Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- ‘Suamiku luar tabii’
- Shaheizy Sam Nafi Bakal Tinggalkan MIG
- MC Pitch Bukan Motif Kaut Untung
- TV3 Beri Perhatian Isu Cerita Seram
- Batal Semua Konsert, Adele Jalani Pembedahan Tekak
- Jessica Simpson Akhirnya Mengaku Sedang Mengandung
- Rompak bank silih berganti
- Pencalonan bayar segala penat lelah
- Gempar pawagam terbakar
- Projek RM10b sudah dilaksana
- PayPal rekrut 500 tenaga kerja Pusat Operasi Global
- Kesan mudarat tukar jenama
- Jawablah!: Elak jaja kisah peribadi
- Nostalgia budak bogel
- Saladin dicalonkan Anugerah Emmy
- Kedai TUKAR mampu jana pendapatan tinggi
- Ahli RELA awasi stesen minyak
- Sukan rakyat taraf antarabangsa
- Cubaan seludup warga asing gagal
- 12 Peserta cilik berentap di Pentas Idola Kecil 4
- Hikmah wuquf di Arafah
- Unik Rasm Quran
- Jangan merendahkan orang lain
- Carven Ong penuhi impian perkahwinan
- Berniaga sekadar berkongsi rasa
Posted: 01 Nov 2011 07:43 PM PDT BUKTI...Liza menunjukkan cetakan dari laman sosial facebook berhubung hubungan luar tabii suaminya. KLANG: "Selepas hampir tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak, saya langsung tidak menyangka akan berdepan badai yang amat dahsyat apabila suami berubah cinta dengan menyintai kaum sejenisnya. "Hati isteri mana yang tak remuk kerana suami yang disanjung rupa-rupanya gay," rintih isteri yang hanya mahu dikenali sebagai Liza.
"Suami saya seorang yang lembut, begitu juga dengan tingkah laku dia, tetapi saya tak sangka sampai ke tahap dia melakukan hubungan songsang dengan kaum sejenisnya," katanya yang juga kakitangan sebuah hospital swasta di ibu kota.
Liza semakin curiga apabila menemui kondom di bawah pelapik kaki di dalam kereta, namun apabila ditanya, suaminya memberi alasan ia milik rakan.
"Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. "Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat," katanya.
| ||
Shaheizy Sam Nafi Bakal Tinggalkan MIG Posted: 01 Nov 2011 07:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon popular Shaheizy Sam menafikan bahawa dia tidak akan menyambung kontrak dan meninggalkan syarikat pengurusannya Metrowealth Sdn Bhd. Kata Shaheizy, perkara tersebut tidak benar sama sekali, malah dia akan menyambung kontrak yang bakal tamat pada penghujung Disember ini. "Khabar angin itu tidak benar sama sekali kerana saya akan meneruskan kontrak saya dengan MIG untuk tahun seterusnya. "Saya tak tahu apa yang orang luar berkata tentang MIG, tapi bagi saya MIG menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dalam menguruskan kerjaya saya," katanya yang ditemui selepas tayangan filem Aku Bukan Tomboy, di sini, Isnin. Dalam pada itu, dia turut menafikan mempunyai masalah dengan syarikat pengurusan tersebut seperti yang dikatakan segelintir pihak. Bercerita tentang filem Aku Bukan Tomboy yang bakal ditayangkan pada 17 November ini, Sam berkata cabaran utama adalah memberi mutu lakonan yang berbeza dari filem sebelum ini. "Cabaran berlakon filem ini adalah mencari kelainan dari filem-filem sebelum ini, "Saya sudah biasa bawa watak komedi, jadi saya mahu penonton rasa bosan dan takut lawak-lawak saya tidak menjadi atau tidak kelakar," katanya. Dalam filem tersebut Sam memeggang watak sebagai Harry kawan baik kepada Isha lakonan Scha Alyahya. Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang kehidupan gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kematian ibu. Biarpun mempunyai sikap seperti seorang lelaki, Isha diminati oleh dua orang jejaka iaitu Harry dan Burn (Syamsul Yusof). | ||
MC Pitch Bukan Motif Kaut Untung Posted: 01 Nov 2011 07:41 PM PDT KUALA LUMPUR: Penganjuran Malaysian Creative Pitch (MC Pitch) akan dilakukan buat julung kalinya di Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, pada 17 November bagi memberi peluang kepada orang awam dan individu seni untuk menjual idea (pitch). Bagaimanapun, Pengarah MC Pitch, Martias Ali menolak dakwaan bahawa program ini bertujuan untuk mengaut keuntungan. "Kami menyediakan prasarana dan ruang ini kepada semua pihak yang berminat untuk berkongsi idea-idea kreatif dan bermutu dalam bentuk drama televisyen, filem, dokumentari, iklan, animasi, novel, buku dan komik untuk memperbanyakkan pengisian kandungan kreatif dalam hasil karya tempatan. "Motif kami bukan untuk membuat duit tetapi lebih menggalakkan ciptaan idea kreatif di kalangan masyarakat negara ini," katanya ketika sidang media MC Pitch di Finas, Selasa. Martias yang melahirkan idea untuk menganjurkan program ini menambah: "Saya menganggap program sebegini mampu menyelesaikan masalah berhubung ketandusan idea cerita yang tidak menarik di negara kita. "Saya harap program ini harus diadakan setiap tahun untuk menggalakkan semua orang menghasilkan idea kreatif bagi membantu membangunkan industri seni kreatif negara ini" Program yang bakal bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang ini diadakan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dengan kerjasama Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam) sempena Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24. Ia terbuka kepada semua individu yang mempunyai idea kreatif dan inovatif untuk dikomersialkan. Tiada had umur dan kelayakan profesional atau pengalaman yang diperlukan untuk menyertai program ini. Setiap peserta dikehendaki membeli tiket berharga RM2 untuk setiap idea yang dilontarkan tidak kurang daripada 5 minit di hadapan penerbit dan wakil stesen televisyen seperti TV3, Astro dan RTM. Selain itu, pada hari yang sama turut dianjurkan pertandingan pitch di Panggung Mini P Ramlee, Finas di mana peserta perlu mendaftar dan kemudian diminta memberikan pitch di hadapan penonton. Juri profesional akan menilai persembahan pitch tersebut dan pemberi pitch terbaik akan menerima wang tunai sebanyak RM2,000 untuk juara, RM1,000 (naib juara) dan RM500 (tempat ketiga). | ||
TV3 Beri Perhatian Isu Cerita Seram Posted: 01 Nov 2011 07:41 PM PDT PETALING JAYA: Stesen milik Media Prima Berhad, TV3 memberi perhatian sepenuhnya terhadap isu cerita seram yang menjadi isu hebat di negara ini. Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya sentiasa memastikan program seram ditayangkan di stesen itu mempunyai pengajaran berguna untuk penonton. "Sudah tentu pihak kami memberi perhatian sewajarnya mengenai isu berkenaan dan kami memandang tinggi terhadap semua pandangan yang diutarakan. "Malah kami memastikan semua drama berunsurkan seram mempunyai mesej jelas dan penonton dapat mengambil iktibar daripada cerita yang dipaparkan," ujarnya. Ahmad Izham ditemui ketika sidang media selepas majlis pra tonton program terbaru Media Prima di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Jumaat lalu. Dalam pada itu, beliau berkata, slot hidangan cerita seram hanya ditayangkan seminggu sekali di stesen itu iaitu pada hari Khamis. "Malah kami di TV3 secara jelas menerangkan pada permulaan cerita bahawa semua program berunsurkan seram memerlukan bimbingan daripada ibu bapa untuk penonton bawah umur," ujarnya. Terdahulu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas mengenai lambakan filem seram di televisyen, yang menurutnya, tidak langsung membantu membina pemikiran masyarakat. Drama dan filem seram bukan hanya ditonton oleh orang dewasa pada lewat malam tetapi kerana kemajuan teknologi, ia boleh dilihat 24 jam oleh semua peringkat umur. | ||
Batal Semua Konsert, Adele Jalani Pembedahan Tekak Posted: 01 Nov 2011 07:40 PM PDT NEW YORK: Penyanyi lagu Someone Like You, Adele telah membatalkan semua konsertnya sehingga hujung tahun ini kerana mengalami masalah tekak. Adele, 23 juga dikatakan akan menjalani satu pembedahan untuk memperbaiki masalah tekak dan kod vokalnya. Malah ada pihak mendakwa Adele sebenarnya menghidapi kanser tekak. "Saya kesal kerana terpaksa membatalkan semua siri konsert saya dan sedih untuk dikatakan bahawa kini saya sedang mengalami masalah dengan suara saya," ujarnya dalam satu kenyataan di laman web rasmi miliknya. Peminat penyanyi itu nyata sedih dengan berita tersebut tetapi sentiasa memberikan sokongan kepadanya di laman Twitter dengan mendoakan supaya penyanyi itu kembali sihat. "Saya tiada pilihan dan perlu menjalani pembedahan atau mengalami kerosakan suara buat selama-lamanya," katanya. Adele dijangka memerlukan masa lebih kurang setahun untuk kembali pulih. | ||
Jessica Simpson Akhirnya Mengaku Sedang Mengandung Posted: 01 Nov 2011 07:38 PM PDT NEW YORK: Penyanyi bersuara lantang, Jessica Simpson, akhirnya mengaku sedang mengandungkan anak sulung namun tidak mendedahkan butiran mengenai kehamilannya itu. Jessica yang sudah bertunang dengan kekasihnya, bintang NBA, Eric Johnson membuat pengumuman itu melalui laman web rasminya pada Isnin. Namun sumber terdekat penyanyi itu memberitahu Jessica sedang mendangung enam bulan dan dijangka melahirkan anak sulung pada awal tahun hadapan. Sebelum itu, pada malam Halloween, Jessica hadir dengan pakaian ketat dan menampakkan bonjolan jelas pada perutnya sebelum membuat pengumuman itu. Jessica telah menjadi topik perbualan berminggu-minggu lamanya kerana didakwa sedang mengandung dengan peningkatan berat badan ketara. | ||
Posted: 01 Nov 2011 07:35 PM PDT PERIKSA...anggota unit forensik mencari bukti di lokasi kejadian. KUALA LUMPUR: Dua lelaki bersenjatakan parang dan pistol bertindak nekad merompak dua bank berasingan pada jarak lapan kilometer dalam tempoh lebih lima jam membabitkan kerugian lebih RM69,000, semalam. Dalam kejadian pertama jam 10 pagi di Jalan Metro Pudu, di sini, dua lelaki terbabit melarikan wang tunai RM44,000.
"Rakan suspek yang mengekori suspek pertama mengacukan pistol ke arah seorang lagi pekerja dan mengarahkan mereka memberikan kerjasama.
"Dua suspek dilapor hanya mengambil masa kurang tiga minit sebelum melarikan diri," katanya.
Difahamkan, dua suspek terbabit melakukan satu lagi rompakan di sebuah bank di Taman Saujana Cheras, di sini lima jam kemudian.
| ||
Pencalonan bayar segala penat lelah Posted: 01 Nov 2011 07:33 PM PDT LIMA belas tahun lalu, dua pesona jelita ini pernah disatukan dalam drama bersiri yang mencetus fenomena, Salam Taj Mahal, dengan kelainan pada plot penceritaan diterjemah. Meskipun masih baru ketika itu dan tidak mempunyai profil sehebat hari ini, dua pelakon ini, Umie Aida dan Eja, mampu mengheret emosi penonton hingga kenal akan bakat yang diperjudikan. Merentasi sedekad perjalanan seni, masing-masing mencatur langkah sendiri, mengukuhkan empayar seni dan membina nama hingga berjaya meletakkan bakat yang ada sebaris dengan populariti yang dicurahkan.
| ||
Posted: 01 Nov 2011 07:24 PM PDT BERASAP...orang ramai berkumpul di luar kawasan pawagam terbabit yang berasap, semalam. KUALA LUMPUR: Orang ramai di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, gempar selepas satu kebakaran berlaku di lorong kecemasan dalam sebuah pawagam di pusat itu, tengah hari semalam. Kebakaran pada jam 1.20 tengah hari itu bermula dari lorong kecemasan di dalam pawagam berkenaan sebelum api merebak ke kawasan lain.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi enam minit kemudian didapati api sudah dipadam, tetapi masih berasap tebal.
| ||
Posted: 01 Nov 2011 07:23 PM PDT PERJELAS...Idris memberi penerangan pada taklimat ETP di Kuala Lumpur, semalam. UNIT Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mengumumkan pelaksanaan projek dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan RM10 bilion setakat ini iaitu dua pertiga daripada RM15 bilion yang dirancang sepanjang tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Idris Jala berkata, sebanyak RM5 bilion lagi tambahan pelaburan dijangka akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.
"Selain itu, sebanyak 70 daripada 131 Projek Permulaan (EPP) atau 53 peratus, sudah dilaksanakan setakat ini. Dengan mengambil kira sebahagiannya mempunyai lebih daripada satu projek, kini sudah ada 97 projek yang sedang dalam pelbagai tahap pelaksanaan," katanya pada taklimat mengenai ETP selepas setahun dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam.
Idris berkata, terdapat kemajuan positif dalam ETP selepas hanya setahun diperkenalkan.
| ||
PayPal rekrut 500 tenaga kerja Pusat Operasi Global Posted: 01 Nov 2011 07:04 PM PDT PENYEDIA perkhidmatan pembayaran online, PayPal menyasar untuk memiliki 500 tenaga pakar ICT menjelang 2013 di Pusat Operasi Globalnya di Malaysia yang akan beroperasi mulai Januari depan. Naib Presiden Kanan Operasi Global PayPal, John McCabe berkata, khidmat tenaga pakar itu sebagai kemudahan menawarkan perkhidmatan dan sokongan kepada pelanggannya di seluruh Asia selain dan menyediakan perkhidmatan tambahan kewangan dan risiko perniagaan PayPal di peringkat global. "Buat masa kini kita mempunyai 200 tenaga pakar dan tambahan itu dilakukan bagi menyertai pertumbuhan berteknologi tinggi syarikat di Malaysia. Bagi memperluaskan kemudahan, PayPal merekrut siswazah lepasan universiti melalui tawaran secara online selain menjadikan pusat operasi PayPal sebagai pusat latihan," katanya pada perasmian pembukaan pejabatnya di bangunan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC), di 1 First Avenue, Dataran Bandar Utama, Petaling Jaya semalam.
Sementara itu, Mukhriz berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh memperluaskan perniagaan ke peringkat global dengan menyertai kemudahan perdagangan seperti yang ditawarkan PayPal dalam memudahkan sistem pembayaran.
| ||
Posted: 01 Nov 2011 06:35 PM PDT TERBARU...(dari kiri) Amber, Tini dan Kandapper melancarkan Huggies Dry Comfort baru dan kempen Lindungi 'B' Bayi Anda. PENJAGAAN kesihatan kulit bayi sememangnya menjadi keutamaan ibu bapa terutama apabila membabitkan penggunaan lampin pakai buang yang tidak betul hingga mengakibatkan masalah ruam lampin kepada si manja mereka. Secara kebiasaannya, ruam muncul pada bahagian kemaluan, paha dan punggung bayi apabila bayi dibiarkan memakai lampin pakai buang yang basah atau kotor untuk jangka masa lama. Apabila ini berlaku, kulit bayi akan menjadi kemerahan-merahan dan membengkak hingga adakalanya menyebabkan kegatalan dan menimbulkan ketidakselesaan kepada bayi.
| ||
Jawablah!: Elak jaja kisah peribadi Posted: 01 Nov 2011 06:34 PM PDT Najwa Latif PENGURUS penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif, mengamuk dan mengugut mahu menyaman wartawan. Itulah cerita hangat yang menjadi topik perbualan pihak media sepanjang minggu lalu. Khabarnya, kontroversi itu berlaku ketika penyanyi berusia 16 tahun itu diundang untuk menjayakan sebuah majlis mempromosikan filem baru. Kebetulan sebelum itu, sebuah akhbar tabloid ada menyiarkan cerita kononnya Najwa meminggirkan bapanya sendiri. Soalan berkenaan pula ditanya kepada penyanyi remaja ini kerana wartawan terbabit mahu mendapatkan penjelasan Najwa sendiri berhubung kesahihan berita disiarkan itu. Berang dengan tindakan wartawan berkenaan, Azahari didakwa marah-marah sambil menuding jari ke arah wartawan terbabit. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu juga mengugut mahu menyaman wartawan yang menyiarkan cerita itu. Hip mendapatkan penjelasan daripada Najwa dan Azahari berhubung kontroversi itu. HIP: Najwa ada di tempat kejadian sewaktu kontroversi itu berlaku? Najwa tiada di lokasi kejadian ketika kontroversi itu berlaku. Najwa dapat tahu mengenai cerita ini selepas dimaklumkan sendiri oleh kakak dan juga Azahari. HIP: Najwa tentu sedar kontroversi seperti ini sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi Najwa sendiri? Itu memang Najwa tahu. Malah Najwa memang sudah bersedia untuk berdepan dengan segala dugaan dan cabaran apabila mengambil keputusan menjadi anak seni. Cuma dalam hal ini, Najwa harus berpegang kepada prinsip dan juga pesanan keluarga, supaya tidak bercerita mengenai hal keluarga kepada orang luar. Biarlah peminat mengenali diri Najwa menerusi bakat Najwa saja. HIP: Tetapi sebagai artis, mahu atau tidak, peminat tetap mahu tahu sisi peribadi Najwa. Itu betul, cuma ia bukan untuk Najwa. Najwa harus menjaga hati keluarga yang tak suka Najwa bercerita kisah peribadi untuk tatapan umum. HIP: Namun benarkah cerita yang mendakwa Najwa meminggirkan bapa sendiri, seperti yang disiarkan dalam akhbar berkenaan? Najwa akui ibu dan bapa Najwa memang sudah bercerai. Najwa pernah berjumpa dengannya (bapa). Hanya itu saja yang Najwa boleh ceritakan. Berikut adalah kenyataan daripada pengurus Najwa, Azahari Jaafar. HIP: Kenapa perlu memarahi wartawan sehingga sampai tahap mahu saman-menyaman? Apa yang berlaku pada hari itu adalah salah faham sebenarnya. Saya tidak marah wartawan berkenaan. Saya hanya meminta dia tidak bertanya soalan yang mengaitkan hal ehwal keluarga Najwa. Tapi mungkin cara saya pada waktu itu membuatkan ada pihak yang tersinggung. Mengenai mengugut mahu menyaman wartawan, perkara itu tidak benar sama sekali. Bagi saya, menyaman bukanlah satu tindakan yang mampu menyelesaikan masalah. Lagipun, apa yang sudah berlaku, tak mungkin boleh ditarik kembali. Apapun, dengan rendah hati, saya meminta maaf jika ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kejadian tempoh hari. HIP: Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ini, Azahari tentu faham tugas wartawan. Adalah perkara biasa jika artis ditanyakan soal peribadi. Mengapa perlu dihalang? Bukan saya yang menghalang, tetapi keluarga Najwa sendiri. Apabila artikel pertama yang membabitkan hal peribadi itu keluar, saya yang terpaksa menjawab dengan keluarganya. Tak mahulah perkara yang mengaibkan seperti ini dijaja. Memang sukar untuk berdepan dengan saat seperti ini, banyak hati yang perlu saya jaga. Sejujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku. Tapi saya sedar, setiap manusia ada kelemahannya. Saya nak ucapkan terima kasih kepada wartawan yang banyak membantu Najwa selama ini. Saya harap perkara seperti ini tidak menjejaskan hubungan Najwa dengan wartawan. | ||
Posted: 01 Nov 2011 06:32 PM PDT TIGA budak bertelanjang bulat dikenali dengan nama Dan, Din dan Don yang suatu ketika cukup terkenal dalam majalah kartun Gila Gila, kini diberi 'nyawa' oleh pengkarya atau pencipta karektor ini, Saadon Ishak. Saadon yang juga Pengarah Urusan Don Studio agak terkejut apabila pegawai pemasaran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) memaklumkan wartawan Hip Berita Harian berminat untuk mendapatkan cerita lebih lanjut mengenai animasi terbitannya. Katanya, Dan, Den dan Don adalah cerita mengenai tiga sahabat di sebuah kampung pedalaman pada era tahun 60-an. Dunia hiburan bagi ketiga-tiga budak ini adalah berdasarkan apa yang mereka lihat dalam realiti kehidupan sehari-hari masyarakat kampung pada waktu itu seperti percaya kepada benda ghaib, mitos, amalan tradisi, pekerjaan orang kampung dan sebagainya. "Tapi paling jelas, untuk siri animasi semua karakternya tidaklah boleh berbogel. Dari segi aspek budaya, ia tentu tidak manis. Jadi, saya mengubahnya dengan ketiga-tiga karektor itu berseluar, malahan kadang-kadang berpakaian lengkap. "Nama Din juga ditukar menjadi Den sebab Din sudah ada dalam karektor animasi Jepun. Jadi, animasi ini dikenali sebagai DanDenDon. Bagaimanapun, secara keseluruhan watak dan gelagat serta cerita DanDenDon tidak banyak berubah," kata Saidon, selaku penerbit animasi terbabit. Seperti mana siri animasi Lat - Kampung Boy karya Datuk Lat, siri DanDenDon juga turut menggunakan latar belakang kampung halaman pengkaryanya. "DanDenDon ini merakamkan nostalgia saya ketika zaman budak-budak. Latar belakangnya ialah suasana kampung saya di Lenggong, Perak. Suasana dan pemandangan yang dipaparkan dalam siri ini memang kampung saya. "Begitu juga dengan apa yang dimainkan oleh Dan, Den dan Don ialah kelaziman yang dilakukan oleh budak kampung, seperti menangkap dan bermain ikan laga. Setiap sudut rumah juga saya gambarkan dalam keadaan hampir realistik. "Dalam siri DanDenDon ini, apa yang saya cuba kekalkan ialah mengenai budaya dan nilai tradisi yang dipegang orang kampung. Ia satu imbauan bukan saja kepada saya tetapi juga mereka yang berasal dari kampung selain golongan yang pernah mengikuti komik DanDinDon dulu," jelasnya. Penerbitan bermula tahun 2007 MENURUT Saadon, inisiatif menerbitkan siri animasi DanDenDon bermula pada 2007 dan ketika itu, usaha pertama dilakukan ialah mendaftarkan hak cipta karyanya terlebih dulu. Apabila usaha berkaitan dengan IP ini diperoleh secara sah, barulah kerja penerbitan animasi DanDenDon dimulakan sekitar 2008. "Saya perlu mendaftarkan DanDenDon sebagai harta intelek atau IP milik saya. Ini karya dan hak saya. Biarpun agak mahal, tetapi saya perlu lakukan untuk melindungi masa depan IP karya milik saya. "Saya tidak mahu macam P Ramlee, selepas puas berkarya akhirnya IP atau hak cipta karyanya menjadi milik orang lain. Saya daftarkan hak cipta setiap karya saya dalam semua aspek," katanya. Sebagai pemegang IP, Saadon berkata, selepas ini selain menerbitkan animasi, dia bebas untuk menghasilkan barang dagangan (merchandise) DanDenDon. "Sebagai permulaan saya bercadang untuk menerbitkan buku DanDenDon. Saya rancang buku ini boleh dipasarkan tahun depan. Ia sebagai kesinambungan daripada animasi DanDenDon," jelasnya lagi. Menurutnya, setakat ini Don Studio belum mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana stesen TV tempatan kerana tumpuan utama ialah memasarkan karyanya ini ke luar negara. Selain mencari pasaran antarabangsa, Don Studio juga turut mencari peluang untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana syarikat produksi animasi luar negara bagi menghasilkan siri DanDenDon dalam episod lebih panjang. Sehubungan itu, Don Studio tidak ketinggalan untuk menyertai misi mencari peluang pasaran industri kreatif di luar negara seperti mengikuti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di TIFFCOM2011 di Tokyo, Jepun baru-baru ini. "Sekurang-kurangnya dengan menyertai misi FINAS ini, ia memberi pengalaman dan pengetahuan berguna. Dari sinilah saya dapat mengenali dan seterusnya menjalin kerjasama dengan syarikat produksi antarabangsa yang menyertai pasaran antarabangsa. "Saya tidaklah begitu mengharap siri DanDenDon ini dibeli, walaupun sekiranya ia berlaku, memang satu kebaikan kepada Don Studio. Tapi lebih daripada itu adalah untuk mencari rakan kongsi yang dapat menjadi penerbit bersama siri ini. "Saya tahu bukan senang nak cari rakan kongsi, tetapi menerusi misi FINAS, saya boleh belajar formula sesuai untuk mengenali rakan kongsi dalam penerbitan dan pengedaran. Saya akur kadang-kadang kita kena belajar dari kesusahan terlebih dulu sebelum segala-galanya menjadi mudah," katanya ketika ditemubual di Roppongi Hill Tower Tokyo, tempat berlangsungnya TIFFCOM2011. Don Studio ialah antara sembilan syarikat penerbitan yang menyertai misi FINAS ke TIFFCOM2011 yang berlangsung pada 24 Oktober hingga 26 Oktober lalu. Selain DanDenDon, Don Studio juga turut menerbitkan dua lagi siri animasi berjudul APAK dan PST. Siri APAK mengisahkan karakter utamanya iaitu seekor ayam jantan dan watak haiwan lain yang menjadi humanoid (seperti manusia). Ceritanya berkisar mengenai kehidupan sehari-hari menggambarkan pelbagai ragam manusia daripada etnik berbeza dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum. MDeC, MOSTI banyak bantu SAADON mengakui kejayaan DanDenDon ialah hasil sokongan kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) yang memberi geran untuk menerbitkan siri animasi itu. "Antara individu yang banyak membantu ialah Kamil Othman (Naib Presiden MDeC). Beliau yang menyedari potensi DanDenDon untuk diterbitkan dalam bentuk animasi. Siri ini diterbitkan sendiri oleh Don Studio. "Memang sepanjang pembikinan siri ini, kami tidak menghebahkan kepada mana-mana pihak. Saya belum bersedia untuk mempromosikannya sehinggalah saya ditemui anda (penulis) di Tokyo hari ini. "Sebelum datang ke Tokyo, saya sudah membawa DanDenDon ke pasaran MITCOM2011 di Cannes, Perancis dan juga Singapura," katanya. Menurut Saadon lagi, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Tourism Malaysia yang berminat menggunakan siri animasi DaDenDon sebagai sebahagian bahan untuk mempromosikan Malaysia di Asia Barat. "Malahan negara Arab juga menyatakan minat untuk mengedarkan siri animasi DanDenDon selepas melihat keindahan pelbagai tempat di Malaysia," katanya. | ||
Saladin dicalonkan Anugerah Emmy Posted: 01 Nov 2011 06:25 PM PDT INDUSTRI animasi Malaysia terus melangkah ke hadapan apabila projek penerbitan bersama dengan Al Jazeera saluran kanak-kanak iaitu Saladin: The Animated TV Series menerima pencalonan dalam anugerah Emmy. "Apabila bercakap mengenai anugerah Emmy, semua orang akan bercakap mengenai studio animasi gergasi dari Eropah, Amerika, Korea dan Jepun. Tapi sekarang kita sudah membuktikan bahawa Malaysia juga mempunyai potensi untuk menghasilkan produk animasi berkualiti tinggi," katanya dalam satu kenyataan media yang dilampirkan oleh Global Creative And Media Agency Sdn Bhd (CGMA) kepada Hip. CGMA adalah agensi yang dilantik oleh kerajaan menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia Malaysia (MDeC) untuk mengatur dan menguruskan segala aktiviti pemasaran dan promosi produk industri kreatif Malaysia di peringkat antarabangsa. Ini termasuklah membawa delegasi yang terdiri daripada syarikat produksi tempatan menghadiri pasaran industri kreatif peringkat global seperti MIPCOM di Cannes, Perancis dan baru-baru ini ke TIFFCOM, Tokyo. Sementara itu, siri sebanyak 26 episod dengan setiap satu selama 26 minit dihasilkan menggunakan teknik penjanaan imejan computer (CGI), Saladin: The Animated TV Series dianggap mengandungi segala-galanya. Siri animasi bercorak aksi ini ada watak hero, penjahat, vendetta, drama, komedi, aksi bermain pedang, pertempuran dan tidak ketinggalan elemen romantik. Saladin pula digambarkan sebagai hero yang hebat – berani menghadapi segala bahaya, tidak sanggup menerima kekalahan tetapi masih ada unsur kelakar dalam dirinya. Diinspirasikan daripada tokoh negara dan pejuang terkemuka pada zaman pertengahan, Salah al-Din Yusuf Ibn Ayyub, siri ini menggambarkan tempoh zaman muda Saladin yang suka mengembara untuk mencari pengamalan dan pengetahuan sehinggalah menjadikan dirinya seorang pemimpin disegani di dunia sehingga hari ini. FINAS bersama-sama dengan MDeC, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM bergabung bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang diuruskan oleh Global Creative & Media Agency (GCMA) membawakan senarai syarikat yang mantap menghadiri misi MIPCOM selama empat hari pada awal Oktober lalu. Sementara itu, Naib Presiden MDeC yang juga Penerbit Eksekutif Saladin: The Animated TV Series, Kamil Othman berkata, biarpun sekadar layak untuk pencalonan tetapi ia sudah cukup untuk membuktikan bahawa pelaburan perbadanan ini dalam membangunkan bakat kreatif tempatan mula menunjukkan hasil. "Pencalonan ke anugerah Emmy adalah membuktikan kita mempunyai ramai bakat kreatif hasil daripada kesungguhan dan pelaburan dalam penerbitan oleh MDeC dan JCCTV, selain menerusi kerjasama penerbitan secara kondusif antara Malaysia dan Qatar untuk menghasilkan program animasi kanak-kanak dan remaja kelas dunia. "Kami harap hubungan strategik ini akan terus berkembang dan semakin kukuh dari tahun ke tahun," kata Kamil. Saladin: The Animated TV Series mula diterbitkan pada tahun 2007 di bawah Inisiatif Kandungan Kreatif Multimedia Malaysia MSC, yang bertujuan untuk membangunkan industry kandungan kreatif tempatan. RM210 juta daripada MIPCOM2011 KETIKA MIPCOM, 16 perjanjian bernilai lebih RM210 juta diumumkan pada majlis koktail resepsi delegasi Malaysia yang berlangsung di Hotel InterContinental, Cannes, Perancis pada 4 Oktober lalu. Dihoskan oleh Kamaruddin, majlis ini dihadiri oleh hampir semua syarikat penerbitan Malaysia selain rakan kongsi asing daripada Amerika Syarikat, Singapura, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, United Kingdom, Jerman, Perancis, Sepanyol, China, Korea, India dan Lubnan. "Saya bangga kerana syarikat dari Malaysia mencatatkan kejayaan besar dalam MIPCOM tahun ini, yang mencatatkan nilai penjualan sekali ganda dan harta intelek. "Kejayaan yang diperolehi menerusi 16 perjanjian yang lumayan di MIPCOM ini adalah satu bukti bahawa industri media kreatif dan hiburan di Malaysia berkembang semakin pesat," katanya. Mengikut kajian daripada PriceWaterhous Coopers, penduduk dunia membelanjakan kira-kira RM5 trilion dalam industri kreatif dan hiburan. Ini membuatkan kerajaan Malaysia menyusun strategi dan perancangan lebih agresif untuk meraih perolehan yang dianggarkan RM1.4 trilion bagi pasaran di Asia Pasifik sahaja. Di bawah inisiatif kandungan industri kreatif kerajaan, Malaysia mensasarkan dapat memperolehi RM3 bilion pada tahun 2020, dengan menyediakan 10,300 pekerjaan selain menetapkan sasaran 45 peratus eksport di bawah Pendapatan Negara Kasar. | ||
Kedai TUKAR mampu jana pendapatan tinggi Posted: 01 Nov 2011 06:20 PM PDT KEDAI runcit dinaik taraf menerusi program TUKAR. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala, berkata ia adalah sebahagian daripada 500 pengusaha kedai runcit yang disasarkan oleh program itu sehingga hujung tahun ini. Program TUKAR dilancarkan kerajaan pada Januari lalu bertujuan memodenkan kedai runcit tradisional sedia ada sekali gus dapat meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif. Di bawah program itu, pasar raya besar akan bertindak sebagai pembimbing dan akan membantu memodenkan prasarana kedai runcit terpilih dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka. Program berkenaan dijangka menyumbang kira-kira RM5.6 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) dan mewujudkan 512,500 peluang pekerjaan menjelang 2020. Di bawah program TUKAR, antara peruncit utama seperti Mydin, bersama-sama dua pasar raya asing, Carrefour dan TESCO bercadang melabur RM5.43 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang menerusi projek TUKAR bagi membantu memodenkan kedai runcit dalam usaha meningkatkan daya saing pemiliknya. Sebanyak 5,000 kedai runcit di seluruh negara yang dikenal pasti oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terbabit dalam projek itu. | ||
Posted: 01 Nov 2011 06:18 PM PDT PEGAWAI RELA memeriksa kenderaan yang mengisi minyak di stesen minyak sekitar Padang Besar bagi mencegah penyeludupan minyak ke negara jiran. PADANG BESAR: Kumpulan penyeludup yang bergiat aktif di sekitar sempadan Malaysia-Thailand, di sini dikesan semakin kecut perut untuk 'mencuri' diesel serta petrol subsidi negara, selepas empat stesen minyak yang dikenal pasti sering menjadi tumpuan mereka dikawal rapi anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA). Tambah merisaukan penyeludup, dua anggota terbabit dilihat begitu tekun merekodkan nombor pendaftaran kenderaan serta jumlah bahan api yang diisi setiap kenderaan yang memasuki stesen minyak, sekali gus memungkinkan tindakan mereka terbongkar. Pemangku Pengarah RELA negeri, Abdul Halim Abdullah, berkata tindakan menempatkan anggotanya di stesen minyak terpilih sekitar sempadan adalah antara inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan pihaknya susulan kejayaan dicapai melalui tindakan sama di Kelantan bermula Mei lalu. Bagi Perlis, katanya, seramai 18 anggota termasuk dua penyelia akan ditempatkan di semua empat stesen minyak terpilih setiap hari untuk merekodkan jumlah pengisian minyak bagi setiap kenderaan, sekali gus membantu pihak berkuasa mengenal pasti kenderaan yang terbabit dalam penyeludupan. Katanya, empat pam minyak terbabit sengaja dipilih kerana ia disyaki berpotensi menjadi tumpuan penyeludup berikutan kedudukannya yang hampir dengan sempadan. "Dua anggota akan ditempatkan di setiap stesen minyak secara giliran selama dua syif sehari. Hari ini (semalam) kita dapat lihat sedikit kesan apabila ada antara kenderaan yang sering digunakan untuk tujuan penyeludupan seolah-olah takut untuk memasuki premis, sebelum terus berlalu sejurus melihat kehadiran kami," katanya ketika ditemui meninjau empat pam minyak terbabit, semalam. Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) KPDNKK, Ahmad Dahuri Mahmood, melancarkan penempatan anggota RELA di stesen minyak terpilih di Stesen Caltex Batu 20 Jalan Kaki bukit, di sini. Difahamkan, ada lebih 22,000 anggota RELA berdaftar di seluruh Perlis, bagaimanapun hanya sejumlah kecil daripada mereka akan terbabit dalam penempatan terbabit secara giliran. | ||
Sukan rakyat taraf antarabangsa Posted: 01 Nov 2011 06:17 PM PDT BOT berhias pasukan peti undi Teluk Pasu-MARDI johan Sukan Rakyat Mega di Sungai Nerus. KUALA TERENGGANU: Bot berhias pasukan peti undi Teluk Pasu-MARDI bermotif ayam juara Pertandingan Bot Berhias sempena Sukan Rakyat Mega Teluk Pasu di sini, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. Beliau berkata, pasukannya seramai 10 orang mengambil konsep bentuk ayam, sejajar dengan sejarah Teluk Pasu. "Teluk Pasu dulu terkenal tempat menyabung ayam laga dan penduduk menggunakan air dalam pasu emas untuk memandikan ayam. "Kita menzahirkan objek ayam tema bot dan tidak menyangka jadi juara pertandingan ini. "Berbanding bot lain yang menitikberatkan soal keceriaan dan hiasan bot, kami lebih mementingkan aspek pencahayaan dan mungkin itu yang memberi tuah kepada kami kerana cahaya yang berwarna warni membuatkan bot berhias kami menyerlah serta berjaya menarik perhatian juri," katanya. Mohamad Zali berkata, program anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu yang disertai sembilan pasukan itu menarik minat penduduk menyertainya. "Program ini adalah yang paling meriah dan unik pernah diadakan di negeri ini. Malah, jika kita lihat dari segi kehadiran penduduk cukup ramai. Sambutan dan kerjasama yang diberikan juga amat bagus dan kita patut bersyukur dengan kerjasama dan keprihatinan kerajaan negeri dan wakil rakyatnya menganjurkan program ini. "Justeru, kita sangat berharap pertandingan dan program seumpama itu dijadikan acara tahunan," katanya. Hadiah disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sambil disaksikan ADUN Teluk Pasu selaku penganjur, Datuk Abd Rahin Mohd Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri. Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman; ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh dan Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa. Penduduk setempat turut menyertai sukan rakyat pada sebelah siang membabitkan pelbagai acara termasuk tarik tali, boling kelapa, menganyam ketupat, baling telur, rakit darat, baling bola dalam jaring dan sepak raga bulat. Sementara itu, pengunjung, Zaini Hamzah, 50, dari Kampung Masjid Buluh Gading berkata, beliau terkejut melihat kehadiran ramai penduduk seolah-olah ia program antarabangsa, sedangkan ia hanya membabitkan kawasan DUN Teluk Pasu dan sekitarnya. Pengunjung, Rafazirah Remali, 19, dari Kampung Gong Badak, berkata dia mendengar mengenai program itu daripada rakan dan terpanggil untuk datang bagi melihat kemeriahan pertandingan bot berhias yang selalunya diadakan di Putrajaya. "Selalu kita lihat pertandingan ini diadakan di Lembah Klang, tetapi kini ia berjaya dianjurkan di kawasan kampung kami," katanya. Sementara itu, Ahmad mengucapkan tahniah kepada Abd Rahin kerana berjaya menganjurkan program berkenaan yang mendapat sambutan luar biasa dan dilihat sebagai satu penambahbaikan daripada penganjuran sukan biasa dengan mengadakan pertandingan bot berhias. | ||
Cubaan seludup warga asing gagal Posted: 01 Nov 2011 06:17 PM PDT PENUMPANG bot yang disyaki warga asing berjaya ditahan malam kelmarin. MELAKA TENGAH: Pasukan keselamatan di sini, mematahkan cubaan menyeludup lapan warga asing ke Australia menerusi Indonesia, di perairan Selat Melaka kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Upeh, dekat sini, malam kelmarin. "Semua warga asing berkenaan termasuk kanak-kanak warga Afghanistan berusia setahun enam bulan bersama ibu bapanya berusia 27 dan 29 tahun, dipercayai dalam perjalanan ke Indonesia sebelum dibawa ke Australia bagi tujuan mencari pekerjaan. "Siasatan awal mendapati, mereka disyaki masuk ke Malaysia untuk diseludup ke Australia oleh pihak tertentu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, semalam. Chuah berkata, empat awak-awak dan seorang tekong bot warga Indonesia berusia 30an disyaki menyeludup semua warga asing itu turut ditahan. Selain itu, katanya, pasukan berkenaan turut merampas sebuah bot pancung bersama dua unit enjin sangkut masing-masing jenis Mercury 60 kuasa kuda dan Suzuki 40 kuasa kuda serta empat tong minyak petrol. Mengulas lanjut, beliau berkata, dua bot PGM dan APMM diketuai Pegawai Pemerintah PGM Wilayah 2 Melaka, Inspektor Mohd Mashari Sathi dihantar melakukan intipan di perairan pulau berkenaan kira-kira jam 9.50 malam. Chuah berkata, tidak lama selepas itu, pasukan berkenaan mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan mencurigakan. "Ketika anggota berkenaan mengarahkan bot pancung itu supaya berhenti, tiba-tiba ia dipecut laju. Namun, selepas kira-kira 10 minit mengejar, akhirnya anggota kita berjaya menahan bot berkenaan," katanya. | ||
12 Peserta cilik berentap di Pentas Idola Kecil 4 Posted: 01 Nov 2011 06:05 PM PDT
| ||
Posted: 01 Nov 2011 06:04 PM PDT PARA fuqaha bersepakat ibadah wukuf di Padang Arafah telah ditentukan dengan masa dan waktu yang jelas iaitu pada hari kesembilan Zulhijjah setiap tahun. Ia bermula daripada waktu gelincir matahari (zuhur) sehingga sebelum waktu fajar (subuh) pada hari kesepuluhnya. Ia tidak sah jika diganti oleh orang lain. Sesiapa yang sempat berwuquf pada waktu tersebut, dia memperolehi ibadat haji, manakala yang tidak sempat berwuquf dia pasti tidak akan mendapat haji tersebut. Justeru, ibadat wuquf merupakan tiang asas kepada haji dan nadinya. Para jemaah haji akan bertemu sesama mereka di Padang Arafah untuk menunaikan ketaatan kepada Allah. Pada masa yang sama, perhimpunan itu juga mengingatkan umat Islam bahawa mereka adalah umat yang satu. Taraf mereka adalah sama sahaja di sisi Allah SWT melainkan bagi orang yang meningkatkan amalan ketaqwaan dan ketaatan yang banyak kepada Allah SWT. Mereka sewajarnya bekerjasama di dalam mempertingkatkan kesedaran diri di dalam menegakkan suara kebenaran, bertolong-tolongan melakukan kebaikan dan berusaha kuat di dalam mempertahankan keimanan dan keyakinan terhadap agama dan nilai kemanusiaan. Setiap tahun umat Islam yang menghadiri perhimpunan ini akan mengingati dan merenungi pertemuan seumpamanya yang telah dihadiri sendiri oleh Rasulullah SAW di samping mengetuai dan memimpinnya. Mereka seolah-olah berada di dalam kelompok ratusan ribu para sahabat yang membanjiri Padang Arafah untuk sama-sama menjejaki cara ibadat haji yang dikerjakan oleh nabi SAW yang dikenali sebagai Hajjatul Wada'. Di sanalah Allah SWT menurunkan ayat tentang ketuanan agama Islam dan penerimaan-Nya terhadap wadah yang dibawanya (rujuk al-Maidah: 3) Di situlah juga nabi SAW yang sedang menaiki unta, berdiri di antara bongkah batu-batu besar di kaki Jabal Arrahmah memberi peringatan, nasihat dan amanat kepada para jemaah haji ketika itu. Baginda SAW mengajak mereka berpegang kepada tali agama Allah dan menyatakan kerugian akibat perpecahan sesama sendiri, menerangkan tentang dasar-dasar keunggulan agama dan peranan umat yang bakal bertanggungjawab terhadap penyebaran risalah keamanan kepada sekelian manusia. Baginda SAW di dalam khutbahnya (pada 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah) turut menjelaskan dasar-dasar agama Islam, menghapuskan ciri-ciri kesyirikan dan jahiliah, menyatakan tentang kehormatan darah manusia, harta dan maruah mereka di samping pengharaman menumpahkan darah, merampas harta dan menjatuhkan maruah sebagaimana yang disepakati oleh kesemua ajaran agama langit. Turut dijelaskan di dalam khutbahnya tentang amalan berhubung dengan perkara jahiliah yang telah dihapuskan. Baginda SAW juga mengharam dan membatalkan perbuatan riba, selain memberi amanat dan wasiat kepada kaum lelaki (suami) supaya memelihara wanita (isteri), di samping menyatakan tanggungjawab dan hak-hak yang perlu dilaksanakan untuk kebaikan mereka seperti pemberian makanan dan pakaian dan menjelaskan tanggungjawab para isteri untuk ditunaikan terhadap para suami mereka. Khutbah haji wada' Antara sabda Baginda SAW : "Sesungguhnya darah dan harta sesama kamu adalah mulia dan haram (dicerobohi) seperti mulianya hari ini (Arafah), bulan ini (Zulhijjah) dan negeri ini (Mekah). Ketahuilah bahawa setiap perkara jahiliah diletakkan di bawah kakiku ini (dibatalkan). Segala tuntutan (bayaran) darah di zaman jahiliah dahulu juga dibatalkan. "Tuntutan darah pertama yang dibatalkan adalah tuntutan darah anak kepada Rabi'ah bin Al-Harith yang telah menyusu di kampung Bani Saad yang kemudianya dibunuh oleh Huzail. "Tuntutan terhadap harta riba di zaman jahiliah juga dibatalkan, tuntutan pertama yang dibatalkan adalah harta riba yang menjadi hak kepada Al-Abbas bin Abdul Muttalib, kesemuanya telah dibatalkan. "Takutilah kamu kepada Allah dalam (menguruskan) para wanita (isteri), kerana kamu mengambil mereka (sebagai isteri) dengan amanah (yang diwajibkan oleh) Allah serta kamu dihalalkan untuk mereka dengan kalimah Allah (akad nikah). "Adalah menjadi kewajipan mereka (wanita) tidak membenarkan sesiapa pun yang kamu tidak gemari duduk di hamparan (masuk ke rumah) kamu. Jika mereka melakukan demikian (memberi keizinan untuk orang lain) maka kamu pukulilah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. "Kamu hendaklah memberikan perbelanjaan rezeki dan pakaian untuk mereka dengan cara yang baik. Daku tinggalkan untuk kamu suatu perkara yang kamu tidak akan sesat sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah (al-Quran)". Dengan khutbah yang amat padat itu, nabi SAW menggariskan umat Islam dasar perjalanan yang berketerampilan dan membawa kepada ketamadunan manusia yang sewajibnya diikuti dan dituruti sepenuhnya dengan rasa kemulian dan penuh bangga. Kesemua itu demi menjaga segala peraturan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk dipikul di atas bahu mereka. Pelaksanaan terhadapnya pasti menjadi umat berdaya saing untuk terus maju sejajar dengan dasar kemanusiaan dan kemaslahatan sejagat yang berpaksikan kebenaran, kesaksamaan dan keadilan. Isi khutbah di atas menjelaskan bagaimana ketamadunan palsu umat terdahulu yang menyimpang jauh daripada tuntutan nilai kemanusiaan yang telah dihidupi oleh generasi awal, yang menjauhi petunjuk ilahi, dan akhirnya membawa kepada kecelakaan dan malapetaka yang amat dahsyat kepada mereka yang meruntuninya. Ketamadunan terdahulu yang tersasar daripada prinsip agama dan akhlak, menjual segala asas budi pekerti untuk dilelong di pasar-pasar perdagangan dan kilang-kilang pengeluaran bahan. Insan telah dimanipulasi untuk menjadi ganas dan gasar, membentuk jiwa yang sentiasa menginginkan penumpahan darah dan merampas harta orang lain. Oleh sebab itu, kemajuan setempat walaupun amat menarik dan mengagumkan pada pandangan mata, ia pasti tidak dapat dinikmati dalam keadaan jiwa yang tenang dan hati yang tenteram bahkan segala kegusaran dan penderitaan terus menerus menghantui minda dan jiwa raga manusia setempat. Rasulullah SAW 'seolah-olah' pada hari Arafah tersebut ditunjukkan keadaan umat mendatang setelah zaman baginda yang berada dalam keadaan perpecahan dan perseteruan yang amat berkecamuk. Tiada penyatuan di kalangan mereka, silih berganti generasi yang datang dan pergi tetapi ia sama tanpa penambahbaikan, permasalahan masih tidak dapat diselesaikan, kesulitan dan kecelaruan yang menimpa tiada tindakan dan kajian terperinci yang boleh mengatasinya. Justeru, sampailah ketika dan saatnya di mana umat Islam sewajibnya menyedari dan memahami makna kefarduan haji ini. Ibadat haji bukan sahaja dilaksanakan penunaiannya terhadap beberapa perkara ibadah secara praktikalnya malahan mereka sewajarnya dapat menyelami segala kemanfaatan yang dipaparkan oleh Allah SWT menerusi rukun Islam yang kelima ini. Kekuatan umat dapat dipaparkan: l Dalam kesepaduan dan kesekataan apabila ia dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya; l Keteguhan prinsip dan ketenteraman perasaan apabila Al-Quran dipegang dan dihayati sewajarnya; l Saling berkongsi harapan dan bekerjasama dalam meleraikan permasaalahan sesama ummat; l Bersepakat di dalam mempertahankan diri daripada ancaman dan tipu daya musuh Islam ; l Juga mengawal diri umat daripada dicela, dipijak dan ditertawakan oleh sebarang musuh yang sentiasa mencari jalan bagi melemahkan kekuatan dan keteguhan perpaduannya. Sejarah umat Islam terdahulu yang amat panjang tidak pernah menyaksikan sebarang serangan musuh di dalam pelbagai situasi seperti yang dihadapi oleh mereka ketika ini. Seluruh kekuatan musuh dan taktik peperangan saraf dilancarkan oleh musuh Islam demi membantutkan keserlahan umat yang telah mengungguli dunia kemanusiaan. Justeru, bagi menghadapi ancaman musuh dan mempertahankan diri serta prinsip yang teguh, umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, membuang segala kekalutan minda dan menjernihkan kembali perseteruan dan perbalahan sesama sendiri. Kerana itu, peristiwa wuquf di Arafah setidak-tidaknya dapat mengembalikan nostalgia lalu, memaparkan bagaimana kesemua diri umat menuju kepada ajaran Allah SWT, patuh dan tunduk kepada-Nya dan arahan-Nya. Di sanalah Baginda SAW memperingatkan umat supaya menjaga amanah yang amat besar lagi kudus ; amanah persaudaraan, amanah menegakkan hukum hakam agama Allah, mempraktikkan amalan bantu membantu, membuang segala perasaan keakuan dan negatif sesama sendiri. Umat yang disifatkan sebagai "bangsa yang beriman kepada Allah, dilahirkan untuk kebaikan manusia sejagat, bersama menyuruh berbuat baik, bersama mencegah perbuatan kemungkaran". (ali-'Imran: 110) sepatutnyalah bertindak menyelami maksud hari Arafah dengan membentuk jiwa yang mantap, kesepaduan yang teguh, berpegang kepada al-Quran, melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan berlandaskan syariat Ilahi, menegakkan hukum Allah di atas muka bumi. | ||
Posted: 01 Nov 2011 06:03 PM PDT ILMU Rasm jarang dibincang secara terbuka di masjid dan surau sebagaimana ilmu tafsir, fikah, tauhid dan lain-lain. Kebiasaannya ia dibincang di kelas pengajian al-Quran bersama dengan ilmu tajwid, dabt dan qiraat. Ramai masyarakat lebih tertumpu kepada memahami makna al-Quran. Ini selaras tujuan Quran diturunkan adalah menjadi panduan hidup. Selain itu, ia didorong oleh faktor guru yang ramai dan berkemampuan, di samping kitab tafsir yang banyak dan mudah didapati di pasaran. Kandungan ilmu Rasm Quran adalah menghurai berkaitan hazf huruf, ithbat huruf, badal, berkaitan huruf hamzah, wasl, fasl (sambung dan pisah kalimah) dan berkaitan dua qiraat yang ditulis dengan satu tulisan. Ia lebih bersifat ilmiah dan amat sesuai dipelajari bagi yang mendalami tatacara penulisan al-Quran. Namun ia adalah maklumat penting yang perlu ada untuk memahami cara penulisan al-Quran. Rasm al-Quran yang diamalkan dalam mushaf pada masa ini, bermula di zaman Rasulullah SAW. Kebanyakan ulama menyatakan ia adalah tauqifi. Rasulullah amat memberi perhatian kepada wahyu yang diturunkan kepadanya dan amat amanah dalam menyampaikan wahyu tersebut. Baginda juga mengarah para sahabat menulis wahyu dan apabila siap menulis wahyu, baginda meminta penulis wahyu membacakan kepadanya bagi tujuan memastikan ia ditulis dengan tepat. Abdul Aziz al-Dabbagh menyatakan bahawa tidak ada seurat rambut pun bagi sahabat r.a dan yang lain dalam urusan penulisan al-Quran. Tetapi ia adalah tauqif daripada Rasulullah SAW. Bagindalah yang mengarah kepada mereka menulis mengikut keadaan tersebut sama ada menambah alif atau mengurangkannya. Seterusnya baginda menyatakan jika susun atur al-Quran adalah mukjizat maka rasmnya juga adalah mukjizat. Bagi mereka yang selalu membaca al-Quran dan memerhatikan bentuk tulisannya akan mendapati beberapa kelainan tulisan walaupun pada kalimah yang sama. Umpamanya kalimah Ibrahim di ayat 124, 125, 126 surah al-Baqarah di tulis dengan huruf ya' kecil antara huruf ha dan mim di atas kalimah. Tetapi kalimah Ibrahim dalam surah Maryam di ayat 41, surah Saffat ayat 83 ditulis dengan huruf ya' dalam kalimah. Dalam bab tulisan ta' marbutah atau dipanggil ta simpul dan ta' maftuhah terdapat kalimah yang sama seperti syajarah yang bermaksud pokok. Dalam surah al-Israk ayat 60, syajarah ditulis dengan ta' marbutah. Begitu juga tulisannya dalam surah al-'Araf pada ayat 19, 20 dan 22. Tetapi dalam surah al-Dukhan ayat 43, kalimah syajarah ditulis dengan ta' maftuhah. Bagi kalimah al-Quran yang terdapat dalam beberapa surah ditulis dengan dua bentuk. Pertama, ithbat alif selepas huruf hamzah seperti di ayat 9 surah Israk, ayat 77 surah al-Waqiah, ayat 21 surah al-Hasyr dan lain-lain. Bentuk kedua ditulis dengan hazf alif selepas huruf hamzah di dua tempat sahaja iaitu di ayat kedua surah Yusuf dan ayat ketiga surah al-Zukhruf. Kesemua tulisan dalam al-Quran adalah tauqifi dan rahsia perbezaan tulisan dalam kalimah yang sama bentuk tulisan dan maknanya tidak diketahui secara jelas kehendaknya. Namun terdapat juga ulama yang menghurai maksud perbezaan tulisan tersebut. Rasm al-Quran adalah unik dan perlu kepada pengamatan dan jika susun atur kalimahnya mukjizat maka tulisannya juga adalah mukjizat. | ||
Posted: 01 Nov 2011 06:02 PM PDT ISLAM menganggap semua manusia adalah sama. Tidak mengira pangkat, harta, rupa paras, keturunan dan sebagainya. Semua mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu ditunai dan dilaksanakan. Seseorang yang membesar di rumah setinggan dan seseorang yang dibesarkan di istana sebenarnya tidak mempunyai perbezaan di sisi Allah SWT. Ukuran pada nilaian Allah SWT hanya terletak pada ketinggian taqwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya. (al-Hujurat: 13). Mereka yang beriman kepada Allah SWT tidak boleh membeza-bezakan manusia. Tidak wajar untuk ditinggikan sebahagiannya dan direndahkan sebahagian yang lain dengan melihat ukuran keduniaan semata-mata. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui kemuliaan seseorang. Barangkali seorang pengemis lebih mulia di sisi Allah SWT berbanding seorang pegawai tinggi. Justeru, mengapa kita tegar merendah-rendahkan sesuatu keturunan, kaum dan bangsa? Mengapa kita sanggup dan tergamak untuk menghina seseorang yang mempunyai kecacatan atau kekurangan? Sedangkan mereka tidak mengetahui dan tidak meminta untuk dijadikan begitu. Ia adalah keputusan daripada Allah SWT yang penuh dengan hikmah yang tersurat dan tersirat. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhan kamu adalah sama, bapa kamu adalah sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan." (riwayat Ahmad dan al-Baihaqi). Orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT tidak akan bermegah-megah dengan hartanya, tidak berbangga dengan keturunan serta warna kulit dan tidak mendabik dada dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Semua yang berlaku di dunia ini adalah ketentuan Allah SWT. Oleh kerana itu, janganlah kita merendah-rendahkan orang lain dengan mengeji dan memperlekehkannya atau tidak memberi layanan yang baik kepadanya. Nabi SAW pernah ditegur oleh Allah SWT kerana tidak mempedulikan sahabat yang buta iaitu Abdullah bin Ummi Maktum r.a yang bertanya soalan kepada baginda. Teguran Allah SWT itu terkandung dalam firman-Nya yang bermaksud: Dia memasamkan muka dan berpaling, Kerana dia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran al-Quran), Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. (Abasa: 1-6) Pengajaran daripada ayat ini adalah kita perlu memberi layanan yang sama dan bersikap adil kepada semua manusia. Sedangkan Allah SWT mengharamkan kita untuk berbuat zalim sesama manusia walaupun terhadap orang yang kita benci. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maidah: 8) Elak perbuatan dwi standard Senario ini sebenarnya banyak berlaku dalam masyarakat termasuklah dalam organisasi. Kerap kali kita mendapati apabila sesuatu permohonan dibuat oleh seseorang yang mempunyai kedudukan, maka proses menguruskan permohonan tersebut dibuat secara pantas dan diberi layanan yang terbaik. Namun, jika permohonan tersebut adalah daripada orang yang tidak berpangkat, maka proses itu akan memakan masa berminggu-minggu, berbulan-bulan bahkan terpaksa menunggu bertahun-tahun. Tidakkah kita merasakan ini juga adalah sebuah kezaliman? Begitu juga sekiranya sesuatu organisasi itu didominasi oleh sesuatu kaum atau bangsa. Maka kakitangan dari bangsa yang lain akan disisihkan dan tidak diberi hak mereka secara adil. Kita juga mendapati ada di kalangan kakitangan yang dinafikan haknya semata-mata mempunyai pangkat yang rendah. Ada di kalangan mereka yang ditolak cadangan dan pandangan yang dikemukakan semata-mata kerana tidak berpangkat dan tidak mempunyai kedudukan. Demikianlah betapa tidak adilnya dunia ini. Oleh kerana itu, marilah sama-sama kita menjauhi sikap suka merendah-rendahkan orang lain. Anggaplah pangkat, kedudukan, harta dan rupa paras itu sebagai pemberian daripada Allah SWT yang mungkin akan ditarik balik pada bila-bila masa sahaja. Mungkin orang bawahan yang kita perlekehkan itu suatu hari nanti akan menjadi majikan kita pula. Mungkin orang yang miskin itu akan menjadi kaya berbanding kita. Yang paling kita bimbang ialah, mungkin orang yang kita hinakan itu dapat menjejakkan kaki ke syurga Allah SWT di Akhirat nanti, sedangkan kita belum tentu dapat menjejakinya. Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka… (al-Hujuraat: 11). | ||
Carven Ong penuhi impian perkahwinan Posted: 01 Nov 2011 06:01 PM PDT
SETIAP pasangan yang sedang bercinta mengimpikan perkahwinan yang indah dan akan dikenang sepanjang hayat. Namun untuk merealisasikan perkahwinan impian ini memerlukan perancangan yang rapi dan komitmen daripada mereka yang berpengalaman. Tahun 2012 akan tiba tidak lama lagi dan jika anda merancang untuk melangsungkan perkahwinan impian anda, segala persiapan harus dilakukan mulai sekarang. Jika anda masih belum mempunyai idea bagaimana hendak mengadakan majlis perkahwinan impian anda itu, Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur dan agensi perancang perkahwinan Wedding Artists oleh Carven Ong menjemput pasangan yang bakal berkahwin menghadiri pameran elegan Dream Weddings pada 10 dan 11 Disember ini yang akan diadakan di hotel tersebut. Selain menghadiri pameran, anda mungkin dapat memenangi semula perbelanjaan yang telah anda belanjakan untuk jamuan, hiasan dan fotografi di Dream Weddings ini. Pengurus Besar Prince Hotel & Residence, Tim Quarm berkata, jamuan perkahwinan biasanya menelan perbelanjaan yang paling besar dalam bajet perkahwinan pasangan. Di Dream Weddings, pihaknya memberi peluang kepada satu pasangan bertuah untuk memenangi perbelanjaan jamuan perkahwinan mereka secara sepenuhnya. Prince Hotel juga bakal memberi hadiah cabutan bertuah bagi setiap pasangan yang membuat tempahan bagi majlis perkahwinan mereka di hotel tersebut. Turut menjadikan perkahwinan idaman ini lebih menarik, pasangan yang mengambil pakej hiasan jamuan serta fotografi Wedding Artist by Carven Ong akan berpeluang memenangi semula perbelanjaan mereka. Menurut Carven Ong, pereka busana anggun bagi selebriti dan kini pengasas agensi perancang perkahwinan tersebut, Dream Weddings merupakan pameran bagaimana sambutan perkahwinan sesebuah pasangan itu dibuat khas untuk mereka menurut personaliti, gaya, cita rasa dan bajet mereka. ''Saya telah lama menghasilkan rekaan semenjak 20 tahun yang lalu. Wedding Artist by Carven Ong bagaikan cabang bagi konsep gaun perkahwinan yang istimewa dan turut merangkumi aspek-aspek lain dalam soal perkahwinan seperti fotografi dan video sebelum sebelum perkahwinan, hiasan flora, kad dan dekor resepsi. ''Rahsia merancang perkahwinan pasangan terletak pada konsep dan rekaan yang dihasilkan berdasarkan kisah cinta pasangan yang bakal berkahwin. Sebelum kami memulakan sebarang tugasan, kami harus mengetahui latar belakang mereka, pengalaman dan kisah mereka untuk menuju ke ambang perkahwinan serta harapan bagi majlis perkahwinan mereka. ''Sekiranya idea tersebut dipersetujui oleh bakal pasangan, pihak lain yang terlibat akan turut berkongsi idea itu seperti jurugambar, penggubah bunga, pasukan penghasilan majlis dan saya sebagai pereka gaun perkahwinan,'' ujarnya. Dalam soal bajet, Carven menyarankan pasangan yang merancang untuk berkahwin supaya bersikap terbuka dalam soal kewangan. Tidak kira berapa bajet mereka, yang penting ialah mengutamakan apa yang perlu sahaja dalam perkahwinan mereka. Carven menambah, setiap pasangan mempunyai keutamaan yang berbeza bagi perkahwinan mereka. Ada yang mengutamakan fotografi dan sanggup memperuntukkan kos yang besar. | ||
Berniaga sekadar berkongsi rasa Posted: 01 Nov 2011 05:59 PM PDT PERNIAGAAN bukanlah satu bidang yang bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Malah hari ini senarionya berbeza apabila rata-rata yang menceburi bidang ini adalah bertujuan untuk memenuhi masa lapang ataupun sekadar suka-suka. Inilah yang berlaku kepada sekumpulan empat rakan karib Rozita Ahmad Tajuddin, 32, Nur Haliza Hassan, 32, Noor Fitriah Bakri, 32, dan Syarifah Zurina Syed Salim, 32. Penglibatan mereka dalam bidang ini bukanlah bertujuan untuk menjadi kaya atau mengumpul harta tetapi mereka sekadar ingin berkongsi apa yang mereka ada. Ternyata penglibatan keempat-empat wanita ini dalam bidang perniagaan tiada sebarang perancangan malah mereka melakukannya secara spontan. Menurut Rozita, mereka berempat membuat keputusan untuk bergabung tenaga selepas pulang bercuti dari Vietnam. Sepanjang di sana, selain melawat tempat-tempat bersejarah dan menarik, mereka turut melawat tempat-tempat membuat baju termasuklah baju kurung. Setelah meneliti kesemua baju kurung yang dihasilkan berkualiti serta menarik jahitan maniknya, tanpa membuang masa mereka terus bersetuju untuk memasarkan produk tersebut di Malaysia. "Sekembalinya ke Malaysia, kami terus membuat keputusan untuk memasarkan baju-baju tersebut di Malaysia. "Ini kerana, selain dibuat daripada kain yang berkualiti, jahitan manik yang dijahit juga kemas dan menarik. "Dari situlah kami terfikir untuk menjual baju-baju tersebut di sini memandangkan orang kita banyak mengenakan baju kurung apabila ke pejabat," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kota Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ternyata percaturan mereka membuahkan hasil walaupun ia baru dipasarkan melalui Internet awal tahun ini. Hari ini, selain memasarkan produk mereka melalui Internet dan kawan-kawan, mereka juga merupakan pembekal kepada peniaga-peniaga yang terdapat di sekitar Lembah Klang. Dengan menggunakan jenama Drama Queen, mereka turut memasarkan baju kurung untuk kanak-kanak. Dalam pada itu, menurut Nur Haliza pula, baju kurung yang mereka jual diperbuat daripada pelbagai jenis kain kapas seperti kain kapas Inggeris, Korea, sutera dan juga linen. Apa yang menarik apabila membicarakan mengenai latar belakang masing-masing, ternyata tiada seorang pun yang mempunyai asas mahupun pengalaman dalam bidang perniagaan. Tetapi disebabkan minat selain ingin membuktikan kebolehan masing-masing, mereka tidak kisah untuk belajar dari bawah dan hingga kini mereka berempat masih lagi menimba pengalaman. "Kami sememangnya tidak mempunyai asas di dalam bidang perniagaan tetapi Alhamdulillah apa yang kami lakukan hari ini seolah-olah terbuka jalannya. "Kami juga mempunyai kemahiran masing-masing dan setiap seorang akan bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan seperti bahagian pemasaran, pengiklanan dan sebagainya. "Boleh dikatakan masing-masing ada peranan sendiri dan disebabkan itu kami mampu meneruskan perniagaan ini," katanya lagi. Begitupun, menurut Rozita, hari ini hanya dirinya dan Nur Haliza sahaja yang bermastautin di Kuala Lumpur manakala Syarifah Zurina tinggal di Pulau Pinang dan Noor Fitriah kini bertugas di luar negara. Walaupun begitu, ia tidak sedikit pun mengganggu perjalanan perniagaan mereka. Kesemua baju kurung siap bagi dewasa dan kanak-kanak boleh dilihat melalui www.dramaqueenscloset.blogspot.com ataupun di facebook. Bukan itu sahaja malah kesemua produk yang dipasarkan adalah mampu milik kerana harganya berpatutan. Jangan ketinggalan dapatkan koleksi terbaru mereka setiap tiga bulan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan