Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Sihir melalui internet
- ‘Dia terbaik buat saya’
- Jodoh Miera Liyana
- Faralyna Idris Temui Cinta Dalam 'Sutera Cinta'
- Dua Konsert Hebat di RTM 19 November Ini
- AIM18: Yuna Terima Tiga Anugerah, Termasuk Anugerah Kembara
- Mizz Nina Mahu Berduet Dengan Artis Berbahasa Mandarin
- Perpecahan Tidak Jejas Keakraban Sepah Berlakon Filem
- MLM: Kumpulan Anje Jangka Terkeluar
- Kim Kardashian Masih Mencintai Reggie Bush
- Kemalangan Maut Di Slim River: Pelajar, Guru Dilindungi Insurans
- Hidup bagai buruan
- Najis berdarah tanda penyakit
- Taj Mahal lambang cinta sejati
- Hazimah martabat produk tempatan
- Bahagia anak ramai
- Mampu saingi nama besar
- Selamat tinggal Hentian Bas Klang
- Motif Manhattan
- Mumia moden
- Harapan pesakit ritma jantung abnormal
- Dating dengan mesin?
- Cawangan ke-7 Hj Sharin Low
- Asimo baharu lebih pintar
- Perut buncit tanda awal penyakit
Posted: 12 Nov 2011 08:29 PM PST KOTA BHARU - Pengguna laman sosial 'facebook' kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak unsur sihir dan gangguan. | ||
Posted: 12 Nov 2011 08:28 PM PST APABILA berbicara soal cinta, ia terlalu luas dan subjektif. Apapun rasa itu anugerah terindah daripada Ilahi bahkan mampu membuatkan hidup insan lebih bermakna. Bagi si jelita yang kian bersinar namanya ini, cinta menjadikannya manusia lebih bersemangat, matang dan berfikir jauh ke depan. Hidup seseorang boleh berubah kerana cinta. Biarpun ia tidak semudah yang disangka dan ada ketikanya mampu membuatkan air mata mengalir laju, cinta itu fitrah penting bagi setiap insan. Justeru itu tidak perlu berselindung atau malu mengaku andai rasa itu bertandang di tangkai hati. Tidak seperti kebanyakan artis yang lebih gemar berahsia atau bermain tarik kali dalam soal hati dan perasaan, Siti Saleha Baharum, 21, cukup terbuka bahkan katanya, mengapa perlu mengalih topik kerana itu kebenaran yang harus diperjelaskan.
| ||
Posted: 12 Nov 2011 08:27 PM PST Di sebalik bertebaran kisah kononnya pengakuan cinta itu bersifat gimik apatah lagi dengan sisi si arjuna pilihannya yang cukup terkenal dengan rekod peribadi untuk jatuh cinta di lokasi penggambaran, antaranya sebelum ini dengan Maria Farida dan Neelofa, terbit pula kesungguhan Shahz dan Miera untuk merencana masa depan. "Bab nak bertunang, kenalah tanya dia (Shahz). Manalah saya tahu," usiknya membuka bicara. Bagaimanapun, pelakon yang baru empat tahun bergelumang dalam dunia seni ini berasakan perancangan itu terlalu awal dan pada masa yang sama kedua-duanya turut terikat dengan komitmen seni. Katanya, jika tak pun mungkin sekitar tahun depan mereka bakal mendirikan masjid. Difahamkan pihak Shahz sedang merancang untuk menghantar rombongan meminang Miera. Menurut Miera, benda yang elok tak salah diteruskan sekali gus dapat mengelak maksiat. Cuma, bagi Miera dia juga mahu mengukuhkan nama sebagai anak seni. Kerjayanya itu tetap difikirkan. "Siapa yang tak nak kahwin dan memiliki keluarga sendiri. Tapi untuk berkahwin itu bukan perkara mainan. Saya tak nak kahwin empat lima bulan selepas itu bercerai. Setakat ini, saya sebenarnya berbelah bagi juga dengan usia yang terlalu muda. Ada juga yang melihat hasrat saya nak kahwin ini masih terlalu awal. "Saya pun banyak benda yang nak diperbetulkan. Sebagai manusia biasa, kita tak pernah rasa sempurna. Miera tak mahu bercinta sekerat jalan. Perjalanan seni Miera pun masih hijau. Namun, andai sudah tertulis jodoh kami kuat dan perkahwinan ini bakal terjadi, biarlah yang sekali dan selama-lamanya untuk kami. "Pada satu detik dan tahap, saya sebenarnya sudah letih untuk bercinta dan berakhir dengan kekecewaan. Takkan nak bercinta monyet saja. Shahz juga sudah beberapa kali putus cinta seperti saya. Tapi kehadiran Shahz yang bersungguh-sungguh menyayangi saya, kenapa tidak saya mempertimbangkan untuk serius ke fasa seterusnya," katanya saat ralit disolek jurusolek terkenal, Epie Temerloh. Seperti diketahui, Miera dan Shahz menuntut sama-sama di Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Shahz senior kepadanya. Masing-masing ketika itu sebenarnya sudah lama memendam rasa cuma segan untuk diluahkan. Lucunya, Miera pernah melalui fasa cinta monyet dengan kawan baik Shahz sendiri. Ikutkan mereka sebenarnya selalu bertembung sebelum ini kerana kelompok kawan mereka sama. Menerusi drama on-line, Luna Fantasiku menjadi produk seni pertama menemukan mereka sebagai pelakon, diikuti filem Rentaz dan telefilem berjudul Teguh. "Saya kenal Shahz dan dia memang suka berkawan. Hubungan kami jadi serius masa penggambaran Rentaz dan semakin rapat selepas itu. Melihat kepada sejarah kisahnya sebelum ini, saya sendiri pernah bertanya kepadanya apakah hubungan kita turut berpaksikan cinta lokasi. "Tapi saya nampak keikhlasan dia dalam berkawan. Sebelum ini saya hairan juga dia boleh bercinta dengan wanita yang lebih berusia. Daripada itu, saya nampak dia cukup matang untuk berdepan dengan apa yang kami lalui kini. Dia juga jenis lelaki apabila ada seseorang disayangi, dia akan jaga betul-betul. "Percintaan kami terjalin dengan sendirinya tiada tarikh tertentu bila kami bercinta. Masa di lokasi Rentaz, kami banyak berkongsi hal kerja dan kehidupan. Ibu bapa saya pun sukakannya. Harapan saya semoga apa dirancang akan berjalan lancar dan dipermudahkan," katanya yang mula berlakon menerusi drama Luna Fantasiku arahan Aziz M Osman. Akui kontroversi naikkan nama MENELUSURI sisi kerjaya seni Miera Liyana juga antara bakat baru yang tak pernah sepi dengan kisah kontroversi. Miera pernah mengejutkan industri hiburan tempatan dan dikecam hebat apabila tampil keterlaluan dengan gaun sendat yang hampir mendedahkan payudara miliknya pada satu majlis awal tahun ini. Kemudian timbul pula khabar kononnya dia dikatakan mabuk di premis hiburan. Ia disusuli episod cintanya dengan Shahz dan seterusnya membuka cerita sebaliknya yang bertebaran mengatakan dia mempermainkan cinta pelakon, Lash Mokhtar selepas bersama Shahz. Hingga saat ini, kanvas seninya lebih banyak dilitupi kisah sensasi. Sebaliknya bakat diperdagangkan sejak berada di Tingkatan Tiga hingga kini masih belum boleh dibanggakan sekalipun dia sering menjadi pilihan ramai pengarah untuk medium TV dan layar perak. "Saya tak menonjol kerana pada masa sama, saya juga seorang pelajar. Mungkin juga bukan rezeki dan masa saya lagi untuk menyinar. Tapi kalau ada yang melihat saya naik kerana kontroversi, itu hak masing-masing. Saya sendiri tidak menidakkan tempias kontroversi sedikit sebanyak menaikkan nama. "Pada akhirnya kontroversi tetap kontroversi. Baik atau buruk publisiti itu, ia tetap menjadi publisiti. Cuma saya sedar perspektif masyarakat terhadap saya akan terus terbuku. Cuma janganlah terus hakimi saya daripada apa yang saya pakai dan nilai apa yang saya boleh kongsi dengan berkarya sebagai pelakon. "Saya tak kisah selepas ini, jika ada mengutuk dan mengkritik lakonan saya tidak bagus daripada melihat sisi peribadi saya semata-mata. Saya mahu memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap bakat yang saya ada dan boleh mempersembahkan untuk memeriahkan persada seni," katanya yang turut membintangi filem Apokalips X dan Jangan Pandang-Pandang. Miera sedang menanti siaran drama Cendana yang menemukannya dengan Iqram Dinzly dan Deanna Yusof, selain drama berjudul Psikik dan Teguh. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu hipokrit dalam soal bergaya. Gaya seksi antara pilihan Miera yang juga mempunyai sisi tomboy. "Seksi itu sesuatu yang cukup subjektif dan saya juga masih muda serta selesa bergaya sebegini. Saya suka mencuba pelbagai gaya mengikut aliran semasa. Tapi bukan tujuan saya bergaya sebegini untuk meraih popular hanya bersandarkan imej seksi. Saya tahu batas saya sebagai anak yang masih mempunyai keluarga. Saya ada harga diri," katanya yang bersikap happy go lucky dan mudah diajak berbicara. | ||
Faralyna Idris Temui Cinta Dalam 'Sutera Cinta' Posted: 12 Nov 2011 08:26 PM PST KUALA LUMPUR: Pelakon Faralyna Idris bakal muncul dengan drama bersiri terbarunya berjudul Sutera Cinta bermula 17 November ini di TV1. Faralyna yang membawakan watak sebagai Qistina, seorang anak ahli perniagaan terkenal, jatuh cinta dengan seorang pemuda berbangsa India yang akhirnya menimbulkan pelbagai konflik dalam percintaan mereka. Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Bahagian Perhubungan Awam Radio Televisyen Malaysia (RTM), drama itu adalah sebuah telefilem yang mempaparkan percintaan antara dua pasangan berlainan bangsa dan agama penuh dengan mesej berguna untuk penonton. Turut dilakonkan oleh Wan Nor Azlin dan Norman Hakim, drama itu dijangka dapat menarik perhatian penonton terutamanya suri rumah kerana kisahnya yang menarik. Pelbagai konflik menarik dapat disaksikan penonton menerusi drama 13 episod ini yang akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 pagi. | ||
Dua Konsert Hebat di RTM 19 November Ini Posted: 12 Nov 2011 08:25 PM PST KUALA LUMPUR: Dua konsert hebat bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 19 November depan yang disiarkan menerusi saluran TV1 dan TV2 dengan himpunan lagu-lagu popular dan artis-artis terkenal tanahair. Dua konsert tersebut adalah Malam Alunan Gemilang - Konsert Masihkah Kau Ingat di TV1 yang diterbitkan bagi menyuntik kesedaran masyarakat tentang bahaya penggunaan bahasa rojak serta langkah segera bagi mengatasinya. Konsert yang bakal disiarkan pada pukul tiga petang itu juga diadakan bersempena sambutan Bulan Bahasa dengan menyaksikan gabungan persembahan sketsa, pantun, sajak berirama dan deklamasi sajak yang bakal dibacakan oleh Profesor Lim Swee Tin. Penonton bakal dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Ernie (lagu Srikandi Cintaku), Nora (lagu Jentayu), Kumpulan Koir Lim Kok Wing (lagu Bahasa Kebangsaan), Ahmad Ramli (lagu Katakan Padaku), Fitri Hakim (lagu Penyu Menangis), ArisAriwatan (lagu Lamunan Terhenti). Manakala Lan Kristal dengan (medley keteguhan cinta lagu Ibu kota Cinta, Cinta Sakti, Terima Kasih dan Lena di Ulit Intan), Najwa Latif (lagu Cinta Muka Buku), Kumpulan Putera (lagu Penantian), Nazrey Johani (lagu Tetamu Senja), Dato' David Arumugam (lagu Layang-Layang Terputus Tali), Lan & The Typewriter (lagu Jeritan Batinku) dan Siti Nordiana (lagu Kurik-Kundi). Selain itu diselitkan juga sketsa mencuit hati menggandingkan pelawak terkenal tanah air Ali Mamak, Angelina Tan, Accapan, Yuss dan Tauke selain persembahan pantun oleh Kumpulan Kebudayaan Universiti Malaya. Sementara itu, peminat industri muzik pastinya menantikan Siaran Langsung Konsert Muzika Ekstravaganza ... Mega Fenomena yang menyemarakkan TV2 (RTM), jam 8.30 malam yang turut disiarkan serentak menerusi saluran Suria (Mediacorp). Tahun ini juga tiba giliran RTM menjadi tuan rumah dalam memahat sejarah gilang gemilang dalam industri hiburan serantau dengan mengimbas nostalgia zaman kegemilangan bintang besar yang pernah mendatangkan fenomena kepada industri seni serantau. Penghormatan diberi kepada barisan artis popular dua negara bagi menyampaikan persembahan tersendiri iaitu dari Malaysia Dato' David Arumugam, Jamal Abdillah, Jaclyn Victor dan Faizal Tahir. Manakala nama-nama besar yang didatangkan dari Singapura pula terdiri daripada Jatt, Rudy Djoharnaen, Nana, Hanafie Waran. Menariknya eksklusif kepada peminat, persembahan artis-artis hebat ini diiringi dengan muzik hasil gabungan pemuzik Orkestra RTM dan Singapura. Konsert ini turut menggabungkan tiga artis komedi terkenal sebagai pengacara, Saiful Apek dan Jepp Sepah bersama rakan dari Singapura, Suhaimi Yusoff yang digabungkan bagi memberikan impak sebenar Mega Fenomena dengan sketsa yang pasti mencuit hati. | ||
AIM18: Yuna Terima Tiga Anugerah, Termasuk Anugerah Kembara Posted: 12 Nov 2011 08:24 PM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna menggondol tiga anugerah pada Anugerah Industri Muzik (AIM18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini pada Sabtu. Yuna menerima anugerah Lagu Terbaik, Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat. Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid pula dinobatkan sebagai penerima anugerah Album Terbaik menerusi The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid. Penyanyi Najwa membawa pulang dua anugerah iaitu Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi Got To Go dan Artis Baru Terbaik menewaskan calon popular lain seperti James Baum dan Reza Salleh. Dalam pada itu, kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dimenangi oleh Anuar Zain dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan) dimenangi oleh trio 3 Suara, Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah melalui gandingan mereka di dalam Beribu Sesalan. Manakala, penyanyi Nora menerima anugerah Lagu Nasyid Terbaik menerusi lagu Pedoman gandingannya bersama kumpulan VOU. Penerima anugerah lain adalah Adibah Noor untuk Lagu Pop Etnik Terbaik, Lagu Rock Terbaik diterima oleh kumpulan APIMelalui lagu Pelita. Anugerah Sri Wirama AIM18 diberikan kepada bekas Timbalan Pengarah Kanan EMI Music Asia Tenggara dan pengasas Pelindungan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP), Beh Suat Pheng atas sumbangannya selama lebih 35 tahun di dalam industri muzik tanah air. Acara yang bermula pada pukul 9 malam itu dihoskan oleh AC Mizal dan Zizan Raja Lawak. Pelbagai persembahan menarik yang ditampilkan termasuklah gandingan dua bintang muda Youtube Amerika Syarikat dan Malaysia iaitu Greyson Chance dan Najwa Latif menerusi lagu Paparazzi yang dipopularkan oleh Lady Gaga. Manakala persembahan istimewa lain termasuklah Najwa, Yuna, Yassin, Mawi, Hafiz, 3 Suara (Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor), Ezad Exists, Rahmad Mega, Zamani Slam dan Elly AXL's. Berikut adalah senarai penuh penerima anugerah AIM18: 1. Artis Baru Terbaik Najwa 2. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu Ning Baizura, Jacyln Victor, Shila Amzah - Beribu Sesalan 3. Lagu Rock Terbaik Lagu: Pelita /Komposer: Loque /Artis: API 4. Lagu Pop Terbaik Lagu: Sedetik Lebih /Komposer: Edry Abdul Halim /Artis: Anuar Zain 5. Lagu Pop Etnik Terbaik Lagu: Joget Tak Senang Hati /Artis: Adibah Noor 6. Lagu Nasyid Terbaik Lagu: Pedoman /Artis: Nora Feat V.O.U 7. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Lagu: You Got To Go /Artis: Najwa 8. Video Muzik Terbaik Lagu: Susun Silang Kata /Artis: Aizat Amdan /Pengarah: Ahmad Farish 9. Lagu Bahasa melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara Lagu: Ku Menunggu /Komposer: Mery LC /Artis: Rossa 10. Anugerah Kembara Yuna 11. Anugerah Sri Wirama Beh Suat Pheng 12. Artis Mobile Celcom Terbaik Sixth Sense 13. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) Anuar Zain - Sedetik Lebih 14. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) Yuna - Penakut 14. Lagu Terbaik Yuna - Penakut 15. Album Terbaik Album: The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid /Artis: Sheila Majid. | ||
Mizz Nina Mahu Berduet Dengan Artis Berbahasa Mandarin Posted: 12 Nov 2011 08:22 PM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi Mizz Nina, 31, berhasrat untuk berkolaborasi dengan artis-artis negara jiran yang berbahasa Mandarin seperti Taiwan bagi menembusi pasaran muzik serantau. Isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh itu berkata walaupun semuanya masih terlalu awal untuk dikongsikan, dia dan pihak pengurusannya kini sedang mengintai peluang untuk menjalin kerjasama dengan beberapa artis serantau bagi album keduanya. "Untuk perancangan terdekat, mungkin saya akan mencari peluang kerjasama dengan artis-artis yang menggunakan bahasa Mandarin di Taiwan contohnya kerana pasaran untuk audiens berbahasa Mandarin adalah luas. "Sebab itu saya perlu menjalani kelas bahasa Mandarin untuk sebutan dan cara nyanyian yang betul dalam bahasa itu," katanya yang ditemui baru-baru ini. Mizz Nina berkata dia juga mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan beberapa penyanyi besar tanah air termasuklah Ella dan Datuk Sheila Majid dalam album keduanya yang kini dikhabarkan sedang menjalani proses rakaman. "Semuanya masih terlalu awal tapi saya merancang untuk mendapatkan khidmat penyanyi-penyanyi hebat tanah air seperti Ella dan Datuk Sheila Majid untuk album terbaru nanti," katanya yang dijangka memuatkan 10 lagu dalam album keduanya itu. Ditanya tentang perancangan untuk mendapatkan anak, Mizz Nina berkata buat masa ini, mereka suami isteri masih menyesuaikan diri dan keadaan dalam melayari alam rumah tangga dan belum terfikir tentang soal anak dalam masa terdekat. "Kami pun baru saja berkahwin dan sedang menyesuaikan diri sebagai suami isteri. Banyak perkara terutamanya yang melibatkan kerjaya perlu diberikan keutamaan dulu. "Bukan tidak mahu anak tetapi buat masa ini kami sibuk dengan komitmen kerja. Kalau soal anak, mungkin selepas dua tahun," katanya. | ||
Perpecahan Tidak Jejas Keakraban Sepah Berlakon Filem Posted: 12 Nov 2011 08:21 PM PST PETALING JAYA: Kumpulan pelawak Sepah mengakui faktor perpecahan kumpulan itu langsung tidak menjejaskan tumpuan dan keserasian mereka untuk bekerjasama dalam penggambaran filem terbaru, Sepah The Movie, baru-baru ini. Salah seorang anggotanya Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep) menyifatkan keakraban mereka yang berlaku secara telus dan semula jadi itu seolah menggambarkan mereka masih bersama seperti dulu. "Filem ini adalah impian kami yang sudah dua tahun ditunggu. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kami berpecah bukan kerana bergaduh tetapi untuk membawa haluan kerjaya masing-masing. "Sebab itu kami masih akrab dan boleh mendapatkan keserasian itu secara spontan dan semula jadi dan ia bukannya dibuat-buat," katanya. Shahmira Muhamad (Shuib) pula berkata, kerinduan untuk bekerjasama sejak kali terakhir terlibat dalam set penggambaran kira-kira lapan bulan lalu terubat sepanjang penggambaran filem komedi aksi itu. "Bayangkan, memang sudah lama kami tidak bekerjasama dan berlakon bersama, kali terakhir pun kira-kira lapan yang lalu. "Sepanjang berkampung di Johor selama lebih 20 hari, kami dapat mengubat kerinduan masing-masing kerana kami tidak pernah bergaduh atau bermasam muka," katanya. Selepas pembubaran kumpulan yang menjuarai pertandingan Maharaja Lawak itu pada Ogos lalu, Jep dan Shuib bergabung menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu tanpa Mamat. Pasangan itu kini sedang dalam persiapan untuk menghasilkan album sulung mereka iaitu Sepahtu Bikin Album. Manakala Mohd Noor Murad (Mamat) pula meneruskan kerjaya seninya secara solo. | ||
MLM: Kumpulan Anje Jangka Terkeluar Posted: 12 Nov 2011 08:20 PM PST SHAH ALAM: Kumpulan Anje yang tersingkir pada minggu ketiga pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) sudah menjangkakan akan tersingkir pada konsert minggu ketiga pada Jumaat. Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud berkata, dia dan Achong telah menyangka akan tersingkir selepas mendapat kritikan pedas daripada salah seorang juri tetap iaitu chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan). "Dengan komen yang diterima daripada Chef Wan kami telah menyangka akan terkeluar malam ini tetapi menerima kritikan tersebut dengan hati terbuka," ujarnya yang ditemui pada sidang media selepas tamat konsert MLM di sini. Joey memberitahu untuk persembahan pada minggu ketiga mereka telah menyediakan 10 ke 15 lakaran persembahan sebagai persediaan yang nyata tidak berjaya menarik hati peminat dan juri. "Bukan senang untuk membuat jenaka di atas pentas kerana sebelum ini hanya biasa melakukan persembahan nyanyian tetapi kami telah mencuba yang terbaik untuk menarik minat semua," ujarnya. Sementara itu, Achong atau nama sebenarnya, Ahmad Fauzi Manat memberitahu antara faktor lain persembahan mereka lemah pada minggu ini adalah kerana terlalu memikirkan kedudukan mereka di MLM sejak minggu lalu. Ujarnya, kedudukan mereka di kalangan tujuh peserta terbawah pada minggu kedua dan akan disingkirkan pada awal minggu ketiga menambahkan tekanan kepada mereka. "Kedudukan tidak menentu kerana minggu kedua tidak ada penyingkiran dan hanya akan dilakukan pada minggu ketiga. "Ia menambahkan lagi tekanan pada kami dalam memberikan persembahan terbaik," ujarnya. Terdahulu, seramai enam peserta Maharaja Lawak Mega yang mendapat markah terendah disingkirkan pada minggu ketiga program itu. Daripada jumlah itu, lima peserta telah disingkirkan terlebih dahulu sebelum konsert berlangsung adalah kumpulan Lanun, Comel, Gebu, Caer dan Rap. Manakala kumpulan Anje gandingan Joey dan Achong tersingkir pada akhir minggu ketiga konsert berlangsung dengan peratusan terendah sebanyak 39 peratus. Kumpulan Pi Mai mendahului dengan (62 peratus) diikuti 3G (62 peratus), Boboi (57 peratus), Saehu (55 peratus), Osbon (53 peratus). Manakala Hiro (49 peratus), JH (48 peratus), Bawel (47 peratus), BP (47 peratus), Adlin (46 peratus), Syok (42 peratus) dan Anje (39 peratus). Maharaja Lawak Mega disiarkan pada pukul 10 malam, setiap Jumaat di saluran Astro 132. | ||
Kim Kardashian Masih Mencintai Reggie Bush Posted: 12 Nov 2011 08:19 PM PST BEKAS pegawai publisiti bintang realiti, Kim Kardashian mendakwa, Kim masih mencintai bekas kekasihnya, bintang NFL, Reggie Bush dan perkahwinannya bersama Kris Humphries adalah palsu. Jonathon Jaxson yang pernah bekerja dengan bintang itu dari tahun 2007 hingga 2009 berkata, perkahwinan mereka hanyalah untuk mendapatkan publisiti daripada media dan peminat. Ditemu bual ketika muncul dalam program Good Day LA, Jaxson berkata, dua minggu sebelum perkahwinan itu berlangsung, Kim telah tahu bahawa keputusan untuk mengahwini Kris adalah salah. "Malangnya mereka terikat dengan kontrak dengan rangkaian E! yang merakamkan detik perkahwinan mereka atau mereka akan menanggung akibat daripada perkara itu," katanya. | ||
Kemalangan Maut Di Slim River: Pelajar, Guru Dilindungi Insurans Posted: 12 Nov 2011 08:16 PM PST KULIM: Dua pelajar dan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 382 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Behrang di Slim River awal pagi Jumaat, dilindungi insurans. Pegawai Pelajaran Daerah Kulim/Bandar Baharu Abu Bakar Md Ali berkata pihak Jabatan Pelajaran akan menguruskan tuntutan insurans untuk keluarga mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu. "Pihak jabatan akan menguruskan berhubung dengan pampasan yang layak diperoleh oleh keluarga yang kematian anggota keluarga mereka dalam kemalangan tersebut, dan juga mereka yang tercedera dan sebagainya," katanya ketika dihubungi semasa berada di Hospital Teluk Intan untuk melawat pelajar dan guru yang dirawat di hospital itu. Dalam insiden pukul 5 pagi itu, empat maut manakala lima cedera parah apabila sebuah treler membawa guni berisi pasir melanggar bahagian belakang bas rombongan sekolah yang berhenti di tepi jalan selepas terbabas. Mereka yang maut ialah guru Siti Hajar Mohamad, 33, serta dua pelajar Khairul Anwar Azhan, 15, dan Maysarra Zaidi, 15, yang mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Turut maut ialah Ketua Wanita Umno cawangan Alor Teja, Basarah Saad, 45, yang berhenti di tempat kejadian kerana ingin membantu mengeluarkan pelajar dari bas yang terbalik itu. Sementara itu, Zaidi Mohammad, 43, berkata Maysarra seorang anak yang baik dan merupakan pelajar pintar dalam kelasnya. "Apakan daya Allah lebih menyayanginya dan saya reda dengan ketentuan itu, tetapi amat pedih rasa yang saya tanggung ini," katanya ketika ditemui di rumah di Taman Angsana pada Sabtu. Zaidi, juruteknik di sebuah kilang di sini, berkata Maysarra rajin belajar dan dalam peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Allahyarham memperoleh 8A. Beliau berkata ketika kejadian, anaknya bersama lebih 60 pelajar lain yang selesai menduduki peperiksaan PMR dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan Genting Highlands, Pahang untuk lawatan sambil belajar. Katanya, jenazah Maysarra dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Padang Menora, Tasik Gelugor, Pulau Pinang selepas solat Isyak malam Sabtu. Sementara itu, ibu Allahyarham, Mazlina Abdullah, 37, berkata sejak kecil lagi Maysarra bercita-cita menjadi seorang doktor. | ||
Posted: 12 Nov 2011 08:14 PM PST BUKTI... Hashim menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. KUALA LUMPUR: Melihatkan rupa cantik menawan, badan melentuk dan kulit gebu melepak, dia tanpa berfikir panjang menerima pelawaan cinta seorang wanita. Lebih meyakinkan, wanita berusia 20-an itu mengaku masih anak dara dan baginya, itu ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Namun, kerana terlalu taksub dengan kesempurnaan fizikal seorang wanita, hidup Hashim Musthoda, 40, (bukan nama sebenar) umpama buruan kerana 'anak dara' itu rupa-rupanya isteri orang, malah memiliki seorang cahaya mata.
"Lebih memburukkan keadaan, dia mendakwa mengandung hasil hubungan dengan saya dan pada masa sama suaminya enggan bersemuka, namun mereka membuat laporan konon saya mengancam keselamatan keluarga itu, menyebabkan saya hidup umpama buruan," kata Hashim. | ||
Posted: 12 Nov 2011 08:12 PM PST PROSEDUR... kolonoskopi dalam usus besar. PENDARAHAN ketika buang air besar sesuatu yang membimbangkan, terutama di kalangan mereka yang lanjut usia. Namun, masalah itu sukar dikongsi bersama kerana ramai menganggap ia memalukan. Sebilangan individu pula memandang ringan dengan menyangkakan ia bukan masalah besar kerana pendarahan akan berhenti selepas beberapa ketika tanpa perlu mendapatkan rawatan. Pakar Bedah Am Hospital Pantai Cheras, Dr Imtiaz Shahrir Hamid, berkata jika seseorang mengalami masalah pendarahan ketika buang air besar biarpun hanya sekali, mereka dinasihati berjumpa doktor.
| ||
Taj Mahal lambang cinta sejati Posted: 12 Nov 2011 08:11 PM PST INDAH...bangunan Taj Mahal yang menjadi lambang cinta Shah Jahan terhadap isterinya Mumtaz Mahal di Agra. TATKALA dimaklumkan penulis terpilih untuk mengikuti rombongan Jamu Mak Dara melawat bumi kelahiran Mahatma Gandhi, penulis rasa sangat teruja. Peluang seperti itu mana mungkin dipersiakan, apatah lagi lawatan terbabit menjadi tugasan luar negara pertama sejak bertugas dengan akhbar ini lapan tahun lalu. Tanpa berfikir panjang, penulis segera mendapatkan maklumat berhubung jadual perjalanan ke India bermula 5 hingga 12 Oktober lalu.
| ||
Hazimah martabat produk tempatan Posted: 12 Nov 2011 08:10 PM PST TURUN PADANG...Hazimah melihat pekerja di kilang melakukan pelbagai tugas dan penyelenggaraan. KOMITED...kenangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika satu pameran di Kuala Lumpur. MELIHAT susuk tubuh dan riak wajahnya yang lembut, pasti tidak ramai menyangka Datuk Hazimah Zainuddin, 49, pernah melalui satu pengalaman menakutkan hingga menyebabkan nyawanya hampir melayang. Bagi wanita yang tidak kuat semangat, mungkin serik untuk meneruskan legasi perniagaan ke luar negara, terutama apabila berdepan situasi membabitkan nyawa seperti dialaminya. Insiden mendebarkan di Sri Lanka itu berlaku tahun lalu apabila letupan bom mortar menyebabkan 44 nyawa melayang dan wanita 'besi' ini menyaksikan peristiwa tragis itu.
| ||
Posted: 12 Nov 2011 08:09 PM PST KELUARGA BESAR... pasangan Michelle dan Bob bersama anak, menantu dan cucu mereka. TERIMA KETENTUAN... walaupun dikurniakan anak ramai, Michelle dan Bob tidak bercadang merancang keluarga dan menerima saja takdir yang mendatang. PADA usia 45 tahun, Michelle Duggar memang sibuk menguruskan 19 anak bersama suaminya, Jim Bob, tetapi nampaknya itu tidak menghalang mereka bergembira sekali lagi untuk menyambut cahaya mata ke-20! Di sebalik usianya yang agak lanjut, Michelle berkata, dia dan Bob tetap teruja dengan berita baik itu.
Kini hamil tiga setengah bulan dan semakin mengidam makanan masam, Michelle berkata, tidak timbul sebarang kebimbangan terhadap kesihatannya.
"Ketika ini saya bersenam lima atau enam hari seminggu," katanya.
Kehamilan kali ini juga agak unik kerana Michelle akan bersalin melalui pembedahan Caesarean terancang untuk kali pertama.
| ||
Posted: 12 Nov 2011 08:08 PM PST SEMANGAT...pasukan Malaysia sahut cabaran. TIDAK padan dengan gayanya yang genit, dia berani menongkah permukaan tasik di Putrajaya yang berombak akibat bot laju membawa dirinya meluncur. Lagaknya seperti penari luncur ais di kejohanan dunia, tampak berbeza dengan kehadiran percikan air sambil tubuhnya disokong tali dan papan ski khas untuk dirinya terus tenang beraksi. Bukan lagi jagoan picisan kerana kredibilitinya dalam sukan ini dilihat hampir menyaingi nama besar dalam sukan lasak berkenaan.
| ||
Selamat tinggal Hentian Bas Klang Posted: 12 Nov 2011 08:06 PM PST NOSTALGIA...keadaan Hentian Bas Klang sebelum penutupan. MERIAH...perasmian tempat letak kereta bertingkat pertama di ibu kota di Hentian Bas Klang, pada 1968. LENCUN kaki seluar dek hujan lebat, namun hasrat untuk meninjau Hentian Bas Klang tidak dilengahkan. Dalam kedinginan musim tengkujuh, penulis menyusuri laluan pejalan kaki dari Pasar Seni ke seberang jalan menuju ke bangunan berusia lebih 40 tahun itu. Selepas berbelas tahun tidak menjejakkan kaki ke Hentian Bas Klang, seakan-akan terlupa kedudukan sebenar terminal itu dengan beranggapan ia tidak jauh atau bertentang dengan Pasar Seni. Namun, kedudukannya sedikit tersorok, ditambah dengan pelbagai bangunan baru yang tumbuh di kawasan itu. Lebih tepat lagi, ia sebenarnya berhampiran Stesen LRT Pasar Seni.
| ||
Posted: 12 Nov 2011 08:04 PM PST Ruang luas lagi selesa, berciri santai dan mesra pelanggan kerana menawarkan suasana serba lengkap seperti sebuah rumah selain daya penarik utamanya iaitu menyediakan kemudahan meletak kereta percuma antara penyebab ia begitu popular. Bahkan, selama hampir dua tahun beroperasi di tempat itu, pejabat yang digarap merujuk gaya Manhattan itu tidak pernah surut dengan kunjungan pelanggan baik yang baru mahupun lama. "Disebabkan terlalu mengagumi jelmaan rupa 'kilang' yang mendasari kebanyakan gaya penataan kediaman di New York, saya cuba menyelitkannya untuk banglo ini pula. Jelas, ia memberi impak besar kerana reaksi pelanggan memaklumkan suasana perbincangan lebih santai dan seronok," katanya sekali gus membongkarkan inti pati hiasan dalaman gaya itu yang mengemukakan dinding bata tanpa cat, lantai konkrit tidak dikemaskan dengan kayu, jubin, marmar dan sebagainya. "Teras konsep adalah mengekalkan keaslian material seperti lantai konkrit, dinding tanpa kemasan cat dan jubin manakala kabinet dan ruang penyimpanan menampilkan ira asal kayu. Berbanding memilih hiasan dalaman 'chic' bergaya eksklusif, kesederhanaan Manhattan lebih membantu membina psikologi yang baik dalam kalangan pelanggan. Mengamati segenap ruang pejabat ini, pelanggan tidak akan beranggapan UBD menawarkan pakej harga tidak munasabah selain berkredibiliti mengilhamkan tata hias menepati keperluan serta citarasa," katanya. Bagi merealisasikan gaya Manhattan diidamkan, pengubahsuaian besar-besaran dilakukan membabitkan empat bilik tidur dirobohkan bagi membina ruang pejabat serta ruang tamu, hanya sebuah bilik air dikekalkan semata-mata membentuk ruang bekerja lebih luas, sebahagian ruang dapur dikorbankan untuk sebuah bilik pejabat dan kawasan berbincang serta menyiapkan lakaran pelan manakala selusur tangga dibuang bagi menghidupkan gaya santai sebagaimana dirancang. "Kos RM150,000 bagi keseluruhan pengubahsuaian sangat berpatutan lebih-lebih lagi ruang dapur yang menawarkan pemasangan kabinet unit dasar dan gantung manakala setiap bilik ahli lembaga pengarah dilengkapi kabinet siap dipasang sebagaimana dilihat di bilik saya. Namun, saya paling sukakan aura kayu semula jadinya hingga menjadikannya layar projektor ketika membentangkan pelan cadangan kepada pelanggan," katanya merujuk pejabatnya yang turut memperuntukkan sudut khusus beristirahat dilengkapi sofa fabrik berhias kusyen warna dramatik. Sofa fabrik warna hitam pekat itu turut berfungsi sebagai titik tumpu ruang, sekali gus memecah penguasaan rona semula jadi yang menyelubungi ruang. "Biar sudut memuatkan sofa itu bertindak sebagai titik tumpu, sekali gus mencuri tumpuan pengunjung. Setakat itu sajalah dan jangan ditambah lagi dengan aksesori tidak perlu khususnya permukaan dinding yang sepatutnya memaparkan rentetan gambar projek mega yang pernah syarikat ini kendalikan. Saya fikir profil projek yang dibingkaikan lebih layak dijadikan hiasan pejabat kerana menepati maksud penubuhan syarikat ini," katanya. Pun begitu, katanya, sebaiknya, hiasan dinding seumpamanya diketengahkan di bilik peribadi dan sudut yang dikhususkan untuknya saja dan bukannya membabitkan semua bahagian kediaman (pejabat). "Bagi kes kami, selain menawarkan khidmat rundingan hiasan dalaman, pejabat ini turut menjadi tempat simpanan sementara stok perabot, kemasan serta perhiasan tempahan pelanggan seperti lukisan dinding, arca batu gunung berapi dan guri gergasi dari Bali, pelbagai kelengkapan pejabat serta rumah dan sebagainya. Mengenangkan perlu memperuntukkan tempat khusus untuknya di samping ingin menyerlahkan estetika produk itu terutama lukisan dan arca, maka sewajarnya pilihan warna mencolok mata dielakkan. Saya khuatir warna itu akan menenggelamkan reka bentuk dan keindahan produk yang dipamerkan di ruang berkenaan," katanya ketika membawa kami menyusur segenap ruang banglo berkeluasan 4,500 kaki persegi itu. Pemilihan pencahayaan samar dan mentol kuning satu lagi bukti kesungguhan UBD dalam merencanakan suasana rumah kediaman buat kaki tangan serta pelanggannya. "Seperti kediaman mewah yang tidak menyukai lampu bercahaya terang dan berwarna putih, konsep itu turut dipraktikkan di sini. Lampu ini bukan sekadar menyerlahkan keindahan segala isi rumah tetapi mencetuskan perasaan santai dan tenang. Secara jujurnya, ini yang menjadi prinsip asas pemilihannya iaitu mengukuhkan lagi konsep bekerja dalam suasana rumah sepeti ditetapkan sejak awal mengambil keputusan menyewa banglo ini dulu," katanya. Keterangan lanjut sila layari laman web http//benuaunitdesign.blogspot.com | ||
Posted: 12 Nov 2011 08:00 PM PST Malah laporan nasib Alan Billis, 61, mendapat liputan meluas media massa sehinggakan dokumentari proses penghasilan mumia moden yang disiarkan di sebuah stesen Britain, mendapat sambutan hangat. Isterinya, Jan, mengakui tidak terkejut dengan hasrat Billis untuk membenarkan dirinya menjalani proses awet itu. Ia adalah impian Billis selepas membaca iklan pencarian sukarelawan yang sanggup mendermakan mayatnya untuk diawet bagi tujuan penyelidikan. "Sebaik membaca iklan itu, dia terus memutuskan untuk menderma badannya selepas mati. Baginya, selagi tiada pihak yang sanggup tampil demi penyelidikan, selagi itu misteri dunia sains sukar difahami. "Kami memberi sepenuh sokongan kerana itulah keinginannya," kata Jan yang dipetik media Britain, barubaru ini. Ternyata, ia bukan sekadar menyempurnakan impian Billis, tetapi turut melengkapi hasrat 19 tahun saintis terbabit, Dr Stephen Buckley, yang mahu merungkai antara misteri mumia Mesir. Buckley yang juga ahli kimia arkeologi dan felo penyelidik Universiti York, Britain, bersama pasukannya melakukan proses itu sebaik kematian Billis awal tahun ini dengan setiap langkahnya dirakam kamera rancangan dokumentari. Antaranya, proses mengelak mayatnya reput dengan organ dalamannya iaitu hati, perut, usus dan paru-paru dikeluarkan dari bahagian kiri badan - menyamai proses Mesir kuno. Organnya itu dimasukkan dalam bekas khas manakala bahagian dalam badan itu dibersihkan dengan alkohol serta disumbat dengan bungkusan kecil linen. Tubuhnya dibiarkan kering dan disapu minyak bijan dan cecair khas sebelum direndam sebulan. Proses berikutnya membabitkan penggunaan garam dan badannya dibiarkan kering di ruang khas dengan suhu tertentu. Hanya selepas sebulan mayat diletakkan di Pusat Perubatan di Sheffield, dibalut kain. Biarpun kejayaan eksperimen itu disambut pujian, tidak kurang yang mempertikaikannya. Benarkah Billis lelaki pertama dalam dunia moden yang diawet mengikut cara Mesir purba itu? Ada sesetengah pihak mendakwa pengawetan mayat mengikut cara Mesir purba itu pernah dipraktikkan beberapa pihak lain walaupun tiada bukti mengenainya didedahkan. Namun, pengawetan menggunakan kaedah lain serta penggunaan bahan kimia menyerupai teknik yang dipraktikkan dalam proses mumia mayat pada zaman Mesir purba banyak dilakukan, malah di sesetengah negara ada perkhidmatan mengawet yang dilesenkan. Proses mengawet mayat zaman moden menggunakan bahan baru, peralatan dan teknologi moden bagi memudahkan proses berkenaan selain menjimatkan masa. Mumia moden yang biarpun menggunakan kaedah Mesir kuno, tetapi bahan kimia dan kaedah lain atau dengan kata lain diawet dan biasanya rupanya akan kekal tetapi dikhuatiri boleh terhakis jika tanpa pemeliharaan dan pemulihan berterusan. Mumia ini biasanya dihasil menggunakan bahan tertentu atau diawetkan dengan mengekalkan ciri fizikalnya. Namun, sesetengah mumia terhasil secara semula jadi akibat proses kejadian alam seperti penyejukan, pembekuan, pemanasan dan pengeringan. Dalam kedua-dua kes, mayat selepas kematian, tidak reput dan menjadi rangka dan kulit (atau bulu) terus terpelihara. Malah, fosil (seperti fosil dinosaur) tisu lembut dan organ-organ dalaman badan kekal tidak tercemar (walaupun ada yang sudah menjadi batu) boleh dianggap sebagai mumia. | ||
Harapan pesakit ritma jantung abnormal Posted: 12 Nov 2011 08:00 PM PST Pernah menghidap batuk kering ketika usia mudanya, Hamidun Abdul Hamid, 74 tidak pernah terfikir untuk berhenti merokok. Sehinggalah beliau disahkan sakit jantung kira-kira 15 tahun dahulu, doktor menyarankan dia berhenti merokok. "Dahulu saya boleh menghabiskan dua kotak rokok (50 batang) sehari. Saya juga tidak ada pantang dan makanan yang paling saya suka ialah sup ekor (bahagian lemak). Semuanya berubah apabila saya disahkan sakit jantung dan tiga tahun kemudian menghidap ritma jantung abnormal atau fabrilasi atrial. ''Saya segera berhenti merokok dan menjaga pemakanan," ujarnya di sidang media penyakit ritma jantung abnormal (AF) anjuran Bayer HealthCare Malaysia baru-baru ini. Berkongsi pengalaman sebagai penghidap AF, Hamidun terpaksa terpaksa bergantung kepada ubat, warfarin. Sebelum disahkan menghidap AF pada 2003, Hamidun tidak mengalami apa-apa simptom. "Saya kecewa apabila doktor memberitahu bahawa saya mempunyai risiko tinggi diserang strok disebabkan AF. "Kemudian saya telah diberi warfarin. Namun saya perlu kerap menjalani ujian darah dan doktor perlu menyesuaikan ubat saya untuk mengelak darah menjadi terlalu cair serta risiko pendarahan. "Saya juga perlu berhati-hati dengan pemakanan kerana warfarin bertindak balas dengan banyak jenis makanan dan ubat-ubatan yang saya ambil sekarang. Ini amat menyusahkan, terutamanya ketika Ramadan," ujarnya. Keresahan tersebut menyebabkan Hamidun menanti hari dia boleh mendapat perlindungan daripada strok tetapi tidak perlu lagi ke hospital dengan kerap untuk memantau rawatannya. Dia juga teringin untuk menikmati sup bayam kegemarannya serta sayuran hijau lain, yang tidak boleh dinikmati sejak menjalani rawatan dengan warfarin. "Lama-kelamaan saya sudah biasa. Saya cuba berfikiran positif. Untuk menjadi sihat atau mengelak penyakit, ubat bukan penyelesaian segalanya. Prinsip yang saya amalkan, tidak perlu risau dan stres. Itulah penawar saya," ujarnya ketika ditanya petua dia kelihatan awet muda. Berhati-hati Pengalaman yang sama turut dirasai Patrick Tee, 79, yang bergantung kepada warfarin sejak 2006. Ketika pemeriksaan rutin pada jantungnya, Patrick memberitahu doktor bahawa dia merasakan denyutan jantungnya tidak tetap. "Apabila doktor mengesahkan saya menghidap AF dan memberitahu saya harus mengambil warfarin disebabkan darah terlalu pekat, saya bertanya berapa lama saya perlu mengambil ubat ini. ''Saya terkejut apabila diberitahu ubat itu perlu diambil seumur hidup kerana saya juga memerlukannya untuk perlindungan terhadap risiko strok atau serangan jantung. ''Saya juga berhati-hati dengan pemakanan dan terutamanya mengelakkan kebanyakan sayuran hijau kerana ia menjejaskan keberkesanan warfarin," ujarnya. Dalam pada itu, Patrick perlu mengambil ujian darah setiap tiga minggu. Demi mengelak jangka masa menunggu yang lama, Patrick berusaha menjadi antara pesakit yang pertama dalam barisan. Ini bermakna dia akan bertolak ke hospital daripada rumahnya seawal 5.30 pagi dengan menaiki bas. Dia juga menantikan hari di mana dia tidak perlu pergi ke hospital dengan kerap dan masih mendapatkan perlindungan risiko strok. | ||
Posted: 12 Nov 2011 07:58 PM PST BIASANYA jika kita kenal seseorang tak kiralah sama ada rakan sekolah, kawan semasa kecil atau jiran tetangga, tentu kita sayangkan mereka, kita berusaha menjaga hatinya supaya persahabatan terus kekal hingga ke akhir hayat. Tetapi apa tindakan anda jika dapat tahu bahawa teman baik atau lebih teruk lagi suaminya mengkhianati mereka. Apa tindakan anda? "Inilah masalah besar yang saya hadapi, dah lama saya bercadang untuk menceritakan apa yang saya lihat tentang kelakuan sebenar suami sahabat saya ini, Salmi namanya. Tetapi malangnya setiap kali saya berhadapan dengannya lidah saya jadi kelu, kerana saya terlalu kesian dengannya." Itu cerita Noramira dalam e-melnya. "Saya dah lama berjiran dengan Salmi. Suami saya Amin pun berkawan rapat dengan Deen, suami Salmi. Saya sebaya dengan Salmi berusia lewat 30-an tahun sementara suami saya berusia 40-an, anak Salmi tiga orang yang tua dah tingkatan lima sebab dia kahwin muda. "Pada mata kasar Salmi seorang isteri yang cukup sempurna. Dia bukan sahaja cantik, tetapi baik hati, lemah lembut, berbudi bahasa, penyabar dan mudah dibuat kawan serta tak banyak cerita. Pendek kata dia memang terbaik. Pasal bentuk badan pun memang terjaga, tidak gemuk, tidak kurus, tetapi berisi, kulit kuning langsat. "Lebih istimewa lagi Salmi tak suka berbual pasal orang lain. Sebab dia sentiasa sibuk menguruskan anak dan waktunya pun kerja mengikut shif. Jadi kalau balik pagi dia sering tidur dahulu, jadi mana ada masa nak berbual panjang. "Salmi kerja di hospital sementara suaminya sebagai penyelia di kilang. Oleh kerana kerja mengikut shif, maka mereka sentiasa sibuk dengan hal masing masing. Ada ketikanya Salmi kerja malam, Deen bercuti, namun Salmi akan pastikan salah seorang ada di rumah pada waktu malam untuk menjaga anak-anak. Bila tak dapat elak, barulah Salmi meminta bantuan saya. "Namun lebih teruk lagi tugas mengurus anak dan rumahtangga terletak kepada Salmi, dia perlu memasak, berkemas rumah dan mencuci pakaian. Sementara Deen lebih banyak menguruskan dirinya sendiri, tambahan kalau tak bekerja, dia akan menghabiskan masanya di luar atau berlingkar tidur. Dia langsung tak pedulikan keselamatan anak-anaknya yang tinggal di rumah ketika isterinya bekerja. Ada kalanya dia balik rumah pukul dua pagi, pandai-pandai anak-anaklah nak makan, belajar atau sebagainya. "Satu lagi keistimewaan Salmi, dia pandai memasak, kalau hari dia tak bekerja dia akan memasak pelbagai masakan. Dan sayalah orang pertama yang akan merasa masakannya. Memang saya puji, dia pun sering mengambil tempahan memasak kalau ada kawan-kawan yang menempah, tapi secara kecil-kecilan kerana kesibukan tugasnya. Pendek kata dia pandai cari duit tambahan. Risiko "Nak jadikan cerita saya ternampak Deen pergi shopping dengan wanita lain. Mulanya saya nak sergah Deen. Tetapi setelah memikirkan risikonya, saya elak dan ikut mereka. Tepat mereka bukan kawan makan sepejabat, dan saya bercadang beritahu pada Salmi supaya dia berhati-hati atau mengingatkan Deen. "Malangnya Salmi bukan orang yang mudah percaya cerita orang lain. Mulutnya sentiasa memuji kebaikan Deen. "Sebenarnya bukan saya saja ternampak Deen dengan kekasihnya. Amin pun tahu, jiran sebelah menyebelah pun sama, tapi tak ada siapa yang sanggup nak beritahu pada Salmi. "Baru-baru ini saya nampak lagi. Kini sudah tiga kali saya nampak Deen berjalan dengan wanita yang sama. Ini yang membuatkan saya sedih, sebab tak boleh beritahu pada Salmi. Tapi kalau saya biarkan mungkin hubungan mereka jadi lebih serius dan apa akan jadi kalau Salmi dimadukan satu hari nanti. Ini bukan mustahil. Sebab dari gaya percakapan, gaya berjalan jelas ternampak hubungan mereka begitu serius. "Akhir-akhir ini pun kami dah tak nampak Deen menyapu di halaman rumah. Hinggakan ada ketikanya mereka sama-sama cuti dan sepatutnya Deen ada di rumah, tetapi Deen beritahu dia ada kerja. Itu yang Salmi beritahu. Kata Salmi dia kesian tengok Deen terpaksa pergi kerja, mesin rosaklah, dan macam-macam lagi alasannya. "Saya yang mendengar dan tahu siapa Deen sebenarnya jadi terlalu simpati pada Salmi dan tak pasal-pasal saya jadi benci yang teramat pada Deen kaki pembohong. "Saya pernah berbincang dan minta supaya Amin nasihatkan Deen, kesiankan anak-anak dan isterinya yang baik itu. Tapi Amin tak mahu masuk campur urusan orang lain. Katanya, sampai masanya tentu ada jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Dan Amin juga melarang saya bercerita pada Salmi. "Kata Amin jika tersalah langkah mereka akan salahkan saya pula. Dan dia tak mahu lihat hubungan kami jiran tetangga jadi rosak kerana campur tangan saya dalam urusan keluarga orang lain. "Tegahan Amin inilah membuatkan saya sering menangis tengah malam kerana kesiankan Salmi. Kerana saya punya pandangan berbeza, saya takut Salmi marahkan saya sebab tak mahu memberitahu kelakuan Deen lebih awal yang mana mungkin dia boleh atasi sebelum keadaan menjadi lebih serius. "Masalah inilah membuatkan saya jadi serba salah, saya tak tahu yang mana satu saya perlu ikut. Semakin saya fikirkan perasaan saya jadi lebih sedih dan amat kesian pada Salmi." Itu cerita Noramira panjang lebar tentang jirannya. Keadaannya seperti perumpamaan Melayu hendak ditelan mati emak, diluahkan mati bapa. | ||
Posted: 12 Nov 2011 07:57 PM PST SEBUT tentang masakan Cina muslim, nama Hj Sharin Low pasti tidak dapat disisihkan oleh penggemar di ibu kota. Bermula dengan Restoran Mukmin di Shah Alam, beliau mengembangkan cawangan ke Bukit Antarabangsa, Jalan Ampang, Sri Gombak dan seterusnya ke Klang menggunakan nama Restoran Hj. Sharin Low. Keenakan hidangan dengan keaslian rasa membuatkan ia terus diburu peminat tegar, tambahan pula tidak banyak restoran yang menyediakan sajian sedemikian rupa. Terbaru, beliau kini membuka cawangan restoran keenam di Sungai Merab, Kajang sejak awal tahun lalu dan ketujuh di Ipoh, Perak pada Ogos lalu. Dengan ruang yang lebih luas, cawangan di Sungai Merab mampu menampung lebih pengunjung pada bila-bila masa. "Pembukaan cawangan yang keenam dan ketujuh ini membuktikan masakan Cina muslim sememangnya mempunyai penggemar tersendiri. Setiap cawangan restoran kami mempunyai hidangan signatur istimewa dan pilihan menu yang berbeza," kata beliau. Antara hidangan istimewa cawangan Sungai Merab adalah sayur kou kee (sejenis pucuk yang digemari kaum Cina) dimasak bersama tiga jenis telur iaitu telur rebus biasa, telur masin dan telur 1000 tahun (century egg). Jika di cawangan lain terkenal dengan udang sos labu dan udang mentega, cawangan Sungai Merab juga tidak kalah dengan udang sos krim yang cukup menyelerakan. Selain itu, terdapat sup lala istimewa, kupang sos volcanic, ikan kerapu stim dengan lobak masin dan manis serta ketam bersaiz XL yang dimasak dengan telur masin. Bagi penggemar itik panggang, nikmati keenakan hidangan kegemaran anda tanpa rasa was-was di situ. Bukan mudah mendapatkan itik panggang halal kerana ia biasanya diusahakan oleh peniaga berbangsa Cina. Restoran Keluarga Hj. Sharin Low Sungai Merab dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 11 malam. | ||
Posted: 12 Nov 2011 07:56 PM PST
JIKA ditanya robot manakah yang paling hebat masa kini dari segi meniru gaya manusia bercakap, berjalan atau berlari? Tentu ramai akan menjawab ASIMO. Sememangnya, ASIMO yang dicipta oleh Honda sejak 1986 merupakan robot humanoid atau robot menyerupai manusia yang hebat kerana dapat mengimbangi dirinya, berjalan menggunakan dua kaki, berinteraksi dengan manusia dan sebagainya. ASIMO yang bermula dengan nama EO pada awal ciptaannya mempunyai beberapa jenis versi. Menurut Honda, mereka mempunyai lebih daripada 100 jenis robot ASIMO yang telah dicipta. Dalam memastikan perkembangan teknologi robotik itu tidak berhenti, Honda baru-baru ini memperkenalkan versi terbaru ASIMO yang lebih canggih dan mempunyai ciri-ciri terbaru menggantikan model terdahulu, termasuk kemampuan bergerak secara sendiri tanpa henti. Antara teknologi utama yang diperkenalkan ke dalam robot baru ini ialah ia kini mempunyai sistem yang mampu menilai input-input persekitaran secara automatik menggunakan pelbagai sensor meniru deria manusia seperti melihat, mendengar dan sentuhan. Menggunakan input dari 'deria-deria' tersebut, ASIMO kini boleh lebih peka dengan keadaan sekeliling, termasuk mengenalpasti tindakan manusia sekitar dan menyesuaikan dirinya mengikut kesesuaian. Antara tindakan boleh diambil seperti mampu menggelak dari bertembung dengan orang yang berjalan kerana ia mampu meramalkan kecepatan langkah manusia yang berjalan di hadapannya. Menggabungkan imput-input yang diperoleh dari sensor penglihatan dan auditori, ASIMO boleh mengecam wajah dan suara manusia yang bercakap, termasuk ketika ramai orang sedang bercakap pada waktu yang sama.
Lebih seimbang Apabila diletakkan format bebas tanpa program tertentu iaitu tugasan 'make-it-up-as-you-go-along', ASIMO baru ini boleh hilang keseimbangan secara tidak dijangka. Sehubungan itu, robot itu kini mempunyai kaki yang lebih panjang dengan kemampuan memanjangkan kaki jika didapati ia hendak jatuh. Ciri-ciri ini juga membolehkan ASIMO untuk berjalan di lantai atau tanah yang tidak rata, lari ke hadapan dan belakang dan juga melompat menggunakan satu atau dua kaki secara berterusan. Lebih tangkas Satu lagi ciri baru yang menarik mengenai ASIMO baharu ini ialah tangan robotiknya yang kini mempunyai sensor sentuhan di tapak tangan dan sensor tekanan pada setiap jarinya. Tangan yang digerakkan perisian pengenalan objek itu bersepadu dengan sensor pandangan dan sentuhan membolehkan ia melakukan tugasan-tugasan yang sukar dilakukan oleh robot sebelum ini seperti memegang botol kaca dan membuka penutupnya, memegang cawan kertas dan menuangkan air. Memandangkan jari-jari itu boleh beroperasi dengan sendiri, ia juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan bahasa isyarat. Ciri baru Selain daripada meningkatkan tindak balas automatik, ciri-ciri baru yang diletakkan pada ASIMO juga meningkatkan beberapa fungsinya yang lain. Ciri-ciri tersebut seperti beratnya yang semakin ringan iaitu 48 kilogram (kg) yang berkurang sebanyak 6 kg daripada model sebelum ini, tahap kebebasan sehingga 57 darjah (berbanding 34 darjah untuk model sebelumnya) dan kelajuan berlari sehingga 9 km sejam (berbanding 6 km sejam untuk model sebelumnya). Selain itu, ASIMO baharu ini juga mampu bekerja dengan manusia dengan lebih baik dan cekap, termasuk tangan robotiknya yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai pekerjaan tanpa menggunakan badan. Tangan robotik itu boleh dikawal dari jarak jauh dan mempunyai pemegangnya sendiri bagi membolehkannya dibawa untuk melakukan kerja-kerja bahaya menggunakan kenderaan kecil ke tempat seperti tapak bencana. Sistem kawalan keseimbangan yang dibangunkan untuk ASIMO boleh digunakan pada lenggan robot itu dan mampu mengekalkan kedudukannya apabila perlu melakukan kerja-kerja tertentu dengan tanganya. Sebagai contoh, tangan robot ini boleh ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja seperti membuka/menutup atau membaiki injap paip gas yang bocor ketika berlaku bencana dan sebagainya. | ||
Perut buncit tanda awal penyakit Posted: 12 Nov 2011 07:55 PM PST SOALAN: -Zubir, Kelantan.
Saudara Zubir, Terima kasih atas soalan yang saya kira sangat penting untuk diketahui ramai, sama ada kaum lelaki mahupun kaum wanita. Mungkin disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif ditambah dengan pemakanan yang tidak sihat, maka berlakulah masalah perut buncit ini. Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya. Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter. Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara. Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit. Mungkin cara sedutan lemak atau 'liposuction' boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan, Insya-Allah. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan