Khamis, 10 November 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Ejad tak sanggup kongsi kasih

Posted: 10 Nov 2011 10:40 PM PST

pix_middle

DIKELILINGI semua teman sebaya dan empat beradik lelaki yang sudah berkahwin, sedikit sebanyak memberi tekanan kepada bintang filem Berlari Ke Langit dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Siti Elizad Mohd Sharifudin yang masih hidup membujang pada usia penghujung 20-an.

Secara peribadi, Siti Elizad atau lebih mesra disapa Ejad, 27, mengakui hidupnya juga tidak lengkap selagi belum berumah tangga. Akui Ejad, bukan terdesak untuk berkahwin cuma mengenangkan perkahwinan dituntut agama Islam dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

  • Foto

  • Foto

    BERSEMANGAT...Ejad tidak sabar lagi untuk kembali berlakon.

  • Foto

"Terus terang, saya memang sudah bersedia daripada aspek mental dan fizikal untuk melangkah

ke alam rumah tangga. Saya percaya, pada usia sekarang memang layak dan tepat untuk bergelar isteri dan ibu.


"Maklumlah, apabila arwah ibu sudah tiada, saya seperti hilang dahan tempat bergantung. Saya melihat suamilah kelak akan menjadi tempat mengadu apabila ibu tiada," katanya.


Akui Ejad, dia juga ingin menunaikan impian arwah ibu, Nazariah Mohd Salleh, 62, (meninggal dunia pada April lalu) yang teringin melihatnya berumah tangga.

"Saya masih ingat lagi, arwah ibu beritahu dia ingin melihat saya berkahwin dulu sebelum menutup mata. Namun, Allah lebih menyayanginya daripada saya sekeluarga.

"Apabila ibu meninggal, hubungan saya dengan bapa kembali rapat dan kami sekeluarga sudah tinggal bersama di rumah.

Kini, kesunyian terubat apabila adik lelaki saya mempunyai anak, Mikhail. Selain itu, saya ada kucing Parsi, Snowball yang mengisi kekosongan hati apabila sunyi," katanya.

Sampai saat ini, kata Ejad, kenangan bersama arwah ibu tercinta sentiasa kekal dalam ingatannya.

Katanya, walaupun ibu sudah tiada, dia sentiasa teringat dan cukup rindu kepadanya. Mungkin kerana hubungan mereka cukup rapat sehingga ke akhir hayatnya dulu.

Bagi menghilangkan rindu terhadap arwah ibunya, Ejad menyimpan semua barang peribadi milik ibunya termasuk baju sebagai kenangan.

"Sebelum ini, apa saja perkara terutama berkaitan peribadi semuanya saya kongsi dengan ibu. Hati saya memang kosong sejak ibu tiada. Hanya arwahlah tempat saya mengadu. Apabila arwah ibu tiada, kosongnya memang lain macam. Saya pun tak tahu macam mana nak beritahu kepada orang.

"Maklumlah, saya anak perempuan tunggal dalam keluarga. Empat lagi adik beradik semuanya lelaki dan mereka semuanya sudah berkahwin serta ada keluarga sendiri. Takkanlah saya nak kongsi hal orang perempuan dengan adik beradik lelaki pula," katanya.

Selepas 11 tahun putus cinta, ternyata Ejad belum bertemu pengganti bagi mengisi kekosongan hatinya. Kata Ejad, bukannya dia terlalu cerewet dalam mencari teman hidup, cuma belum bertemu lelaki yang tepat untuk dijadikan calon suami.

"Saya pula jenis yang suka duduk rumah dan berkurung dalam bilik kalau tidak terbabit dengan penggambaran. Mungkin itu sebabnya saya susah nak jumpa teman lelaki istimewa.

"Kriteria lelaki pilihan pula ialah yang tetap ada masa untuk saya walau sesibuk mana pun dia dengan urusan kerjanya. Saya memang suka lelaki yang romantik dan suka memanjakan saya.

"Kalau tengah bercinta, saya memang suka kalau si dia telefon tanya sama ada saya sudah makan atau belum. Kalau tak pun, sekadar bertanya khabar pun cukuplah.

"Ini mungkin sebab ibu yang besarkan kami dalam hubungan kekeluargaan yang cukup rapat. Tapi, kalau si dia rimas untuk melayan kerenah saya memang dia bukan kriteria calon suami saya," katanya.

Ditanya sama ada dia boleh terima suami orang sebagai calon suami, Ejad mengakui dia tidak sanggup berkongsi kasih dengan orang lain.

"Tapi jika sudah takdir saya berkahwin dengan suami orang, siapa yang mampu menolaknya? Saya memang kuat cemburu dan tidak boleh berkongsi hak dengan orang lain. Pada masa sama, saya cepat merajuk. Justeru, si dia pula mestilah pandai memujuk bagi memastikan hubungan kami berjalan lancar.

"Kalau sudah jumpa calon suami yang sesuai, saya tak akan tunggu lama dan kami akan terus kahwin dalam tempoh terdekat juga," katanya.


EJAD TAK SABAR KEMBALI KE LOKASI

SELEPAS sebulan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst, kesihatan Ejad kembali pulih seperti sedia kala. Malah, pelakon tinggi lampai ini mengakui sudah bersedia daripada aspek mental dan fizikal untuk kembali ke lokasi penggambaran drama dan filem seperti dulu.

Sayangnya, tidak banyak tawaran diterima anak didik pengarah berkaliber, Bade Azmi ini. Buat masa ini, Ejad juga lebih banyak berehat di rumah arwah ibunya sementara menanti tawaran berlakon.

Mungkin ramai produser dan pengarah yang fikir Ejad masih sakit dan kesihatannya tidak mengizinkan untuk dia kembali berlakon.

Justeru, pada sesi fotografi yang diatur bersama Rap di Balai Berita, baru-baru ini, Ejad memberitahu semua dia tidak sabar kembali berlakon sama seperti dulu.

"Saya memang rindu untuk kembali berlakon. Bukannya hanya rindu untuk berlakon filem, tapi juga drama. Memang saya bermula dengan filem, tetapi ia bukan bermaksud tidak minat berlakon drama.

"Saya fikir tidak salah pelakon filem berlakon drama dan tidak jatuh taraf pun kerana berlakon filem atau drama mempunyai cabaran dan kepuasan tersendiri," katanya.

Kali terakhir, dia berlakon adalah untuk telefilem Jamilah I Love You untuk Astro. Manakala filem terakhir lakonannya ialah Cinta Nan Satu bergandingan dengan Zul Huzaimy.


PROFIL

NAMA PENUH: Siti Elizad Mohd Sharifudin
TARIKH LAHIR: 25 Mei 1984
ASAL: Kuala Lumpur
STATUS: Bujang
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
KELUARGA: Anak keempat daripada lima adik-beradik
FILEM: Berlari Ke Langit, Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Cinta Yang Satu
TELEFILEM: Jamilah I Love You

Lisa Ajak Peminat Bersenam Tari

Posted: 10 Nov 2011 10:39 PM PST

Lisa (kanan) bersama instruktor membuat latihan senam tari untuk acara Sofy.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model, Lisa Surihani mengajak peminat terutamanya golongan wanita untuk menyertainya dalam aktiviti senam tari yang akan diadakan pada 20 November ini di pusat beli belah The Curve, di sini.

Senam tari berkonsepkan ritmo zum itu akan berlangsung selama satu jam bermula pukul 3 hingga 4 petang.

Dalam acara anjuran jenama tuala wanita Sofy tersebut, peminat berpeluang turut serta bersama Lisa selaku duta produk untuk melakukan aktiviti senam tari dengan diiringi instruktor professional dari gimnasium Celebrity Fitness.

Pegawai Penjenamaan Sofy, Chong Fei Meng, mengalu-alukan peminat Lisa dan para wanita di Lembah Klang untuk datang ke acara tersebut dan bergembira bersama-sama pelakon filem Sekali Lagi itu.

"Kami menyasarkan seramai 500 hingga 1,000 peserta untuk bersama-sama pelakon kesayangan mereka itu dalam aktiviti ini," katanya.

Mereka yang ingin menyertai Lisa dalam aktiviti tersebut perlu mendaftarkan diri di laman sosial Facebook Sofy atau Lisa Surihani sebelum 18 November 2011.

Peserta yang mendaftarkan diri pada 20 November perlu membawa bukti pembelian barangan Sofy untuk menyertai Lisa dalam aktiviti tersebut.

Khalwat Razak Ahmad: Pembelaan Tutup Kes

Posted: 10 Nov 2011 10:38 PM PST

PETALING JAYA: Pihak pembelaan pada Khamis, mengakhiri kes terhadap pelakon, Razak Ahmad (gambar) yang telah diperintah untuk membela diri atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang, lima tahun lalu.

Peguam syarie Muhamad Azman Karim memberitahu, pihaknya tidak lagi mempunyai saksi-saksi untuk dipanggil bagi menyokong pembelaan Razak, 44, yang diberikan secara bersumpah dari kandang saksi tersebut.

Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar menetapkan 19 Januari 2012 untuk pihak pembelaan memasukkan hujahan bertulis di akhir peringkat pembelaan.

Razak sedang membela diri atas tuduhan berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan, Selamah Sahudin, 45, pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini.

Bagi kesalahan itu, pelakon drama Geng Surau tersebut didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Razak dipanggil untuk membela diri pada 30 Jun lalu selepas mahkamah selesai mendengar keterangan lima saksi pendakwaan, termasuk suami Selamah, Shamsuddin Sulaiman, 48, seorang pensyarah yang dipanggil sebagai saksi pertama. Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Shafezan Rusli.

Selamah yang turut menghadapi tuduhan sama telah mengaku salah pada 14 September 2006 dan dihukum denda RM2,850 yang telah dijelaskan oleh suaminya pada hari yang sama.

Berdasarkan fakta kes yang diakui oleh Selamah, Razak sedang tidur dengan hanya berseluar jeans di dalam bilik pertama rumah berkenaan semasa rumah mereka diserbu oleh suaminya bersama dengan anggota polis.

Bagaimanapun, Razak menafikan bahawa dia ada melakukan perbuatan yang tidak senonoh seperti memeluk atau mencium Selamah yang dikenalinya sejak di bangku sekolah dan mendakwa kehadirannya di premis itu hanya untuk mencuba baju yang ditaja wanita itu.

Pelakon yang sinonim dengan watak orang baik-baik itu menambah, pakaian tersebut akan digunakan pada penyertaannya dalam percubaan RTM untuk disenaraikan dalam Buku Rekod Malaysia kerana bersiaran selama 60 jam tanpa henti. Katanya, dia diminta untuk mengisi slot pada pukul 4 hingga 5 pagi dengan membaca ayat-ayat Al-Quran dan menyanyikan lagu Ahmad Jais menyebabkan dia pergi ke premis berkenaan pada awal pagi untuk mengambil baju.

Razak juga memberitahu, dia tidak dapat menyertai program tersebut memandangkan dia dibawa ke balai polis dan hanya dibebaskan selepas seorang rakan datang menjaminnya.

Terbiar tepi tandas

Posted: 10 Nov 2011 10:36 PM PST

COMEL...Sofea ditemui menangis ketakutan malam Sabtu lalu.
COMEL...Sofea ditemui menangis ketakutan malam Sabtu lalu.

MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun setengah menangis ketakutan ditinggalkan bersendirian di tepi tandas lelaki di pusat beli-belah Mahkota Parade dekat sini, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, kanak-kanak malang terbabit dilihat ditinggalkan seorang lelaki sebelum ditemui kakitangan pusat beli-belah berkenaan.


Kakitangan terbabit menunggu beberapa ketika, namun tiada sesiapa tampil mengambilnya sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan turut membuat pengumuman bagi mengesan penjaga kanak-kanak terbabit, namun tiada yang tampil sebelum menghubungi polis.


Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Rozana Ngawamin berkata, kanak-kanak seberat 11 kilogram itu diserahkan kepada polis kira-kira jam 11.45 malam pada hari kejadian. Katanya, polis kemudian membuat laporan sebelum membawa kanak-kanak malang itu ke Hospital Melaka (HM) bagi menjalani pemeriksaan.


"Siasatan awal dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu mendapati, kanak-kanak perempuan ini ditinggalkan sehelai sepinggang oleh seorang lelaki di tepi tandas lelaki.

"Ketika ditemui, kanak-kanak ini yang belum petah bercakap hanya menangis ketakutan.


"Identitinya juga belum diketahui kerana dia juga tidak begitu memahami bahasa Melayu," katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Rozana berkata, selepas melawat kanak-kanak yang dipanggil dengan nama Sofea di Hospital Melaka kelmarin, pihaknya memfailkan permohonan perintah jagaan sementara di Mahkamah Majistret, semalam.


"Sofea akan ditempatkan Kami mendapat perintah jagaan sementara bagi tempoh sebulan diputuskan Majistret Muzila Mohamed Arsad bagi menempatkan kanak-kanak ini di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah di Seremban, Negeri Sembilan, mengikut peruntukan Seksyen 25 (2) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.


Beliau berkata, dalam tempoh sebulan itu, pihaknya akan melakukan siasatan dan menyediakan laporan sosial, sebelum memohon perintah jagaan tetap jika kanak-kanak perempuan itu tidak dituntut warisnya.


"Sesiapa yang kehilangan anak atau orang ramai yang mengetahui kanak-kanak ini diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah Melaka Tengah di talian 06-2324797," katanya.

Gadis ganti hutang

Posted: 10 Nov 2011 10:35 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mahu menyelesaikan hutangnya secara licik memperdaya rakan sendiri dengan tawaran percutian percuma di ibu kota sebelum gadis berusia 19 tahun itu 'dijual' kepada seorang lelaki yang kemudian bertindak kejam mengurung, mendera dan merogolnya.

Bagaimanapun, gadis itu bernasib baik kerana berjaya melarikan diri selepas 60 jam jam dikurung di sebuah rumah di Taman Pusat Kepong di sini, iaitu sejak awal pagi 6 November lalu hingga jam 2 petang kelmarin.

Mangsa melarikan diri ketika dua lelaki yang menjaganya tertidur, lalu menaiki teksi pulang ke rumah bapanya di Pontian, Johor.

Sumber polis berkata, ketika dikurung, mangsa bukan saja dirogol seorang lelaki berusia 30-an, tetapi turut dirotan hingga seluruh badannya berbirat.


Menurutnya, tragedi hitam dalam hidup gadis itu bermula jam 12 tengah malam, 6 November lalu, selepas dia yang menetap di Pontian, Johor, bersetuju mengikut rakan wanitanya berusia 20-an untuk 'bercuti' di ibu kota dengan semua kos ditanggung.

Telefon petunjuk

Posted: 10 Nov 2011 10:34 PM PST

SIASAT...anggota Unit Forensik Polis memeriksa mayat mangsa di tempat kejadian.
SIASAT...anggota Unit Forensik Polis memeriksa mayat mangsa di tempat kejadian.

SUNGAI BULOH: Penemuan satu telefon bimbit milik seorang lelaki yang dibunuh dengan keadaan leher hampir putus manakala perut terburai di jirat Cina Sungai Buloh, dekat sini, malam kelmarin dipercayai boleh menjadi petunjuk bagi mencari suspek perbuatan kejam itu.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, mayat lelaki berusia 20-an dipercayai warga Indonesia ditemui orang ramai yang melalui kawasan itu.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim, berkata motif pembunuhan masih dalam siasatan namun tidak menolak ia bermotifkan dendam.

Menurutnya, tiada dokumen ditemui pada mangsa yang berkemeja-T hitam dan seluar jean pendek.


"Mangsa berkemungkinan pekerja di kawasan berhampiran dan kami percaya ia dibunuh di tempat lain antara jam 8 dan 9 malam sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan kerana tiada kesan pergelutan ditemui.


"Senjata pembunuhan juga belum ditemui dan kemungkinan mangsa dibunuh lebih daripada seorang," katanya.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.


"Orang awam yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

"Mereka yang kehilangan ahli keluarga turut diminta datang membuat pengecaman mayat itu," katanya.


Difahamkan, kawasan pembunuhan itu sering menjadi pilihan pasangan kekasih untuk bermadu asmara.

‘Fesyen pilihan terbaik teruskan karier’

Posted: 10 Nov 2011 10:33 PM PST

CERIA...Kimora tidak menjadikan kehidupan lampaunya sebagai halangan untuk berjaya dalam hidup.
CERIA...Kimora tidak menjadikan kehidupan lampaunya sebagai halangan untuk berjaya dalam hidup.

SETIAP tindak-tanduk wanita lantang ini pasti mengundang bicara dan perbalahan baik di kaca televisyen, majalah mahupun forum Internet.

Sejak kecil lagi Kimora Lee Perkins sentiasa menjadi isu perbualan malah mangsa buli ketika di bangku sekolah kerana fizikalnya yang berbeza daripada kanak-kanak lain.

  • Foto

    BINTANG HATI...Aoki (kiri), Ming (tengah) dan Kenzo memainkan peranan penting dalam hidup Kimora.

  • Foto

    CERIA...Kimora tidak menjadikan kehidupan lampaunya sebagai halangan untuk berjaya dalam hidup.

  • Foto

    MAMPU MILIK...antara kasut dalam koleksi terkini JustFabulous yang digayakan Kimora, baru-baru ini.

  • Foto

    CEKAL...Kimora giat mengembangkan empayar fesyen dan kecantikannya menerusi jenama KLS.

Berdarah campuran Jepun-Korea di sebelah ibu dan Afrika-Amerika daripada bapanya, wanita dari St Louis, Missouri, Amerika Syarikat ini pernah dilemparkan bermacam kata-kata menyakitkan dek wajah, warna kulit serta ketinggiannya yang dianggap pelik oleh penduduk setempat.

Bagaimanapun, setiap elemen 'pelik' yang ada padanya itu dianggap sebagai luar biasa, menarik, unik dan eksotik di pentas peragaan dunia hinggakan berjaya menarik minat Karl Lagerfeld yang meletakkannya sebagai sumber inspirasi bagi pereka Chanel itu, sekali gus muncul supermodel paling muda ketika itu pada usia 13 tahun.


Kini berdiri atas nama Kimora Lee Simmons, ibu kepada Ming, Aoki dan Kenzo ini nyata bagaikan magnet kala hadir memeriahkan promosi musim keempat program televisyen popularnya - Kimora: Life in the Fab Lane di saluran E! Entertainment (setiap Selasa, jam 8.40 malam di Astro 712) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Setiap venue yang dihadiri wanita ceria ini berjaya mengundang ribuan peminat yang sanggup menunggu lama dan berasak-asak semata-mata untuk melihat keletahnya dari dekat.

Ikuti temu bual eksklusif Harian Metro bersama pengasas dan pemilik jenama KLS, Kouture dan JustFabulous ini di sebuah hotel sekitar Bukit Bintang, Sabtu lalu.

HARIAN METRO (HM): Anda adalah antara selebriti yang rajin melayan peminat di laman Twitter. Sejak tiga bulan lalu anda kerap menghantar tweet dalam bahasa Malaysia, antaranya 'Selamat Hari Raya Aidilfitri', 'Aku cinta kamu', 'Selamat hari jadi', 'Terima kasih' dan 'Kamu menakjubkan'. Adakah kerana Kimora: Life in the Fab Lane kini program realiti nombor satu di Malaysia atau ia satu strategi atau cara anda mendekatkan diri dengan masyarakat di negara yang anda kunjungi?

KIMORA LEE SIMMONS (KLS):
Saya langsung tidak tahu Kimora: Life in the Fab Lane menjadi pilihan ramai warga Malaysia sehinggalah saya tiba ke negara ini.

Sememangnya saya suka mempelajari budaya negara lain. Penggunaan bahasa Malaysia dalam akaun Twitter saya bermula ketika beberapa rakan beragama Islam mengatakan mereka akan meraikan sambutan Aidilfitri yang disambut penuh meriah di Asia, khususnya di Malaysia.

Jadi, saya cuba mempelajarinya perlahan-lahan. Saya tidak menggunakan terjemahan dalam Google tapi mendapat bantuan daripada rakan dan keluarga. Mereka yang banyak mencari terjemahan ayat itu.

Saya sentiasa tertarik dengan kepelbagaian bahasa dan dapati tidak sukar untuk mempelajari bahasa Malaysia.


HM: Anda bermula sebagai peragawati pada usia cukup muda. Jadi, apakah yang membuatkan anda beralih ke bidang rekaan dan perniagaan fesyen?

KLS:
Kata orang, kita akan lebih matang, pintar dan berani seiring usia. Dunia peragaan sememangnya membuka banyak peluang untuk saya. Ia juga adalah antara detik indah dalam hidup saya.

Tapi lama-kelamaan saya terfikir apa akan jadi pada diri saya jika tidak lagi mampu untuk berjalan di pentas peragaan atau menjadi model? Apa akan jadi pada hidup saya jika ditimpa musibah hinggakan langsung tidak boleh lagi meneruskan karier sebagai model?

Jadi daripada situ, saya mula mencari haluan baru iaitu membabitkan diri dalam bidang fesyen. Model dan fesyen sama seiring. Fesyen juga adalah antara subjek kegemaran saya, justeru ia pilihan terbaik bagi meneruskan kesinambungan karier saya.


HM: Anda dikenali di arena fesyen dunia, juga dalam bidang perniagaan dan televisyen. Selepas kejayaan Kimora: Life in the Fab Lane, adakah anda merancang untuk beralih ke program bual bicara?

KLS:
Program bual bicara sememangnya menjadi antara agenda utama saya untuk tahun depan. Saya sudah berbincang dengan beberapa wakil penyiaran di sini dan berharap dapat memulakannya di Asia Tenggara.

Penampilan saya di televisyen bermula sebagai kisah doku-drama (dokumentari dan drama) yang kemudian diubah menjadi siri realiti yang tidak begitu saya gemari kerana berasakan ia lucah dan terlalu menonjol ketika itu. Tapi saya cuba menerima konsep yang diketengahkan realiti televisyen dan lama-kelamaan dapat menerimanya.

Jadi, program bual bicara itu kelak sama sekali berbeza daripada apa yang saya lakukan ketika ini. Saya mahu melakukan sesuatu yang dapat mencapai lebih banyak rangkaian dan reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat iaitu dengan memperkasakan masyarakat khususnya wanita menerusi isu global yang akan dibincangkan.

Saya mahu program bual bicara itu nanti dapat memperkayakan lagi kehidupan kita. Saya pernah ke Malaysia sebelum ini bagi membantu mangsa tsunami.

Tragedi itu banyak memberi kesan mendalam dan mengubah pandangan saya secara dramatik. Justeru, saya berasakan program bual bicara itu mampu menghubungkan saya dengan orang lain.


HM: Anda wanita sukses dan punyai segalanya dalam kehidupan. Jadi apakah pengorbanan yang terpaksa anda lakukan untuk berada di tahap ini?

KLS:
Saya terpaksa mengorbankan banyak perkara. Paling utama - tidur! Tapi banyak juga perkara lain yang mesti diketepikan agar apa yang saya ingini tercapai.

Saya dibesarkan oleh ibu tunggal dalam keadaan memeritkan tapi percaya boleh lakukan apa saja kerana halangan utamanya adalah diri sendiri.

Sebagai wanita, kita boleh peroleh apa jua yang kita inginkan tapi ia perlu disertakan dengan keseimbangan dalam hidup, selain daya usaha berterusan, kerja keras dan berkawan dengan kumpulan yang betul.

Anda boleh lakukan apa saja, fokus kepada hadiah utama dan pada masa sama, jangan meninggi diri.


HM: Bagaimana pula dengan gaya berbelanja anda? Adakah anda seorang yang gemar membeli-belah dan memilih jenama tertentu?

KLS:
Sebelum ini saya suka membeli barangan berjenama serta pernah ke satu tahap saya berasakan setiap pembelian mewah itu dapat membuatkan saya lebih cantik dan menarik tapi hakikatnya tidak!

Kini, saya lebih gemar membeli barangan yang boleh digunakan untuk tempoh lama dan berbaloi untuk wang. Kasut merah saya ini (sambil menunjukkan kasut tumit tinggi yang dipakainya) hanya berharga AS$39 (RM122), ia daripada koleksi terkini saya bagi label JustFabulous.

Saya rasa wang tiada kaitan dengan stail. Jika anda mempunyai wang, bolehlah berbelanja besar tapi jika tidak, anda masih mampu kelihatan 'fabulous' (menarik) dengan busana yang jauh lebih rendah harganya. Paling penting anda perlu tahu bagaimana �menggayakannya.

Wang saya kini banyak dihabiskan untuk anak. Semuanya tertumpu kepada Ming, Aoki dan Kenzo kerana mereka adalah tunjang hidup saya.


HM: Di kaca televisyen, anda seorang wanita yang tegas, berani dan garang. Apakah yang paling anda takuti?

KLS:
Rasanya tiada. Saya tidak dikuasai ketakutan.


HM: Anda masih mengekalkan nama bekas suami, Simmons, sebagai nama pengenalan anda. Bagaimana hubungan anda dengan bekas suami (Russell Simmons) terutama selepas anda berkahwin dengan Djimon Hounsou?

KLS:
Kami banyak mengharungi susah senang bersama dan dia bukan saja rakan perniagaan yang baik tapi seorang sahabat serta bapa kepada dua anak saya.

Saya sering katakan kepada teman bahawa sayangi anak anda lebih daripada anda membenci bekas suami anda. Selepas bercerai kami menjadi sahabat yang saling bantu-membantu hinggakan teman wanitanya saya yang carikan!

Mengenai penggunaan nama Simmons di belakang nama saya, ia lebih bersifat �perniagaan. Saya tak akan sesekali membuang nama itu. Secara teknikalnya nama saya Kimora Lee Simmons Hounsou tapi jenama yang saya �bangunkan ialah KLS - Kimora Lee Simmons.

Tina Turner dan Ivanka Trump tidak pernah dikritik pun kerana menggunakan nama bekas �suami mereka, jadi tidak �perlulah nama saya �dipertikaikan.

Saya boleh menukar ke nama asal tapi ia akan mengelirukan rakan niaga saya. Nama itu juga amat bermakna dalam hidup saya dan Russell sendiri tidak kisah saya menggunakan nama keluarganya.


HM: 18 Mac diisytiharkan sebagai 'Hari Kimora' di bandar kelahiran anda, St Louis. Jadi biasanya apakah yang anda lakukan pada hari tu?

KLS:
Sebenarnya 'Hari Kimora' bukan saja diraikan di St Louis malah beberapa bandar antaranya di Atlanta. Bagi saya, setiap hari adalah 'Hari Kimora' dan ia perlu diraikan dengan penuh meriah.

Setiap wanita juga perlu �berasakan setiap hari adalah hari anda. Tidak perlu menunggu hari khusus untuk �meraikannya.



>Trivia

  • Ketika berusia 10 tahun, ketinggiannya mencecah 178 sentimeter, menjadikannya pelajar paling tinggi di sekolah. Kimora kini berketinggian 183 sentimeter.

  • Pernah tampil dengan peranan kameo dalam filem Beauty Shop, Waist Deep, Rebound, Brown Sugar, The Big Tease dan For Love or Money di samping klip video penyanyi Ginuwine dan Usher.

  • Kimora dan tiga lagi model kegemaran Karl Lagerfeld -Bernadette Jurkowski, Shoshanna Fitzgerald dan Olga Sobolewska pernah digelar The Four Karlettes.

  • Meninggalkan jenama Baby Phat sejak September 2010. Kini giat membina empayar fesyen dan kecantikan menerusi label KLS, Kouture by Kimora, Fabulosity, JustFabulous dan Shinto Clinical.

  • Sehingga kini akaun Twitter Kimora mencecah 808,961 pengikut.
  • Johan Kecewa Isteri Gugur Dua Kali

    Posted: 10 Nov 2011 10:32 PM PST

    Johan Raja Lawak

    KUALA LUMPUR: Pelakon Johan (Raja Lawak) mengakui kecewa untuk menambah cahaya mata apabila isterinya iaitu Ozlynwati mengalami keguguran sebanyak dua kali tahun ini.

    Kata Johan, punca isterinya keguguran adalah disebabkan terlalu banyak bergerak tanpa mengetahui tentang kandungannya.

    "Dalam tahun ini, Ozlyn sudah dua kali keguguran kerana terlalu aktif dan ketika itu dia juga selalu ikut saya ke gym.

    "Sudah tentu saya sangat sedih kerana impian saya mahukan 12 orang cahaya mata seperti adik beradik saya," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama Elly & Epit di sini, Khamis.

    Tambah Johan, disebabkan pengalaman tersebut juga, dia kini lebih berhati-hati untuk melibatkan Ozlyn dalam setiap aktiviti yang dilakukannya.

    Bagaimanapu, dia menganggap perkara tersebut adalah ketentuan Allah.

    "Anak adalah harta yang sangat berharga, namun saya percaya belum ada rezeki untuk kami menambah cahaya mata," katanya kesal.

    Sementara itu bercerita tentang perkembangan kerjaya, Johan berkata dia kini sedang menyiapkan diri untuk penggambaran dua buah filem.

    "Selepas drama Elly & Epit ini, saya akan fokus kepada dua filem dengan Mamat Khalid dan Syamsul Yusof.

    "Selain itu beberapa komitmen lain iaitu Edisi Khas musim baru, Superlawak dan penyampai Era fm," katanya.

    Lelaki tuntut tangan dipulang

    Posted: 10 Nov 2011 10:32 PM PST

    HU dengan tangan berbalut dirawat di hospital  Taoyuan, Taiwan, semalam.
    HU dengan tangan berbalut dirawat di hospital Taoyuan, Taiwan, semalam.

    TAOYUAN (Taiwan): Seorang lelaki rakyat Taiwan, semalam menuntut pihak berkuasa China memulangkan tangan kirinya yang dipotong selepas insiden samun dan disimpan polis negara itu sebagai bahan bukti.

    Hu Chi-yang, 59, berkata, dia diserang oleh tiga lelaki di tenggara wilayah China di Fujian minggu lalu. Dia berkata, mereka menyamun wang tunai AS$600 (RM1,920) miliknya dan cuba memotong tangan kirinya bagi mendapatkan cincin dan jam Rolex dipakainya.


    Hu, ahli perniagaan yang sudah bersara berkata, dia setuju supaya tangannya dipotong selepas doktor memberitahunya ia cedera parah dan tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, polis tempatan enggan membenarkan dia mengambil semula tangannya untuk dibawa pulang ke Taiwan.

    Bercakap kepada media dari katil hospital di Taoyuan, di utara Taiwan dia berkata: "Saya mangsa dalam kes ini tetapi mereka melayan saya bagaikan saya ini perompak. Saya tidak mahu lagi pergi ke China.


    Dengan nada suara yang marah sambil menitiskan air mata Hu berkata, polis di Putian bersikap buruk dan menegaskan dia perlu memberi kenyataan penuh sebelum dibenarkan menjalani pembedahan.


    "Saya minta mereka memulangkan tangan saya tetapi mereka kata mereka perlu menyimpannya untuk siasatan," katanya. Kes Hu itu mendapat liputan meluas oleh media Taiwan sejak dia pulang dari Putian Selasa lalu.

    Polis di Putian berkata, mereka menghadapi tekanan ekoran kes itu tetapi menafikan tangan Hu sudah dipotong.


    "Kes itu tidak terjadi seperti mana dilaporkan media. Namun, kesannya amat besar sekarang, jadi pegawai kanan memberi perhatian penuh terhadap kes itu," kata pegawai polis di Biro Keselamatan Awam Putian.

    "Tangannya masih melekat di tubuhnya. Khabar angin kadangkala memang bodoh," katanya sambil mengakui Hu mengalami kecederaan.

    Semuanya rahsia?

    Posted: 10 Nov 2011 10:31 PM PST

    pix_gal0
    MULA-mula mereka menyebut beberapa nama terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah untuk diundang khas dalam album mereka nanti. Apabila ditanya siapa sebenarnya yang hendak diundang, mereka menjawab, rahsia!.

    Selepas itu, bercerita pula pasal album terbaru. Sekali lagi mereka mahu berahsia apabila ditanya mengenai tajuk lagu dan nama komposer yang menyumbangkan lagu untuk mereka.
    Inilah gelagat anggota kumpulan Hujan yang diketuai Noh Ahmad tatkala bercakap mengenai kemunculan album single terbaru Hujan - Kotak Hati. Bersungguh-sungguh memperkatakan itu dan ini, tetapi apabila diminta menjelaskan sesuatu dengan lebih lanjut, dijawab dengan rahsia.
    Memerhatikan gelagat pemuzik muda yang sentiasa membawa idea baru ini pada Sidang Media Hujan - Kotak Hati di pejabat syarikat rakaman Warner Music, di Petaling Jaya, baru-baru ini, agak sedikit menghampakan apabila suasana temu bual bermain dengan tanda tanya dan teka-teki mengenai perancangan masa depan terbaru mereka.

    Mereka seperti acuh tak acuh apabila menjawab soalan. Mungkin ini adalah imej Hujan iaitu perangai yang tak berapa serius ketika berdepan dengan soalan daripada media.

    Kira-kira 20 minit pertama media disajikan dengan kelakuan vokalis kumpulan itu, Noh yang terkenal dengan sikapnya suka mengusik dan melambat-lambatkan sesi temu bual. Ada saja yang mahu dipusing ke sana-sini setiap kali disoal media mengenai album baru. Banyak main. Itu antara kata-kata yang terbit di bibir beberapa media melihatkan Noh asyik berteka-teki dengan soalan media sehingga majlis itu dilihat seperti pertandingan teka-teki . Ada saja yang mahu diusik Noh kepada media. Nasib baiklah ahli kumpulan itu, Dimas bijak mengembalikan suasana yang sengaja dikeruhkan Noh dengan beberapa jawapan mengenai album mereka.

    Malahan suasana di bilik mesyuarat itu juga agak menarik apabila media disajikan dengan bingkisan beberapa kotak kecil yang dibalut dengan cetakan gambar anggota Hujan dan kotak hati berwarna merah jambu yang dilekatkan di setiap sudut ruang bilik itu.
    "Kami sudah siap album baru iaitu album keempat Hujan. Setakat ini tiga lagu sudah siap dihasilkan dan kemungkinan keseluruhannya lapan lagu. Tajuk, komposer dan segala-gala berkenaan album ini jika lebih manis dirahsiakan terlebih dulu," kata Noh.

    Terus mahu membongkar rahsia kehadiran Kotak Hati, Noh berkata, istimewanya album mereka kali ini ialah ditampilkan bersama DVD sebagai video yang merekodkan segala aktiviti Hujan sepanjang pembikinan album itu.

    Uniknya album ini apabila apa yang berlaku di belakang tabir dipaparkan supaya peminat lebih memahami apa yang berlaku sepanjang album itu diterbitkan.

    "Setakat ini, sudah banyak footage yang sudah diambil. Mungkin kita akan jual album bersama DVD tetapi secara terhad. Pastinya album baru ini akan menampilkan konsep berlainan daripada sebelum ini.

    "Jika album sebelum ini agak ringan, album baru ini lebih serius dan berat. Konsep yang akan ditampilkan antaranya adalah dedikasi kepada semangat perpaduan," katanya.

    Hujan yang cenderung melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif ini mula memikat peminat muzik sebaik melahirkan lagu Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada yang kerap kali disiarkan di radio.

    Ditubuhkan pada 2006, Hujan dianggotai Noh sebagai vokalis, AG Coco (gitar), Acer (Dram) serta Dimas (keyboard), akan tampil dengan album terbaru yang segala-galanya masih menjadi rahsia dan mungkin ia satu kejutan kepada peminatnya dalam masa terdekat ini.

    Pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK dan persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield serta Cardiff, mereka bercadang menjelajah beberapa negara seperti Filipina dan Indonesia.

    Noh memberitahu, mereka juga akan menampilkan penyanyi tempatan dan luar negara bagi mewarnai album terbaru mereka.

    "Album ini ada penampilan khas, tetapi nama mereka dirahsiakan. Ia memberikan kelainan dari segi suara yang kita tidak ada," katanya.

    Berbicara mengenai Kotak Hati, Noh memberitahu kemunculan lagu bergenre balada mempunyai susunan muzik yang ringkas, tenang dan bersahaja.

    "Ini single kami yang ketiga selepas Muda dan Inspektor Remos. Kotak Hati menceritakan kisah percintaan sepasang kekasih. Lagu dan lirik yang dihasilkan sendiri oleh saya dan ia menggambarkan keikhlasan pasangan kekasih ini bercinta. Mereka sanggup untuk berkongsi segala suka duka yang dihadapi bersama dan berharap untuk terus setia bersama," katanya.

    Selepas mengeluarkan album ke-3 mereka 'Lonely Soldier Boy'yang dilancarkan pada 25 November lalu, Noh berkata penggambaran video klip itu dijalankan di sebuah studio di Sungai Buloh.

    Ditanya kenapa video klip itu cukup ringkas, Noh dan rakan-rakan lain sepakat mengatakan ia sengaja dihasilkan begitu supaya lebih dekat di hati peminat.

    Greyson Chance Temui Peminat Malaysia

    Posted: 10 Nov 2011 10:30 PM PST

    Greyson Chance di sidang media 'Greyson Chance Live in Malaysia' di JW Marriott, Kuala Lumpur, Khamis.

    KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, penyanyi muda dari Amerika, Greyson Chance, 14, bakal menemui peminatnya di ibu kota pada Jumaat ini dan Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis depan dalam siri jelajah Asia.

    Menurut Greyson, dia tidak sabar untuk membuat persembahan, beramah mesra dan mempromosikan album dengan para peminatnya.

    "Saya sangat menyintai peminat saya dan tidak sabar untuk bertemu dengan mereka dalam rangka promosi dan membuat persembahan jelajah yang diaturkan oleh pihak Universal Music Malaysia.

    "Saya gemar mengembara dan pertama kali datang ke Malaysia, saya menyukai negara ini kerana persekitaran yang bersih dan pemandangan menarik," katanya dalam satu sidang media 'Greyson Chance Live in Malaysia' di JW Marriott, di sini, Khamis.

    Aksi Greyson ketika ditemubual.

    Greyson yang dikenali menerusi YouTube juga agak teruja dengan sokongan peminat yang menonton nyanyian lagu Paparazzi yang dipopularkan oleh penyanyi Lady Gaga.

    "Saya tidak menyangka lebih 44 juta penonton yang menonton nyanyian saya di YouTube dan hampir 300,000 penonton yang menyukai video tersebut.

    "Sebelum ini, saya hanya menjangkakan untuk mencapai 1 juta penonton sudah memadai.

    "Terus-terang, saya memilih untuk menyanyikan lagu Paparazzi kerana amat meminati Lady Gaga dan menyukai lagunya yang bersifat artistik serta seronok ketika menyanyikan lagu itu," katanya yang akan menyanyikan lagu tersebut secara duet dengan penyanyi Najwa Latif di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 pada Sabtu ini.

    AIM 18 akan bersiaran secara langsung di Stadium Putra, Bukit Jalil yang turut boleh ditonton di Astro Ria mulai pukul 9 malam.

    Selain itu, dia akan menyanyikan lagunya sendiri berjudul Waiting Outside The Lines.

    Sementara itu, Pengurus Besar Universal Music Malaysia, Loan Cheong berkata Greyson akan meluangkan masanya di ibu kota sehingga Ahad ini sebelum berangkat ke Singapura selama tiga hari, seterusnya ke Kota Kinabalu (17 November) dan kemudian ke Manila, Filipina (19 November).

    Peminat boleh menemui Greyson di showcase 'Greyson Chance Live in Malaysia' pada Jumaat, pukul 8.30 malam di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail dan di 1Borneo Hypermall, Gourmet Lane, Kota Kinabalu (17 November, 8.30 malam) serta sesi autograf dan promosi album di Speedy Video, Ikano Power Centre, Mutiara Damansara (12 November, 12 tengah hari).

    Turut diundang untuk menyaksikan showcase Greyson itu adalah 40 kanak-kanak dari Rumah Hope, Petaling Jaya.

    Taman dadah

    Posted: 10 Nov 2011 10:30 PM PST

    BERURUS NIAGA...seorang lelaki yang berbaju Melayu dipercayai penagih membeli bekalan dadah daripada pengedar di kawasan perumahan Taman Kajang Utama.
    BERURUS NIAGA...seorang lelaki yang berbaju Melayu dipercayai penagih membeli bekalan dadah daripada pengedar di kawasan perumahan Taman Kajang Utama.

    KAJANG: Kehadiran beberapa lelaki dipercayai pengedar dadah kecil-kecilan yang menjual bahan terlarang itu kepada penagih di kawasan perumahan Taman Kajang Utama di sini, yang didakwa berlarutan sejak beberapa tahun lalu kini semakin membimbangkan berikutan urus niaga itu dilakukan secara terang-terangan.

    Lebih membimbangkan, jarak lokasi urus niaga itu yang hampir dengan rumah penduduk namun penagih dan pengedar terbabit seolah-olah tidak kisah perbuatan diperhatikan penduduk yang lalu lalang.


    Penduduk, Ann, 40, mendakwa kawasan parkir kenderaan penduduk rumah pangsa di situ sering menjadi lokasi penjualan dadah secara terang-terangan walaupun pada siang hari.

    "Aktiviti itu sangat aktif dan dijalankan hampir setiap hari terutama pada awal bulan dan mereka tidak mengendahkan kami langsung, seolah-olah mereka sedang menjual dan membeli ikan atau ayam," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.


    Penduduk lain, Man, 30, pula berkata, sejak projek pembinaan perumahan baru dijalankan setahun lalu, operasi jual beli itu berubah strategi iaitu pengedar menunggu lebih kurang 30 minit di 'port' di balik rimbunan semak dalam kawasan tapak pembinaan yang ditutup dengan zink.


    "Malah, zink yang dipasang pihak kontraktor itu dikopak dan dipotong bagi memudahkan mereka masuk ke dalam tapak pembinaan itu," katanya.

    Katanya, rimbunan semak di tapak pembinaan itu dijadikan lokasi pertemuan pengedar dan penagih selain sering dikunjungi individu tertentu yang dipercayai penagih dadah.


    Ann berkata, penampilan sesetengah pengedar dan penagih terbabit mengabui mata penduduk kerana berpakaian kemas dan ada juga yang memakai kopiah, berbaju Melayu serta memandu kenderaan mewah.

    Antara modus operandi pengedar terbabit ialah berlegar-legar dari satu tempat ke satu tempat dengan menaiki kereta sambil menunggu pembeli dan membuat beberapa panggilan telefon bagi menetapkan lokasi pertemuan untuk menjalankan transaksi.


    Ada juga yang datang dengan menaiki motosikal yang diletakkan di hadapan rumah penduduk sebelum menuju lokasi tetap urusan jual beli iaitu di kawasan semak bersebelahan kawasan perumahan.


    Cara lain yang digunakan ialah menggunakan rumah kosong di sekitar rumah pangsa itu sebagai lokasi untuk menjalankan transaksi.


    Kegiatan terbabit membimbangkan kerana dikhuatiri kawasan rumah itu bakal menjadi lokasi tumpuan penagih dadah yang menjurus kepada masalah sosial atau jenayah lain seperti pelacuran, perjudian, kecurian dan gangguan seksual.


    Penduduk mendakwa, setakat ini belum ada serbuan dibuat pihak berkuasa bagi membendung gejala pengedaran dadah di kawasan itu.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, ketika dihubungi berkata polis sentiasa memantau aktiviti pengedaran dadah di Taman Kajang Utama dan bagi memastikan tindakan lebih berkesan diambil, polis memerlukan kerjasama orang ramai.


    Beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah supaya berhubung dengannya bagi memastikan tindakan segera diambil.

    Video Rakam Album Baru Dedah Realiti Hujan

    Posted: 10 Nov 2011 10:28 PM PST

    KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Hujan bakal mendedahkan realiti kehidupan seni mereka kepada peminat menerusi video yang dirakamkan sepanjang pembikinan album baru Hujan.

    Menurut vokalis Hujan, Noh (gambar), peminat yang membeli album keempat Hujan akan turut menerima cakera padat video digital (DVD) yang menampilkan rakaman tersebut.

    "Kami mahu menonjolkan sisi berlainan dan realiti anggota Hujan agar lebih mendekatkan diri kami dengan peminat kami, Raingers.

    "Kami telah merakamkan setiap aktiviti yang berlaku di sebalik pembikinan album ini yang mungkin tidak pernah diketahui oleh Raingers dan kini video itu sedang menunggu proses suntingan," kata Noh.

    Tambahnya: "Dengan terhasilnya video seperti ini, bukan sahaja akan merapatkan hubungan kami dengan peminat sebaliknya turut mengeratkan keakraban antara anggota Hujan."

    Bercerita lanjut tentang album terbaru mereka, Noh menjangkakan album ini akan dipasarkan pada Mac 2012.

    "Setakat ini, kami sudah siap merakamkan tujuh buah lagu baru. Album ini menampilkan konsep lagu yang lebih berat dan patriotik seperti lagu Rumah Kita ciptaan saya dan Izzat.

    "Selain itu, kami akan menampilkan penyanyi undangan iaitu kumpulan The Padangs dan seorang lagi penyanyi dari luar negara," ujar Noh lagi.

    Jessica Hamil mengidam Tembikai Susu, Garam

    Posted: 10 Nov 2011 10:23 PM PST

    Jessica Simpson hadir ke parti Halloween pada Ahad dengan perut yang sedang membesar.

    AKTRIS Jessica Simpson yang kini sedang hamil mengakui mengidam makanan manis dan masin.

    Jessica berkata sejak hamil, dia tidak menyukai makanan kegemarannya iaitu pizza.

    "Saya tidak suka makanan seperti pizza, saya lebih gemar makanan yang masin-masin.

    "Malah makanan kegemaran saya ialah tembikai susu dengan garam dan rasanya sangat enak," ujarnya.

    Kata Jessica dia boleh menghabiskan sebiji buah tembikai susu pada setiap pagi.

    10 korban gempa bumi terbaru Turki

    Posted: 10 Nov 2011 10:21 PM PST

    • Foto

      MIYAZAKI menerima rawatan selepas dikeluarkan dari runtuhan sebuah hotel di Van. Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami. - Foto AP

    • Foto

      PASUKAN penyelamat cuba mengeluarkan mangsa di bawah runtuhan bangunan di Van, Turki, semalam. - Foto EPA

    Berpuluh dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan

    VAN: Seorang pekerja Jepun adalah antara 10 yang terbunuh dalam gempa bumi kedua di timur Turki manakala sekumpulan penduduk yang marah mengadakan bantahan menggesa pihak berkuasa menutup dua hotel yang musnah dalam kejadian gempa bumi yang pertama.

    Polis pencegah rusuhan menggunakan penyembur lada hitam untuk menyuraikan tunjuk perasaan.
    Demonstrasi tercetus berikutan pekerja bantuan menggunakan penyodok untuk mencari mangsa yang selamat dalam kejadian gempa bumi Rabu lalu yang melanda wilayah sama digegarkan dengan gempa bumi pada 23 Oktober mengorbankan 600 penduduk.
    Sekurang-kurangnya 28 penduduk dibawa keluar dari runtuhan di Van berikutan usaha menyelamat yang berterusan sepanjang malam menggunakan lampu berkuasa tinggi. Sepuluh kematian dilaporkan dalam dua hotel yang runtuh.

    Mereka yang tertimbus termasuk sekumpulan wartawan Turki yang membuat liputan kejadian gempa pertama mengakibatkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal ketika cuaca sejuk mula melanda di wilayah pergunungan itu.

    Timbalan Perdana Menteri, Besir Atalay berkata gempa kelmarin menumbangkan 25 bangunan di bandar Van, namun hanya tiga dihuni sementara yang lain dikosongkan selepas mengalami kerosakan dalam gempa kuat bulan lalu.

    Gempa dengan magnitud 5.7 adalah susulan gempa dengan kekuatan 7.2 23 Oktober lalu, mengorbankan lebih 600 orang.
    Stesen televisyen CNN-Turk melaporkan pekerja penyelamat mempercepatkan usaha mencari mangsa terselamat pada waktu siang semalam, cuba membuka laluan dalam runtuhan.

    Pekerja menggunakan lampu berkuasa tinggi untuk bekerja sepanjang malam walaupun berlaku beberapa gegaran susulan.

    Atalay berkata pekerja penyelamat memberi tumpuan kepada dua tapak hotel yang runtuh dan sebuah bangunan pangsapuri. Pihak berkuasa pengurusan bencana berkata 28 mangsa yang terselamat ditarik keluar bersama tujuh mayat.

    Satu daripada bangunan yang runtuh adalah Hotel Bayram, hotel terkenal di Van.
    Agensi berita Dogan Turki, berkata dua wartawannya hilang.

    Sebilangan pekerja penyelamat asing yang membantu mangsa dalam gempa sebelumnya juga menginap di hotel itu.

    Persatuan Bantuan dan Penyelamat Jepun berkata seorang daripada anggotanya, Miyuki Konnai yang bergegas ke Turki untuk membantu mangsa dalam gempa sebelumnya, ditarik keluar hidup-hidup dari Hotel Bayram namun seorang lagi kakitangan, Atsushi Miyazaki, meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

    "Kami bercakap dengannya seketika, beliau berada di hospital," kata Ikuko Natori kepada The Associated Press menerusi telefon dari Tokyo, Jepun, memaklumkan keadaan Konnai, 32.

    Natori, bagaimanapun, berkata mereka gagal menghubungi Miyazaki, 41.
    "Kami cuba menelefon telefon bimbitnya, ia berdering namun dia tidak menjawab," kata Natori.

    Seorang jurukamera agensi berita Cihan, Turki, Ozgur Gunes, berkata ada wartawan terperangkap menghantar mesej meminta diselamatkan.

    Beliau meninggalkan hotel sebelum gempa namun bergegas semula mengambil kameranya apabila gempa melanda, tetapi mendapati bangunan itu sudah runtuh.

    Kapal angkasa Moscow gagal

    Posted: 10 Nov 2011 10:20 PM PST

    PEKERJA menyediakan    kapal angkasa,  Phobos-Grunt tanpa pemandu berharga RM535.93 juta di  tapak pelancar Baikonur, Kazakhstan bulan lalu. - Foto REUTERS
    PEKERJA menyediakan kapal angkasa, Phobos-Grunt tanpa pemandu berharga RM535.93 juta di tapak pelancar Baikonur, Kazakhstan bulan lalu. - Foto REUTERS
    MOSCOW: Sebuah kapal angkasa Russia dalam perjalanan ke planet Marikh membawa 12 tan bahan api toksik terkandas di orbit bumi dan mungkin terhempas dalam tempoh beberapa minggu jika jurutera gagal membetulkan haluannya.

    Pada masa sama, pakar angkasa lepas berharap enjin senyap kapal angkasa itu boleh ditujah untuk ke Marikh. Jika tidak, ia akan terjunam ke bumi. Namun kebanyakan pakar serpihan angkasa Amerika yakin bahan api di dalamnya mungkin meletup di ruang atmosfera dan tidak sampai ke bumi.
    Kesilapan pelancaran itu adalah yang terbaru dalam beberapa siri kegagalan Russia yang menambah kebimbangan mengenai keadaan industri angkasa lepas negara itu.
    Kapal angkasa, Phobos-Grunt tanpa pemandu berharga AS$170 juta (RM535.93 juta) berjaya memasuki orbit dengan tujahan roket pelancar Zenit-2 selepas tengah malam waktu tempatan kelmarin (2016 GMT Selasa) dari tapak pelancar Baikonur di Kazakhstan. Selepas berpecah daripada pelancar, 11 minit kemudian, ia sepatutnya menyalakan dua enjin dan menghala ke Marikh.

    Bagaimanapun, kedua-dua enjin gagal dihidupkan. Berikutan itu, Phobos-Grunt tidak dapat meninggalkan orbit bumi, sebaliknya terus terbang mengeliling antara 207.61 kilometer dan 341.18 kilometer di atas bumi. Orbit itu sudah semakin menurun, menurut satelit Amerika yang mengesannya.

    Agensi Angkasa Lepas Persekutuan berkata, orbit kapal itu dan sumber kuasanya mungkin membenarkannya mengelilingi bumi kira-kira dua minggu. Pengiraan itu dipersetujui Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).

    "Dari orbit Rangkaian Pemantauan Angkasa Lepas Amerika, ia mungkin begitu dalam tempoh dua minggu sebelum terhempas," kata ketua saintis serpihan kapal angkasa NASA, Nicholas Johnson tengah hari kelmarin.

    Cabaran bermula!

    Posted: 10 Nov 2011 10:19 PM PST

    Atlit olahraga Noraseela Khalid (kanan) dan Lee Hup Wei sempat mengusik Roslinda Samsu yang memakai penutup mulut bagi mengelak habuk pada majlis menaikkan bendera menyambut atlit di Palembang, semalam.
    Atlit olahraga Noraseela Khalid (kanan) dan Lee Hup Wei sempat mengusik Roslinda Samsu yang memakai penutup mulut bagi mengelak habuk pada majlis menaikkan bendera menyambut atlit di Palembang, semalam.
    608 atlit terbaik negara sedia sahut cabaran gegar Jakarta, Palembang

    MISI memburu pingat kontinjen negara bermula di dua lokasi - Jakarta dan Palembang, hari ini dengan tumpuan peminat tanah air akan terarah kepada jumlah 608 atlit terpilih untuk mengibarkan megah Jalur Gemilang bagi edisi ke-26 kali ini.

    Di Jakarta, potensi pingat emas pertama negara harus hadir daripada acara karate dengan Jamalliah Jamaluddin dan Ricky Leong Tze Wa masing-masing menjadi pertaruhan besar apabila melangkah ke gelanggang, esok.
    Senario sama juga dapat digambarkan di Palembang - tempat upacara perasmian, malam ini dengan pungutan emas pertama dijangka bakal menyusul daripada keringat skuad menembak atau renang yang akan mengitung nasib masing-masing, esok.
    Permulaan baik dalam disiplin ini harus meletakkan kontinjen negara yang beraksi dalam 38 jenis sukan di landasan tepat menepati sasaran paling rendah diletakkan Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu 40 hingga 45 emas.

    Sebagai rekod, sejak temasya dwitahunan ini diperkenalkan pada 1959, kontinjen negara sudah mengumpul 939 emas dengan jumlah emas terbanyak dimenangi pada Kuala Lumpur 2001 dengan memenangi 111 emas dan di luar Kuala Lumpur dengan menunai 68 emas di Korat 2007.

    Nasi Padang pereda tekanan

    Posted: 10 Nov 2011 10:17 PM PST

    KIM Swee melayan anak buahnya menikmati makan tengah hari Nasi Padang di Jakarta, semalam.
    KIM Swee melayan anak buahnya menikmati makan tengah hari Nasi Padang di Jakarta, semalam.
    Saya mahu mereka berehat, kembali fokus menentang Kemboja: Kim Swee

    NASI padang menjadi habuan buat skuad bawah 23 negara menghilangkan tekanan selepas saban hari berada di atas padang sejak tiba ke Jakarta awal bulan lalu dalam menyempurnakan misi mempertahankan pingat emas pada edisi kali ini.

    Selepas bertungkus lumus menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A kelmarin, pengendali skuad muda negara itu, Ong Kim Swee membawa anak buahnya dan pegawai pasukan menikmati hidangan nasi padang di kota Jakarta.
    "Saya mahu memberi mereka rehat daripada latihan di padang selepas aksi cemerlang pada perlawanan semalam (kelmarin)," kata Kim Swee. "Sebenarnya saya membenarkan mereka berjalan-jalan di pusat membeli-belah, tetapi mereka hanya mahu datang ke sini.
    "Saya tidak mahu memberi tekanan kepada pemain, jadi dengan aktiviti santai hari ini (semalam) saya harap mereka akan kembali fokus dan cergas apabila membuat persiapan menghadapi Kemboja.

    "Ramai menganggap Kemboja pasukan belasahan dalam kumpulan ini tetapi saya tidak mahu memandang rendah keupayaan mereka yang mendahului Singapura 1-0 sebelum tewas 2-1 semalam (kelmarin).

    Malaysia kini menduduki tangga teratas Kumpulan A berkongsi empat mata dengan Singapura manakala Indonesia ketiga dengan tiga mata tetapi baru melalui satu perlawanan. Thailand (satu perlawanan) dan Kemboja (satu perlawanan) belum mengutip sebarang mata.

    Penduduk Sungai Lembing kena siap sedia

    Posted: 10 Nov 2011 10:14 PM PST

    PENDUDUK sekitar pekan Sungai Lembing diarah berjaga-jaga pada musim tengkujuh. - Foto Azmaidi Abidin
    PENDUDUK sekitar pekan Sungai Lembing diarah berjaga-jaga pada musim tengkujuh.
    Banjir besar diramal bulan depan

    KUANTAN: Penduduk beberapa kampung di sepanjang pesisir Sungai Kuantan dan Sungai Kenau menghala ke pekan Sungai Lembing, dekat sini diarah bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi kemungkinan banjir besar bulan depan.

    Kawasan mereka termasuk Jalan Sungai Lembing dan pekan Sungai Lembing akan menjadi lokasi pertama dinaiki air setiap kali daerah itu dilanda banjir.
    Namun, oleh kerana hampir setiap tahun mereka berdepan dengan ancaman banjir, maka lebih 2,000 penduduk di pekan Sungai Lembing dan kawasan sekitarnya sudah 'lali' dengan keadaan itu dan mengambil langkah perlu sebagai persiapan menghadapi bencana.
    Ketua Kampung Melayu Sungai Lembing, Tengku Nordin Tengku Abdul Rashid, berkata beberapa langkah dilakukan termasuk persediaan pusat pemindahan sementara.

    "Minggu lalu, Pegawai Daerah Kuantan bersama pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengadakan lawatan dan tinjauan ke pusat pemindahan banjir di balai polis, dewan sekolah dan balai raya bagi memastikan ia dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

    Beliau berkata, Kampung Melayu Sungai Lembing mempunyai kira-kira 700 penduduk.

    Selain persediaan bekalan makanan yang dijangka diagihkan JKM minggu depan, katanya, penduduk turut menyimpan bekalan keperluan asas di rumah masing-masing untuk menghadapi kemungkinan banjir.
    "Biasanya, banjir di pekan Sungai Lembing tidak berlarutan sebaliknya berlaku untuk tempoh beberapa jam kerana ia laluan air Sungai Kenau yang mengalir ke Sungai Kuantan," katanya.

    Tengku Nordin berkata, kerja pembaikan jambatan gantung juga sedang dilaksanakan bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat dan boleh digunakan penduduk jika jambatan dinaiki air.

    Sementara itu, Ketua Kampung Batu 6 yang terletak di pesisir Sungai Kuantan, Syed Abdul Rahman Syed Bakar, berkata penempatan berkenaan mempunyai 1,566 penduduk daripada 260 keluarga.

    "Kesukaran berlaku apabila jambatan kayu yang menghubungkan kampung dengan jalan utama ke pekan Sungai Lembing dan Kuantan runtuh dirempuh sisa kayu yang dihanyutkan arus deras, akhir tahun lalu.

    "Bagaimanapun, ia sudah diatasi apabila pihak berkuasa membina sebuah jambatan gantung bagi memudahkan urusan harian penduduk, walaupun pada musim banjir," katanya.

    Syed Abdul Rahman juga menasihati penduduk menyimpan barang keperluan dan memastikan dokumen penting diletakkan di tempat selamat dan perlu bersedia jika diarahkan pindah oleh pihak berkuasa.

    Ketua Kampung Jeram Takar, Abdul Rahman Mohamad berkata mereka sudah membuat persediaan yang perlu bagi menghadapi banjir jika hujan berlarutan sehingga lapan atau sembilan jam berterusan.

    "Bagaimanapun, apa yang dibimbangkan ialah jika ia berlaku pada sebelah malam dan penduduk tidak sempat berpindah," katanya.

    Beliau berkata, pihaknya dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yakin dapat memperbaiki segera jambatan gantung sedia ada yang uzur bagi memastikan ia dapat digunakan dengan selamat oleh kira-kira 300 penduduk pelbagai kaum.

    Bantuan persekolahan RM100 sudah disalurkan

    Posted: 10 Nov 2011 07:35 PM PST

    Wang diagih secara tunai dalam 14 hari: Muhyiddin

    BANTING: Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.

    Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari.
    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM550 juta itu kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bank kemudian menyerahkannya kepada pihak sekolah sebelum diagihkan.
    "Bagi sekolah yang tiada akaun BSN, mereka bersetuju buka akaun sementara," katanya pada sidang media selepas Majlis Bersama Warga Pensyarah dan Pelajar Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Selangor di sini, semalam.

    Bantuan berkenaan membabitkan sekolah kerajaan, swasta, persendirian dan agama di seluruh negara. Sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan membabitkan 5,061,574 pelajar, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri (313,373), sekolah persendirian (125,465) serta Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Kolej Tentera (32,238).

    Muhyiddin juga berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan menaikkan elaun bulanan pelajar matrikulasi yang ketika ini RM250 dengan mengambil kira kenaikan kos hidup sekarang.

    "Jika tidak sampai RM400, naik sedikit pun dikira bagus kerana jumlah yang diberikan sekarang dianggap tidak cukup," katanya.
    Ketika menjawab soalan seorang pelajar kolej matrikulasi yang bimbang kemungkinan mereka tidak diterima ke universiti, beliau berkata, kerajaan memberi jaminan ia tidak akan berlaku walaupun sesetengah universiti mempunyai kursus pra universiti sendiri.

    "Matrikulasi diwujudkan untuk bantu Bumiputera dan kita sedar bila ada pra universiti, ada persaingan. Sekarang ada masalah penempatan sebab kursus yang mereka (pelajar kolej matrikulasi) minta mungkin tidak diterima universiti.

    "Saya akan bincang dengan Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) kerana ada pelajar kolej matrikulasi yang tidak dapat kursus diminta dan masalah penempatan," katanya.

    Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sudah meminta wakil kedutaan dan penuntut di Indonesia mendesak pihak berkuasa menyiasat teliti pembunuhan pelajar perubatan Universiti Brawijaya, Malang, Adrian Jay Pereira, 22, pada Isnin lalu bagi memastikan penjenayah ditangkap dan dihukum.

    Katanya, beliau mengenali mendiang yang menjadi antara pemimpin pelajar yang menyambut kunjungannya ketika lawatan ke Surabaya baru-baru ini.

    Dalam kejadian jam 7 malam itu, Adrian dilaporkan mengejar seorang lelaki yang cuba melarikan motosikal di depan rumahnya, tetapi dipercayai ditetak suspek tidak jauh dari rumah sewanya dan mati di tempat kejadian.

    'Kuasa' tarikh dalam kehidupan manusia

    Posted: 10 Nov 2011 07:34 PM PST


    Suwaibah Muhammad Nasir memilih 11.11.11 bagi memulakan larian amal merentas gurun Sahara sejauh 1,111 kilometer.


    KATA orang tarikh cantik senang hendak diingat. Benarkah itu saja yang dimaksudkan atau ada simbolik di sebalik pemilihan tarikh tersebut?

    Tarikh lahir misalnya adalah sesuatu yang sudah ditentukan dari azali. Namun, bagi yang melahirkan anak secara pembedahan kadang kala berpeluang merancang dan memilih tarikh untuk melahirkan bayi mereka.

    Untuk peristiwa bersejarah pula terutamanya hari pernikahan memang menjadi lumrah bagi sesetengah pasangan memilih satu tarikh yang menarik, bermakna serta mudah diingati semua.

    Trend memilih tarikh yang cantik memang semakin popular apatah lagi apabila nombor yang dipilih berganda seperti 11.11.11 yang jatuh pada hari ini.

    Selain mudah diingati, nombor tersebut juga tampak eksklusif pada pemiliknya dan seakan memberitahu kepada umum bahawa mereka adalah golongan yang sentiasa berada di hadapan atau nombor 1.

    Pada kaum Cina pula, pemilihan nombor amat penting kerana mereka mempercayai ia berkait rapat dengan untung nasib seseorang.

    Semua ini hanyalah kepercayaan sebuah budaya dan kaum sahaja. Kita hanya boleh menjadikan ia sekadar suka-suka dan tidak perlulah berlebih-lebih sehingga bertentangan dengan hukum syarak.

    Ketibaan tarikh 11.11.11 tahun ini jatuh pada hari Jumaat, menjadi pilihan kebanyakan pasangan untuk disatukan.

    Kenyataan tersebut diakui oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali.

    Beliau memberitahu, statistik membuktikan peningkatan permohonan pernikahan pada tarikh tersebut.

    Katanya, berdasarkan semakan rekod dalam sistem e-Munakahat milik Jawi, jumlah permohonan pernikahan bagi tarikh 11 November 2011 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah seperti berikut iaitu daerah Damansara sebanyak 20 permohonan , Kuala Lumpur (36), Setapak (42), Sungai Besi, (71), Kepong (40) dan Putrajaya ( 25).

    Jumlah keseluruhan permohonan yang diterima ialah 234 permohonan sehingga 8 November 2011.

    "Tarikh 10.10.2010 tahun lalu sebanyak 111 permohonan pernikahan diterima dan jumlah tersebut meningkat sebanyak 123 pasangan yang memohon untuk tarikh 11.11.11 ini," ujar beliau.

    Bagi Jawi sendiri tiada masalah dalam memenuhi keperluan tersebut kerana selain juru nikah dalaman, mereka turut melantik juru nikah di peringkat kariah yang terdiri daripada imam masjid setempat.

    Sementara itu, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, trend pemilihan tarikh dari sudut pandangan Islam tiada salahnya, namun apa yang lebih penting ialah menjaga syariat sepanjang tempoh bertunang dan kerukunan rumah tangga selepas bernikah.

    "Tiada masalah jika pilih nombor berganda untuk sekadar suka-suka, namun perlu ingat Islam tidak mengajar kita membazir.

    "Keberkatan juga amat penting bagi mendapatkan rumah tangga yang sejahtera. Maka sebab itu saya ingin menasihatkan bakal pengantin agar menjaga tingkah laku dan adab sebelum bernikah agar perkahwinan yang dibina itu dirahmati Allah, nombor cantik itu semua bukanlah perkara utama," ujar beliau.

    Berkongsi pengalaman dengan jurugambar perkahwinan terkenal tanah air, Fairuz Ismail dari Avicenna Studio turut mendapati tempahan untuk tarikh 11.11.11 ini telah diterimanya sejak dari tahun lepas lagi.

    "Memang tidak dinafikan ramai pelanggan yang berminat untuk mendapatkan tarikh ini. Kebanyakannya untuk tujuan pernikahan kerana tarikh ini jatuh pada hari Jumaat.

    "Saya melihat trend ini sebagai satu yang menarik dari segi mudah untuk mengingati dan cantik apabila dicatat di atas album, nombor cek hantaran RM11,111.11 dan sebagainya.

    "Lebih kurang 11 bakal pengantin menempah tarikh tersebut namun syarikat fotografi saya hanya menerima tiga tempah. Tiga pengantin yang dipilih ini berdasarkan kualiti yang kami mahu berikan kepada mereka dan melihat juga kepada tahap keseriusan mereka untuk memilih tarikh tersebut.

    "Tempahan terakhir ditutup sekurang-kurangnya lima bulan sebelum tarikh 11.11.11 itu sendiri.

    "Ini supaya senang bagi pihak kami membuat perancangan teratur dan teliti bagi pasangan pengantin terpilih supaya semuanya berjalan dengan lancar dan memuaskan hati semua pihak," jelasnya.

    Tambah Fairuz lagi, apa yang penting ialah bakal pengantin tersebut berjanji akan memelihara ikatan cinta mereka dan bukan sekadar berbangga pada pemilihan tarikh menarik.

    "Saya sendiri memilih tarikh 8.8.2008 untuk melangsungkan perkahwinan kerana nombor itu menarik dan mudah diingati.

    "Bagi saya sebagai lelaki pemilihan nombor bukanlah satu perkara utama, namun bagi wanita lebih mengutamakan perkara tersebut," ujar Fairuz.

    Sementara itu, bakal disatukan di kediaman tingkat 11 di Putrajaya, dengan jumlah hantaran RM11,111, bakal pengantin baru, Nurul Ain Suhari, 26, dan pasangannya, Muhammad Farid Mazlan, 26, mengakui teruja dengan pemilihan tarikh tersebut.

    "Kalau boleh saya mahu dinikahkan pada pukul 11 pagi tapi imam sibuk pula pada waktu tersebut," ujar Nurul Ain berseloroh.

    Menurut Nurul Ain lagi, 11.11.11 yang kebetulannya jatuh pada hari Jumaat merupakan tarikh yang telah dia dan tunangnya pilih sejak dari tahun lepas lagi.

    "Sebenarnya saya yang suka dengan nombor 11.11.11. Pemilihan tarikh itu bermakna kerana ia merupakan tarikh bersejarah dalam kehidupan saya, justeru saya memang mahukan satu tarikh istimewa untuk tujuan yang istimewa juga," ujar Nurul Ain yang bertunang pada Januari lalu.

    Selain perkahwinan, terdapat banyak juga acara hebat yang akan berlangsung pada tarikh tersebut. Antaranya, satu acara larian merentas gurun Sahara bakal dicatatkan oleh Suwaibah Muhammad Nasir pada tarikh 11.11.11.

    Bekas Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini sedang sibuk mempersiapkan diri bagi merealisasikan hasratnya menawan Gurun Sahara dengan membuat larian solo sejauh 1,111 kilometer merentas gurun tersebut yang akan bermula hari ini.

    Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu pernah mewakili negara ke pertandingan mendaki Bangunan Empire States, New York dan meraih tempat ke-12 selain pernah berlari di Itali, Indonesia dan Singapura.

    Beliau akan terus berlari bagi mengumpul dana membantu golongan kurang bernasib baik.

    Kuih sejuk beku lebih mudah

    Posted: 10 Nov 2011 07:33 PM PST


    Biskut dengan hiasan krim yang sesuai sebagai cenderahati.


    KESIBUKAN bekerja dan tidak berkesempatan membuat sendiri makanan seperti kuih-muih untuk keluarga membuatkan ramai suri rumah membeli kuih-muih sejuk beku.

    Banyak keistimewaan kuih-muih sejuk beku kerana ia boleh disimpan di dalam peti sejuk dan boleh dimakan pada bila-bila masa tanpa perlu ke kedai untuk membelinya.

    Kuih-muih sejuk beku ini boleh disediakan sebagai hidangan sarapan, minum petang atau sebagai hidangan untuk tetamu yang datang mengejut.

    Menyedari keperluan ramai wanita terhadap kuih-muih sejuk beku ini, Aimi Food & Beverages berusaha mengeluarkan pelbagai jenis kuih-muih sejuk beku bagi keperluan orang ramai.

    Jenis kuih-muih yang disukai ramai seperti karipap ayam dan daging, pau ayam, daging, kacang, kaya dan kelapa, kuih bakar bijan, labu, kacang hijau, pulut panggang, apam cantik manis, apam karamel, roti gulung sardin, donut dan banyak lagi.

    Pengasasnya, Asiah Hashim berkata, selain kuih-muih, syarikat miliknya juga turut mengeluarkan produk pes asam pedas, pes mi bandung prima dan pes ikan bakar.

    ''Ketiga-tiga jenis pes ini mudah disediakan. Pengguna hanya perlu menyediakan bahan asas dan ikuti arahan yang disediakan. Masa penyediaan juga terlalu minimum dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk berada di dapur.

    ''Pes ini begitu praktikal untuk disimpan di rumah dan boleh digunakan pada bila-bila masa anda teringin. Sama ada ketika makan tengah hari, malam atau apabila dikunjungi saudara-mara.

    ''Resipi produk kami menggunakan sukatan yang konsisten dan rasanya adalah sama. Produk ini juga dikeluarkan hari-hari dan sentiasa dibeli oleh pelanggan dan tiada produk yang disimpan lama,'' kata Asiah yang ditemui di kedai dan kafe Aimi yang terletak di Prima Saujana, Kajang, Selangor baru-baru ini.

    Selain mengeluarkan kuih-muih sejuk beku, Asiah yang dibantu oleh anaknya, Aimi Anuar turut menghasilkan produk kek cawan, coklat dan kuih tradisional seperti bahulu dan agar-agar sakar sebagai cenderahati perkahwinan, korporat dan majlis-majlis lain.

    Tambah beliau, setiap produk yang dikeluarkan mendapat pengesahan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Sirim.

    Perpengalaman lebih 30 tahun dalam industri juga dikongsi bersama dengan wanita lain apabila beliau membuka kelas masakan.

    Pada awalnya, kelas masakan Asiah diadakan di rumah pada setiap hujung minggu atau cuti sekolah.

    Ramai wanita yang telah mengikuti kelas masakan beliau akhirnya berjaya membuat perniagaan sendiri dalam bidang kuih-muih dan biskut.

    ''Setiap orang yang berniaga inginkan peningkatan dalam perniagaan begitu juga saya. Untuk itu, saya telah membuka kafe mini bagi memudahkan orang ramai membeli atau merasa dahulu kuih-muih sejuk beku sebelum membeli,'' ujar ibu kepada dua orang anak.

    Kepada yang berminat mendapatkan kuih-muih sejuk beku, menempah cenderahati atau mengikuti kelas masakan Asiah boleh lawati blog www.asiahfoodbeverage.blogspot.com.

    Kongsi masakan di You Tube

    Posted: 10 Nov 2011 07:32 PM PST




    SALAH seorang kawan, Farina Tazijan telah mencadangkan agar saya merekodkan cara-cara membuat makanan menggunakan video.

    Katanya video yang dirakamkan itu dimuat naik di laman You Tube agar orang ramai boleh belajar membuatnya.

    Saya terus bersetuju kerana benda yang baik tidak harus kita simpan, betul tak? Lagipun dia bersedia membantu saya merakamkannya.

    Jadi pada minggu lepas saya berkesempatan berkunjung ke rumah seorang lagi kawan, Suzana yang membuat dua jenis makanan iaitu quiche dan kek buah pic.

    Inilah keseronokan apabila kita memasak. Selain boleh merapatkan silaturahim, kita boleh melakukan merakamkan apa yang di masak.

    Dengan cara itu juga kita boleh berkongsi video cara membuatnya dengan orang ramai di Internet.

    Pada minggu ini saya akan menulis tentang quiche. Mungkin ada yang tidak pernah dengar mengenai sajian ini.

    Quiche (disebut keesh) adalah makanan yang tidak manis. Bentuknya seakan pai yang terdedah dan tidak bertutup dengan doh pastri. Jadi, anda boleh nampak isinya.

    Isinya seperti daging dan keju dalam kastard (bancuhan telur,susu dan krim) yang dibakar dalam kulit pastri.

    Jadi, apabila dinikmati ia seakan menikmati pai yang rapuh dan lembut isinya. Cuma ia berasa masin dan tidak manis. Kebiasaannya quiche lebih tinggi daripada pai manis.

    Perkataan quiche sebenarnya bermakna 'dapur ' yang berasal daripada dialek bahasa Jerman yang kemudian ditukar ejaannya mengikut peredaran zaman menjadi quishe. Kemudian ia ditukar mengikut ejaan Perancis menjadi quiche, kekal sehingga sampai ke hari ini.

    Kini ia diakui sebagai makanan asli dari Perancis. Bagaimanapun kastard yang dimasak dalam kulit pastri telah mula diperkenalkan seawal abad ke-14 lagi.

    Ada pelbagai jenis dan nama quiche namun antara yang terkenal ialah quiche Lorraine yang asalnya merupakan satu pai yang terbuka dengan isi kastard, kepingan daging salai atau lemak lembu. Kemudian barulah ia ditambah dengan keju parut.

    Quiche Lorraine yang berasal dari wilayah Lorraine di Perancis sungguh popular dan resipi asalnya mengandungi bacon yang sudah tentunya tidak sesuai untuk orang Islam.

    Namun kini ia telah dipelbagaikan. Sekiranya resipi quiche Lorraine itu ditambah dengan keju gruyere, ia akan menjadi quiche gruyere atau quiche vosgienne. Manakala quiche Lorraine yang ditambah bawang dalam resipinya akan menjadi quiche alsacienne.

    Kerak bawahnya (kulit pastrinya) dahulunya diperbuat daripada roti tetapi kerana peredaran zaman kulit pastrinya menggunakan pastri rapuh yang diperbuat daripada mentega, tepung dan sedikit air dan dibakar dalam acuan springform.

    Hari ini, banyak jenis quiche sebenarnya, dari quiche lorraine yang asli, kepada versi yang dicampur dengan brokoli, cendawan, ham atau makanan laut.

    Quiche boleh dinikmati sebagai makanan utama, untuk dijamu ketika makan tengah hari, makan malam, sarapan pagi atau minum petang dan snek. Hingga ke hari ini, terdapat sedikit pengaruh Jerman dalam hidangan di negeri Lorraine di Perancis.

    Namun hari ini keaslian quiche Lorraine telah dipelbagaikan dan minggu ini saya berkongsi versi Quiche Lorraine yang telah diubahsuai. Selamat mencuba .

    suami sakit jiwa, isteri dipukul, diabai

    Posted: 10 Nov 2011 07:32 PM PST

    Milah memang macam tak ada hati sahaja apabila dipinang oleh keluarga Rahmat kerana pada masa itu dia lebih rela mencari nafkah untuk membantu keluarganya yang susah.

    Tapi ibunya begitu mendesak kerana bimbang jika anak ketiganya itu tidak akan berkahwin jika asyik menanggung keluarga sedangkan usia sudah menginjak 30 tahun.

    Pada awal perkahwinan, memang Milah tidak nampak sesuatu yang pelik pada diri Rahmat. Tetapi selepas melahirkan anak pertama ia mula merasakan sesuatu yang aneh pada diri suaminya itu.

    Rahmat bukan sahaja sering meracau-racau sendirian tetapi mudah sangat berang tanpa sebab.

    Pipi Milah yang putih melepak itu sudah beberapa kali ditampar oleh Rahmat cuma disebabkan hal-hal yang kecil termasuk lambat menyediakan makan tengah hari.

    Itupun Milah boleh sabar lagi. Tetapi yang dia tidak tahan apabila semua barang keperluan dalam rumah itu termasuk makan dan minum, semua ditanggung olehnya sedangkan Rahmat lepas tangan sahaja.

    Sudahlah tidak bekerja dan asyik tidur sahaja, Milah terpaksa mengambil upah menjahit baju untuk menambah pendapatan membeli barang keperluan.

    Sejak akhir-akhir ini perangai meracau-racau Rahmat makin teruk, sekalipun sudah beberapa kali menerima rawatan di hospital dia masih belum menunjukkan petanda akan pulih.

    Cuai

    Kali ini Milah nekad. Dia akan menjejakkan kaki ke mahkamah syariah untuk memohon fasakh kerana dia sudah tidak tahan lagi tinggal sebumbung dengan Rahmat.

    Kes Milah dan Rahmat ini difasakhkan di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

    Mengikut fakta kes, Milah memfailkan tuntutan fasakh berdasarkan peruntukan Seksyen 47 yang kemudiannya dipinda kepada Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor (EUUKIS) 2003.

    Sekalipun defendan tidak pernah hadir ke mahkamah tetapi kes itu telah diteruskan dengan keterangan plaintif berasaskan seksyen 121(1)(b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003.

    Seksyen ini memperuntukkan yang mana jika defendan tidak hadir, mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya.

    Berdasarkan penyata tuntutan dan keterangan plaintif memohon cerai fasakh kerana defendan telah cuai atau gagal dalam memberi nafkah kepada plaintif melebihi tiga bulan - iaitu sejak mula pernikahan.

    Selain itu defendan juga sering menyakiti atau menjadikan kehidupan plaintif menderita, berperangai keji serta mempunyai masalah tekanan jiwa.

    Malah defendan juga mempunyai penyakit mental serius yang memudaratkan rumahtangga serta kehidupan plaintif dan anak-anak.

    Kes ini telah dibicarakan sebelah pihak dan keterangan dikemukakan secara lisan dan afidavit.

    Daripada keterangan itu maka mahkamah berpuas hati menerima dua dakwaan plaintif iaitu defendan cuai atau gagal dalam memberi nafkah kepada plaintif melebihi tiga bulan - iaitu sejak mula pernikahan.

    Selain itu defendan juga mempunyai penyakit mental yang serius sehingga memudaratkan rumahtangga serta kehidupan plaintif dan juga anak-anak.

    Berkenaan dengan ketiadaan bayaran nafkah, mahkamah merujuk dalam kaedah fiqhiyyah iaitu al-aslu al-adamu bermaksud asal sesuatu itu tiada, maka beban membuktikan adanya pemberian nafkah terletak kepada defendan.

    Manakala dakwaan defendan berpenyakit mental pula mahkamah berpuas hati untuk menerima keterangan bahawa defendan telah dimasukkan ke hospital beberapa kali.

    Plaintif juga telah hilang keyakinan defendan untuk kembali normal. Bagi membuat keputusan itu mahkamah merujuk kepada sabda Rasululah SAW yang bermaksud, "Tiada kemudaratan dan tidak boleh membuat kemudaratan."

    Jika dalam perkahwinan, pihak terbabit tidak lagi mendatangkan kasih sayang maka ia wajar dibubarkan mengikut hukum syarak.

    Setelah mendengar keterangan plaintif, keterangan saksi dan sumpah istizhar plaintif maka Wan Mahyuddin mensabitkan defendan telah cuai atau gagal menyediakan bayaran nafkah zahir yang mencukupi ke atas plaintif dalam tempoh tiga bulan tanpa alasan yang munasabah sejak awal pernikahan sehinggalah kes ini diputuskan.

    Jelasnya, ini kerana defendan juga seorang yang berpenyakit mental yang serius sehingga memberi kemudaratan kepada plaintif dan anak-anak.

    Berikutan itu mahkamah memerintahkan pernikahan antara plaintif dan defendan yang diakadkan pernikahan difasakhkan.

    Transformasi dakwah

    Posted: 10 Nov 2011 07:31 PM PST


    Penyampaian dakwah yang seiring dengan perkembangan teknologi semasa menjamin keberkesanan dalam berdakwah. - Gambar hiasan


    UMAT Islam dunia kini mencecah 2.1 bilion dan terus berkembang pantas daripada yang dianggarkan iaitu hanya 1.6 bilion pada 2011. Khabar gembira itu juga menunjukkan penganut ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu merupakan kumpulan terbesar menandingi bilangan penganut agama lain diseluruh dunia.

    Ia berikutan kejayaan serta semangat perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islam yang tidak pernah berhenti sehingga nafas terakhir walaupun baginda sering menerima pelbagai tohmahan, cacian dan perlakuan buruk.

    Bahkan, segala cabaran dan tentangan yang diterima Rasulullah SAW disambut dengan hati terbuka dan sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk menjalankan kewajipan sebagai utusan Allah.

    Malah Nabi sentiasa berusaha dan memikirkan cara untuk mengajak kaum Quraisy dan orang Arab agar menerima ajaran Islam dan meninggalkan kekufuran jahiliah.

    Perkara inilah yang ditekankan oleh Ketua penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Abdul Ghaffar Surip dalam ceramahnya bertajuk Transformasi dakwah dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) baru-baru ini.

    Menurutnya, pendakwah perlu teliti dan mengkaji segala faktor kekuatan dan cabaran umat Islam serta keadaan Islam semasa bagi mencapai kejayaan dalam berdakwah.

    Beliau berkata, penyebaran fahaman liberal dalam kalangan masyarakat serta kurangnya pendakwah terlatih yang mampu menguasai kaedah terbaik semasa berdakwah merupakan cabaran semasa yang berlaku di negara ini.

    "Antara cabaran lain yang berlaku kepada Islam adalah berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri sehingga menjejaskan imej agama Islam hanya disebabkan perbezaan ideologi dan fahaman masing-masing," katanya.

    Oleh itu, beliau menasihatkan para pendakwah supaya melakukan kajian terhadap golongan sasar sebelum menjalankan usaha dakwah di samping melakukan transformasi dalam berdakwah.

    "Antara transformasi yang boleh dilakukan adalah memfokuskan dakwah kepada golongan berpengaruh atau berbangsa India dan Cina. Kejayaan menyebarkan dakwah kepada golongan berpengaruh akan dapat menarik pengikut bawahan individu tersebut untuk mengikuti Islam.

    "Manakala pentingnya pendakwah dalam kalangan India dan Cina adalah kerana mereka lebih memahami bahasa, budaya dan adat mereka sendiri agar mudah menjelaskan kepada masyarakat bangsa mereka sendiri," kata Dr. Abdul Ghaffar.

    Menurutnya, pendakwah juga perlu mengambil peluang menggunakan teknologi terkini dalam menyampaikan dakwah kerana generasi baru masa kini lebih gemar melayari internet.

    "Dakwah juga boleh disebarkan melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Blog atau sebagainya dengan penyampaian yang lebih interaktif dan menarik," katanya.

    Sementara itu, menurut pegawai Dakwah dan Kebajikan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Amran Abdullah, pendakwah boleh mendatangkan tanggapan negatif terhadap Islam bahkan seluruh pengikutnya sekiranya menjalankan dakwah tanpa mengikut peredaran arus semasa.

    "Pendakwah merupakan ikon Islam yang akan mencerminkan Islam kepada masyarakat. Orang bukan Islam akan mempertikai atau mempersenda Islam dengan perkataan buruk seperti Islam itu kolot, ketinggalan zaman, menyusahkan atau sebagainya sekiranya pendekatan yang dibawa oleh pendakwah itu tidak bertepatan dengan peredaran zaman.

    "Oleh itu, pendakwah perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar tidak terlepas mengambil peluang mengaplikasikan semua jenis kemajuan teknologi yang ditawarkan dalam berdakwah," katanya.

    Beliau berkata, antara perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh pendakwah adalah dari aspek penampilan diri dan pemakaian. Ini kerana masyarakat akan berasa kagum dan tidak berasa curiga untuk mengikuti ajaran yang dibawa pendakwah.

    "Dakwah yang berkesan juga perlulah disertai dengan pendekatan yang harmoni dan hikmah. Sebagaimana firman Allah: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik. (al-Nahl: 125)," katanya.

    Tambahnya, menegaskan semua pihak juga perlu turut membantu dan mengambil bahagian dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat mengikut kemampuan dan medium masing-masing sekurang-kurangnya kepada kenalan.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Label

    Senarai Lagu