Selasa, 8 November 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Isu Gambar Cium: Amy Search Nasihat Nabila Jaga Tingkah Laku

Posted: 08 Nov 2011 08:24 PM PST

Amy Search

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.

"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.

"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Simetri, di sini, Selasa.

Gambar Nabila yang dipetik daripada blog Ohbulan.

Amy diminta mengulas tentang laporan sebuah program hiburan yang menyiarkan beberapa keping gambar artis yang dipercayai milik Nabila Huda.

Gambar-gambar liar tersebut diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut perkara tersebut namun berharap Nabila sedar dan bertanggungjawab terhadap kesilapannya.

"Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya.

‘Patpong mini’

Posted: 08 Nov 2011 08:23 PM PST

TEGUR...anggota KRT Taman Bidara Permai bersama anggota polis peronda memberi amaran keras kepada penganjur pesta.
TEGUR...anggota KRT Taman Bidara Permai bersama anggota polis peronda memberi amaran keras kepada penganjur pesta.

ALOR GAJAH: Ketika takbir sempena Aidiladha dialunkan dari masjid berhampiran, sebuah asrama pekerja asing di Taman Bidara Permai, Pengkalan Balak dekat sini, bertukar menjadi 'Patpong mini' apabila lebih 300 pekerja asing berpesta dengan tarian mengiurkan dalam keadaan mabuk, Ahad lalu.

Sambil diiringi tarian gelek mengasyikkan daripada beberapa gadis genit yang berpakaian seksi, pekerja warga asing terbabit berhibur sakan tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat tempatan berhampiran asrama itu.

Pesta bermula jam 9.30 malam dipercayai dianjurkan beberapa pekerja warga asing di asrama pekerja itu.

Asrama pekerja itu dihuni pekerja asing dari Indonesia, Nepal, Bangladesh dan Myanmar yang bekerja di sebuah kilang elektronik berhampiran.


Timbalan Pengerusi Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bidara Permai, Aziz Said berkata, penghuni asrama terdiri daripada warga asing itu mengadakan pesta dengan tarian disko, dangdut dan techno dalam kawasan penempatan mereka tanpa menghormati alunan takbir raya, sekali gus mengganggu ketenteraman penduduk taman berkenaan.

'Hikayat Merong Mahawangsa' Dominasi Pencalonan FFM-24

Posted: 08 Nov 2011 08:23 PM PST

KUALA LUMPUR: Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios mendominasi senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) apabila menerima 12 pencalonan daripada 23 kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.

Pencalonan itu menyamai jumlah pencalonan yang diterima oleh filem Magika yang juga terbitan KRU Studios pada FFM23 tahun lalu.

Filem epik arahan Yusry Abdul Halim itu menerima pencalonan dalam beberapa kategori utama termasuk Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Penyunting Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.

Dalam pada itu, filem Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhatia menerima 11 pencalonan dan diikuti rapat oleh filem KL Gangster (9), Khurafat dan Cun (8).

Manakala filem Senjakala, Dalam Botol, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Kongsi dan Libas masing-masing menerima empat pencalonan.

Selain itu, filem Flat 3A, Janin dan Sekali Lagi mendapat tiga pencalonan.

Sementara itu, filem Al-Hijab, Sumpahan Puaka, Mantra, Bini-Biniku Gangster, Hantu Boceng, Karak, Aku Bukan Bodoh dan Klip3GP masing-masing menerima dua pencalonan.

Bertemakan 'Gemilang Filem Malaysia' penyertaan FFM24 tahun ini menyaksikan penyertaan terbanyak dalam sejarah industri perfileman tanah air apabila sejumlah 41 buah filem cereka dipertandingkan berbanding 29 filem pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, 13 buah filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) terpilih dalam saringan awal tersebut diikuti Grand Brilliance Sdn Bhd (7) dan Tayangan Unggul (5).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM24, Nancy Foo, pemilihan calon akhir FFM24 telah dibuat oleh sejumlah 14 orang juri profesional mengikut prosedur ditetapkan dan telah menandatangani surat akuan sumpah sebelum memulakan penjurian supaya ia telus dan adil.

"Format pemilihan adalah seperti yang telah digariskan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan tiada apa yang berubah," ujarnya pada sidang media di sini, Selasa.

Nancy juga berkata, senarai finalis Filem Terbaik yang tidak diumumkan pada majlis sidang media itu dan hanya akan diumumkan pada malam anugerah nanti.

Pada malam anugerah kelak, tiga Anugerah Perdana Khas turut disampaikan iaitu Filem Pilhan Penonton ASTRO, Pencapaian Gemilang dan Pencapaian Sepanjang Hayat.

Malam kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 20 November ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menampilkan persembahan lagu-lagu tema daripada filem dipertandingkan.

FFM24 dan akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).

Hazama Tak Tumpang Populariti Amy (Search), Faizal Tahir

Posted: 08 Nov 2011 08:22 PM PST

KUALA LUMPUR: Juara Akademi Fantasia 9, Hazama menganggap kolaborasi single terbaru Simetri bersama Amy Search serta petikan gitar dari penyanyi Faizal Tahir bukan untuk menumpang populariti mereka.

Kata Hazama, kerjasama antara mereka adalah untuk memberi kelainan dan mengembangkan lagi industri muzik tempatan.

"Saya tidak kisah kalau ada yang kata saya ingin menumpang populariti Amy dan Faizal Tahir kerana memang mereka artis yang mempunyai pengaruh di Malaysia.

"Namun tujuan utama adalah mencari kelainan dan mengembangkan dan mewarnakan lagi industri ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single Simetri, di sini, Selasa.

Lagu ciptaan Audi Mok ini akan mula disiarkan di stesen radio mulai hari ini (Rabu).

Tambah Hazama, dia sangat teruja dapat bergandingan dengan nama-nama besar untuk menyiapkan single terbarunya ini.

"Ini merupakan projek ynag sangat saya suka dan tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

"Kedua-dua mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada saya," katanya.

Sementara itu, menurut Amy, lagu ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menggambarkan dua generasi yang mempunyai hala tuju yang sama.

"Saya sangat gembira dapat berkoloborasi dengan penyanyi baru seperti Hazama, bagi saya dia menyanyikan lagu ini dengan baik cara dia sendiri.

"Biarpun lagu ini lari dari genre muzik yang saya bawa, tapi ia dapat mewarnai muzik tempatan," kata Amy.

Beto Kusyairy Selesa Pegang Watak Romantik

Posted: 08 Nov 2011 08:21 PM PST

Beto Kusyairy

PETALING JAYA: Pelakon berbakat besar, Beto Kusyairy selesa melakonkan watak berunsurkan romantik dan komedi walaupun dirinya sering kali mendapat peranan antagonis dalam sesebuah filem atau drama.

Beto berkata, walaupun berasa selesa melakonkan watak antagonis, dia menganggap karektor berunsurkan romantik adalah satu cabaran buat dirinya dalam menjadi seorang pelakon berkebolehan.

"Mungkin pada pandangan sesetengah individu melakonkan watak komedi dan romantik adalah lebih senang berbanding peranan antagonis.

"Tetapi ia sebenarnya mempunyai cabaran tersendiri," ujarnya ketika ditemui pada majlis tamat penggambaran filem Istanbul Aku Datang di sini, minggu lalu.

Ujarnya, peranannya di dalam filem tersebut memerlukan dia bermain dengan emosi menambahkan cabaran buatnya tetapi mendapat sokongan daripada pelakon lain dan pengarah filem itu, Bernard Chauly.

"Pada awalnya saya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan watak berkenaan tetapi mula selesa apabila pengarah memberikan kelas latihan sebagai persediaan," katanya.

Di samping itu, Beto memberitahu dia juga turut mendapat tunjuk ajar daripada Lisa Surihani untuk menjiwai wataknya dalam filem tersebut.

"Lisa adalah seorang pelakon yang bagus dan saya sendiri banyak belajar pelbagai perkara daripadanya sepanjang penggambaran di Turki," ujarnya.

Dalam pada itu, Beto memberitahu selain Istanbul Aku Datang yang menggandingkannya bersama Lisa Surihanyi, Aizat dan Tomok, dia juga bakal muncul dengan beberapa buah filem seperti Jiwa Taiko, Jalan Pintas, Chow Kit dan sebuah drama berjudul Selagi Ada Cinta pada tahun hadapan.

Gemar Tonton Filem Korea, Rafidah Dapat Ilham Hasilkan Skrip

Posted: 08 Nov 2011 08:21 PM PST

Rafidah Abdullah

PETALING JAYA: Bekas pengacara program 3R, Rafidah Abdullah memberitahu dirinya gemar menonton filem dan drama Korea kerana merasakan jalan ceritanya berbeza dan menarik.

Rafidah berkata, kegemarannya menonton filem dan drama dari negara itu juga telah memberikan ilham untuk dia menghasilkan sebuah filem cinta romantik komedi sebagai latar utama.

"Saya menghasilkan skrip Istanbul Aku Datang berinspirasikan daripada filem Korea tetapi idea untuk filem ini adalah original dan bukannya meniru mana-mana filem sedia ada.

"Saya mendapat ilham menulis skrip filem tersebut ketika bercuti ke Turki pada Januari lalu dan tertarik dengan keindahan Turki yang sesuai dijadikan latar untuk filem," ujarnya.

Rafidah ditemui pada majlis tamat penggambaran filem tersebut di sini, minggu lalu.

Rafidah berkata, semasa di Turki dia telah membuat beberapa draf awal untuk skrip filem itu berdasarkan senario disana dan mengambil masa hampir lima bulan untuk menyiapkan sepenuhnya skrip.

Dalam pada itu, Rafidah gembira dengan pemilihan Lisa Surihani, Beto Kusyairi, Tomok dan Aizat Amdan sebagai peneraju utama filem ini dan yakin hasilnya akan memuaskan dibawah arahan Bernard Chauly.

"Walaupun masih belum melihat hasil filem ini sepenuhnya tetapi saya yakin semua pelakon dan tenaga produksi terutamanya Bernard telah melakukan yang terbaik.

"Selain itu, saya juga teruja untuk melihat lakonan Tomok dan Aizat yang pertama kali muncul dalam filem," katanya.

Ujibakat Showdown 2012 Dibuka Secara "Online"

Posted: 08 Nov 2011 08:20 PM PST

Hafiz Hatim (kiri) bertindak sebagai pengacara Showdown 2012, sementara Maple Loo (tengah) dan joe Flizzo kekal sebagai juri tetap.

PETALING JAYA: Program realiti Showdown 2012 akan memulakan pencarian penari-penari berbakat negara yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara Showdown 2012 bagi musim ketiga.

Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul berkata ini merupakan platform terbaik bagi anak-anak muda negara mengetengahkan bakat mereka.

"Kita akan menyediakan ujibakat secara dalam talian yang lebih menyeluruh berbanding ujibakat terbuka.

"Ini adalah bukti bahawa program ini sentiasa memberi keutamaan kepada penonton dan peminat tanpa ke lokasi ujibakat," katanya.

Peserta yang berjaya dalam sesi ujibakat akan berentap di pentas 'Battle', di mana mereka akan terlibat dalam pertempuran satu lawan satu.

Peserta yang berjaya akan mara ke peringkat seterusnya iaitu 'The Meltdown'. dan peserta yang berjaya dalam peringkat ini berpeluang untuk mempamerkan bakat mereka secara langsung di pentas.

Pengacara Showdown 2012 akan dikendalikan oleh penyampai radio Fly.Fm, Hafiz Hatim, sementara juri tetap masih lagi dibarisi oleh Joe Flizzow dan Maple Loo.

Ujibakat akan dilakukan secara online dan mereka yang berminat boleh menghantar video tarian mereka secara 'online' ke www.8tv.com.my/showdown.

Ujibakat akan dibuka dari 1 hingga 21 November 2011. Semua rakaman video ini kemudiannya akan dinilai oleh juri bagi menentukan siapa yang layak ke peringkat seterusnya.

ntv7 Siarkan Glee Musim ke-2

Posted: 08 Nov 2011 08:17 PM PST

Glee musim kedua bakal mucul di ntv7

PETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 bakal menyiarkan drama komedi muzikal popular, Glee musim kedua mulai 12 November ini, pukul 11 malam.

Drama ini berjaya memperoleh pengiktirafan Pertubuhan Akademi Seni Televisyen dan Sains dengan mendapat pencalonan dalam semua kategori utama termasuk Siri Komedi Paling Menyerlah, Arahan Terbaik Siri Komedi, dan Penulisan Terbaik Siri Komedi.

Selain itu, Glee juga mendapat pengiktirafan individu dalam kategori Siri Komedi untuk Matthew Morrison sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Lea Michele sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Chris Colfer sebagai Pelakon Lelaki Sampingan Terbaik, dan Jane Lynch sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di dalam Siri Komedi.

Selebum ini, pada musim pertamanya, Glee diberi penghormatan Anugerah Peabody; Anugerah Golden Globe untuk Drama Siri Televisyen Terbaik, Komedi atau Muzik; Anugerah Screen Actors Guild untuk Prestasi Cemerlang oleh para pelakon dalam sebuah siri komedi; dan Anugerah People's Choice untuk Komedi TV Baru Pilihan.

Drama Glee diterbitkan oleh Ryan Murphy Television serta usaha sama dengan Twentieth Century Fox Television.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan terbaru kami di Facebook dan Twitter ntv7.

Bongkar misteri ‘lembaga hitam’

Posted: 08 Nov 2011 08:15 PM PST

GOMBAK: Usaha seorang lelaki memasang kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh rumah untuk menjejak 'lembaga hitam' yang sering dikesan di kawasan rumahnya membawa kepada penemuan mengejutkan kerana lembaga itu rupa-rupanya teman lelaki anaknya.

Malah, rakaman CCTV itu turut membuatkan dia menepuk dahi apabila memaparkan anak perempuannya berusia 16 tahun bercumbuan selepas teman lelakinya berusia 21 tahun menyelinap masuk ke bilik tanpa pengetahuan bapanya, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.

Sebelum ini, lelaki berkenaan dilapor memasang CCTV di seluruh rumahnya di Taman Sri Ehsan di sini, selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga kerana menyangka rumahnya menjadi sasaran pencuri atau diganggu makhluk halus.

Sumber polis berkata, ini kerana beliau sering ternampak kelibat 'lembaga hitam' di kawasan rumahnya terutama ketika lewat malam sejak kira-kira sebulan lalu.


Menurutnya, malam kelmarin ketika menonton televisyen di ruang tamu lelaki itu sekali lagi mengesan kelibat 'lembaga hitam' itu melintas di tingkap rumahnya.

Masa terbaik timba ilmu bisnes

Posted: 08 Nov 2011 08:13 PM PST

AINUL...pegang watak gadis 'hippie' dalam 696 kilometer.
AINUL...pegang watak gadis 'hippie' dalam 696 kilometer.

APABILA wajahnya jarang muncul di televisyen, ramai menganggap pelakon Ainul Aishah sudah tidak lagi minat berlakon. Hingga ada yang menyebarkan cerita pelakon hitam manis ini sudah bersara dari bidang lakonan.

Hakikatnya, perjalanan pemilik nama Ainul Aishah Azizun yang sudah lima tahun membina nama di persada hiburan tanah air masih jauh dalam bidang lakonan.

  • Foto

  • Foto

"Siapa kata saya sudah berhenti berlakon? Cerita itu tak betul. Saya masih minat berlakon dan masih wujud dalam bidang seni. Memang saya memperlahankan aktiviti seni kerana ingin memberi fokus pada bisnes keluarga iaitu restoran Tutti Frutti ketika ini.

"Saya juga tidak 'demand' atau selektif sebaliknya berlakon ikut kemampuan sama ada boleh beri komitmen pada lakonan atau tidak kerana pada masa sama, saya juga ceburi bisnes keluarga," katanya.


Artis yang bernaung di bawah Aquila Emas Sdn Bhd ini bertuah kerana syarikat pengurusan juga menyokong minatnya menceburi bisnes keluarganya.


"Selain saya, seorang lagi artis, Aquila Emas, Zed Zaidi juga menceburi bisnes dengan membuka restoran Papa Rich dan pengurusan kami juga memberi sokongan padu kepadanya. Saya juga ingin mengikut jejak Zed kerana bidang bisnes kini menjadi cinta baru saya ketika ini," katanya.

Tidak lengkap jika tidak menyentuh perkembangan karier seni Ainul. Pelakon ini juga baru selesai berlakon dalam telefilem seram, 696 Kilometer untuk saluran TV2 bergandingan dengan Nazim Othman. Penggambaran drama ini berlangsung pada Disember tahun lalu.

"Saya pegang watak Amira, gadis 'hippie' yang juga adik kepada Nazim dalam cerita ini. Wataknya tidak berat sangat tapi menarik kerana saya perlu memakai baju dan bergaya imej ala 'hippie'.

"Saya juga buat kajian mengenai watak Amira dengan menonton filem berkaitan. Sebelum ini, saya pernah buat projek berkaitan gadis 'hippie' di kolej dan sedikit sebanyak ia membantu saya menggunakan apa dipelajari dalam lakonan.

"Selain itu, saya juga menonton filem komedi Hollywood iaitu Seven's That Show untuk mendapat idea berlakon watak Amira itu dengan baik," katanya.

Drama lakonannya, Bola Cinta 2 juga menemui penonton di TV3, baru-baru ini. Ainul juga pernah beraksi dalam filem seperti Nana Tanjung, Nana Tanjung 2, Otai, Skrip 7707 dan Histeria.

Sesibuk mana pun dengan bisnes, penyanyi yang popular dengan single The Old Him ini tidak sesekali melupakan bidang nyanyian yang cukup diminatinya.

"Bidang nyanyian semakin sebati dalam diri dan saya tetap teruskan minat itu. Buat masa ini, saya masih berbincang dengan komposer yang terbabit dan mencari bahan untuk single baru nanti. Namun, semuanya, masih dalam perbincangan lagi," katanya.


Ainul fokus bisnes keluarga

SELEPAS kedai Tutti Frutti Frozen Yogurt di Bandar Baru Bangi, Selangor mendapat sambutan ramai sejak dibuka Februari lalu, Ainul sibuk membantu keluarganya mengusahakan premis keduanya yang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan pula.

Majlis pelancaran cawangan kedua kedai yogurt Tutti Frutti Nilai akan berlangsung Lot A2,9 Avenue di Taman Korporat Putra Nilai, Negeri Sembilan pada jam 10 pagi, 12 November ini. Kumpulan Naza adalah pemegang lesen utama bagi rangkaian Tutti Frutti di Malaysia.

Kata Ainul, dia menceburi bisnes untuk jaminan masa depannya sekeluarga. Baginya, usia muda adalah masa yang tepat untuk timba ilmu bisnes.

"Saya memang fokus pada bisnes tahun ini kerana tidak ingin lepaskan peluang yang datang untuk buat perniagaan. Saya percaya tak rugi kalau saya timba ilmu dalam bidang bisnes yang sudah lama ingin diterokai.

"Siapa kata saya main-main dan cari glamor untuk buat bisnes? Terus terang, saya memang serius buat bisnes kerana ia membabitkan masa depan.

"Sampai bila saya nak berlakon? Kalau saya tak mula sekarang bila lagi? Saya percaya, bisnes Tutti Frutti membawa pulangan lumayan dan boleh buat duit," katanya. Katanya lagi, dia mengimpikan untuk kembangkan empayar perniagaan keluarganya itu.

"Saya memang banyak perancangan untuk masa depan tapi semua tidak boleh dilaksanakan sekali gus," katanya.



PROFIL

NAMA SEBENAR: Ainul Aishah Azizun
NAMA KOMERSIAL: Ain@Ainul
TARIKH LAHIR: 16 April 1985
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
KERJAYA: Model, pelakon dan penyanyi
STATUS: Bujang
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Creative Multimedia (Advertising), Multimedia Universiti (MMU)
TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Bong, Enigma, Idola Kecil The Series, Mama Rock, Kecuali Cintamu, Mataku Nampak Hantu, Merah Puteh, Sungai Puaka, Syiling Puaka, The Hoppers, KL Menjerit, Sitkom Anak Mami, Sitkom Senario, Bola Cinta
FILEM: Nana Tanjung, Nana Tanjung 1 dan 2, Otai, Skrip 7707 dan Histeria
PENCAPAIAN KERJAYA: Finalis Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia Ke-20, Finalis EH! 20 Yang Anggun 2008, Pemenang Loreal Star Search 2006/2007 dan Top 10, Finalists for Cleo Cover Girl Search 2005/2006.
ANTARA IKLAN: Hotlink, Maxis, Magie, Bursa Malaysia dan iTalk TM

Niat murni tinggal kenangan

Posted: 08 Nov 2011 08:11 PM PST

ADRIAN...ditetak penjenayah.
ADRIAN...ditetak penjenayah.
Mary Catherine De Cruz
Mary Catherine De Cruz

KLANG: Mahu membuka klinik sendiri dan memberi khidmat percuma kepada orang susah terutama anak yatim. Itu cita-cita murni pelajar perubatan Universiti Brawijaya, Malang, Indonesia, Adrian Jay Pereira, 22, yang mati akibat ditetak penjenayah di rumah sewanya, kelmarin.

Ibu mangsa, Mary Catherine De Cruz, 52, berkata kini cita-cita anaknya itu tinggal kenangan dan dia sekeluarga masih sukar menerima hakikat kematian anak sulungnya itu. Menurutnya, Adrian anak yang amat baik dan disayangi semua orang serta menjadi sandaran utama untuk mengubah nasib keluarga supaya menjadi lebih baik.


Pelajar perubatan tahun tiga itu maut akibat ditetak di leher ketika cuba menghalang pencuri motosikal milik rakannya di kawasan rumahnya di Malang, pada jam 7 malam kelmarin waktu tempatan.

Mary Catherine berkata, kali terakhir Adrian menghubunginya pada Ahad lalu dengan menyatakan dia sangat sayangkan ibu serta dua lagi adik perempuan iaitu Felicity Janet Pereira, 19, dan Alma Jacelyn Pereira, 16.


"Adrian juga memberitahu komputernya rosak. Saya kata pakai dulu nanti balik sini kami ganti lain. Namun pada jam 8.40 malam (kelmarin) saya dapat lagi panggilan daripada nombornya.


"Bagaimanapun, pemanggilnya orang lain yang memperkenalkan diri sebagai senior Adrian. Dia kata Adrian menghadapi malapetaka. "Saya kata jangan main-main dan dia menerangkan hal sebenar anak saya sudah mati akibat ditetak penjenayah," katanya yang tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di rumahnya di Taman Klang Jaya, di sini, semalam.

Mary Catherine berkata, Adrian anak yang pintar apabila mendapat keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan utama iaitu 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 7A Penilaian Menengah Rendah (PMR), 8A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 1A 3B dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).


"Saya masih sukar mempercayai sudah kehilangan anak sulung dan selalu teringat-ingat keseronokan dia menikmati masakan saya ketika pulang bercuti pada September lalu," katanya.

Menurutnya, Adrian dijangka tamat pengajian dalam bidang kedoktoran pada 2014.


Dalam kejadian berhampiran rumah sewanya di Jalan Pisang Kipas, Malang, Jawa Timur, pada jam 7 malam kelmarin, Adrian berehat sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah. Selepas meninjau ke luar rumah menerusi jendela, dia melihat seorang lelaki cuba melarikan motosikal. Adrian menyergah lelaki itu dan mengejarnya selepas suspek melarikan diri.


Selepas suspek gagal dijejaki, Adrian berpatah balik ke rumahnya, namun ketika dia membuka topi keledar, tiba-tiba lehernya ditetak suspek yang dipercayai datang semula.


Adrian yang parah di leher maut di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Besar Dr Saiful Anwar, Jawa Timur.


Sementara itu, Pegawai Protokol Universiti Brawijaya, Gotok Kuritor ketika dihubungi berkata satu majlis pelepasan mayat diadakan Fakulti Kedoktoran untuk menyerahkan secara rasmi mayat Adrian kepada perwakilan Kedutaan Besar Malaysia.


"Selepas proses penyerahan itu, saya difahamkan mayat akan dibawa pulang ke Malaysia dengan pesawat menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya," katanya.

Usah gentar: Rajagobal

Posted: 08 Nov 2011 08:10 PM PST

TAK LEPAS...kapten Malaysia,   Baddrol  Bakhtiar (kanan) diasak pemain Singapura, Mohammad Zulfahmi, kelmarin.
TAK LEPAS...kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar (kanan) diasak pemain Singapura, Mohammad Zulfahmi, kelmarin.

"JANGAN takut kepada Thailand." Demikian nasihat ringkas tetapi penuh bermakna dilontarkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal (gambar) kepada anak buah Ong Kim Swee yang akan turun pada perlawanan kedua saingan Sukan Sea bertemu skuad Gajah Putih itu, hari ini.

Bagi pengendali yang pernah membawa skuad negara meraih pingat emas di Laos, dua tahun lalu, tiada apa yang perlu digeruni apabila bertemu Thailand kerana bagi beliau, lawan skuad bawah 23 tahun negara itu juga pasti turut bimbang apabila bertemu Malaysia.


"Buat apa kita perlu takut dengan mereka kerana saya rasa Thailand juga takut dengan kita.

"Yang penting setiap pemain perlu berfikiran positif sepanjang permainan dan jangan fikir perkara yang bukan-bukan, itu saja," tegasnya.


Apa yang diperkatakan Rajagobal itu wajar diambil kira skuad negara kerana beliau pernah mengharungi situasi sama apabila berjaya membimbing anak buahnya menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dua tahun lalu sekali gus menempah tiket ke separuh akhir.


Meskipun skuad negara mempamerkan aksi hambar pada perlawanan pertama ketika bertemu Singapura kelmarin, Rajagobal percaya peluang masih terbuka luas untuk anak buah Kim Swee meneruskan saingan pada temasya kali ini sekali gus mempertahankan kilauan emas yang berjaya dilakukan anak buahnya dua tahun lalu.

"Saya percaya pemain sudah tahu apa yang patut mereka lakukan dan percaya kepada diri sendiri. Tinggal lagi seperti saya katakan tadi, mereka perlu berfikiran positif, ini penting," katanya.


Rajagobal juga mahu pemain negara melupakan perlawanan pertama menentang Singapura kelmarin kerana ia hanya akan menjejaskan rentak permainan mereka ketika bertemu Thailand.

"Perlawanan pertama itu sudah berlalu. Sekarang mereka perlu mengharungi satu persatu halangan terlebih dulu. Usah fikirkan perkara yang masih jauh," katanya.


Pada perlawanan kelmarin, skuad negara yang diketuai Baddrol Bakhtiar mempamerkan aksi tidak seperti diharapkan apabila sekadar seri 0-0 menentang Singapura dalam saingan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno.

Tumbang kerana kanser

Posted: 08 Nov 2011 08:09 PM PST

pix_middle
Joe frazier  1944-2011
Joe frazier 1944-2011

JOE Frazier, bekas juara heavyweight yang dikenali kerana pertarungan epik dengan Muhammad Ali, meninggal dunia semalam, tidak lama selepas dikesan menghidap kanser. Beliau berusia 67 tahun.

Keluarganya mengeluarkan kenyataan media menge�sahkan kematian Frazier, sejurus selepas itu.

Ikon tinju itu memenangi pingat emas Olimpik dalam karier penuh gemilang sepanjang 29 tahun tetapi lebih dikenali kerana bertarung dengan Ali pada 1970 menerusi tiga pertarungan epik termasuk satu yang dikenali sebagai "Thrilla in Manila."

Beliau dirawat di rumah selepas dikesan mengalami kanser hati di peringkat tinggi beberapa minggu lalu hingga meragut nyawanya, kata rakan kepada keluarganya.


Frazier, yang digelar 'Smokin' Joe', meraih dua gelaran utama heavyweight dan berjaya menewaskan ramai peninju termasuk Ali, George Foreman, Jerry Quarry, Joe Bugner, Oscar Bonavena dan George Chuvalo.


Frazier mewarnai zaman kegemilangan tinju kategori heavyweight pada 1970-an. Beliau menamatkan kariernya dengan 32 kemenangan (27 knockout), empat kekalahan dan satu seri.

Empat kekalahannya hanya disumbang dua lagi peninju legenda pada era itu iaitu Ali dan Foreman.

Manny Pacquiao mendengar berita tahun itu sebaik tiba malam semalam di Las Vegas untuk pertembungan dengan Juan Manuel Marquez, Sabtu depan.

"Tinju kehilangan seorang juara hebat, dan sukan ini kehilangan seorang duta," kata Pacquiao. "Doa saya untuk keluarganya."

Frazier adalah peninju pertama menewaskan Ali, dengan pertarungan 15 pusingan pada 1971 di Madison Square Garden, yang digelar 'Pertarungan Abad Ini'. Sejumlah 300 juta peminat di seluruh dunia menyaksikan pertarungan itu di televisyen.

Pengurus perniagaan Frazier, Leslie Wolff berkata pertarungan itu berlanjutan hingga tiga generasi dan menyebabkan jumlah peminat Frazier naik mendadak.

"Jika anda melihat kepada sejarah yang berlaku, banyak emosi dirasai," kata Wolff. "Apabila anda mempunyai seorang legenda, orang ramai memang memberi maklum balas kepada mereka.

Frazier dan Ali kemudiannya bertarung dua kali lagi.

Ali memenangi pertarungan 12 pusingan pada 1974 juga di Garden dan melengkap�kan trilogi pertarungan itu dengan kemenangan "Thrilla in Manila" pada 1975 dengan menewaskan Frazier selepas 14 pusingan di Filipina.

Jurulatih Frazier, Eddie Futch masuk untuk menghentikan pertarungan ganas itu selepas pusingan ke-14. Futch menahan Frazier yang tidak boleh bangun tetapi masih mahu meneruskan pertarungan di pusingan ke-15.

"Saya rasakan bagaikan hampir mati," kata Ali selepas itu.

Bertahun lamanya selepas pertarungan itu Frazier memendam rasa terhadap Ali yang sering memulakan perang mulut terhadapnya.

Ali sering menggunakan perkataan Uncle Tom dan gorila sebagai gelaran terhadap Frazier bagaimanapun Frazier lebih senang bersikap tenang dan baru-baru ini memaafkan Ali.

Frazier memenangi gelaran heavyweight Majlis Tinju Dunia (WBC) dan Persatuan Tinju Dunia (WBA) pada 1970 selepas menewaskan Jimmy Ellis pada pusingan kelima di Madison Square Garden.

Beliau mempertahankan gelaran itu empat kali sebelum berdepan dengan Foreman yang bertubuh besar dan lebih kuat pada 1973.

Tidak sepopular pertarungan dengan Ali tetapi cukup dinamik adalah dua pertarungan berat sebelah menentang Foreman.

Frazier memulakan kariernya dengan 29 kemenangan berturut-turut sebelum tewas kali pertama dan kehilangan gelaran heavyweight apabila dia tumbang enam kali dalam dua pusingan oleh Foreman di Kingston, Jamaica pada 1973.

Kedua-duanya bertarung kali kedua pada 1976 apabila tumbukan 'hook' kiri Foreman yang begitu kuat menyebabkan Frazier terangkat. Perlawanan itu dihentikan pada pusingan kelima selepas ditumbangkan kali kedua.

Sebagai ahli Dewan Kemasyhuran Tinju Antarabangsa, Frazier adalah satu-satunya peninju Amerika Syarikat yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 1964 di Tokyo.

Baru-baru ini, Frazier beralih arah ke bidang nyanyian apabila menyertai kumpulan penyanyi latar, Knockouts.


PROFIL

Nama: Joe Frazier
Tarikh lahir: 12 Januari 1944
Negara: Amerika Syarikat
Tinggi: 1.82 m
Gelaran: Smokin' Joe
Rekod Tinju: 32 menang 4 kalah 1 seri 27 KO
Bersara: 1981

Tidur asing latihan berdikari

Posted: 08 Nov 2011 08:07 PM PST

TERANG...Nor Zuraini menerangkan kepada anaknya, Harees sebab perlu tidur sendiri.
TERANG...Nor Zuraini menerangkan kepada anaknya, Harees sebab perlu tidur sendiri.

ADA rakan saya merungut kerana anak bujangnya yang sudah berusia sembilan tahun masih menyelit di atas katil bersamanya dan suami tatkala terjaga dari tidur. Walaupun sudah disediakan kelengkapan bilik tidur dengan peralatan televisyen dan permainan video, dia masih takut tidur sendiri.

Ulas rakan saya ini lagi, dia bimbang jika ketika anaknya masuk ke bilik dia dan suami dalam keadaan yang tidak sepatutnya, sudah tentu ini memberi kesan kepada pemikiran mereka.

  • Foto

    BERDIKARI...Qamilla (tengah) dan Qazim sangat berdikari sejak mereka kecil lagi.

  • Foto

    BERBEZA...Yong Rafidah bersama anaknya, Akmal Hadi Adib dan Atuf Batrisya yang mempunyai karakter berbeza.

Dalam masyarakat Melayu sejak kecil kita sudah diasuh untuk tidur bersama ibu bapa. Walaupun mempunyai ruang bilik yang sempit, ini tidak menjadi masalah kerana kebanyakan ibu bapa sanggup tidur di ruang tamu bersama anak.

Perkara ini berlarutan sehingga anak berusia enam atau tujuh tahun. Malah dalam sesetengah keadaan ada anak yang berusia sembilan tahun masih 'tidak malu' tidur bersama ibu kerana berasakan perbuatannya tidak pernah ditegah atau dilarang ibu bapa.


Keadaan ini sudah pasti menimbulkan rasa kurang selesa kepada ibu bapa kerana mereka tidak mempunyai ruang waktu eksklusif bersama. Pada masa sama, anak tidak tahu batas peribadi yang tidak boleh dicerobohi mereka.


Bagi pasangan suami isteri Nor Zuraini Shibi, 31, dan Nazri Masdor, 37, keselesaan serta keinginan yang kuat untuk mengajar anak berdikari menyebabkan kedua-dua mereka mengambil kata sepakat mengasingkan anak tidur seawal usia tiga tahun. Anak sulung, Syafiqah Amirah, 6, mula diajar tidur sendiri pada usia dua setengah tahun.

Pada mulanya memang agak sukar kerana mereka masih takut dan kembali ke bilik tidur ibu bapa beberapa jam selepas itu. Dalam hal ini ibu bapa memainkan peranan penting memujuk anak kembali ke tempat tidur dengan cara menyanyi atau membacakan buku kesukaan mereka.

"Sebelum tidur saya akan bercerita, menyanyi atau berzanji supaya mereka leka dan tidur sendiri. Keadaan ini berlarutan sehingga lima ke enam bulan lamanya.
Apabila anak sudah dapat menyesuaikan diri, mereka tidak lagi tidur bersama ibu bapa," katanya yang akan menjenguk bilik tidur anaknya bagi memastikan mereka dalam keadaan selesa dan selamat.

Sebagai ibu memang ada kalanya timbul rasa kasihan dan bimbang apatah lagi memikirkan keselamatan anak. Namun, ibu bapa perlu kuatkan semangat dan sabar menghadapinya.

Dalam hal ini, ibu tidak perlu bersikap berlembut sebaliknya cuba membimbing anak untuk tidur sendiri mungkin dengan menyediakan hiasan bilik mengikut pilihan mereka.

"Misalnya, saya mengajak Syafiqah memilih langsir dan cadar mengikut pilihan hatinya. Daripada situ dia seronok mempunyai bilik sendiri. Memang ada ibu bapa yang tidak mampu menyediakan kelengkapan bilik tidur anak. Tidak perlu membeli perabot mahal, apa yang penting keperluan asas seperti katil, tilam dan meja," katanya.

Selepas kelahiran anak kedua dan ketiga, Sofea Azrina, 5, dan Ahmad Harees Syafiq, 3, Zuraini turut menetapkan matlamat yang sama iaitu memisahkan tempat tidur anaknya sama seperti usia kakaknya. Mungkin kerana melihat Syafiqah selesa tidur di bilik, jadi tidak susah membimbing adiknya.

"Sofea lebih berdikari dan mudah diajar. Dia dengan rela hati tidur bersama kakaknya di bilik, begitu juga Harees yang tidak meragam apabila saya membiarkan dia tidur berasingan apabila mencecah usia dua tahun.

"Bagi memastikan mereka tidak bangun menyusu, sebelum tidur saya akan pastikan kedua-duanya minum susu dan buang air kecil terlebih dulu. Tetapi anak saya sangat berdikari kerana pada usia tiga tahun, mereka sudah bangun sendiri ke bilik air," katanya.

Bagi Nazri, banyak kebaikan memisahkan tidur anak pada usia awal. Selain memudahkan ibu, anak menjadi lebih berdikari, matang dan kurang manja. Mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta tidak selalu bergantung kepada ibu bapa.

"Ini dapat dilihat apabila pulang ke kampung, saya boleh meninggalkan mereka bersama nenek tanpa ditemani ibu. Anak juga terdidik menghormati orang tua pada usia muda kerana mereka sudah tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan," katanya yang turut dididik ibu untuk tidur berasingan sejak berusia tiga tahun lagi.

Bagi Yong Rafidah, 33, melatih anak tidur berasingan biasanya bergantung kepada karakter serta tahap keyakinan seseorang anak. Anak sulungnya, Akmal Hadi Andy Adib, 7, mula dipisahkan tempat tidur pada usia empat tahun. Ini kerana dia agak manja dan masih kencing malam.

Berbeza dengan anak kedua, Atuf Batrisya, 3, yang lebih senang dibentuk dan mudah dipisahkan tempat tidur ketika berusia dua setengah tahun.

"Pada mulanya saya kurang yakin dengan Batrisya kerana mempunyai pengalaman yang sukar dengan Akmal. Namun, pada malam pertama dia langsung tidak menangis sehingga ke pagi. Baru saya sedar dia mempunyai tahap keyakinan lebih tinggi berbanding abangnya. Bagi mengelak dia bangun menyusu, saya pastikan Batrisya minum dulu sebelum tidur," katanya.

Sebelum mengasingkan anak, Yong menyediakan kelengkapan tidur seperti katil, almari, anak patung, tilam dan cadar kesukaan mereka.

"Saya juga sentiasa berbual-bual dengan anak supaya mereka tahu yang mereka sudah besar dan tidak lagi boleh tidur bersama ibu bapa," katanya.

Bagi pemilik butik, Camy Shaharidah Jaafar, dia mula melatih anaknya tidur sendiri pada usia dua tahun. Untuk tujuan keselamatan dan mudah mengesan jika anak menangis, dia meletakkan alat pemantau (monitor) bayi di dalam bilik.

"Penggunaan alat ini sangat membantu ibu bapa mengawasi anak dari dalam bilik.
Dengan adanya alat kawalan ini, ibu boleh meninggalkan anak seawal usia setahun di bilik berasingan," katanya.

Menurut Camy, anak sulungnya Qamilla Putri, 12, diasingkan tempat tidur ketika usia dua tahun, begitu juga anak kedua, Qazim Andeka, 7. Walaupun masih menyusu, ini tidak menjadi masalah kerana Camy sudah menyediakan susu bersama alat pemanas bagi memudahkan anaknya mengambil sendiri apabila mereka dahaga.

"Ramai ibu bapa mengakui mereka tidak sanggup memisahkan anak kerana masih menyusu dan kencing malam. Sebenarnya apabila ibu sudah membuat perancangan dan melatih mereka melakukannya, ini tidak menjadi masalah.

"Apa yang penting ibu bapa perlu menerangkan mengapa pentingnya tidur sendiri," katanya yang membacakan buku cerita kepada dua anaknya sebelum mereka tidur.

Bagi memberi keseronokan, Camy menyediakan kelengkapan bilik seperti yang disukai Qamilla dan Qazim. Dia juga melatih mereka tidur awal pada jam 9.30 malam kecuali pada waktu cuti bagi memberi peluang mereka menonton televisyen.

Jawablah!: Tiada orang ketiga

Posted: 08 Nov 2011 08:05 PM PST

  • Foto

  • Foto

    Saat bahagia Nabila dan Zaidy.

  • Foto

Berpisah penyelesaian terbaik

LAPAN tahun menjalinkan hubungan cinta dan tambahan tiga tahun menjalani kehidupan berumah tangga ternyata masih belum mampu menyelamatkan perkahwinan Nabila Huda Suhaimi daripada terus retak dan tersungkur di pertengahan jalan.

Misi FINAS berhasil

Posted: 08 Nov 2011 08:04 PM PST

BALARAMAN (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif Mexcomm Agnest Chan mendengar penerangan Ketua Pengawai Eksekutif DLE, Shiiki Ryuta (empat dari Kiri).
BALARAMAN (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif Mexcomm Agnest Chan mendengar penerangan Ketua Pengawai Eksekutif DLE, Shiiki Ryuta (empat dari Kiri).
Syarikat produksi luar tunjuk minat mendalam dengan industri kreatif tempatan

MISI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ke Pasaran Kandungan Kreatif di Festival Filem Antarabangsa Jepun (TIFFCOM2011) di Tokyo, Jepun dari 24 Oktober hingga 28 Oktober lalu dianggap berjaya, berdasarkan maklum balas daripada tuan rumah dan negara yang yang menyertai program ini.
Malahan kehadiran delegasi Malaysia yang diketuai sendiri oleh FINAS menarik minat syarikat penerbitan dan pengedaran dari Jepun, Taiwan, Korea Selatan dan China untuk mengetahui lebih lanjut industri kreatif negara ini.
Di kalangan pembeli dan ejen pemasaran luar negara juga mula menerima penuh minat terhadap filem Malaysia termasuk filem cereka, dokumentari dan animasi.
Mereka berminat untuk membeli lesen tayangan serta mengadakan penerbian bersama kerana yakin dengan sokongan padu kerajaan Malaysia dan FINAS kepada penerbit tempatan di pasaran filem TIFFCOM.

Menerusi TIFFCOM2011, FINAS dapat mempromosi dokumentari terbitan perbadanan ini dan filem cereka tempatan di peringkat antarabangsa selain menyediakan landasan kepada penerbit filem untuk menjalin hubungan kerjasama dan rundingan urus niaga dengan syarikat produksi luar negara.

Pavillion Malaysia, yang turut disokong oleh kerajaan selain Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan FINAS iaitu Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDec) serta mendapat sokongan daripada Perbadanan Perdagangan Luar Negara Malaysia (MATRADE) di bawah satu program yang sama, membuktikan Malaysia mampu berdaya saing setanding dengan negara Asia lain di pasaran filem antarabangsa.
Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pemasaran FINAS, N Balaraman berkata, usaha yang dilakukan oleh perbadanan ini mendapat kepercayaan daripada pengusaha filem tempatan dan kini kemampuan mereka serta setiap produk yang dihasilkan sudah didedahkan kepada pembeli atau pengedar antarabangsa menerusi program seperti TIFFCOM2011.

Balaraman berkata sepanjang .empat hari di Tokyo, FINAS bukan sekadar menyertai TIFFCOM2011 tetapi juga mengatur lima lawatan kerja dan satu kunjungan sambil belajar.

FINAS membawa delegasi Malaysia DLE Inc (Dream Link Entertainment) iaitu syarikat nombor satu di Jepun dalam bidang penerbitan Animasi dalam bentuk Flash Animation.

Ia disusuli lawatan ke Nippon Animation Co Ltd, iaitu salah satu penerbit animasi terbesar di Jepun yang bermula operasi pada tahun 1975.

Selepas itu, FINAS melawat Toei Animation, iaitu salah satu syarikat penerbitan animasi yang terkenal di Jepun, disusuli dengan kunjungan ke Imagica Corp., syarikat pasca produksi serta makmal filem terbesar serta moden di Jepun yang telah beroperasi selama 69 tahun.

Delegasi Malaysia juga turut dibawa melawat stesen televisyen kebangsaan Jepun, NHK dan anak syarikatnya, NHK Enterprise, yang berperanan sebagai syarikat penerbitan filem pelbagai genre bagi siaran NHK.

Ini diikuti dengan mengunjungi Studio Ghibling Inc., iaitu sebuah studio animasi dan filem yang telah dijadikan sebuah muzium. Muzium ini mempamerkan karakter kartun/anime yang dihasilkan oleh Studio Ghibli yang memenangi anugerah , Animage Anime Grand Prix, termasuk Castle in the Sky (1986); My Neighbor Totoro (1988); dan Kiki's Delivery Service (1989). Pada tahun 2002, Spirited Away memenangi anugerah Golden Bear dan Oscar bagi kategori Best Animated Feature.

"Kehadiran delegasi Malaysia disambut baik oleh serta menggalakkan daripada pihak Jepun. Penerbit Jepun tertarik dengan hasil kerja serta kualiti penerbitan animasi Malaysia, khasnya animasi jenis 3D, yang dihasilkan oleh tenaga kreatif kita.

"Mereka berpandangan bahawa animasi terbitan Malaysia setanding dengan Jepun, Korea, China dan seumpamanya. Bahkan, beberapa studio seperti DLE Inc., Nippon Animation, Toei Animation dan juga NEP menjemput penerbit animasi tempatan untuk mengemukakan cadangan projek penerbitan bersama (co-production) untuk pertimbangan," katanya.

CCTV mahu bekerjasama terbit dokumentari

Berdasarkan pertemuan dan perbincangan dengan peserta yang menyertai TIFFCOM2011, Balarman berkata, minat daripada negara luar terhadap perkembangan industri kreatif di Malaysia amat positif dan menggalakkan.

"Sebagai contoh wakil daripada negara Taiwan, Korea, China dan Singapura berminat menjemput FINAS ke negara mereka untuk memberi taklimat berkaitan perkembangan serta program pembangunan industri perfileman Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan, khasnya di bawah Program Transformasi Kerajaan.

"Mereka juga menunjukkan minat dalam pembangunan Pinewood Iskandar Malaysia Studio di Johor. Pihak China melalui CCTV mencadangkan diadakan kerjasama penerbitan dokumentari antara FINAS dan CCTV, untuk menjalin kerjasama dalam bidang perfileman.

"Manakala DLE Inc. pula menandatangani MOU dengan salah sebuah syarikat penerbitan animasi tempatan iaitu Sixty2 Pictures Sdn. Bhd., untuk menerbitkan filem animasi baru melalui penerbitan bersama (co-production).

"Wakil Sixty2 Pictures, Intan Zarinah akan berada di DLE Inc. di Tokyo enam bulan untuk menjayakan projek usaha sama ini," katanya lagi.

Sementara itu, wakil daripada UNIJAPAN iaitu penganjur TIFFCOM2011, Sachiko Shiota juga mengalu-alukan kehadiran delegasi Malaysia dan menyatakan hasrat untuk mengadakan usaha sama bersama khususnya FINAS dalam menghasilkan idea baru bagi menjayakan program berlandaskan industri perfileman.

Susulan daripada sambutan memberangsangkan itu, FINAS akan memastikan rombongan ke TIFFCOM 2013 nanti akan diwakili oleh lebih banyak syarikat produksi tempatan, bukan sahaja daripada bidang animasi, tetapi juga membabitkan penerbit filem dokumentari, cereka dan juga syarikat pasca produksi untuk memasarkan perkhidmatan perfileman yang terdapat di Malaysia.

FINAS juga akan mengenalpasti serta mengaturkan lawatan sambil kerja ke syarikat perfileman yang khusus di Tokyo, yang mempunyai potensi untuk menawarkan projek filem usaha sama kepada penerbit filem tempatan.

Projek Angkasa Raya RM1.3 bilion

Posted: 08 Nov 2011 08:02 PM PST

BANGUNAN Angkasa Raya di lokasi strategik  Kuala Lumpur.
BANGUNAN Angkasa Raya di lokasi strategik Kuala Lumpur.
Sunrise bangun ikon eksklusif di Kuala Lumpur

SUNRISE Bhd, syarikat pembinaan dan hartanah dalam kumpulan UEM Land Holdings Bhd, akan membangunkan ikon hartanah komersial dunia baru yang eksklusif di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan anggaran nilai pembangunan kasar mencecah RM1.3 bilion.

PERODUA semak unjuran jualan

Posted: 08 Nov 2011 08:01 PM PST

pix_gal0
Syarikat sasar jualan 185,000 unit berikutan banjir di Thailand

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sekali lagi menyemak sasaran jualannya tahun ini kepada 185,000 unit daripada 190,000 unit sebelum ini berikutan gangguan rantaian bekalan komponen susulan banjir di Thailand.
Ia adalah semakan kali kedua dibuat pengeluar kenderaan nasional itu selepas gempa bumi dan tsunami di Jepun Mac lalu memaksanya mengurangkan sasaran jualannya kepada 190,000 unit berbanding sasaran awal 195,000 unit.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata kumpulan menjangkakan masalah banjir di Thailand itu akan menjejaskan aktiviti pengeluarannya susulan negara itu adalah antara pusat utama bekalan komponennya.

"Walaupun kesan banjir di Thailand kepada PERODUA tidaklah terlalu besar, namun ia mampu menjejaskan pengeluaran kami kerana ada beberapa komponen tertentu diimport dari negara itu.

"Berikutan itu, PERODUA menyemak sekali lagi sasaran jualannya tahun ini kepada 185,000 unit.

"Bagaimanapun, pencapaian sasaran berkenaan bergantung kepada kepantasan kumpulan mencari alternatif dalam menangani masalah itu," katanya selepas penyampaian hadiah GP Joran di Kuala Lumpur, semalam.
Aminar berkata, PERODUA kini meninjau beberapa negara jiran lain, termasuk Indonesia dan Filipina bagi mencari sumber bekalan menggantikan komponen yang diimport dari Thailand.

"Bulan ini masih belum ada masalah dalam aktiviti pengeluaran kami, tetapi apa yang membimbangkan adalah pada Disember ini.

"Sebab itu, kami kini giat meninjau beberapa tempat lain bagi mencari opsyen terbaik menggantikan komponen dari Thailand, sekali gus dapat memastikan aktiviti pengeluaran berjalan dengan lancar dan dapat memenuhi tempahan yang dibuat pelanggan," jelasnya.

Sementara itu, Aminar berkata, majoriti daripada jualan syarikat itu dijangkakan daripada Myvi, diikuti Viva dan Alza.

"Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, Myvi mencatatkan jualan 66,000 unit, manakala Viva 50,000 unit dan Alza 30,400 unit.

"Bersandarkan kepada prestasi ini, saya menjangkakan Myvi menyumbang 50 peratus kepada keseluruhan jualan tahun ini, diikuti Viva sebanyak 30 peratus dan Alza 20 peratus," katanya sambil menambah meskipun Alza adalah penyumbang terkecil, namun model itu kini menguasai 29 peratus pasaran jualan kenderaan pelbagai guna di Malaysia.

Mengenai Myvi baru, Aminar berkata PERODUA menerima 54,000 unit tempahan sejak jualannya dibuka 4 Jun lalu dengan 34,000 unit sudah diserahkan kepada pelanggan.

Beliau berkata, daripada 54,000 unit itu, 42,000 unit adalah untuk varian 1.3 liter sementara baki 12,000 unit untuk 1.5 liter.

Bangkok terus bah sebulan lagi

Posted: 08 Nov 2011 08:00 PM PST

  • Foto

    YINGLUCK mengagihkan bekalan makanan kepada mangsa banjir di daerah Laksi, Bangkok.

  • Foto

    SEORANG penduduk Bangkok menjual but getah dekat terusan Bang Sue ketika ibu kota Thailand terus dilanda banjir.

Angka korban banjir meningkat 527, Yingluck batal hasrat ke sidang APEC

BANGKOK: Banjir di Bangkok diramalkan berterusan sebulan lagi dan dilaporkan mula memasuki kawasan Soi Yothin Pattana 3 menuju kediaman Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berhampiran lebuh raya Ramintra-Ekkamai di daerah Lat Phrao.
Menteri Tenaga Thailand, Pichai Naripthaphan, berkata Bangkok berkemungkinan terus dibanjiri sehingga sebulan tetapi turut meramalkan paras air menurun pada pertengahan bulan depan.
Banjir itu juga memaksa Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra membatalkan kehadiran dalam sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hawaii hujung minggu ini.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika angka kematian daripada bencana sejak tiga bulan lalu meningkat kepada 527 orang dan banjir semakin menenggelamkan ibu negara Thailand.

Yingluck yang pertama kali berhadapan dengan krisis menguji kepimpinannya merancang untuk memberi taklimat ringkas kepada pemimpin APEC mengenai krisis berkenaan.

Tetapi, beliau membuat keputusan untuk menghantar timbalannya, Kittirat Na-Ranong yang juga Menteri Perdagangan ke APEC. Yingluck juga akan berbincang dengan Kabinetnya sama ada untuk menghadiri satu perhimpunan pemimpin Asia Tenggara di Bali, minggu depan.

Akhbar The Nation melaporkan, banjir yang kian buruk semalam memaksa lebih ramai penduduk Bangkok berpindah selain turut mengancam terputusnya laluan utama Rama II. Arahan berpindah terbaru dikeluarkan kepada penduduk di Bang Chan di daerah Klong Sam Wa, di Bangkok.

Sehingga kini arahan berpindah membabitkan 15 daripada 50 daerah di Bangkok. Banjir disifatkan amat serius di mana sekurang-kurangnya 12 daerah menyaksikan semua penduduk dinasihatkan meninggalkan kediaman. Bagaimanapun, tidak semua penduduk setuju berpindah.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra berkata kira-kira 800,000 penduduk memilih untuk terus tinggal di kediaman mereka yang teruk dilanda banjir.

"Kami cuba membantu mereka dengan menghantar barangan bantuan," katanya.

Sementara itu, Bangkok Post melaporkan, Pasukan Operasi Bantuan Banjir (FROC) menubuhkan sebuah panel bagi menyiasat dakwaan bahawa bekalan bantuan yang diperuntukkan kepada mangsa banjir terlalu mahal.

Jawatankuasa tujuh ahli dipengerusikan oleh setiausaha sementara perdagangan Yangyong Phuangrach dilantik oleh pengarah FROC, Pracha Promnok yang mahu keputusan diperoleh dalam masa tiga hari.

Siasatan adalah berikutan dakwaan luar biasa selepas aduan melalui media sosial dan parti pembangkang, Parti Demokrat mengenai harga terlalu tinggi bagi beg bantuan yang bernilai 800 baht (RM81) setiap satu.

Kebanyakan penduduk tidak percaya barangan yang kebanyakan adalah makanan dalam tin berharga terlalu tinggi. Beg bantuan bernilai 800 baht itu dikatakan sama kandungannya dengan beg bantuan yang dihasilkan sendiri FROC bernilai 300 baht (RM30) setiap satu.

Yingluck yang bimbang mengenai berita berkenaan berkata, sebarang perbuatan salah tidak sepatutnya berlaku ketika beribu-ribu rakyat Thailand menderita banjir.

Khazanah Pulau Jerejak terbiar

Posted: 08 Nov 2011 07:59 PM PST

BANGUNAN pejabat pengurusan yang dibina pada  1911 kini dijadikan tempat penyimpanan peralatan bagi kerja pembinaan tangki air di Pulau Jerejak.
BANGUNAN pejabat pengurusan yang dibina pada 1911 kini dijadikan tempat penyimpanan peralatan bagi kerja pembinaan tangki air di Pulau Jerejak.
Lokasi pelancongan tak dipulihara dipenuhi semak samun, sampah sarap

GEORGETOWN: Pulau Jerejak, sebuah pulau kecil di selatan Pulau Pinang yang terkenal sebagai tempat tahanan penjenayah dan pusat kuarantin pada suatu ketika dulu dan kini menjadi lokasi pelancongan, didapati terbiar.
Beberapa peninggalan sejarah dan khazanah berharga di pulau itu terbiar tanpa penjagaan sehingga dipenuhi oleh semak samun, sekali gus merugikan kerajaan kerana ia boleh dieksploitasi sebagai produk pelancongan.
Bangunan warden, 500 kubur pesakit kusta dan bangunan penjara dilitupi semak samun, malah jeti utama menunggu masa untuk menyembah bumi. - Mohd Faizal Omar, Kakitangan Jerejak Rainforest Resort
Apa yang masih ada di pulau itu adalah bangunan penjara, tanah perkuburan Russia, tanah perkuburan pesakit kusta serta tempat simpanan/pusat tahanan bawah tanah (bunker), tetapi itupun terbiar sehingga menyakitkan mata memandang.

Pulau itu mempunyai sejarah tersendiri setelah dijadikan sebuah pusat kuarantin kesihatan untuk pendatang asing sebelum merdeka dan pada akhir 1930-an, hospital kusta dibina di bahagian timur pulau itu.

Tinjauan Berita Harian mendapati laluan masuk di pulau itu rosak akibat kerja pembinaan tangki air di atas bukit sehingga menyukarkan pengunjung untuk ke tempat bersejarah itu.

Berikutan itu, beberapa pihak meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera supaya tempat bersejarah itu menjadi tarikan pelancong.
Kakitangan Jerejak Rainforest Resort, Mohd Faizal Omar, berkata beliau sedih apabila menyaksikan kawasan itu yang menempatkan tempat bersejarah itu terbiar tanpa penjagaan oleh mana-mana pihak.

"Bangunan warden, 500 kubur pesakit kusta dan bangunan penjara dilitupi semak samun, malah jeti utama menunggu masa untuk menyembah bumi," katanya.

Beliau berkata, laluan utama menghubungkan jeti ke perkubur-an muhibah, jeti dan bangunan penjara yang menentang British, sudah rosak akibat projek pembinaan itu.

Sebelum ini jalan masuk ke tempat itu bertar, namun berikutan pelaksanaan projek pembinaan tangki simpanan air, laluan berkenaan rosak akibat kenderaan berat keluar masuk setiap hari.

"Ini menyebabkan pengunjung terpaksa meredah lecah dan tanah lembik serta air bertakung akibat sistem perparitan tersumbat. Bukan itu saja, banyak sampah sarap dibuang pekerja projek itu ke laut dan kawasan sekitar," katanya.

Seorang lagi kakitangan resort itu, Norhasnida Mohamad Nayan, berkata jika kawasan itu tidak dijaga, akan hilanglah nilai berharga pulau yang berkeluasan 362 hektar yang kaya dengan sejarah, flora dan fauna.

Katanya, kawasan sekeliling pulau ini termasuk kuarters warden begitu menyedihkan kerana ditumbuhi belukar, malah ada rumah warisan yang sudah rosak kerana kegagalan pihak bertanggung jawab menguruskan kawasan berkenaan.

"Ada pelancong yang terkejut melihat kawasan persekitaran yang tidak terjaga dan dipenuhi belukar. Kami juga malu dengan keadaan persekitaran yang tidak terurus, sedangkan kawasan ini dikunjungi pihak luar," katanya.

1,000 anggota JPAM dikerah

Posted: 08 Nov 2011 07:58 PM PST

ZAINUDDIN (dua dari kanan) meninjau persiapan menghadapi banjir di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu.
ZAINUDDIN (dua dari kanan) meninjau persiapan menghadapi banjir di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu.
Sukarelawan ditambah hadapi kemungkinan banjir besar di Kelantan

KOTA BHARU: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan akan mengerahkan kira-kira 1,000 anggotanya yang aktif di seluruh negeri sebagai persiapan akhir menghadapi kemungkinan banjir besar.
Pengarah JPAM Kelantan, Zainuddin Hussin, berkata langkah terbabit diambil kerana bimbang banjir besar yang mungkin melanda Kelantan pada tahun ini seperti diramalkan.
"Mengambil iktibar daripada banjir besar di Thailand, pada mulanya kita hanya mengarahkan 500 anggota sukarelawan, namun terpaksa menambah jumlah berkenaan dua kali ganda selepas diramalkan banjir besar bakal berlaku tahun ini.

"Kekuatan anggota di setiap daerah pula bergantung kepada jumlah keseluruhan sukarelawan yang berdaftar di sesuatu tempat terbabit.

"Mereka adalah antara 27,483 anggota sukarelawan yang berdaftar dengan JPAM Kelantan," katanya ketika ditemui di Pusat Pertahanan Awam Kelantan, dekat Bandar Baru Tunjong di sini, kelmarin.

Zainuddin berkata, selain mengarahkan anggota sukarelawannya, pihaknya juga akan menggunakan 22 bot, termasuk satu jet ski bagi operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.
"Kemudahan logistik lain, termasuk 26 kenderaan pelbagai guna seperti pacuan empat roda, van penumpang dan lori, termasuk dua ambulans bagi memudahkan proses pemindahan.

"Selain kenderaan darat dan air, kita turut menyediakan 354 peralatan lain seperti jaket keselamatan, lampu suluh dan alat menyelam (set skuba) jika berlaku kejadian tidak diingini seperti lemas," katanya.

JPAM turut mengedarkan risalah banjir kepada penduduk yang tinggal di tempat berisiko banjir, terutama di kawasan rendah agar mereka dapat mempersiapkan diri lebih awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Risalah terbabit menyentuh mengenai persiapan sebelum, semasa dan selepas banjir yang perlu dilakukan penduduk agar mereka sentiasa bersedia sebelum bantuan sampai.

"Kita turut menempatkan anggota di kawasan pedalaman dan di pusat pemindahan banjir bagi membantu penduduk apabila berlaku banjir di tempat terbabit," katanya.

Penduduk yang memerlukan bantuan boleh hubungi talian 999 atau pejabat JPAM daerah Tumpat (09-7254214), Kuala Krai (09-9609573, 09-9609573), Pasir Puteh (09-7855230, 09-7855233), Gua Musang (09-9124360,), Machang (09-9750260, 09-9750262), Rantau Panjang (09-7952008), Jeli (019-3081087, 014-5085122), Tanah Merah (012-9374726), Pasir Mas (017-9348317) dan Kota Bharu (09-7413041, 09-7413040).

INFO
  • Tumpat (09-7254214)
  • Kuala Krai (09-9609573, 09-9609573)
  • Pasir Puteh (09-7855230, 09-7855233)
  • Gua Musang (09-9124360)
  • Machang (09-9750260, 09-9750262)
  • Rantau Panjang (09-7952008)
  • Jeli (019-3081087, 014-5085122)
  • Tanah Merah (012-9374726)
  • Pasir Mas (017-9348317) dan
  • Kota Bharu (09-7413041, 09-7413040).
  • DBKL, agensi sedia hadapi banjir

    Posted: 08 Nov 2011 07:57 PM PST

    ANGGOTA skuad penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  memeriksa peralatan untuk menghadapi banjir.
    ANGGOTA skuad penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memeriksa peralatan untuk menghadapi banjir.
    Kolam takungan dibangun alir limpahan air di Sungai Keroh, Batu

    KUALA LUMPUR: Lebih 100 anggota skuad Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan bantuan 10 agensi dan jabatan kerajaan bersiap sedia membantu warga kota menghadapi kemungkinan banjir kilat yang dijangka melanda kawasan ibu kota sepanjang musim tengkujuh ini.
    Skuad itu membabitkan 39 anggota skuad banjir, 35 anggota skuad pemantau banjir dan 48 anggota skuad kecemasan berfungsi memantau dan mengambil tindakan menyelamatkan mangsa, termasuk mengurangkan kesesakan di jalan raya dengan 30 kereta tunda bersiap sedia mengalihkan kenderaan tersekat dalam banjir.
    Semua kawasan ini termasuk di kawasan rendah babitkan sungai dipantau dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti paras air sebelum kerja menyelamat pertama dijalankan. - Muhd Amin Nordin Abd Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Sosio Ekonomi DBKL
    Bagi menempatkan mangsa banjir, DBKL menyediakan 21 sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan 14 dewan serba guna atau pusat komuniti sebagai pusat penempatan sementara yang turut dilengkapi kemudahan asas seperti makanan, tandas, surau, elektrik dan air bersih.

    Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Muhd Amin Nordin Abd Aziz, berkata terdapat enam lokasi diletakkan tanda amaran banjir di sekitar bandar raya iaitu di Kampung Baru, Jalan Tun Razak (berhampiran Bernama), Jalan Raja, Dang Wangi, Dataran Merdeka dan Jalan Masjid India.

    "Semua kawasan ini termasuk di kawasan rendah membabitkan sungai akan dipantau dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti paras air sebelum kerja menyelamat pertama dijalankan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

    "Banjir di sekitar bandar raya boleh berlaku walaupun kini terdapat terowong SMART dan kolam takungan air, malah DBKL peka dan mengambil iktibar keadaan banjir di Bangkok.
    "Beberapa kolam takungan juga akan dibangunkan bagi mengalirkan limpahan air di Sungai Keroh dan Batu di Kepong termasuk di beberapa kawasan seperti di Kampung Puah di Gombak. Beberapa kolam takungan sedang dibina di Kampung Delima berdekatan Kampung Batu, Taman Wahyu, Pasar Borong Kuala Lumpur dan PPR Intan Baiduri," katanya.

    Beliau ditemui pada sidang media 'Persiapan Kemungkinan Menghadapi Banjir Di Kuala Lumpur' di Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Jln Tun Razak selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Persiapan Menghadapi Banjir bersama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan lain di sini, semalam.

    Pada mesyuarat itu, beliau diberikan taklimat persiapan berdepan banjir oleh Jabatan Meteorologi, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Alam Flora.

    "Semua jabatan ini akan memberi maklumat situasi semasa ke Bilik Gerakan Banjir di Jalan Tun Razak yang mula beroperasi sejak awal bulan ini, sebelum disalurkan kepada orang ramai menerusi pengumuman di radio dan televisyen serta Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS)," katanya.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat banjir boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Peringkat DBKL di bilik gerakan Jalan Tun Razak menerusi hotline 03-40244424, 03-40220055 atau telefon bimbit 019-2120031 yang beroperasi 24 jam.

    Masjid Jamek hampir roboh

    Posted: 08 Nov 2011 06:49 PM PST

      MOHD KHODRI menunjukkan sebahagian tiang kayu sebagai penyokong tambahan untuk mengelakkan masjid runtuh.
    MOHD KHODRI menunjukkan sebahagian tiang kayu sebagai penyokong tambahan untuk mengelakkan masjid runtuh.
    Penduduk Kampung Tenggayun dirikan tiang tambahan elak runtuh

    PONTIAN: Kira-kira 300 jemaah Masjid Jamek Kampung Tenggayun, di sini bimbang keselamatan mereka terancam berikutan beberapa tiang masjid berkenaan kelihatan semakin condong hingga ada tapaknya yang terbenam, sekali gus mencetuskan kebimbangan struktur bangunannya yang tidak lagi selamat digunakan.
    Bangunan masjid yang dibina sejak 41 tahun lalu atas tanah gambut seluas satu hektar bertiang konkrit, itu kini kelihatan condong dengan beberapa kesan retak pada tembok yang berfungsi sebagai penutup ruang bawahnya semakin ketara.
    Tiang konkrit condong sudah berlaku sejak sembilan tahun lalu dan beberapa tiang kayu diletakkan sebagai sokongan mengelakkan keadaan lebih serius, namun ia tidak bertahan lama. - Mohd Khodri Sudir, Ahli JKKK Kampung Tenggayun
    Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Khodri Sudir, berkata keadaan beberapa tiang konkrit penyokong struktur masjid terbabit yang semakin condong, sekali gus menimbulkan kerisauan jemaah terutama ketika mengadakan majlis membabitkan ramai penduduk seperti solat Jumaat.

    Katanya, pelbagai usaha dilakukan setakat ini bagi mengurangkan risiko termasuk memasang beberapa tiang tambahan dari kayu sebagai penahan, namun usaha itu tidak berhasil, sebaliknya tiang kayu itu lama kelamaan terbenam ke dalam tanah serta condong.

    Beliau berkata, penduduk hanya mampu menggunakan bahan binaan seperti tiang kayu terpakai kerana harganya lebih murah dan ia dikumpul daripada wang kutipan tabung masjid.

    "Kejadian beberapa tiang konkrit condong sudah berlaku sejak sembilan tahun lalu dan beberapa tiang kayu diletakkan sebagai sokongan mengelakkan keadaan lebih serius, namun ia tidak bertahan lama dan terpaksa diganti kayu lain dalam tempoh singkat," katanya.
    Mohd Khodri berkata, masjid berkenaan bukan setakat condong, malah sebahagian dinding turut dinaiki anai-anai.

    Pengerusi Belia Perkasa Kampung Tenggayun, Hairul Azlan Mohd Khodri, berkata selain solat berjemaah, masjid itu sering menjadi tempat menganjurkan pelbagai majlis keagamaan membabitkan semua lapisan penduduk.

    Ketua Kampung Tenggayun Kawasan 9, Ismail Ramlan berkata, berikutan masjid yang semakin uzur itu, jemaah yang hadir terpaksa berhati-hati ketika berada dalam masjid kerana bimbang ia runtuh pada bila-bila masa.

    "Saya terharu ada kalangan penduduk sanggup meluangkan masa bergotong-royong untuk membina tiang tambahan dari kayu, namun ia tidak mampu bertahan lama," katanya.

    5 along ditahan

    Posted: 08 Nov 2011 06:47 PM PST

    TIMBALAN Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan sejumlah 174 keping cek berjumlah rm2.3 juta, wang tunai rm60,000 dan beberapa dokumen dari sekumpulan lima lelaki yang disyaki along di Kuala lumpur, semalam. - Foto Mohamad Danial
    TIMBALAN Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan sejumlah 174 keping cek berjumlah rm2.3 juta, wang tunai rm60,000 dan beberapa dokumen dari sekumpulan lima lelaki yang disyaki along di Kuala lumpur, semalam. - Foto Mohamad Danial
    Polis rampas cek RM2.3 juta, wang RM60,000 di 3 serbuan

    KUALA LUMPUR: Lima lelaki disyaki anggota satu sindiket ceti haram atau Along yang aktif di sekitar Lembah Klang diberkas bersama 174 keping pelbagai cek bernilai RM2.3 juta, wang tunai RM60,000 serta dokumen permohonan pinjaman dalam serbuan di tiga lokasi Rabu dan Khamis lalu.

    Isu gambar: Amy Search mahu Nabila bertanggungjawab

    Posted: 08 Nov 2011 06:44 PM PST

    Tidak habis-habis diselubungi kontroversi, anak kepada legenda rock Malaysia, Nabila Huda sekali lagi dihimpit kontroversi apabila dia dikaitkan dengan sekeping gambar yang menunjukkan seorang wanita sedang bercium dengan seorang lelaki di sebuah pantai.

    Tidak kurang dengan itu, beberapa keping gambar berbikini miliknya juga mula tersebar di beberapa laman web menimbulkan spekulasi buruk terhadap diri pelakon dan juga penyanyi ini.

    Terkejut apabila mendengar berita mengenai perkara ini, bapanya yang juga vokalis band rock popular, Search, Amy meminta supaya Nabila matang dalam menyelesaikan perkara ini.

    "Saya tak tahu dan tak pernah dengar lagi tentang berita ini. Baru sekarang ini saya mendengarnya, jadi sukar untuk saya komen tentang perkara ini.

    "Cuma saya berharap, Nabila pandai menjaga dirinya, mencari jalan terbaik untuk kariernya dan anak dia.

    "Saya pernah beritahunya, apa yang dilakukan adalah apa yang di mahukan. Saya sering berpesan supaya dia fokus dalam setiap perkara.

    "Saya mahu dia bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan, jangan menyembunyikan diri daripada kesilapan dan jelaskan perkara ini sebaiknya,"jelas Amy Search ketika ditemui di majlis pra dengar lagu Simetri, nyanyian dirinya dan bintang AF9, Hazama.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Label

    Senarai Lagu