanglah, Awi Rafael, kali pertama dicalonkan dalam ABPBH membuka peluang dan ruang untuk dirinya melebarkan lagi sayap seninya di Malaysia.

Berasakan pencalonan ini suatu titik permulaan baginya untuk lebih dikenali, Awi menyerahkan kuasa penilaian kepada pengundi dalam menilai bakat yang dimiliki.

"Jika tercalon dalam Top 5 itu membuktikan masyarakat menerima bakat dan menyokong saya. Berada dalam Top 5 sudah bersyukur sebagai pemain baru dalam industri. Rasa berterima kasih sangat kepada Berita Harian kerana memilih saya," katanya yang bakal muncul dengan single terbaru, Aku Bukan Bintang.

Sibuk dengan aktiviti seninya tidak menghalang Awi untuk mencipta lagu buat penyanyi lain dan kepercayaan yang diberikan oleh syarikat label muzik membuka banyak peluang untuk dirinya terbabit dalam seni.

Selepas melihat kejayaannya dalam menghasilkan lagu sendiri sehingga menjadi hit di stesen radio seperti lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta, Awi kini sibuk menyiapkan lagu untuk Hazama, Hanya Lelaki Ini dan untuk Iqa, Goodbye.

"Saya bersyukur sangat kerana KRU memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan lagu buat Iqa bahkan Hazama juga tak sabar menantikan singlenya itu," jelasnya yang mahu mengukuhkan jenamanya di negara ini.

Terkejut melihat namanya tercalon dalam senarai awal pencalonan ABPBH25 membuatkan Johan As'ari sukar mempercayainya dan berasa bersyukur kerana dipilih.

Berulang kali melihat namanya di dalam senarai calon terbabit, Johan merasakan impak daripada watak Botak dalam drama bersiri Juvana menyebabkan namanya terpilih.

"Bersyukur sangat kerana kepercayaan yang diberikan kepada saya ini. Saya yakin watak dalam drama Juvana dan Cinta Elysa memberi peluang untuk diri saya tercalon dalam anugerah ini.
Matlamat saya untuk melakukan yang terbaik dalam bidang seni pada masa depan," katanya yang akan terbabit dalam drama bersiri, Bila Bulan Sudah Retak.

Bertekad untuk meneruskan kerjaya seninya dengan lebih baik, Johan merasakan terlalu awal untuk memikirkan soal anugerah sebaliknya menyerahkan rezeki itu kepada Ilahi.

Tidak mahu dianggap terlalu ghairah dalam mengejar kejayaan, Johan mahu melihat peningkatan bakatnya diterima masyarakat biarpun lambat untuk meningkat naik.

Bagi Tasha Shilla, pencalonan pertamanya ini di dalam anugerah berprestij ini satu pencapaian yang membanggakan dirinya.

Malah Tasha menganggap tercalon dalam anugerah sebegini amat baik untuk dirinya bagi melebarkan lagi sayap seninya.

"Pemilihan saya selari dengan bakat dan populariti sebab sebelum ini orang tak kenal siapa Tasha Shilla. Kesibukan tugas harian kadang kala menyukarkan saya untuk terbabit dalam sesi fotografi bukan kerana saya tak mahu atau sombong dengan media," jelasnya.

Tak pernah kawan suami orang

Posted: 24 Nov 2011 08:05 PM PST

FOUZIAH...sahut cabaran melakonkan watak wanita bermadu.
FOUZIAH...sahut cabaran melakonkan watak wanita bermadu.

SEJAK kebelakangan ini, mutu lakonan aktres jelita Fouziah Gous boleh dikatakan semakin menyerlah. Tidak hanya terikat dengan karakter lemah lembut dan sopan santun, dia kini muncul dengan watak lebih berani serta mencabar keupayaan diri.

Fouziah atau nama sebenarnya, Nor Fouziah Mohd Gous bukan lagi pelakon sebarangan yang bersandar pada wajah yang cantik. Sebaliknya, dia benar-benar mahu penonton menilai bakat lakonannya yang berkesan menerusi watak wanita bermadu.

  • Foto

    JELITA...Fouziah mengharapkan jodoh terbaik.

  • Foto

    HANYA LAKONAN...Fouziah sebagai Karmila bercinta dengan lelaki berusia dalam drama Karma di TV9 mulai Isnin ini.

  • Foto

    SEMAKIN LARIS...mutu lakonan Fouziah kian meningkat.

Bermula dengan drama Trilogi Cinta di samping Rosyam Nor dan Amyza Adnan, gadis manis berusia 28 tahun ini makin rancak menerima watak 'wanita bermadu' apabila satu demi satu tawaran menjadi miliknya. Terbaru, drama Karma untuk TV9.

Diarahkan Erma Fatima, drama 13 episod itu menonjolkan Fouziah sebagai Karmila, seorang pelakon popular yang jatuh cinta dan berkahwin dengan lelaki berusia, Tan Sri Fahrul Sani lakonan Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Namun, tak diterima isteri pertama.


Sarat dengan pelbagai konflik dan perasaan tidak puas hati, drama ini yang disiarkan menerusi slot Ratu mulai Isnin ini, jam 8.30 malam turut membariskan Ziela Jalil, Aaron Aziz, Datuk Rahim Razali, Azlee Khairi serta Fadhilah Mansor.


Ditemui ketika penggambaran drama ini di Plaza Shah Alam minggu lalu, Fouziah berkata Karma adalah lakonan kelima, dia diberi kepercayaan melakonkan watak wanita bermadu selepas Trilogi Cinta, Tahajud Cinta, Kekasih Awal dan Akhir serta Senyawa.

"Biarpun watak itu sama, tetapi tuntutan jalan ceritanya berbeza. Dalam Trilogi Cinta, saya rela menjadi isteri kedua kerana simpati dan kasih sayang. Manakala, Tahajud Cinta pula saya terpaksa menjadi isteri keempat kepada lelaki yang dibenci.

"Tidak terkecuali, telefilem Kekasih Awal dan Akhir yang menonjolkan saya sebagai madu bersikap antagonis. Begitu juga, Senyawa yang memerlukan saya berkongsi kasih suami kerana tak mampu melahirkan zuriat. Kesemuanya nyata sangat mencabar.

"Namun, ini hanyalah lakonan semata-mata. Dalam kehidupan realiti, saya sentiasa mengharapkan Tuhan memberi jodoh terbaik. Jujurnya, saya berdoa supaya dijauhkan kehidupan bermadu kerana dalam lakonan pun sudah dapat rasakan keperitannya.

"Inikan pula realiti. Lagi pun, saya tidak pernah berkawan dengan suami orang.
Kehidupan harian saya pun hanya tertumpu pada lima perkara iaitu karier, keluarga, gimnasium, bersukan dan makan. Setakat ini, tiada masa untuk bercinta," katanya.

Menurut Fouziah, tuntutan kerjaya yang padat membuatkan tidak ada ruang untuknya bercinta. Bagaimanapun, naluri wanitanya tetap mengimpikan hidup berpasangan. Apapun, ujarnya sekarang dia lebih selesa memberi sepenuh perhatian pada karier.

Ditanya tidakkah dia takut dan bimbang akan 'terkena badi' kerana sering melakonkan watak hidup bermadu, Fouziah berkata kalau boleh, biarlah dijauhkan Tuhan. Menurutnya, dia tidak pernah berasa takut kerana apa yang dilakonkan adalah amanah.

"Sebagai pelakon, saya tidak boleh kata tak nak atau menolak terus sesuatu watak itu sebelum mencubanya lebih dulu. Jika ingin menjadi pelakon yang hebat, saya perlu berani menyahut cabaran sekalipun karakter diberikan agak berat dan mencabar.

"Saya akui memberanikan diri menerima watak wanita bermadu ini kerana menyahut cabaran diberikan Rosyam untuk membintangi drama Trilogi Cinta. Syukur, ia diterima baik penonton dan saya juga berpeluang kerja dengan Erma," katanya.

Menurut Fouziah, dia suka bekerja dengan Erma kerana watak diterima cukup mencabarnya. Kata anak bongsu dalam keluarga ini, Erma juga sering membantu dan banyak memberikan tunjuk ajar. Malah, Fouziah sendiri berasa amat selesa.



Sukar lakon watak Karmila

DRAMA Karma bukan saja mengisahkan kehidupan bermadu yang pahit bagaikan hempedu, tetapi diakui Fouziah amat menyeksakan dirinya. Ini kerana, buat pertama kali dia perlu menjalin cinta dengan lelaki berusia yang sering disapa dengan panggilan 'ayah'.

"Tak dinafikan, ini bukanlah lakonan sulung saya di sisi Ahmad Tamimi kerana kami sering bergandingan sebagai anak dan ayah dalam drama mahu pun telefilem.
Bagaimanapun, memang sukar dalam Karma kerana kami berdua harus bercinta.

"Ia percintaan yang pelik dan ada kalanya mendatangkan tekanan kepada saya kerana sudah terbiasa menyapa beliau dengan panggilan ayah. Namun, kini perlu membiasakan diri memanggilnya 'sayang' kerana kami berlakon sebagai suami isteri.

"Pada mulanya, saya macam tak boleh nak buat karakter ini terutama, tuntutan skrip yang memerlukan reaksi mata yang menunjukkan kasih sayang isteri kepada suaminya. Saya kena bersikap manja, mengada-ngada dengan beliau selaku isteri muda.

"Bayangkan, orang yang dilihat dengan pandangan sebagai seorang ayah, perlu saya panggil sayang. Ia memang satu kesusahan. Namun, saya terpaksa mencuba sehingga boleh walaupun hakikatnya amat menggelikan," ujar Fouziah mengenai wataknya.

Menurut Fouziah, babak membabitkan dia dan Ahmad Tamimi sangat banyak dan semuanya sudah cuba dilakukan seikhlas hati. Sehubungan itu, Fouziah tetap mengharapkan lakonannya dalam Karma diterima serta dinilai dengan baik oleh penonton.



PROFIL:

NAMA: Nor Fouziah Mohd Gous
PANGGILAN KOMERSIAL: Fouziah Gous
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982
ASAL: Kuala Lumpur
USIA: 29 tahun
STATUS: Bujang
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic
KERJAYA: Pelakon, model

DRAMA/TELEFILEM: Enigma, Demi, Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Kain Ketat, SpaQ 2, Trilogi Cinta, Cinta Dari Kaabah, Tahajud Cinta, Kekasih Awal dan Akhir, Senyawa, Karma

FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Otai, Sifu & Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 707, Ratu The Movie dan Rasuk

PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di ASK2007

Along RL Kongsi Pengalaman Isteri Bersalin

Posted: 24 Nov 2011 08:04 PM PST

Along Raja Lawak dan Isteri Zila

SUBANG JAYA: Pelakon Muhammad Nizamudin Ahmad, 28, atau lebih dikenali sebagai Along Raja Lawak mengakui lebih menghargai pengorbanan seorang wanita selepas melihat penderitaan isterinya, Zila AF4 melahirkan anak sulong pada 12 November lalu.

Kata Along, pengalaman tersebut telah menginsafkan dirinya untuk menjadi seorang anak dan suami yang lebih baik.

"Saya ada bersama Zila saat-saat dia ingin melahirkan anak kami, tuhan saja yang tahu perasaan takut ketika itu.

"Saya tidak sanggup melihat keperitan dia kerana sebelum ini saya tidka pernah melihat dia sakit sebegitu dan ketika itu juga saya rasa sangat bersalah pada ibu.

"Sekarang saya faham kenapa syurga itu di bawah tapak kaki ibu kerana pengorbanan mereka melahirkan kita hanya bertarung dengan maut," katanya ketika ditemui di sidang media, Anugerah Bintang popular, di sini, Rabu.

Zila atau nama sebenar Nur Azilah Seeron melahirkan anak lelaki mereka pada pukul 2 petang dengan berat 2.5 kilogram.

Bayi yang diberi nama Ahmad Danial itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di Bangi.

Kata Along, pada asalnya kandungan tersebut kembar, namun seorang daripadanya gugur pada usia dua minggu usia kandungan tersebut.

"Saya agak terkilan kerana kalau tidak kerana lebih berhati-hati saya mungkin dapat anak kembar, namun itu semua adalah rezeki daripada Allah.

"Apa pun yang lebih penting anak dan isteri saya selamat," tuturnya.

Jelas Along, sejak mengetahui isterinya mengandung dia sudah bekerja lebih keras daripada biasa.

"Saya tahu tanggungjawab saya lebih besar dan perbelanjaan juga akan meningkat, saya mesti berusaha lebih kuat untuk keluarga kami," katanya.

Lagu Terbaik AIM18: 'Sedetik Lebih' Ganti 'Penakut'

Posted: 24 Nov 2011 08:04 PM PST

Yuna

KUALA LUMPUR: Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim diumumkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 18 menggantikan lagu Penakut komposer dan nyanyian oleh Yuna.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.

"Lagu Penakut oleh Yuna, telah tersilap ditentukan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh hakim-hakim bagi 20 buah lagu yang terdiri daripada 5 calon tertinggi dari sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah sub-kategori tersebut dan atas dasar itu pemenang lagu terbaik AIM 18 sepatutnya adalah Sedetik Lebih oleh Anuar Zain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.

Tambah Rosmin, pembetulan ini adalah bagi memastikan integriti anugerah AIM dapat dipelihara dan pihaknya turut memohon maaf kepada Yuna, Edry dan Anuar Zain atas kesilapan tersebut.

"Pembetulan ini bagi memelihara integriti dan kredibiliti AIM sendiri dalam memastikan keputusan yang dilakukan tepat, kami juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami" ujarnya.

Sementara itu, Yuna mengakui terkejut dengan perkara tersebut, namun menghargai usaha penganjur AIM untuk memperbetulkan kesilapan yang berlaku.

"Saya tidak rasa malu atau serik untuk menyertai AIM pada masa akan datang kerana bagi saya mereka telah berusaha memperbetulkan keadaan sebenar.

"Saya juga tidak rasa perkara ini akan menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi baru," katanya.

Manakala Edry menerima keputusan ini dengan terbuka biarpun telah menerima kemenangan Yuna sebagai pemenang kategori tersebut.

"Saya amat berbangga dengan Yuna dan pencapaian tempatan dan luar negara beliau sebagai seorang penghibur dan kemenangan tersebut juga layak untuk lagu beliau.

"Namun kami menerima penghargaan ini dengan hati yang terbuka dan berharap kejadian seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, RIM akan menganjurkan forum AIM terbuka pada 6 Disember depan untuk ahli-ahli industri muzik dan media hiburan memberi sebarang komen dan maklum balas bagi tujuan mempertingkatkan mutu penganjuran anugerah berprestij itu untuk masa akan datang.

Chef Wan Taja Majlis Perkahwinan Dan Berbulan Madu Chef Riz

Posted: 24 Nov 2011 08:03 PM PST

Chef Wan.

PETALING JAYA: Chef selebriti, Datuk Redzuan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan bakal menaja majlis perkahwinan anak lelaki tunggalnya, Mohd Nadzri Redzuwan (chef Riz).

Chef Wan menerusi status di laman Facebook miliknya memberitahu, dia juga akan menaja pakej berbulan madu untuk pasangan pengantin baru itu selama seminggu tetapi masih merahsiakan destinasi sebagai kejutan.

"Dia hanya perlu mengeluarkan wang untuk hantaran, wang hantaran pada pihak perempuan selain mas kahwin dan cincin untuk bakal isterinya.

"Selebihnya saya akan uruskan sebagai hadiah untuk anak lelaki tersayang," ujarnya menerusi status tersebut.

Ana Dahlia dan Chef Riz.

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu, dia menaja perkahwinan anaknya itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

"Falsafah hidup saya adalah untuk menjadi pemurah kepada insan yang kita sayangi. Saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tidak dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya sayang.

"Walaupun rezeki yang kita dapat sedikit, kongsi sedikit dengan keluarga sebagai tanda kasih sayang dan hormat kepada mereka," ujarnya.

Chef Riz,30 dan pelakon Ana Dahlia, 28, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan yang akan diadakan di rumah keluarga Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak.

Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub Pahang pada 18 Disember.

Noraniza Idris Akui Rezeki Lebih Murah Selepas Berkahwin

Posted: 24 Nov 2011 08:02 PM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu berentak etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, mengakui rezekinya semakin bertambah sejak berkahwin dengan Jeffri Hudi, 52, seorang bilal sebuah masjid di Singapura pada September lalu.

Noraniza berkata, suaminya banyak membantu menguruskan kerjaya seninya selain sentiasa memberi nasihat dan dorongan kepadanya.

"Alhamdulilah rezeki selepas berkahwin semakin murah dan jelas. Suami juga banyak membantu dalam mengaturkan kerjaya seni supaya lebih teratur," ujarnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dikir Puteri itu ditemui pada sidang media program Santai Primadona Noraniza Idris 2012 di Restoran Seri Melayu disini pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Noraniza memberitahu dia bakal melancarkan single terbarunya bersama peminat pada 25 Disember depan di Hotel MSuite Johor Bahru.

Noraniza berkata, lagu Dekatlah Padaku nyanyian asal Datuk Sharifah Aini itu akan dimuatkan dalam album penuhnya berjudul Primadona dan akan dipasarkan pada Mei tahun hadapan.

"Single itu nanti akan dilancarkan bersama peminat-peminat Kak Ani yang datang ke Hotel MSuite iaitu menerusi program Santai Primadona Noraniza Idris.

"Jelajah ini juga adalah untuk mempopularkan kembali lagu-lagu dari era 70-an selain menghargai jasa dan pengorbanan biduanita negara yang pernah mengharumkan industri muzik," ujarya.

Ujarnya, selain lagu daripada Sharifah Aini, dia bakal merakamkan lagu-lagu popular daripada Allahyarham Rafeah Buang dan Sanisah Huri untuk album terbaru itu nanti.

Tambah Noraniza, suaminya banyak membantu dalam pemilihan enam buah lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut seperti Pengorbanan, Perpisahan dan Sejak Ku Bertemu Pada Mu dan lain-lain.

Sementara itu, bercakap mengenai program Santai Primadona Di Hotel MSuite, Noraniza berkata, ia adalah kerjasama syarikatnya iaitu Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. (NIPV), A&A World Vacation Sdn. Bhd. dan Fontana Cafe & Catering.

Ujarnya, acara itu telah lama dirancang iaitu sejak tahun 2008 tetapi hanya pada Disember depan ia dapat dilaksanakan.

"Ia bukan sekadar untuk melancarkan single terbaru saya tetapi juga untuk mempromosikan pelancongan Malaysia melalui seni dan budaya terutamanya kepada pelancong di Singapura.

"Disini pihak A&A World Vacation akan memainkan peranan yang akan menyediakan pakej percutian istimewa dengan aktiviti terancang pada program itu nanti.

"Manakala Fontana Cafe & catering akan menyediakan makanan istimewa kepada semua pengunjung dengan pelbagai aktiviti disediakan," katanya.

Noraniza berkata, pakej percutian itu menawarkan harga serendah RM200 (dewasa)dan RM99 (kanak-kanak dibawah 12 tahun) dengan tempat terhad untuk 350 orang sahaja.

Tambahnya, sesiapa yang ingin menyertai program atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03- 5621 2648 (Kuala Lumpur) atau 07 - 5569 276.

Isu Lagu Terbaik AIM18: Anuar Zain Harap Kejadian Tak Berulang Lagi

Posted: 24 Nov 2011 08:01 PM PST

Anuar Zain

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain berharap pengumuman kemenangannya melalui lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim tidak menimbulkan sebarang pertikaian selepas anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) pada awalnya diserahkan kepada lagu Penakut ciptaan Yunalis Zarai atau Yuna.

Kata Anuar, dia tidak mahu dengan pembetulan ini akan menimbulkan fikiran negatif terhadapnya atas kemenangan Yuna pada malam AIM 18 pada 12 November lalu.

"Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut.

"Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu 'Penakut' sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka," katanya pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.

AIM 18 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Pada malam tersebut, lagu Sedetik Lebih telah memenangi kategori Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki).

Kata Anuar, dia menganggap perkara tersebut sebagai kesilapan besar yang sememangnya boleh menjejaskan kredibiliti seseorang artis yang tidak bersalah.

"Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut.

"Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja," katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya dia menerima penghargaan tersebut dengan berfikiran positif agar dapat membantu industri seni pada masa akan datang.

"Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif.

"Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan," katanya.

Empat Artis Rock Bakal Gegar Konsert Loudspeaker

Posted: 24 Nov 2011 07:59 PM PST

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, syarikat yang cukup sinonim dengan industri permotoran berkuasa tinggi, penerbitan dan juga pengurusan acara, Red Garage Group Sdn Bhd bakal menganjurkan konsert sulung mereka iaitu Konsert Loudspeaker pada 25 Disember ini di Stadium Merdeka.

Syarikat yang diusahakan Muhd Idi Iskandar Abu Zahar bersama adiknya yang juga pelakon popular, Dira Abu Zahar ini mempertaruhkan empat ikon muzik berpaksikan rock iaitu kumpulan otai Wings, XPDC, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter.

Dengan pengaruh, kuasa dan legasi seni yang diperjuangkan empat entiti seni itu, konsert berskala besar selama tiga jam ini dijangka mampu memanaskan lagi momentum tahun 2011 yang bakal berlabuh tidak lama lagi.

Jika sebelum ini syarikat yang turut memiliki kedai menjual motosikal berkuasa tinggi dan mempunyai majalah permotoran, My Chopperz Magazine ini sering bekerjasama sebagai penaja bagi sesebuah acara, konsert ini dilihat bakal menjadi percaturan dan penanda aras baru buat mereka.

Menurut Dira yang baru saja bergelar isteri kepada pengarah fotografi, Mohd Helmi Mohd Yusof pada 11 November lalu, Loudspeaker disifatkan sebagai satu langkah baru buat Red Garage yang ingin mengukuhkan kredibiliti dalam pengurusan acara sekali gus menjadikan hiburan sebagai tarikan utama.

"Kita mahu mewujudkan mekanisme baru dengan meletakkan dunia permotoran dan hiburan berjalan seiring. Malah tidak dapat dinafikan hiburan begitu dekat dengan manusia dan masyarakat kita khususnya.

"Meletakkan empat penyanyi hebat ini sendiri boleh dianggap sebagai umpan terbaik untuk menarik peminat masing-masing datang ke konsert ini. Tambah pula kita mengenakan harga yang boleh dianggap berpatutan," katanya yang memikul tanggung jawab sebagai Pengarah Pengiklanan dan Promosi, Red Garage Group Sdn Bhd.

Dalam pada itu, sebagai tanda mengalu-alukan kemunculan Loudspeaker, acara Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2011 pada 23 dan 24 Disember iaitu dua hari sebelum berlangsungnya konsert kemuncak yang dinanti-nantikan ramai itu.

KLBW 2011 mengambil lokasi di The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. KLBW menjadi kesinambungan tahun sebelumnya yang dimulakan sejak 2008.

"Alhamdulillah saban tahun jumlah penyertaan dari penunggang motosikal dan kehadiran orang ramai untuk menyaksikan acara ini sangat menggalakkan. Bayangkan sejak 2008, kita meraih jumlah seramai 8,000 orang dan meningkat tahun lalu seramai 25,000 orang.

"Sesuatu yang cukup membanggakan juga, acara ini juga mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada rakan media, penaja dan stesen TV. Kami amat berterima kasih dan harapnya hal yang sama akan terjalin kali ini. KLBW dalam erti kata lain juga menjadi ruang untuk mempromosikan dunia permotoran dan sektor pelancongan dalam skala yang lebih meluas," kata Idi.

Tambahnya, KLBW secara khususnya memberi sasaran kepada semua penunggang dan peminat motosikal berkuasa tinggi dari serata dunia dengan menyaksikan Malaysia mewakili rantau Asia Tenggara.

"Kali ini, kami begitu positif meletakkan sasaran seramai 150,000 orang untuk sama-sama menyaksikan KLBW 2011. Pihak kami juga akan membuka gerai jualan peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS), gerai pameran, pameran seni lukis dan grafiti,pameran motor unik dan persembahan pentas," ujar Idi lagi.

Red Garage Group Sdn Bhd pernah menjayakan kerjasama untuk konsert Double Trouble pada tahun laluSyarikat ini beroperasi secara rasmi di alamat Block K-02-09, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Tempahan tiket konsert yang berharga RM77 dan RM222 itu boleh didapati menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau di talian, 03 7725 1177.

Untuk keterangan lanjut, layari laman Facebook, www.facebook.com/redgaragemalaysia.

Toshiba sasar nombor tiga pasaran laptop

Posted: 24 Nov 2011 07:58 PM PST

NIPIS...Portege Series Z830 antara tiga produk terbaru Toshiba.
NIPIS...Portege Series Z830 antara tiga produk terbaru Toshiba.

TELE Dyanmics Sdn Bhd (Toshiba) mengunjurkan menguasai pasaran sehingga 18 peratus dalam segmen komputer riba tahun depan selepas mencatatkan penguasaan 15 peratus dalam rekod kewangan semasanya sehingga akhir tahun ini.

Pengurus Besar Bahagian Komputer Peribadinya, Roy C K Hew berkata, sasaran disandarkan kepada pengenalan produk baru, Portege Series Z830 yang dijangka menarik ramai pembeli di pasaran Malaysia.


"Toshiba menyasar menduduki tempat ketiga di pasaran menjelang tahun depan.

"Siri komputer baru ini mempunyai reka bentuk nipis (15.9 milimeter) dan ringan (1.12 kilogram) sesuai mengikut kehendak pengguna masa kini. Selain itu, produk berkenaan ditawarkan dengan harga RM3,999 seunit," katanya pada majlis pelancaran rangkaian tiga produk terbarunya di Kuala Lumpur, semalam.


Tiga produk berkenaan ialah komputer riba (Portege Series Z830), tablet (7-inci & 10-inci Regza) dan desktop semua dalam satu (Qosmio DX730).

Pandai cari duit sendiri

Posted: 24 Nov 2011 07:55 PM PST

IKTIRAF...(dari kiri) Dr Lim, Dr Ong dan Stanleick ketika majlis penyampaian FWIS di ibu negara, baru-baru ini.
IKTIRAF...(dari kiri) Dr Lim, Dr Ong dan Stanleick ketika majlis penyampaian FWIS di ibu negara, baru-baru ini.

"SAYA dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di Pontian, Johor. Seawal usia sembilan tahun setiap kali cuti sekolah saya menolong ibu memasang komponen elektrik di rumah.

"Saya juga pernah bekerja di kedai roti ketika di ting–katan satu, dua dan tiga. Selepas waktu sekolah, saya bersama adik membuat pembungkusan roti untuk Tahun Baru Cina.

  • Foto

    DR LIM...mahu komersial kaedah rawatan air.

  • Foto

    DR KHAIRUNISAK...bangunkan kit diagnostik kos rendah untuk pelbagai penyakit.

  • Foto

    DR ONG...sangat berdikari sejak kecil.

"Dengan pendapatan RM500 duit itu saya gunakan untuk menampung perbelanjaan sekolah," demikian menurut penerima Anugerah Nasional Fellowship untuk Wanita dan Sains (FWIS) 2011 oleh L'Oreal Malaysia, Dr Ong Hui Lin yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tidak seperti kanak-kanak lain, zaman remaja Dr Ong penuh dengan pengalaman berharga. Apa tidaknya, sejak kecil dia sudah biasa mencari duit sendiri.


Jika tidak, dia tidak dapat memakai baju baru setiap kali Tahun Baru Cina atau membeli kelengkapan sekolah. Justeru, bekerja di kedai roti dan kilang elektrik adalah perkara biasa baginya.


Anak sulung dua beradik ini tidak pernah merungut dengan kehidupan yang dilaluinya. Malah dia mengutip setiap apa yang berlaku di hadapannya sebagai pengalaman berharga.

Melihat ayahnya, Ong Che Huwa, 60, yang bekerja sebagai jurujual dengan pendapatan kurang daripada RM500 serta ibunya, Tan Kui Kin, 57, operator pengeluaran kilang menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu keluarga.

"Sebab itu saya tidak kisah bekerja pada usia muda asalkan dapat membahagikan masa antara kedua-duanya," katanya yang mengulang kaji dan membuat kerja sekolah selepas pulang bekerja.

Malah ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan teknologi, kayu, kertas dan penglitup, Dr Ong masih bekerja sambilan di kedai buku dan menjadi pembantu penyelidik kepada seorang pensyarah di USM.
Menurutnya, sejak kecil dia bercita-cita menjadi saintis dan impiannya menjadi kenyataan selepas menjejakkan kaki ke USM.

"Di bawah pengawasan Prof Dr RN Kumar ketika projek tahun akhir, kajian saya mengenai kedayatahanan polypropylene berasaskan komposit nano mendapat pengiktirafan daripada penyelidik luar negara dan diterbitkan dalam jurnal. Ini mendorong penyelia, Dr Hazizan Md Akil membantu bagi memperbaiki kelemahan kajian yang sudah dijalankan," katanya yang menjadikan kedua-dua profesor berkenaan sebagai inspirasi kerjaya selama ini.

Selain itu, dia sangat berterima kasih kepada ibunya yang sentiasa memberikan semangat ketika senang mahupun susah.

Menurutnya, kajian komposit nano dipilih kerana teknologi itu kini sangat penting dalam aplikasi automotif kerana ia dapat menghasilkan bahan yang lebih berdaya tahan dan mampu menghalang kegagalan fungsi mekanikal akibat perubahan cuaca.

"Kebiasaannya, kenderaan dihasilkan daripada bahan plastik dan getah namun dengan adanya penyelidikan berasaskan komposit nano ini, ia dapat menghasilkan bahan baru yang lebih baik bagi memperkuatkan mekanikal komponen dalam kereta.
Teknologi ini membantu menjadikan komponen lebih ringan dan tahan pelanggaran," katanya.

Sebagai penyelidik, cabaran paling besar mendapatkan kajian yang lengkap dan tepat apabila kekurangan peralatan, mencari bahan serta kaedah bertepatan bagi menghasilkan kertas kerja, kajian makmal dan tesis dengan tepat.

"Bagi seorang saintis mereka tidak mempunyai jaringan maklumat. Ini kerana saintis adalah peneroka dan mereka terpaksa memikirkan sendiri kaedah serta bahan yang akan diguna pakai. Cabaran paling utama ialah berdepan kekecewaan apabila kajian gagal disebabkan kekurangan sumber. Sebagai saintis muda walaupun tidak melemahkan semangat, sokongan kewangan daripada universiti dan kerajaan sangat diperlukan bagi memastikan kesinambu–ngannya," katanya.

Ketika ditemui selepas majlis penganugerahan, dengan rasa gembira Dr Ong memberitahu, pengiktirafan ini menjadikan dia lebih bersemangat bagi menyelesaikan kajiannya yang dijangka tamat tiga tahun lagi.

Dengan penawaran geran berjumlah RM20,000, dia berharap penyelidikan dapat memberi manfaat kepada masyarakat seterusnya dikomersilkan untuk kegunaan semua.

Selain Dr Ong, penerima anugerah yang sama ialah Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM), Dr Lim Hong Ngee, yang menjalankan kajian rawatan pembersihan air fotoelektrokatalisis menggunakan komposit grafin dan logam oksida. Kajian ini akan menyumbang kepada pendegradasian air sisa yang cekap menggunakan bahan maju hibrid dan akan menawarkan penyelesaian tambahan kepada proses penulenan air sedia ada.

"Perairan di Malaysia tercemar dengan bahan racun perosak, ubat-ubatan dan pigmen warna yang mungkin berbahaya kepada kesihatan. Oleh itu saya menggunakan komposit nano untuk mendegradasikan bahan cemar seperti pigmen dan antibiotik kepada sebatian yang tidak bahaya seperti air dan karbon dioksida," katanya yang lebih mesra disapa Janet di kalangan keluarga, pensyarah serta rakannya.

Di Malaysia, kajian ini masih baru kerana pada masa ini, fotokatalisis dikaji secara meluas untuk menghapuskan bahan cemar. Namun dia menggabungkan kaedah fotokatalisis dengan arus elektrik untuk proses pendegradasian bahan organik berbahaya yang lebih cepat.

"Pada tahun depan, saya berharap dapat menerbitkan kertas penyelidikan seterusnya mengkomersilkan kaedah rawatan ini sebagai sebahagian daripada proses pembersihan air. Ini sekali gus dapat memberi kebaikan terhadap kualiti air di Malaysia dan dunia amnya," katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini mendapat dorongan daripada suaminya, Dr Huang Nay Ming, 33, yang juga pensyarah kanan di Jabatan Fizik UM. Perkenalan mereka terjalin ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada akhir 1999 dan berkahwin pada 2006. Sebelum itu, Janet yang berasal dari Johor Bahru, bekerja sebagai ahli kimia selama dua tahun dan pensyarah di sebuah kolej universiti selama setahun.

"Suami saya memberikan sokongan apabila saya menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah ketika kelahiran anak pertama pada 2008. Saya sangat berterima kasih kepadanya kerana dia sangat memahami dan memberikan bantuan ketika saya sedang membuat kajian," kata Janet yang mengakui kesabaran dan ketekunan adalah kunci kejayaannya selama ini.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahan dan Sumber Mineral Kejuruteraan USM, Dr Khairunisak Abdul Razak, 34, menerima Anugerah Nasional Fellowship untuk Wanita dan Sains (FWIS) 2011 selepas kejayaan menjalankan penyelidikan mengenai sintesis nano magnet stabil dalam larutan (ferrofluid) untuk mengesan penyakit.

Ini berfungsi bagi membangunkan kit diagnostik kos rendah bagi menggantikan emas dengan besi oksida. Secara tidak langsung, kecekapan dan pemilihan produk boleh bermanfaat dalam bidang pengimejan, kanser dan kesihatan air.

Dr Khairunisak tidak dapat hadir pada majlis berkenaan kerana menunaikan haji.

Pada masa ini, kit paling diagnostik di pasaran menggunakan nanopartikel emas.
Dengan kenaikan harga emas, penggantinya mesti dicari supaya kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Melanjutkan pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan kimia dan bahan di Universiti Auckland, New Zealand, Dr Khairunisak kemudian menyertai USM pada 2007 dan dilantik sebagai pensyarah kanan pada tahun berikutnya.
Bekerja dalam bidang teknologi nano selama lima tahun memberi banyak pengalaman berharga kepadanya, tambah pula sejak kecil dia sangat meminati sains.

"Ketika remaja saya suka membaca buku berkaitan fiksyen sains. Apabila membesar, saya mencari penjelasan bagaimana dan mengapa setiap perkara yang berlaku. Kepuasan diri bagi penyelidik ialah apabila kita boleh menerangkan sesuatu secara saintifik, kemudian bertanya apa yang boleh disumbang–kan kepada masyarakat. Sains membolehkan kita meningkatkan kualiti kehidupan, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan," katanya.

Menurut Pengarah Urusan L'Oreal Malaysia, Andrew Stanleick, program berkenaan mewakili komitmen jangka panjang strategik L'Oreal dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) untuk menarik lebih ramai wanita menceburi bidang sains di seluruh dunia.

"Wanita di seluruh dunia kini melalui proses revolusi sains. Golongan yang adakalanya ditindas dan dipinggirkan satu ketika dulu, kini mengorak langkah menceburi sains dalam pengkhususan seperti genetik, fizik, biologi dan teknologi baru dengan menjadikan saintis ulung wanita, Marie Curie sebagai idola mereka," katanya.

Tambahnya, anugerah itu yang turut mendapat kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi dan Akademi Sains Malaysia diharap akan dapat merealisasikan falsafah "Dunia perlukan sains dan sains perlukan wanita."

Desa contoh

Posted: 24 Nov 2011 07:53 PM PST

UTUH...antara rumah tradisional di Kampung Baru.
UTUH...antara rumah tradisional di Kampung Baru.

KUALA LUMPUR: Ibarat kisah 1,001 malam, terlalu banyak cerita suka duka apabila kita berbicara mengenai Kampung Baru yang terletak di tengah ibu kota.

Sesuai usianya yang mencecah 111 tahun, perkampungan dengan keluasan 90.2 hektar memiliki banyak keistimewaan.

Ramai mahukan Kampung Baru menjadi ikon perkampungan masyarakat Melayu di tengah kepesatan bandar raya Kuala Lumpur sama seperti China Town dan Little India yang masing-masing mewakili masyarakat Cina dan India.

Walaupun belum mendapat pengiktirafan secara rasmi, sedar atau tidak kampung ini sudah lama menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia.


Antara yang menjadi tumpuan ialah bangunan bersejarah yang masih terdapat di sini. Di sebalik reka bentuk menarik serta keutuhan strukturnya, nilai sejarah pada bangunan bersejarah termasuk rumah tradisional berkenaan menjadi faktor tarikan utama pelancong ke sini.


Pengumuman kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru selain pengekalan tempat bersejarah melalui pembentukan Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 mendapat sambutan ramai.

Langkah bijak itu bukan saja disokong pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru, tetapi juga dapat merealisasikan hasrat orang ramai yang mahu melihat ia dijadikan produk pelancongan utama negara mengetengahkan ketinggian khazanah Melayu.

Ketua Kampung Periuk, Aziz Arifin, 61, berkata tindakan kerajaan mengekalkan tempat bersejarah di Kampung Baru boleh mempamerkan ciri-ciri sejarah untuk tatapan umum terutama generasi muda.

"Tanpa perlu ke luar kota seperti Melaka, generasi sekarang boleh melihat lebih dekat betapa indahnya nilai budaya Melayu di Kampung Baru melalui seni bina.

"Kebanyakan tempat bersejarah ini seperti bangunan Kelab Sultan Sulaiman dan Masjid Jamek banyak menyimpan sorotan sejarah," katanya.

Bangunan Kelab Sultan Sulaiman misalnya, dibina sejak 1909 di atas tanah yang diwakafkan Sultan Selangor. Hasil usaha dan kerjasama penduduk kampung, bangunan pertama kelab orang Melayu tertua itu dibina bercirikan seni bina Melayu Minang dengan struktur binaan daripada kayu cengal, berdinding papan serta beratapkan daun nipah.

Kini, akibat perubahan masa serta kejadian kebakaran di situ, bangunan baru dibina yang terdiri daripada dewan untuk kegunaan orang ramai serta Kelab Sultan Sulaiman.

Bangunan ini pernah menjadi saksi dengan ia menjadi tempat pencetus semangat orang Melayu menentang Malayan Union selain menjadi lokasi Kongres Melayu Pertama yang membawa kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Ia pernah digunakan sebagai tempat mesyuarat Sahabat Pena, Persatuan Penulis-Penulis Melayu Malaya, Persatuan Melayu Selangor dan Kongres Wartawan bagi menubuhkan Kesatuan Wartawan SeMalaya pada 1940.

Selain itu, Masjid Jamek menyimpan lipatan sejarah penyatuan beberapa kampung di Kampung Baru.

Tapak masjid ini diwakafkan Haji Bachik Abdullah (pemilik tanah) pada akhir 1920-an dan sekali lagi penduduk berganding bahu mendirikan sebuah balai dari lantai dan tiang nibong yang kemudian menjadi surau.

Masjid Jamek ini juga mengalami beberapa perubahan sehingga pada 1955, bangunan baru dibina dengan kos RM 214,000.

Menariknya kerajaan negeri Selangor ketika itu memperuntukkan RM90,000 dan selebihnya hasil kutipan derma orang ramai. Secara fizikalnya masjid yang mempunyai keluasan 6,472 meter persegi itu mampu menampung sehingga 7,000 jemaah untuk solat Jumaat.

Selain itu beberapa rumah yang mempunyai seni bina Melayu juga boleh dikekalkan mengikut persetujuan pemiliknya.

Bagi Harun Abdul Aziz, 46, pengekalan rumah tradisional ini perlu lebih-lebih lagi ia terletak di tengah kota raya.

"Rumah kami masih utuh sehingga sekarang walaupun usianya mencecah 79 tahun.
Siapa sangka struktur utama rumah ini masih menggunakan kayu asal.

"Rumah yang diwarisi daripada moyang ini mengalami beberapa peristiwa penting seperti era pentadbiran Jepun, British sehingga ketika rusuhan 13 Mei dan banjir besar yang melanda Kuala Lumpur suatu ketika dulu," katanya.

Disebabkan nilai sejarah serta ketinggian seni bina Melayu yang sukar dilihat sekarang, Harun berpendapat adalah wajar inisiatif untuk mengekalkan rumah tradisional di Kampung Baru.

Bagi Osman Siru Hashim, 64, beliau menyokong usaha mempertahankan kawasan bersejarah terutama selepas transformasi Kampung Baru.

"Selain mengekalkan bangunan sedia ada, seni bina serta pembangunan yang akan datang juga perlu menonjolkan identiti masyarakat Melayu," katanya.

Penghargaan 12 Bintang Paling Popular

Posted: 24 Nov 2011 07:50 PM PST

Gelagat Johan (kiri), Nabil dan Zizan memang melucukan.
Gelagat Johan (kiri), Nabil dan Zizan memang melucukan.
SELARAS dengan sambutan Jubli Perak ke-25 tahun ABPBH 2011, anugerah khas, dinamakan Anugerah Seri Perak diperkenalkan yang akan menjadi rebutan kepada 12 artis yang pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sepanjang 1990 hingga 2010.

Kategori Seri Perak yang turut ditentukan menerusi undian peminat dan pembaca akhbar Berita Harian itu bagi mengiktiraf artis sebagai 'mega popular'.
Daripada 560 nama artis yang dipilih, hanya 320 calon membabitkan pelakon, penyanyi, pengacara TV dan penyampai radio dicalonkan untuk berada dalam senarai awal 15 kategori yang dipertandingkan.
Senarai calon berserta borang pencalonan awal kempen undian ABPBH 2011 akan mula disiarkan di dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu bermula hari ini hingga 29 Disember depan untuk membolehkan peminat serta pembaca memilih lima finalis bagi setiap kategori.

Lebih menarik lagi, sistem undian turut dilebarkan menerusi online bermula Januari depan, iaitu Anugerah Muat Turun Mobile, Artis Wanita Paling Popular Online, Artis Lelaki Paling Popular Online, Pakaian Selebriti Terbaik Sepanjang 25 Tahun ABPBH dan Artis/Selebriti Asia Popular Online.

Tahun ini juga menyaksikan kategori Artis Nasyid Popular digugurkan. Kempen pusingan awal majlis bertemakan Big, Bolder & Silver (Besar, Gah & Perak) membabitkan saingan perfileman, muzik dan penyiaran itu dijangka mendapat sokongan padu pembaca hingga malam kemuncak di Genting Highlands.

Majlis sidang media terbabit turut gamat dengan gelagat Nabil, Johan dan Zizan yang memeriahkan majlis dengan aksi jenaka mereka yang meniru karektor bekas Bintang Paling Popular ketika menerima anugerah.
Turut memeriahkan majlis itu, Najwa Latiff dan Asfan yang membuat persembahan secara unplug dengan menyampaikan dua lagu, Rindu Bayangan dan Seribu Impian disamping persembahan penuh bertenaga daripada Azlan & The Typewriter dan Hazama.

Seperti tahun sebelumnya, penerima gelaran Bintang Paling Popular bakal membawa pulang hadiah lumayan termasuk kereta Nissan Teana 2.5, manakala pemenang kategori pembaca menerima Nissan X Gear tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCMSB).

Turut menjadi penaja ABPBH2011 ialah Hotel Holiday Villa & Suites Subang, Genting Resort World, Rafflesia Mandalay serta Euro Moda daripada Gulatis, manakala TV3 dan HotFM sebagai penyiar rasmi.

Benteng siap hujung tahun

Posted: 24 Nov 2011 07:48 PM PST

MUHAMMAD Farid (pandu jentolak) merasmikan pembinaan benteng penghalang hakisan di Sungai Balok, Kampung Balok Pantai, Kuantan. - Foto KAIRULMIZAN YAHYA
MUHAMMAD Farid (pandu jentolak) merasmikan pembinaan benteng penghalang hakisan di Sungai Balok, Kampung Balok Pantai, Kuantan. - Foto KAIRULMIZAN YAHYA
KUANTAN: Masalah hakisan tebing di Sungai Balok berhampiran jeti nelayan di Kampung Balok Pantai, di sini, bakal ditangani dengan pembinaan benteng penghalang hakisan yang akan siap menjelang hujung tahun ini.

Ia dibina atas inisiatif MTBE Malaysia Sdn Bhd (MTBE), anak syarikat milik penuh Petronas Chemical Group (PCG) yang prihatin dengan masalah dihadapi penduduk kampung berkenaan.
Pembinaan benteng sepanjang 50 meter itu adalah antara inisiatif syarikat terbabit dalam memelihara sungai berkenaan melalui program Inisiatif Alam Sekitar Sungai Balok (BREI) yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Balok Pantai, Mohd Zainon Ali, berkata projek yang dilaksanakan MTBE itu banyak memberi manfaat kepada 120 nelayan di kawasan berkenaan.

"Tebing sungai terbabit mengalami hakisan terutama ketika musim tengkujuh dan ia dikhuatiri bertambah buruk sehingga menjejaskan keselamatan penduduk terutama nelayan sekiranya tidak ditangani segera.

"Pembinaan benteng itu secara tidak langsung mengurangkan kebimbangan mereka, selain memberi kemudahan kepada semua melalui projek yang sudah dilaksanakan pihak terbabit di kawasan ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Nelayan, Mansor Mokhtar, 42, berkata langkah terbabit adalah usaha murni syarikat berkenaan kerana sebelum ini penduduk di kawasan berkenaan, terutama nelayan sering menghadapi masalah hakisan tebing sehingga menyebabkan air sungai semakin cetek.
"Menerusi pembinaan benteng itu memudahkan nelayan keluar menangkap ikan dan pada masa sama memulihara sungai yang menjadi nadi utama kepada sebahagian besar penduduk," katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif MTBE, Muhammad Farid Ngah, berkata projek pembinaan benteng itu akan memberi manfaat kepada penduduk dari segi pengurusan banjir dan hakisan tebing sungai khususnya pada musim tengkujuh.

"Setakat ini, kita hanya membina benteng penghalang hakisan sepanjang 50 meter dengan menyambung benteng sedia ada, namun akan membina benteng lebih panjang jika keadaan memerlukan," katanya selepas merasmikan projek terbabit pada Program Penjagaan Air di kampung berkenaan, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, benteng penghalang hakisan itu ditempah khas serta diperbuat daripada bahan yang lebih kukuh dan sesuai dengan keadaan air masin di sungai berkenaan supaya ia lebih lasak dan tahan lama.

"Sebelum ini, kita turut melaksanakan projek menambak sebahagian kawasan muara sungai berkenaan yang berhampiran jeti nelayan bagi mengelak hakisan tebing berterusan, selain memberi kemudahan kepada penduduk kampung berkenaan," katanya.

Tak had penjawat awam guna BBM

Posted: 24 Nov 2011 07:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mengehadkan penggunaan Blackberry Messenger (BBM) dikalangan penjawat awam memandangkan ia adalah saluran komunikasi pantas antara kerajaan dan rakyat.

Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal, berkata kerajaan memutuskan penggunaan peralatan komunikasi itu diteruskan dan ia perlu mematuhi peraturan ditetapkan.
"Dalam konteks MAMPU di bawah Jabatan Perdana Menteri, ada mengeluarkan Surat Arahan kepada semua Ketua Jabatan pada 15 September 2009 mengenai penggunaan telefon pintar serta alat komunikasi mudah alih sebagai saluran komunikasi tambahan termasuk aplikasi penggunaan BBM.
"Walau bagaimanapun, dalam arahan terbabit menjelaskan penggunaan alat komunikasi tidak disekat tertakluk kepada peraturan sedia ada antaranya Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi Kerajaan, yang menerangkan tatacara penggunaan Internet dan e-mel serta tahap keselamatan sistem komunikasi dan dokumen rasmi kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saranan Timbalan Menteri Penerangan dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang Gandum, baru-baru ini, supaya pegawai kerajaan yang menggunakan telefon bimbit pintar Blackberry mengehadkan penggunaan kemudahan BBM supaya rahsia atau maklumat kerajaan terjaga.

Katanya, Arahan Teknologi Maklumat juga menggariskan keperluan dalam menguruskan sebarang transaksi elektronik dan Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan Tahun 2000 dirumus mengikut keperluan penguatkuasaan bagi melindungi maklumat dan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Kerajaan melalui mekanisme sedia ada sentiasa melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya ke atas peraturan sedang berkuat kuasa," katanya.
Sementara itu, Presiden Blackberry User Group Malaysia (BBUGMY), Nelson Rizal Radzmi, berkata bagi mengawal data dan maklumat supaya selamat kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan menggunakan Blackberry Enterprise Server (BES).

"Kerajaan tidak sepatutnya menghalang penggunaan Blackberry kerana ia digunakan secara meluas oleh banyak agensi keselamatan terutama di Amerika Syarikat, malah alat ini juga dibuat untuk melindungi semua data pengguna," katanya.

'Elemen 22 Apek'

Posted: 24 Nov 2011 07:45 PM PST

pix_gal0
Ghairah mahu rampas mata daripada Bahrain

"SAYA mahu sentiasa muncul pemain terbaik di kalangan 22 pemain atas padang!"

Itulah nada suara positif penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika menceritakan elemen ini sebagai membakar semangat setiap kali dia masuk ke gelanggang membantu skuad negara.
Bintang dari Kelantan yang dikenali Apek mahu menggandakan usaha membantu Harimau Muda mencari mata pertama apabila menentang Bahrain dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan, Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
"Setiap kali masuk padang, saya cuba tunjuk persembahan terbaik.

Sudah pasti saya mahu mengatasi pemain lain - baik rakan mahu pun lawan - untuk menjadi terbaik antara 22 pemain," katanya yang menjadi tonggak penting menyekat penyerang Syria daripada membocori gawang skuad negara secara lebih kerap, kelmarin.

Kapten itu menambah: "Saya juga sentiasa mahu beraksi baik membantu kemenangan pasukan negara kerana faktor penonton. Mereka amat penting untuk membantu bangkitkan semangat pasukan. Mereka adalah antara motivasi besar saya ketika ini."

Tidak dinafikan sumbangan besar Apek di Sukan SEA di Jakarta, baru-baru ini dan perlawanan menentang Syria, kelmarin harus diberikan satu pengiktirafan selepas banyak menyekat lawan menambahkan jaringan.
Walaupun sering dihantui dengan pelbagai kontroversi luaran namun tonggak utama Kelantan itu tidak cepat melatah dan ia tidak sesekali menjejaskan prestasinya dalam padang malah terus mempamerkan 'magis' setiap kali mengawal pintu gol negara daripada dibolosi.

"Perkara pertama yang saya sentiasa lakukan dalam setiap perlawanan adalah cuba melupakan terus semua masalah peribadi daripada luar padang dan terus menumpukan sepenuh perhatian terhadap permainan," katanya.

Khairul Fahmi turut mengakui yang dia masih belum mampu mendabik dada serta berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini dan nekad untuk terus memperbaiki segala kelemahan.

Kekalahan 0-2 kepada Syria juga menjadi pendorong untuk terus mempertingkatkan prestasi sebelum menentang Bahrain, Ahad ini.

"Saya sedar kelayakan Olimpik adalah pentas terbaik untuk menonjolkan diri. Dalam perlawanan semalam (kelmarin) semua pemain sudah melakukan yang terbaik dan mereka begitu mahukan kejayaan mencipta sejarah kami tersendiri.

"Secara peribadi, saya masih tidak berpuas hati dengan prestasi saya terutamanya selepas bolos dua kali. Saya juga ada menjalani latihan tambahan bersama rakan sepasukan dan kami saling menegur kesilapan antara satu sama lain sebelum menghadapi perlawanan seterusnya terutamanya menentang Bahrain, Ahad ini," katanya.

Lagu Terbaik AIM 18 milik lagu ‘Sedetik Lebih’

Posted: 24 Nov 2011 07:41 PM PST

Anuar Zain

Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain hasil ciptaan Edry Abdul Halim telah diumumkan sebagai pemenang bagi Anugerah Lagu Terbaik menggantikan lagu Penakut nyanyian dan ciptaan Yuna bagi edisi ke-18 Anugerah Industri Muzik (AIM).

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim memaklumkan bahawa disebabkan oleh salahtafsir dalam kriteria anugerah oleh Ernst & Young (juruaudit luar rasmi bagi proses penghakiman AIM 18), pemenang Anugerah Lagu Terbaik telah silap diumumkan dan dianugerahkan semasa rancangan anugerah AIM 18 pada 12 November 2011 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Beliau berkata bahawa langkah-langkah pemulihan telah diambil oleh RIM dengan serta-merta apabila kesilapan yang tidak disengajakan dikenalpasti dan menyuarakan penghargaan ikhlas RIM kepada semua pihak yang terlibat kerana memberikan kerjasama dan bantuan penuh untuk memastikan integriti anugerah AIM dapat dipelihara dengan memberi tumpuan kepada objektif-objektif AIM iaitu memberi penghormatan kepada bakat-bakat tanahair dan memberi pengiktirafan sewajarnya kepada artis-artis, pemuzik-pemuzik, komposer-komposer, penyusun-penyusun, pengeluar-pengeluar rekod dan semua pihak yang terlibat di dalam industri muzik Malaysia.

"Kami ingin menekankan bahawa pembetulan anugerah ini tidak bermaksud untuk menafikan pencapaian cemerlang Yuna setakat ini dan sebagai persatuan industri rakaman kolektif Malaysia, RIM amat berbangga dengan pencapaian beliau setakat ini sebagai seorang artis dan pencipta lagu Malaysia dan semestinya akan terus menyokong beliau serta semua artis dalam industri muzik. Pengiktirafan sepenuhnya juga harus diberikan kepada ikon-ikon muzik Malaysia kami, Anuar Zain dan Edry Abdul Halim untuk kemenangan lagu Sedetik Lebih sebagai Lagu Terbaik."

Sementara itu, rakan kongsi Ernst & Young, Ahmad Zahirudin bin Abdul Rahim berkata, "Amatlah dikesali, disebabkan oleh salahtafsir dalam kriteria anugerah, pemenang bagi Lagu Terbaik yang diumumkan dalam acara AIM 18 yang diadakan pada 12 November 2011 adalah tidak betul.

"Lagu Penakut oleh Yuna, telah silap ditentukan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh hakim-hakim bagi 20 buah lagu yang terdiri daripada 5 calon tertinggi bagi anugerah sub-kategori Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah sub-kategori tersebut. 2

"Atas dasar tersebut, pemenang Lagu Terbaik AIM 18 sepatutnya adalah lagu Sedetik Lebih oleh Anuar Zain. Kami ingin merekodkan permohonan maaf ikhlas atas sebarang kesulitan yang dialami."

Yuna tetap sokong AIM

Posted: 24 Nov 2011 07:40 PM PST

Yuna

Mungkin bagi orang lain, apa yang berlaku ke atas dirinya ini sungguh memalukan dan mampu menjatuhkan maruah dirinya sebagai artis antarabangsa. Namun, bagi gadis yang mula-mula mencipta nama menerusi lagu Dan Sebenarnya ini, apa yang berlaku ke atas dirinya sekarang dianggap sebagai satu dugaan positif untuk dia meneruskan kerjayanya dalam bidang seni ini.

Tidak mahu menyalahkan sesiapa, dan tidak akan pernah serik untuk melibatkan diri dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk tahun-tahun hadapan, jelas Yuna dia mahu sentiasa member sokongan terhadap muzik tanah air.

"Saya tidak serik, lagipun saya kan pemuzik Malaysia, jadi saya harus sentiasa menyokong.

"Apabila berlaku perkara sebegini, saya tidaklah terasa hati, namun saya tidak mahu ia berlaku lagi selepas-selepas ini.

"Saya pasti perkara ini akan member impak yang besar pada saya, namun saya hormat apa sahaja keputusan juri.

"Saya sokong apa yang dilakukan oleh RIM, mereka sudah melakukan perkara yang betul. Mereka tetap membetulkan perkara ini biarpun akan menjejaskan kredibiliti mereka, namun inilah yang dikatakan jujur,"jelas Yuna yang ternyata tidak terkejut dengan penarikan trofi itu.

"Sejak dari awal kemenangan saya malam itu, saya sudah dapat rasakan kekeliruan dengan anugerah ini. Masakan saya boleh menang sedangkan saya tidak memenangi satu daripada empat kategori yang dipertandingkan untuk kategori ini.

"namun setelah diterangkan di dalam sidang media malam itu, saya sudah boleh terima kemenangan ini. Bagaimanapun, saya terkejut apabila semalam mereka menghubungi saya untuk mengambil kembali trofi ini dan menjelaskan ada kesilapan dari segi audit dan lagu Sedetik Lebih adalah pemenangnya,"jelas Yuna.

Anuar Zain & Edry kagum dengan ketabahan Yuna

Posted: 24 Nov 2011 07:38 PM PST

Anuar Zain & Edry Abd Halim menerima trofi Lagu Terbaik AIM 18 daripada Rosmin Hashim, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM)

Heboh seketika dunia hiburan selepas berlakunya kontroversi penarikan semula trofi Anugerah Lagu Terbaik, untuk Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) yang dianugerahkan pada pemilik penuh lagu, Penakut, Yuna oleh pihak AIM berikutan berlakunya kesilapan dalam proses pengeditan oleh pihak juru audit, Ernst & Young.

Memartabatkan lagu Sedetik Lebih, ciptaan Edry Abdul Halim dan nyanyian, Anuar Zain sebagai pemenang sebenar anugerah itu, ia sebenarnya tidak membawa kegembiraan yang besar buat Edry dan Anuar.

"Selepas majlis AIM yang lepas, saya menjalani kehidupan seperti biasa, tidak mempersoalkan apa-apa kemenangan pada malam itu. Hanya semalam saya dihubungi oleh pihak AIM, tentang perkara ini, dan ia sedikit mengejutkan.

"Awalnya saya rasa bersalah untuk datang ke sidang media ini kerana ia melibatkan maruah dan kredibiliti semua pihak, sama ada saya dan Anuar Zain, Yuna dan pihak AIM sendiri.

"Namun saya kagum dengan apa yang dilakukan oleh Yuna, dia tidak bersalah dan hanya mangsa, tapi dia sanggup datang untuk menjelaskan tentang perkara ini, sedangkan kalau ia berlaku pada diri saya, saya belum pasti akan datang.

"Ini adalah kali pertama situasi ini terjadi sepanjang saya berada dalam dunia hiburan ini, namun perkara ini sudah pun berlaku, jadi kita perlu memperbetulkan apa yang salah,"jelas Edry.

Sementara itu, bagi penyanyi Anuar Zain, dia berharap agar apa yang terjadi ini memberi pengajaran buat pihak AIM agar berhati-hati di masa akan datang.

"Saya tidak faham cara pengadilan mereka, kenapa tidak hanya empat lagu yang di menang dalam empat kategori yang dipertandingkan itu sahaja yang diadili untuk Anugerah Lagu Terbaik, jika begini tidak akan ada salah faham sebegini.

"Perkara ini memang mengejutkan, seperti Edry, saya juga sudah tidak memikirkan tentang AIM selepas tamat malam anugerah itu.

"Sehingga kesaat ini saya masih belum boleh berfikir dengan lurus, namun saya cukup bersyukur dengan anugerah ini dan sangat menyenangi Yuna. Hari ini saya boleh katakan yang Yuna memang seorang yang berhati baik.

"Pada saya perkara ini tidak seharusnya terjadi kepadanya, namun saya berharap perkara sebegini akan menguatkan dirinya untuk terus berada dalam industri ini,"ujar Anuar Zain.

Bunkface dalam Bukan Empat Mata

Posted: 24 Nov 2011 07:35 PM PST

Kumpulan Bunkface masih dianggap baru di Indonesia. Namun kumpulan anak muda itu mula mendapat perhatian. Buktinya mereka sudah mendapat peluang muncul dalam program bual bicara popular, Bukan Empat Mata.

Sebelum ini hanya Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search yang diundang muncul dalam program kelolaan pengacara dan pelawak popular, Tukul Ariwana itu.

Di dalam set Bukan Empat Mata.

"Peluang ini sangat bermakna buat kami dan kami harap akan mendapat perhatian peminat di Indonesia. Kami sendiri rasa dihargai apabila dapat peluang muncul dalam program ini," kata penyanyi Bunkface, Sam.

Bukan Empat Mata sangat selektif dalam memilih tetamu undangan kerana terlalu ramai selebriti yang mahu mengintai peluang itu. Program yang menampilkan Bunkface akan disiarkan pada hari Jumaat ini (25 November) pukul 9.30 malam di saluran Trans 7.

Turut muncul dalam rakaman program yang sama ialah penyanyi popular Vina Panduvinata dan beberapa selebriti popular Indonesia lain.

Selain muncul sebagai tetamu program itu Bunkface juga berpeluang mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe dan satu gig mengumpulkan artis indie di Ancol.

Mereka mendapat tajaan penerbangan Air Asia serta Jamu Mak Dara sebagai penaja bersama yang membawa beberapa media meliput aktiviti Bunkface di sana.

Mereka juga sudah mengumpul peminat. Walaupun persembahan Bunkface di Hard Rock Cafe bertembung dengan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di antara Malaysia dan Indonesia, peminat setianya tetap memilih Bunkface.

Lagu Situasi mula menjadi siulan. Bila lagu itu dinyanyikan, peminatnya turut menyanyi bersama-sama. Lagu itu juga dipersembahkannya dalam program Bukan Empat Mata.

Mi udang Kuala Sepetang di Kuala Lumpur

Posted: 24 Nov 2011 07:33 PM PST


Mi udang yang jadi kegemaran ramai kerana menggunakan udang-udang segar.


Disebut tentang mi udang, pasti ada yang akan mengaitkannya dengan mi udang Kuala Sepetang.

Popularitinya membuatkan ramai yang sanggup memandu beratus kilometer demi mendapatkan mi udang terbaik di sana.

Kemanisan kuah yang dihasilkan dengan udang segar meniti bibir sebaik dihirup bersama mi kuning di tambah pula dengan kerangupan bawang goreng.

Bukan itu sahaja, 'kelibat' beberapa ekor udang besar disusun molek di atas mi membuatkan yang memandang tidak sabar-sabar menjamahnya.

Hari ini, bagi penggemar mi udang Kuala Sepetang, tidak lagi perlu bersusah payah untuk memandu beratus kilometer ke utara tanah air kerana mereka sudah boleh menikmatinya di Kuala Lumpur.

Masih mengekalkan resipi turun-temurun, gerai Mee Udang Mak Jah yang cukup popular di Kuala Sepetang, kini telah membuka cawangannya di Wangsa Maju.

Turut mengekalkan nama restoran yang sama, Mee Udang Mak Jah, pemiliknya, Sabri Sidan, 42, berkata, pembukaan restoran tersebut di kawasan Kuala Lumpur bertujuan untuk memenuhi permintaan para pelanggan di sebelah selatan.

Tambahnya lagi, apa yang disediakan di restoran tersebut adalah sama seperti yang disajikan di Kuala Sepetang.

"Restoran di Kuala Lumpur ini masih mengekalkan resipi serta rasa yang sama.

"Insya-Allah, kami cuba memberikan yang terbaik buat pelanggan sehinggakan kebanyakan bahan mentah terutama udang juga kami bawa dari Taiping," katanya ketika ditemui di premis restorannya yang terletak di No. 22, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Demi menyajikan yang terbaik, kata Sabri, udang yang digunakan hanya udang laut.

Ini kerana terdapat perbezaan dari segi rasa bagi udang laut dan udang kolam.

Menawarkan dua jenis mi udang, pelanggan boleh memesan sama ada mi udang istimewa yang berharga RM12 ataupun mi udang biasa berharga RM8.

Jelas Sabri, yang membezakan kedua-dua jenis udang tersebut ialah jumlah udang yang diletakkan dalam setiap hidangan.

"Malah untuk menggambarkan betapa 'mewahnya' udang untuk hidangan semangkuk mi udang, ia boleh diibaratkan seperti, 'selak udang baru jumpa mi'," katanya.

Dibuka setiap hari bermula 11.30 pagi hingga 10 malam, Mee Udang Mak Jah turut mempunyai keistimewaan tersendiri apabila mi yang digunakan adalah buatan anak tempatan.

Selain mi udang, restoran Mee Udang Mak Jah turut menawarkan pelbagai menu berasaskan udang seperti udang goreng tepung, udang goreng kunyit dan udang masak sambal.

Kesemua menu tersebut disajikan dengan nasi putih.

Bagi mereka yang tidak makan udang, restoran tersebut turut menyediakan menu seperti mi telur dan nasi goreng kampung.

Apapun demi kepuasan pelanggan, Sabri mementingkan kualiti dalam menyajikan mi udangnya.

Ini termasuk menutup sementara operasi restoran sekiranya tiada bekalan udang segar .

"Saya sanggup lakukan sebegitu demi menjaga pelanggan di samping ingin para pelanggannya mengingati dan terus datang ke restoran ini pada masa akan datang," katanya.

Gaji wajib dizakat

Posted: 24 Nov 2011 07:33 PM PST


Kewajipan berzakat bukan hanya dikenakan ke atas petani serta pemilik ternakan lembu dan kambing tetapi juga kepada mereka yang berpendapatan tetap. - Gambar hiasan


RAMAI tidak tahu menyebabkan bilangan pembayar setiap tahun tidak sampai 100 peratus (%).

Bagaimana tahap kesedaran orang ramai terhadap amalan membayar zakat?

Jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, orang ramai semakin sedar mengenai kepentingan membayar zakat dan jumlahnya semakin bertambah sepanjang tahun.

Namun jumlah pembayar zakat belum mencapai tahap 100 peratus di mana ada segelintir individu yang layak membayar zakat, tetapi gagal berbuat demikian atau mungkin tidak tahu bahawa pendapatan yang mereka perolehi wajib dikenakan zakat.

Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana banyak saluran pembayaran sudah disediakan bagi memudahkan pembayar melaksanakan tanggungjawab mereka termasuk melalui potongan gaji, pembayaran secara dalam talian atau melalui kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ).

Bagaimana untuk mengetahui sama ada pendapatan dimiliki itu wajib dikenakan zakat kerana mungkin ada individu berpendapatan kecil dan banyak tanggungan berpendapat mereka tidak perlu membayar zakat pendapatan.

Perkara utama yang harus dilakukan adalah membuat pengiraan untuk menentukan sama ada pendapatan dimiliki itu layak atau tidak perlu dikenakan zakat.

Pengiraan yang dikenakan agak mudah, malah kami menyediakan pelbagai saluran untuk membantu orang ramai membuat pengiraan sendiri. Mereka juga boleh mengunjungi PPZ untuk membuat pengiraan dengan bantuan kakitangan kami atau layari laman web PPZ yang mana kami turut menyediakan panduan pengiraan.

Sekiranya seseorang individu mempunyai banyak tanggungan, pengiraan turut membabitkan jumlah tanggungan dan ia akan ditolak daripada jumlah pendapatan tahunan. Tanggungan yang dimaksudkan termasuk ibu bapa, anak serta isteri.

Malah, beberapa perbelanjaan juga akan ditolak daripada pendapatan tahunan termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selepas membuat pengiraan, mungkin ada pendapatan individu yang tidak diwajibkan zakat, namun adalah digalakkan untuk membuat potongan gaji walaupun serendah RM10 kerana sekurang-kurangnya ia dapat membantu kerajaan membasmi kemiskinan dan pada masa sama menyucikan pendapatan kita.

Setiap tahun, bilangan pembayar zakat tidak mencapai jumlah 100% dan ini bermakna masih ada yang enggan berbuat demikian. Apakah tidak ada tindakan boleh diambil untuk memastikan mereka melunaskan bayaran?

Setakat ini tidak ada akta khusus untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang gagal membayar zakat, malah kami menggunakan kaedah mendidik bagi memastikan jumlah pembayar zakat meningkat setiap tahun.

Walaupun tidak ada akta untuk menghukum, namun kerajaan menyediakan pelbagai insentif untuk pembayar zakat antaranya rebat cukai pendapatan individu serta tolakan cukai daripada pendapatan agregat maksimum sebanyak 2.5% peratus bagi syarikat yang membayar zakat perniagaan mereka.

Apa harapan dan nasihat PPZ terhadap orang ramai yang mungkin masih keliru dan tidak tahu mengenai pembayar zakat pendapatan dan perniagaan.

Zakat adalah satu daripada rukun Islam dan zakat adalah proses pemulangan hak orang lain dalam harta kita. Dengan berzakat ia dapat membersihkan diri daripada bersifat bakhil.

Tidak timbul isu kita jatuh miskin sekiranya mengeluarkan sedikit duit untuk membayar zakat kerana Allah menjanjikan pulangan 700 kali ganda daripada jumlah dikeluarkan. Dengan pelbagai kemudahan, tiada alasan untuk kita tidak membayar zakat.

Ahli lembaga syarikat juga perlu memainkan peranan menyemak akaun syarikat sama ada wajib zakat atau tidak kerana ia akan dipersoalkan di akhirat.

l Sumber: Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan

Cermin dalam kesenian Islam

Posted: 24 Nov 2011 07:32 PM PST


Bilik Uthmaniyah, abad ke-19 Masihi, Kerajaan Uthmmaniyah, Syria.


CERMIN adalah alat yang tidak asing lagi dalam kehidupan manusia terutamanya dalam kehidupan dunia yang serba moden kini. Cermin seringkali dikaitkan dengan wanita dan penampilan.

Cermin juga merupakan satu bahan yang seringkali digunakan dalam penghasilan barangan seni, seni bina dan alat untuk kajian sains seperti teleskop.

Di dalam sejarah, cermin yang terawal berasal daripada lava gunung berapi yang telah keras dan licin. Batu lava ini kemudiannya dipotong dan dalam saiz yang kecil dan dikilatkan lagi untuk digunakan sebagai cermin.

Sebelum daripada itu, manusia menggunakan air untuk melihat penampilan mereka. Selain batu lava gunung berapi, cermin juga dihasilkan daripada logam.

Di China, logam yang dikenali sebagai speculum dihasilkan untuk dijadikan cermin. Logam speculum adalah campuran logam tembaga dan timah yang menghasilkan permukaan yang licin dan berkilat sehingga boleh dijadikan cermin.

Cermin logam ini dihasilkan di China kira-kira pada tahun 2000 sebelum Masihi dan ia turut ditemui di India.

Cermin logam speculum adalah amat berharga dan mahal harga. Ia hanya mampu dimiliki oleh golongan kaya.

Dalam tamadun Islam, beberapa orang ilmuwan Islam yang mengkaji tentang kegunaan cermin ialah seperti Ibn Sahl dan Ibn al-Haytham pada abad ke-10 Masihi. Mereka mengkaji kegunaan cermin sebagai alat ciptaan teknologi seperti kamera.

Daripada segi penghasilan kaca atau cermin, Kerajaan Islam di Sepanyol telah menghasilkan cermin atau kaca pada abad ke-11 Masihi. Kemudian pada abad ke-16 Masihi, pusat perdagangan dunia pada waktu itu iaitu Venice telah menjadi pusat pengeluaran cermin yang terkenal.

Venice mengeluarkan cermin kaca yang menjadi asas kepada cermin yang digunakan pada hari ini.

Kebanyakan cermin yang digunakan dalam kesenian Islam merupakan cermin kaca. Ini kerana ia mempunyai kesan biasan yang tinggi berbanding cermin batu dan cermin logam.

Cermin kaca digunakan dengan meluas dalam seni bina seperti di Syria. Ia tidak digunakan sebagai panel tingkap atau dinding seperti yang kita sering lihat pada hari ini.

Sebaliknya, cermin digunakan sebagai hiasan dalaman yang membantu dari segi pencahayaan apabila permukaannya membiaskan cahaya lilin atau lampu chandelier yang digunakan di dalam sesebuah ruang kediaman.

Di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) terdapat sebuah artifak yang merupakan bilik kediaman zaman Uthmaniyah yang dihias dengan cermin bagi tujuan pencahayaan dan hiasan.

Untuk tujuan ini, cermin biasanya akan dipotong dalam saiz yang kecil dan di susun dengan teliti di bahagian dinding dan syiling bagi menghasilkan kesan cahaya yang dikehendaki.

Susunan yang betul bukan sahaja membantu pencahayaan malah ia turut mencantikkan lagi hiasan sesebuah ruang kediaman tersebut.

Di India, cermin atau kaca dipotong dalam saiz yang lebih kecil dan digunakan sebagai hiasan tatahan barangan seni yang lain seperti kotak barangan kemas, kasut dan juga pakaian.

Antara potongan cermin yang sering digunakan adalah potongan berbentuk bulat dan bentuk berlian.

Bagi cermin yang digunakan untuk melihat penampilan, ia tidak dihasilkan begitu sahaja. Ia turut mendapat perhatian dan sentuhan seniman terutamanya untuk barangan yang digunakan bagi golongan bangsawan dan golongan kaya.

Di MKIM, terdapat satu keping cermin yang diletakkan di atas batu jed dan ditatah dengan batu berharga yang dipamerkan di Galeri India. Cermin ini dipotong dalam bentuk oval dan bahagian belakangnya dihias teliti dengan susunan batu berharga seperti delima dan zamrud serta air emas.

Jadi lebih baik selepas tunai haji

Posted: 24 Nov 2011 07:27 PM PST

Kawan saya baru balik menunaikan haji. Tetapi saya dapati ada perubahan pada dirinya. Dulu dia solat tepat pada waktunya tetapi sekarang tidak begitu.

Dia juga hanya menyahut panggilan bila dipanggil "Haji". Dia lebih gemar bercerita tentang bagaimana dia dapat buat haji dengan mudah dan banyaknya dia buat umrah sunat. Adakah ini yang dikatakan tanda-tanda haji mardud (ditolak).

JAWAPAN:

Sepatutnya setiap orang yang kembali daripada menunaikan ibadat haji bermuhasabah dengan sepenuh hati. Dengan mempersoalkan beberapa soalan yang boleh menilai ibadat yang baru dilakukan.

Soalannya seperti adakah dilakukan ibadah haji dengan rezeki yang halal, adakah dilakukan dengan memelihara wajib haji dan rukun haji dengan teliti, adakah dipelihara mata dan hatinya dan keikhlasannya selama melakukan ibadah haji.

Adakah kita berjaya menghindarkan tiga perkara penting yang dinyatakan di dalam surah al-Baqarah di awal-awal perbicaraan mengenai haji, iaitu ibadah haji dilakukan dengan tidak tidak melakukan maksiat, tidak berbantah-bantah yang boleh membawa kepada pergaduhan dan tidak berkata kesat.

Hal ini jelas dalam firman Allah swt yang bermaksud: (Masa untuk mengerjakan ibadat) haji itu adalah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (al-Baqarah: 197)

Sesungguhnya ibadah haji hanya sekali sahaja difardukan ke atas orang Islam, tetapi ia mesti dilakukan dengan sepenuh hati yang ikhlas. Pernah diriwayatkan bahawa setelah Rasulullah SAW selesai menunaikan haji, baginda bersandar di Kaabah sambil mengalir air mata baginda.

Abu Bakar yang menyedari keadaan baginda itu terus bergegas ke arah baginda dengan bertanya: "Apa yang menyebabkan tuan menangis wahai Rasulullah? Baginda menjawab aku boleh kira jumlah orang yang mendapat haji yang mabrur". Walhal yang menunaikan haji bersama baginda adalah sahabat, kesemua mereka yang bertemu dengan baginda dalam hajjatul wada' dikategorikan sebagai sahabat oleh sekumpulan ulama.

Jadinya kesemua mereka adalah sahabat, adakah mereka juga terlepas mendapat haji yang mabrur?

Jawapannya tidak, kata-kata baginda Rasulullah SAW adalah bagi menggambarkan betapa tidak ramai yang dapat haji yang mabrur.

Maksudnya tidak semudah yang disangka untuk beroleh haji mabrur.

Jadi lebih baik

Sepatutnya orang yang balik dari Mekah, akhlak dan imannya lebih baik daripada sebelumnya. Sebabnya rukun Islamnya yang kelima telah sempurna, bermakna tiang-tiang agama dalam dirinya telah sempurna.

Kesempurnaan itu sepatutnya menggambarkan kesempurnaan iman dengan dizahirkan melalui amal ibadat. Ketahuilah sesungguhnya, apabila sesuatu ibadah itu tidak mendekatkan kita kepada Allah SWT malah bertambah jauh maka ia bermaksud semakin jauh kita daripada Allah SWT.

Budaya memanggil tuan haji atau haji hanya di Malaysia dan mungkin juga di negara-negara jiran yang lain tetapi ia sangat ketara di Malaysia. Ada yang sampai tidak mahu menyahut bila tidak dipanggil tuan haji.

Nampaknya tujuan menunaikan haji tidak ikhlas, rupa-rupanya untuk mendapat panggilan tuan haji atau hajah. Tidak ada dalam mana-mana kitab muktabar, fiqh mahupun hadis dan tafsir yang menggelar sahabat atau tabien dengan gelaran haji.

Ini kerana ibadat haji dilakukan kerana Allah. Jika ibadah haji diterima Allah SWT itulah sebesar-besar hadiah sebagai balasan selepas kembali daripada mengerjakan haji.

Kata-kata Al-Hasan al-Basri yang bermaksud: "Haji mabrur adalah pulang dalam keadaan zuhud terhadap dunia dan mencintai akhirat". Beliau juga mengatakan: "Tandanya adalah meninggalkan perbuatan-perbuatan buruk yang dilakukan sebelum haji".

Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan: "Dikatakan bahawa tanda diterimanya haji adalah meninggalkan maksiat yang dahulu dilakukan, mengganti teman-teman yang buruk menjadi teman-teman yang baik dan mengganti majlis kelalaian menjadi majlis zikir dan kesedaran".

Ringkasnya, ibadah haji yang dilakukannya itu berjaya mengubahnya menjadi hamba yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, memperbaiki segala amalan yang lalu dengan mengqadanya.

Lalu berusaha pula memperbaiki ahwal ahlu keluarganya iaitu menasihati mereka agar mentaati perintah Allah SWT dan mencontohi Rasulullah SAW.

Masakan tidak, mereka yang balik daripada ibadat haji, kembali daripada menziarahi tempat-tempat yang agung dalam Islam.

Mereka menyaksikan sendiri bumi di mana Allah SWT turunkan wahyu dan mereka ziarah makam nabi SAW yang menyampaikan ajaran Islam dengan sempurna.

LKIM membela nasib nelayan

Posted: 24 Nov 2011 07:26 PM PST


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tiga dari kanan) menyerahkan bantuan elaun sara hidup kepada wakil nelayan di Melaka sambil disaksikan oleh Menteri Pertanian dan industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


MEGA: Bagaimana Datuk melihat penubuhan LKIM 40 tahun lalu dengan agenda membina nasib nelayan di Malaysia?

Mohad Khazin: Ia merupakan satu titik tolak yang cukup signifikan dalam mencorak nasib nelayan di negara ini. Hasil kebijaksanaan pemimpin negara ketika itu, agensi seperti LKIM telah ditubuhkan dalam rangka mempercepatkan usaha pembangunan masyarakat.

Dalam hubungan ini, LKIM telah diamanahkan untuk membantu para nelayan, sementara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk membela masyarakat peladang. Dalam konteks LKIM, matlamat penubuhannya secara khusus adalah untuk meningkatkan taraf hidup serta sosio ekonomi nelayan selain memajukan industri perikanan negara. Justeru, sejak awal penubuhannya, usaha-usaha telah difokuskan ke arah merealisasikan hasrat itu.

Apakah langkah awal LKIM ketika mula-mula ditubuhkan dahulu?

Kita menyedari bahawa antara faktor utama kemiskinan nelayan adalah apabila hasil tangkapan mereka tidak mendapat harga yang sewajarnya kerana banyak dimonopoli oleh orang tengah ketika itu. Jadi, antara langkah awal yang diambil adalah seperti mewujudkan satu skim membeli hasil tangkapan dengan harga yang lebih baik.

Dua program yang digerakkan adalah Pemasaran Ikan Koperasi Nelayan (PIKN) dan Unit Pemasaran Pusat (CPU). Kita sedar, program seperti ini perlu diberi perhatian serius. Di peringkat industri pula, LKIM menggerakkan Projek Pukat Tunda bagi membantu nelayan meneroka laut yang lebih jauh untuk menambah hasil tangkapan.

Untuk para nelayan sendiri, adakah mereka bersatu dalam menerima program LKIM?

LKIM amat sedar, tanpa sokongan nelayan, sukar untuk kita melaksanakan program pembangunan. Justeru, pada tahun 1980-an, Persatuan Nelayan telah ditubuhkan bagi menggantikan Koperasi Nelayan bertujuan meletakkan mereka terus berada di bawah seliaan LKIM. Serentak itu juga, LKIM telah memperkenalkan program pembangunan strategik dikenali sebagai Kawasan Pembangunan Nelayan (KPN) yang mengetengahkan konsep pembangunan secara bersama dengan jabatan dan agensi kerajaan terlibat. Ia turut menggariskan matlamat:

1. Mengurangkan kemiskinan di kalangan masyarakat nelayan.

2.Memperbaiki kualiti kehidupan nelayan.

3.Menggalakkan pertumbuhan industri perikanan.

Apakah bentuk program pembangunan yang dilaksanakan di KPN?

KPN menyasarkan empat pelaksanaan program utama iaitu Program Pembangunan Perikanan Laut, Program Pembangunan Ternak Air, Program Pembangunan Masyarakat Nelayan dan Program Pembangunan Infrastruktur.

Selain itu, diperkenalkan juga Skim Kemudahan Kewangan (SKK) dan kemudiannya Skim Pinjaman Kemudahan Pertanian (SPKP). Kedua-dua skim tersebut disediakan untuk membantu nelayan memulakan penerokaan laut dalam di samping meningkatkan keupayaan dan kapasiti bot mereka.

Satu lagi inisiatif penting yang dibuat adalah Sistem Lelong terbuka (SLT) di kompleks-kompleks pendaratan LKIM. Sistem ini mempunyai objektif meningkatkan pendapatan nelayan menerusi pendedahan harga sebenar terhadap hasil tangkapan. Ternyata SLT berjaya meningkatkan pendapatan nelayan sehingga 50 peratus.

Bagaimana dengan sokongan masyarakat nelayan sendiri?

LKIM dari semasa ke semasa sentiasa memikirkan bagaimana untuk menyatukan suara para nelayan. Hasrat ini tercapai apabila pada tahun 1986, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) ditubuhkan. Menerusi penubuhan itu, masyarakat nelayan akan lebih bersatu dalam menyuarakan hasrat serta tuntutan mereka.

Bagaimana Datuk menilai pencapaian LKIM setelah 40 tahun berusaha membangunkan nelayan dan memajukan industri perikanan negara.

Untuk masyarakat nelayan, impak paling besar adalah berlakunya penurunan ketara kadar kemiskinan daripada 70 peratus ketika LKIM ditubuhkan dan kini ia berada di bawah 10 peratus. Kita akui, ia bukanlah hasil usaha LKIM secara individu, tetapi turut mendapat kerjasama daripada jabatan dan agensi lain dengan LKIM bertindak sebagai agensi utama. Dari sudut sosial, LKIM telah membuka pemikiran nelayan untuk menerima perubahan.

Untuk industri pula, LKIM telah menyediakan pelbagai infrastruktur bagi merancakkan lagi aktiviti perikanan. Ia termasuk menyediakan kompleks-kompleks pendaratan yang dilengkapi kemudahan moden, implementasi kotak ikan berinsulasi untuk menjaga kualiti serta membawa para usahawan menyertai pelbagai ekspo di dalam dan luar negara.

Apakah harapan Datuk terhadap para nelayan dan pemain industri dalam memajukan industri perikanan?

Apa yang diharapkan, para nelayan dan pemain industri dapat bekerjasama dan menyokong agenda yang dilaksanakan LKIM. Mereka perlu tahu, era kini begitu kompetitif dan untuk bersaing, kita perlukan hubungan yang sangat erat dengan semua pihak terlibat. Ia sekali gus akan membawa perubahan paling bermakna dalam sektor perikanan masa depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu