Ahad, 13 November 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Tarian ghairah buka ‘ritual’

Posted: 13 Nov 2011 06:24 PM PST

DITAHAN...gadis yang menghiburkan program terbabit.
DITAHAN...gadis yang menghiburkan program terbabit.
KUMPUL... belia dan remaja dikumpulkan polis, kelmarin.
KUMPUL... belia dan remaja dikumpulkan polis, kelmarin.

MANJUNG: Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu 'ritual' khas bagi ditauliah menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.

Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, 307 individu berusia dari 17 hingga 30 tahun itu berkumpul di resort berkenaan mulai jam 8 malam kelmarin lengkap memakai kemeja-T dengan logo pertubuhan itu.

Berselindung di sebalik program Hari Keluarga, acara itu dikendalikan sekumpulan individu dipercayai ahli kumpulan gengster untuk merekrut ahli baru.


Difahamkan, peserta program itu datang dari seluruh negara untuk menyertai kumpulan berkenaan dan mendaftar masuk di resort bermula jam 3 petang kelmarin.

Menjelang Perkahwinan, Zahiril Takut Terguris Hati Ibu

Posted: 13 Nov 2011 06:23 PM PST

Zahiril dan Shera ketika majlis pertunangan mereka pada 1 Mei lalu di Ipoh, Perak.

PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim, 27, yang bakal dinikahkan dengan pengacara Shera Aiyob, 25, pada 20 November ini akui takut jika membuatkan ibunya, Zailan Yussoff berkecil hati.

Oleh sebab itu, dia akan cepat-cepat memenuhi setiap permintaan ibunya lebih-lebih lagi banyak perkara yang perlu difikirkan menjelang majlis perkahwinannya dengan Shera.

"Boleh dikatakan persiapan perkahwinan hampir siap sepenuhnya. Kebanyakannnya diuruskan oleh Shera dan ibu saya.

"Tetapi apabila ibu menghubungi dan meminta pertolongan, saya akan segera laksanakan kerana tidak mahu mengecilkan hati ibu. Walaupun sudah berkahwin nanti, saya akan tetap mengutamakan ibu berbanding isteri," katanya lagi.

Tambahnya: "Bagaimanapun, saya akan adil dan menjalankan tanggungjawab saya kepada isteri dengan sebaiknya.

"Saya sudah bersedia untuk berhadapan apa sahaja yang akan berlaku dalam rumah tangga kami selepas ini. Dalam masa sama, saya sangat teruja dan sedikit gementar sebelum tiba hari pernikahan kami."

Selain itu, pelakon filem Bunohan ini turut mempersiapkan dirinya dengan membaca buku berkenaan petua untuk menjadi pasangan bahagia seperti buku 'Anai-anai Dalam Perkahwinan' yang ditulis oleh ibunya sendiri.

Majlis pernikahan Zahiril dan Shera bakal berlangsung di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak pada waktu pagi dengan tema perkahwinan dalam taman.

Pada hari yang sama, pasangan ini akan disandingkan di sebuah dewan berhampiran rumah Shera di Ipoh selepas selesai majlis pernikahan.

Zahiril akan menghadiahkan 11 dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM18,000 dan mas kahwin RM1, 001 manakala Shera akan membalas dengan 13 dulang hantaran.

Sebuah lagi resepsi iaitu majlis sambut menantu sebelah pihak lelaki akan diadakan di Shah Alam yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara-mara terdekat.

Pasangan ini bertunang pada 1 Mei lalu.

Ayu Raudhah Kembali Berlakon Selepas Keguguran

Posted: 13 Nov 2011 06:21 PM PST

Ayu sedang bahagia dengan suaminya, Zaquan Adha.

PETALING JAYA: Keguguran anak pada 26 Oktober lalu meninggalkan pengalaman pahit kepada pelakon Ayu Raudhah, 26, namun dia tetap tabahkan hati untuk meneruskan kehidupannya.

Ayu yakin setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun baru menerima berita buruk itu, Ayu tetap menguatkan semangatnya untuk kembali bekerja.

"Selepas dua hari pulih dari keguguran, saya terus memasuki penggambaran drama Gemersik Kalbu yang diterbitkan untuk slot Akasia di TV3.

"Saya terpaksa meneruskan penggambaran drama tersebut sehingga pertengahan Disember depan kerana perlu mengikut jadual yang ditetapkan.

"Selepas itu, baru saya akan berehat," katanya yang memegang watak Raihana di samping pelakon Aqasha dalam Gemersik Kalbu.

Malah, Ayu berkata suaminya, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, mengikut keputusan Ayu dan memahami kerjaya isterinya itu.

"Saya nak buat bagaimana…walaupun baru sembuh, saya terpaksa bertanggungjawab untuk menyelesaikan penggambaran ini.

"Alhamdulillah kerana saya mendapat suami yang memahami dan rumah tangga kami sangat-sangat bahagia," kata Ayu lagi.

Amy Search Amal Minyak Zaitun Untuk Jantung Sihat

Posted: 13 Nov 2011 06:20 PM PST

'TIDAK dimamah usia', itu ungkapan yang biasa didengar apabila bertanya pendapat orang tentang penyanyi popular Suhaimi Abdul Rahman atau dikenali dengan nama Amy Search (gambar).

Biarpun usianya sudah mencecah 53 tahun, penyanyi yang popular menerusi lagu Isabella, Kejora, Rozana, Fantasia Bulan Madu, Nur Nilam Sari, Kejoraku Bersatu dan Seroja ini tetap tampak muda dan segak seperti dulu.

"Saya hanya mengamalkan gaya pemakanan sihat dan seimbang seperti makan nasi sekali sehari, lebih banyak minum air putih dan kurang makan manisan.

"Selain itu, saya selalu minum madu, minyak zaitun dan makan vitamin untuk menjaga kesihatan jantung dan badan.

"Selebihnya, saya hanya melakukan rutin biasa yang diamalkan oleh orang lain seperti mencuci muka dengan produk pencuci muka serta membuat senaman ringan.

"Kadangkala dengan mendukung dan bermain-main dengan anak sudah di kira menjadi salah satu aktiviti senaman saya," ceritanya panjang lebar kepada OopStarz!

Begitu juga dengan zaman kegemilangan Amy seiring dengan perjalanan kumpulan Search yang tidak pudar kemilaunya.

Namanya dalam persada seni tempatan makin kukuh genap 30 tahun pada tahun ini dan sentiasa digilai peminat tanpa mengira batas usia.

Amy bukan sahaja menjadi bualan ramai dengan legasi muziknya yang sentiasa mendapat perhatian ramai, malah penyanyi ini juga diangkat sebagai pelopor fesyen rock sejak kemunculan Search pada tahun 1981.

Jika dahulu Amy lebih dikenali dengan imej rambut panjang mengerbang tetapi kini rambutnya sudah dipotong pendek dan kemas.

Masih mengekalkan imej rock, Amy selesa dengan gaya rambut pendek lebih-lebih lagi jiwanya semakin menjurus ke arah Islam.

"Untuk pakaian, saya selesa mengenakan baju-t dan seluar jeans bersesuaian dengan gaya hidup saya sebagai seorang artis.

"Jika tidak terlibat dengan kerja, saya juga gemar memakai pakaian yang sederhana dan ringkas," ujarnya dalam nada keletihan kerana sibuk dengan aktiviti seninya.

Amy sedang menjalani latihan untuk membuat 'Konsert Fenomena 30 Tahun Search' di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 19 November ini, Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor Baru (3 Disember) dan Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

Selain Amy sebagai vokalis, Search turut dianggotai oleh Kid (gitar utama), Nasir (gitar bass), Nordin (gitar utama) dan Yazit (dram).

Profil Amy Search

Nama sebenar: Suhaimi Abdul Rahman

Tarikh lahir: 28 Julai 1958

Asal: Johor Bahru, Johor

Karier: Penyanyi, pemuzik, pelakon,ahli perniagaan

Filem: Kembara Seniman Jalanan,Rozana Cinta '87, Sayang, Kepala Angin,Fenomena, Isabella dan Rock

Lagu popular: Isabella, Isi Atau Kulit,Langit dan Bumi, Mentari Merah Di UfukTimur, Gadisku, Pawana, Orang Timur,Nigina, Laila Namamu Teratas, Kejora,Rozana, Fantasia Bulan Madu, Nur NilamSari, Kejoraku Bersatu dan Seroja.

Empat bulan tak jamah nasi

Posted: 13 Nov 2011 06:18 PM PST

KARAKTER MENCABAR...Kamal dalam salah satu babak filem Assalamualaikum Cinta dengan watak ustaz.
KARAKTER MENCABAR...Kamal dalam salah satu babak filem Assalamualaikum Cinta dengan watak ustaz.

BIARPUN kisah percintaannya lebih mendapat perhatian, namun, pelakon kacak Kamal Adli tidak pernah hilang fokus. Bagi 'hero filem' meningkat naik ini, peribadi dan karier dua perkara berbeza untuk dinilai dengan baik oleh peminatnya.

Apa yang pasti, Kamal mengharapkan perjalanan karier seni yang menonjol.

  • Foto

    NILAI BAKAT...kamal harap lebih menonjol dengan lakonan berbanding kisah cinta.

  • Foto

    BERGANDING...Kamal dan Diana sebagai teraju utama Assalamualaikum Cinta.

  • Foto

    KAMAL...berjaya turunkan berat badan sebanyak 8kg.

Ini kerana, dia mahu peminat lebih mengenalinya daripada hasil kerja berbanding kisah peribadi. Ujarnya, soal cinta, cukuplah peminat tahu dengan siapa dia berkasih.

Selebihnya, fokus utama adalah pada karier lakonan. Justeru, penekanan sangat diberikan terhadap penampilannya. Malah, Kamal akui berasa tercabar dengan teguran Ahmad Idham yang memaklumkan tidak mahu mengambilnya berlakon filem kalau dia gemuk.


"Berat badan saya naik mendadak dan sangat ketara ketika berlakon drama Ana Lulu. Oleh itu, sebaik Ahmad Idham menegur mengenainya, saya nekad menurunkan berat badan. Saya tak makan nasi selama empat bulan dan nampaknya, berhasil.


"Saya mula tak makan nasi langsung pada Ramadan lalu. Saya bulatkan tekad dalam diri kerana muak dengan pertanyaan orang ramai yang asyik persoalkan kenapa saya sudah gemuk. Tak dapat dinafikan, berat badan saya ketika itu adalah 83 kilogram (kg).

"Sekiranya tidak menyahut cabaran itu, saya yakin berat pasti bertambah lagi.
Jika badan makin gemuk, tidak gunalah saya merangkul status Hero Remaja 2007/2008. Jadi, saya harus berusaha pakejkan semula bentuk badan ini seperti dulu.

"Kini, saya gembira kerana usaha dilakukan sudah mencapai sasaran dan berhasil seperti yang diharapkan. Saya berjaya memperoleh berat badan terdahulu iaitu 75 kilogram (kg) Penurunan berat sebanyak lapan kg ini, diakui amat bermakna.

"Bukan mudah melakukannya kerana saya berasa cukup tercabar sewaktu meninggalkan nasi pada minggu pertama. Ia amat menyeksakan dan saya hampir tak boleh buat. Namun, saya ingatkan diri bahawa diet penting untuk kesihatan," katanya.

Menurut Kamal, walaupun dia tidak makan walau sebiji nasi tetapi amalan pemakanan sihat diutamakan. Ujarnya, pengambilan hidangan makanan harian dipastikan mencukupi zat dan protein untuk badan. Ini penting supaya tenaga sentiasa ada.

"Diet diamalkan memang sihat kerana saya juga bersukan dengan bermain futsal dan boling padang, tiga kali seminggu. Lagi pun, saya memang seorang kaki sukan kerana segala aktiviti sihat yang dibuat itu untuk keluarkan peluh dalam badan.

"Saya juga tak mengambil sebarang pil atau mengikuti jadual bersenam di gimnasium. Saya mahu kurus secara semula jadi dan sihat. Maka, sekarang baru saya percaya dengan kebenaran boleh kurus tanpa perlu makan nasi.

"Cuma, harus kuatkan semangat untuk mengatasi godaan menjamah nasi walau pun sesuap. Memandangkan nasi adalah makanan sajian utama harian masyarakat di negara ini, tepuk dada tanya selera. Kalau memang mahu peroleh berat
badan menarik, perlu nekad.

"Apapun, disebabkan tujuan saya untuk mendapatkan berat badan yang sesuai sudah berhasil, maka nasi akan dimakan semula selepas ini. Tetapi, diambil pada jumlah yang sedikit. Saya akan memberikan tumpuan pada makanan seperti sayuran dan buah-buahan.

"Harus utamakan makanan yang banyak vitamin supaya ketahanan badan sentiasa kekal. Selain makanan, saya juga akan kekal bersukan seperti diamalkan sekarang. Kini, tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain sudah kembali kurus," katanya.

Berbicara pula mengenai kariernya, Kamal berkata biarpun permulaannya dalam bidang seni menerusi pengacaraan tetapi sekarang tak dinafikan, rezeki berlakon lebih murah. Kamal juga mengikat kontrak sebagai residen artis MIG Productions Sdn Bhd.

Menurut Kamal, hampir tiga tahun membina nama dan tapak dalam industri seni tanah air, dia bersyukur perjalanan kariernya tidak berliku. Katanya, setakat ini semua berjalan lancar seperti diharapkan. Malah, banyak peluang sudah diperolehnya.



Cabaran karakter ustaz dalam Assalamualaikum Cinta


SEHINGGA hujung tahun ini, Kamal memaklumkan dia membintangi lima filem. Malah, yang terbaru pastinya Assalamualaikum Cinta arahan Azhari Zain yang turut diterbitkan MIG Productions. Dalam filem terbaru ini, Kamal melakonkan watak ustaz.

Menurut Kamal, karakter itu satu cabaran besar kepadanya kerana 'ustaz' adalah tokoh agama. Justeru, katanya, memandangkan situasi diri yang terdedah dengan kehidupan bersosial, maka dia harus berusaha gigih merealisasikan watak itu sebaik mungkin.

"Saya sukakan cabaran dan watak ini pula cukup berat. Apa yang pasti, saya akan berusaha melakonkannya dengan baik mengikut kemampuan diri. Selain itu, filem ini juga bergenre komedi romantik yang sekali gus mempelbagaikan watak pernah saya lakonkan.

"Jadi, bagi lima filem yang sudah dibintangi untuk tahun ini saya melakonkan watak komedi, serius, aksi dan kisah cinta yang memerlukan saya peka mengenai kehendak skrip. Malah, penghayatan watak juga berbeza dan harus difahami dengan baik.

"Apapun, bekerja dengan pengarah seperti Azhari, kami akan sentiasa berbincang. Bahkan, saya bergandingan dengan Diana Amir yang kini bertudung sebagai heroin," katanya memaklumkan pelakon lain Mon Ryanti, Fyza Kadir, Razak Ahmad dan Kay Maria.

Melihatkan Kamal yang sentiasa menunjukkan peningkatan dalam lakonannya, apakah dia kini berusaha ke arah untuk menggenggam anugerah yang mengiktiraf bakatnya, Kamal berkata semua pelakon sepertinya memang menyimpan impian untuk meraih anugerah.

Namun, katanya dia masih terlalu baru dalam bidang lakonan dan banyak yang harus dipelajari serta diperbaiki lagi. Bagaimanapun, untuk menjadi pelakon yang hebat, adalah wajar untuknya mendapat peluang beraksi dengan individu
terbaik dan berpengalaman.

"Setiap pelakon ada peluang untuk mereka meraih anugerah. Jadi, jika mahu impian mendapat pengiktirafan menjadikan kenyataan, perlulah sentiasa meningkatkan usaha. Malah, harus berani menyahut cabaran untuk menonjolkan
lakonan berkesan," katanya.



PROFIL:

NAMA: Ahmad Kamal Ahmad Adli
TARIKH LAHIR: 16 April 1986
UMUR: 25 tahun
ASAL: Pekan, Pahang
KARIER: Pelakon, pengacara
KELUARGA: Anak ketiga daripada tujuh beradik
PENDIDIKAN: Jurusan Penyiaran di Akademi TV3

FILEM: Antaranya Assalamualaikum Cinta, Senario The Movie Ops Pocot, Senjakala, Kembar Siang, Gerimis Mengundang, 3 Temujanji, Pusaka, Senjakala dan Niyang Rapik

DRAMA: Antaranya Impian Sunsilk musim pertama dan kedua, Renjis 2, Bio-Nik, Zati & Mawas, Syah Jihan, Ana Lulu, Aku Ada Kau Ada dan Gemilang

PROGRAM TV: Rentak Juara 2008 di RTM1 dan Pandanganku, Ceritaku di Astro Ria

PENCAPAIAN: Juara Hero Remaja 2007/2008

Arja Lee & Periuk Pusaka Nenek

Posted: 13 Nov 2011 06:17 PM PST

AKTOR berpotensi Arja Lee (gambar) atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 28, mungkin masih belum cukup dikenali secara umum.

Namun, keberaniannya berbogel dalam menjayakan watak transeksual bernama Ruby dalam filem kontroversi ...Dalam Botol (2011) banyak membantu dalam melonjakkan populariti aktor ini.

Dalam pertemuan OopStarz! bersama pelakon yang menuntut dalam semester akhir Ijazah Sarjana Muda, Lakonan dan Pengarahan Teater di Universiti Sains Malaysia (USM) ini baru-baru ini, Arja sempat berkongsi 10 barangan peribadi yang cukup bermakna dalam hidupnya.

Pada sekilas pandang, barang-barang miliknya yang dipaparkan dalam ruangan Zoom minggu ini kelihatan pelik dan aneh tetapi menurut Arja, setiap satunya mempunyai kisah tersendiri yang akan terus abadi dalam memori jejaka dari Pulau Pinang ini.

Antara yang menarik perhatian tentulah periuk, kole, senduk, angklung dan beg 'jodoh'. Mari kita Zoom apa cerita di sebalik setiap barang tersebut.

Periuk

Periuk ini mempunyai nilai estetika kerana ia adalah barang pusaka yang diwariskan oleh Allahyarham neneknya kepada dua generasi. Ia masih berada dalam keadaan yang baik dan kekal digunakan sehingga kini. Periuk pusaka ini akan mengimbau kenangan Arja di zaman kanak-kanaknya ketika pertama kali menyertai aktitiviti perkhemahan Pengakap. Dalam perkhemahan itu, Arja menggunakan periuk ini untuk merebus kentang dan memasak makanan.

Kole

Kole ini juga tidak kurang hebat kisahnya. Pada waktu kanak-kanak dulu ibunya pernah membaling kole tersebut ke arahnya gara-gara kenakalannya yang menumpahkan sekawah minyak yang hendak digunakan untuk memasak makanan Hari Raya. Kole itu juga masih digunakan oleh bapanya sebagai bekas air jampian apabila menjalankan rawatan cara tradisional kepada para pesakit. Menariknya, ia sudah berusia 30 tahun dan lebih tua daripada usia Arja sendiri.

Kasut

Kasut jenis sneakers jenama Pallas ini mempunyai nilai sentimental buat Arja. Apa tidaknya, ia adalah kasut pertama yang dibeli dengan hasil pendapatan sendiri ketika mula-mula bekerja selepas tamat persekolahan. Imbas Arja, ia dibeli dengan harga RM19.90 di pusat beli-belah Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur daripada wang gaji pertamanya.

Angklung

Angklung ini bukan instrumen kegemaran Arja kerana dia mengakui tidak pandai bermain alat muzik itu. Namun, ada cerita menarik yang membuatkan Arja sangat sayang pada angklung ini. Menurut Arja, ia adalah hadiah yang dimenanginya ketika menyertai sebuah pertandingan nyanyian pada usia enam tahun di Tadika Kemas Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Senduk

Senduk ini bukan saja digunakan untuk menggaul masakan tetapi turut menyimpan sejarah duka dalam hidup Arja. Kongsinya, senduk ini sentiasa mengingatkan dia pada malam perceraian orang tuanya. Memandangkan dia masih kecil ketika kejadian itu berlaku, Arja diletakkan di bawah jagaan ibunya. Namun, pada satu hari rumah yang mereka diami telah hangus terbakar dan secara kebetulan senduk ini adalah antara beberapa barangan yang sempat dibawa keluar daripada rumah itu.

Rantai

Seperti kebanyakan remaja lain, Arja juga pernah melalui zaman cinta monyet ketika di bangku sekolah dulu. Ketika berkawan dengan seorang gadis berbangsa Cina yang bernama Catherine, gadis itu pernah menghadiahkan Arja dengan seutas rantai. Walaupun kenangan itu sudah 11 tahun berlalu dan mereka sudah terputus hubungan, hadiah tersebut masih kekal dalam simpanan Arja.

Cincin

Arja mengakui dia tidak gemar mengumpul aksesori badan, tidak kiralah rantai atau gelang seperti segelintir anak muda. Kalau pun ada beberapa jenis yang dibelinya, habis semuanya hilang atau diberikan kepada teman-teman rapat. Namun, aksesori cincin yang dibeli di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada tahun 2000 ini masih disimpan dan paling disayanginya. Sejujurnya, Arja sendiri pun tidak pasti mengapa cincin itu begitu disayanginya.

Rantai kunci

Rantai kunci ini bukan saja bernilai kerana terukir namanya tetapi lebih menyentuh perasaan lagi apabila ada cerita sedih di sebalik barang ini. Luah Arja, rantai kunci ini dibuat sendiri oleh seorang pesakit spastik yang pernah mengikuti kursus seni persembahan di Pulau Pinang pada satu masa dulu. Ketika itu, Arja dipanggil untuk berkongsi pengalamannya tentang dunia seni persembahan kepada sekumpulan pesakit spastik di sana. Malangnya, lelaki itu telah meninggal dunia dan hadiah ini terus kekal menjadi kenangan manis buat Arja.

Jam tangan

Jam tangan ini baru saja dibeli oleh Arja di Jakarta, Indonesia pada bulan lalu ketika dia dan produksi filem ... Dalam Botol berkunjung ke sana untuk menyertai Festival Filem Q. Ceritanya, dia telah tertinggal jam tangannya di tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke Jakarta. Jadi, apabila tiba di sana, aktor itu terpaksa membeli seutas jam tangan baru di sebuah pasar raya dengan harga 100 ribu Rupiah.

Beg 'jodoh'

Beg yang dianyam ini mempunyai cerita yang sangat bermakna. Ia diberikan oleh keluarga angkatnya di Sarawak pada 1996 ketika Arja masih di bangku sekolah lagi. Beg tersebut adalah simbolik kepada hasrat keluarga angkatnya itu yang mahu menjodohkan dia dengan anak perempuan mereka. Ia sebagai tanda mengikat janji. Namun, impian itu tidak terlaksana kerana Arja dan gadis tersebut kini sudah mempunyai pilihan hati masing-masing.

Pengorbanan Najwa Mahiaddin

Posted: 13 Nov 2011 06:16 PM PST

BERBEKALKAN bakat yang cukup besar dan istimewa, penyanyi yang memperjuangkan pengaruh muzik Neo-Soul dan Jazz, Najwa Mahiaddin (gambar) dilihat mampu pergi jauh dalam industri muzik tempatan.

Malah dengan memiliki vokal yang cukup mantap, Najwa layak diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dan harus diakui, nama dan bakat Najwa menjadi tumpuan pada tahun ini lebih-lebih lagi selepas pelancaran album sulungnya, Innocent Soul, Mac lalu.

Namun, gadis berusia 25 tahun ini sudah menyusun perjalanan seninya dimana dia tidak mengambil peluang populariti itu. Dia mahu mengumpulkan ilmu muzik dahulu di Berklee College of Music Boston, Amerika Syarikat (AS) sebelum tampil sepenuh masa dalam industri.

"Saya rasa jika berbakat tetapi tiada ilmu, hasil kerja yang dilakukan tidak sempurna. Biarlah kita rasa susah dahulu sebelum memperoleh hasil yang diinginkan.

"Ya, harus diakui, sejak mula belajar, banyak tawaran persembahan terpaksa saya lupakan walaupun hati berasa kurang senang.

"Saya anggap, ia sebuah pengorbanan agar landasan kerjaya yang saya pilih itu kukuh. Lagipun, kalau nak berulang-alik AS dan Malaysia selalu pun susah juga kerana saya ada komitmen belajar di sana," katanya.

Harus diakui, tinggal bersendirian di negara Uncle Sam itu tanpa keluarga adakalanya membuatkan jiwa penyanyi ini sesekali rasa sunyi dan bosan.

Namun, ia sikit pun tidak pernah mematahkan semangat Najwa dan masa lapangnya digunakan sebaik mungkin dengan mencipta lagu-lagu baru.

"Selamatlah masa saya banyak dihabiskan di kolej dan untuk melepaskan kerinduan, saya dan pelajar-pelajar Malaysia akan berkumpul bersama.

"Dan bak kata orang, sambil menyelam minum air. Jadi saya mengambil kesempatan cuti hujung minggu dengan berjalan-jalan mengenali tempat-tempat menarik yang ada di situ.

"Syukur juga, kolej itu selalu membuat aktiviti dengan memanggil beberapa penyanyi ternama seperti India Arie dan Bilal Sayeed Oliver serta beberapa lagi penyanyi lain untuk berkongsi pengalaman mereka," ujarnya.

Menyifatkan pengajian muzik di Berklee sebagai sesuatu yang sudah lama diimpikan terdapat juga sedikit cabaran yang harus dilalui di negara orang.

Tidak gemar memandu kereta di sana, Najwa lebih senang menggunakan pengangkutan awam atau berjalan kaki. Namun keadaan cuaca yang tidak menentu menyukarkan pergerakannya.

"Bila cakap tentang hal cuaca, ia dilihat bukan satu isu yang besar. Bagi orang Asia macam kita, keadaaan itu sungguh tidak menyelesakan.

"Bayangkan, dalam masa satu hari, keadaan cuaca menjadi sekejap panas, kemudiannya sejuk dan tiba-tiba salji pula di waktu malam. Bila keadaan menjadi begitu, ia membuatkan saya malas nak keluar," selorohnya.

10 soalan menarik

1. Lagu kegemaran Najwa yang selaludidengar?

Twice, nyanyian Little Dragon.

2. Bila sedih, Najwa akan..?

Saya akan dengar lagu-lagu sedih sampainangis dan lepas itu baru lega. Biar rasa sedihitu pergi.

3. Perkara yang paling tidak disukai apabilaseorang lelaki cuba mengurat Najwa?

Tak suka bila cara mereka yang berlagak bagus.

4. Berapa kali Najwa melalui fasa 'CintaMonyet'?

Tak tahulah. Tapi masa berumur 12 tahunadalah juga cinta-cinta monyet..hahahaha.

5. Dalam setahun berapa kali tukar telefonbimbit?

Sekali.

6. Idea mencipta lagu muncul pada..?

Biasanya idea datang apabila melihatpersekitaran saya dengan apa yang telahberlaku.Ia akan muncul bila-bila masa. Tetapi,apabila berada di depan piano, lagi cepat ideaitu datang.

7. Kali terakhir jatuh?

Oktober tahun lepas. Waktu itu saya jatuhtangga ketika menjalani sebuah rakamanprogram. Terseliuh teruk dibuatnya.

8. Aktiviti sukan yang dibenci?

Rasanya, bukan benci cuma saya tak pandaidalam sukan. Lebih-lebih lagi bungee jumping. Saya tak akan melibatkan diri benda-bendayang boleh membuatkan saya rasa gayat.

9. Pernah dibuli? Atau membuli?

Tak pernahlah. Hahaha..

10. Mata pelajaran yang tidak disukai ketikazaman sekolah?

Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni danMatematik.

Cabaran Hidup Penyuntik Kekuatan James Baum

Posted: 13 Nov 2011 06:15 PM PST

PENYANYI dan komposer James Baum (gambar) mengakui pengalaman hidup yang penuh ranjau sebelum ini adalah motivasi terbaik untuk dirinya terus mencuba tanpa kenal erti putus asa.

Masakan tidak, kalau diikutkan James bukan orang baru dalam atmosfera muzik tempatan. Dia sudah mula mengintai ruang di persada muzik seawal pertengahan 1990-an lagi.

Namun, impiannya untuk menembusi pasaran dan dikenali umum tidak semudah jangkaan.Walaupun James pernah mempertaruhkan karya sulung dalam lagu Skirts pada 2004, percubaan itu tidak ke mana ekoran pelbagai keperitan yang menyusul ketika itu.

"Kalau diikutkan terlalu banyak rintangan yang perlu saya hadapi sebelum ini. Bayangkan saya sudah menceburi bidang muzik sejak era kemunculan kumpulan Poetic Ammo pada 1990-an lagi.

"Beberapa faktor iaitu isu bajet, penolakan syarikat rakaman yang kurang percaya pada potensi lagu-lagu urban dan penutupan syarikat rakaman saya bernaung lantas membantutkan hasrat untuk bergelar penyanyi," ceritanya.

Kini, sekalipun namanya belum sekukuh mana atau dikenali ramai, sekurang-kurangnya James boleh menghela nafas lega dengan kedudukan yang dikecapinya.

"Saya sangat gembira dengan fasa positif dalam kehidupan saya pada hari ini. Sebenarnya, kesulitan hidup sebelum ini menjadikan diri lebih kuat, cekap dan manusia yang lebih baik.

"Saya belajar untuk menghargai perkara dan nikmat yang dimiliki, lebih ligat berfikir dan berani untuk membuat keputusan yang boleh melonjakkan diri kita ke tahap lebih baik," katanya.

Apabila diajak berbual mengenai permulaan karier nyanyiannya yang agak lewat pada usia 32 tahun, James berkata ia bukan penghalang untuknya mencapai impian itu.

Benar, secara hakikinya dia bermula lewat, namun pengalaman dan kemahiran dalam muzik yang digali sejak sedekad lalu menjadi persiapan terbaik untuk bergelar penyanyi yang berkebolehan.

"Saya akui bermula agak lewat. Bagi saya, ini adalah waktu terbaik untuk bermula selepas saya melalui pelbagai pengalaman manis dan pahit, serta memantapkan diri dengan ilmu muzik.

"Penyanyi pada hari ini bukan saja perlu pandai menyanyi tetapi sebaik-baiknya mereka juga perlu mempelajari ilmu penulisan dan penerbitan lagu.

"Ini kerana perkembangan dan selera muzik kini berubah dengan pantas dan kita sebagai penghibur perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan pakej untuk mengisi keperluan itu," katanya.

Keperitan hidup jadi inspirasi terbitkan album

Anak lelaki tunggal dalam keluarga ini mengakui segala keperitan dalam hidupnya sebelum ini tidak pernah seinci pun melenyapkan keterujaannya dalam muzik.

Malah, pengalaman pahit yang pernah singgah itu menjadi pemangkin semangat untuk menghasilkan lebih banyak karya sehinggalah lahirnya album sulung My Lead.

"Album ini sangat besar ertinya untuk saya. Saya pernah melalui 'fasa hitam' dalam hidup apabila berdepan masalah kewangan yang meruncing dan pernah kehilangan kereta ketika dalam proses penghasilan album ini.

"Segala cabaran dan pengalaman itu saya terjemahkan ke dalam lagu-lagu dalam album ini. Pendek kata, album ini adalah motivasi diri yang menggerakkan saya ke depan," katanya yang mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan album dengan 17 trek lagu itu.

Akuinya lagi, tiada kata yang dapat menggambarkan kepuasan dan kegembiraannya dengan kemunculan album yang merangkumi pelbagai genre itu.

"Selepas melalui laluan berliku selama bertahun-tahun, album ini boleh diibaratkan sebagai nyawa. Tiada kata dapat menggambarkan kepuasan saya.

"Saya berharap dengan adanya album ini akan membuka ruang kepada saya untuk lebih dikenali di kalangan khalayak umum," katanya yang sudah menghasilkan lebih 30 buah lagu setakat ini.

Bertuah mengenali Syamsul Yusof

James menyambung perbualan kami dengan mendedikasikan setinggi penghargaan di atas peluang yang diberikan oleh pengarah muda Syamsul Yusof kepadanya untuk menghasilkan pelbagai lagu bagi runut bunyi filem-filem arahannya.

Kongsinya, pertemuan dengan pengarah dan pelakon itu pada 2008 adalah pembuka jalan dan banyak mengubah perjalanan kerjayanya.

"Bukan saja saya berpeluang untuk melebarkan sayap ke bidang penerbitan runut bunyi filem-filemnya, malah perkenalan kami juga banyak mengajar dan memantapkan diri dalam bidang penerbitan lagu.

"Syamsul seorang yang kreatif dan terbuka. Dia juga banyak mendengar pelbagai jenis muzik dan setiap kali kami bekerjasama dia banyak berkongsi idea bagi memantapkan lagi penerbitan lagu-lagu runut bunyi dalam filem-filemnya," katanya yang mengakui pengarah itu banyak menyumbang kepada perkembangan karier nyanyiannya.

Sentuhan Puitis J.Cole

Posted: 13 Nov 2011 06:12 PM PST

ARTIS: J.Cole

ALBUM: Cole World: The Sideline Story

LAGU PILIHAN: Nobody's Perfect, Work Out, Breakdown, God's Gift.

EDARAN: Sony Music

TARUHAN penghasilan album studio pertama J.Cole (gambar), Cole World: The Sideline Story mungkin menjadi satu kepuasan buat penyanyi rap ini selepas muncul dengan lima buah album berbentuk 'mixtapes'.

Begitu juga buat peminat-peminat setianya, album ini pasti memberi kepuasan menyeluruh lebih-lebih lagi ia memuatkan sebanyak 16 trek lagu.

Antara lagu yang dimuatkan ialah Dollar and a Dream III, Can't Get Enough (menampilkan Trey Songz), Lights Please, Interlude, Sideline Story, Mr.Nice Watch (menampilkan Jay Z), Cole World, In The Morning (menampilkan Drake), Lost Ones, Nobody's Perfect (menampilkan Missy Elliot), Never Told, Rise and Shine, God's Gift, Breakdown dan Work Out.

Bertindak sebagai penerbit album ini, JCole atau nama sebenarnya Jermaine Lamarr Cole bijak mewarnai muzik hip hop dengan elemen susunan muzik yang pelbagai.

Malah, hampir keseluruhan pembikinannya dihasilkan oleh penyanyi kelahiran Frankfurt, Jerman ini.

Pada pendapat OopStarz!, gandingan mantap bersama penyanyi Missy Elliot menerusi lagu Nobody's Perfect boleh dikira sebagai lagu terbaik dalam album.

Kekuatan lagu tersebut bukan sahaja dari segi sentuhan melodi yang berbentuk puisi, tetapi juga dari susunan muzik instrumental menjadi tarikan.

Selain itu, lagu-lagu lain yang menjadi pilihan OopStarz! ialah Lost One, Work Out, Breakdown dan God's Gift.

Secara keseluruhan,lagu-lagu yang dibawakan dalam album ini tidak menunjukkan konsep hip hop yang 'skeptikal'. Sebaliknya, JCole menyuntik sedikit elemen konsep peredaran muzik masa kini agar ia tampak berbeza.

Kiranya, konsep pembikinan album ini yang memainkan campuran muzik 1990-an ini juga memberikan kelainan berbanding dengan album hip hop yang lain.

Bagi pendengar yang tidak biasa dengan lagu-lagu hip hop, album ini masih lagi sesuai untuk diperdengarkan.

Pengkid bersalin di Lombok

Posted: 13 Nov 2011 06:10 PM PST

SEBAK...Che Beshah sedih menunjukkan gambar Zurain yang hilang sejak Oktober lalu.
SEBAK...Che Beshah sedih menunjukkan gambar Zurain yang hilang sejak Oktober lalu.

HULU LANGAT: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini menambah kerinduan seorang ibu tunggal terhadap anak gadisnya yang sepatutnya menduduki peperiksaan itu, namun tidak berbuat demikian kerana kini berada di Lombok, Indonesia selepas diperdaya lelaki dari situ.

Che Beshah Md Said, 50, berkata, anaknya Zurain Mohd Zulkeppeli meninggalkan rumah bersama seorang lelaki Lombok dikenali sebagai Edy, 30-an, sejak Oktober tahun lalu dan kini mereka sudahpun berkahwin serta memiliki seorang anak.

Menurutnya, Edy yang memang rapat dengan keluarganya ibarat pagar makan padi kerana lelaki itu sebelum ini diminta membantu mencari Zurain yang sudah beberapa kali lari dari rumah.

"Edy memang bijak berlakon. Kelakuannya nampak baik dan dia memberitahu ada kepakaran untuk mengubati pelbagai penyakit. Jadi, saya minta tolong dia untuk cari Zurain yang kali terakhir lari dari rumah Oktober lalu.


"Kesudahannya, bukannya dia membawa pulang Zurain kepada saya, tapi dia melarikan anak gadis saya itu ke kampung halamannya di Indonesia," katanya ketika ketika menerima kunjungan Pemuda Umno Hulu Langat di rumahnya.

Tamara bukan anak manja

Posted: 13 Nov 2011 06:08 PM PST

Tamara (kanan), bersama kakaknya Petra dan bapanya Bernie, bos Formula Satu.
Tamara (kanan), bersama kakaknya Petra dan bapanya Bernie, bos Formula Satu.

KUKU anjing peliharaannya dicat merah jambu di Harrods, dia mempunyai alat untuk memusingkan kereta supaya dia tidak perlu mengundurkan kereta Ferrarinya ke jalan dan mempunyai 100 pasang kasut tinggi jenama Christian Louboutin dalam bilik persalinannya.

Jadi tidak hairanlah kalau cara hidup mewah Tamara Ecclestone menjadikan dia sukar mencari kawan, terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, sekarang.

  • Foto

    Tamara bergambar bersama kereta Ferrari 559 kepunyaannya.

  • Foto

    Tamara mempunyai banyak kereta mewah, antaranya Rolls Royce, Mercedes 500 dan sebuah Ferrari.

Tapi, nampaknya wanita berusia 27 tahun dan anak kepada jutawan Bernie, juga bos Formula Satu sudah merancang satu strategi untuk dirinya sendiri - cuba mendapatkan undi simpati.

Dia sudah 'menyerang' mereka yang menganggap dia seorang yang 'jahat' dan berkata, walaupun dia mempunyai harta yang banyak. dia juga "seperti kebanyakan wanita yang lain."


Tetapi dia juga menerima kenyataan yang dia menjadi "sasaran utama" pengkritik apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang. "Saya naif, bertindak terburu-buru dan kadang-kadang tidak berfikir panjang," katanya.


Tambahnya lagi, "Orang menganggap saya jahat, tidak mempunyai emosi, tetapi banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya. Saya juga lemah seperti kebanyakan wanita di dunia. Ada hari baik, tak baik dan kadang-kadang bergaduh dengan teman lelaki saya.

"Saya tak mahu duduk saja dan berkata "Saya sedih". Memang saya bernasib baik dan tak perlu bimbang dengan bil elektrik tapi kadang-kadang hidup saya juga sukar:

Tidak semua orang yang mahu berkawan dengan saya itu jujur."

Dia juga menafikan laporan yang dia membelanjakan satu juta pounds (RM5 juta) untuk mandian kristal. Dia memberitahu Radio Times, "Saya takkan menipu - saya memang suka kemewahan tapi saya takkan berbelanja begitu mewah hanya untuk mandi."

Masih belum dapat dipastikan sama ada projek terbarunya ini akan dapat menaikkan kembali popularitinya itu. Minggu ini, model dan pengacara televisyen itu akan muncul dalam satu siri realiti mengenai dirinya bertajuk "Billion $$ Girld', di Channel 5.

Katanya, "Penonton takkan mempunyai pendapat yang buruk mengenai saya. Tak ada yang kalah. Ini saja jawapan saya buat masa ini. Ia memang seronok. Kalau mereka mahu bencikan saya, terpulanglah." Dia juga mengaku, ibunya, bekas model Armani, Slavica Ecclestone pada mulanya menganggap dia gila kerana bersetuju membuat rancangan tersebut.

Minggu lepas, Tamara menunjukkan bilik persalinannya yang mempunyai beratus pasang kasut bernilai 70,000 pounds (RM350.000) dan beg tangan serta pakaian berjenama mewah, semuanya berjumlah kira-kira 100,000 pounds (RM500,000) yang biasa hanya dipakai sekali saja.

Dan dalam satu temubual mengenai kehidupan mewahnya, Tamara berkata semua anjingnya dihantar ke sebuah salon di Harrod's, di mana anjingnya bukan saja menerima rawatan muka tetapi kukunya dicat dengan pewarna kuku berwarna merah jambu.

Buah hati Tamara ialah Omar Khyami 37, seorang broker saham. Pada musim panas yang lalu, dia membelikan Tamara kereta Ferrari 599 GTO berharga 370,000 pounds (RM1.84 juta).

Mengenai buah hatinya itu, Tamara berkata, "Hanya lelaki yang bersemangat tinggi saja tidak akan merasa tergugat dengan keluarga saya. Saya mahu berkahwin tetapi sekarang saya mahu menumpukan perhatian dalam karier saya (satu produk rambut) dan begitu juga dia."

Selain daripada itu, dia turut menjadi pengacara Pertandingan Perlumbaan Udara Red Bull dan pengacara Formula Satu untuk siaran GMTV.

"Saya menjadi pengarca Formula Satu di Sky Sports Italia di Itali untuk dua tahun, jadi saya bukanlah seorang yang bodoh," katanya.

Dalam laman webnya, dia menulis, "Tidak akan menggunakan kehidupan mewahnya dengan sia-sia. Tamara akan beri sumbangan setiap kali ada peluang."

Sasar 1.1 juta premis guna UniFi

Posted: 13 Nov 2011 06:07 PM PST

LANCAR...Imri (kiri) dan Muslimah melancarkan program mata ganjaran, kelmarin.
LANCAR...Imri (kiri) dan Muslimah melancarkan program mata ganjaran, kelmarin.

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) menyasarkan 1.1 juta premis akan menggunakan UniFi iaitu perkhidmatan capaian data Internet berasaskan talian optik gentian menjelang akhir tahun ini.

Naib Presiden Eksekutif Pengguna TM, Imri Mokhtar berkata, sehingga ini, sejuta premis sudah menggunakan perkhidmatan berkenaan dan yakin sasaran itu dapat dicapai walaupun hanya tinggal sebulan setengah saja lagi untuk ke penghujung tahun.


"Kami bersedia memenuhi komitmen sebegitu terutama dalam perjanjian usahasama awam-swasta (PPP) dengan kerajaan untuk memasang 1.1 juta premis dengan kemudahan itu tahun ini," katanya selepas melancarkan Program Mata Ganjaran TM Rewards dalam siri jelajah TM Presents Everyone Connect with MyFM 2011, di Seri Kembangan, Selangor, kelmarin.

Hadir sama, Pengurus Besar Pengurusan Perhubungan Pelanggan TM, Muslimah Simo.

Istana disewa sempena Olimpik

Posted: 13 Nov 2011 06:06 PM PST

Istana St James akan disewakan ketika sukan Olimpik di London.
Istana St James akan disewakan ketika sukan Olimpik di London.

LONDON: Sebuah istana diraja Britain akan disewakan kepada syarikat yang berminat dengan sewa sebanyak 30,000 pound (RM150,000) sehari ketika Sukan Olimpik, tahun depan.

Dalam satu keputusan yang memecah protokol diraja selama 500 tahun, Istana St James akan membuka pintunya untuk syarikat persendirian yang mahu menyewa apartmen mewah ketika Sukan London, nanti.

Ratu Britain sendiri telah memberi kebenarannya untuk membenarkan syarikat persendirian memilih Bilik Throne, Tapestry dan Queen Ann dalam istana itu untuk mengadakan pesta mewah.

Untuk mereka yang mahukan lebih kemewahan, mereka boleh menyewa sebuah istana di utara - Istana Leeds dengan harga 1 juta pound (RM5 juta) ketika sukan Olimpik.


Tetamu di Istana St James akan dapat menikmati lawatan di dalam istana itu sebagai sebahagian daripada sambutan eksklusif.


Mereka juga dapat berada dekat dengan beberapa acara sukan Olimpik, antaranya bola tampar pantai yang diadakan di Horse Guard Paarade dan maraton yang akan bermula dan berakhir di Dataran (Mall).

Acara renang pula akan diadakan di Hyde Park yang terletak berdekatan.

Sumber berkata, "Pihak istana cuba mengeksploitasikan warisan sejarah dan lokasi utama itu. Pegawai istana sudah mula menghubungi firma dan pertubuhan amal yang mungkin berminat untuk menggunakan istana itu.

"Mereka menyasarkan organisasi yang sudah mempunyai hubungan dengan keluarga diraja dan ia termasuk mereka yang mempunyai Waran Diraja," katanya.

Semua tarikh sewa dikatakan telah penuh kerana menerima sambutan luar biasa daripada syarikat yang mahu mengadakan pesta yang hebat.

Istana St James, yang masih menjadi istana rasmi keluarga diraja, biasanya tidak dibuka kepada orang ramai.

Dibawah, rancangan sewa yang baru, firma boleh menjemput tetamu untuk acara yang diadakan di Bilik Tapestry, yang mempunyai pendiang jenis Tudor asli dan beberapa dewangga yang ditenun untuk Raja Charles II dan di bilik Throne yang mempunyai takhta raja yang memerintah.

Cuci luka guna gamat

Posted: 13 Nov 2011 06:04 PM PST

TANYA KHABAR...Liz melawat pesakit kencing manis, Faniah di The Golden Steps.
TANYA KHABAR...Liz melawat pesakit kencing manis, Faniah di The Golden Steps.

KETIKA melihat gambar kaki Zaharah Senawi, 79, selepas dipotong, keadaannya amat menyedihkan. Hampir keseluruhan ibu jari kaki kanan dibuang dan luka kesan daripada potongan itu menyebabkan jari kaki nenek itu berlubang sedalam tiga sentimeter.

Keadaan ini amat menyukarkan dia bergerak. Keadaannya sangat lemah sehingga menyebabkan dia terlantar di katil saja.

Menurut Zaharah, selepas disahkan menghidap kencing manis enam tahun lalu, keadaannya sangat kritikal sehingga doktor terpaksa memotong ibu jari kakinya.

Namun kesan pemotongan itu menyebabkan luka merebak dan doktor bercadang memotong sebahagian lagi jari kakinya, namun Zaharah menolak kerana tidak sanggup melihat kakinya dipotong lagi.


Akibat luka kencing manis Zaharah tidak dapat bergerak, menyebabkan jirannya memperkenalkan perkhidmatan mencuci luka kencing manis yang dijalankan di Pusat Rawatan Alternatif, The Golden Steps di Kuala Lumpur.


Bermula Mei 2011, Zaharah dirawat menggunakan rawatan alternatif atau perubatan tradisional menggunakan pati gamat dan ubat-ubatan herba oleh petugas yang datang ke rumah. Luka kakinya dicuci setiap hari dan diberi penjagaan rapi termasuk membuat jadual pemakanan.

Selepas tujuh hari, lukanya mula menunjukkan perubahan. Daging kaki yang terbuka sedikit demi sedikit bercantum sehingga menutupi hampir keseluruhan lubang pada bekas ibu jari yang dipotong. Lama-kelamaan isinya semakin merata sehingga membuatkan nampak seperti tiada perbezaan sebelum dan selepas dipotong.

Walaupun lukanya mencapai tahap minimum, Zaharah masih mendapatkan rawatan kesihatan di hospital. Kini Zaharah sudah mampu berjalan dengan baik malah kesan parut pada kaki sudah semakin berkurangan. Ternyata dia sangat gembira dengan keadaan sekarang kerana kakinya masih berfungsi seperti orang lain.

Kegembiraan dirasai Zaharah mungkin turut menjadi impian pesakit kencing manis yang lain. Bagi mereka, kaki yang terpaksa dipotong adalah igauan ngeri yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Ibarat batu yang terhempas ke bahu, mungkin begitulah gambaran yang dirasai mereka sejurus menerima perkhabaran daripada doktor.

"Selagi boleh dielak kami akan menggunakan cara lain untuk merawat kencing manis tetapi tidak dengan membenarkan kaki dipotong." Begitulah antara kata-kata yang diluahkan penghidap kencing manis.

Amputasi atau memotong salah satu bahagian anggota tubuh bukan satu jalan penyelesaian kepada pesakit diabetes walaupun prosedur itu adalah langkah selamat yang disyorkan doktor bagi mengawal kuman merebak ke bahagian lain.

Sama ada pesakit memilih untuk menjalani prosedur amputasi atau tidak, rawatan mencuci dan membersihkan luka kencing manis mesti dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari oleh jururawat berpengalaman yang biasa mengendalikannya.

Apa yang menjadi masalah, pesakit dan ahli keluarga kurang peka mengenai pentingnya rawatan mencuci dan membersihkan luka sehingga mengabaikannya. Ada pula yang mencuci menggunakan kaedah yang salah sehingga penyembuhan menjadi kurang sempurna.

Menurut Ketua Perawat Pusat Rawatan Di Rumah dan Penjagaan Harian Diabetes The Golden Steps, Liz See, luka diabetes yang dirawat dan dibersihkan menggunakan ubat-ubatan, peralatan sesuai serta dilakukan mereka yang berpengalaman mampu mengelak pesakit diabetes daripada mengalami proses amputasi.

Malah bagi pesakit yang sudah menjalani proses amputasi, luka pada bahagian yang sudah dipotong boleh pulih sepenuhnya sehingga meninggalkan sedikit kesan parut saja.

"Namun proses ini harus dilakukan perawat berpengalaman, menggunakan bahan rawatan tradisional dengan ubat-ubatan moden dan dilakukan secara berkala bagi mendapatkan hasil maksimum. Jika di rumah, tidak ramai ahli keluarga mampu melakukan dengan baik sebab itu kesan luka yang tidak dijaga akan mudah merebak ke bahagian lain," katanya.

Selain rawatan mencuci dan membersihkan luka, makanan pesakit juga perlu dijaga. Bukan saja jenis makanan tetapi jadual pemakanan yang teratur, cara dan masa pesakit makan juga penting.

Ada beberapa jenis minuman dan makanan tambahan serta vitamin sesuai diambil pesakit bagi membantu proses pemulihan, penyembuhan dan menurunkan paras gula dalam darah, di samping kekal dengan pengambilan ubat-ubatan doktor.

"Pemakanan untuk pesakit diabetes sangat penting. Tidak guna pesakit mendapatkan rawatan tetapi makan apa saja yang boleh menyebabkan kandungan gula meningkat. Apa yang harus dilakukan adalah mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat, kalori serta protein yang tinggi dan melebihkan sayur-sayuran dalam makanan.

"Pesakit juga digalakkan mengambil sarapan pagi dengan menu yang agak berat tetapi makan tengah hari dan malam yang minimum kerana pada waktu malam, kadar metabolisme sangat rendah berbanding siang," jelasnya.

Menurut Liz, sebelum melakukan rawatan, perawat akan menilai tahap luka pesakit sama ada berada pada peringkat permulaan, pertengahan atau kronik. Selepas itu luka dibersihkan menggunakan air mineral sebelum kaedah rawatan komplementari moden digunakan. Antaranya menggunakan lintah, madu atau infra merah.

"Namun kami menggunakan gamat terpilih yang terbukti berkesan dalam penyembuhan luka. Walaupun nampak mudah, sekiranya teknik salah digunakan daging berlebihan akan tumbuh pada kaki dan akan mencacatkan penampilan asal mereka.

"Untuk mendapatkan kesan optimum, cucian dilakukan setiap hari pada pagi dan petang selama 45 minit bergantung tahap luka pesakit," katanya.

Selain menggunakan gamat, pesakit juga diberi rawatan mencegah kuman merebak.
Kaki akan dibersihkan sebelum menjalani rawatan infra merah bagi melancarkan peredaran darah. Selepas itu pesakit akan diurut kaki bagi menguatkan otot.

"Pesakit juga diajar bersenam bagi meningkatkan stamina. Bagi yang tidak mampu bergerak, mereka boleh bersenam di atas katil. Pesakit diabetes harus berhati-hati setiap kali rasa kebas pada kaki mereka. Ini menyebabkan apa saja jenis luka walau gigitan nyamuk sekali pun tidak akan dirasai kerana diabetes akan menyebabkan deria sakit berkurang. Justeru, rawatan kaki serta urut sangat membantu bagi mengembalikan deria rasa serta melancarkan pengaliran darah," jelasnya.

Secara amnya, kencing manis adalah satu sindrom atau penyakit akibat kekurangan atau hilangnya keberkesanan insulin yang dikeluarkan pankreas. Di dalam perut manusia, makanan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan badan bagi mengeluarkan tenaga.

"Bagi manusia normal, insulin membantu glukos dalam darah memasuki sel badan dan menukarnya menjadi tenaga. Namun apabila pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan, ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga.

"Maka, glukos terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing yang dikenali sebagai kencing manis," katanya.

Bagi penghidap kencing manis, tanda awal ialah kegemukan, penyembuhan luka yang lambat, kerap kencing dan haus pada waktu malam.

Bagi pesakit kencing manis, Faniah Ishak, 50, dia tidak tahu tanda dahaga yang keterlaluan pada waktu malam, kerap kencing serta air kencing yang dihurung semut petanda awal penghidap kencing manis. Apabila mendapat rawatan di hospital doktor mengesahkan dia menghidap diabetes.

"Saya diberi rawatan di hospital serta diminta menjaga pemakanan. Kesan penyakit ini, kulit saya sangat sensitif dan mudah berparut. Walau hanya gigitan nyamuk sekali pun, ia akan meninggalkan kesan pada kulit tambah pula apabila digaru dan luka. Saya juga mudah letih dan mengantuk," katanya.

Selain mendapatkan ubat-ubatan di hospital, Faniah turut mendapatkan rawatan cucian luka di pusat rawatan The Golden Steps selepas mendapat maklumat daripada rakan yang berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan.

Saya turut mendapatkan panduan mengenai pemakanan serta kaedah mencegah diabetes daripada berulang," katanya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan pembersihan luka kencing manis, boleh mengunjungi The Golden Steps, 62A-2, Jalan Kuantan Off Jalan Maran, Lorong Maran Titiwangsa, Kuala Lumpur atau menghubungi 019-2937669.

Mampu bentuk jati diri mahasiswa

Posted: 13 Nov 2011 06:01 PM PST

BERKAT...kemesraan lebih terasa apabila saling berkongsi masalah antara satu sama lain.
BERKAT...kemesraan lebih terasa apabila saling berkongsi masalah antara satu sama lain.

SEGELINTIR mahasiswa apabila tidak berjaya memperoleh tempat di kolej kediaman, pasti merasa gundah dan bimbang serta dihantui pelbagai persoalan sama ada mampu atau tidak hidup berdikari.

Selepas selesa tinggal di kolej dengan segala kemudahan, kemudian terpaksa pula keluar, tentunya banyak cabaran menanti, sekali gus menguji kekuatan emosi dan fizikal berdepan kerenah persekitaran baru.

  • Foto

    BERDIKARI...semua perlu dilakukan sendiri namun bantuan dari rakan boleh meringankan beban.

  • Foto

    BERDISIPLIN...duduk di luar membantu menjadi lebih berdisiplin serta menjalani kehidupan secara teratur.

  • Foto

    SALING BEKERJASAMA...duduk di luar kampus memberi peluang mahasiswa mempraktikkan amalan bekerjasama antara satu sama lain.

  • Foto

    BERSIAP SEDIA...walaupun duduk di luar kampus, bukan alasan untuk tidak ke kelas, malah perlu lebih bertanggungjawab dan berdisiplin supaya tidak timbul masalah.

  • Foto

    BELAJAR BERSAMA...bagi mereka yang menyewa di luar, suasananya pasti berbeza terutama ketika mengulang kaji.

Bagaimanapun, ada yang melihat peralihan ini sebagai cabaran dan lumrah bagi mahasiswa selain menganggapnya sebagai langkah pertama berdepan realiti dunia kehidupan.

Malah, ada gembira dengan alasan tiada kongkongan, dapat menyelia kehidupan mengikut acuan sendiri dan merasai kehidupan berdikari dengan rakan sebaya.


Persoalannya, benarkah tinggal di luar lebih selesa dan sering menjadi pilihan mahasiswa? Atau mereka terpaksa melakukannya kerana tidak mempunyai pilihan lain?


Mahasiswa Fiqh dan Fatwa, Fakulti Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, Wan Haizum Wan Hamzah, berkata dia lebih selesa tinggal di luar kerana tidak terikat dengan pelbagai peraturan selain bebas mengurus kehendak peribadi tanpa menyalahi undang-undang kolej.

Menurutnya, tinggal di luar bukan saja membantunya berdikari, malah memperoleh pelbagai pengalaman baru yang silih berganti hasil pergaulan dengan masyarakat sekitar.

"Pilihan ini memang tepat dengan kehendak hati saya kerana berasakan lebih mudah membuat keputusan sendiri tanpa mengganggu rakan atau peraturan kolej.
Bagaimanapun, bukan bermakna saya boleh bebas semahunya kerana yang penting masih ada ruang peribadi.

"Keseronokannya juga berlainan kerana ada perbezaan hidup bersama rakan sebaya dengan masyarakat pelbagai latar belakang. Di luar, kami perlu lebih toleransi, menjaga tatasusila selain nama institusi diwakili.

"Dengan kata lain, meskipun ada kebebasan, ia perlu dibayar dengan harga lain, jadi terpulanglah untuk memilih sama ada hidup di kolej atau di luar kerana kehendak sendiri pasti berbeza," katanya.

Bagi mahasiswa, bukan sesuatu yang janggal apabila terpaksa menyewa di luar kampus apatah lagi bukan semua institusi mampu menyediakan kolej kediaman sepanjang tempoh pengajian.

Hanya mereka yang memenuhi kriteria kelayakan saja memperoleh keistimewaan itu menyebabkan sebahagian besar terpaksa mencari rumah sewa.

Berkongsi pengalaman awalnya, dia berkata terpaksa berhempas pulas mencari rumah sewa yang mampu dibayar selain mengeluarkan lebih belanja untuk membeli peralatan rumah.

"Tinggal di kolej semuanya tersedia tapi di luar, semuanya sendiri. Bagi yang bernasib baik, mendapat rumah sudah ada kelengkapan, namun sewanya pula mahal.

"Memang janggal apabila terpaksa menguruskannya sendiri apatah lagi dengan rakan yang juga tidak mempunyai pengalaman. Bagaimanapun, ia tetap menyeronokkan kerana kami berkongsi pendapat dan pandangan selain rasa teruja menjalani kehidupan bujang," katanya mengakui keseronokan tambah berganda apabila memperoleh rakan baru yang tinggal berdekatan.

"Jika di kolej, kebanyakannya jarang bertegur sapa dan kurang mengenali satu sama lain kerana terlalu ramai, sebaliknya tinggal di luar pula kerap bertemu.
Secara tidak langsung menjadi rakan merangkap jiran.

"Perhubungan juga lebih mesra kerana boleh berkongsi suka duka dengan rakan 'sekepala.' Selalunya, kebanyakan rakan penyewa adalah mereka yang sudah lama dikenali, jadi kurang masalah," katanya.

Bagaimanapun, dia mengakui ada juga kekurangan tinggal di luar terutama dari segi keselamatan dan peningkatan perbelanjaan bulanan atau harian.

Menurutnya, tinggal di kolej kediaman, keselamatan terjamin kerana ada yang memantau tapi di luar, semuanya bergantung pada diri sendiri selain terpaksa menanggung kos luaran yang meningkat.

"Sewa perlu dibayar setiap bulan selain tambahan pelbagai kos sampingan. Bagi kami yang masih tidak mempunyai pendapatan tetap, ia menyeksakan selain menyusahkan ibu bapa.
"Soal keselamatan juga sangat minimum, masing-masing perlu menjaga diri sendiri terutama perempuan. Inilah antara cabaran getir terpaksa dihadapi apabila tinggal di luar walaupun tetap ada keseronokannya.

Mahasiswa Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor, Rohaida Abdul Manaf, turut berpendapat hidup di luar lebih membentuk kekuatan diri selain menjadikan mahasiswa berdisiplin.

"Bayangkan, segala kesusahan perlu ditanggung sendiri, tiada yang mengambil berat. Bukankah itu satu pelajaran baik untuk membentuk jati diri?

"Kami juga perlu bijak membahagikan masa kerana kebanyakan rumah jauh dari kampus, justeru sesiapa yang beringat pasti berjaya, namun jika sebaliknya berlaku," katanya.

Persoalan golongan mahasiswa yang tinggal di luar kolej mudah terbabit dengan gejala sosial bagi Rohaida semuanya atas kehendak dan kawalan diri masing-masing.

Pengaruh itu, katanya boleh menular di kepada sesiapa saja tanpa mengira latar belakang, pangkat, status atau usia.

"Jadi terpulanglah pada individu untuk mencegah diri sendiri daripada menjadi mangsa. Tidak bermakna apabila tinggal di luar, mudah terbabit dengan gejala itu biarpun tidak menafikan ia masih berlaku.

"Paling penting, bagaimana cara mengelaknya seperti pemilihan rakan serumah dan pemantauan jiran atau keluarga. Tinggal di luar bukan bermakna bebas sepenuhnya.

"Bagi saya, sama ada tinggal di luar atau kolej, ada kekurangan dan kelebihannya. Perjuangan paling utama adalah menamatkan pengajian, sekali gus memulakan kehidupan sebenar selepas itu," katanya.

Tuah Penakut

Posted: 13 Nov 2011 05:57 PM PST

pix_gal0
ANUGERAH Industri Muzik Malaysia ke-18 (AIM18) nampaknya menjadi kuasa wanita. Kejayaan Yuna dan Najwa Mahaiddin disusuli dengan 'orang lama, Datuk Sheila Majid menjadi bukti kekuatan dan kehebatan wanita dalam mencabar keegoan lelaki yang selama ini sentiasa menguasai acara besar industri muzik kita.

Tambahan pula, Yuna dan Najwa adalah dua gadis yang bukan sekadar, menyanyi tetapi juga turut menghasilkan lagu dan lirik. Muzik mereka juga dalam kelas tersendiri.
Ketika pemuzik atau penyanyi lelaki lebih ghairah dengan corak muzik indie yang kadang-kadang kurang jelas alirannya atau muzik pop dan pop rock, Yuna dan Najwa pula memilih muzik yang lebih dekat dengan aura wanita iaitu soul atau rythm & blues (R&B) dengan gaya pop.
Dan hasilnya, tidak mengecewakan.

Pada AIM18, Yuna merangkul tiga trofi menerusi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Terbaik: Penakut, selain Anugerah Kembara.

Satu pencapaian terbesar dan penuh bermakna buat dirinya. Dalam pada itu, mengulas kejayaan lagu Penakut, Yuna berkata, ada cerita menarik yang ingin dikongsi di sebalik pembikinan lagu itu.

"Terus terang, sewaktu mencipta lagu ini, saya tidak yakin bahawa lagu ini mampu diterima ramai. Lagu ini adalah sebuah lagu eksperimen kerana susunannya berbeza dengan lagu biasa.
Chorus cuma sekali dan saya bimbang jika peminat tidak faham. Mungkin lagu ini menang kerana juri mengambil inspirasi yang ada dalam lagu ini," ujarnya yang anggun mengenakan busana rona hitam dan merah jambu.

AIM18 juga menjadi pemangkin untuk meneruskan kejayaan. Namun ada ketika ia menjadi badi apabila ia menjadi penamat kepada kerjaya. Dalam AIM, kategori Artis Baru Terbaik sering dikaitkan dengan perkara itu.

Walaupun bukan semua, namun ada beberapa penyanyi yang selepas menggenggam anugerah itu, kelibat mereka hilang entah ke mana. Apakah perkara yang sama bakal menimpa penyanyi ini?

Menjawab pertanyaan itu, Najwa berkata, dia tidak percaya dengan badi yang sering dikaitkan dengan anugerah itu.

"Bagi saya, anugerah itu lebih kepada pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan dalam bidang ini.

Saya tak percaya pada badi anugerah ini. Apa yang penting, kita kena melipatgandakan usaha dan tidak membiarkan hasil kerja kita terhenti setakat ini saja," katanya.

Peminat kurang hargai kerja pengkarya muzik

AIM18 yang menutup tirainya malam kelmarin bukan saja menyaksikan penyanyi generasi baru terus meluaskan pengaruh mereka, tetapi ia juga turut membuktikan penyanyi generasi lama juga masih berbisa serta mampu memberi saingan yang kuat.

Di sebalik menyinarnya penyanyi yang mempunyai kepelbagaian bakat seperti berkebolehan mencipta lagu dan menulis lirik, acara berprestij malam itu turut menyaksikan kebangkitan semula penyanyi yang pernah melakar kejayaan dalam majlis yang sama sebelum ini.

Dalam pada kita meraikan kemunculan bakat baru, orang lama tetap tidak dipinggirkan.

Meskipun industri hiburan mengalu-alukan kehadiran penyanyi berbakat besar seperti Yuna yang membolot tiga anugerah iaitu Anugerah Kembara, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Terbaik (Penakut) dan juga Najwa Mahiaddin yang donobatkan sebagai Artis Baru Terbaik serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Got To Go), namun pada masa sama, penat lelah Datuk Sheila Majid yang memberikan hasil produksi terbaik menerusi album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years Of Sheila Majid turut mendapat pengiktirafan apabila album projek khas itu mengungguli dua kategori iaitu Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Album Terbaik.

Ternyata selepas sedekad tidak berada di dalam senarai pemenang AIM, Sheila yang suatu ketika dulu pernah berada di kedudukan Yuna sekarang kembali bangkit, sekali gus membuktikan penyanyi berpengalaman sepertinya masih tajam taringnya jika diberi peluang.

Namun, tegas penyanyi ini, penyertaannya dalam acara itu bukanlah atas niat mahu menggugat sesiapa.

"Saya buat album ini kerana mahu memberikan hadiah kepada peminat sempena 25 tahun saya berada dalam industri muzik. Menjadi prinsip saya selama ini iaitu jika buat sesuatu, memang amat mementingkan kualiti.

"Tiada tolak ansur dalam soal itu. Selepas sedekad tidak dicalonkan dalam AIM, saya teruja kerana berpeluang bersaing dengan penyanyi generasi baru," kata Sheila pada majlis sidang media sejurus selepas malam kemuncak AIM18.

Hadir sama Yuna, Najwa dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola AIM18, Rosmin Hashim dan Adrian Lim.

Sheila juga menegaskan, dia tidak bersedia untuk menghasilkan album terbaru kerana mentaliti orang Malaysia yang belum menghargai susah payah menghasilkan kerja kreatif.

"Untuk membuat album kosnya bukanlah murah. Muzik harus dimainkan oleh manusia kerana ia mempunyai emosi dan lahir dari hati. Untuk mendapatkan khidmat pemuzik profesional, bayarannya memang mahal.

"Kalau peminat muzik lebih suka produk cetak rompak dan tidak membantu karyawan muzik, bagaimana kami mahu mendapatkan modal menghasilkan produk berkualiti. Setakat ini saya tetap dengan pendirian untuk tidak hasilkan album baru," tegasnya.

‘Kami mahu bayaran setimpal’

Posted: 13 Nov 2011 05:52 PM PST

SEBAHAGIAN  pemilik rumah dan kedai Flet PKNS Pusat Bandar Taman Keramat, Jalan Jelatek pada sidang media menuntut ganti rugi dan pampasan sewajarnya daripada PKNS.
SEBAHAGIAN pemilik rumah dan kedai Flet PKNS Pusat Bandar Taman Keramat, Jalan Jelatek pada sidang media menuntut ganti rugi dan pampasan sewajarnya daripada PKNS.
Pemilik rumah kecewa PKNS turunkan nilai pampasan, abai kerja selenggara

AMPANG: Pemilik rumah dan kedai Flet Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Bandar Taman Keramat akan menuntut ganti rugi terhadap PKNS kerana mengabaikan kerja penyelenggaraan lebih satu setengah tahun, selain menuntut pampasan lebih wajar terhadap pengambilalihan kediaman milik mereka.

Tuntutan ganti rugi dan pampasan itu dibuat lapan pemilik rumah dan enam pemilik kedai yang mendakwa terpaksa hidup dalam kesengsaraan selepas PKNS menghentikan kerja penyelenggaraan sejak Jun 2010 termasuk tidak mengangkat sampah, bekalan elektrik dan air terputus, bumbung bocor dan sebagainya sehingga mereka diarah mengosongkan premis masing-masing pada 9 November lalu.
Pemilik turut kecewa dengan keputusan PKNS yang mengurangkan pampasan dipersetujui bersama pada 2009 iaitu RM350,000 untuk setiap rumah kepada jumlah lebih rendah iaitu RM130,000 saja yang dianggap tidak sepadan dengan kerugian terpaksa ditanggung mereka.
Wakil pemilik rumah, Fadhilah Saharain, 38, berkata semua pemilik membantah tawaran pampasan RM130,000 selepas PKNS mengeluarkan notis pengambilalihan tanah berkenaan, selain tertekan dengan keadaan rumah yang terbiar akibat tidak diselenggara.

"PKNS tidak sepatutnya mengetepikan hak kami untuk mendapatkan pampasan sewajarnya kerana kami adalah pemilik dan bukan penyewa, malah tempoh pajakan tanah juga masih berjalan sehingga 2085 iaitu kira-kira 74 tahun lagi.

"Bagaimanapun, kami diusir secara paksa apabila PKNS menggunakan undang-undang menerusi kerajaan Selangor untuk merampas tanah yang kami duduki.

"Sejak PKNS menghentikan kerja penyelenggaraan, rumah kami seperti neraka dengan sampah bertimbun, tikus, elektrik dan air diputuskan menyebabkan kami hidup terseksa. Sikap PKNS mengurangkan jumlah pampasan kepada lebih rendah itu juga seolah olah 'menghukum' pemilik kerana enggan berpindah sebelum ini," katanya.
Fadhilah berkata, sebelum ini penduduk diarah mengosongkan rumah dan kedai masing-masing pada Oktober 2009 bagi memberi laluan projek pembinaan Datum Jelatek yang merangkumi hotel, pusat beli belah dan kondominium mewah dengan jumlah pampasan antara RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah, manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai.

Bagaimanapun, katanya, pemilik merasakan jumlah itu tidak berbaloi berbanding kerugian dan potensi kawasan berkenaan yang terletak tidak sampai dua minit berjalan kaki ke menara berkembar KLCC.

"Selepas beberapa rayuan dibuat pada hujung 2009, PKNS bersetuju menaikkan jumlah pampasan kepada RM350,000 bagi rumah sebelum jumlah itu dikurangkan tetapi jumlah pampasan sebenar untuk kedai belum diputuskan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Karim Jaafar, 49, berkata selepas keluar dari rumahnya, nasibnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana bukan saja diberhentikan kerja, malah kini terpaksa menyewa rumah di Taman Permata dengan kadar RM1,000 sebulan," katanya.

Kem motivasi dedah pengajian di politeknik

Posted: 13 Nov 2011 05:51 PM PST


SEBAHAGIAN calon SPM tekun mengikuti kem motivasi selama tiga hari dua malam di Politeknik Premier Johor Bahru, baru-baru ini.


JABATAN Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mendekati golongan sasar melalui program Kem Motivasi selama tiga hari dua malam (3D2N) di Politeknik Premier Johor Bahru, Johor baru-baru ini.

Program itu merupakan satu pendekatan untuk mempersiapkan para pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengenali dan mengetahui peluang pendidikan yang terdapat di institusi pengajian politeknik yang ada di negara ini.

Seramai 139 pelajar dari 13 buah sekolah menengah dari Zon Selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan terlibat dalam program motivasi ini.

Sekolah-sekolah berkenaan termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, SMK Seri Tanjung, SMK Dang Anum, SMK Pasir Panjang, SMK Bukit Saujana, SMK Anjung Batu, SMK Seri Mersing, SMK Pasir Gudang, SMK Pasir Gudang 2, SMK Pasir Gudang 3, SMK Megah Ria, SMK Bandar Seri Alam dan SMK Pengawa Timor.

Pelbagai pengisian menarik disusun sepanjang program seperti teknik menjawab soalan sains dan matematik, bengkel menghadapi peperiksaan, aktiviti Explorace Intelek, kuliah kerohanian, ceramah dan taklimat daripada para pensyarah politeknik dan guru-guru cemerlang serta resolusi program.

Program ini diharap akan dapat terus diadakan lagi bagi mendedahkan peluang-peluang yang terdapat di politeknik kepada lepasan SPM di seluruh negara dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk memilih bidang yang bersesuaian dengan minat serta pencapaian akademik masing-masing.

Konsert 1Malaysia penuhi keperluan kursus

Posted: 13 Nov 2011 05:50 PM PST


SALAH satu persembahan pada Konsert 1Malaysia 1Irama 1Dunia di IPG Kampus Ipoh, Perak, baru-baru ini.


PELATIH Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh menganjurkan Konsert 1Malaysia 1Irama 1Dunia di kampus itu, baru-baru ini untuk memenuhi kehendak proforma subjek Aktiviti Muzikal Dalam Bilik Darjah (MZE3102).

Pensyarah Pembimbing yang bertindak selaku Penyelaras Konsert, Mubin Md. Nor berkata, konsert itu juga merupakan satu usaha untuk memberi peluang kepada para pelatih yang mengambil opsyen Pendidikan Muzik sebagai subjek minor di IPG Kampus Ipoh mengekspresi bakat muzik mereka.

"Penganjuran konsert ini dapat memenuhi peluang keemasan bagi pihak penganjur untuk menambah pengalaman dan pendedahan secara langsung serta lebih menyeluruh tentang konsep pendekatan pengajaran muzik di sekolah.

"Selain itu, ia merupakan usaha ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang seimbang," jelasnya.

Konsert yang dikendalikan oleh 20 pelatih unit PISMP G3 itu dimeriahkan dengan pelbagai persembahan seperti nyanyian, tarian dan juga persembahan muzik instrumental.

Menurut Pengerusi Program, Mohamad Saidi Zainal Azim, persembahan pada malam konsert itu dibahagikan kepada tiga segmen merangkumi segmen Nusantara, Retro Evergreen dan World Music yang diiringi oleh Kumpulan Orkestra IPG Kampus Ipoh.

"Penganjuran konsert sulung ini berjaya mendapat maklum balas yang baik daripada semua pihak dan ia sememangnya memberikan kepuasan penuh dan kebanggaan kepada kami.

"Ia dibuktikan melalui sokongan dan kehadiran ramai penonton dari dalam mahupun dari luar kampus," katanya.

SMSAH rai persaraan pengetua

Posted: 13 Nov 2011 05:49 PM PST


Pengetua SMSAH, Ahmad Din menerima cenderamata kenangan daripada wakil guru sekolah berkenaan sempena persaraannya di Kedah, baru-baru ini.


PENGETUA Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, (SMSAH) Jitra, Kedah, Ahmad Din, baru-baru ini menempa sejarah dalam hidupnya apabila bersara sebagai pendidik di sekolah yang sama ketika beliau menuntut di situ sewaktu remaja.

Dalam ucapan persaraannya, beliau menasihatkan warga SMSAH mengekalkan semangat bekerja secara berpasukan untuk terus mencipta kejayaan.

"Hasilnya SMSAH mampu menjadi salah sebuah sekolah terhebat dan dinobatkan sebagai sekolah berprestasi tinggi pada 2009," katanya bangga.

Ahmad berasal dari Sanglang, Kedah dan dilahirkan pada 24 Oktober 1953 pernah menuntut di SMSAH pada tahun 1968 hingga 1969 sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya.

Sebelum bersara beliau pernah bertugas di Sekolah Menengah Jitra, Sekolah Menengah Langgar, Sekolah Menengah Tandop dan Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

Pengerusi Pengetua-Pengetua Zon Utara ini pernah dianugerahkan status pengetua cemerlang dan telah menghasilkan dua buah buku iaitu Buku Ucap Bicara (2010) serta Geletek Guru (2011).

Majlis persaraannya diadakan dalam suasana sayu dan meriah apabila beliau diarak menaiki beca dari bangunan sekolah menuju ke pintu pagar pada hari terakhir bertugas di sekolah berkenaan yang merupakan satu penghormatan daripada guru, kakitangan serta pelajar SMSAH yang tidak ternilai harganya.

Klinik debat asah kemahiran

Posted: 13 Nov 2011 05:49 PM PST


NORIZA Hussin menerangkan usul perdebatan ketika Klinik Debat di UiTM baru-baru ini.


PROGRAM Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti yang bakal berlangsung mulai 24 November hingga 2 Disember ini di Dewan Anjung Budiman, UiTM Shah Alam semakin terasa bahangnya dengan suntikan semangat yang tinggi di kalangan peserta yang terlibat khususnya pihak penganjur.

Bagi memastikan program sepanjang 10 hari berjalan lancar pelbagai perancangan dilaksanakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat Fakulti Pendidikan yang bertindak sebagai pencetus idea dalam pelaksanaan program cubaan memecahkan rekod Malaysia Book Of Record (MBR).

Penasihat program debat, Noriza Hussin dan pelajarnya mengambil inisiatif menubuhkan satu jawatankuasa kecil bagi membantu pihak sekretariat tertinggi UiTM sepanjang program ini berlangsung.

Penubuhan jawatankuasa itu bertujuan melicinkan penganjuran program selain membantu daripada segi publisiti dan logistik.

Menyedari sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan 1,300 pendebat terdiri daripada pelajar sekolah, kolej, politeknik, institut perguruan dan institusi pengajian tinggi (IPT) dari peluruh negara penubuhan jawatan kuasa kecil ini bertepatan dengan fungsi dan peranan dalam memastikan cubaan memecahkan rekod MBR tercapai.

Antara fungsi dan peranan jawatan kuasa itu ialah menganjurkan Klinik Debat UiTM dengan disertai pelajar kokurikulum satu dan pengucapan awam UiTM di Dewan Dedaru, Fakulti Pendidikan, UiTM Shah Alam baru-baru ini.

Selain itu, penganjuran klinik tersebut turut memfokuskan teknik debat dan tanggungjawab setiap pendebat.

Bermula dengan tanggungjawab pencadang pertama disusuli dengan pencadang kedua dan pencadang ketiga, seterusnya peranan ketua pembangkang, timbalan ketua pembangkang dan pembangkang ketiga serta diakhiri dengan sesi penggulungan bagi kedua-dua pihak.

Selain itu, klinik perdebatan itu juga membantu peserta bagaimana untuk membina usul berdasarkan tema program iaitu Transformasi dan Perpaduan Bangsa Dalam Mengangkat Martabat Bahasa Melayu.

Ia juga fokus kepada kemahiran berkomunikasi khususnya dalam aspek tonasi dan penguasaan istilah-istilah Bahasa Melayu di samping melatih diri peserta untuk berfikir secara kritikal.

Justeru, kesemua pendebat memperlihatkan kesungguhan mereka dalam membantu peserta yang akan menjadi pendebat dalam program ini.

Lebih mengharukan apabila terdapat sukarelawan-sukarelawan daripada fakulti lain yang turut hadir memeriahkan untuk menjadi peserta pendebat program ini.

Atas dasar minat, sukarelawan-sukarelawan ini tampil menunjukkan komitmen yang tinggi membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada lapan pelajar dan seterusnya mengadakan diskusi berkenaan usul perdebatan di dalam klinik perdebatan ini.

Mahasiswa pertahan institusi raja

Posted: 13 Nov 2011 05:48 PM PST


TENGKU Sulaiman Shah (tengah) bergambar dengan pelajar Fakulti Undang-Undang UiTM yang mengadakan lawatan ke Istana Alam Shah, Selangor baru-baru ini.


MAHASISWA institusi pengajian tinggi terutama yang mengambil jurusan undang-undang perlu diberi pendedahan mengenai fungsi raja sebagai ketua agama Islam serta peranan istana dalam Perlembagaan Malaysia.

Pendedahan peranan dan fungsi institusi raja amat penting dalam usaha membetulkan persepsi generasi muda hari ini mengenai Ketuanan Raja-Raja Melayu.

Selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, mahasiswa perlu mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan walaupun terdapat usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan peranan institusi berkenaan.

Menyedari hakikat itu, baru-baru ini seramai 80 mahasiswa Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan kunjungan ke Istana Alam Shah, Klang dan Galeri Sultan Abdul Aziz Shah dalam usaha memartabatkan dan menjunjung kasih sistem raja berperlembagaan yang merupakan asas perpaduan sesebuah negara.

Kunjungan itu diketuai Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) merangkap Pensyarah Fakulti Undang-Undang UiTM, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Lawatan yang julung kali diadakan setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah disambut Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah, Tengku Panglima Di Raja Selangor adinda Sultan Selangor serta kerabat Diraja Selangor telah mendekatkan mahasiswa dengan Istana Alam Shah.

Kunjungan rombongan itu menjunjung kasih fungsi dan peranan Sultan sebagai Ketua Agama Islam. Mahasiswa juga berkesempatan melawat dan diberi taklimat mengenai fungsi Dewan Di Raja, Lembaga Pengampunan, ruang istiadat majlis yang melibatkan rakyat negeri Selangor dan lain-lain termasuk pejabat Sultan Selangor.

Selain itu, mahasiswa yang terlibat turut mendapat pendedahan teori dan asas perlembagaan negara Malaysia.

UMP juara Debat Perdana Gender

Posted: 13 Nov 2011 05:21 PM PST


Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur (tengah, atas) dan Dr. Aziz Deraman bersama pemenang-pemenang Debat Perdana Gender 2011 di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 13 Nov. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dinobatkan sebagai juara Debat Perdana Gender 2011 yang pertama kali diadakan dengan melibatkan penyertaan 40 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) dekat sini hari ini.

Pertandingan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW) dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia itu berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini.

Pada pertandingan akhir bagi kategori bahasa Melayu itu, UMP turut merangkul anugerah pendebat terbaik menerusi Siti Aisyah Mustapha.

Kemenangan itu membolehkan UMP membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta piala pusingan manakala hadiah RM500 menjadi milik Siti Aisyah.

Naib johan disandang Universiti Malaya (UM) yang merangkul hadiah wang tunai RM3,500 berserta piala.

UMT diwakili Siti Aisyah, Mohd. Qusyairi Hashim, Qamaruddin Mohd. Fauzi dan Nur Aida Faisal manakala UM diwakili Muhammad Azzaire Rosle, Kiasatina Othman, Chan Kheng Fai dan Rafidah Farhana Sarrulnisah.

Tempat ketiga dimenangi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) keempat.

Bagi kategori bahasa Inggeris pula, Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara apabila mengalahkan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pada pertandingan akhir kategori itu di UMT semalam.

Dengan kemenangan itu, UiTM turut menerima hadiah wang tunai RM7,000 serta piala manakala Unimas membawa pulang RM3,500 berserta piala.

Pendebat UiTM, Maizura Mokhsin turut merangkul anugerah pendebat terbaik bagi kategori bahasa Inggeris dengan membawa pulang wang tunai RM500.

Tempat ketiga bagi kategori itu dimenangi Universiti Multimedia Malaysia (MMU) manakala UM di tempat keempat.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur dan Pengarah NIEW, Tan Sri Dr. Rafiah Salim. Turut hadir, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Aziz Deraman.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Noorul Ainur berkata, pertandingan tersebut akan diteruskan pada masa depan dengan memilih sebuah universiti sebagai tuan rumah.

"Mulai tahun depan, nilai hadiah untuk johan dan naib johan akan dinaikkan iaitu daripada RM7,000 kepada RM10,000 (johan) dan bagi naib johan daripada RM3,500 kepada RM5,000," ujarnya.

Teknologi sepadan

Posted: 13 Nov 2011 05:20 PM PST


TELEFON pintar Sony Ericsson Xperia arc S menawarkan pengguna aplikasi lebih pantas dan lancar.


TERUS merancakkan pembanguan jenama Xperia, syarikat pencipta telefon bimbit pintar itu, Sony Ericsson baru-baru ini memperkenalkan pula model Xperia arc S.

Model yang dinaik taraf daripada portfolio Xperia arc sebelum ini menawarkan pengalaman hiburan lebih pantas menerusi pengenalan sokongan pemproses berkuasa 1.4 Ghz dan teknologi panorama Sony 3D.

Tidak cukup dengan itu, ia turut hadir bersama ciri aplikasi media dan kamera 25 peratus lebih pantas serta 20 peratus kelancaran capaian laman web berbanding model sebelum ini.

Menurut Pengurus Besar Sony Ericsson Singapura dan Malaysia, Peter Ang, Xperia arc S yang menggabungkan teknologi Sony dan Android merupakan model telefon bimbit pintar dengan fungsi hiburan terbaik.

''Ia merupakan model telefon pintar paling lengkap dalam kelasnya dengan tawaran akses unik kepada laman web rangkaian sosial serta capaian lebih 250,000 aplikasi,'' katanya.

Melihat keistimewaannya, gajet berkenaan dilengkapi teknologi panorama 3D Sony yang membolehkan sesuatu imej dirakam dan dipaparkan secara terus ke televisyen 3D menerusi sambungan kabel HDMI.

Kelebihan spesifikasi multimedianya pula disempurnakan bersama skrin 4.2 inci, sokongan enjin mobile BRAVIA, kamera 8.1 megapiksel, rakaman video definisi tinggi (HD) dan sensor Exmor R untuk sokongan rakaman dalam pencahayaan rendah.

Daripada sudut teknikal, Xperia arc S di pacu oleh pemproses berkelajuan tinggi dan sistem operasi Android Gingerbread 2.3.

Sony Ericsson Xperia arc S bakal memasuki pasaran negara menjelang awal Oktober depan.

Diserang Malware

Posted: 13 Nov 2011 05:18 PM PST

SEKIRANYA komputer saya telah diserang oleh Malware, apakah yang perlu saya lakukan?

Apabila berlakunya masalah jangkitan atau serangan Malware terhadap sesebuah komputer, sudah tentulah ia perlu dipulihkan kembali dengan memelihara keselamatan dan keadaan data yang ada di dalamnya.

Namun begitu, ada beberapa cara yang baik dalam mengendalikan masalah ini supaya proses baik pulih akan berjalan dengan lancar dan jayanya. Berikut adalah cara-cara yang boleh diguna pakai dalam mengendalikan masalah ini.

1. Kenal pasti tahap ancaman Malware tersebut sama ada ia dikategorikan sebagai ancaman pada tahap rendah, sederhana atau tinggi.

Pada tahap ancaman yang rendah, kesan buruknya adalah jelas tetapi mudah untuk dibersihkan. Pada tahap ancaman yang sederhana, kesan buruknya juga adalah jelas tetapi memerlukan usaha yang lebih untuk membersihkannya.

Pada tahap ancaman tinggi, kesannya agak sukar untuk dilihat atau dikesan tetapi ia akan mencuri data yang terdapat dalam komputer tersebut.

Jadi, fokus haruslah diberikan kepada tanda-tanda ancaman Malware tersebut dan bagaimana langkah yang seterusnya perlu diambil untuk menanganinya.

2. Lakukan analisis terhadap fail-fail log bagi kesemua perisian keselamatan yang ada seperti Firewall, antivirus dan sebagainya.

Ini adalah untuk melihat sama ada berlaku perkaitan masalah Malware sedia ada dengan masalah-masalah Malware yang lepas.

3. Buat soal selidik kepada pengguna komputer tersebut atau kepada diri sendiri berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan terhadap komputer tersebut sebelum terjadinya masalah jangkitan Malware ini.

Sila catit kesemuanya jika perlu. Ini penting untuk melihat perkaitannya dengan masalah Malware yang dihadapi. Boleh juga melihat fail log komputer sekiranya ada.

4. Laksanakan baik pulih komputer yang dijangkiti dengan program-program tertentu dan sekiranya tidak boleh mencapainya, gunakanlah media lain seperti pemacu storan USB, CD, disket atau DVD.

Antara program komputer yang penting untuk buat baik pulih ini adalah seperti USB Dummy Protect (fungsi write protect), Super Anti-Spyware (Buang Malware) Malware Bytes AntiMalware (Buang Malware), SysInternals (Masalah Malware), EXEFIX_XP (Pulihkan masalah fail .exe dan shortcut), Sophos Rootkit Revealer (Masalah Malware), aswMBR (Masalah Malware), Kaspersky Rescue CD (Pakej lengkap untuk masalah Malware) dan lain-lain tools atau program baik pulih.

Perkara yang paling penting setelah itu adalah kemas kini perisian-perisian yang sedia ada dalam komputer itu termasuk sistem pengoperasian.

5. Buat pengrekodan terhadap semua dapatan yang telah diperolehi sama ada ia datang daripada soal selidik atau perlarian program komputer seperti masalah virus atau Malware, masalah vulnerability atau kelemahan pada sistem komputer, risiko-risiko yang berpotensi berlaku, perimeter-perimeter ancaman dan lain-lain.

Bagi melengkapkan pengrekodan ini, boleh rujuk kepada buku-buku panduan atau laman-laman web keselamatan seperti Microsoft Malware Protection Center, McAfee Threat Intelligence dan lain-lain. Biasanya laman web perisian anti virus yang utama ada menyediakan maklumat-maklumat ini.

6. Akhir sekali, bolehlah dirangkakan atau membuat tambahan kepada panduan keselamatan dan polisi keselamatan terhadap penggunaan komputer bagi mencegah berlakunya masalah jangkitan Malware ini sekali lagi di masa hadapan. Ini dapat mendidik sesiapa sahaja untuk penggunaan komputer yang selamat dan betul.

Proses pencegahan perlu dibuat tetapi ia tidak dapat menghalang secara total masalah jangkitan Malware ini. Perkara yang penting adalah persediaan perlu ada untuk menangani masalah ini dan ia perlu dikongsi untuk pertahanan di masa akan datang.

Berlakunya masalah ini membolehkan beberapa kajian dapat dibuat terhadap tahap rangka keselamatan digital sedia ada dengan membuat profil risiko-risiko jangkaan, menganaliasa fail-fail log, kecerdikan sistem dalam menangani ancaman dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu