Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Fara Fauzana Dan Neelofa Sah Pengacara Baru Nona
- Zizan Nin Terjerumus Ke 'Jalan Songsang'
- Kepelbagaian Program Menarik Media Prima 2012
- Jessica Biel Dan Justin Timberlake Bersama Semula
- Syahrini Duet Dengan Rhoma Irama Untuk Bapa
- Pensyarah minta tubuh
- J.Lo sebak lagi depan peminat
- Songlap duit menang kes
- Honda CR-Z masuk pasaran Malaysia minggu depan
- Nicole mahu anak Hamilton
- Busana, solekan biar sepadan
- ‘Flat setinggan’
- Sensasi Tang Wei
- Perbezaan usia bukan halangan
- Takut ibu, ayah bercerai
- Mentua benci kerana kami ditangkap khalwat
- Kempen I am dari FCUK
- Makan percuma di Belinda Nasi Ayam
- Laskar Pelangi
- Keasyikan penginapan Singgahsana Lodge
- Beijing kota purba termaju di dunia
- Jelajah Gua Tempurung
- Membina semangat waktu malam
- Tree climbing uji kemampuan
- Perginya ‘Gergasi Bersuara Lembut’
Fara Fauzana Dan Neelofa Sah Pengacara Baru Nona Posted: 28 Oct 2011 08:04 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyampai Hot FM, Fara Fauzana dan pelakon baru Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sah akan mengalas tugas sebagai pengacara program popular Nona. Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, dua pengacara baru itu bakal menggantikan Vanidah Imran bermula Januari tahun depan. Ahmad Izham berkata, pemilihan Fara dan Neelofa adalah bagi memantapkan persembahan program itu yang turut akan mengalami perubahan daripada segi isi kandungannya. "Seperti tahun-tahun sebelumnya kita akan menukar pengacara Nona setiap tahun dan tidak terkecuali Vanidah. "Pemilihan Fara dan Neelofa adalah berdasarkan kepada karakter dan personaliti mereka yang berbeza daripada pengacara sebelum ini. "Kami yakin dengan pemilihan mereka berdua akan memberikan nafas baru kepada program Nona," ujarnya pada sidang media selepas sesi pra tonton program rangkaian Media Prima 2012 di sini, Jumaat. Sementara itu, Fara ketika ditemui berkata, dia berasa teruja dipilih sebagai pengacara baru Nona bersama-sama Neelofa dan bersetuju untuk mengendalikan program itu sejajar dengan perubahan usianya. "Tahun hadapan saya akan berusia 32 tahun dan Nona dilihat sebagai program sesuai untuk dikendalikan sejajar dengan usia saya yang meningkat. "Disamping itu juga, saya teruja kerana ia adalah sesuatu pengalaman baru buat saya kerana sebelum ini lebih banyak mengacarakan program berbentuk hiburan atau santai," ujarnya. Fara bagaimanapun memberitahu dia tidak akan mengikut cara penyampaian pengacara terdahulu tetapi akan menggunakan gaya tersendiri dalam memberi pembaharuan pada Nona. "Saya diambil oleh kerana pihak pengurusan percaya kepada kebolehan saya dan menjadi tanggungjawab saya untuk membawa program itu ke satu peringkat lain untuk memastikan ia terus mendapat perhatian penonton," katanya. Fara bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai gandingannya bersama Neelofa dan kelainan bakal dipaparkan oleh pihak produksi untuk program itu dan berharap peminat akan terus menyokongnya. | ||||
Zizan Nin Terjerumus Ke 'Jalan Songsang' Posted: 28 Oct 2011 08:04 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon berbakat, Zizan Nin memberitahu berbesar hati dapat bersama-sama menjayakan drama Jalan Songsang yang bakal disiarkan dalam slot Cerekarama di TV3. Menurut pelakon itu, dia teruja dengan skrip telefilem berkenaan yang sarat dengan unsur keagamaan dan watak tersebut lain daripada yang pernah dilakonkannya sebelum ini. Mengisahkan mengenai seorang ustaz muda (Zizan) yang cuba mendekati golongan remaja dan belia bermasalah, Zizan dalam satu kenyataan media memberitahu dia berharap lakonannya itu dapat menyampaikan mesej yang baik dan murni. Diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd, Jalan Songsang turut dibarisi oleh pelakon seperti Shiela Mambo, Wan Sharmila, Hairi, Johan As'ari dan Widya. Dalam perkembangan lain, Zizan juga bakal muncul dalam drama bersiri Musolla Al-Amin untuk siaran TV Al-Hijrah dan telefilem, Cinta Thosai di RTM. Dia juga kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri Puisi Cinta Rubiah bersama-sama pelakon baru iaitu Ixora Chern dan Tia Ibrahim. | ||||
Kepelbagaian Program Menarik Media Prima 2012 Posted: 28 Oct 2011 08:03 PM PDT KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumkan barisan kandungan rancangan menarik yang bakal disiarkan untuk 2012. Pelbagai rancangan baru dan terbaik ditawarkan oleh stesen-stesen Media Prima iaitu, TV3, NTV7, 8TV dan TV9 sepanjang tahun hadapan termasuk rancangan berbentuk siri dari Amerika Syarikat dan drama-drama Asia terbaik. Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, susunan program terbaru rangkaian itu akan merangkul capaian lebih jauh dan berkesan dalam memastikan dapat menarik minat menonton. Ahmad Izham berkata, pihaknya akan terus memastikan semua penonton berpuas hati dengan semua prorgram di saluran milik Media Prima. "Media Prima kini menguasai 49 peratus daripada penonton di negara ini dan peratusan itu adalah tertinggi . Oleh itu kami perlu memastikan semua program yang disajikan adalah terbaik. "Untuk tahun hadapan sahaja kami telah melabur hampir RM250 juta untuk program berkualiti dan penjenamaan bagi mengekalkan penonton teras kami, di samping melebarkan capaian kepada penonton generasi baru yang lebih luas," katanya. Ahmad Izham berkata demikian pada sidang media selepas majlis pra tonton program terbaru Media Prima di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Jumaat. Antara rancangan terbaru yang bakal disiarkan di TV3 adalah seperti drama bersiri Atas Nama Cinta, Malaya, Bukan Bidadari, Amukan Puchong, Mahabbah dan sebagainya. Manakala, Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26), Anugerah Bintang Popular ke-25 (ABPBH 2011) dan Anugerah Skrin 2012 dijangka akan menyemarakkan lagi kerancakan program di TV3. Tidak cukup dengan itu, TV3 juga akan membawakan program-program daripada United Kingdom dan Fillipina seperti drama bersiri Merlin dan Endless Love. Manakala program berbentuk majalah seperti Majalah 3, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, 999, 360, Bersamamu dan Nona akan kekal bersiaran pada waktu perdana. Rancangan berbentuk hiburan seperti Melodi, Muzik-Muzik, Jalan Jalan Cari Makan, Jangan Tidur Lagi, Fuhhh dan Mentor juga masih dikekalkan selain memperkenalkan program hiburan terbaru Vokal Bukan Sekadar Rupa. Ahmad Izham berkata berkata, program realiti seperti Mentor dan Vokal Bukan Sekadar Rupa dijangka akan terus mendapat perhatian kerana ia mempunyai pengikut tersendiri selain mendapat sambutan menggalakkan dari penonton. "Rancangan seperti Mentor sentiasa mendapat perhatian daripada penonton dan kini program Vokal Bukan Sekadar Rupa mempunyai rating meningkat walaupun ia masih baru. Ia sesuatu yang baik," ujarnya. Sementara itu, stesen nombor dua negara, TV9 akan memperluaskan dimensi penonton mereka lebih luas dengan memperkenalkan program terbaru sepeerti 9X yang menfokuskan kepada remaja yang meminati muzik dan kreativiti. Selain itu, TV9 juga akan memasukkan beberapa program antarabangsa seperti Teenwolf, Nine Lives of Chloe King dan Soundcheck. "Kita juga akan memperkenalkan sebuah program realiti bertajuk VS (VERSUS) dengan kerjasama daripada Hot FM iaitu sebuah pertandingan nyanyian dengan hadiah lumayan berjumlah RM250,000. Tidak ketinggalan slot drama masih dikekalkan dengan penambahan beberapa siri baru seperti Pulau dan Bulan, Bintang dan Kita. Selain itu antara drama yang dijangka popular adalah Cinta Jangan Pergi dan Friday I'm In Love. "Paling menarik bersempena EURO 2012 tahun depan kita akan memperkenalkan sebuah program untuk peminat bola iaitu Gila Bola yang akan dihoskan oleh Seelan Paul dan Kieran daripada Hot FM," ujarnya. Dalam pada itu, stesen 8TV, bakal menyiarkan The Vimpire Diaries, Gossip Girl, Criminal Minds, Desperate Housewives musim terkahir, Revenge, Switched at birth, American Idol 10, The X-Factor, Teen Choice Awards, MTV Movie Awards dan MTV Video Music Awards. Selain itu, ntv7 turut menyiarkan musim terbaru Grey's Anatomy, Two And A Half Men, Glee, Bones, Lie To Me, The Mentalist, Drop Dead Diva dan Fighting Spiders sebuah drama daripada Singapura yang dijangka akan mendapat perhatian penonton. Manakala program bual bicara seperti The Oprah Winfrey Show, The Martha Stewart Show, The Rachael Ray Show dan Bella akan diteruskan. | ||||
Jessica Biel Dan Justin Timberlake Bersama Semula Posted: 28 Oct 2011 08:02 PM PDT NEW YORK: Jessica Biel dan Justin Timberlake dilihat menghabiskan masa bersama di restoran milik Justin, Southern Hospitality. Beberapa pengunjung yang turut berada di situ memberitahu pasangan itu kelihatan mesra walaupun telah berpisah dan menguatkan spekulasi bahawa mereka masih bersama. Pasangan Hollywood yang dilihat sesuai dan akan bertahan lama itu sebelum ini telah memutuskan hubungan cinta mereka yang terjalin sejak 2007. Malah Jessica baru-baru ini turut kecoh dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Collin Farell namun masing-masing enggan mengulas mengenai berita itu. | ||||
Syahrini Duet Dengan Rhoma Irama Untuk Bapa Posted: 28 Oct 2011 08:01 PM PDT JAKARTA: Penyanyi Syahrini memberitahu berbangga dapat berduet dengan penyanyi dangdut Rhoma Irama pada satu persembahan di Studio MNCTV di sini kelmarin. Syahrini berkata, kolaborasi itu adalah peluang yang sentiasa dinanti-nantikan olehnya kerana memang meminati penyanyi lagenda itu. "Kolaborasi dengan Rhoma adalah sesuatu yang saya tunggu-tunggu selama ini," ujarnya ketika ditemui selepas selesai membuat persembahan dengan Rhoma. Syahrini memberitahu dia sudah mengenali Rhoma sejak kecil kerana bapanya sangat menggemari penyanyi itu. Malah pada malam itu, Syahrini mendendangkan lagu kegemaran arwah bapanya. "Bapa saya cukup meminati Rhoma dan peluang berduet dengannya adalah sebagai sebuah hadiah buat arwah bapa saya," ujarnya. | ||||
Posted: 28 Oct 2011 07:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin. Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.
"Pensyarah itu muncul kira-kira 10 minit kemudian. Sebaik masuk ke biliknya, pensyarah berkenaan terus memegang pipi mangsa sebelum duduk di kerusinya," katanya.
"Bagaimanapun, pensyarah itu mendakwa tidak mahukan tugasan berkenaan sebaliknya memberitahu mahukan benda lain," katanya.
| ||||
Posted: 28 Oct 2011 07:54 PM PDT HEBAT...satu aksi J.Lo di pentas yang mampu memukau mata peminat. SEJAK berpisah dengan suaminya, Marc Anthony pada Julai lalu, penghibur Latin paling seksi, Jennifer Lopez atau J.Lo dilihat sangat mudah tersentuh hati. Mungkin bibirnya masih mampu terse�nyum namun jauh di lubuk jiwa, penyanyi lagu On The Floor itu masih menahan luka. Contoh terbaru, minggu lalu, J.Lo tidak dapat menahan rasa sebaknya tatkala menjayakan persembahan di depan ribuan peminat pada konsert Ulang Tahun Ke-15 Mohegan Sun di Connecticut, Amerika Syarikat (AS). Air mata J.Lo mula bergenang dan seterusnya berlinangan selepas memandang wajah anak kembarnya, Max dan Emme terpampang pada skrin di atas kepalanya sewaktu menyampaikan lagu If You Had My Love.
| ||||
Posted: 28 Oct 2011 07:51 PM PDT KESAL...Noreah bersama suaminya, Osman menunjukkan dokumen berkaitan kes saman mereka. KUALA LUMPUR: "Saya sedih melihat keadaannya yang sering mengamuk dan menyalahkan diri sendiri sejak enam tahun lalu. Lebih merisaukan, dia juga mencederakan anggota badan terutama lengan kirinya yang cacat akibat kemalangan itu. "Kami sekeluarga berikhtiar dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional kerana dia berang dan berubah sikap apabila mendengar perbualan mengenai peguam yang menipunya," kata warga emas, Noreah Mat Resat, 58, mengenai perubahan sikap suaminya selepas ditipu peguam pada 2005.
Selain menjadi panas baran, dia juga sering menghantukkan kepalanya ke dinding rumah sehingga cedera dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan tidak terkawal menyebabkan ahli keluarga bimbang berlaku sesuatu kejadian tidak diingini. Menceritakan kejadian itu, Noreah berkata, segala-galanya berlaku selepas suaminya yang juga penyelia di sebuah kilang papan di Karak, dekat Gombak, mengalami kemalangan akibat mata gergaji mesin pemotong kayu terputus dan menghiris lengan kirinya.
"Empat belas tahun menunggu, akhirnya ahli keluarga yang tidak sabar membuat semakan di mahkamah dan mendapati suami memenangi kes berkenaan dan layak menerima pampasan RM89,900 yang diserahkan kepada peguam sejak 2002," katanya selepas membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di sini, semalam.
Mendapati mereka menjadi mangsa keadaan, perkara itu dirujuk kepada Biro Bantuan Guaman Raub dan dipanjangkan ke Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam untuk tindakan lanjut.
| ||||
Honda CR-Z masuk pasaran Malaysia minggu depan Posted: 28 Oct 2011 07:51 PM PDT CR-Z...kereta terbaik Jepun. HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) akan memperkenalkan Honda CR-Z, kereta sport hibrid yang memenangi anugerah Kereta Terbaik Jepun 2010 ke pasaran negara ini, minggu depan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Malaysia menjadi negara Asean pertama melancarkan model berkenaan.
"Pelancaran CR-Z sememangnya seiring dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan teknologi hijau dan memastikan pembangunan lestari di negara ini," katanya dalam kenyataan di Petaling Jaya semalam.
Sejak memasuki pasaran di Jepun pada Februari 2010, model ini sudah dijual hampir 34,000 unit di seluruh dunia sehingga Disember tahun lalu. | ||||
Posted: 28 Oct 2011 07:41 PM PDT TAK SEHALUAN...Hamilton dan Nicole hanya sempat berpacaran selama empat tahun. LONDON: Hubungan cinta Nicole Scherzinger dengan Juara Formula 1 2008, Lewis Hamilton, putus selepas penyanyi kumpulan Pussycat Dolls itu didakwa mahu mereka berkahwin dan memulakan keluarga. Selepas bosan kerana terpaksa meluangkan banyak masa ke atas Hamilton, Nicole didakwa mahu hubungan mereka ditingkatkan daripada sekadar pasangan kekasih.
Bagaimanapun, desakan itu ditolak Hamilton, 26, dan pemandu kereta Formula 1 daripada pasukan McLaren – Mercedes itu mengambil keputusan menamatkan hubungan mereka.
Ketika ditemubual wartawan, Nicole berkata, dia merancang untuk mendapatkan anak bersama Hamilton pada satu hari nanti.
Sementara itu, Hamilton berkata, dia tidak sabar untuk menghabiskan cuti Krismas bersama keluarganya.
"Apa yang penting ketika ini ialah, bagaimana anda melaluinya, tetapi dengan keluarga yang sentiasa membantu, saya bersedia," katanya. | ||||
Posted: 28 Oct 2011 07:40 PM PDT PELAMIN...selain busana, D'Cinnamon Beauty House turut menyediakan perkhidmatan pelamin, katering dan solekan. MEMPELAI yang mengenakan gaun perkahwinan bersesuaian dengan karakter peribadi mereka akan lebih yakin, sekali gus memancarkan aura kecantikan semula jadi ketika berada di hadapan ribuan tetamu. Oleh sebab itu, penting bagi bakal mempelai mempamerkan karakter asli ketika berbincang dengan perunding perkahwinan bagi membolehkan busana pilihan bersesuaian dengan bentuk tubuh serta jenis fabrik digunakan supaya kedua-duanya anggun menawan tatkala berjalan menuju ke pelamin nan indah. Menurut pemilik butik D'Cinnamon Beauty House yang hanya mahu dikenali sebagai Hanie, kebanyakan mempelai banyak membuat rujukan menerusi majalah dan Internet mengenai konsep serta gaun yang akan digayakan. Apa yang dipamerkan di dalamnya semuanya bersifat sempurna dari segi fabrik, perincian manik, solekan dan model yang menggayakannya.
| ||||
Posted: 28 Oct 2011 07:36 PM PDT TERSUMBAT...Lia menunjukkan tempat pembuangan sampah rumahnya yang tersumbat. KUALA LUMPUR: Rasa terancam dan tidak selamat. Itu situasi yang sering membelenggu beberapa penduduk di Flat PKNS AU2 Keramat, di sini, apabila suasana flat berubah perkampungan setinggan. Flat satu bilik yang didiami penduduk sejak 1991 itu, mula menjadi seperti kawasan perkampungan rumah papan dipercayai perbuatan warga asing yang membuat penyambungan di rumah masing-masing tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Malah, daripada tingkat atas suasana semakin tercemar dengan bumbung berkarat ditambah susunan zink yang berselerak seolah-olah seperti di kawasan setinggan.
"Pernah kami sekeluarga dikejutkan dengan ulat sampah yang bersepah di dapur menyebabkan saya terpaksa turun dan naik tangga untuk membuang sampah," katanya.
"Flat ini sangat hampir dengan jalan raya, dengan kawasan permainan yang terhad pastinya ia mengundang rasa bimbang ibu bapa apabila anak-anak mengambil risiko bermain di tepi jalan oleh kerana taman permainan sudah tiada.
| ||||
Posted: 28 Oct 2011 07:32 PM PDT KEBERANIAN Tang Wei melakonkan aksi berahi ketika membintangi filem arahan Ang Lee, Lust, Caution, empat tahun lalu hampir membunuh kariernya yang pada saat itu sedang memuncak. Ketika membintangi Lust, Caution, Tang belum mempunyai nama besar malah bakatnya cuma berlegar dalam penerbitan drama bersiri televisyen. Kemanisan yang diharap berpanjangan tanpa disangka membawa musibah besar apabila aksi berahi Tang itu mengundang kemarahan pihak berwajib di China. Impak daripada kecaman itu, nama Tang disenarai hitam daripada membintangi drama dan filem selama dua tahun, malah kontrak iklan menggunakan wajahnya juga ditamatkan. Meskipun Lee yang turut memberikan sentuhannya dalam satu lagi filem kontroversi, Brokeback Mountain memotong hampir tujuh minit daripada keseluruhan babak panas dalam produksi, ia tidak mengubah nasib malang Tang. Nasib malang Tang, 32, yang ketika itu diramalkan bakal mencipta nama besar di China bertimpa kerana kehilangan kontrak bernilai lebih RM2 juta apabila namanya digugurkan bagi menghiasi iklan penjagaan kulit, Pond's. Bukan hanya aksi berahi Tang yang mencetuskan kemarahan, malah produksi filem yang tidak bersifat patriotik turut dikenal pasti sebagai punca utama kepada kontroversi Lust, Caution. Lantaran tiada tawaran baru, Tang yang bercita-cita menjadi ahli arkeologi dan peguam namun menceburi dunia lakonan selepas bergelar model berpindah ke Hong Kong sebelum terbang ke United Kingdom selama tiga bulan. Sepanjang kehilangannya itu, Tang memperkemaskan diri dengan mengambil kursus pendek drama dan bahasa Inggeris, malah turut terbabit dalam pementasan Shakespeare untuk projek graduannya. "Seseorang pelakon harus memiliki jiwa kental, selain berani membina benteng pertahanan diri yang kukuh. Mereka harus menjadi seperti rumput yang sentiasa degil untuk tumbuh tanpa sesekali gentar dipijak," katanya. Selepas tiga tahun menyepikan diri, tahun lalu Tang kembali ke layar perak dengan filem romantik komedi, Crossing Hennessy menemukannya dengan penyanyi dan aktor popular Hong Kong, Jacky Cheung. "Saya tidak pernah mahu menjadi seorang bintang, ramai juga yang maklum mengenainya. Tetapi masih ramai yang datang dan memberitahu: "Oh! Kamu sekarang seorang bintang". "Hakikatnya saya tidak pernah tahu ke mana haluan saya. Saya cuma mengimpikan sebuah kehidupan ringkas namun membahagiakan. "Memang saya berubah tetapi perubahan itu adalah kerana tuntutan dalam kerjaya ini. Saya masih berusaha keras mencari ruang damai untuk diri sendiri," katanya. Tang berkata, kegembiraan yang dikecapinya hari ini datang daripada mereka yang berada di kelilingnya. Tanpa ragu, Tang mengakui keluarganya ialah insan yang penting yang membuatnya sentiasa ceria dan bertenaga. "Kegembiraan juga saya nikmati ketika bersama kru penggambaran. Mereka sentiasa mengambil berat, begitu juga dengan pengarah yang tidak mengabaikan keperluan saya. "Namun kebahagiaan sebenar datang dari hati paling dalam. Saya selalu mencarinya, malah sentiasa tertanya-tanya apa sebenarnya yang saya mahukan. "Saya bersyukur kerana mampu berdikari, malah berada dalam bidang yang paling saya cintai tetapi apakah itu kebahagiaan hakiki? "Apa pun juga saya percaya kebahagiaan sejati adalah di syurga. Di situ manusia hidup akan dalam keadilan dan percaya adanya syurga dan pembalasan mengubah hidup saya dengan pantas," katanya. Bakal jadi gadis Bond? BIARPUN sudah menyunting aktres Perancis, Berenice Marlohe untuk beraksi sebagai gadis Bond terbaru namun pengarahnya, Sam Mendes dan pelakon utamanya, Daniel Craig masih mencari satu lagi wajah eksotik untuk mendampingi aktor itu. Tang dikatakan menjadi calon pilihan utama Mendes dan Craig, bersaing dengan Fan Bingbing, Li Bingbing, Shu Qi dan Josie Ho yang kesemuanya belum dikenali di Amerika Syarikat. Lima nama itu berada dalam senarai utama selepas produksi berkenaan menemubual lebih 100 aktres di sekitar Asia. Tang disebut-sebut sebagai calon pilihan kerana penguasaan bahasa Inggerisnya yang baik. Dia menguasai bahasa itu selepas mengambil kursus pendek di University of Reading, United Kingdom ketika namanya dibekukan daripada lakonan. Media juga difahamkan, pengurusan Tang turut bertanggungjawab sebagai pelabur dalam edisi ke-23 Bond yang masih belum memiliki judul tetap. Watak itu menjadi rebutan ramai aktres Asia apatah lagi impak kemunculan Datuk Michelle Yeoh dalam Tomorrow Never Dies memperkenalkan namanya di pasaran antarabangsa. Jika berjaya, beliau akan menjadi pelakon Asia kedua untuk watak idaman ramai aktres dari seluruh dunia itu. | ||||
Posted: 28 Oct 2011 07:29 PM PDT
SIFAT kepimpinan yang ada pada Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad, 47, membuka pintu hati Tun Nurul Huda Abdul Rahim, 28, untuk menerima pakar motivasi itu sebagai suaminya. Walaupun ketika itu perbezaan usia mereka amat ketara, terbukti ia bukan menjadi halangan untuk kedua-duanya sepakat dengan keputusan mendirikan rumah tangga. Tun Nurul Huda, mendirikan rumah tangga pada usia yang begitu muda, iaitu 20 tahun setelah tiga tahun mengenali hati budi masing-masing. Diperkenalkan oleh kawan-kawan, wanita ini mengakui begitu tertarik dengan karisma dan sikap Dr. Tengku Asmadi yang banyak membimbingnya. Pada awal perkahwinan agak sukar juga bagi Tun Nurul Huda mengikut rentak suami yang jauh lebih matang dan berpengalaman, namun memasuki usia tiga tahun perkahwinan, beliau semakin memahami kehendak suami. ''Pada mulanya saya takut juga berkahwin dalam usia muda apatah lagi tidak yakin mampu menjadi seorang ibu. Namun dengan bimbingan suami segalanya dapat diatasi,'' kata Tun Nurul Huda yang berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia baru-baru ini ditemani suami dan anak-anak. Tambahnya, beliau bukanlah jenis wanita yang mudah jatuh cinta dan tidak suka keluar tanpa ada urusan yang munasabah. Tetapi itulah yang dikatakan jodoh apabila pertemuan dengan Dr. Tengku Asmadi mengubah hati dan perasaannya untuk mencintai lelaki yang dirasakan serasi dengannya. Dalam pada itu Dr. Tengku Asmadi pula mengakui ketika memikirkan untuk berkeluarga, beliau mahukan seorang wanita yang mempunyai kekuatan dan kekuatan itu ada pada Tun Nurul Huda. ''Tun Nurul Huda memiliki ketabahan dan paling penting beliau mengikut cakap, mudah dibentuk dan tidak membangkang. Jika sebaliknya, sukar juga kerana usianya yang masih muda. ''Selain itu, saya tidak mahu calon isteri saya mempunyai ramai teman lelaki dan beliau pula bersekolah di sekolah perempuan,'' ujar Dr. Tengku Asmadi, yang berasal dari Seberang Takir, Terengganu. Beliau menjelaskan, Tun Nurul Huda yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik merupakan seorang anak yang manja dengan ibunya dan dikatakan sebagai anak emak. Namun demikian beliau berjaya mengeluarkan Tun Nurul Huda daripada dunia manjanya dan kini mampu berdikari serta tegas. Jika dahulu sebelum berkahwin, Tun Nurul Huda merupakan seorang yang pemalu, kini tidak lagi. Tun Nurul Huda yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), juga adalah pengacara rancangan bual bicara Assalamualaikum yang disiarkan di TV Al-Hijrah pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. ''Suami merupakan pendorong utama saya untuk menjadi pengacara dan beliau yang menghantar saya pergi uji bakat. Alhamdulillah daripada 600 orang yang datang, saya terpilih,'' ujar Tun Nurul Huda yang turut meminati bidang perniagaan dan kini mengeluarkan produk sendiri, iaitu jamu Ratu Warisan dan Kopi Pegaga. Sementara itu menurut Dr. Tengku Asmadi, beliau menyokong sepenuhnya apa yang dilakukan oleh isterinya asalkan tidak melampaui batas sebagai seorang isteri. ''Saya melihat di luar sana ramai isteri yang terlalu dikongkong oleh suami. Apabila kehilangan suami, si isteri terumbang-ambing dan tidak tahu hala tuju,'' katanya yang kini sedang sibuk dengan program motivasi cuti sekolah di Wisma Belia MAYC dan Seminar Perdana 1PAC Ibu bapa Prihatin Anak Cemerlang bersama Datuk Dr. Fadzilah Kamsah pada 26 dan 27 Disember 2011. Walaupun sering berjauhan kerana kesibukan Dr. Tengku Asmadi dengan kursus-kursus motivasi yang dikendalikannya, pasangan ini bijak menggunakan masa yang terhad untuk bersama dengan keluar berduaan menonton wayang, bermain boling, makan-makan atau bersiar-siar. Ada ketikanya jika Dr. Tengku Asmadi ke luar daerah, Tun Nurul Huda akan ikut bersama sambil membawa kedua-dua permata hati mereka, Tengku Puteri Qaisara, 7, dan Tengku Imran Danial, 4. | ||||
Posted: 28 Oct 2011 07:28 PM PDT Puan Aniz, Melissa Kota Kinabalu. Terima kasih atas kiriman e-mel daripada adik Melissa. Tersentuh hati saya membaca kiriman e-mel ini , tidak dapat dinafikan apabila berlakunya keretakan dalam rumahtangga mahupun konflik dalam institusi perkahwinan, yang menerima impak yang lebih besar adalah anak-anak sebenarnya. Lebih-lebih lagi dalam suasana pembesaran anak-anak yang sangat dahagakan kasih sayang, perhatian, belaian dan juga didikan serta bimbingan daripada role model mereka iaitu selayaknya ibu dan ayah dalam perkembangan personaliti yang normal. Tetapi ini semua tidak selalu terjadi. Ibarat 'ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari'. Namun, yakin dan percayalah di sebalik rintik-rintik hujan yang hadir Allah SWT sebenarnya ingin menghadiahkan keindahan pelangi yang memukau hati dan pandangan yang melihatnya. Buat adik Melissa, yakinlah setiap yang berlaku dalam perjalanan insan ini, sebahagiannya sudah tertulis di Luh Mahfudz. Kita sebagai hamba yang kerdil terkadang tidak mampu untuk menolak takdir Allah SWT. Apa yang berlaku punya rahsia dan hikmah yang tersendiri. Dalam usia menginjak remaja dan sudah punya akal yang waras untuk berfikir, Melissa bertindaklah dengan bijak. Jangan sesekali membiarkan kemelut yang hadir merosakkan kehidupan Melissa, seharusnya Melissa lebih kuat, cekal dan tabah meneruskan kehidupan. Sebagai anak yang solehah lakukan yang terbaik untuk memberi kelapangan dan rasa bahagia buat ibu dan ayah Melissa. Usah sesekali Melissa mendendami ayah, apa yang berlaku adalah masalah antara ibu dan ayah. Maka doakanlah yang terbaik untuk perjalanan dan kehidupan Melissa seisi keluarga. Sekiranya ada hak-hak yang mungkin ayah sendiri tidak ambil pusing mahupun kecurangan atau pengkhianatan lantaran mabuk cintanya, itu antara dia dengan Tuhan, namun dia tetap masih ayah Melissa. Keramat ibu dan ayah sangat luar biasa, insya-Allah yakin dan percayalah mohon selalu pada Allah SWT tanpa lelah dan jemu agar kasih sayang dan cinta ibu dan ayah Melissa bertaut kembali. Setiap manusia tidak lepas dari kesilapan dan kesalahan, ada sebab Allah SWT turunkan ujian masing-masing juga pasangan suami isteri untuk belajar dan menginsafi kelemahan yang hadir dan berusaha memperbaikinya demi reda Allah SWT. Memelihara kesejahteraan dan keharmonian hubungan kekeluargaan khususnya anak-anak yang sememangnya mengharapkan pimpinan dan kasih sayang dari orang tuanya. Serahkan semuanya kepada Allah SWT insya-Allah hati Melissa akan lebih tenang dan bahagia. Ingat, jangan putus berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan ibu diberi kesembuhan, kekuatan dan kesabaran menerima ujian dari Ilahi lantas meneruskan kehidupan. Buat ayah pula, berdoalah untuk keinsafan dan kesedarannya yang mungkin terleka dengan dunia hamparan Ilahi. Salam rahmat! | ||||
Mentua benci kerana kami ditangkap khalwat Posted: 28 Oct 2011 07:27 PM PDT SETIAP pasangan yang bernikah mengharapkan rumah tangga mereka bahagia dan direstui ibu bapa kedua-dua pihak. Namun agak sukar untuk mendapat kebahagiaan itu jika pernikahan tidak direstui ibu bapa sehingga mencetuskan pelbagai cerita yang tidak enak didengar. Dalam kes seperti ini, biasanya hubungan dengan mentua akan menjadi masalah jika kehadiran menantu tidak berkenan di hati. Begitu mukadimah cerita saya minggu ini. Luahan hati seorang isteri bernama Maiza (bukan nama sebenar) yang menghadapi masalah dengan mentuanya, Zakiah (bukan nama sebenar). Semuanya kerana Maiza telah ditangkap khalwat dengan anak lelaki bongsu Zakiah, Manan (bukan nama sebenar). Kita ikuti kisah Maiza kepada untuk iktibar kita bersama. "Saya berusia lewat 20-an bekerja sebagai pegawai di sebuah syarikat pemasaran dan telah bernikah dengan Manan seorang pegawai di sebuah syarikat swasta dua tahun lalu. "Pernikahan kami berlangsung setelah kami ditangkap khalwat ketika sedang berbual sambil menonton TV di rumah sewa saya. Memang kami selalu berjaga-jaga tetapi pada hari kejadian, rakan serumah saya telah keluar membeli barang di kedai. "Pada masa kami tinggal berdua-duaan, pegawai pencegah maksiat dan AJK kampung datang menyerbu. Kami terperangkap walaupun kami tidak buat apa-apa kecuali sedang menonton TV, pintu rumah terbuka luas dan lampu satu rumah terpasang. "Bagaimanapun penjelasan yang kami berikan kepada mereka tetap tidak diterima walaupun teman serumah saya yang pulang dari kedai turut mengaku dia ada di rumah sebelum itu. Mereka langsung tidak mahu mendengarnya. "Saya dan Manan reda dengan apa yang berlaku. Memang kami ada niat untuk bernikah tetapi tidaklah dalam tempoh terdekat. "Kejadian yang berlaku menyebabkan kami segera bernikah. Faham-fahamlah apabila sudah ditangkap khalwat. Mana ada orang yang suka termasuk kaum keluarga dan kawan-kawan. "Kami tebalkan muka sebab kami tidak berbuat apa-apa yang salah jauh sekali perbuatan mungkar. Urusan pinangan berjalan seperti sepatutnya walaupun ibu Manan tidak mahu menerima saya. "Setelah dipujuk, dia mengalah. Majlis perkahwinan kami berlangsung dengan meriah, macam perkahwinan orang lain juga. "Selepas berkahwin saya meminta maaf kepada mentua saya dan berjanji akan menjadi isteri dan menantu yang baik. "Sedihnya dia menjawab dengan berkata, sudah ditangkap khalwat macam mana hendak jadi isteri dan menantu yang baik? "Saya tidak menjawab sebab terlalu sedih dan kecewa. Begitu hukuman yang dijatuhkan oleh ibu mentua saya. Sejak itu hubungan saya dengan mentua menjadi dingin berbanding penerimaan keluarga saya terhadap Manan. "Saya cuba menyesuaikan diri dan berusaha mendekati mentua. Seboleh-bolehnya saya cuba mengambil hatinya kerana tidak mahu selama-lamanya hubungan kami dingin. Tambahan pula kami tinggal sebumbung. "Malangnya dia tetap menolak kebaikan yang ingin saya wujudkan dan selalu mencari kesilapan saya. "Semua yang saya buat tidak kena. Tolong tidak kena, tidak tolong pun jadi masalah. Kehadiran saya bagaikan patung di dalam rumah itu. Saya merasa sedikit tenang apabila Manan ada di rumah. "Saya duduk dia bangun, saya masuk bilik dia keluar, saya keluar dia masuk bilik. Kalau kami menonton TV di ruang tamu dia akan masuk bilik. "Diajak makan sama-sama langsung tidak dipedulinya malah dia akan mencari pelbagai alasan untuk mengelak daripada makan bersama saya dan suami. "Saya merasa amat sedih dengan keadaan ini. Saya faham dia malu tetapi kami telah terangkan apa sebenarnya berlaku. Mahkamah juga telah menerima pengakuan kami. "Siang malam saya berdoa agar mentua akan lembut hati, menerima saya dan berbaik-baik dengan saya, namun sehingga kini ia tinggal harapan semata-mata. "Kini dua tahun usia perkahwinan kami. Setakat ini kami masih belum dikurniakan zuriat walaupun saya mengharapkan Allah SWT memberi saya zuriat lebih awal bagi menambat hati mentua. "Saya berharap kehadiran cucu dalam hidupnya akan mengubah pandangannya terhadap saya. Saya tahu saya bersalah. Saya sudah bertaubat dan minta ampun kepadanya. "Saya juga manusia biasa, buat silap dan saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Lagipun kami telah bernikah secara sah, tidak ada apa yang perlu dijadikan isu lagi. "Saya hairan, kenapa ibu bapa dan keluarga saya boleh menerima Manan dengan baik sedangkan mentua saya tidak dapat menerima saya? Mak saya hanya minta saya bersabar dan berdoa, satu hari hati mentua saya akan lembut juga. "Saya akan tunggu saat itu. Mudah-mudahan Allah SWT akan tunaikan hajat saya itu. Saya mahu jadi menantu yang baik isteri solehah dan hidup bahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. Saya amat berharap hajat saya itu akan menjadi kenyataan," Maiza menamatkan cerita. Saya amat simpati dengan masalah yang Maiza lalui namun ketabahan dan kesabaran Maiza amat saya kagumi. Perasaan malu akibat ditangkap khalwat tidak menghalangnya daripada mengambil hati mentua dan orang sekeliling. Malah saya berharap Maiza akan meneruskan sikapnya itu sehingga hati ibu mentuanya lembut dan dapat menerimanya sebagai menantu. Apa yang sudah berlaku jadikan pengajaran. Saya percaya setiap manusia yang insaf dan sedar dengan perbuatannya akan diberi rahmat oleh Allah SWT dan dilindungi dari segala bahaya. Nasihat saya setelah keadaan reda, elok ajak suami berpindah dan tinggal berasingan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih kalut. Mengakhiri catatan, pesanan saya lapangkan dada ketika menghadapi masalah kerana cara itu membolehkan anda berfikir dengan waras dalam mencari satu penyelesaian yang membahagiakan. Salam. | ||||
Posted: 28 Oct 2011 06:57 PM PDT Mengenakan sesuatu rekaan sama ada pakaian mahupun aksesori khusus ditujukan untuk anda, pasti menimbulkan perasaan berbeza. Mengapa? Kerana apabila perasaan 'kepunyaan' itu wujud, pastinya anda akan dapat menyerlahkan kemampuan dan keyakinan diri dengan lebih baik. Seiring dengan prinsip itu jugalah jenama terkenal, French Connection tampil dengan kempen yang lain daripada lain. Tujuh kempen I am (sayalah) yang berlangsung dari September hingga Disember, masing-masing memberikan maksud yang tersendiri. Ada mesej tertentu yang ingin disampaikan oleh pereka fesyen jenama yang lebih mudah dikenali dengan singkatan FCUK ini. Menyemarakkan sambutan atau dengan makna lain 'semangat' bergaya, I am sebenarnya adalah bentuk aura yang timbul apabila si pemakai memakai koleksi keluaran musim luruh/dingin 2011 ini. Bermula dengan I am The Trailer diikuti dengan I Am The Blouse, I am The Lucky Shirt, I am The Skirt, I am The Jumper dan I am The Trousers kesemua ini disatukan dalam satu konklusi diberi nama I am The Magic Dress yang bakal dipamerkan pada bulan kemuncaknya iaitu Disember ini. Wanita yang memakai jenama French Connection ini dikatakan boleh memaparkan imej sebenar mereka dengan gaya pakaian yang dipakai. Manakala bagi lelaki pula, gaya kelelakian mereka terserlah dalam potongan pakaian yang rugged untuk apa jua majlis. Namun, apa yang ingin ditekankan ialah fesyen untuk wanita bagi koleksi ini memang lain daripada kebiasaan dengan penambahan unsur sulaman, pakaian luar dan potongan lebih feminin. Untuk lelaki pula, walaupun mengenengahkan unsur ranggi, ia sebenarnya mengambil inspirasi konsep ketenteraan yang sudah tentu menyerlahkan lagi kehebatan mereka . Tidak dilupakan juga adalah gabungan unsur retro tahun 1970-an untuk pakaian wanita yang diterjemahkan dalam potongan gaun maxi labuh, blaus baldu dan penambahan perincian labuci yang glamor. Selain pakaian, French Connection juga menampilkan koleksi aksesori hebat bergaya serta unik. Koleksi aksesori untuk musim luruh/dingin ini mengambil inspirasi daripada motif kulit kura-kura dan buaya. Pastinya aksesori ini amat sesuai dipadankan dengan koleksi I am ini. Bagi penggemar fesyen yang teruja dengan kempen I am FCUK ini boleh berkunjung ke butik French Connection yang terletak di Pusat Membeli Belah One Utama (fasa 2), Petaling Jaya, Selangor. | ||||
Makan percuma di Belinda Nasi Ayam Posted: 28 Oct 2011 06:56 PM PDT APAKAH perasaan anda jika ketika ingin membayar harga nasi ayam yang dimakan, tiba-tiba juruwang memberitahu: "Tidak perlu bayar, hari ini makan percuma di sini." Ia tentu menyeronokkan bukan? Kejutan itu juga sebenarnya menanti pelanggan bertuah di restoran Belinda Nasi Ayam. Restoran yang terletak di Pusat Perdagangan Tuanku Haminah itu memperkenalkan konsep makan percuma sebulan sekali kepada pelanggan bertuah. Pemiliknya, Rose Belinda Jusoh, 36, berkata, ia sebagai menghargai pelanggan yang menyokong perniagaan mereka, selain bagi tujuan mempromosi nasi ayamnya. "Sebulan sekali kami akan belanja pelanggan bertuah dengan hidangan nasi ayam. Tarikhnya akan ditetapkan iaitu antara 15 hingga 20 hari bulan, bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang. "Harinya juga tidak ditetapkan kerana ingin mengejutkan pelanggan. Seronok juga bila melihat wajah terkejut pelanggan yang kemudian sangat gembira apabila diberitahu perkara ini," katanya ketika ditemui S2 di restoran tersebut. Menurut Rose Belinda yang juga merupakan seorang usahawan kedai gambar, restoran berkenaan menyediakan tiga set menu nasi ayam iaitu Nasi Ayam Ayam Kampung berharga RM8 satu set, Nasi Ayam Special (RM6) dan Nasi Ayam Biasa (RM3.80). "Setiap menu didatangkan dengan kicap istimewa yang mempunyai resipi rahsia kami yang dicipta dengan nasihat anggota keluarga dan rakan-rakan terdekat. "Nasi Ayam Ayam Kampung antara yang digemari termasuk di kalangan orang Tionghua," katanya yang sudah 10 tahun menceburi bidang perniagaan. Kata Rose Belinda, satu lagi menu yang dijangka akan digemari adalah nasi ayam yang menggunakan burung puyuh. Menu ini akan diperkenalkan tidak lama lagi bagi memenuhi permintaan pelanggan. Bagi mengekalkan kualiti nasi dan ayam yang dimasak kata Rose Belinda, dia sendiri yang akan ke dapur setiap pagi untuk memasak hidangan tersebut. "Restoran ini mempunyai 10 pembantu tetapi bila bab memasak, saya sendiri yang akan buat bagi memastikan kualiti masakan," jelas ibu kepada empat anak ini. Wanita tersebut menguruskan restoran tersebut bersama birasnya, Salmi Chin, 38, dengan dorongan suami tersayang, Ranzi Halim, 40, yang juga merupakan seorang usahawan. Menurut Ranzi, berbeza dengan perniagaan restoran nasi ayam lain, restoran berkenaan memperkenalkan konsep kopitiam. | ||||
Posted: 28 Oct 2011 06:55 PM PDT KALAU bukan kerana filem Laskar Pelangi, tentunya Pulau Belitung tidak ubah seperti salah sebuah daripada 17,000 pulau di Indonesia yang barangkali hanya dikenali oleh masyarakat setempat. Namun, nasibnya berubah apabila filem yang mencetuskan fenomena sekitar tahun 2008 dan diterbitkan berdasarkan novel tulisan Andrea Hirata (anak jati Pulau Belitung) itu menjalani penggambaran di pulau berkenaan. Laskar Pelangi mencetuskan fenomena kerana jalan ceritanya yang mengupas kepayahan 10 anak nelayan gigih menimba ilmu di sebuah sekolah kampung usang di Pulau Belitung, Riau sekitar tahun 1975. Belitung dalam filem Laskar Pelangi diterjemahkan sebagai sebuah pulau di Sumatera yang terkenal kerana bijih timahnya. Jalan ceritanya pula menampilkan sosok yang cukup murung apabila sebahagian penduduknya relatif miskin. Mesej yang hendak disampaikan melalui filem itu ialah pentingnya dunia pendidikan sedangkan masyarakat Bintung hidup dibelenggu kemiskinan kerana pekerjaan mereka hanya lah sebagai buruh lombong bijih timah dan petani. Sebilangan besar daripada penonton filem Laskar Pelangi mengakui, jatuh cinta dengan keindahan yang digambarkan oleh sutradara Riri Reza yang menerajui karya tersebut. Didorong oleh perasaan sama selain mahu membawa momen-momen indah yang sering bermain-main di fikiran mereka yang belum pernah ke sana. | ||||
Keasyikan penginapan Singgahsana Lodge Posted: 28 Oct 2011 06:55 PM PDT SINGGAHSANA Lodge, nama ini mungkin janggal atau tidak diberi perhatian serius sebagai tempat penginapan pilihan oleh pelancong tempatan yang berkunjung ke Kuching, Sarawak, walaupun ia terletak di lokasi strategik. Mungkin kerana pihak pengurusannya tidak pernah mengeluarkan belanja untuk tujuan promosi melalui pengiklanan sejak ia mula beroperasi tujuh tahun lalu. Namun, di kalangan pelancong asing, Singgahsana Lodge merupakan satu nama yang agak terkenal dan mendapat ulasan yang baik di laman web panduan pengembaraan terkemuka seperti lonelyplanet.com, hostelworld.com dan tripadvisor.com. Selain itu, testimoni mulut ke mulut yang disebarkan oleh tetamu yang pernah menginap di Singgahsana Lodge juga menyebabkan ia sentiasa meriah dengan kehadiran pelancong asing. Benarlah kata pepatah, 'hanya jauhari yang mengenal manikam', ia kerana Singgahsana Lodge itu sendiri diasaskan oleh pasangan suami isteri, Donald dan Marina yang juga merupakan seorang pengembara tegar. Sebagai pengembara, mereka berdua memahami kehendak para pelancong yang mahukan tempat penginapan yang tidak membebankan kewangan, namun masih berpeluang menyelami suasana tempatan yang tulen. "Jika melancong dengan bajet yang terbatas, jarang sekali kita berpeluang menikmati intipati tempatan sebenar kecuali jika menginap di hotel warisan yang mewah. "Sebagai peminat seni, kami cuba menerapkan elemen dan sentuhan Sarawak asli di sini supaya setiap tetamu dapat merasakan mereka berada di bumi eksotik ini setiap kali bangun tidur di dalam bilik yang dipenuhi dekor tempatan yang unik," kata Marina kepada S2 baru-baru ini. Itulah antara keunikan hiasan dalaman di Singgahsana Lodge, anda akan merasakan benar-benar berada di Sarawak dengan artifak-artifak unik etniknya dijadikan hiasan dalaman. Penerapan elemen Sarawak dilakukan dengan teliti walaupun ia hanya membabitkan perkara yang kecil seperti papan tanda nama bilik menggunakan kulit kayu. Turut menghiasi dinding ialah koleksi gambar-gambar yang dirakamkan oleh Donald serta Marina sewaktu mereka berdua melancong di seluruh dunia dan ia dibuka untuk jualan. Selain aspek hiasan dalaman, Singgahsana Lodge turut mempunyai keistimewaan lain seperti polisi kebersihannya yang mewajibkan semua tetamu menanggalkan kasut dan alas kaki. Merokok juga tidak dibenarkan kecuali di kawasan khas dan berdasarkan maklumat daripada laman webnya, www.singgahsana.com, tetamu yang didapati melanggar peraturan berkenaan akan dikenakan denda RM50 atau diusir tanpa sebarang bayaran balik. Penulis sendiri pernah menginap di Singgahsana Lodge sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di bumi Kenyalang penghujung Disember tahun lalu dan ternyata ia memberikan satu dimensi baru. Tidak sekadar menikmati keasyikan hiasan dalaman ala Sarawak, penulis juga berpeluang bergaul dengan pelancong asing dari seluruh dunia yang tidak lokek berkongsi pengalaman asalkan kita tidak berat mulut. Konsep tiada televisyen di dalam bilik berjaya mewujudkan kemesraan dengan tetamu lain yang sama-sama berkongsi televisyen di lobi utama mahupun layar besar di bar terbuka yang terletak di tingkat paling atas Singgahsana Lodge. Bar yang hanya dibuka pada waktu malam itu merupakan tempat istirehat yang mendamaikan kerana ia menyajikan pemandangan indah Bandaraya Kuching pada waktu malam antaranya berlatarbelakangkan Kuching Waterfront dan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang serba moden. Pangkin kayu dan buaian rajut juga disediakan untuk tetamu bersantai bersama rakan-rakan selepas seharian menjelajah destinasi pelancongan menarik di sekitar Bandaraya Kuching. Untuk kelainan, jika tiada teman untuk berbicara bolehlah meluangkan masa membaca coretan tetamu lain dari seluruh dunia pada dinding bar terbuka berkenaan yang adakalanya boleh membuatkan anda tersenyum sendirian. | ||||
Beijing kota purba termaju di dunia Posted: 28 Oct 2011 06:54 PM PDT SEBAGAI kota purba termaju di dunia, Beijing atau juga dikenali sebagai Peking pastinya memiliki keistimewaan yang tersendiri. Destinasi tersebut yang turut dikenali ramai sebagai kota terpadat di dunia dengan bilangan mencecah 20 juta penduduk itu bukan sekadar kota biasa. Ini kerana sebagai sebuah bandar raya yang diiktiraf sebagai pusat Metropolis di China, Beijing dibahagikan kepada 14 daerah dalam bandar dan dua daerah di kawasan luar bandar. Selain itu, bandar tersebut juga dijadikan sebagai pusat pengangkutan utama, dengan berdozen landasan kereta api, lebuh raya dan tidak kurang juga sebagai tempat persinggahan atau transit buat kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa. Sejak berkurun lamanya, Beijing kini semakin maju sehingga berperanan sebagai jantung utama pergerakan ekonomi China dan pusat kebudayaan yang dipenuhi dengan pelbagai binaan lama dan moden. Istimewanya, destinasi ini amat terkenal dengan kemewahan istana-istana, kuil-kuil dan dinding-dinding batu besar serta pintu kepada khazanah warisan kesenian China. Di kota tersebut, pelawat dan pengembara mempunyai banyak pilihan untuk menghabiskan masa percutian bersama keluarga. Bagi yang melawat buat kali pertama, pemilihan destinasi mungkin antara perkara paling sukar untuk ditentukan kerana sebagai pusat tamadun manusia antara yang tertua dunia, Beijing menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi. | ||||
Posted: 28 Oct 2011 06:53 PM PDT KESEMPATAN untuk meneroka Gua Tempurung, Kampar, Perak, baru-baru ini sememangnya sukar untuk ditolak. Apatah lagi pelawaan itu datangnya daripada rakan lama. Kami sebenarnya sudah lama tidak melakukan aktiviti rekreasi bersama secara berkumpulan. Sebenarnya, kira-kira 18 tahun dahulu penulis pernah meneroka gua ini, jadi keinginan untuk melihat semula perkembangan dan perubahan yang berlaku pada gua ini sangat meluap-luap. Dulu, tiada sebarang kemudahan tersedia, semuanya dalam keadaan yang sangat asli dan terpelihara, kecuali terdapat beberapa kesan tinggalan komunis seperti pagar besi yang masih terlekat di beberapa bahagian dinding gua tersebut. Pada masa itu, keadaan udara di gua ini sangat segar dan sejuk menandakan gua ini sangat 'sihat' dan 'hidup'. Ketika itu, kubah, sungai kecil, stalagmit dan stalaktit serta kolam kecil bertingkat menjadikan gua tersebut sangat menarik untuk diterokai. Malangnya, pada kunjungan saya bersama Putrajaya Adventure Team (PAT) baru-baru ini mendapati, terdapat banyak perubahan berlaku di luar dan dalam gua tersebut. Penulis rasa terkilan kerana gua ini tidak diselia dengan baik dan tegas, terutamanya apabila para pengunjung bebas menyentuh permukaan gua yang boleh mengakibatkan gua itu 'dibunuh' secara perlahan-lahan. Perlu diingatkan bahawa gua ini mengambil masa ribuan tahun untuk mencapai proses kematangan bagi setiap formasi yang dilihat di dalam dan di luar gua. Tidak dinafikan, pihak pengurusan ada menyediakan laluan pada sebahagian besar gua ini untuk kemudahan pengunjung, tetapi terdapat beberapa 'pakej laluan' yang membenarkan pengunjung melepasi beberapa bahagian gua yang masih tidak terusik. Para pengunjung seharusnya perlu diberi garis panduan oleh jurupandu yang bertugas agar mereka tidak menyentuh dan mengganggu sebarang bentuk keaslian yang terdapat pada gua ini. Sementara itu, terdapat empat pakej rekreasi yang ditawarkan di Gua Tempurung iaitu Golden Flowstone (40 minit), Top of the World (1 jam 45 minit), Top of the World & Short River Adventure (2 1/2 jam) dan Grand Tour (3 1/2 jam). PAT memilih pakej Grand Tour yang merupakan pakej paling panjang, bermula dari platfom 1 hingga platfom 10. Trek ini akan melalui laluan mencabar yang pasti akan membuatkan peserta tidak sempat kering badannya kerana di sebahagian besar laluan ini para peserta akan dipaksa merangkak ke dalam sungai yang cetek dan sejuk. Kemudian mereka akan dibawa menggelongsor dalam kegelapan setinggi 20 kaki. Pengerusi PAT, Saiful Kadir berkata, para peserta juga akan diajar ikatan dan simpulan wajib yang mudah, tetapi ramai di kalangan peminat rekreasi tidak ambil peduli. "Pada kesempatan ini membolehkan PAT melatih mereka agar kemahiran tali dapat dikembangkan kerana terdapat banyak jenis ikatan yang perlu dipelajari bagi memperkasakan pengetahuan dan kemahiran mereka. "Antara ikatan dan simpulan yang sempat dipelajari ialah buku sila, double dan single of eight, bowline, stopper, fisherman dan italian hitch," katanya. Selepas sarapan pagi pada keesokan harinya, para peserta sudah bersedia untuk meneroka Gua Tempurung. Para peserta memulakan senaman ringan sambil bersiap sedia dengan lampu suluh masing-masing. Kumpulan penulis dipandu oleh Mohd. Sufi Abdul Manan. Gua Tempurung yang berusia lebih 400 juta tahun ini adalah yang terbesar di Perak manakala trek guanya memanjang sehingga 1.9 kilometer sehala. Terdapat lima kubah (chamber) yang besar, jadi nama gua ini diambil sempena kubahnya yang kelihatan seperti bawah tempurung kelapa. Laluan trek ke Golden Flowstone (pada pakej satu) telah disimen, manakala di tempat yang curam dan bertebing telah dipasang tangga dihiasi lampu- lampu berwarna-warni bertujuan menimbulkan mod di beberapa kawasan permukaan gua agar menarik dilihat dari jauh. Di sini terdapat banyak formasi batu kapur yang besar terbentuk dari larutan air batu kapur termasuk juga batu-batu marmar yang terdapat di kawasan sungai. Formasi yang terbentuk di sini seakan- akan menyerupai rupa haiwan antaranya kelihatan kucing, lembu dan ayam. Manakala najis-najis kelawar yang bercampur dengan kencingnya menghasilkan lukisan-lukisan abstrak semula jadi pada bumbung dan dinding gua. Kelawar boleh dilihat pada bulan Mac hingga Mei kerana bulan tersebut adalah musim mengawan bagi haiwan itu. Golden Flowstone dikenali kerana dinding-dinding gua yang terdapat di sini terdiri dari pasir-pasir halus seperti kristal. Sebahagian dinding gua ini yang basah dan berair kelihatan berkilauan apabila terkena suluhan lampu. Suasana ini akan memberi mod warna keemasan di sekitarnya. Platform empat pula yang setinggi 90 meter dari aras laut merupakan laluan angin. Situasi ini memberikan suasana nyaman kepada pengunjung kerana angin yang menerusi lorong ini sangat sejuk dan nyaman. Angin ini datang dari dua arah bertentangan iaitu melalui pintu masuk dan pintu keluar gua ini. Pertembungan ini akan memberi suasana angin pelbagai arah. Bagaimanapun kelajuan angin banyak bergantung dengan keadaan cuaca di luar. Jika waktu hujan, angin di sini menjadi lebih kuat dan sejuk begitulah sebaliknya. Oleh itu, lokasi ini menjadi lokasi popular untuk berehat bagi semua pengunjung. Platfom lima pula adalah kawasan tertinggi di sini. Dikenali sebagai `top of the world'. Dengan ketinggian 125 meter dari aras laut, ia merupakan lokasi tertinggi buat pengunjung. Bagi menjamin keselamatan pengunjung, sebanyak 640 anak tangga disediakan. Tambah menarik lagi apabila terdapat beberapa lampu menghiasi kawasan gua menjadikannya sangat menarik jika dilihat dari jauh. Aktiviti penerokaan gua sebenarnya bermula dari platfom ini sehinggalah ke platform 10. Tiada kemudahan disediakan, yang ada hanyalah trek yang kotor dan basah. Walaupun begitu, pakej ini adalah yang terbaik kepada pengunjung yang sukakan kelainan cabaran. Tiada lagi trek yang bersimen mahupun lampu-lampu di dinding gua. Dari sini, peserta perlu merangkak, menggelongsor, menyusur, meniarap di sungai dan menyusup ke dalam lubang-lubang kecil bagi meneruskan penerokaan ke tahap seterusnya. Kotor dan basah menjadi mainan sepanjang penerokaan bahagian terakhir gua ini. Hiruk-pikuk jeritan dan gurauan peserta memenuhi setiap ruang gua sesekali bergema mengiringi rentak kaki peserta. Keseronokan ketika melakukan penerokaan di gua ini akan menjadi sia-sia jika tiada yang memberi perhatian kepada formasi-formasi yang masih ada didalam gua ini kerana di bahagian inilah banyak kehidupan gua yang masih cuba meneruskan survivalnya. Sayang sekali kerana sepanjang penerokaan, penulis tidak melihat seekorpun kehidupan serangga mahupun mamalia di dalam gua ini selain kelawar. Selain itu, pengunjung tidak perlu risau mengenai keselamatan diri semasa berada di dalam gua kerana kemudahan yang disediakan di sini memang memuaskan. | ||||
Posted: 28 Oct 2011 06:52 PM PDT SIAPA kata masa membataskan aktiviti riadah seseorang, terutama bagi mereka yang sibuk dengan tugas pejabat hampir setiap hari? Ramai beranggapan, rutin harian di pejabat yang bermula seawal pukul lapan pagi dan berakhir pukul empat atau lima petang menyukarkan mereka untuk aktif beriadah atau bersukan. Bukan disebabkan penat bekerja seharian, kesuntukan masa untuk beriadah pada sebelah petang merupakan alasan biasa sebahagian besar masyarakat mengapa mereka jarang atau langsung tidak melakukan aktiviti tersebut. Disebabkan waktu bekerja habis petang, ruang waktu yang ada sebelum menjelang malam begitu pendek - mana hendak balik ke rumah menyalin pakaian, berehat selepas penat bekerja seharian dan kemudian hendak beriadah atau bersukan! Namun, itu semua kini bukan lagi alasan. Ini kerana kebanyakan tempat termasuk di Perlis, masyarakat pelbagai golongan tidak perlu tergesa-gesa malah mempunyai banyak masa untuk berehat selepas penat seharian bekerja. Semua ini menjadi mudah kerana Perlis turut mempunyai kemudahan untuk melakukan aktiviti tersebut pada waktu malam terutamanya futsal. Sebagai contoh, Arena Futsal yang terletak berhampiran Stadium Utama Negeri, Kangar cukup mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan lelaki malah golongan perempuan. Hakikat ini diakui oleh Nurul Ashikin Mohd. Josri, 25, seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang sering menjalani latihan dan mengadakan perlawanan futsal sehingga lewat malam atau awal pagi. "Bermain futsal sebelah malam memang menyeronokkan kerana kami (pemain) mempunyai banyak masa, kadang-kadang tanpa disedari malam sudah pun menjelang pagi," katanya. Menurut gadis muda yang mewakili negeri Perlis dalam perlawanan futsal dan pernah mewakili pasukan bola sepak wanita kebangsaan beberapa tahun lalu ini, bersukan pada sebelah malam lebih selesa dan menyeronokkan. "Sebelah malam lebih selesa bersukan kerana tidak panas di samping memberi banyak masa untuk saya berehat panjang pada sebelah siang sebelum memulakan aktiviti," tambahnya. Menurutnya lagi, aktiviti seumpama itu bukan sahaja mengeluarkan peluh malah turut mengeratkan hubungan persahabatan di antara rakan-rakan. "Jika sebelah malam, ramai rakan tidak mempunyai masalah untuk bermain futsal kerana tidak dibelenggu kerja dan aktiviti lain. "Memang menyeronokkan berjumpa rakan-rakan sambil bersukan dan menyihatkan badan," tambahnya. Rakannya, Nur Atikah Ramli, 26, memberitahu, dia berada di gelanggang tersebut hampir setiap malam untuk berlatih dan beraksi dalam perlawanan dengan beberapa pasukan lain. "Memang suasana dan gelagat rakan-rakan ketika di gelanggang cukup menghiburkan," katanya. Jelasnya, aktiviti tersebut secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan disebabkan beban kerja dan sebagainya pada sebelah siang. "Sebenarnya, ia juga dapat mengelakkan golongan remaja terlibat dalam aktiviti tidak sihat. "Jika tidak ada halangan, saya memang tidak melepaskan peluang untuk bersama rakan-rakan bermain futsal pada sebelah malam," ujarnya. Kata Nur Atikah, golongan remaja perlu digalakkan menceburi aktiviti berfaedah atau melibatkan diri dengan kegiatan sukan bagi menjauhkan mereka daripada gejala tidak sihat. "Antara yang boleh dicontohi ialah bermain futsal, selain aktiviti menyihatkan, ia juga menanam disiplin, membina semangat kesukanan seterusnya mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat," katanya. | ||||
Posted: 28 Oct 2011 06:51 PM PDT MELIHAT kemampuan peserta dari Kelab Rekreasi Shah Alam (KRESA) menjayakan aktiviti tree climbing di Taman Tasik Shah Alam pastinya mengujakan. Mana tidaknya berbekalkan seutas tali, topi keselamatan, harnest dan carabiner, mereka mampu memanjat pokok setinggi 12 meter dalam masa lima minit. Dapat dilihat, peluh para peserta yang mengambil bahagian mengalir keluar seperti sedang bersukan. Aktiviti itu yang diilhamkan dari campuran teknik-teknik rock climbing, abseiling dan waterfall abseiling itu semakin diminati ramai pada masa kini. Sejak kurun ke-19, kaedah ini hanya digunakan oleh pekerja-pekerja balak (arborist), penyelamat haiwan dan pakar penyelidik pokok, tetapi kini ia telah dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Pada awal 1980, aktiviti tree climbing telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti mengisi masa lapang tetapi setelah diperkenalkan oleh Peter Treeman Jenkins yang merupakan salah seorang arborist dan pendaki yang aktif, semakin ramai belia mula menceburi bidang sukan lasak tersebut, lebih-lebih lagi setelah Tree Climbers International (TCI) ditubuhkan. Sekarang terdapat banyak persatuan yang menggalakkan belia melakukan aktiviti memanjat pokok di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Britain, Kanada, Taiwan, Australia, Indonesia dan China. Di Malaysia pula, KRESA merupakan antara persatuan pelopor kepada aktiviti tersebut dengan menggunakan garis panduan keselamatan bertulis dan latihan memanjat pokok dari TCI. Presiden KRESA, Saifful Pathil, berkata, pelbagai teknik boleh dilakukan untuk memudahkan peserta-peserta memanjat pokok. "Antara teknik yang boleh digunakan ialah teknik ikatan tunggal (single rope) dan dwi ikatan (doubled rope) mengikut keselesaan peserta. "Pada umumnya aktiviti ini nampak mudah tetapi sebenarnya keseluruhan anggota badan peserta bergerak secara tidak langsung ketika sedang melakukan aktiviti ini. "Kesukaran dan cabaran yang akan ditempuhi setiap peserta adalah melalui celahan dahan bercabang, kerapuhan kayu mati, keadaan cuaca dan faktor ketinggian," jelasnya. Menurutnya, halangan pertama setelah bergayut di atas tali tersebut, peserta akan mencabar kemampuan diri seolah-olah sedang mendaki tangga. "Teknik dwi ikatan atau lebih dikenali sebagai yoyo lebih digemari kerana ia memudahkan peserta memanjat dan turun ke bawah dengan lebih cepat. "Teknik ini juga membolehkan peserta menyesuaikan diri dengan tali yang dililit di bahagian dahan pokok, kaki dan pinggang pemanjat," katanya. Teknik ikatan tunggal pula lebih sukar kerana peserta hanya bergantung kepada kemampuan mengangkat berat badan sendiri tanpa bantuan sebarang peralatan mekanikal seperti juma, sling dan gri-gri. Saifful berkata, ciri-ciri keselamatan perlu diutamakan bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian kemalangan yang tidak diingini. "Peserta perlu percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sebelum memanjat, mereka perlu terlebih dahulu memastikan dahan tersebut kukuh dan mampu menampung berat badan masing-masing. "Setiap peserta dinasihatkan untuk meneliti ikatan dan peralatan yang digunakan terlebih dahulu seperti harnest dan carabiner," ujarnya. Aktiviti tree climbing ini perlu dilakukan secara berperingkat dan setiap peserta diingatkan supaya tidak terburu-buru. Setiausaha KRESA, Wan Mohd. Shuqrie Wan Ahmad, berkata, aktiviti ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. "Tree climbing berbeza dengan aktiviti abseiling kerana kaedah yang digunakan lebih mudah. "Istimewanya, aktiviti ini menguji kemampuan peserta untuk mengangkat berat badan sendiri sekali gus menguji ketahanan mental dan fizikal seseorang dalam ketinggian yang mencabar batasan," katanya. Beliau berkata, aktiviti itu lebih mencabar jika pemanjat meluangkan masa semalaman di atas pokok dengan menggunakan kaedah treeboats. "Kaedah treeboats membolehkan peserta berehat atau tidur di atas pokok dengan menggunakan kanopi. "Bagaimanapun, bagi peserta baru, mereka perlu terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan ketinggian 12 meter ke atas untuk membiasakan diri dengan ketinggian," jelasnya. Tambahnya lagi, antara lokasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti tree climbing ialah Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Bukit Cerakah, Taman Tasik Shah Alam, FRIM dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti tersebut, sila layari laman web www.kresaselangor.blogsport.com. | ||||
Perginya ‘Gergasi Bersuara Lembut’ Posted: 28 Oct 2011 06:50 PM PDT
Tidak ramai mengenali mendiang Genda Singh sehinggalah berita kematian bekas jaguh lempar tukul besi itu disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan pada 11 Oktober lalu. Begitu juga dengan penulis sendiri yang mengakui tidak pernah pun mendengar nama mendiang sehingga terbaca berita berkenaan. Nama mendiang Genda mungkin tidak semegah jaguh Sukan Asia seperti Tan Sri M.Jegathesan mahupun Datuk M.Rajamani, tetapi jika diteliti perjalanan kariernya, beliau sebenarnya merupakan antara atlet yang cukup dihormati pada sekitar tahun 60-an dan 70-an. Cuma sayangnya, mendiang semakin dilupakan kerana namanya jarang diungkit. "Bapa saya ialah juara Persekutuan selama 12 tahun dalam acara lontar peluru, lempar cakera dan lempar tukul besi sebelum beliau mula mewakili Malaya pada Sukan SEAP 1965," kata anak sulung mendiang, Semret yang merupakan pemegang pingat emas lempar tukul besi Sukan SEA 1985 dan 1989. "Meskipun cemerlang dalam tiga acara padang itu, bapa hanya memilih lempar tukul besi yang merupakan acara kegemarannya ketika mewakili negara di Sukan SEAP. "Pada penampilan sulung di Kuala Lumpur 1965, bapa sudah pun berusia 43 tahun dan bergelar veteran pada masa itu, namun tenaganya masih lagi menakjubkan - setanding dengan pesaing-pesaingnya yang jauh lebih muda," katanya. Akhirnya, Genda terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas kepada Eknath Mane dari Singapura. Pada edisi berikutnya di Bangkok, Genda sekali lagi kempunan pingat emas, juga kecundang kepada lawan yang sama. Acara tersebut tidak dipertandingkan pada 1969 di Rangoon (Myanmar). Tiada siapa pun menjangkakan Genda yang usianya hampir menjangkaui 50 tahun muncul semula di Kuala Lumpur pada 1971. Skripnya tetap sama, Genda meraih perak untuk kali ketiga. Tetapi, tiada apa untuk dikecewakan kerana pingat emas akhirnya jatuh ke tangan Malaysia dengan junior Genda iaitu M.Dattaya mengungguli acara itu. Dua tahun selepas itu, mereka berdua mengulangi pencapaian 1-2 di Singapura dan Genda tidak menunjukkan sebarang tanda beliau ingin bersara meskipun dimamah usia lanjut.
Malah, apabila pingat emas bertukar tangan kepada atlet Myanmar di Bangkok pada 1975, Genda masih lagi mampu mempertahankan kedudukan sebagai naib juara – posisi sama yang diraihnya sebanyak lima kali berturut-turut sejak 1965. "Pada usia 55 tahun, bapa mengambil keputusan untuk beraksi buat kali terakhir pada Sukan SEAP 1977 ketika itu diadakan di ibu negara. Bapa mahu cuba mendapatkan pingat emas yang dicari-cari sejak lima edisi lalu. " Malangnya, beliau dihantui kecederaan otot pektoral dan dinasihati doktor supaya melupakan hasrat bertanding. Bapa bagaimanapun tidak berganjak, menahan kesakitan dengan bantuan ubat tahan sakit dan meneruskan misinya itu. "Hasilnya hanya pingat gangsa yang terdaya. Namun, saya yakin kehebatan bapa yang menjadi atlet tertua meraih pingat dapat membuka mata ramai pihak. "Saya tidak percaya ada sesiapa lagi di negara ini yang mampu mengatasi pencapaiannya. "Beliau terlalu cintakan apa yang dilakukannya selama ini. Malah beliau tidak pernah berputus asa dan berfikir ingin berhenti. Bapa bersara dengan rasa berat hati," ujar Samret. Genda, 89, meninggal dunia pada 9 Oktober lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Beliau meninggalkan balu, Mohinder Kaur dan enam anak - Semret, Kulwant, Kaldip, Manohor, Mahinderjit dan Persin Kaur. Genda dilahirkan di India pada 2 Februari 1922, tiba di Malaya pada 1942 ketika berkhidmat untuk Tentera India British. Selepas negara mencapai kemerdekaan, beliau diberi kerakyatan dan memilih Ipoh, Perak sebagai tempat untuk didiami. Beliau menyertai pasukan polis berpangkat konstabel pada 1945 dan bersara pada 1977 iaitu tahun sama Genda meninggalkan arena olahraga. "Bapa berkhidmat sepanjang hidupnya, dia selalu memberi dan tidak meminta," kata Kulwant. Meskipun berbadan besar, Genda disifatkan sebagai seorang yang berperwatakan lemah-lembut dan mendapat jolokan 'The Soft Spoken Giant' (Gergasi Bersuara Lembut). |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan