Isnin, 12 September 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


FINAS MENERIMA KETUA PENGARAH BARU

Posted: 12 Sep 2011 02:46 AM PDT



KENYATAAN MEDIA
PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA

1. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan ini ingin memaklumkan mengenai pelantikan Encik Mohd Naguib Razak, 42, sebagai Ketua Pengarah Finas yang baru. Beliau yang telahpun memulakan tugas pada 1hb. September 2011 yang lalu dilantik oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sebagai mengisi kekosongan jawatan itu setelah penyandangnya Datuk Mohd Mahyidin Mastakim tamat kontrak perkhidmatan pada 30 Jun 2011.

2. Encik Mohd Naguib bukan pendatang baru di kalangan media khususnya di kalangan warga produksi tempatan. Bahkan nama beliau juga sering muncul di pentas dan majlis bertaraf dunia sebagai pengkarya prolifik yang menampilkan kelainan tajuk dan pendekatan baru dalam produksinya.

3. Beberapa dokumentari beliau seperti Anak Duyung (Child Of Mermaid) ~ Yamagata International Documentary Film Festival 1999, The Boat-Maker and The Sea (Discovery Channel), Glass Enclosure: Tokyo Invisible ~ International Documentary Festival Amsterdam 2005 & Internatonal Film Festival Mannheim-Heidelberg 2005, Becoming A King (National Geographic Channel) & Spellbound: Crimes Of The Mind (Crime & Investigation Network) adalah antara sentuhan beliau yang telah menembusi festival-festival dan saluran penyiar antarabangsa.

4. Sungguhpun dilihat begitu sinonim dengan genre dokumentari, Mohd Naguib juga memiliki kebolehan lain di bidang filem cereka, animasi, pengiklanan, penerbitan dan penulisan kreatif. Pakej ini telah memberi kelebihan kepada beliau untuk menjadi pilihan penganjur majlis rentas sempadan sehingga ke Kanada, Itali, Jerman, Peranchis, Belanda, Sepanyol, Argentina, China, Korea dan Australia.

5. Beliau juga pernah bertugas di Asia-Broadcasting Union (ABU) dan berpengalaman mengurus majlis dan acara gemilang ABU General Assembly dan ABU Prizes Award Ceremony.

6. Mohd Naguib adalah sebahagian dari tenaga kerja perintis sewaktu ASTRO baru ditubuhkan. Beliau berkhidmat dengan stesyen Televisyen berbayar Malaysia yang pertama ini selama 4 tahun.

7. Seorang yang bersikap progresif dan berfikiran terbuka, beliau sering kali menerima anugerah dari badan-badan seni dan festival filem antarabangsa serta tempatan. Antaranya Nippon Foundation Fellowship for Asian Public Intellectuals, The Japan Foundation Fellowship (Invitation Program 2001 – 2002 dan Festival Filem Malaysia.

8. Menerima pendidikan akademik dari University of Leeds (UK), Kolej Melayu Kuala Kangsar dan St. John's Institution, Mohd Naguib yang mempunyai latarbelakang akademik bidang perundangan, sosiologi dan perniagaan telah menyerlahkan kebolehan lain yang mengkagumkan.

9. Justeru pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Finas dilihat sebagai keputusan tepat oleh Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan seiring dengan hasrat dan matlamat KPKK memartabatkan bidang penerbitan filem dan televisyen.

Artikel disediakan oleh:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KOMPLEKS STUDIO MERDEKA
JALAN HULU KELANG
68000 AMPANG SELANGOR



LAGI KOLEKSI PHOTO ENGKU ELEESYA

Posted: 12 Sep 2011 01:23 AM PDT

Beberapa hari lalu, myartis telah muatkan gambar-gambar terkini Engku Aleesya, anak Erra Fazira dan Engku Emran. Hari ini, myartis muatkan lagi sembilan keping gambar comel puteri Erra itu untuk tatapan anda..!

Klik untuk imej besar...









LIMA GAMBAR LAIN - SILA KLIK...

BERITA TERDAHULU:
ANAK ERRA - ENGKU ALEESYA, TERKINI

MAJLIS CUKUR JAMBUL ENGKU ALEESYA


ZIZIE EZETTE NAK AKTIF SEMULA?

Posted: 11 Sep 2011 02:52 PM PDT

"Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada pihak media untuk bersara daripada dunia lakonan. Suami saya juga tidak pernah menghalang jika saya ingin bergiat aktif kembali tetapi keputusan untuk menumpukan kepada rumah tangga buat ketika ini dibuat oleh saya sendiri," demikian penjelasan zizie Ezette ketika ditanya mengenai desas-desus yang dia mahu kembali aktif dalam dunia lakonan.

Ini kerana, sudah hampir dua tahun Zizie tidak aktif dalam bidang tersebut sekaligus membayangkan seolah-olah dia mahu bersara untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangganya.

Zizie yang mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, bagaimanapun menegaskan tidak akan bersara daripada dunia lakonan, malah suaminya juga tidak pernah menghalangnya untuk kembali aktif berlakon.

"Saya rindukan dunia lakonan kerana itu adalah minat saya sejak dari dulu lagi cuma kini ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan terlebih dahulu iaitu tanggungjawab kepada rumah tangga.

"Tetapi adakalanya saya akan berlakon di hadapan cermin jika rindu untuk berlakon," kata Zizie dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Zizie mempunyai syarikat sendiri yang diberi nama 2121 Vision Pictures dan dia kini sedang merancang untuk menerbitkan drama dan telefilem sulung dibawah syarikatnya itu. Perancangannya ialah mahu mengambil adiknya sendiri, pelakon Shaiezy Sam untuk berlakon dalam syarikat tersebut.

"Skrip sudah ada tetapi saya tidak mahu terburu-buru untuk menghasilkan drama atau telefilem kerana banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian dalam menjayakan sesuatu projek," ujarnya.




SIAPA MAMPU KALAHKAN KL GANGSTER?

Posted: 11 Sep 2011 01:54 PM PDT

Sejarah telah tercipta apabila Syamsul Yusof mencatat kejayaan cemerlang memintas monopoli David Teo apabila filem arahannya, KL Gangster berjaya kekal di puncak carta filem Malaysia sebagai kutipan paling tertinggi setakat ini iaitu RM11.74 juta. Maklumat dan carta tersebut yang telah dikeluarkan oleh Perbadanan Perfileman Malaysia (FINAS) menyebut, MIG Production hanya mampu mengutip angka 8 melalui dua filemnya iaitu Ngangkung dan Kongsi.

Apa yang menyedihkan, filem berbajet besar iaitu Hikayat Merong Mahawangsa hanya mampu mengutip RM6.50 juta. Ia menandakan, bajet bukan penentu kejayaan sesebuah filem melainkan garapan menarik, idea yang ampuh serta kemampuannya menarik selera penonton ke pawagam.

Persoalannya sekarang, mampukah KL Gangster mengekalkan rekod kutipannya itu? Mungkinkah esok, Hantu Bonceng atau filem-filem terbaru yang lain bakal memintas pencapaian tersebut dengan kutipan melebihi RM20 juta pula? Jawapannya ialah dalam update terkini yang bakal dikeluarkan oleh Finas nanti bagi meneruskan tradisi kutipan 'juta' yang menguntungkan industri perfileman negara.

Klik untuk imej besar..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu