Sabtu, 19 November 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Majlis RM15 juta

Posted: 19 Nov 2011 09:28 PM PST

Nur Shid'la Ahmad Kamarudin
Nur Shid'la Ahmad Kamarudin

SELEPAS puas mencari cinta sejati, akhirnya Nur Shid'la Ahmad Kamarudin (Syella), 26, bertemu jodoh dengan ahli perniagaan. Cinta mereka berputik tanpa dirancang kerana sebelum itu Syella menyulam kasih dengan orang lain.

Menurut Syella yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan, dia berkenalan dengan suaminya pada 2006 yang mana ketika membuat persembahan pada suatu majlis amal. "Perkenalan saya dengannya bermula selepas selesai majlis amal itu apabila dia antara penganjur program itu ingin membayar duit persembahan.


"Selain mengusahakan butik dan kedai makan, saya juga terbabit dalam perniagaan pembinaan, teknologi maklumat, gas dan minyak serta beberapa cabang perniagaan lain. Lalu kami bekerjasama dan dalam melicinkan urusan perniagaan itu, saya lebih menganggap dia sebagai bos saya.

"Saya banyak kali putus cinta kerana kebanyakan lelaki yang saya temui tidak jujur mencintai saya. Pada masa sama, ramai yang masuk meminang sehingga membuatkan emak risau kerana semua pinangan itu saya tolak. "Emak kata, kalau saya terus menolak pinangan yang datang, dia bimbang saya terus tak kahwin. Jadi emak mahu carikan sendiri calon suami untuk saya kerana dia mahu saya dapat suami yang baik selepas banyak kali ditipu lelaki.


"Sudah tentu saya tak mahu. Perkara itu amat merunsingkan saya lalu pada April lalu saya mengerjakan umrah. Ketika berada di Tanah Suci itu setiap hari saya berdoa semoga dapat suami yang baik, beriman, boleh menjaga saya dan keluarga saya. Di samping itu saya juga mengerjakan solat hajat dan istiqarah. Setiap kali saya solat istiqarah, wajah suami saya sekarang yang sering muncul dalam mimpi.


"Untuk menguatkan lagi jodoh dengannya, sekembalinya dari umrah, saya dapat tahu teman lelaki saya curang. Suami pula meluahkan isi hatinya yang dia sukakan saya," katanya yang meminta media menghormati permintaannya supaya gambar, status dan siapa suaminya itu dirahsiakan daripada umum.

Menurut Syella, dia boleh dapat rasakan yang orang itu sukakan dia atau tidak termasuklah perasaan suaminya terhadapnya. "Saya bukanlah bodoh sangat untuk menilai orang tetapi saya tak mahu terlalu memikirkannya kerana sibuk dengan kerja. Tetapi kalau sudah jodoh, ia akan bertemu juga. Sebab itu saya tak rasa pelik ketika wajah suami muncul dalam mimpi ketika di Makkah kerana saya tahu dia sukakan saya. "Emak pun merestui niat baik suami kerana emak tahu dia lelaki yang baik. Emak kasihankan saya yang bekerja keras untuk menyara keluarga. Lantaran dengan restu keluarga, kami diijabkabulkan pada September lalu. Majlis resepsi baru saja diadakan pada 11 hingga 13 November lalu di rumah emak di Cheras.


"Dia lelaki yang baik dan sangat menjaga solat. Kami selalu solat berjemaah dan mengaji bersama-sama. Saya rasa sangat bahagia kerana mendapat suami sepertinya. Dia juga mahu saya duduk di rumah saja, biar adik-beradik yang menguruskan perniagaan butik dan kedai makan yang saya usahakan selama ini," katanya.

Selepas bernikah, mereka terus berbulan madu selama dua minggu di Eropah dan selepas majlis resepsi ini, Syella mahu mengerjakan umrah sekali lagi bersama suami dan membawa ibu bapanya bersama.


"Saya bersyukur kerana doa saya dimakbulkan Allah SWT. Selepas balik umrah juga rezeki saya semakin murah. Dalam mencari calon suami, saya bukan cari yang berharta, yang penting adalah hati budi dan agamanya.


"Sebelum ini ramai yang kata saya berkawan dengan VIP, Tan Sri dan Datuk. Memanglah dalam urusan perniagaan saya berjumpa dengan golongan macam itu tetapi saya tidak pernah 'berkawan' dengan mereka.


"Orang kata setiap apa yang orang cakap itu adalah doa dan akhirnya memang betul saya ditemukan dengan suami saya ini," katanya.


Jangan terkejut kerana majlis perkahwinan Syella menelan belanja RM15 juta termasuk nilai barang hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Sebagai tanda kasih suaminya, pada hari berbahagia itu Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.


Tambah Syella, semua barang mewah dan mahal itu bukan dia minta tetapi atas kerelaan suaminya sendiri sebagai bukti cinta buatnya.


"Semua persediaan perkahwinan, saya dan suami sediakan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak. Saya sendiri keluarkan belanja RM800,000 dan selebihnya daripada suami. Saya tak kisah berhabis kerana perkahwinan ini adalah sekali seumur hidup," katanya. Pada majlis resepsi itu Syella mengenakan dua pasang gaun rekaan Hatta Dolmat yang setiap satunya berharga RM60,000. Ditanya mengapa dia seolah-olah menyembunyikan perkahwinannya itu, Syella berkata, dia tidak pernah berniat untuk berbuat begitu. Jelasnya, memang majlis pernikahannya diadakan dalam majlis tertutup, tetapi majlis resepsinya baru-baru ini dihadiri hampir 3,000 tetamu.


"Saya bukan tidak mahu maklumkan kepada pihak media tetapi rasa saya serba-salah. Saya ini bukannya penyanyi popular, tiba-tiba mahu jemput wartawan datang ke majlis perkahwinan saya, seganlah.


"Sebab itulah saya jemput saudara-mara, rakan-rakan dan jiran-jiran saja. Lagipun majlis itu bukan untuk untuk saya seorang, tetapi turut meraikan perkahwinan dua adik saya ,Efa dan Ijam yang bernikah Oktober lalu," katanya.

Shera Sah Bergelar Isteri Zahiril Adzim

Posted: 19 Nov 2011 09:26 PM PST

Zahiril dan Shera selepas selamat diijab kabulkan.

PERAK: Dengan sekali lafaz, pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Aiyob Shaharuddin kira-kira pukul 1.30 pagi dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Shera menerima wang hantaran berjumlah RM18,000 dengan 11 dulang hantaran, manakala, pihak Zahiril menerima 13 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Hatta Dolmat, manakala solekan Nadiya Ipoh dengan tema perkahwinan dalam taman.

Pasangan ini akan disandingkan di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh selepas selesai majlis pernikahan.

Sebuah lagi resepsi iaitu majlis sambut menantu sebelah pihak lelaki akan diadakan di Shah Alam yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara-mara terdekat.

Pasangan ini bertunang pada 1 Mei lalu.

‘Rugi jika tidak sertai’

Posted: 19 Nov 2011 09:25 PM PST

ADIRA
ADIRA

KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.


Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

  • Foto

    MELATIE

  • Foto

    SHARIFAH

  • Foto

    NATASHA

  • Foto

    ROSZAINAH

"Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin)," katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.


Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.


"Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini," katanya.

Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.


Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan.


Selain Natasha dan Adira, seorang lagi peserta, Sharifah dipilih sebagai Ratu Personaliti.


Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan 'tugas Jais sudah selesai'.


"Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.


"Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.


"Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja," katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham.

Pelancong ajak masuk bilik

Posted: 19 Nov 2011 09:23 PM PST

pix_middle

PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka.

Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ.


Seorang budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya pelancong asing.

"Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik.


"Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. "Ia bukannya pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba," katanya.


Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara.

"Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing," katanya.


Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau backpacker.

"Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.


"Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang," katanya.


Sementara itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu.


"Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.


"Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung).


"Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas cukai," katanya.


Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah.


"Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur. "Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan," katanya.

Zed Zaidi Jadi Penerbit Filem

Posted: 19 Nov 2011 09:22 PM PST

Zed Zaidi.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, 31, memberitahu bakal bertindak sebagai penerbit untuk sebuah filem bergenre drama gangster berjudul, Taiko terbitan syarikat miliknya Dzed Resources Sdn Bhd.

Zed berkata, dia mengambil keputusan untuk menjadi seorang penerbit filem kerana tiba masa dia mencuba sesuatu yang baru dalam perjalanan karier seninya.

"Sebagai seorang pelakon saya perlu memikirkan cara untuk menaikkan karier saya ke satu tahap lain.

"Saya memilih untuk menjadi penerbit filem Taiko dan berlakon adalah kerana saya tidak minat untuk menjadi pengarah kerana ia bukan kerja yang senang," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Zed memberitahu filem berkenaan akan memulakan penggambaran pada Disember ini disekitar Kuala Lumpur.

Ujarnya, filem arahan Shariman Yaakup itu bakal mengandingkan dirinya sebagai pelakon bersama Neelofa, Faizal Hussien, Beto Khusyairi dan Namron.

Menelan kos sebanyak RM2 juta, Zed memberitahu pihaknya akan menggunakan khidmat pengarah aksi dari luar negara, John Laldanski bagi memantapkan mutu filem itu nanti.

"Dia pernah terlibat sebagai pengarah aksi untuk filem Ong Bak dan Tom-Yum-Goong," ujarnya.

Sementara itu, Zed memberitahu idea untuk menghasilkan filem berkenaan telah lama dilakukan tetapi terpaksa menunggu masa sesuai kerana perlu melalui banyak proses dan mencari dana.

"Banyak perkara perlu diambil kira sebelum boleh menghasilkan sebuah filem dapat dihasilkan tetapi akhirnya ia dapat dilaksanakan," katanya.

Yan Yee Berlatih Judo Demi 'Dark Sunset'

Posted: 19 Nov 2011 09:21 PM PST

Yan Yee

PETALING JAYA: Buat pertama kalinya, pelakon Yan Yee diberi kepercayaan membawa watak utama sebagai seorang penyamar detektif, Ye Ting Ting dalam drama bersiri terbaru berbentuk penyiasatan homisid, Dark Sunset, di ntv7.

Kata Yan Yee, dia sanggup memotong rambutnya menjadi pendek bagi memenuhi kriteria watak yang ditawarkan itu dan percaya penonton akan terhibur dengan drama tersebut.

"Sebelum ini, saya sering membawa watak antagonis atau pembawa masalah. Kali ini, saya bawa watak baik pula. Harap-harap, watak detektif wanita yang sedang menyamar ini akan memberi suatu kelainan buat penonton," kata Yan Yee.

Tambahnya, dia perlu melakonkan pelbagai aksi lasak dan hal itu membuatkan dirinya menyertai kelas seni mempertahankan diri, Judo sebelum memulakan penggambaran.

Barisan pelakon Dark Sunset

"Saya perlu membuat persediaan sebelum melakonkan babak pergaduhan dan menyertai kelas Judo banyak membantu saya dalam melakonkan watak Ting Ting.

"Selain itu saya juga mencabar diri sendiri tanpa menggunakan langsung pelakon lagak ngeri bagi babak dilanggar kereta," ujarnya.

Drama yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam, ini, turut dibarisi pelakon Cina Malaysia terkenal seperti Lawrence Wong, Goh Wee Ping, Aenie Wong, Zzen Zhang dan Tracy Lim.

Berkisar tentang sebuah pembunuhan misteri di dalam sebuah keluarga berada, ia diadaptasi berdasarkan sebuah kisah benar yang menceritakan tentang misteri keluarga yang sukar untuk diselesaikan.

Dalam pada itu, Ting Ting juga mempunyai masalah cinta tiga segi dengan seorang peguam bernama Chen Jian Bang, lakonan Lawrence Wong dan Qiu Jia Wei, lakonan Zzen Zhang.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari http://www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan kami di Facebook dan Twitter ntv7.

Maal Hijrah Disambut dengan Drama 'Nasuha' dan 'Hati Yang Mengerti'

Posted: 19 Nov 2011 09:20 PM PST

Puteri Najwa dan Shajiri dalam Nasuha

PETALING JAYA: Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah pada 27 November ini, TV2 akan menayangkan dua drama bertajuk Nasuha pada 25 November 2011, pukul 1.30 petang diikuti keesokkan harinya, Hati Yang Mengerti pada 26 November 2011, pukul 10.00 pagi.

Lakonan penuh penghayatan Sabrie Fadhil, Roslan Salleh, Putri Najwa, Shajiry dan Aleza Shahdan dalam Nasuha berkisarkan tentang kehidupan Riduan yang telah lama bersara daripada menjadi Inspektor Polis.

Riduan mengenang kembali ketika dirinya masih bertugas dan dipertanggungjawabkan untuk memberkas perogol bersiri, namun usahanya tidak berjaya.

Setelah 10 tahun, isterinya meninggal dunia, dia tinggal bersama dua orang anaknya.

Azri Iskandar dan M.Rajoli dalam Hati Yang Mengerti

Riduan mempelajari ilmu agama di Madrasah dan berjumpa dengan lelaki warak dikenali sebagai Ustaz Nasuha. Pertemuan dengan Nasuha dengan Riduan menimbulkan pelbagai persoalan kepada Nasuha yang seperti kedua-dua mereka mempunyai kaitan.

Diikuti pula dengan drama Hati Yang Mengerti, lakonan berkesan Azri Iskandar, M.Rajoli, Kuza, Mustaffa Kamal, Sofia Arshad, Fadilah Mansor dan Mohammad Suffian tentang kisah pemuda jalanan bernama Kamal yang melakukan pelbagai jenayah bagi meneruskan kelangsungan hidup di kota.

Kini menginjak usia 30 tahun, dia masih meneruskan jenayah seperti memeras ugut, membunuh, memukul dan sebagainya. Kamal amat licik sehingga gagal dijejaki pihak berkuasa. Malah dia cukup dikenali di kalangan samseng tempatan.

Jiwanya yang keras itu langsung tidak mengenal erti belas ihsan kerana baginya paling penting dia menerima bayaran yang lumayan.

Satu hari Kamal telah diupah oleh Murad, seorang tokoh perniagaan terkenal yang berniat jahat mahu membunuh isterinya sendiri, Ain, kerana mahu membolot harta milik isterinya itu. Tugas itu mudah diterima oleh Kamal kerana Murad menjanjikan tawaran yang lumayan sekiranya dia mampu membunuh Ain.

Malang tidak berbau apabila dalam perjalanan untuk membunuh Ain, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di sebuah kampung. Dia kemudiannya diselamatkan oleh Yusuf sekeluarga termasuklah dua anaknya, Lia dan Ali. Mereka melayan Kamal dengan baik sekali dan cuba membimbing Kamal menjadi seoang penganut Islam yang sebenar. Ketika itu mula terbit keinsafan di hati Kamal.

Setelah sembuh dia menemui Ain dan berterus-terang tentang hasrat Murad yang mengupah Kamal mahu membunuhnya. Ain tidak terkejut sebaliknya dia bersyukur kerana Allah membuka pintu Kamal bertaubat.

Impak maksima Aaron

Posted: 19 Nov 2011 09:18 PM PST

AARON AZIZ
AARON AZIZ

AARON AZIZ antara jejaka paling 'hot' ketika ini. Biarpun sudah beristeri dan mempunyai tiga cahaya mata, saham aktor ini terus melambung tinggi. Ramai jatuh cinta dengan lakonannya bahkan memasang angan-angan memiliki pasangan seperti watak-watak yang pernah dijayakan anak seni kelahiran Kota Singa ini.

Paling meninggalkan kesan, kemunculannya sebagai Seth Tan menerusi drama popular, Nora Elana yang diadaptasikan dari novel berjudul sama. Penangan siri romantik ini cukup besar hinggakan mampu membuai emosi kira-kira 800,000 penonton yang setia mengikutinya hingga ke penghujung cerita. Hasilnya, nama Aaron terpateri kukuh pada hati peminat khususnya di kalangan kaum Hawa.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Empat tahun berkelana di layar lebar dan kaca, dia yang membintangi lebih 10 filem dan kira-kira 20 drama serta telefilem kini berada di fasa selesa. Tidak perlu lagi memperkenalkan diri atau menempuh fasa membuktikan bakat kerana kemampuannya sudah diperakui ramai.

Biarpun berjaya mengumpul ramai peminat sekali gus menjadi rebutan penerbit serta pengarah, aktor ini tidak pernah mendabik dada. Bahkan apabila ada yang melabelkan dirinya Hero Malaya, dengan rendah hati dia menolak kerana katanya gelaran itu belum layak disandangnya.


"Saya bersyukur dengan apa yang saya ada kini. Dapat bertahan dan masih ada yang sudi tawarkan watak kepada saya pun sudah besar rahmat. Secara peribadi, susah untuk saya letakkan piawaian pada diri.


"Mungkin tak perlu lagi perkenalkan diri kerana orang sudah tahu kemampuan saya. Fasa untuk buktikan apa yang boleh saya buat sudah lepas dan untuk komen lebih daripada itu saya tidak berani kerana adalah lebih molek jika penonton dan orang sekeliling yang menilainya.

"Apapun saya bertuah kerana kehadiran dalam industri seni Malaysia disambut baik bahkan dari awal saya digandingkan dengan nama-nama besar dan berpengalaman termasuklah Rita Rudaini, Erra Fazira, Sharifah Amani dan Maya Karin. Kelebihan itu secara tidak langsung membuatkan laluan saya semakin mudah," katanya.

Aaron semakin dekat di hati masyarakat apabila menjadi pilihan utama penerbit melakonkan watak utama naskhah yang dizahirkan daripada novel kesukaan ramai.
Bagai tertulis takdir, perwatakannya kena dengan 'hero' Ombak Rindu, Badai Semalam, Nora Elena, Stanza Cinta dan terbaru bakal memulakan penggambaran Februari depan, Adam dan Hawa.

Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran jejaka bertubuh tegap ini tetapi senario itu seakan bonus buatnya.

"Alhamdulillah, mungkin sudah tertulis itu rezeki saya. Seronoknya menerusi drama yang diadaptasikan daripada novel lebih mudah menarik perhatian penonton.
Novel yang terpilih biasanya adalah yang terlaris dan ramai orang suka. Pembaca biasanya akan jatuh cinta dengan watak-watak dalam novel yang dibaca dan ini akan buat mereka lebih cepat suka dengan persembahan pelakon apabila ia dizahirkan ke layar kaca atau lebar.

"Misalnya Nora Elena, pembaca novel itu sudah tahu dan faham watak Seth Tan dan apabila dilakonkan di skrin mereka lagi suka. Ia beri impak besar dalam karier saya.

"Bagaimanapun ada cabarannya kerana saya harus pastikan diri benar-benar kenal dengan karakter dan bawa mengikut apa yang digambarkan penulis novel. Andai tersasar atau kurang menjadi, pasti merosakkan mood penonton.

"Apapun saya bersyukur Nora Elena mendapat sambutan luar biasa malah Stanza Cinta juga ada pengikut. Harap Ombak Rindu yang akan menemui penonton bulan depan mendapat maklum balas positif.

"Penggambaran Adam dan Hawa akan bermula Februari ini. Biarpun masih dalam proses perbincangan, saya sudah memberikan persetujuan. Penggambaran drama 80 episod ini akan ambil masa sekurang-kurangnya empat bulan dan akan dilakukan dalam dan luar negara seperti di Perth, Makkah serta Taj Mahal," katanya.

Bergandingan dengan ramai nama besar mahupun menerajui watak utama belum buat Aaron puas kerana hanya bekerjasama dengan kira-kira 30 peratus penggiat seni tanah air. Masih ramai yang mahu didekati kerana menerusi kerjasama, banyak ilmu yang diperolehi secara langsung mahupun tidak langsung.

Mengulas lanjut perihal ini, Aaron berkata teringin benar dia berlakon di sisi Erma Fatima, Rosyam Nor, Datuk Rahim Razali, Azean Irdawaty dan ramai lagi pelakon senior.

"Saya percaya ada magis yang wujud jika berlakon di samping mereka yang lama pengalaman dalam industri. Sebelum ini saya pernah bekerja di bawah arahan Erma dan pernah berlakon di bawah rumah produksi milik Rosyam Nor tetapi hasrat berlakon bersama belum kesampaian.

"Kebelakangan ini bagaikan gelombang baru apabila saya sering digandingkan dengan pendatang baru dan muda seperti Siti Saleha, Fathiya dan Neelofa.
Mungkin penerbit dan pengarah mahu cari kelainan. Apapun ramai yang suka saya beraksi di samping Siti Saleha dan mereka menyifatkan kami pasangan paling cocok di skrin.

"Begitu juga dengan kepercayaan TV9 yang memberi peluang kepada untuk mengarah telefilem Kekasih Awal dan Akhir yang ditayangkan baru-baru ini.

"Drama itu juga saya bergandingan kali kedua bersama Siti Saleha. Ini percubaan pertama mengarah biarpun sebelum ini pernah duduk di kerusi pengarah di Singapura," katanya.

Peluang menghidupkan pelbagai karakter menjadikan jejaka ini makin bersemangat melontarkan sisi lakonan berbeza. Saban hari dia cuba mencari pembaharuan dalam atur langkahnya dan kepuasan itu diperolehi menerusi watak antagonis dalam drama Jiwa dan Lara.

Tidak peduli andai ada yang membenci atau marah kerana apabila wujud rasa itu bermakna persembahannya menjadi. Untuk muncul sebagai pelakon yang baik, dia sedar perlu mempelbagaikan persembahan bahkan tidak wajar memilih karakter kerana tawaran yang datang itu adalah rezeki. Selagi ada kelapangan, baik besar atau kecil watak pasti diterima dengan hati terbuka.

"Saya seronok berlakon dalam Jiwa dan Lara. Keputusan TV3 memberikan watak psiko kepada saya satu tindakan bijak. Ramai tidak sangka saya boleh bawa watak ini kerana selalunya karakter antagonis dihidupkan oleh mereka yang punya fizikal ganas.

"Setakat ini maklum balas yang saya terima sangat positif. Biarpun mereka benci karakter itu tetapi tidaklah sampai terbawa-bawa tidak suka dengan saya. Mereka tahu itu sekadar lakonan," katanya.

Aktor yang akan masuk ke gelanggang penggambaran KL Gangster 2 pada 1 Disember depan ini baru saja usai penggambaran filem Prince of the City terbitan Axis Line Entertainment Sdn Bhd yang diarahkan oleh Roslan Hussin.

Tampil sebagai pembunuh upahan bernama Iskandar, Aaron berasa bertuah kerana dapat beraksi di samping bintang Hollywood, Michael Madsen. Biarpun hanya tiga hari bersama, ia satu pengalaman yang cukup berharga buatnya.

"Saya melihat filem berbahasa Inggeris sepenuhnya ini sebagai satu percubaan berani penerbit tempatan. Ia juga satu permulaan yang baik jika mahu mengangkat filem kita ke mata dunia.

"Saya sedia maklum mungkin penonton susah menerima filem tempatan berbahasa Inggeris sepenuhnya tetapi saya tetap terima tawaran ini. Bagi saya, ia satu eksperimen. Selama ini ramai fikir pelakon Melayu tidak berapa fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan filem ini mungkin boleh membuka mata ramai.

"Pihak produksi maklumkan filem ini akan cuba dipasarkan di luar negara termasuk Eropah dan Amerika Syarikat. Filem ini diterajui oleh Juliah Cheah, Jehan Miskin, Wan Hanafi Su dan saya memegang watak pembantu," katanya yang akan berada di Istana Budaya hari ini untuk pementasan terakhir Badai Semalam.

Travelog bongkar Kota Paris

Posted: 19 Nov 2011 09:17 PM PST

Edd Razhe dan Maya Karin bersiap untuk penggambaran AirAsia Travelog di Paris
Edd Razhe dan Maya Karin bersiap untuk penggambaran AirAsia Travelog di Paris

OUI Paris! Banyak tempat menarik boleh dilawati dan bermacam-macam aktiviti boleh dilakukan di Kota Paris - tepuk dada tanya selera, semuanya bergantung pada tujuan kunjungan anda sama ada sekadar mahu mengenali negara orang, menikmati keindahan alam semula jadinya atau membeli-belah.

Kota Paris menghidangkan segala-galanya untuk setiap pengunjungnya, daripada bangunan bersejarah termasuk istana peninggalan kerajaan zaman terdahulu, pantai yang indah dan tersohor, ladang di kaki gunung yang menghijau dan nyaman, deretan butik terkenal, gedung beli-belah ternama serta rangkaian restoran mewah yang menyelerakan.

  • Foto

    Pemandangan di luar istana King Louis XIII di Chateau Versailles, Paris

  • Foto

    Sebuah daripada banglo mewah yang indah tersergam di pekan tepi laut Deauville, Paris

  • Foto

    Maya Karin berbasikal di sekeliling pekan tepi laut Deauville, dekat Paris.

Semua `hidangan' yang tersedia itu dibongkar menerusi kunjungan hos dan krew program AirAsia Travelog ke kota yang dianggap jantung Eropah itu, baru-baru ini.

Travelog yang menampilkan Edd Razhe selaku hos tetap, adalah program terbitan AirAsia dengan kerjasama stesen televisyen nombor satu negara, TV3, bersiaran mulai hari ini (20 November 2011).


Program yang baru diperkenalkan ini antara lain bertujuan mempromosikan destinasi utama yang dikunjungi AirAsia dan AirAsia-X di seluruh dunia.


Menerusi slot pertama AirAsia Travelog, Edd Razhe bergandingan dengan pelakon dan penyanyi popular, Maya Karin, mempromosikan Paris yang terkenal sebagai Kota Fesyen.

Dalam kunjungan ke ibu negara Perancis ini, Edd Razhe dan Maya Karin ditemani sekumpulan wartawan dan krew TV3 menjelajah ke serata pelusuk kota untuk merakamkan pelbagai bingkisan buat hidangan penonton AirAsia Travelog, khususnya mereka yang menyimpan cita-cita untuk mengunjungi Paris, satu masa kelak.

Edd Razhe, Pembantu Peribadi kepada Ketua Pegawai Operasi (CEO) AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez, dan Timbalan CEO Air Asia, Datuk Kamarudin Meranun, turut menjadi hos bersama artis dan selebriti popular lain mempromosikan beberapa destinasi yang menjadi persinggahan pesawat AirAsia dan AirAsia-X.

Sejurus menjejakkan kaki di Paris, rombongan Travelog bergegas ke Eiffle Tower untuk menyaksikan sendiri keunikan struktur besi yang menjadi satu daripada objek yang tersenarai dalam tujuh keajaiban dunia. Kunjungan ke kota romantis ini pasti dianggap tidak lengkap sekiranya tidak bergambar di Menara Eiffle.

Pemerintah Perancis juga kini giat mempromosikan Deauville, pekan kecil di pesisir pantai yang pernah menjadi penempatan suku puak Normandy pada awal pembukaan negara berlogo ayam jantan itu. Pemandangan dari puncak bukit menghadap Laut Mediterranean di pinggir Deauville amat mengasyikkan, justeru tidak hairanlah mengapa pekan itu sering menjadi tumpuan golongan hartawan dan selebriti dari serata dunia, termasuk Hollywood.

Deauville terletak sekitar dua jam perjalanan berkereta dari Kota Paris dan sentiasa penuh dengan pelawat dari dalam dan luar negara pada setiap hujung minggu dan di sini pelawat berpeluang melihat selebriti dan artis terkenal bersantai di tepian pantai atau bersiar-siar dengan basikal.

Rombongan Travelog seterusnya berkunjung ke Chateau Versailles, istana yang dibina pada kurun ke-17 oleh Raja Louis XIII. Bangunan yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia dan menerima sekitar 15 juta pengunjung setahun, ini adalah tempat bersemayam keluarga diraja sejak 1682 selain menjadi pusat pemerintahan kerajaan Perancis pada zaman dahulu.

Selepas penat menikmati keindahan istana dan lukisan serta pameran pakaian diraja di dalamnya, hos bersama krew dan rombongan berpeluang melakukan aktiviti `window shopping' di gedung dan butik tersohor yang berceracak di serata pelusuk Kota Paris terutama di sekitar Champs …lyses yang sungguh mempersonakan. Jangan terkejut jika anda terlihat ratusan manusia berbaris panjang untuk memasuki butik eksklusif kerana itu memang budaya membeli-belah di sana.

Pakej lawatan lima hari empat malam bagaikan tidak memadai untuk menjelajah ke seluruh Kota Paris, apatah lagi seharian suntuk terpaksa dihabiskan di kampung `factory outlet' di val d'Europe atau lebih dikenali sebagai La Vallee Village yang terletak di pinggir ibu negara Perancis itu, Perkampungan ini menempatkan butik hampir kesemua produk berjenama terkenal dunia dan sentiasa menawarkan potongan harga istimewa - sekitar 30 hingga 40 peratus lebih murah berbanding di tempat lain.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kota Paris seperti gereja Notre-Dame de Paris yang dikatakan terletak di tengah-tengah negara Perancis. Selain itu, Arc de Tromphe atau gerbang kejayaan, Musee du Louvre (binaan kaca berbentuk piramid), Opera - Grands boulevards, Galeri La Fayatte dan banyak lagi. Kalau bernasib baik, anda mungkin berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen yang kebiasaannya berlangsung pada akhir September atau awal November di Espace Ephemere Tuileries, tengah Kota Paris.

Soal makanan halal bukan masalah bagi pelancong dari negara Islam, termasuk Malaysia kerana banyak restoran, kafe atau bistro diusahakan pendatang dari Asia Barat terutama Algeria di sekitar kota yang tidak pernah tidur sepanjang hari, menyajikan makanan yang dinikmati tanpa was-was.

Azam keluar kepompong kemiskinan

Posted: 19 Nov 2011 09:13 PM PST

MESRA...pendekatan ramah digunakan  Dr Robiah memikat sesiapa saja.
MESRA...pendekatan ramah digunakan Dr Robiah memikat sesiapa saja.

SEAWAL jam 4 pagi, dia sudah bersiap sedia bersama ibunya, Mariam Mat Arif menoreh getah. Semua itu berlaku selepas arwah bapanya, K Hamzah Pandak Samad meninggal ketika usianya mencecah lima tahun.

Dia tidak menafikan kehidupan bersama ibu dan dua saudaranya yang lain dan takdir itu diterima dengan tabah. Sebaik habis menoreh dia akan ke sekolah dengan hanya berkaki ayam dan berjalan kaki sehingga dua kilometer.

Paling daif, untuk membeli kasut berharga 80 sen di kala itu pun si ibu tidak mampu sehinggalah dia menginjak ke sekolah menengah, tiada istilah malu buat dirinya walaupun hanya berkaki ayam.

Lebih malang lagi, dia tidak pernah dibekalkan dengan wang saku tetapi disebabkan mempunyai akal panjang iaitu mengambil upah menjual kuih dan nasi dalam kelas, lebihan jualan akan diberi ganjaran kepadanya.


Ketika menjejak kaki ke sekolah menengah pula, dia tiada buku teks kerana tidak mampu membelinya. Tetapi wanita ini, Dr Robiah K Hamzah, 60, bertuah kerana sahabat baiknya iaitu anak seorang guru akan meminjamkannya untuk disalin nota penting terlebih dulu. Di situlah keazamannya tersemat kukuh untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dengan belajar bersungguh-sungguh demi menebus kepedihan masa lalu.


Hari ini, dia antara pakar perunding motivasi kekeluargaan dan remaja yang melakar nama tersendiri dalam persada motivasi tanah air dan tidak dinafikan kepetahannya melontarkan kata-kata spontan tetapi berisi membuatkan dia antara wanita yang menjadi intipan media untuk mengupas sesuatu isu.

Kini beliau cukup popular pada kaca televisyen dengan bergelar Mudirah (pengetua) pertama bagi program 'Ustazah Pilihan' yang disiarkan di Astro Oasis. Manakala dua lagi Mursyidah atau tenaga pengajar adalah Prof Madya Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiah Hassan.

"Sebenarnya, sejak kecil hinggalah remaja, pakaian hari raya tidak pernah berganti. Tetapi nasib bernasib baik emak saudara yang bekerja sebagai jururawat mempunyai banyak pakaian yang tidak dipakai, lalu dia akan berikan kepada saya.

"Waktu malam pula, emak mengajar budak-budak mengaji al-Quran dan selalu tekankan kepada saya agar jangan sedih tengok apa tiada. Bila ke rumah orang berada di kampung kami, emak selalu pesan jangan naik rumah orang atau duduk di tangga saja.

"Emak takut kalau barang hilang, ia sekali gus terhindar daripada fitnah dan dengan cara itu akan terselamat daripada tuduhan. Bahkan, kalau tengok susunan perabot yang cantik, dibimbangi saya akan bersedih kerana di rumah kami semua itu tiada dan kami diajar mensyukuri takdir keluarga setabah mungkin. Pesanan itu berbekas serta menjadi pegangan sampai sekarang," katanya mengimbau kenangan bersama arwah ibunya yang meninggal pada 1997.

Demi untuk keluar daripada kedaifan hidup, dia akui ibunya selalu menekankan betapa pentingnya pelajaran. Untuk itu, dia tidak pernah sunyi daripada proses pembelajaran seumur hidup demi mencapai kedudukan seperti mana diraih sekarang.

"Sesuatu yang agak lucu untuk dikenang, pernah suatu hari seseorang menghubungi rumah kebetulan emak mengangkat telefon. Penerbit itu mengatakan yang dia hendak bercakap dengan 'Dr Robiah', tetapi penat emak menerang yang saya ini bukan doktor tetapi 'cikgu'.

"Emak juga pernah mengatakan kerja saya tidak habis-habis dengan buku. Pada dia, istilah doktor itu hanya kepada doktor perubatan. Apabila saya menerangkan, barulah emak maklum kenapa selama ini saya tidak habis-habis belajar sehingga berjaya meraih gelaran berkenaan.

"Sebagai orang kampung, emak tidak pernah mendapat pendidikan secara formal tentunya kurang berpengetahuan tetapi saya bangga sebab dia sentiasa menggalakkan kami belajar setinggi mungkin," katanya.

Kini, perjalanan kerjaya wanita berhati waja yang kaya dengan pelbagai pengalaman hidup itu semakin ke puncak sekali gus mampu memiliki segala-galanya hasil kerja keras selama ini.

Bermula sebagai guru sebaik menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK), Cheras, anak kedua daripada tiga beradik ini meneruskan kerjaya di beberapa sekolah di Selangor sebelum bergelar pensyarah di beberapa maktab perguruan.

Paling menarik, dia pernah terpilih menjadi pensyarah program berkembar 'Institut Bahasa (Maktab Perguruan Bahasa) dan Universiti' pada 1995 hingga 1998 serta turut mencakupi beberapa bidang yang lain.

Dia juga terpilih sebagai Ahli Panel Penggubalan Sukatan Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Bestari selepas itu.

Pada 2003 hingga 2004, beliau turut terbabit sebagai penilai buku teks selain menghadiri kursus Pemimpin Rakan Sebaya (Perasa), Kementerian Pendidikan (kini Kementerian Pelajaran).

Baginya, pengalaman menghadiri kursus kepemimpinan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan amat bermakna selain turut meraih pengalaman di peringkat antarabangsa (2002). Lagipun, ketika di sekolah dan maktab dulu, dia amat aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi negeri Selangor serta Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) di samping menyumbang khidmat lain untuk masyarakat.

"Peluang mewakili kepemimpinan belia kebangsaan ke Jepun, India, Thailand dan Singapura menjadi pemangkin semangat serta membuka minda saya agar lebih luas.
Syukurlah ilmu yang diperoleh ditumpahkan semula kepada khalayak untuk terus dikongsi bersama," katanya.

Sebagai penceramah atau fasilitator dalam bidang kemahiran berkomunikasi berkesan, keterampilan diri berkualiti, pembangunan remaja, motivasi keibubapaan dan kemahiran belajar, dia turut menghasilkan beberapa buku motivasi.

"Saya tafsirkan kejayaan ini berkat tiupan semangat yang dibekalkan emak. Untuk itu, saya bersyukur kerana pernah membuat emak bahagia dengan kejayaan ini dengan menghadiahkannya sebuah rumah 'merah'.

"Rumah merah adalah frasa seperti rumah agam yang indah dan pada istilah orang Parit, Perak ia sesuatu yang amat dibanggakan. Lucunya, apabila tukang cat hanya menggunakan sebahagian warna kuning dan selebihnya semua dicat merah," katanya.



PROFIL:

NAMA: Dr Robiah K Hamzah

JAWATAN: Pengarah Urusan RKH Motivation & Services, fasilitator komunikasi berkesan, perunding motivasi

TARIKH LAHIR: 20 Oktober 1951
ASAL: Parit, Perak
STATUS: Kahwin
ANAK-ANAK: Norbiza Nordin (38), Norbismi (36); Mohd Norhelmi (32); Norhaina (21)

PENDIDIKAN: Doktor Falsafah Pengkhususan Pendidikan Nilai dan Pengajaran Bahasa Melayu (UKM)

Seni pencungkil gigi

Posted: 19 Nov 2011 09:11 PM PST

BUKAN KERJA MUDAH...Masjidil Haram antara binaan pernah disiapkan Munro.
BUKAN KERJA MUDAH...Masjidil Haram antara binaan pernah disiapkan Munro.

IA mengambil masa sembilan bulan dan lebih 35,000 bilah kayu pencungkil gigi, tetapi Stan Munro sekali lagi membuktikan dia bukan seniman biasa.

Menggunakan bilah kayu dan gam, pakar mencipta model itu baru-baru ini berjaya menyiapkan mercu tanda Barcelona, Sagrada Familia - lengkap dengan segala perinciannya.


Berasal dari Syracuse, New York, Munro mencipta struktur itu dengan nisbah 1:164 dan memasangnya secara berasingan sebelum disatukan menjadi model bangunan sempurna.

  • Foto

    PERLU PENGORBANAN... disebabkan mahu ciptaannya tepat seperti bangunan sebenar, Munro perlu membuat kajian terperinci dari semasa ke semasa.

  • Foto

    MERCU TANDA...antara binaan digemari Munro ialah setiap ikon yang ada di sesebuah negara.

  • Foto

    MEMUKAU... koleksi bangunan pencakar langit dunia.

  • Foto

    MENARIK... bangunan Angkor Wat lengkap dengan tembok di sekelilingnya.

Kata Munro, ia adalah modelnya yang ke-100.


"Dan mungkin ciptaan terbaik saya," katanya.


Walaupun memakan masa begitu panjang, Munro berkata, dia sentiasa seronok menyiapkan bangunan berkenaan.

Munro juga mengakui, dia berdepan dengan detik sukar sepanjang tempoh sembilan bulan itu.


"Isteri saya dimasukkan ke hospital kerana sakit.

"Pada ketika tertentu saya terpaksa membawa model ini ke wad dan memasangnya di sebelah katil isteri," katanya.


Disebabkan bentuk bangunan yang rumit, Munro berkata, dia perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak sebarang kesilapan.


"Jika tersalah langkah, semuanya akan tanggal," katanya.


Ciptaan Munro itu juga begitu istimewa kerana dihasilkan tanpa dia melihat sendiri bangunan berkenaan.


Katanya, walaupun tidak pernah menjejak kaki ke Sagrada Familia, dia cuba sedaya-upaya mencipta bangunan itu setepat mungkin.


Kini, Munro bercadang membina bandar raya pencungkil gigi dengan menggabungkan Sagrada Familia dengan lebih 40 bangunan mercu tanda di serata dunia.


Nampaknya ciptaan itu turut membuahkan imbuhan menggunung.


Menurut Munro, dia menjual satu daripada ciptaannya kepada sebuah muzium di Sepanyol.


Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan butiran bayaran diterima, kecuali mengakui ia "lumayan." "Mudah-mudahan saya mendapat dana yang mencukupi untuk setiap bangunan yang akan saya cipta melalui penjualan model ini," katanya.


Munro berkata, untuk berjaya, dia perlu bersabar dan tabah dalam bidang itu kerana bukan semua orang meminatinya.


Ia juga memerlukan pengorbanan besar, terutama daripada segi masa.


Sebagai contoh, untuk menyiapkan pembinaan Tugu Washington, Munro memerlukan masa tidak sampai 24 jam tetapi Bangunan Chrysler di New York hanya dapat disempurnakan selepas dia bertungkus-lumus selama enam bulan.


Kata Munro, masa lama diperlukan bukan untuk memasang pencungkil gigi itu, sebaliknya tempoh penyelidikan.


"Saya memuat turun lukisan teknikal serta imej melalui satelit bagi mendapatkan gambaran sebenar sesuatu binaan.


"Bagi mendapatkan ketepatan dimensi, saya juga menghubungi pereka bangunan berkenaan," katanya.


Pada 2005, Munro menyiapkan Bandar Raya Pencungkil Gigi 1 (Sejarah Pencakar Langit) yang menggabungkan 50 bangunan tertinggi di dunia.


Selepas set itu dijual, Munro memulakan projek Bandar Raya Pencungkil Gigi 2 (Menara Dan Rumah Ibadat) yang dilengkapi 40 bangunan menggunakan empat juta pencungkil gigi serta 170 liter gam.


Antara bangunan yang termasuk dalam set itu ialah Masjid Biru Istanbul, Menara Eiffel Paris dan Menara Condong Pisa di Itali.

Mahal tapi hati puas

Posted: 19 Nov 2011 09:09 PM PST

TIDAK MENGIRA UMUR...Suhaizam (dua dari kanan) bersama pengumpul patung filem aksi berkenaan.
TIDAK MENGIRA UMUR...Suhaizam (dua dari kanan) bersama pengumpul patung filem aksi berkenaan.

LAZIMNYA patung permainan atau patung adiwira lebih dikaitkan dengan kanak-kanak, namun kini patung yang turut dikenali sebagai 'action figure itu turut digilai peminat dewasa untuk dijadikan koleksi peribadi.

Nilai yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit sekali pun bukan alasan bagi peminat tegarnya untuk memiliki koleksi terhad itu.

  • Foto

    HEBAT...walaupun harganya agak mahal namun ia tetap menjadi pilihan.

  • Foto

    MENARIK...sebahagian karakter patung adiwira yang dipamerkan di pameran Toyscape 2011.

  • Foto

    KOLEKSI...rangkaian karakter Star Wars yang dipamerkan antara yang menjadi tarikan.

  • Foto

    KOLEKSI...rangkaian karakter Transformers yang dipamerkan antara yang menjadi tarikan.

Meskipun sering dipandang sinis oleh segelintir masyarakat yang menganggapnya sebagai hobi membazir, ia tidak mematahkan semangat golongan berkenaan untuk meneruskan hobi unik mereka ini.

Pengasas Star Wars Malaysia Fan Club, Suhaizam Mahmud, 28, berkata beliau mula meminati filem fiksyen ini sewaktu menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada 2002.


"Mulanya saya tidak tahu apa-apa pun mengenai filem itu tetapi pada satu hari, saya kagum melihat rakan sebilik saya mengulang kaji pelajaran, sambil menonton filem itu.


"Dia juga menghafal setiap dialog dalam filem berkenaan dan secara tidak langsung menyebabkan perasaan ingin tahu saya membuak untuk mengkaji filem berkenaan," katanya yang mula meminati filem itu selepas menonton Star Wars Episode 3.

Dia ditemui ketika menjayakan Pameran Toyscape 2011 anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSLSR) Universiti Selangor (Unisel) di Unisel Kampus Shah Alam, baru-baru ini.

Pameran yang julung kali diadakan itu dirasmikan oleh Dekan FSLSR Unisel, Prof Datuk Raja Zahabuddin Raja Yaacob dan disertai lebih 10 pempamer dari pelbagai kelab seperti Weapons of Mass Collecting (WeMaC), SembangToys, Macross Fans Malaysia (MFM) dan Malaysian Interest Lego Fans.

Suhaizam berkata, beliau mula mengumpul barangan Star Wars sejak 2002 dan hingga kini, koleksi barangan Star Warsnya sudah mencecah hampir 100 buah dengan nilai keseluruhannya berjumlah lebih RM8,000.

"Saya tidak hanya mengumpul patung adiwira Star Wars saja tetapi turut mengumpul barangan lain seperti cawan, kad tambah nilai, pelekat dan sebagainya.

"Bayangkan, sewaktu belajar dulu, saya sanggup berlapar untuk membeli barangan Star Wars kerana saya tahu barangan ini hanya dikeluarkan pada masa terhad saja. Walaupun mahal, saya tidak peduli kerana ia memberi kepuasan kepada diri saya," katanya.

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata ini, semua koleksi barang Star Wars disimpannya teliti, malah dia langsung tidak terfikir untuk menggunakannya kerana ia memiliki nilai sentimental.

Sementara itu, Koordinator projek Toyscape 2011, Mohd Izham Mohd Aris yang juga pensyarah FSLSR Unisel, berkata fokus Toyscape 2011 adalah untuk memupuk kesedaran bahawa barang permainan itu bukan sekadar mainan kanak-kanak.

Katanya, pengumpulan barang permainan seperti adiwira dan pembinaan model kit ini sebenarnya mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar.

"Melalui pameran seperti ini, pelajar dan masyarakat boleh melihat barang permainan dapat memperkayakan minda dan rohani," katanya. Pameran itu dikelolakan pelajar Persatuan Scale Modeling Toys and Recreation Society (Stars).

Antara aktiviti menarik diadakan sempena pame­ran itu ialah ceramah pembinaan model kit, pameran pengumpulan patung mainan dan Fun Forum iaitu forum mengenai kelebihan hobi pengumpulan dan pengubahsuaian barang permainan oleh mereka yang pakar.

Sementara itu, bagi pengumpul barang permainan Gundam, Ahmad Asmawee Ahmad Mustapha, 28, dia mula mengumpul barang berkenaan sejak berumur 16 tahun sehingga sekarang.

"Sekarang saya sudah mempunyai hampir 30 koleksi Gundam yang mana nilai semuanya saya anggarkan hampir mencecah RM5,000.

"Walaupun ada yang mengatakan hobi ini membazir, saya puashati apabila dapat memilikinya dan hanya individu yang meminatinya akan tahu 'nilainya'," katanya.

Katanya, ketika masih di bangku sekolah, dia menggunakan duit raya yang diperoleh untuk membeli pelbagai koleksi Gundam dan ketika itu, sukar untuk mengumpul barangan itu kerana harga setiap satu mencecah sehingga RM250.

"Ketika sekolah, saya hanya membeli satu atau dua jenis saja setiap tahun kerana sumber kewangan ketika itu agak terhad.

"Apabila menyambung pelajaran di universiti, saya sanggup bekerja separuh masa untuk membelinya kerana hobi saya itu tidak pernah berkubur," katanya.

Asmawee mengakui, ayah dan ibunya tidak tahu mengenai 'kegilaannya' terhadap Gundam dan dia terus merahsiakannya kerana khuatir akan dimarah.

Menurut anak sulung dari­pada tiga beradik ini, semua barangan Gundam miliknya disimpan di dua tempat berasingan iaitu di suatu tempat khas di dalam bilik tidur dan sebahagiannya lagi di pejabat.

Berbeza pula dengan pengumpul barang permainan Lego, Umi Nahdatul Idzwa Ahmad, 25, minatnya terhadap barang mainan itu bermula sejak kecil.

"Ibu dan bapa yang merangsang minat saya bermain mainan Lego sejak kecil dan apabila dewasa, minat itu bercambah. Kini saya mempunyai lebih 30 set Lego dengan pelbagai tema," katanya yang mesra disapa Mika.

Ibarat bulan jatuh ke riba, Mika kini berpeluang untuk sentiasa 'berkepit' dengan barang kegilaannya itu apabila diterima berkhidmat sebagai pereka dengan syarikat pengeluar barang permainan itu, Lego Education Department.

Katanya, dia berasa amat gembira apabila diberi peluang bekerja dengan syarikat pengeluar barangan kegemarannya itu dan waktu bekerja adalah masa yang paling menyeronokkan baginya.

"Saya ditawarkan oleh syarikat Sasbadi Sdn Bhd untuk bekerja sebagai pereka di Lego Education Department sejak dua tahun lalu dan ia ibarat impian yang menjadi kenyataan kerana saya adalah peminat dan pengumpul nombor satu barangan itu," kata anak bongsu daripada lima beradik ini.



PROFIL:

NAMA: Ahmad Asmawee Ahmad Mustapha
UMUR: 28 tahun
PEKERJAAN: Eksekutif IT di Bank Pembangunan
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Sulung daripada tiga beradik


INFO:

  • Pameran Toyscape 2011 anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSLSR) Unisel Shah Alam

  • Mempamerkan pelbagai patung adiwira rancangan televisyen dan filem terkenal
  • Disertai oleh lebih 10 pempamer
  • Pengalaman indah di istana

    Posted: 19 Nov 2011 09:05 PM PST

    GAH...Istana Negara, Jalan Duta lambang kemegahan baru.
    GAH...Istana Negara, Jalan Duta lambang kemegahan baru.

    MEMAKAI persalinan busana indah berharga ratusan ringgit, wajah polos milik wanita bergelar pembantu tadbir istiadat ini turut disolek menggunakan produk kecantikan mahal oleh jurusolek profesional sebelum menggalas tanggungjawab mengiringi puteri pengantin kerabat diraja ke singgahsana sebagai pengapit.

    Biarpun sudah menerima pendedahan awal mengenai istiadat istana, Nora Mat Yusof, diarahkan mengikuti sesi penerangan berhubung perjalanan majlis perkahwinan diraja untuk memastikan semuanya berlangsung dengan lancar, 10 tahun lalu.

    • Foto

      TURUN...perarakan keluar pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja selepas istiadat menurunkan bendera Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Jalan Istana.

    • Foto

      PINDAH...simbolik perpindahan Istana Negara baru di Jalan Duta disempurnakan Rejimen Askar Melayu Diraja.

    Berada di sisi pengantin perempuan, fikiran wanita yang kini berusia 46 tahun itu sentiasa fokus sambil mengingati setiap langkah istiadat perkahwinan diraja apatah lagi tugasnya sebagai pengapit bermula daripada majlis akad nikah di Dewan Kecil, Istana Negara, Jalan Istana hingga mengiringi pasangan diraja ke hotel bertaraf lima bintang bagi majlis resepsi.

    "Perasaan teruja sememangnya ada tetapi rasa khuatir lebih menguasai diri, tambahan pula yang berkahwin itu bukanlah orang kebanyakan sebaliknya kerabat diraja.


    "Syukur apabila semuanya berakhir dengan lancar. Saya dan pasangan sentiasa berkomunikasi bagi memastikan setiap langkah, pergerakan dan tertib tersusun halus serta lembut. Termasuk cara menyerahkan bunga rampai kepada tetamu kehormat.


    "Berada di atas singgahsana perkahwinan diraja adalah pengalaman yang paling sukar dilupakan sepanjang berkhidmat dengan Istana Negara dan tidak semua orang dapat merasai kesempatan itu," katanya ketika ditemui di Istana Negara baru di Jalan Duta, Rabu lalu.

    Mengagumi setiap istiadat yang dilaksanakan sepanjang majlis perkahwinan berkenaan, Nora menganggap dirinya bertuah kerana menyaksikan semua adat istana dengan sempurna tanpa perlu menonton pada televisyen. Pengalaman itu antara nostalgia indah yang dilalui Nora sepanjang berkhidmat di istana lama. Kini perjuangannya untuk memberi khidmat terbaik kepada Yang di-Pertuan Agong dan keluarganya diteruskan di bangunan istana baru serba canggih.

    Memulakan kerjaya di Bahagian Bentara seawal usia 19 tahun, wanita tiga anak itu tidak pernah bermimpi untuk menyaksikan kehidupan 'orang' istana dari dekat terutama di tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara.

    Mengabdikan diri hampir 27 tahun kepada beberapa Yang di-Pertuan Agong, Nora mengakui perasaannya bercampur-baur apabila terpaksa berpindah tempat kerja dari mahligai di Jalan Istana ke istana baru di Jalan Duta berkuat kuasa 11 November lalu.

    Menurut Nora, terlalu banyak kenangan manis dilakar dalam hidupnya sepanjang bertugas di istana lama, terutama kali pertama menjejak kaki membiasakan diri dan bertatih mempelajari pertuturan bahasa istana.

    Baginya, Istana Negara, Jalan Istana diibaratkan rumah kedua kerana beliau lebih banyak menghabiskan masa di mahligai bersemayam Yang di-Pertuan Agong itu.

    Memulakan tugas di zaman pemerintahan Yang di-Pertuan Agong kelapan, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, Nora menganggap lokasi asal Istana Negara bertentangan Jalan Syed Putra, di tepi Bukit Petaling sebagai strategik biarpun memiliki keluasan hanya 11.34 hektar berbanding 97.65 hektar di Jalan Duta.

    Katanya, kedudukan strategik di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur memudahkan laluan trafik berbanding lokasi lain.

    Berfikiran positif, Nora berbangga apabila Istana Negara akhirnya memiliki bangunan sendiri berbanding istana lama yang dahulunya banglo milik seorang jutawan dari China sebelum dijadikan Mes Pegawai Tentera Jepun selama tiga tahun.

    Sejurus berakhirnya pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, bangunan berkenaan dibeli kerajaan negeri Selangor sebelum diambil alih Kerajaan Persekutuan pada 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad.

    Bagi Pegawai Khidmat Pelanggan Istana Negara, Hamid Sulaiman, 55, beliau menghabiskan zaman mudanya berkhidmat kepada pemerintah selama 37 tahun, bermula sebagai pembantu telefon pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Badlishah dan kini giliran itu kembali kepada pemerintah negeri Kedah berkenaan.

    Memori paling menyentuh perasaannya sepanjang bertugas di Jalan Istana, apabila Yang di-Pertuan Agong ke-10, Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman menyuarakan cadangan untuk mengasuh anak bongsu sejurus kematian permaisurinya, 17 tahun lalu, atas dasar simpati.

    Menyedari status hidup berbeza ibarat gagak dan merak berbanding kerabat diraja, beliau merendah diri menolak baik cadangan baginda dan sekali gus kenangan itu membuktikan ketulusan serta kemuliaan hati pemerintah berkenaan.

    Pernah berkhidmat dengan sembilan ketua negara, Hamid mengakui setiap Yang di-Pertuan Agong memiliki keistimewaan tersendiri.

    Bermula daripada kosong, beliau mengutip setiap pengalaman dan sentiasa menambah pengetahuan baru mengenai kehidupan istana selain mengakui pernah menerima teguran daripada ketua negara berkenaan.

    Baginya, Istana Negara, Jalan Istana memberi pelbagai kenangan manis apatah lagi seakan mustahil untuk orang kebanyakan sepertinya berpeluang menyelami kehidupan di kalangan kerabat diraja.

    Lebih menarik, lelaki ini akan berjalan kaki sejauh lima kilometer setiap hari dari Stesen Bas Klang ke Jalan Istana sejak bergelar kakitangan Istana Negara bermula 1975.

    "Saya bekerja mengikut syif, selalunya dari rumah ke pusat bandar, saya akan menaiki bas ke Pasar Seni. Kemudian, saya akan berjalan kaki sambil memegang botol air menuju ke Istana Negara.

    "Apabila setiap hari melakukan rutin sama, saya hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk tiba di istana tapi kini, anak memainkan peranan menghantar dan mengambil saya di sini (Jalan Duta)," katanya ketika ditemui.

    Berbeza pula pengalaman dilalui Pembantu Am Istana Negara, Zubir Abdullah, 53, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pelayan apabila berlaku kesilapan mengurus atur kakitangan ketika majlis bersantap Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

    "Saya pernah ditegur Tuanku apabila saya tidak berada di sisinya ketika baginda bersantap. Sudah menjadi rutin, baginda mahu saya melayannya terutama dalam penyediaan minuman.

    "Dalam kejadian itu, saya sebagai ketua terpaksa ke dapur untuk mengangkat hidangan baginda. Kemudian, baginda bangun mengekori dan menegur kenapa saya tidak menemaninya. Lantas saya memohon ampun sebelum menerangkan kejadian sebenar.

    "Baginda sangat toleransi dan memahami kesilapan itu. Malah sempat memberi teguran supaya saya lebih berhati-hati pada masa depan," katanya yang kelihatan sedih ketika mengimbas kembali kenangan berkenaan.

    Hampir 27 tahun berkhidmat dalam bidang makanan, beliau mengakui pekerjaannya memberi peluang untuk bertemu ramai tokoh negara serta orang kenamaan asing.

    Ketua Bentara, Ahmad Awang, 53, pula menganggap perpindahan ke Jalan Duta sebagai sesuatu yang positif biarpun berbeza lokasi namun budaya kerja masih
    lagi sama.

    Berkhidmat selama 24 tahun dengan Istana Negara, beliau pernah menerima tiga pingat dianugerahkan Yang di-Pertuan Agong termasuk Bentara Setia Diraja, Pingat Pangkuan Negara dan Bentara Setia Wilayah.

    Bertanggungjawab memastikan segala urusan seperti menyambut tetamu bagi majlis rasmi dan tidak rasmi dalam mahupun luar istana, beliau pernah mengalami kemalangan termasuk kapal terbang terhempas di Miri ketika sesi lawatan Yang di-Pertuan Agong kesembilan, Sultan Azlan Shah ke Sarawak.

    Lebih mengharukan, bagi mengenang jasanya berkhidmat untuk negara, baginda mengurniakan bintang Bentara Setia Diraja kepada semua kakitangan yang terbabit dalam kemalangan berkenan.

    Selain berpeluang memayungkan Yang di-Pertuan Agong ketika majlis istiadat, Ahmad turut memiliki kesempatan memayungkan kerabat diraja asing termasuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Jepun, Akihito.

    Cinta Syamsul & Scha

    Posted: 19 Nov 2011 09:02 PM PST

    • Foto

    • Foto

    • Foto

    Syamsul belum sedia dedah buah hati

    KEDUA-DUANYA mempunyai cinta hati, namun Syamsul Yusof, 27, mahupun Scha Al-Yahya, 28, punya prinsip dalam berbicara soal peribadi. Umum mengetahui Scha bakal melangsungkan perkahwinan dengan pengacara dan pelakon, Awal Ashaari tahun depan, manakala Syamsul masih terkunci mulut untuk mendedahkan gerangan si jelita pilihan hatinya.
    Namun, anak teruna Datuk Yusof Haslam yang pernah dinobatkan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-23, tahun lalu tidak menafikan hatinya kini berbunga cinta. Syamsul memilih gadis biasa yang juga pelajar berusia 20 tahun sebagai pilihan hatinya. Dalam diam, hubungan mereka sudah terjalin hampir setahun lalu.
    Mungkinkah pengalaman putus cinta lalu membuatkan penerima Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2011 itu serik untuk berkongsi kisah peribadinya lagi? Atau Syamsul mahupun buah hatinya lebih selesa bersikap `low profile' supaya kisah cintanya tidak terlalu menjadi tatapan umum?

    Akuinya: "Saya bukan mahu berselindung atau berahsia, tetapi kekasih hati saya adalah gadis biasa, bukan pelakon atau selebriti. Saya tidak pernah menafikan sudah mempunyai kekasih apabila ada yang bertanya, tetapi biarlah kisah peribadi kami tidak terlalu diuar-uarkan. Saya mahu sedikit kisah peribadi saya disimpan.

    "Saya tahu peminat tentu mahu mengetahui perkembangan cerita peribadi seseorang selebriti, apatah kisah cinta, saya hormat permintaan mereka. Tapi, kekasih saya adalah gadis biasa, dia tidak biasa dengan dunia selebriti yang menjadi perhatian umum. Tiba masanya saya pasti memperkenalkannya.

    "Dia menjadi pilihan kerana cukup memahami saya dan tuntutan kerja saya sebagai pengarah dan pelakon. Tidak dinafikan, saya sudah bersedia bergelar suami, kalau boleh saya mahu menamatkan zaman bujang secepat mungkin, tetapi nampaknya jodoh belum sampai.
    "Saya memang sibuk buat masa ini. Ada misi yang belum terlaksana. Insya-Allah, saya pasti berkongsi dengan peminat apabila tiba masanya," katanya yang dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik FFM24.

    Malam ini bakal menentukan rezeki Syamsul apakah dua filem arahannya, Khurafat dan KL Gangster yang tercalon dalam 12 kategori membawa pulang kemenangan. Malam Anugerah Cipta FFM24 dirasmikan pada Rabu lalu menyaksikan 10 kategori diumumkan, manakala malam kemuncak Anugerah Perdana FFM24 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam ini.

    "Alhamdullilah, walaupun Skop Productions tidak terlalu banyak menerbitkan filem seperti MIG Productions atau KRU Studios, tetapi dua filem, Khurafat dan KL Gangster mendapat 12 pencalonan, sekali gus membuktikan filem Skop Productions semakin berkualiti. Dulu, sukar buat Skop Productions menerima apa-apa pencalonan.

    "Saya dan team produksi sangat bersyukur, terasa berbaloi penat lelah selama ini. Soal menang atau kalah adalah rezeki yang sudah tertulis. Bagi saya, ia sudah dianggap kemenangan apabila berada dalam kategori lima yang terbaik. Saya juga bersyukur apabila dicalonkan dalam kategori Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem KL Gangster.

    "Sebelum ini, ramai yang mengkritik lakonan saya. Dengan kritikan itu, saya bangkit memperbaiki kelemahan diri. Saya anggap kritikan sebagai pembakar semangat. Teruk saya dikritik sebelum ini, tetapi saya sentiasa berfikiran positif.

    "Saya akui kecenderungan saya mungkin lebih pada bidang pengarahan tetapi saya tidak pernah memandang ringan terhadap lakonan. Kalau dilihat beberapa filem lakonan saya sebelum ini, semuanya karakter yang berbeza.

    "Akhirnya, usaha saya dihargai apabila nama dicalonkan dalam lima yang terbaik. Bukan mudah berentap dengan nama-nama besar seperti Shaheizy Sam, Awie, Remy Ishak dan Zahiril Adzim. Walaupun sedikit kecewa apabila Aaron Aziz dan Ady Putra tidak dicalonkan kerana mempunyai kerakyatan negara luar, tetapi saya anggap mereka sudah mendapat kemenangan besar di hati peminat apabila filem KL Gangster berjaya mencatat sejarah dengan kutipan RM12 juta," katanya yang kini sibuk mempromosikan filem keenamnya, Aku Bukan Tomboy yang menemui peminat di pawagam bermula Khamis lalu.

    Aku Bukan Tomboy, bergenre komedi menampilkan sisi berbeza lakonan Syamsul kerana membawa watak Burn, lelaki lurus bendul. Selain Syamsul, filem berkenaan turut dibintangi Shaheizy Sam, Scha Alyahya, Salina Saibi, Sheera Iskandar dan Zarina Zainoordin, selain dibantu A R Badul, Didie Alias dan Lando.

    Scha mahu hadiri kursus perkahwinan

    PELAKON Scha mengakui walaupun sentiasa sibuk apabila kerap ke luar negara untuk penggambaran filem dan program TV, tetapi persiapan perkahwinannya tetap diuruskan. Belum ada tarikh muktamad, namun Scha dan kekasihnya, Awal Ashaari dijangka disatukan dalam ikatan suami isteri pertengahan tahun depan.

    "Memang terlalu ramai bertanya soal perkahwinan kami, tapi saya dan Awal tidak akan membohongi sesiapa. Belum ada tarikh ditetapkan, tetapi kami merancang melangsungkan majlis pernikahan pertengahan tahun depan. Kami belum sempat ikuti kursus perkahwinan, mungkin dalam masa terdekat ini.

    "Saya dan Awal tidak merancang mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, kami hanya mahukan acara ringkas dan sederhana, tiada istilah `wedding of the year'. Apa yang penting, soal persediaan saya ke arah fasa baru dalam hidup. Perkahwinan mungkin nampak seronok tetapi perlukan persediaan mental dan fizikal. Apabila dua dunia menjadi satu, bagaimana corak kehidupannya. Saya dan Awal kena belajar banyak perkara apabila mahu berkongsi hidup," katanya.

    Meskipun deretan filem tapi rezeki belum memihak pada dirinya untuk dicalonkan dalam FFM24 atau anugerah lain. Akuinya:

    "Saya tidak nafikan, kebanyakan watak diterima tidak terlalu mencabar dan bermain dengan emosi menyebabkan nama saya tercicir daripada pencalonan. Bagaimanapun, saya percaya pada rezeki. Seperti pelakon lain yang inginkan watak mencabar, saya juga teringin mahu membawa watak gadis psiko seperti Nasha Aziz dalam filem Trauma. Kebanyakan pengarah dan penerbit melihat saya sebagai gadis gila-gila dan berperwatakan kasar, jadi watak diterima terhad.

    "Bagaimanapun, saya tidak mahu mengaku kalah. Saya belum menang, jadi saya kena berusaha lebih. Saya yakin dapat membawa watak yang lebih beremosi dan mencabar jika diberikan peluang," katanya yang kini berehat seketika dari lokasi penggambaran kerana sibuk dalam rangka promosi Aku Bukan Tomboy.

    Sedikit persamaan dengan watak Dania dalam Awan Dania, watak Farisa dalam Aku Bukan Tomboy lebih bersahaja dan kelakar.

    "Datuk Yusof Haslam mengatakan beliau tertarik dengan karakter Dania. Disebabkan itu, beliau hasilkan skrip dan watak Farisa. Bagaimanapun, Farisa dan Dania ada sedikit kelainan. Dania masih menyerlah sifat keperempuanan tetapi Farisa berambut pendek dan tidak memakai secalit solekan seperti tomboy.

    "Saya akui dua-dua karakter ini sinonim dengan saya, tetapi kadang kala terbit kerisauan jika tidak mampu membezakan karakter Dania dan Farisa di lokasi penggambaran. Luarannya, saya bukanlah kasar, tapi nampak tough. Bagaimanapun, tunjuk ajar Syamsul banyak membantu. Saya sudah faham kehendak dan sikap Syamsul kerana sebelum ini, kami pernah bekerjasama dalam Evolusi KL Drift 2. Kami berbintang sama, Gemini, jadi saya faham sangat dengan Syamsul," katanya.

    INFO: Syamsul
  • NAMA PENUH: Mohd Shamsul Yusof Haslam
  • NAMA KOMERSIL: Syamsul Yusof
  • USIA: 27 Tahun
  • TARIKH LAHIR: 21 Mei 1984
  • ASAL: Kuala Lumpur
  • KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
  • PENDIDIKAN: Diploma Penyiaran dari Akademi TV3
  • DRAMA ARAHAN: Sembilu Kasih, Gerak Khas dan Air Mata Maria
  • DRAMA LAKONAN: Farah Syakirah
  • FILEM: Evolusi KL Drift 1 & 2, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Khurafat, KL Gangster & Aku Bukan Tomboy
  • PENCAPAIAN: Anugerah Khas Juri untuk filem keberkesanan aksi lasak menerusi Evolusi KL Drift pada Festivel Filem Malaysia ke-21 (FFM21), Pengarah Terbaik FFM23 melalui Evolusi KL Drift 2 & Anugerah Yasmin Ahmad (Anugerah Skrin 2011)

    INFO: Scha
  • NAMA: Sharifah Norazean Syed Mahadzir
  • NAMA KOMERSIAL: Scha Al-Yahya
  • USIA: 28 tahun
  • TARIKH LAHIR: 30 Mei 1983
  • ASAL: Sungai Petani, Kedah
  • FILEM: Antoo Fighter, Histeria, Papadom, Evolusi KL Drift 2, Libas, Dimensi Cinta, Aku Bukan Tomboy dan Awan Dania The Movie
  • DRAMA: Awan Dania (musim pertama hingga ketiga), Bella, Honeyz, Naik Hantu, K.I.T.A Carefree, Prebet Jamilah dan Kelas Kau Maria
  • PROGRAM: Chopp!, Sehati Sejiwa, Sehati Berdansa 3 dan Kata Kau
  • Arab Saudi sekat wanita dedah mata memukau

    Posted: 19 Nov 2011 08:34 PM PST

    WANITA Arab Saudi sejak sekian lama diwajibkan menutup muka  dan seluruh tubuh ketika keluar  di khalayak ramai.
    WANITA Arab Saudi sejak sekian lama diwajibkan menutup muka dan seluruh tubuh ketika keluar di khalayak ramai.
    Peraturan baru bagi elak pergaduhan

    JEDDAH: Wanita yang mempunyai mata menarik mungkin dipaksa menutupnya dengan kain menerusi peraturan Arab Saudi yang baru.
    Akhbar The Daily Mail melaporkan negara Islam konservatif itu berkata pihaknya mempunyai hak menyekat wanita daripada mendedahkan mata yang cantik dan memukau.
    Cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan. - Laporan laman web berita Bikya Masr
    Jurucakap Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata cadangan melaksanakan undang-undang itu akan dibentangkan secepat mungkin.

    Wanita Arab Saudi sejak sekian lama memakai jubah hitam atau abaya yang menutup rambut serta badan dan di sesetengah wilayah menutup muka di khalayak ramai.

    Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berdepan hukuman termasuk denda dan sebat.

    Satu laporan dalam laman web berita Bikya Masr memberitahu cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa terbabit terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan.
    Wanita itu sedang berjalan dengan suaminya yang berakhir dengan beliau ditikam dua kali selepas berlaku perbalahan.

    Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar beberapa kali didakwa melanggar hak asasi manusia. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 1940, berfungsi memastikan undang-undang Islam tidak dicabuli di Arab Saudi.

    Pada 2002, jawatankuasa itu enggan membenarkan sekumpulan pelajar keluar dari sekolah yang terbakar di Makkah kerana tidak memakai tutup kepala dengan betul.
    Keputusan itu dilaporkan mengakibatkan kematian 15 pelajar.

    Mereka turut melarang wanita memandu dan tidak dibenarkan berjalan tanpa ditemani penjaga lelaki.

    Pada September lalu, seorang wanita Arab Saudi dikenakan 10 sebatan kerana melanggar larangan memandu tetapi hukuman itu dibatalkan apabila Raja Arab Saudi, Raja Abdullah masuk campur.

    Pada bulan sama, Raja mengumumkan wanita diberi hak mengundi dan bertanding untuk kali pertama pada pilihan raya majlis perbandaran 2015.

    Bukan nikah senyap-senyap - Hattan

    Posted: 19 Nov 2011 08:33 PM PST


    HATTAN berharap khalayak dapat mendoakan kebahagiaannya.


    Ke mudik sehentak galah, ke hilir serangkuh dayung, satu kata lahir dengan batin, sesuai mulut dengan hati...

    PEPATAH Minangkabau tersebut sesuai dengan lafaz nikah Mohd. Shukri Shahabudin atau mesra disapa Hattan kepada pasangan yang dinikahinya, Farah Asyikin Othman, 33, pada tarikh cantik, 11 November lalu.

    Dengan sekali lafaz, penyanyi berusia 47 tahun itu menamatkan zaman solonya yang sudah enam tahun dilayari. Begitu juga buat Farah, ibu tunggal kepada dua cahayamata iaitu Nazril, 6, dan Khara Latiesya, 5. Satu lafaz daripada hati yang menyatukan mereka zahir dan batin.

    Sewaktu menghubungi Hattan Jumaat lalu, dia sedang enak membawa isteri dan anak-anaknya ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Menghirup bayu laut nan damai sambil merapatkan siratulrahim, Hattan bernyanyi-nyanyi gembira di hujung talian.

    "Saya bawa anak-anak dan isteri ke Port Dickson (untuk) bercuti," ujarnya dengan nada gembira. Namun di sebalik gembira itu, dia meluahkan rasa, terkilan dengan segolongan invididu atas nama penulis blog dan penggiat forum yang menuduh dia bernikah secara senyap.

    "Saya tidak faham kenapa mereka cakap saya kahwin secara senyap. Saya rasa sebagai orang Islam atau beragama apa pun, tidak elok membuat fitnah. Makan dengan duit haram namanya itu. Kenapa mereka mahu sibuk dengan isteri orang lain?" ujarnya sedikit panas walaupun berada di tepi pantai.

    "Saya mengadakan pernikahan di kampung saya di Seri Menanti. Ada khemah dan kugiran mengiringi pernikahan saya. Saya ini orang kampung, berasal dari kampung dan sebab itu saya buat di sana. Saya jemput orang-orang kampung saya.


    VOKALIS Hattan hairan dengan sikap penulis blog dan forum yang menyatakan dia kahwin secara senyap-senyap.


    Malah keluarga saya memakai persalinan kuning menunjukkan kami orang lingkungan dan membawa adat diraja," ujarnya yang selamat menjadi suami Farah dalam majlis akan nikah yang dilakukan selepas solat Isyak. Hattan turut mengundang Datuk M. Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai untuk berkongsi kegembiraannya.

    "Biarlah apa orang mahu kata. Sekarang, saya sangat gembira dan tidak risau. Malah saya beryukur dengan jodoh saya," ujarnya yang menyeru agar orang luar tidak sibuk menyelidik tentang pasangan dan pernikahannya yang diadakan secara santai namun meriah di kampung.

    Merasakan jodohnya kuat dengan Farah, dia bercerita tentang pertemuan tak dirancang yang terjalin di Doha, Qatar.

    "Kami bertemu di Doha sewaktu saya selesai menunaikan umrah di Mekah. Farah pula transit dari London. Kami berkenalan dan hanya selepas dua minggu, saya menghubunginya. Pertemuan demi pertemuan selepas itu, saya rasa jodoh kami kuat dan Allah menemukan kami," ceritanya bernyanyi mempamerkan gembira dan bersyukur anaknya Adam Iman, 11, sangat serasi dengan isteri baharunya.

    "Saya harap peminat doakan kami. Semoga perkahwinan kami bahagia dan doa juga agar kami dapat menunaikan umrah bersama-sama pada tahun hadapan," Hattan mengakhiri perbualan dan menutup pertanyaan ramai terhadap perkahwinan keduanya.

    Hans Isaac terpikat dengan Lofa?

    Posted: 19 Nov 2011 08:32 PM PST

    Hans Isaac

    Industri hiburan bagai tidak pernah sunyi daripada mendengar nama Neelofa. Bukan sahaja kerana bakatnya, bahkan Neelofa atau mesra disapa Lofa kerap dikaitkan dengan pasangan dalam filem lakonannya.

    Jika sebelum ini, Lofa dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan Shahz Jaszle dan Maria Farida.

    Kini, Lofa dikaitkan pula menjalinkan hubungan cinta dengan heronya dalam filem Lemak Kampung Santan, iaitu Hans Isaac.

    Peluang untuk bertemu dengan Hans baru-baru ini, sejurus tamat pratonton filem Misteri Jalan Lama, membuka peluang buat media untuk mendapat penjelasan sebenar daripada Hans.

    Tidak terlalu berselindung dan sesekali cuba bercakap dalam dialek Kelantan, Hans mengakui sedang mengenali hati budi Lofa.

    "Apa yang boleh saya katakan, kami memang berkawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Setakat ini, itu saja yang saya boleh kongsi dengan semua. Saya tak nak cakap lebih-lebih sebab saya mahu fokus kepada karier.

    "Bagaimanapun, jika ada apa-apa, saya akan beritahu. Saya tak akan menyembunyikan apa-apa. Bagi saya, kalau hubungan kami berjalan dengan lancar, baguslah," ujarnya.


    Bukan publisiti murahan

    Namun, tatkala diajukan mengenai hubungan yang sengaja digembar-gemburkan untuk mempromosikan filem terbarunya itu, Hans berkata, dia tidak berniat untuk mencari publisiti murahan, sebaliknya hanya mahu berkawan dengan Lofa.

    "Saya rasa, menggembar-gemburkan kami bercinta bagi tujuan mempromosikan filem adalah taktik tahun 1980-an dahulu. Dalam soal kerja, saya sangat profesional. Jika Lofa buat kesalahan, saya akan tegur atau marah. Tetapi dalam soal perhubungan, saya selesa berkawan dengannya.

    "Jika ada masa terluang, kami ada berhubung dan bertanya khabar. Tetapi setakat itu sahaja, soal cintan-cintun, jika ada, adalah. Saya tidak mahu bercakap lebih-lebih," katanya yang turut mengakui kembali single selepas putus cinta dengan seorang model dari Brazil.

    Menyentuh mengenai karier seninya kerana sejak kebelakangan ini jarang muncul dengan filem mahupun drama baru, Hans mengakui semakin selektif bagi memastikan dia hadir dengan profil karier yang lebih baik.

    "Sebelum ini saya akan menerima tawaran yang datang, tetapi semakin lama dalam industri, saya mula untuk memilih naskhah yang baik.

    "Bukan bersikap demand, tetapi saya tidak mahu kelihatan stereotaip dan membuatkan penonton bosan dengan lakonan saya.

    "Bagi saya populariti sudah tidak penting. Yang lebih penting adalah kepuasan dan setiap kali saya hadir dengan projek baru, peminat berpuas hati malah saya juga berpuas hati dengan karier saya," katanya.

    Berani mati cara Zarina

    Posted: 19 Nov 2011 08:31 PM PST

    PERNAH diselar gara-gara salah penyalahgunaan dadah dan penyebaran gambar lucah, Zarina seperti tidak serik membuka ruang untuk dikritik.


    NAMA miss kontroversi, si Zarina Anjoulie Lavocah terbakar lagi. Gara-gara gambar seksinya yang mendedahkan pangkal payu dara dalam sebuah majalah gaya hidup Indonesia cepat tersebar ke Malaysia, segala nista, keji dan kelakuan hitam ke atasnya sebelum ini kembali diungkit.

    Sebutkan apa sahaja jolokan, nakal, liar, murahan, bahkan jalang, barangkali itu semua sudah tidak lut menusuk tubuhnya. Kalaupun terdetik rasa bengang, dia sudah kalis terhadap segala tembakan negatif itu. Sebaliknya, tanpa rasa kesal terpancar di wajah, Zarina yang mesra disapa Anju itu berani bertegas dan masih lantang membela diri. Segala cacian orang ditelan, dianalisis dan dihamburkan semula oleh Anju sebagai bahan ketawa.

    Pada hematnya, kalau sudah hakikat bernama Zarina Anjoulie, pakai tudung sekalipun, kelibatnya tetap mengundang pandangan serong.

    "Semua itu mengarut dan saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya dah tak rasa apa-apa lagi. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.

    "Buat atau tidak buat fotografi berkenaan, tak ada beza pun. Selama saya tidak berlakon saya tetap kena kutuk juga. Orang sudah cap saya sebagai artis yang teruk, sekali sudah buat silap, orang nampak saya jahat sampai mati.

    "Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi, dedah sana, terkangkang sini.

    "Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja," tempelak Zarina mengulas panjang mengenai kontroversi gambar seksinya yang tersiar dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober 2011.

    Berbalas soalan dan jawapan, Anju ditebak lagi, ke mana langkah selepas ini dan jika ada tawaran berbogel ke majalah Playboy, adakah tawaran itu sanggup diterima olehnya?

    "Tidaklah sampai berbogel. Sebenarnya sudah dua kali saya tolak pelawaan daripada pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi itu, mereka menyediakan bikini, tapi saya minta agar mereka tukar baju lain. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya," selamba Zarina membuka cerita.

    Dibayar untuk seksi

    Mengamati wajah kacukan Melayu, Iran serta Scotland itu bersuara, rasa kecewanya barangkali dibiarkan bersarang di jiwa. Sesal atau tidak, soalan itu ditanyakan berkali-kali. Jawapannya, dia tidak mahu dilihat lemah atau tunduk merendahkan muka, jauh sekali merayu meminta agar segala aibnya dimaafkan oleh masyarakat.

    "Saya tidak perlu menangis lagipun saya dibayar sebanyak RM1,100 (AS$350) untuk fotografi yang dilakukan di Indonesia itu. Saya cuma kesal bila ada orang kata saya ambil suntikan untuk besarkan payu dara, padahal, semasa fotografi itu dilakukan memang saya sedikit berisi. Ketika itu berat badan saya mencecah 62 kilogram, tentulah bila badan sedikit gemuk, semua akan nampak kembang, terutama bahagian perut.

    "Saya tak marah media yang tulis cerita saya, itu adat bila jadi artis dan saya cukup faham tugas media. Apa yang saya marah, bila orang komen dan jatuhkan hukuman sendiri, maki dan hentam ibu bapa dengan kata-kata kesat, kenapa semua nak kecoh pasal saya," herdiknya sedikit lantang.

    Walaupun masih berpegang dengan prinsip bukan sengaja menempah kontroversi, mahu atau tidak mahu, setuju atau tidak, Zarina kena akur bahawa padah itu yang harus diterima kerana menyediakan ruang untuk dihentam oleh masyarakat. Tidak terhenti setakat penyebaran gambar separuh bogel bersama teman lelaki satu ketika dahulu, namanya terheret pula dengan penyalahgunaan dadah.

    Kepada pemerhati yang melihat dirinya sebagai sampah atau perosak dalam industri, pendapat itu benar kerana sumbangan pelakon yang hanya dikenali menerusi drama rantaian Anak Pontianak ini tidaklah sebesar mana.

    Bertanyakan Zarina, tidak terdetikkah jauh di dasar hatinya untuk terpanggil ke arah yang lebih baik, dia menjawab:

    "Saya tidak berani untuk berjanji apa-apa. Tapi, secara perlahan-lahan saya sedang memperbaiki semula imej dan penjenamaan diri. Saya sudah 25 tahun tapi saya masih tidak boleh membuktikan apa-apa untuk menyatakan bahawa saya juga mahu menjadi seorang pelakon yang serius," katanya yang sedang memberi fokus kepada pembikinan filem Khon Malay, yang kali pertama menempatkan namanya sebagai pelakon utama.

    Tambah Zarina: "Saya juga sedang menghabiskan ijazah pertama saya dalam bidang-bidang undang-undang di sebuah kolej swasta. Hari-hari saya pergi sekolah dan sibuk dengan sesi latihan untuk filem, lain-lain perkara saya letak tepi."

    Zarina satu kelainan

    Ibarat menyerah diri untuk bertemu media usai cerita panas berhubung gambar seksinya mendapat liputan hangat semua surat khabar mingguan minggu lalu, Zarina baru-baru ini menjejakkan kaki ke majlis pelancaran tiga buah filem, Khon Malay, Taiko dan 1945 yang diadakan di Danau Kota, Kuala Lumpur.

    Selaku penerbit bersama, Asri Abdul Rahman daripada AAR Intelligent Sdn. Bhd. menjelaskan pemilihan Zarina sebagai heroin di sisi Faizal Hussein dalam filem berkenaan dibuat kerana percayakan kredibiliti yang ada terhadap pelakon berkenaan.

    "Ini pendekatan dan kelainan yang mahu kami mulakan. Mungkin selama ini, orang takut hendak ambil Zarina berlakon kerana memikirkan kontroversinya. Kami pilih Zarina sebelum isu gambar seksi itu tersebar, jadi bukan satu isu bila dia diambil jadi heroin filem Taiko," kata Asri yang selama ini memerhatikan industri perfileman sekadar dari belakang tabir.

    Majlis persandingan Eira, Azad meriah

    Posted: 19 Nov 2011 08:29 PM PST


    AIZAT menyuap buah anggur ke mulut Eira Syazira pada majlis persandingan mereka di Bandar Tun Razak, Cheras malam kelmarin.


    DETIK BAHAGIA. Selepas dua bulan berumah tangga, pasangan pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri, 35, dan Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira, 27, diraikan pada majlis persandingan mereka yang cukup meriah malam kelmarin.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Pusat Belia Antarabangsa di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan kedua-dua mempelai.

    Mereka dinikahkan pada 16 September lalu di rumah pengantin perempuan di Putrajaya oleh bapa Eira Syazira, Shuhaimi Acheh serta disaksikan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat.

    Turut hadir memeriahkan majlis persandingan itu ialah selebriti seperti pelakon Shaheizy Sam, Ainul Aishah, Fara Fauzana dan Adam Corrie Lee.

    Wedding Of The Year!

    Posted: 19 Nov 2011 08:28 PM PST

    Maharaja Lawak Mega

    Sorakan dan tepukan gemuruh penonton sepanjang persembahan kumpulan Osbon, menggamatkan dewan Royal Theater Selangor.

    Bertemakan cinta, Osbon menjadi peserta yang paling berjaya mencuri tumpuan penonton dalam persembahan minggu keempat Maharaja Lawak Mega (MLM), malam Jumaat lalu.

    Sebaik sahaja muncul di pentas, kumpulan yang diterajui dua pelawak senior, Os dan Abon ini sudah mengundang gelak tawa penonton tanpa henti.

    Masakan tidak, lakonan mereka sebagai pasangan pengantin, benar-benar mencuit hati penonton.

    Melihat Abon sebagai pengantin perempuan dengan gaun berwarna putih tanpa berambut palsu, sudah cukup membuatkan sesiapa saja melihatnya tergelak panjang.

    Ditambah pula dengan lawak bersahaja Os sebagai pengantin lelaki, menggamatkan lagi suasana. Menggunakan pelamin sebagai prop, kesungguhan mereka turut mendapat pujian menggunung daripada juri tetap, Zainal Abidin Hasan.

    Malah jalan cerita yang dipersembahkan mereka juga sangat menarik. Kisah cinta Facebook, memberi impak besar terhadap penonton. Bukan sekadar hiburan semata-mata, ia turut menyelitkan mesej berguna kepada masyarakat. Sekali gus memperlihatkan lawak Osbon, bukanlah sekadar lawak kosong.


    Pantun jadi penyeri

    Lebih menarik, persembahan Osbon, turut diserikan dengan berbalas pantun. Digarap dengan unsur jenaka, ia nyata berhasil memikat hati penonton.

    Menurut Abon atau nama sebenarnya, Sharizan Ahmad, 51, pantun itu dihasilkan secara spontan.

    Katanya, mereka tidak pernah berlatih untuk menghasilkan pantun. Begitu juga dengan skrip, mereka akan menyediakan skrip masing-masing dan apabila berjumpa mereka akan gabungkan.

    "Sebelum hasilkan skrip, kami akan bincang konsep yang akan dibawa dan kemudiannya masing-masing keluarkan idea.

    "Selain hasilkan skrip masing-masing, kami juga akan bersedia dengan skrip individu. Kita tidak tahu kalau salah seorang daripada kita tidak dapat buat persembahan sekiranya ada masalah. Jadi, lebih baik kita sediakan skrip solo," katanya yang kini masih aktif menerima undangan persembahan pentas.

    Tidak mengharapkan 'pancing undi', Osbon menegaskan bahawa mereka tidak akan 'menjual' persembahan dengan cara yang salah.

    Menurut Os atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abdul Hamid, dalam pertandingan sebegini, pelbagai taktik yang boleh digunakan untuk meraih undian peminat.

    Namun katanya, segala taktik tersebut tidak akan sesekali digunakan untuk meraih undi kerana penonton kini bijak menilai.

    Malah katanya, dalam pertandingan, tidak boleh menggunakan cara yang salah kerana kesannya akan berbalik kepada kita sendiri.

    "Kami amat menekankan soal kualiti. Lawak yang tidak berkualiti hanya membuang masa. Kita tidak perlu memancing peminat dengan cara yang salah.

    "Jika kami bagus atau tidak, katakan dengan ikhlas. Itu sebenarnya adat pertandingan. Dalam MLM, tidak mungkin ada perkara sebegini kerana barisan juri yang dipilih juga adalah mereka yang mempunyai kredibiliti dalam memilih yang terbaik. Begitu juga dengan penonton," katanya yang berjanji akan membuat persembahan lebih baik untuk minggu seterusnya.


    Jalil Hamid tersingkir

    Tampil seorang diri di pentas MLM dengan nama JH, pelakon dan pelawak senior, Jalil Hamid akhirnya terpaksa akur dengan penyingkirannya pada minggu ini.

    Hanya mendapat undian sebanyak 46 peratus, Jalil menganggap itu adalah keputusan yang harus diterima dengan hati terbuka.

    "Saya bersyukur kerana walaupun saya peserta solo, saya mampu berada di pentas ini sehingga minggu keempat.

    "Mungkin rezeki saya bukan di sini dan ingin sekali saya tegaskan bahawa keupayaan pemikiran seorang jauh berbeza dengan pemikiran dua atau tiga orang.

    "Begitu juga dengan lawak dan lakon lawak, ia adalah dua perkara yang berbeza. Saya berharap agar juri dan penonton mampu membuat pilihan yang bijak," katanya selepas proses penyingkiran.


    Sobri tanpa Bob Kuman

    Tepukan semangat sememangnya patut diberikan kepada Sobri, salah seorang kumpulan Bawal Power (BP) apabila kesungguhannya beraksi tanpa Bob Kuman.

    Lakonannya sebagai penyanyi pondan yang berani untuk turun ke pentas dan berada bersama di barisan kerusi penonton menampakkan kelainan berbanding minggu sebelumnya.

    Walaupun Bob telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di bilik air di rumahnya, Sobri optimis untuk beraksi.

    Menurut Sobri, Bob terjatuh di dalam bilik air ketika hendak mandi untuk datang ke MLM. Memandangkan dia dimaklumkan pada saat-saat akhir, dia terpaksa memilih untuk beraksi seorang diri dengan membawa nama BP.

    "Kami tidak boleh menghampakan peminat yang sedang menunggu persembahan kami. Jadi, saya perlu berani untuk tampil seorang.

    "Idea juga datang pada saat akhir. Apa yang saya lakukan adalah untuk Bob sebagai sahabat saya. Saya harap dia cepat sembuh dan kembali bersama saya untuk beraksi," katanya.


    Chef Wan menghilang?

    Ketiadaan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada malam Jumaat lalu, menimbulkan tanda tanya ramai pihak. Sementelah lagi, sejak akhir-akhir ini, peranannya sebagai juri MLM mendapat kritikan hebat.

    Bagaimanapun, menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai, Chef Wan tidak dapat bersama MLM kerana ada tuntutan tugas di Singapura.

    "Sepatutnya, beliau mahu ke sana pagi Sabtu selepas selesai MLM minggu ini. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak Singapura meminta Chef Wan untuk hadir lebih awal.

    "Tidak perlu ditimbulkan apa-apa spekulasi terhadap Chef Wan kerana saya tahu, Chef Wan tidak seperti itu. Tidak perlu mempertikaikan kredibilitinya kerana kami sebulat suara memilihnya sebagai juri berdasarkan pelbagai faktor.

    "Chef Wan seorang yang ikhlas dalam berkata-kata walaupun sedikit 'pedas'. Itulah Chef Wan. Kami memilih orang di luar bidang lawak, kerana untuk mengelak berlakunya salah faham. Kami mahu juri dari kalangan skop penonton. Bukan sahaja Chef Wan, malah Datuk Siti Nurhaliza dan Zainal Abidin Hasan juga daripada bidang berbeza," katanya.


    Boboi raih undian tertinggi

    Memilih kisah cinta Facebook, penampilan Harun Salim Bachik, sebagai pelantun lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, turut mendapat sorakan penonton.

    Tidak kurang hebatnya lakonan Afdlin Shauki dengan watak kanak-kanak. Persembahan duo serasi daripada kumpulan Boboi ini juga dilihat konsisten setiap minggu.

    Berada di kedudukan teratas, Boboi mendahului undian sebanyak 70 peratus, diikuti 3G, 66 peratus dan Osbon, dengan undian peratusan yang sama.

    Sementara Bawal Power, 62 peratus, Saehu (62), Bawel, (61), Pimai (60), Adlin (53), Hiro (53), Syok (49) dan JH (46). Jika minggu lepas menyaksikan kumpulan Pimai mendahului peserta lain, namun minggu ini, mereka terpaksa akur di kedudukan ketujuh.

    Filem, pengarah terbaik milik siapa?

    Posted: 19 Nov 2011 08:27 PM PST

    Pengarah terbaik

    Debaran semakin dirasai apabila Festival Filem Malaysia Ke-24 (FFM 24) melewati kemuncaknya pada malam ini. Setelah mencetuskan kontroversi menerusi kemenangan Jurey sebagai Pengarah Harapan bagi Anugerah Cipta, Rabu lalu, kemuncak FFM24 pastinya diharap dapat berjalan dengan jayanya.

    Tentunya, pelbagai teka-teki dan spekulasi tentang siapakah yang bakal merangkul kemenangan dalam dua kategori yang cukup penting dalam FFM iaitu Pengarah dan Filem Terbaik, menjadi perhatian utama.

    Malah pencalonan bagi kategori Pengarah Terbaik memperlihatkan kehebatan mereka mengarahkan filem dari genre berbeza.

    Mereka yang tersenarai tahun ini termasuk Yusry Abdul Halim menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa, Syamsul Yusof (KL Gangster), Ahmad Idham (Senjakala), Mamat Khalid (Hantu Kak Limah Balik Rumah), dan Osman Ali (Cun!).

    Daripada lima calon ini, hanya Mamat dan Syamsul sahaja yang pernah dijulang dengan gelaran ini pada 2008 dan 2010.

    Sementara itu, Ahmad Idham pula pernah dinobatkan sebagai Pengarah Harapan FFM 16 menerusi filem Mr Cinderella, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya walaupun sudah empat kali dicalonkan.

    Jadi, siapakah yang bakal menyerlah kali ini dan sekali gus menempatkan diri sebaris dengan pengarah handalan negara yang pernah memenangi kategori ini?

    Mungkinkah rezeki akan berpihak kepada Syamsul sekali lagi, lantaran filem KL Gangster merupakan antara hasil karya terbaiknya sehingga mampu mencatatkan kutipan tiket hampir RM12 juta.

    Namun, kehebatan Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusry juga tidak boleh dipandang enteng. Filem tersebut boleh dikategorikan sebagai filem dengan nafas baru.
    Malah filem Hikayat Merong Mahawangsa bukan sahaja mendapat perhatian dalam kalangan peminat industri tempatan, bahkan luar negara.

    Bagi Mamat Khalid, FFM kali ini tentunya melihatkan pertembungan sekali lagi dengan pencabar terdekatnya, Syamsul. Setelah tewas kepada Syamsul tahun lalu, Mamat tentunya meletak harapan besar untuk melihat filemnya, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) membawa pulang trofi kali ini.

    Malah, sambutan dan fenomena yang menggalakkan daripada penonton terhadap HKLBR memberi harapan buat Mamat untuk membawa pulang trofi kali ini.

    Bagaimanapun, kemampuan Osman Ali menerusi filem Cun! juga wajar diberi perhatian. Selepas membawa pulang trofi Filem dan Pengarah Terbaik pada Anugerah Skrin 2011 lalu, tidak mustahil Osman akan mengulangi kejayaan yang sama.

    Pencalonan Ahmad Idham juga bakal menjadi saingan kepada empat calon lain. Naskhah Senjakala boleh dianggap berlainan meskipun Ahmad Idham biasa dengan karya bergenre seram. Namun gabungan mantap Zahiril dan Liyana banyak mencantikkan filem tersebut.

    BHPetrol tawar RM100,000

    Posted: 19 Nov 2011 08:26 PM PST

    BHPetrol tawar RM100,000

    Bertemakan 'Jimat dan Menang', BHPetrol menawarkan RM100,000 kepada pengguna dan ia menjadi platform bagi menggalakkan lagi pemandu serta penunggang mencuba produk mereka.

    Pengarah urusannya, Tan Kim Thiam berkata, setiap pemilik kenderaan di negara ini boleh mencuba dan merasai sendiri perbezaan ditawarkan BHPetrol Infiniti Advanced 2X 95 dan 97.

    Menurutnya, peraduan itu secara tidak langsung memberi peluang kepada pengguna mencuba produk mereka yang memberi dua kali ganda kualiti dan kuantiti bahan aditif berteknologi Jerman termasuk pengubahsuaian geseran.

    "Kini adalah masa paling sesuai bagi pengguna bertukar kepada BHPetrol Infiniti Advanced 2x 95 dan 97 serta mendapat penjimatan daripada tangki penuh yang pertama.

    "Kami percaya tidak semua petrol adalah sama, bahan aditif Jerman dengan kua­liti dan kadar penjagaan maksimum memberikan banyak perbezaan," katanya.

    Tan berkata, dengan Infiniti Advanced 2X, pengguna akan mendapat prestasi terbaik kerana bahan aditif yang dibangun menggunakan teknologi bertaraf dunia dan memberi perlindungan maksimum dengan kuantitinya mencecah 800 bahagian per sejuta.

    Katanya, peraduan yang berlangsung dari 1 September hingga 30 November itu memberi peluang kepada semua pelanggan memenangi hadiah wang tunai dan 2.5 juta mata ganjaran e-Points ditawarkan setiap bulan dengan hanya berbelanja minimum RM30 di stesen minyak BHPetrol.

    Cabutan bagi bulan Oktober telah menobatkan Ang Soo Cheng dari Kuala Ketil, Kedah sebagai pemenang pertama peraduan itu, sekali gus meraih hadiah berjumlah RM50,000.

    "Saya adalah pelanggan setia dan berbangga apabila diumumkan sebagai pemenang utama. Kesabaran menyertai peraduan 'Jimat dan Menang' ini membuahkan hasil yang tidak terhingga dan pastinya akan terus menggunakan Infiniti Advanced 2X 95," katanya.

    Soo Cheng berkata, tiada minyak lain yang setanding dengan Infiniti Advanced 2x jika dibandingkan daripada aspek kuasa, pecutan dan penjimatan minyak.

    Selain Soo Cheng, beberapa pelanggan bertuah BHPetrol turut membawa pulang RM30,000 dan lima hadiah sagu hati berjumlah RM1,000.

    Berjaya Air sedia penerbangan baru

    Posted: 19 Nov 2011 08:24 PM PST

    Berjaya Air sedia penerbangan baru

    LANGKAWI - Berjaya Air Sdn Bhd, menawarkan perkhidmatan penerbangan berjadual ke Langkawi, dengan empat penerbangan seminggu, melalui Pangkalan Terminal Sky Park, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

    Pengarahnya, Datuk Azlan Meah Ahmad Meah berkata, syarikat komited membuat tawaran tersebut sebagai memenuhi permintaan pelancong yang semakin meningkat.

    Beliau berkata, pener ba­ngan berkenaan, menggunakan pesawat jenis ATR-72 500 dengan 72 tempat duduk dan disediakan hidangan ringkas di dalam pesawat.

    "Perkhidmatan dilakukan atas dorongan kerajaan dalam meningkatkan ketibaan pelancong ke pulau ini.

    "Kami juga dalam usaha merealisasikan pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi yang menekankan inisiatif meningkatkan sistem pengangkutan di Langkawi," katanya.

    Hadir sama, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Paduka Abu Bakar Taib; Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid dan Pengurus Besar Berjaya Air, Lee Sok Khoon.

    Menurutnya, tidak wujud persaingan terhadap Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly dan SilkAir dari Singapura yang telah pun mengadakan penerbangan berjadual ke pulau ini.

    "Kami mempunyai pendekatan dengan meningkatkan kerjasama dengan hotel-hotel dalam menyediakan pakej pelancongan berpatutan," katanya.

    Berjaya Air turut menawarkan penerbangan dari Subang ke Pulau Redang, Pulau Tioman, Koh Samui, Thailand serta penerbangan terus menghubungkan Singa­pura ke Pulau Tioman dan Pulau Redang.

    Bayi antara warga asing ditahan

    Posted: 19 Nov 2011 08:22 PM PST

    bayi warga asing

    SEREMBAN - Seorang bayi lelaki berumur enam bulan, antara 63 warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dalam Ops 6P dilancarkan Jabatan Imigresen negeri di Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai dekat sini, mulai jam 8.30 malam kelmarin hingga 5.15 pagi semalam.

    Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, siasatan mendapati ibu kepada bayi terbabit iaitu warga Indonesia pada awalnya memasuki negara ini, secara sah dengan menggunakan pas lawatan sosial.

    "Bagaimanapun, wanita berkenaan memberi alasan wang yang sepatutnya digunakan memperbaharui pas lawatan sosialnya terpaksa dihantar ke Indonesia bagi uru-san pengebumian ibunya.

    "Ibu bayi terbabit mahu pulang ke Indonesia, namun terpaksa membatalkan hasrat itu kerana masalah kewangan lalu menyebabkan dia terpaksa tinggal secara haram di sini," katanya di Pejabat Imigresen negeri dekat sini, semalam.

    Menurut beliau, wanita berkenaan memberitahu dia terpaksa melahirkan anak tanpa mendapatkan rawatan di hospital kerana bimbang ditahan oleh pihak berkuasa.
    Faizal berkata, suami wanita itu tiada di rumah ketika operasi dijalankan kerana dia bekerja di Klang, Selangor.

    Sementara itu, beliau berkata, semua 63 warga asing ditahan berumur antara enam bulan hingga 45 tahun terdiri daripada 37 warga Bangladesh, 15 warga Nepal, lapan warga Myanmar dan tiga warga Indonesia.

    "Rata-rata yang ditahan dipercayai bekerja dalam sektor perkilangan, kita mengesyaki ada yang lari daripada majikan.

    "Selain itu, pemeriksaan pada motosikal mereka menemui pelbagai barangan seperti sikat, dompet dan barangan keperluan lain yang mungkin menunjukkan mereka berniaga secara kecil-kecilan," katanya.

    Menurut Faizal, semua warga asing ditahan dibawa ke Depot Tahan Imigresen Lenggeng untuk tindakan selanjutnya.

    "Secara keseluruhan, seramai 1,000 warga asing diperiksa dalam operasi disertai 70 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen negeri, 60 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan enam pegawai Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

    Facebook: Alat kajian saintis

    Posted: 19 Nov 2011 08:21 PM PST

    Facebook: Alat kajian saintis

    Sebelum dia menjadi simbol pelampau berhaluan kanan di Eropah, Anders Behring Breivik hanyalah seorang lelaki biasa yang menyuarakan pandangan antipendatangnya dalam talian.

    Dan minggu lalu, Breivik yang mengaku melakukan pembunuhan besar-besaran di Norway, Julai lalu sehingga menyebabkan 77 orang terbunuh melalui perbicaraan terbuka pertamanya di mahkamah.

    Walaupun Breivik mungkin melakukan serangan itu seorang diri, namun dia jauh sekali daripada keseorangan di dalam dunia siber.

    Dia banyak menghabiskan masa sebelum serangan di hadapan komputer dengan bersembang bersama jutaan individu lain yang mempunyai ideologi serupa untuk menyokong kumpulan berhaluan kanan di dalam laman-laman sesawang sosial seperti Facebook.

    Selepas tragedi di Norway, penyelidik mahu mengetahui lebih banyak mengenai golongan seperti mereka.

    Tetapi bagaimana untuk mengesan kumpulan ini?

    Senang sahaja, hanya daftar masuk ke dalam Facebook.

    "Kami menyedari ianya tidaklah begitu sukar untuk mencari mereka ini," menurut Jamie Bartlet, penulis laporan mengenai dunia digital Eropah yang diterbitkan baru-baru ini oleh institusi penyelidikan Demos, Britain.

    Simpanan maklumat peribadi di Facebook terlalu banyak sehingga penyelidik dan saintis sosial boleh menggunakan alat pengiklanan laman tersebut untuk menentukan sasaran kumpulan dengan ketepatan saintifik seperti yang digunakan syarikat pemasaran selama ini.

    Melalui Facebook, Bartlett dan pasukannya berjaya mengadakan tinjauan terhadap 10,000 pengikut daripada 14 parti berhaluan kanan di 11 negara Eropah, tanpa perlu meninggalkan pejabat mereka.

    "Ini adalah cara baru untuk melakukan kajian," kata Bartlett.

    Cara kajian Demos itu hanyalah satu daripada contoh menunjukkan bagaimana Facebook menjadi sumber atau alat kajian baru bagi saintis.

    Badan pemerhati, penyelidik perubatan dan saintis politik menggunakan laman tersebut untuk mengkaji segala-galanya daripada isu kesihatan kepada corak sosial melalui status dan profil pengguna.

    Dengan lebih 800 juta pengguna aktif yang menyumbangkan secara purata tiga kandungan setiap hari, simpanan data Facebook telah mencetuskan impak dalam dunia penyelidikan, dengan jumlah penulisan akademik mengenai laman sesawang itu meningkat secara mendadak hampir 800 peratus sejak lima tahun lalu.

    Bagi sesetengah penyelidik, Facebook membenarkan mereka mengkaji sifat unik individu yang mungkin tidak dapat ditemui di dunia sebenar.

    Laman Facebook sendiri kerap mengumpul data pengguna untuk mendapatkan maklumat.

    Dan pengguna Facebook juga tahu setiap pergerakan mereka diperhatikan, sama ada mereka suka atau tidak, itulah harga yang perlu dibayar untuk membolehkan pengguna berkomunikasi dan bermain pelbagai permainan dalam talian.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Label

    Senarai Lagu