Rabu, 16 November 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Dengarnya...: Scha, Lisa kahwin 2012?

Posted: 16 Nov 2011 10:43 PM PST

  • Foto

    Scha dan Awal

  • Foto

    Lisa dan Yusry

BAGAI ada aroma mengasyikkan yang mula bertebaran mengenai hari bahagia dua pelakon wanita jelita, Scha Alyahya dan Lisa Surihani bersama arjuna hati masing-masing.

Terbaru, sumber memaklumkan Cik Normah dengan begitu yakin bahawa perkahwinan gemilang membabitkan Lisa dan Scha yang juga personaliti Wajah Eksklusif Astro ini akan berlangsung awal tahun depan. Stesen TV berbayar itu pula dikatakan rancak membuat persiapan itu dan ini demi kelancaran majlis berkenaan.
Khabar angin turut bertiup kencang mengenai pembabitan stesen TV kabel berbayar itu, yang secara automatik mendapat hak eksklusif menyiarkan majlis perkahwinan terbabit.
Sumber itu berkata, Lisa akan terlebih dulu disatukan dengan Yusry sekitar hujung Februari depan. Ia disusuli dengan giliran Scha dan Awal sekitar Mac. Begitupun kata Scha kepada Hip, seperti kenyataannya sebelum ini perancangan ke arah itu (berkahwin) memang ada.

Umum juga tahu hingga saat ini, Scha dan Awal juga tidak berdolak-dalik menceritakan kisah cinta dan perancangan kahwin mereka.

"Memang sesiapa yang bercinta pun, mahu memastikan pengakhiran yang indah dalam hubungan mereka. Scha tak terkecuali. Cuma kalau ditanya bab tarikh atau mengenai spekulasi tarikh ini, Scha sendiri tak boleh nak mengesahkannya kerana hal kahwin ini membabitkan banyak pihak termasuk keluarga.

"Kemungkinan kami berkahwin tahun depan itu juga ada. Tetapi lebih manis jika persoalan ini diajukan kepada pihak lelaki (Awal). Scha sendiri tak suka nak pukul canang perkara yang belum tentu pasti hujung pangkalnya.
"Kalau nak jawab, ada jodoh adalah... Barangkali agak klise bunyinya. Tetapi itulah jawapan yang sering digunakan dalam mengharapkan ia menjadi kenyataan dan didoakan bersama. Scha lebih selesa bercakap bila perlu.

Doakanlah yang terbaik," kata Scha yang kini sibuk mempromosikan filem Aku Bukan Tomboy terbitan Skop Productions bersama Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof.

Scha juga khabarnya inginkan majlis perkahwinan yang tidak terlalu gah, tetapi bersifat intim dan boleh dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Sementara itu, Lisa pula berkata, ramalan tarikh perkahwinan yang disebut itu kurang tepat.

"Mungkin pasangan lain gamaknya. Setahu Lisa hingga setakat ini, Abang (panggilan kepada Yusry) belum ada perancangan untuk masuk meminang. Yusry pun tak ada cakap apa-apa. Insya-Allah apabila semuanya sudah sah dan menjadi seperti dirancang, pasti kami akan berkongsi mengumumkan cerita gembira ini. Doakan.

"Seperti yang diketahui Abang memang serius mahu memperisterikan Lisa. Tapi masing-masing sibuk. Abang sibuk melunaskan baki penggambaran filem Vikingdom - Live By The Sword manakala jadual Lisa agak longgar sedikit ketika ini kerana jadual penggambaran filem baru ditunda dan hanya memenuhi komitmen untuk jurucakap produk.

"Sukar untuk Lisa sendiri bercakap dan menjawab mengenai hal ini termasuklah bila kami akan berkahwin. Kalau jodoh kami kuat, mungkin boleh jadi 2012, 2013 atau tahun mendatang bakal menjadi saksi hari bahagia kami.
Sebaiknya, Lisa serahkan kepada Abang," kata Lisa yang turut berentap dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Sekali Lagi untuk malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-24 20 November ini.


Shahz Jaszle Pernah Jatuh Hati Pada Neelofa

Posted: 16 Nov 2011 10:41 PM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon kacak, Shahz Jaszle (gambar) mengakui pernah menuruh hati kepada heroin filem Azura, Neelofa ketika penggambaran filem tersebut.

Kata Shahz, dia jatuh hati terhadap perwatakan atau karakter Azura yang dibawakan oleh pelakon Tahajud Cinta itu.

"Saya pernah rapat dengan Neelofa semasa penggambaran filem itu. Tapi kami bawa hal masing-masing selepas tamat penggambaran.

"Mungkin juga saya jatuh cinta dengan dia kerana karakter Azura itu," katanya ketika majlis pelancaran filem Azura, di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Shahz berkata dia dan Neelofa tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan kekasih.

"Kami mungkin serasi membawakan watak pasangan kekasih dalam filem tetapi tidak secara realiti.

"Saya dan dia mempunyai pemikiran dan pandangan yang berbeza," katanya yang mengakui Neelofa seorang pelakon yang mempunyai masa depan cerah dalam industri hiburan.

Sementara itu, Neelofa berkata hubungan rapat antara dia dan Shahz semasa penggambaran filem tersebut rapat kerana kedua-dua mereka tidak mempunyai kekasih ketika itu.

"Dia banyak mengajar saya berlakon kerana ini merupakan filem pertama saya.

"Saya akui kami pernah rapat namun hanya ketika penggambaran filem tersebut, selepas itu kami membawa hal masing-masing," katanya.

Bercerita tentang filem yang bakal ditayangkan pada 2 Februari 2012 itu, Neelofa berkata dia banyak membawakan perwatakan sebenar dalam watak Azura.

"Ini filem pertama saya, jadi saya akui banyak perwatakan sebenar saya yang ada pada Azura.

"Tapi Alhamdulillah, Abang Aziz banyak membantu dan beri tunjuk ajar," katanya.

Harith Iskander Bakal Timang Anak Lelaki

Posted: 16 Nov 2011 10:40 PM PST

Harith dan isteri, Jezamine sewaktu majlis pernikahan mereka pada Julai tahun lalu.

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon Harith Iskander mengakui bakal menimang anak lelaki memandangkan isterinya Jezamine Lim sedang hamil 6 bulan.

Bagaimanapun, Harith yang sudah mempunyai beberapa senarai nama anak masih belum membuat pemilihan nama yang sesuai sehingga anaknya lahir pada Mac 2012.

"Kadangkala saya akan mengubah sesuatu perkara itu mengikut keadaan. Jadi sebab itu saya tidak mahu lagi menetapkan nama anak saya walaupun sudah mempunyai beberapa nama dalam senarai," katanya kepada mStar Online.

Seperti pasangan lain, Harith juga sudah membuat persediaan untuk bergelar bapa dan sentiasa menjaga isteri tersayang dengan baik.

"Setiap tiga hingga empat minggu, saya akan membawa isteri membuat pemeriksaan kandungannya dan kami sudah mula membeli barangan bayi sedikit demi sedikit.

"Saya juga sentiasa menjaga isteri sewaktu dia alahan teruk semasa tiga bulan kehamilannya tetapi sekarang dia sudah tidak alahan lagi," ujarnya tentang isteri yang sedang menyambung pengajian ijazah doktor falsafah atau PhD di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Pasangan ini diijabkabulkan pada Julai 2010.

Dalam pada itu, Harith turut memaklumkan tentang Restoran Samsaraa di Sri Hartamas miliknya dan isteri yang telah ditutup dan dijual pada empat bulan lalu.

"Kini saya sudah tidak melakukan apa-apa perniagaan dan menumpukan kepada projek filem kedua yang akan diarahkan oleh saya selepas filem Hanya Kawan.

"Selain itu, saya juga akan terlibat dalam pementasan teater Muzikal Cuci 3 dan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal 2," ujarnya lagi.

Harith juga akan menjayakan acara stand up comedy terbesar di Asia yang dinamakan 'Kings & Queen of Comedy Asia 2' di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 dan 19 November ini.

Upin & Ipin Temui Pengunjung Menara KL

Posted: 16 Nov 2011 10:39 PM PST

KUALA LUMPUR: Karektor Upin & Ipin akan berada di perkarangan Menara Kuala Lumpur sempena cuti sekolah pada 19 November hingga 2 Januari depan.

Penyelaras Media dan Persembahan Menara KL, Suhaily Sahad berkata penampilan khas tersebut merupakan salah satu program istimewa kepada pengunjung Menara Kuala Lumpur selain beberapa lagi aktiviti menarik.

"Penampilan dua karektor ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Selain daripada itu, para pengunjung juga berpeluang untuk mendaftar sebagai ahli Upin & Ipin dengan setiap pembelian tiket kunjungan ke Menara Kuala Lumpur dengan harga RM15.00.

"Dengan setiap pembelian tiket ini, para pengunjung layak untuk menyertai peraduan Sayang Menara Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh pihak Menara Kuala Lumpur dan berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM10,000.00," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, Rabu.

Selain aktiviti dan promosi yang ditawarkan, Menara Kuala Lumpur juga memperkenalkan tarikan baru iaitu XD Theater yang menawarkan pergerakan simulasi 6D yang mengjangkaui masa, ruang dan imiginasi.

Tarikan berinovatif ini ditawarkan dengan harga RM18.00 seorang dan hanya bersesuaian untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas sahaja.

Untuk keterangan lanjut sila rujuk lampiran atau hubungi 2020 5444 atau layari laman www.menarakl.com.my.

‘Parit Jawa’ Bukan Sekadar Isu Berebut Tanah

Posted: 16 Nov 2011 10:38 PM PST

Antara babak melibatkan Eman Manan (kanan) dan Zahiril Adzim dalam Parit Jawa.

KUALA LUMPUR: Supertelefilem, Parit Jawa yang bakal disiarkan di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat (saluran 952) pada Disember ini bukan sekadar memaparkan tentang isu berebut tanah.

Malah menurut pengarahnya, Tunku Mona Riza Tengku Khalid, 44, ceritanya turut menggarap mesej kepada masyarakat hari ini supaya menjaga amanat yang diberikan oleh ibu dan bapa.

"Pada mulanya, saya menolak untuk mengarah cerita tentang isu berebut tanah ini kerana pada saya cerita sebegini sudah banyak kali disiarkan di televisyen.

"Tetapi setelah berbincang dan berdebat dengan pihak yang menyumbangkan idea asal cerita ini, Saniboey Mohd Ismail, baru saya bersetuju apabila kami mula menokok tambah cerita asal itu menjadi lebih menarik dan berlainan daripada cerita yang ada sebelum ini," katanya sewaktu sidang media selepas tayangan Parit Jawa di GSC Signature, Gardens, di sini, Rabu.

Ini merupakan telefilem kedua yang diarahkan oleh Mona selepas telefilem Uri yang disiarkan di saluran yang sama.

Mona mempunyai pengalaman mengarah iklan dan berkhidmat dalam bidang periklanan selama 20 tahun sebelum mendalami bidang perfileman di New York Film Academy, Los Angeles pada 2004.

Menyentuh Parit Jawa yang turut menggunakan salah sebuah nama tempat di Muar, Johor, Mona mempunyai dua sebab mengapa kehidupan masyarakat Jawa yang diangkat sebagai latar belakang cerita ini.

"Saya mempunyai alasan kuat tentang kehidupan orang Jawa dan lokasi Parit Jawa yang dipilih kerana yang pertama, dalam sejarah ada menceritakan tentang kebanyakan orang Jawa yang menetap dan menerokai tanah di Parit Jawa.

"Seperkara lagi adalah burung botak di pantai di Parit Jawa yang semakin pupus jika pantai itu tidak dijaga oleh masyarakat tempatan," jelasnya.

Mona juga berasa agak bertuah apabila mendapat kerjasama daripada para pelakon hebat seperti Ruminah Sidek, Eman Manan, Zahiril Adzim, Nam ron, Ghazali Abu Noh, Jalil Hamid, Safura dan Rashidah Jaafar.

"Dalam masa dua minggu selepas memberikan tawaran, setiap pelakon memberikan persetujuan.

"Cuma masalah yang dihadapi pada mulanya adalah untuk membuat jadual penggambaran kerana ada di antaranya yang sibuk dengan kerja masing-masing.

"Tetapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setelah mendapat persetujuan daripada mereka," ujarnya lagi.

Selain dapat menonton supertelefilem ini, pelanggan Astro Box Office Movie Tayangan Hebat juga berpeluang menonton filem Hindustan berjudul Chillar Party, filem Catch Me I'm In Love (Filipina), filem The Nutcracker (United Kingdom), Haunted (India), The Cinderalla (Thailand) dan Kuntilanak Kesurupan (Indonesia) pada harga RM9.95.

AirAsia Lancar Program Pengembaraan

Posted: 16 Nov 2011 10:37 PM PST

Edd (Tiga dari kiri) bersama Maya semasa pengambaran Travelog AirAsia di Perancis.

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia melancarkan sebuah program bercorak pengembaraan, Travelog AirAsia, yang akan disiarkan di saluran TV3 pada pukul 7.30 malam bermula 20 November.

Rancangan 13 episod terbitan Primeworks Studios tersebut dihoskan oleh bekas pengurus selebriti tanah air yang kini kakitangan Air Asia, Edd Razhe atau dikenali sebagai Abang Edd bersama seorang artis tempatan dalam setiap episod.

Pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar berkata rancangan itu dihasilkan sempena sambutan ulang tahun syarikat penerbangan itu yang kesepuluh tahun ini.

"Pemilihan Edd sebagai pengacara adalah di atas latar belakangnya dalam industri hiburan selama 15 tahun serta berpengalaman luas menjadi pengurus artis popular seperti Maya Karin dan Yasin," katanya di majlis pelancaran tersebut.

Menurut Aziz lagi, rancangan tersebut diharap dapat membantu penonton memilih negara yang sesuai dengan citarasa masing-masing.

"Rancangan yang penuh dengan maklumat ini mungkin dapat mebantu penonton memilih apakah destinasi yang boleh dilawati apabila melancong di negara yang dipertontonkan," katanya.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar menjelaskan kerjasama yang dibuat sebelum ini antara AirAsia dan Media Prima dalam beberapa rancangan di TV3 mendorong pembikinan Travelog AirAsia.

"Rancangan ini mempunyai identiti tersendiri di mana para penonton TV3 dapat mengetahui destinasi-destinasi AirAsia dan AirAsia X serta rangkuman produk yang dapat memenuhi permintaan mereka apabila bercuti di luar negara," katanya.

Selain Paris yang menjadi destinasi pertama, Travelog AirAsia juga memaparkan destinasi-destinasi menarik di Hanoi, Vietnam, Jogjakarta, Macau, Hong Kong, Tehran, New Delhi, Guilin dan beberapa lagi destinasi penerbangan syarikat tersebut.

Antara selebriti tanah air yang turut menjayakan rancangan yang menjalani pengambaran sepanjang September lalu ialah Maya Karin, Juliana Evans, Linda Hashim, Elfira Roy, Julia Ziegler dan beberapa artis yang lain.

Rihanna Dicemuh Peminat

Posted: 16 Nov 2011 10:36 PM PST

WALAUPUN mempunyai ramai peminat, penyanyi Rihanna (gambar) tetap dicemuh peminat kerana terlambat menghadiri konsert.

Menurut The Sun, penyanyi berusia 23 tahun itu terlambat menjayakan konsert di Arena 02, London pada Isnin lalu.

Konsert yang sepatutnya bermula pada pukul 9 malam itu terpaksa ditunda ke pukul 9.55 malam kerana kelambatannya.

Bagaimanapun, apabila konsert itu bermula, ia tidak memukau peminat kerana Rihanna kelihatan tidak bersungguh-sungguh menghiburkan penonton. Akhirnya, penonton pulang dengan perasaan kesal dan mengecewakan.

"Peminat sama sekali tidak seronok apatah lagi terhibur dengan konsert seperti itu. Apabila dia membuat persembahan, penampilannya dilihat kurang memuaskan," kata salah seorang sumber kepada The Sun, Rabu.

Pengalaman terlambat konsert seperti ini bukanlah suatu perkara baru kepada Rihanna. Sebelum ini, dia pernah beberapa kali melakukan perkara yang sama dan memohon maaf kepada peminatnya.

Sesi model serah tubuh

Posted: 16 Nov 2011 10:35 PM PST

KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal 'mengumpan' mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.

Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.


"Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian.

‘Pilihan saya tepat’

Posted: 16 Nov 2011 10:33 PM PST

BAHAGIA...Noor Mahayu di sisi suaminya, Mat
BAHAGIA...Noor Mahayu di sisi suaminya, Mat

TANAH MERAH: "Saya bahagia. Walaupun hanya mengenali suami ketika diijabkabulkan Jumaat lalu, dia kelakar dan mudah bertolak ansur," akui Noor Mahayu Shamsuddin, 26, yang bertemu jodoh dengan warga emas berusia 64 tahun.

Menurutnya, dia tidak mengenali Mat Ibrahim, imam Masjid Mukim Bechah Laut di sini, sebelum ini kerana semuanya diuruskan keluarga.


"Semuanya keluarga yang aturkan dan saya hanya tahu bakal suami imam. Hanya dalam tempoh tiga minggu dirisik, saya selamat diijabkabulkan," katanya.

Menurut Noor Mahayu, keputusannya berkahwin dengan lelaki 38 tahun lebih tua daripadanya yang juga duda dibuat atas kerelaan sendiri, tanpa paksaan sesiapa.


"Nasihat ayah yang paling utama. Saya buat keputusan tepat (berkahwin dengan Mat) memandangkan dia mempunyai latar belakang agama yang baik dan perkahwinan ini juga sangat istimewa bagi saya.


"Saya hanya melihat wajah suami ketika dinikahkan dan baru sedar saya pernah melihatnya di hospital ketika menjaga arwah ibu yang ketika itu sakit, dua bulan lalu," katanya ketika ditemui bersama suaminya di Kampung Baru, Bechah Laut, semalam.

Noor Mahayu berkata, dia juga mahukan anak ramai seperti diinginkan suaminya bagi menyambung zuriat mereka.


Sebelum ini, anak bongsu daripada tujuh beradik itu pernah bekerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit saraf. Ibunya bagaimanapun meninggal dunia, dua bulan lalu.

Noor Mahayu turut berkorban menjaga bapanya yang cacat kaki akibat kencing manis.


"Selain menjaga ayah, kini saya turut menjaga suami tercinta," katanya ceria.


Semalam, muka depan Harian Metro melaporkan, perkahwinan Noor Mahayu dan Mat yang diibaratkan perkahwinan selebriti apabila bernikah pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.


Pasangan itu selamat dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11 di sini, dengan wang hantaran RM5,011.


Majlis resepsi mereka diadakan kelmarin dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung selain diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

Janji peluk Islam kebas RM60,000

Posted: 16 Nov 2011 10:32 PM PST

KUALA LUMPUR: Bermodalkan ikrar memeluk Islam dan berjanji untuk berkahwin menyebabkan seorang duda berusia 55 tahun sanggup menyerahkan wang tunai simpanannya berjumlah RM60,000 secara berperingkat kepada seorang wanita kulit putih bersama peguamnya, sejak awal bulan lalu.

Pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 55, berkata, wanita warga Amerika Syarikat itu dikenali sebagai Anne mendakwa bekerja di syarikat penggali minyak berpangkalan di Labuan, Sabah, sejak 22 Oktober lalu.


Menurutnya, hasil perkenalan dan pertemuan pertama melalui rakannya itu, dia menjalin hubungan mesra bersama wanita berusia 30-an itu sebelum Anne menyatakan hasrat memeluk Islam hujung tahun ini.

Katanya, disebabkan yakin dengan niat ikhlas wanita itu yang juga boleh berbahasa Melayu, mangsa menceritakan mengenai wang simpanannya yang sudah mencecah RM60,000 dan wang itu akan digunakan untuk urusan perkahwinannya dengan wanita itu kelak.


"Bagaimanapun, pada 8 November lalu, Anne meminta pertolongan saya membayar RM2,500 untuk urusan satu surat sumpah kepada peguamnya yang akan membantu mendapatkan cek tuntutan berjumlah RM2.3 juta daripada majikannya," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Beliau berkata, disebabkan rasa sayang kepada wanita berkenaan, dia berurusan dengan peguam dimaksudkan Anne iaitu seorang lelaki rakyat tempatan yang kononnya mempunyai pejabat di Jalan Telawi, Bangsar, di sini untuk pembayaran wang itu.

"Wang itu dimasukkan ke akaun lelaki terbabit.


"Keesokannya, Anne meminta saya memasukkan lagi RM7,500 dan apabila saya menyatakan tidak mempunyai wang sebanyak itu, wanita itu merajuk.

"Disebabkan tiada pilihan lain, saya akur pada permintaan wanita terbabit dan lebih mengejutkan seminggu selepas itu, Anne meminta saya membayar RM50,000 pula untuk urusan pembayaran cukai kerajaan," katanya.


Menurutnya, wanita berkenaan menyatakan sebaik selesai membayar wang RM50,000 itu, dia akan datang ke Kuala Lumpur untuk majlis pertunangan mereka.


"Saya percaya dan menyerahkan wang berkenaan kepada setiausaha peguam itu dalam pertemuan di stesen bas berhampiran Pasar Seni.


"Malangnya Anne tidak jadi datang ke Kuala Lumpur seperti dijanjikan sebaliknya menghubungi saya untuk memasukkan pula RM27,000 ke dalam akaun peguam berkenaan untuk urusan sama.


"Disebabkan berasa kurang yakin, saya tidak menuruti permintaannya kerana duit simpanan saya juga sudah habis.


"Apabila saya meminta alamat penuh peguam berkenaan, dia mula memberi pelbagai alasan dan ketika itu baru saya sedar sudah tertipu. "Susulan itu, saya membuat laporan di Balai Polis Pantai untuk tindakan lanjut," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha sedang dijalankan untuk menjejaki kedua-dua suspek.

Cabar kemampuan diri

Posted: 16 Nov 2011 10:30 PM PST

SERIK...Almy akan fikir banyak kali jika dapat tawaran berlakon filem.
SERIK...Almy akan fikir banyak kali jika dapat tawaran berlakon filem.

BIARPUN hingga kini kisah percintaannya masih menjadi perhatian, namun ia tidak sedikit pun dipedulikan. Bagi pelakon jelita, Almy Nadia Aminuddin Shah atau mesra disapa Almy, 25, soal jodoh adalah ketentuan Tuhan dan jika ada takkan ke mana.

Untuk dia asyik mencanang kisah itu, lupakan saja. Apa yang lebih utama adalah perjalanan karier seni yang diceburinya memandangkan persaingan semakin sengit.
Kemunculan artis baru silih berganti, membuatkan Almy enggan leka.

  • Foto

    SERIK...Almy akan fikir banyak kali jika dapat tawaran berlakon filem.

  • Foto

    SERIK...Almy akan fikir banyak kali jika dapat tawaran berlakon filem.


Sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu lakonannya, Almy yang mula dikenali menerusi drama Dunia Baru di TV3 dengan watak antagonis, kini dilihat semacam beralih arah. Dia kerap muncul dalam drama mahu pun program TV bercorak komedi.

Terbaru, program Edisi Khas di TV3 bersama Johan Raja Lawak.

Apakah Almy seorang yang kelakar hingga dia tiada masalah menjiwai watak
komedi? Atau ini strategi Almy supaya dia terus bertahan?

Bersua dengannya pada sesi fotografi diadakan baru-baru ini, Almy memaklumkan dia berusaha menyahut apa saja cabaran bagi memastikan lakonannya semakin menonjol. Malah, tidak disangka dia boleh melakukannya.

"Saya sekadar mencabar kemampuan diri. Saya dapati, kebanyakan pelakon muda tanah air sekarang tak berani beraksi dalam komedi terutama artis wanita.

"Jadi, tidak salah saya mencuba dan syukur ia menjadi serta diterima baik penonton.

"Bahkan, saya memberanikan diri mengambil langkah ini selepas melihat kejayaan pelakon, Noorkhiriah yang boleh dijadikan contoh.

"Selama ini, Noorkhiriah dinilai sebagai pelakon air mata tetapi dia mampu raih anugerah Artis Komedi Wanita.

"Dalam soal ini, semuanya bergantung pada sejauh mana usaha seseorang dan keberanian menyahut cabaran.

"Saya pada mulanya tak yakin juga, tetapi apabila melakukannya sepenuh hati dan ikhlas, maka semua itu mampu diluah seperti kehendak pengarah.

"Bukan komedi saja, saya turut mencuba bakat dalam pengacaraan apabila dipilih menjadi hos program Labuci terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Berkonsepkan fesyen, ia dihasilkan sebanyak 13 episod.

"Pembabitan saya dalam pengacaraan dianggap 'rezeki terpijak' kerana saya tidak pernah terfikir akan mendapat ruang dan peluang untuk menonjolkan bakat ini (mengacara). Ditambah lagi, bidang pengacaraan bagi saya ialah sesuatu yang sukar," katanya.

Menurut Almy, agak perit juga menjadi pengacara kerana tidak mendapat rentak.
Namun, disebabkan perasaan ingin mencuba, dia tidak malu belajar. Kini, semua episod itu disiapkan dan Almy sangat berdebar.

Ujar Almy, sekalipun perasaannya risau tetapi dia mendapat satu lagi tawaran sebagai pengacara.

"Apapun, saya masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran itu. Saya memang berminat dalam pengacaraan, cuma jadual lakonan agak padat.

"Syukur sehingga kini, tawaran berlakon drama dan telefilem tidak putus diterima. Malah, jika tiada aral program Edisi Khas pun akan disambung lagi untuk musim kedua. Kemungkinan, saya akan terbabit juga dalam siri ini," katanya.

Menurutnya, dia tidak suka terlalu memilih. Baginya, setiap tawaran adalah rezeki.

Oleh itu katanya, lebih baik dia menerima dan tidak elok menolak rezeki kerana perlu bekerja keras untuk menyara keluarga.

Almy yang kini turut membesarkan seorang anak angkat perempuan berkata, menjadi tanggungjawabnya memberikan kehidupan baik kepada anak berusia dua tahun pada 6 November lalu.


Tidak mahu berlakon filem lagi

MENGAKUI masih menerima tawaran berlakon drama dan telefilem, tidakkah Almy memperoleh peluang untuk beraksi di layar perak lagi? Apakah filem kurang sesuai untuk dirinya dan Almy cukup selesa berlakon di skrin TV saja? Tidakkah dia rindu?

Tanpa berselindung dan dalam nada ceria, Almy yang pernah membintangi filem Nana Tanjung, Dunia Baru The Movie, Bisikan Ablasa dan Skrip 7707 berkata, dia sudah tidak mahu berlakon filem lagi.

Katanya, berdasarkan pengalaman lalu yang pernah dihadapi, serik untuknya membintangi filem.

Menurut Almy, keinginan berlakon filem sudah lenyap.

"Kalau ada pun peluang berlakon filem saya akan berfikir lebih 10 kali untuk menerimanya.

"Banyak benda yang akan saya nilai sebelum membuat keputusan menerimanya
kerana apa yang pernah dilalui dulu cukup menyakitkan.

"Perkara utama yang akan saya ambil berat dan fikirkan secara mendalam ialah berkaitan skrip. Lakonan bagaimana yang perlu saya lakukan dan semuanya akan diambil kira. Dalam soal ini, saya bukan mahu tunjuk bagus tetapi berhati-hati.

"Saya tidak mahu kejadian lama berulang lagi. Apa yang sudah berlaku itu, saya biarkan saja berlalu dan lebih selesa berdiam diri menghadapinya. Semua itu kini dijadikan sempadan dan saya cukup berhati-hati dalam membuat keputusan," katanya.

Menyentuh soal percintaannya dengan pelakon Fizz Fairuz, Almy berkata dia tidak mahu lagi terlalu bercerita mengenai perkara itu. Ujarnya, banyak hati yang perlu dijaga dan sekarang, dia lebih selesa hanya membicarakan perkembangan karier yang menjadi tumpuannya.



PROFIL:

NAMA: Almy Nadia Aminuddin Shah
TARIKH LAHIR: 27 April 1986
USIA: 25 tahun
ASAL: Ipoh, Perak
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon/Pengacara

FILEM: Nana Tanjung, Dunia Baru The Movie, Bisikan Ablasa, Skrip 7707, Jangan Tegur, 4 Madu

DRAMA: Antaranya Janji Kekasih, Dunia Baru, Jelatang, Mat Jenin, 25 Hari Menghitung Duka, Rumah Mak, Mertua Vs Menantu, Jangan Pandang Belakang, Opah Popular, Pantun, Cinta Debut, Cerita Hantu Malam Raya, Janji Kekasih, Jangan Bunuh Matahariku, Mami, Dalca & Georgetown, Cinta Otai, Langit Semalam, 3 Mawar Dara, Lembu Lawan Lembu dan Dia Atilia, Cinta Berkalung Duri.

KOMEDI: Edisi Khas (TV3), Budak Kolej (TV9)
PROGRAM TV: Labuci (RTM)

Didenda RM2.39j edar DVD animasi

Posted: 16 Nov 2011 10:29 PM PST

RAMPAS...antara DVD animasi Jepun yang dirampas KPDNKK daripada syarikat terbabit.
RAMPAS...antara DVD animasi Jepun yang dirampas KPDNKK daripada syarikat terbabit.

KUALA LUMPUR: Gara-gara mengeluar dan mengedar cakera video digital (DVD) pelbagai filem animasi Jepun tanpa kebenaran sah kira-kira tiga tahun lalu, sebuah syarikat swasta didenda RM2.39 juta, semalam.

Nilai hukuman itu dianggap rekod terbesar tahun ini membabitkan denda tertinggi dijatuhkan Mahkamah Sesyen Harta Intelek kepada syarikat pengilang swasta berhubung pengeluaran DVD cetak rompak. Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan berkata, Syarikat EF Industries (M) Sdn Bhd didapati bersalah memiliki 1,195 salinan langgaran filem DVD berkenaan pada 24 Mac 2008.


Semua langganan salinan DVD cetak rompak itu yang bernilai RM120,000 dirampas KPDNKK dari syarikat terbabit hasil aduan syarikat pengedar sah yang tidak pernah memberi hak terhadap syarikat EF Industries (M) Sdn Bhd bagi mengeluarkan DVD itu ke pasaran.

Hasil perbicaraan dijalankan semalam, hakim Mahkamah Sesyen Harta Intelek di Jalan Duta, di sini, Hasbi Hassan mensabitkan kesalahan syarikat itu mengikut Seksyen 41 (1)(d) Akta Hak cipta 1987 iaitu memiliki bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian atau domestik.


Susulan itu, pihak syarikat yang beribu pejabat di Pandan Perdana, di sini, dijatuhkan hukuman denda berat RM2.39 juta.


Perbicaraan kes lebih setahun itu dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Fahirah Norjihan Mokhtar.

Menurutnya, tindakan dan hukuman berat dikenakan itu sejajar dengan matlamat KPDNKK Wilayah Persekutuan dalam memerangi kegiatan pengilangan atau penjualan DVD cetak rompak di pasaran.


"Operasi menjejaki sindiket atau syarikat swasta berlesen yang menghasilkan DVD cetak rompak terus dipergiatkan bagi memastikan ia dibendung," katanya.

Bieber oh Bieber!

Posted: 16 Nov 2011 10:27 PM PST

bieber

Seiring populariti, Justin Drew Bieber, atau lebih dikenali dengan Justin Bieber, 17, tidak pernah lekang dari kontroversi menghambat dirinya.

Bermula dengan kisah cintanya bersama penyanyi, Selena Gomez, Bieber kembali dihimpit dengan kisah anak luar nikahnya bersama salah seorang peminat.

Wanita bernama Mariah Yeater, 20 tahun itu, mendakwa anak lelakinya, Tristyn Anthony Markhouse Yeater, yang dilahirkan pada 6 Julai lalu, anak kepada Bieber hasil hubungan intim mereka selama 30 saat selepas konsertnya di Staples Center, 25 Oktober 2010.
Menerusi saman difailkan pada 31 Oktober lalu, Yeater meminta Bieber, 17, membayar nafkah dan kos perbelanjaan bayi mereka.

Pelbagai reaksi diterima peminat Bieber, namun ramai menyifatkan kontroversi itu, sebagai salah satu cara 'membunuh' kariernya.

Walaupun masih terkejut, Bieber tidak mudah melatah dan masih mampu memberikan penjelasan menerusi Twitternya. Menurut Bieber, kontroversi itu tidak akan menggugat kariernya sebagai penyanyi.

"Saya tidak akan mempedulikan khabar angin itu dan fokus kepada apa yang saya sukakan. Nilailah saya menerusi muzik saya. Saya sayangkan anda semua," kata penyanyi yang popular dengan lagu Baby ini.

Tidak mahu isu itu terus berlarutan, Bieber, membuat keputusan menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) untuk membuktikan dia bukanlah bapa kepada bayi itu.

Bagaimanapun, sekiranya ujian positif, Bieber harus membayar hampir RM900,000 sebagai kos saraan bayi itu setiap bulan.

Salena gomez bawa diri?

Sejak tersebarnya berita itu, Salena Gomez seakan menyembunyikan diri. Ramai bertanya-tanya, apakah reaksi pelakon Monte Carlo ini, sebaik mendapat tahu berita itu. Pelbagai spekulasi mula timbul mengenai hubungan mereka kini. Ada segelintir pihak mendakwa hubungan mereka semakin retak, sementelah lagi pasangan ini pernah dikhabarkan putus cinta sebelum ini. Dengan tercetusnya kontroversi baru ini, pastinya akan menggugat lagi hubungan mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini, baik Bieber atau Gomez, dilihat jarang bersama dan masing-masing menyibukkan diri dengan karier seni.

Mengimbau kisah percintaan mereka, Bieber dan Gomez, mula menjalin hubungan sekitar awal tahun lalu. Saling terpesona antara satu sama lain, hubungan mereka dilihat semakin serius dari hari ke hari. Malah apa saja mereka lakukan akan menjadi perhatian media.

Bagaimanapun, hubungan mereka bukannya disenangi semua orang, terutamanya peminat fanatik Bieber, yang sanggup membuat ugutan bunuh kepada Selena dan memberi amaran agar menjauhkan diri dari Bieber.

Namun, hubungan cinta mereka terlalu kuat dan sehingga kini masih lagi bergelar pasangan kekasih. Bagi Selena juga, ia bukanlah sesuatu masalah yang besar baginya kerana Bieber, sememangnya digilai ramai wanita.

Bermula dengan Youtube

Penglibatan Bieber dalam industri muzik adalah sesuatu di luar jangkaannya, kerana ia berlaku begitu cepat. Sebelum bergelar artis, Bieber hanya menyanyi untuk pertandingan di sekolah sahaja.

Berasal daripada keluarga sederhana, ibunya, Mallette, menjadi pembakar semangatnya untuk terus berusaha mencapai cita-cita.

Ketika Bieber menyertai pertandingan nyanyian di Stratford, ibunya merakam persembahan itu dan memuat naik ke laman Youtube, untuk berkongsi dengan ahli keluarganya.

Secara tidak langsung, video itu dilihat oleh, Scooter Braun dan dia berminat untuk menjadikan Bieber sebagai penyanyi. Braun meminta Bieber agar menemui penyanyi, Usher di Atlanta, Georgia.

Bieber ditawarkan menjadi artis rakaman, Island Records, pada 2008 dan sejak itulah kehidupannya mula berubah. Single pertamanya, One Time dilancarkan pada 2009 membuahkan hasil, apabila tersenarai dalam Top 10 carta di Canada, dan tujuh lagi negara lain.

Baby adalah lagu yang paling popular dan mendapat sambutan paling memberangsangkan menerusi album dan juga muat turun di laman Youtube.

Seterusnya, pada 2009 juga, album My World Tour, telah diperkenalkan dan berjaya mendapat sijil Platinum di Amerika Syarikat. Selepas itu, Bieber muncul dengan album My Worlds Acoustic dan Never Say Never pada tahun ini.

Sepanjang penglibatannya dalam industri muzik, Bieber berjaya merangkul beberapa anugerah termasuk, Pemenang American Music Award 2010, Best New Artist dan Best Pop Vocal Album di Grammy Award yang ke-53.

Bijak bahagi masa

Posted: 16 Nov 2011 10:27 PM PST

adilla

Menawan! Itulah boleh digambarkan terhadap wanita ini, ketika hadir di sesi fotografi bersama Zass. Lebih bermakna, keempat-empat anaknya turut hadir memeriahkan sesi fotografi ini. Jelas tergambar kegembiraan di wajahnya, sekali gus melambangkan kebahagiaan rumah tangganya.

Walaupun jarang mendengar berita mengenainya, namun peminat seni tempatan, tidak mungkin melupakan kehadirannya dalam bidang seni suara. Mempunyai cara tersendiri ketika melangkah ke dunia seni membuatkan dia berjaya mencipta nama sekali gus mendapat perhatian oleh peminatnya.

Lagu Bukan Aku Tak Cinta, nyanyian asal kumpulan Iklim nyata berjaya menyemarakkan namanya dalam bidang ini. Namun, apabila dia mula dikenali sebagai penyanyi, pemilik nama Fadzillah Idris, 39, tiba-tiba menyepikan diri.

Sehinggalah pada tahun lalu, penyanyi lebih dikenali menerusi nama Adilla, ini kembali mengubat rindu peminat dengan melancarkan album bergenre keroncong memuatkan lima buah lagu dinyanyikan semula mengikut versinya sendiri. Antaranya dimuatkan, Fantasia Bulan Madu, Permaidani, Srikandi Cintaku, Bukan Aku Tak Cinta dan Sepi Sekuntum Mawar Merah.

Mengakui bahagia dengan kehidupan dan rumah tangga yang didirikan sejak 15 tahun lalu, Adilla berkata, dia tidak pernah memberikan alasan rumah tangga antara sebab dia terpaksa meninggalkan dunia seni buat sementara.

Menurutnya, sokongan suami tercinta, Tengku Ngah Putera Tengku Ahmad Tajudin,43, terhadap karier seni, sentiasa berterusan walaupun sudah mendirikan rumah tangga.

"Memanglah di awal perkahwinan, suami bimbang sekiranya saya tidak dapat membahagikan masa untuk keluarga dan anak-anak. Namun dia tidak pernah menghalang saya bergiat aktif dalam bidang ini. Dia seorang suami yang memahami dan saya bersyukur dia menjadi bapa kepada anak-anak yang saya miliki kini.

"Bagaimanapun, atas rasa tanggung jawab dan memikirkan anak-anak masih kecil ketika itu, saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dalam bidang ini buat seketika. Sekarang apabila anak-anak semakin membesar saya mempunyai lebih banyak masa untuk fokus kepada kerjaya," kata ibu kepada Tengku Indra Iskandar,13 Tengku Indra Muzaffar, 9, Tengku Indra Zulkarnain, 7, dan Tengku Putri Rania, 3 tahun.

Ujarnya, sepajang tempoh itu, walaupun tidak mengeluarkan album, dia masih mendapat undangan persembahan di majlis makan malam sekitar negeri.

"Alhamdulillah, saya masih diterima dalam bidang nyanyian. Biasanya saya akan terima tawaran sekiranya tidak mempunyai sebarang agenda bersama keluarga. Jika tidak saya terpaksa menolaknya kerana keluarga tetap diutamakan," katanya yang masih dalam perancangan menyiapkan beberapa lagu baru.

Miliki gimnasium

Bukan sahaja bergiat aktif dalam bidang nyanyian, tetapi wanita jelita ini turut mempunyai perniagaan sendiri berkonsepkan kesihatan. Bermula dengan usaha untuk menguruskan badan selepas melahirkan anak sulungnya, Adilla berbangga kerana aktiviti senamrobik yang disertai lebih 10 tahun lalu, membuka ruang kepadanya mendalami bidang terbabit.

Setelah memperoleh, Sijil Jurulatih Senaman Bertauliah, daripada Kementerian Belia dan Sukan dan dilantik sebagai jurulatih senaman, Adilla mengambil keputusan membuka sebuah gimnasium diberikan nama Adilla Fitness Studio terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

"Impian saya sudah tercapai. Bahkan saya baru sahaja selesai melancarkan buku kesihatan iaitu Fit Adilla. Buku tersebut mengandungi pelbagai faedah bersenam. Idea untuk menghasilkan buku ini pula datangnya daripada rakan yang melihat saya meminati bidang
senamrobik," katanya.

Ditanya adakah masanya semakin terhad bersama keluarga, Adilla tersenyum penuh makna.

"Sebenarnya gimnasium yang diusahakan ini terletak di sebelah rumah sahaja. Jadi saya tidak mempunyai masalah untuk membahagikan waktu sama ada bersama keluarga atau kerjaya. Bahkan aktiviti nyanyian hanya dipenuhi jika mempunyai masa yang sesuai," katanya.
Ujarnya, seperti ibu-ibu lain dia turut menentukan masa bersama anak-anak. Setiap hari rutinnya berjalan seperti biasa.

"Pada sebelah pagi saya menyiapkan anak-anak ke sekolah. Selepas mereka balik daripada sekolah, barulah saya meneruskan aktiviti sebagai cikgu senamrobik pada sebelah petang. Saya juga telah tetapkan waktu untuk aktiviti lain hanya pada sebelah petang dan malam.

"Saya tidak mahu anak-anak merasa terabai lebih-lebih lagi ketika ini mereka sedang bersekolah. Jadi fokus kepada anak-anak tidak pernah terganggu walaupun saya mempunyai banyak aktiviti luar," katanya yang menetapkan masa hujung minggu sebagai hari bersama keluarga.

Tidak halang kerjaya anak

Bercerita mengenai anak-anaknya, Adilla, mengakui mereka juga cenderung meminati bidang muzik sejak kecil lagi.

Menurutnya, anak-anaknya kini semakin menunjukkan minat terhadap peralatan muzik.

"Iskandar minat main dram, Muzzafar pula lebih kepada keyboard, manakala Rania gemar menari. Pantang mendengar muzik, pasti dia akan menari. Buat masa sekarang, saya upah guru muzik datang ke rumah setiap minggu untuk mengajar anak-anak bermain muzik.

"Saya tidak pernah menghalang sekiranya mereka memilih bidang seni sebagai kerjaya suatu hari nanti. Saya pasti darah seni akan mengalir dalam diri mereka. Sekiranya satu hari nanti mereka bergelar insan seni, sebagai ibu saya sentiasa mendoakan mereka menjadi yang terbaik," katanya.

Petua keluarga bahagia

Tempoh 15 tahun adalah jangka masa yang panjang bagi sesebuah rumah tangga itu bertahan. Walaupun Adilla bukanlah suri rumah tangga sepenuh masa namun dia tetap berbangga kerana berjaya menjadi yang terbaik di mata suami dan anak-anak.
Ketika ditanya apakah petua kebahagiaan rumah tangga, sekali lagi, Adilla tersenyum lebar.

"Tiada apa-apa petua sebenarnya. Sebagai isteri dan ibu saya menjalankan tanggung jawab yang seharusnya dilakukan oleh golongan seperti kami dengan ikhlas sama seperti orang lain. Apa yang penting masa bersama mereka perlu diletakkan sebagai perkara yang paling penting dalam kehidupan sesebuah rumah tangga itu.

"Selagi tidak mengganggu masa bersama mereka, barulah saya melakukan aktiviti lain dengan tenang. Bagaimanapun, saya sentiasa bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia," katanya yang suka meluangkan masa menonton wayang dan bercuti bersama keluarga.

Tiada kompromi guru besar rasuah

Posted: 16 Nov 2011 10:22 PM PST

guru besar rasuah

BATU PAHAT – Kemen­terian Pelajaran tidak akan berkompromi dan bersedia mengenakan tindakan terhadap warga kementeriannya termasuk guru besar jika mereka didapati bersalah terlibat rasuah.

Timbalan Menteri Pela­jaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, bes diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa semua yang terlibat ke muka pengadilan.

Bagaimanapun katanya, kementerian perlu terlebih dahulu menunggu hasil siasatan SPRM dan keputusan mahkamah, sebelum membuat sebarang tindakan susulan.

"Kementerian tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tatatertib tegas kepada guru berkenaan jika terbukti bersalah," katanya selepas menyerahkan bantuan persekolahan RM100 peringkat negeri kepada 600,000 pelajar, semalam.

Jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM60 juta.

Mohd Puad mengulas laporan media berhubung seorang guru besar sekolah rendah di Kajang, Selangor ditahan SPRM berkaitan dakwaan meminta suapan daripada pengusaha kantin.

Katanya, guru besar berusia lingkungan 50-an yang baru setahun berpindah ke sekolah itu, ditahan semasa menerima wang daripada pengusaha terbabit di pejabatnya.

"Semua penjawat awam tanpa mengira jawatan tidak boleh terlibat dengan rasuah. Justeru tidak timbul sama ada kuasa yang terlalu besar diberikan kepada guru besar menyebabkan golongan itu mudah mengambil suapan.

"Pemberian tender kantin sekolah diputuskan mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan guru besar, bermakna keputusan tersebut bukan dibuat hanya oleh guru besar terbabit.

"Semua orang ada bidang kuasa masing-masing jadi tidak timbul soal dia ada kuasa yang besar dan sebagainya. Kalau dia tak ada kuasa, susah pula hendak bertugas sebagai guru besar atau pengetua," katanya.

Beliau berkata, rasuah bukan setakat menerima suapan malah menyalah guna kuasa juga adalah rasuah.

Ahli Genki 7 akan dipanggil semula

Posted: 16 Nov 2011 10:21 PM PST

polis

IPOH – Seramai 33 pelajar tingkatan lima yang terlibat dalam rekrut ahli baru kumpulan Genki 7 Malaysia di sebuah resort dekat Teluk Batik, Lumut, Sabtu lalu, akan dipanggil semula untuk melengkapkan siasatan polis selepas peperiksaan Sijil Pela­jaran Malaysia (SPM) ber­a­khir.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mereka adalah sebahagian dari 180 individu yang ditahan selepas menghadiri perhim­punan itu menerusi jemputan melalui laman sosial.

Menurutnya, polis masih menyiasat motif sebenar perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan yang tidak didaftarkan itu selain tidak mempunyai permit polis.

"Mereka (pelajar) dibebaskan dengan budi bicara untuk beri peluang menduduki peperiksaan. Namun, polis akan mengesan mereka kembali bersama keluarga untuk teruskan siasatan," katanya selepas Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, tiga penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan akan dilaporkan ke ketua jabatan masing-masing untuk tindakan disiplin.

"Kumpulan berkenaan diketuai seorang lelaki berusia 40-an dan mereka pernah menganjurkan perhimpunan sama di Tapah pada Oktober lalu dan polis menahan 107 individu," katanya.

Katanya, remaja turut diingatkan tidak terpedaya dengan jemputan dari laman sosial bagi mengelakkan mereka terlibat dalam perjumpaan yang menyalahi undang-undang.

Sementara itu, beliau berkata, polis mencari tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes bunuh warga Pakistan yang dipercayai dipukul di Pulau Pinang sebelum di humban dari jambatan di KM 8.9, Jalan Gerik, Kupang, Gerik, 17 Oktober lalu.

Mohd Shukri berkata, satu pasukan dibentuk dan berjaya menahan tiga warga tempatan dan dua warga asing berusia 30-an sekitar Kulim dan Sungai Petani, Kedah, minggu lalu.

"Mereka yang dicari bagi membantu siasatan ini ialah Nijali Pakker Mohammad@Zali yang mempunyai dua alamat terakhir iaitu di kuaters Hospital Baling dan Taman Cengal Jaya, Sungai Petani, kedah. Dia memegang kad pengenalan 751009-02-5851. Manakala Mohamad Sukri Shake Husin@Sukri@Zam, memegang kad pengenalan 830806-02-5657, alamat terakhir di Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah.

"Individu ketiga adalah warganegara Bangladesh iaitu Shahid@Shahin berusia 30-40 tahun berlamat terakhir di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah," katanya.

PIBG jangan potong duit bantuan RM100

Posted: 16 Nov 2011 10:19 PM PST

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Timbalan Per­dana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Ba­pa dan Guru (PIBG), supaya tidak me­motong wang bantuan persekolahan RM100 diberikan kerajaan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG ber­buat demikian supaya segera me­mulangkan kepada pelajar.

Sambil menyifatkan tindakan itu tidak wajar, Muhyiddin berkata, ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga.
"Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah pastikan RM100 ini, diberikan, jangan kurang satu sen pun...ini keputusan kerajaan.

"Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak menyalahkan kerajaan kerana dikatakan `cakap lain, buat lain'," katanya selepas majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan, semalam.

Sebanyak RM550 juta diperun­tukkan bagi melaksanakan program itu.

Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.

Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.

"Perdana Menteri sudah sebutkan, Tim­balan Perdana Menteri pun sudah beri­tahu, dapat RM100, kenapa bawa ba­­lik RM50? Ini adalah komitmen Per­dana Menteri hendak tolong rak­yat, ri­ngankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong, makin ter­be­banlah rak­­yat," katanya.

Rogol dalam kontena

Posted: 16 Nov 2011 10:18 PM PST

rogol anak

KUALA TERENGGANU - Angkara terlalu mengikut nafsu, seorang duda kepada tiga anak sanggup menjadikan gadis bawah umur yang baru dikenali tiga minggu sebagai pemuas nafsu dengan merogolnya di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun, 4 Julai lalu.

Bagaimanapun, natijah perbuatan terkutuk Jefri Hisham Devandass, 31, dari Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu itu terbalas setelah dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 4 Julai lalu antara jam 8.45 malam sehingga jam 9 malam di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun didakwa telah merogol seorang gadis bawah umur, 15 tahun 5 bulan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah menarik tangan mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan memaksa masuk ke dalam kontena tersebut lalu bertindak membuka pakaian mangsa.

Sejurus berbuat demikian, tertuduh telah merogol mangsa di atas katil di dalam kontena tersebut kira-kira lima minit.

Mangsa berjaya melarikan diri selepas tertuduh beredar dari lokasi kejadian sebaik sahaja merogolnya dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Dungun dengan ditemani ahli keluarganya.

Laporan perubatan turut mendapati ada kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa. Rentetan laporan dibuat, tertuduh berjaya ditangkap pada 9 November lalu kira-kira jam 10.45 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Kampung Kebor Air Manir, di sini.

J-Lo guna kelebihan tubuh ‘tambat’ teman lelaki baru

Posted: 16 Nov 2011 10:16 PM PST

SEDANG SERONOK...J-Lo dilihat berpesta baru-baru ini.
SEDANG SERONOK...J-Lo dilihat berpesta baru-baru ini.

LOS ANGELES: Pemuda yang kini menjadi pacar terbaru Jennifer Lopez (J-Lo) mendakwa, penyanyi dan pelakon jelita itu mempunyai selera seks yang sukar dipuaskan.

Menurut Casper Smart, J-Lo memang memiliki tubuh badan awet muda walaupun usianya kini 42 tahun.


"Dengan susuk tubuh menggiurkan itu, dia tidak pernah ragu atau bimbang menggunakannya," katanya.

Bekerja sebagai penari, Smart, 24, menjadi sebahagian daripada anggota rombongan J-Lo mengembara ke serata dunia dalam program konsert jelajah penyanyi terbabit enam bulan lalu.


Bagaimanapun, hubungan mereka semakin intim beberapa minggu lalu dan mula keluar bersama untuk lebih saling mengenali.


Pasangan itu dilihat berpesta di Las Vegas dan pulang ke hotel bersama beberapa hari lalu.

Rakan Smart berkata, penari itu mengagumi bentuk tubuh J-Lo.


"Bagi Smart, J-Lo memiliki bentuk badan jauh lebih baik berbanding mana-mana wanita yang pernah dikenalinya," katanya.

Bagi Smart, kata sumber itu, tubuh J-Lo seperti gadis berusia 20 tahun.


Mengenai hubungan terbaru itu, sumber terbabit berkata, tidak dapat dipastikan sejauh mana J-Lo akan berpacaran dengan Smart.


"Pada dasarnya, mereka berkawan hanya kerana seks, tetapi Smart teruja untuk mencuba nasib memanjangkan hubungan mereka lebih daripada sekadar itu," katanya.


Sumber di pihak J-Lo pula mengesahkan mereka kini berada di tahap "bergembira" dan mula berpacaran.


Sumber berasingan berkata, J-Lo jelas tidak mampu menahan dirinya daripada kekacakan Smart walaupun di antara mereka ada jurang perbezaan 18 tahun, selain tidak banyak persamaan di antara mereka.


"Tetapi tiada siapa perlukan kata-kata apabila fizikal anda mempunyai keserasian?" katanya.


Ibu kepada dua anak, J-Lo berpisah dengan penyanyi Marc Anthony, 43, empat bulan lalu selepas tujuh tahun berumah tangga.

Cuba bedak asas di rahang

Posted: 16 Nov 2011 10:14 PM PST

ANGGUN...keserasian warna kulit dan rona alat solek akan memberikan penampilan yang segar kepada wanita.
ANGGUN...keserasian warna kulit dan rona alat solek akan memberikan penampilan yang segar kepada wanita.

SERING KALI kita bertanya mengapa solekan yang dikenakan seseorang wanita itu nampak molek saja, tidak terlalu tebal, berminyak dan semula jadi, pada hal dia berkulit gelap?

Mengapa pula setiap kali memakai bedak asas selepas satu jam kulit sudah berminyak, wajah berbelak sehingga adakalanya terdapat tompokan putih di sekitar wajah. Keadaan ini amat meresahkan sehinggakan kita berasa kurang yakin untuk bersolek lantas membiarkan wajah kusam tanpa sebarang solekan.

  • Foto

    SEBELUM...memiliki kulit sawo matang dan bentuk muka bulat dan berisi.

  • Foto

    MATA...pilih warna gelap seperti coklat digabungkan dengan keemasan atau perang bagi menyerlahkan keaslian wajah.

  • Foto

    BAYANGAN...bagi menutup kekurangan gunakan bayangan bagi mengecilkan wajah.

  • Foto

    CERAH....model memiliki kulit cerah tanpa sebarang cela.

  • Foto

    BEDAK ASAS...harus menggunakan bedak asas sesuai warna kulit bagi mendapatkan kesan sekata serta semula jadi.

  • Foto

    TERANG...gunakan pembayang mata terang biru kehijau-hijauan sesuai warna kulit.

Ramai wanita tidak tahu pemilihan warna kosmetik amat penting bagi menyerlahkan penampilan. Bermula daripada bedak asas, pembayang mata sehingga gincu, ia memerlukan penelitian daripada segi pemilihan rona yang betul.

Ini kerana jika tersalah pilih, akan muncul beberapa gelaran seperti 'tepung gomak' atau 'badut' lantaran penggunaan warna yang salah sekali gus membuatkan penampilan kelihatan hambar.


Menurut jurusolek profesional Farmasi Colour Cosmetics (FCC), Zalifah Zakaria, selain memahami jenis kulit dan produk rawatan wanita juga perlu mendalami rona kulit serta warna alat solek yang sesuai digunakan.


"Ini kerana, pemilihan warna yang betul dan tepat memberikan kesan lebih menyerlah selain membuatkan penampilan tampak semula jadi. Terutama warna bedak asas dan bedak padat yang memainkan peranan utama kepada keseluruhan solekan," katanya.

Zalifah yang berpengalaman menyolek selebriti terkenal tanah air mengakui di pasaran terdapat pelbagai jenis warna bedak asas, pembayang mata serta gincu yang boleh disesuaikan dengan warna kulit seperti cerah, kuning langsat, sawo matang atau gelap.

Untuk kulit cerah, mereka tidak mempunyai kesukaran membuat pilihan kerana kebanyakan warna boleh digunakan seperti merah jambu, biru, hijau dan ungu.

Bagi pembayang mata, mereka boleh menggayakan warna terang dan panas seperti biru, merah jambu, hijau dan kuning untuk acara siang manakala rona gelap seperti coklat, hitam dan perang untuk majlis makan malam.

Ini berbeza bagi wanita berkulit gelap kerana mereka perlu mempelbagaikan warna serta bijak membuat kombinasi sama ada pada pembayang mata atau gincu.

"Wanita berkulit gelap atau sawo matang tidak digalakkan memakai warna terang seperti merah, jingga, kuning, hijau atau biru kerana ini akan mencacatkan penampilan. Sebaiknya bijak mengadun warna supaya kekal seimbang pada kulit sekali gus menyerlahkan penampilan yang segar dan memikat," katanya.

Untuk penampilan yang seimbang pemilihan warna bedak asas sangat penting.
Wanita digalakkan memilih warna yang paling hampir dengan rona kulit. Caranya dengan mencuba bedak asas pada bahagian rahang dan bukannya di belakang atau pergelangan tangan.

"Apa yang boleh dilakukan ialah sebaiknya berdiri dan cuba warna berhampiran cahaya matahari kerana ia adalah cahaya yang betul berbanding lampu. Jika kulit anda berminyak, pilih bedak asas jenis bebas minyak atau kawalan minyak.

"Jika kulit kering, pilih perkataan pada label yang mempunyai ciri melembapkan," jelasnya yang menasihatkan pengguna supaya menggunakan bedak asas FCC kerana kurang berminyak dan berbau wangi.



Panduan memilih alat solek ikut warna kulit:

  • 1. Cerah

    Memiliki kulit cerah memberikan lebih pilihan warna buat anda. Pemilihan warna terang dan panas memberikan mood moden dan ceria. Pemilihan warna pastel menyerlahkan sifat kelembutan dan membuatkan anda nampak lebih manis dan segar.
    Pemilihan warna sejuk seperti warna gelap memberikan gaya elegan dan sesuai digayakan pada waktu malam.


  • 2. Kuning langsat

    Pemilihan warna seperti hijau tua, ungu, biru dan merah jambu menonjolkan kesan menarik pada siang hari. Warna emas atau tembaga menampakkan wajah lebih eksotik. Elak menggunakan warna pastel seperti kuning dan warna terang.


  • 3. Sawo matang atau gelap

    Warna mengandungi pengilat untuk kesan berkilau sesuai bagi anda yang memiliki kulit sawo matang. Ini menyerlahkan daya tarikan dan personaliti anda. Untuk majlis makan malam, apa kata anda elakkan menggunakan rona gelap dengan kesan berkilauan sebaliknya pilih jenis normal untuk lebih bergaya.
  • Sedia jalani ujian DNA

    Posted: 16 Nov 2011 10:13 PM PST

    • Foto

      ANTARA aksi menarik Bieber dalam video Santa Claus Is Comin' To Town.

    • Foto

    • Foto

    • Foto

    Tidak hirau cerita mengarut

    BINTANG pop, Justin Bieber, percaya dakwaan seorang peminat perempuan bahawa dia bapa kepada anak yang dilahirkannya adalah sebahagian daripada 'tugas' yang perlu dihadapinya sebagai penyanyi.
    Mariah Yeater mendakwa, penyanyi berusia 17 tahun itu ialah bapa kepada anak lelakinya, Tristyn, yang berusia 4 bulan, selepas mereka berasmara di belakang pentas selepas konsert Bieber di Los Angeles pada tahun lalu.
    Perempuan berusia 20 tahun itu memfailkan kes di mahkamah dengan menamakan Bieber sebagai bapa bayi terbabit dan menuntut nafkah berjumlah RM850,552 daripadanya.

    Biarpun penyanyi remaja dari Kanada itu berkali-kali menafikan tuduhan terbabit, dia menerima perkara berkenaan sebagai sebahagian daripada cabaran hidup bintang pop sepertinya.

    Bercakap kepada majalah Star mengenai keadaan dirinya dan teman wanita, Selena Gomez, berdepan dengan situasi berkenaan, Justin berkata, mereka berdua perlu membiasakan diri dengan insiden sedemikian kerana ia sebahagian daripada asam garam industri hiburan.

    "Memanglah tidak patut kami membiasakan diri dengan perkara seperti ini, namun itulah sebahagian daripada hakikat dunia hiburan yang perlu diterima. Kami berdua belajar untuk tidak menghiraukan cerita karut yang tiba-tiba muncul seperti itu," katanya.
    Pasangan muda lagi popular ini sememangnya perlu berdepan banyak cabaran sejak mereka mula bersama pada penghujung tahun lalu. Awal tahun ini, bintang Disney berusia 18 tahun itu menerima ugutan bunuh daripada peminat Bieber apabila mereka dilihat berciuman di kawasan percutian St Lucia.

    Peminat tegar Bieber mengirim mesej berbaur ancaman ke laman sosial yang berbunyi "aku bersumpah akan bunuh kamu" dan "jika betul kamu ialah teman wanita Justin, aku akan bunuh kamu. Aku benci kamu."

    Bagaimanapun, Justin berkata, Selena berdepan keadaan itu dengan agak tenang dan tidak membiarkan khabar angin mengenai bayi terbabit menekan dirinya.

    "Dia dalam keadaan baik. Seperti saya, dia juga tidak menghiraukan perkara seperti itu.

    "Selena sudah biasa berdepan beberapa perkara yang teruk, yang diperkatakan peminat mengenainya di Twitter, apabila kami mula keluar bersama. Sejak itu, dia belajar untuk tidak menghiraukan semua cerita merapu yang ditulis mengenai kami," kata Bieber.

    Mimpi ngeri membabitkan dakwaan dirinya sebagai bapa bayi terbabit juga mungkin berakhir tidak lama lagi apabila bintang muda ini bersedia untuk membuktikan dirinya tidak bersalah menerusi ujian DNA.

    Pasukan perundangan penyanyi ini sudah mengeluarkan kenyataan pada minggu lalu, dengan melabelkan dakwaan Yeater sebagai berniat jahat, fitnah dan tidak benar sama sekali. Justin sendiri akan mengambil ujian bagi menentukan dirinya bukan bapa kepada bayi terbabit.

    Mereka turut menegaskan akan mencari apa saja penawar undang-undang yang ada bagi melindungi Bieber dan memastikan pihak yang membuat tuduhan palsu itu bertanggungjawab atas perbuatan mereka.

    Bintang pujaan ramai ini juga menambah, dia bersedia untuk melakukan apa saja demi membersihkan namanya.
    "Semua perkara berhubung kes ini dikendalikan oleh pasukan perundangan saya. Namun jika mereka mahu saya turut menanganinya, saya akan berbuat begitu," ujarnya.

    Lagu Bieber untuk Arthur Christmas

    APABILA filem animasi 3D Arthur Christmas terbitan Aardman untuk Sony Pictures Animation dan Columbia Pictures ditayangkan kepada umum pada minggu depan, peminat akan dapat menikmati lagu Santa Claus Is Comin' To Town versi Bieber, yang dimainkan ketika kredit akhir filem terbabit dipaparkan.

    Lagu berkenaan adalah daripada album Krismas penyanyi ini yang berjudul Under The Mistletoe.

    Sebelum tayangan filem itu pula, peminat akan dapat menyaksikan video muzik eksklusif untuk lagu terbabit, yang akan mula ditayangkan secara perdana, hanya di pawagam yang memutarkan filem berkenaan.

    Single pertama daripada album terbabit, Mistletoe, akan turut didengar peminat dalam iklan TV terpilih bagi filem ini.

    Under The Mistletoe ialah album yang menggabungkan irama tradisional Krismas bersama lagu baru yang ditulis secara bersama oleh Bieber. Ia mula dipasarkan pada awal November lalu.

    Filem Arthur Christmas pula mendedahkan buat kali pertama bagaimana Santa menghantar kesemua hadiah untuk kanak-kanak hanya pada satu malam saja.
    menerusi filem terbabit, operasi Santa yang berteknologi tinggi dikatakan tersembunyi di Kutub Utara.

    Diarahkan Sarah Smith, hasil tulisan Peter Baynham dan Sarah sendiri, filem komedi ini antara lain menggunakan suara pelakon James McAvoy, Jim Broadbent, Bill Nighy, Hugh Laurie, Imelda Staunton, Eva Longoria, Ashley Jensen dan Laura Linney

    Bakal gegar tiga negeri

    Posted: 16 Nov 2011 10:12 PM PST

    pix_gal0
    Konsert Fenomena 30 Tahun Search janji persembahan terbaik

    SEMPENA tiga dekad pembabitan kumpulan Search dalam arena seni muzik tanah air, legenda rock ini akan muncul dalam tiga siri konsert mereka, masing-masing di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, pada 19 November, diikuti dengan Stadium Larkin, Johor Bahru (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).
    Konsert berkenaan dianjurkan sebagai penghargaan buat peminat yang sentiasa berdiri di kukuh di belakang Search, menyokong karier muzik kumpulan ini sejak mula diasaskan pada 1981 lagi.
    Anggota kumpulan ini sendiri menjanjikan persembahan terbaik buat penyokong kuat mereka, dengan lebih 20 lagu popular bakal dipersembahkan pada konsert terbabit.

    Lebih menggembirakan, mereka tidak akan menyampaikan lagu secara medley, bagi memastikan kepuasan maksimum buat penonton.

    Bukan sekadar kumpulan berkenaan yang akan menggegarkan konsert terbabit, malah ia turut dihangatkan lagi dengan kemunculan artis dan kumpulan undangan seperti Datuk M Nasir yang bakal muncul di Kuala Lumpur (KL), Sofea (Pulau Pinang), Koffin Kanser (Johor) dan Projek Pistol (KL).

    Kumpulan lain yang turut memeriahkan konsert itu nanti ialah Bittersweet dan Pesawat.
    Pengacara sampingan konsert terdiri daripada Burn, Nana, Jehan Miskin, Nabil, Angah dan Jep untuk persembahan di Pulau Pinang, sementara Johan pula tampil menghiburkan penonton di Johor dan KL.

    Istimewanya juga, konsert terbabit menawarkan tiga kereta Perodua Viva 660 BXA sumbangan penganjur, Oracle Accord, untuk peminat bertuah, manakala setiap penonton yang hadir akan menerima sehelai baju-T eksklusif sebagai cenderamata.

    Habuan hebat itu tentu saja menambahkan lagi tarikan untuk peminat menyaksikan persembahan kumpulan legenda ini.

    Bagi peminat yang tidak ingin ketinggalan menyaksikan kehebatan Search pada tiga konsert terbabit, mereka boleh mendapatkan tiket di cawangan Petronas yang mengambil bahagian, Rock Corners dan wakil jualan sah yang tersenarai di www.ticketonline.com.my. Peminat juga boleh melayari laman rasmi konsert di www.facebook.com/search30.

    Sudah puas seksi

    Posted: 16 Nov 2011 10:10 PM PST

    • Foto

      Ramziela

    • Foto

      Ramziela dan anaknya, Lily Nurlynna.

    • Foto

      Bersama bekas anggota sekumpulan sewaktu mengadakan persembahan di Singapura.

    Kelab jadi medan terbaik timba pengalaman sebagai penyanyi

    SEKSI ialah perkataan yang cukup sinonim dengan penyanyi ini, ketika dia masih aktif berkecimpung dalam cabang seni muzik. Setiap kali kelibatnya muncul sama ada untuk mengadakan persembahan ataupun sesi fotografi, penampilannya pasti menggoncang dada mana-mana lelaki yang memandangnya.
    Dengan lirikan mata yang menggoda serta keberaniannya memberikan aksi berani, membuatkan nama Ramziela yang kini bergelar Datin begitu pantas mendaki carta populariti.
    Selak saja majalah hiburan sekitar era 90-an, pastinya wajah jelita Ramziela akan kelihatan. Namun kehebatan namanya bukanlah hanya disebabkan penampilannya, tetapi bakat yang ada pada wanita ini juga pastinya turut menyumbang ke arah gemerlapan kariernya itu.

    Suara serak-serak basah dan gaya persembahan yang memukau pandangan adalah tanda dagangnya selama bergelar anak seni dan dua perkara itulah yang berjaya meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi popular zaman seangkatan.

    Meskipun kelibatnya sudah jarang kelihatan dalam mana-mana majlis hiburan dan sudah pun meletakkan tanda noktah terhadap dunia nyanyian, namun Ramziela masih tetap mempunyai peminat yang mendambakan cerita terbaru daripadanya.

    Atas hakikat itu, Hip mengatur pertemuan dengan wanita yang kini bergelar ahli perniagaan berjaya ini. Memilih lokasi Berjaya Equestrian and Country Resort, Bukit Kiara, sebagai tempat sesi fotografi diadakan, wanita berusia pertengahan 40-an ini hadir ditemani anak perempuan tunggalnya, Lily Nurlynna, 10, bersama himpunan album gambar yang merakam pelbagai memori sepanjang bergelar anak seni.
    Perbualan kami bermula dengan mengimbas kisah lalu sewaktu dia mula-mula menceburkan dalam bidang muzik. Apa yang dilalui Ramziela tidak sama dengan apa yang dikecapi penyanyi masa kini, di mana peluang untuk bergelar artis rakaman cukup mudah.

    Menurutnya, jika tidak mempunyai bakat dan hanya bermodalkan wajah serta tubuh semata-mata, kerjaya nyanyian itu takkan ke mana.

    "Sebelum menjadi artis rakaman, saya banyak menimba pengalaman menyanyi di kelab. Dari satu kelab ke satu kelab lain, kami berhijrah sehinggalah kumpulan kami ditawarkan untuk menyanyi di Singapura.

    "Bermula sebagai penyanyi kelab sebenarnya banyak memberi kelebihan kepada saya.

    "Belajar bagaimana hendak mengawal penonton, cara berkomunikasi dengan baik serta mampu mempelbagaikan gaya nyanyian dan juga genre lagu. Itulah yang saya praktikkan ketika saya berada dalam bidang seni," ujarnya membuka bicara kami pagi itu.

    Sambil menikmati hidangan nasi lemak dan Milo ais, Ramziela yang sudah pun mengenakan tudung sekembalinya daripada mengerjakan haji beberapa tahun lalu rancak bercerita pengalaman masa lalu sambil menunjukkan album gambar miliknya.

    Sesekali dia tertawa kecil jika ada di antara topik perbualan saat itu menggeletek tangkai hatinya.

    Kembali mengimbau zaman dirinya yang gemar berpakaian seksi, Ramziela berkata, dia sendiri sehingga kini masih tidak percaya dirinya seberani itu ketika kegemilangannya dulu.

    "Mungkin penampilan saya itu hasil pergaulan dengan anggota kumpulan sewaktu kami membuat persembahan di kelab. Kebanyakan rakan saya dari Filipina dan mereka memang seksi dalam soal berpakaian, jadi saya pun terikut-ikut dengan gaya mereka.

    "Saya juga tidak malu untuk mengaku bahawa pengetahuan agama saya ketika itu cukup cetek. Kejahilan itulah membuatkan saya berani berposing seksi. Sebutkan apa saja pakaian seksi yang mendedahkan tubuh yang saya tak pakai? Rasanya semuanya pernah cuba.

    "Kalau bergambar mesti ada aksi di kolam renang, tepi pantai ataupun atas katil. Waktu itu nama saya memang panas dan sering menghiasi majalah hiburan tanah air," katanya yang pernah dinobatkan peminat sebagai artis paling seksi sekitar 1990-an oleh sebuah majalah.

    Berhenti menyanyi selepas kahwin

    SEJAK mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Datuk Sallehuddin, segala aktiviti seni yang selama ini menjadi punca rezekinya dihentikan serta merta.

    Kehidupannya banyak dihabiskan dengan melayan suami serta anak perempuan tunggalnya, selain menguruskan perniagaan membekal peralatan keselamatan.

    Malah sejak menunaikan haji sekitar 2001, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Gemilang Cinta ini sudah pun mengenakan tudung. Begitupun, kejelitaan Ramziela masih tetap terserlah.

    "Sebaik saja kami berkahwin, Datuk meminta saya berhenti menyanyi dan menumpukan perhatian terhadap rumah tangga. Bagaimanapun, sesekali ada juga lepaskan gian dengan menyanyi di majlis sekolah anak saya. Itupun di atas persetujuannya.

    "Walaupun sesekali terbit juga perasaan rindu pada dunia hiburan, namun kesibukan menguruskan perniagaan serta kehidupan membuatkan perasaan itu hilang dengan sendirinya. Lagipun tiada apa lagi yang mahu saya kejar.

    "Cukuplah dengan apa yang saya lalui sebelum ini. Itu semua kenangan manis yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila. Saya bahagia dengan kehidupan saya kini," ujarnya sambil mengukir senyuman.

    Antara album Ramziela:

    • Hati Seorang Perempuan (1989)

    • Gemilang Cinta (1990)

    • Doa dan Harapan (1990)

    • Mencari Cahaya (1997)

    KWSP yakin pulangan PLUS Expressways 10 peratus setahun

    Posted: 16 Nov 2011 10:09 PM PST

    ROHAYU bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif UEM Group Bhd, Datuk Izzaddin Idris pada sidang media bersama KWSP dan UEM Group Bhd di Kuala Lumpur semalam.
    ROHAYU bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif UEM Group Bhd, Datuk Izzaddin Idris pada sidang media bersama KWSP dan UEM Group Bhd di Kuala Lumpur semalam.
    Pelaburan jamin agihan dividen stabil

    KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yakin pelaburannya dalam PLUS Expressways Bhd mampu memberikan kadar pulangan sekurang-kurangnya 10 peratus setahun.
    Ketua Bahagian Pasaran Modalnya, Rohayu Mohammad Yusof berkata, ini sejajar dengan garis panduan umum mengenai jangkaan pulangan daripada setiap pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana pencen itu.
    Berdasarkan jangkaan pulangan minimum 10 peratus setahun itu, KWSP katanya, menjangkakan mampu memberikan dividen stabil antara lima hingga enam peratus setahun kepada 12.9 juta pencarumnya.

    "Pelaburan yang dibuat KWSP dalam PLUS Expressways dijangka menjana hasil yang stabil dan mapan, bersesuaian dengan kehendak peruntukan aset strategik KWSP.

    "Justeru, apa yang boleh saya katakan adalah, ia (pelaburan KWSP dalam PLUS Expressways) memenuhi objektif pelaburan kami," katanya mengulas kesan pelepasan bayaran pampasan membabitkan sejumlah RM6.5 bilion yang harus dibayar kerajaan kepada PLUS Expressways susulan semakan semula syarat perjanjian konsesi tol antara pengendali lebuh raya itu dengan kerajaan.

    Beliau berkata demikian pada sidang media bersama KWSP dan UEM Group Bhd berhubung hasil semakan syarat konsesi tol terbaru dengan kerajaan di Kuala Lumpur, semalam.
    Persetujuan semakan semula syarat perjanjian konsesi tol itu dimeterai kerajaan dengan UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) minggu lalu.

    Ia susulan cadangan pembelian aset dan liabiliti PLUS Expressways dan Penang Bridge Sdn Bhd oleh KWSP dan UEM Group.

    Di bawah perjanjian konsesi tol baru itu, kadar tol di empat lebuh raya kendalian PLUS Expressways dikekalkan sehingga 2015, manakala kadar peratusan kenaikannya selepas itu akan dikurangkan daripada 10 peratus bagi setiap tiga tahun kepada lima peratus, sehingga berakhirnya tempoh konsesi pada 31 Disember 2038.

    Di bawah syarikat konsesi baru itu juga, kerajaan akan memperoleh penjimatan sehingga RM6.5 bilion kerana tidak perlu membayar pampasan kepada PLUS Expressways.

    Jika mengikut perjanjian konsesi tol lama, kerajaan perlu membayar pampasan tertunggak RM2.9 bilion dan pampasan pembekuan kenaikan tol selama lima tahun yang berjumlah kira-kira RM3.6 bilion kepada PLUS Expressways.

    "KWSP melihat perjanjian konsesi tol baru itu akan memastikan pencarum KWSP memperoleh faedah dari segi pulangan daripada aliran tunai yang dijana PLUS Expressways," kata Rohayu.

    Sebelum ini, Timbalan Ketua Eksekutif KWSP (Bahagian Pelaburan), Shahril Ridza Ridzuan berkata, KWSP melihat PLUS sebagai pelaburan jangka panjang yang baik dengan hasil pulangan stabil dan menarik.

    Pada 18 Oktober tahun lalu, UEM Group dan KWSP mengemukakan tawaran bersama bernilai RM23 bilion atau RM4.60 sesaham untuk mengambil alih PLUS.

    Papan gentian batang sawit dikomersial

    Posted: 16 Nov 2011 10:06 PM PST


    PAPAN Gentian Berketumpatan Sederhana yang diperbuat daripada batang sawit hasil kajian MPOB.
    PAPAN Gentian Berketumpatan Sederhana yang diperbuat daripada batang sawit hasil kajian MPOB.
    MPOB jalin kerjasama dengan syarikat Korea Selatan

    USAHA berterusan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bahan buangan sawit mula menunjukkan hasil apabila pengeluaran secara komersial Papan Gentian Berketumpatan Sederhana (MDF) daripada batang sawit (OPT) dilaksanakan baru-baru ini.
    Ia susulan kerjasama antara agensi itu dengan syarikat Korea Selatan, Dongwha Fiberboard Sdn Bhd (Dongwha).
    Melalui usaha sama itu, MPOB membekalkan kepakaran dan teknologi yang dipatenkan kepada Dongwha yang akan mengeluarkan MDF daripada OPT itu di tiga kilangnya di Nilai, Negeri Sembilan; Merbok serta Kulim di Kedah.

    Berdasarkan kapasiti pengeluaran tiga kilang berkenaan sebanyak 1,700 meter padu sehari, syarikat itu memerlukan sumber bahan berjumlah 2,720 tan sehari.

    Pelancaran pengkomersialan MDF daripada OPT itu disempurnakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok kelmarin sempena Kongres Antarabangsa Minyak Sawit (PIPOC 2011) yang berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur yang berakhir hari ini.

    MPOB dalam kenyataannya pada kongres itu berkata, pengkomersialan MDF daripada OPT menunjukkan yang bahan berkenaan yang sebelum ini hanya dibuang begitu saja mempunyai nilai ekonomi tinggi dan mampu menjadi alternatif kepada kayu getah serta kayu tropika lain yang kini berdepan masalah kekurangan bekalan dan harga yang tinggi.
    MPOB memulakan R&D bagi pengeluaran MDF sejak 1990-an dan tahun lalu ia membina kilang percubaan sebagai pusat bagi prapengkomersialannya.

    Dalam perkembangan sama, MPOB berkata, ia telah membangunkan sebanyak 48 teknologi membabitkan penggunaan biomas sawit dalam pelbagai sektor.

    Sektor terbabit adalah bio-komposit, produk pertanian, produk kimia serta bio-tenaga dengan antara yang paling menonjol adalah MDF, komposit plastik automotif, briquettes dan pengeluaran selulos.

    Sementara itu, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May, berkata industri sawit dijangka menyumbang RM178 bilion kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI) pada 2020 melalui R&D serta inovasi yang dilaksanakan agensi itu.

    Strategi berkenaan membabitkan peningkatan pengeluaran, mekanisasi perladangan sawit, pembaikan amalan perladangan dan peningkatan pengeluaran produk dengan nilai tambah, katanya pada pembentangan kertas kerja bertajuk 'Program Transformasi Ekonomi Negara: Peranan Industri Minyak Sawit.'

    MPOB juga katanya, berusaha membangunkan produk oleo derivatives yang mana bidang itu mampu menyumbang GNI sebanyak RM5.8 bilion pada tahun 2020.

    Choo berkata, melalui R&D yang dijalankannya, MPOB dapat meletakkan Malaysia sebagai peserta industri makanan dan produk berasaskan kesihatan di samping meningkatkan pegangan pasaran di peringkat global termasuk untuk produk halal.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Label

    Senarai Lagu