Sabtu, 10 September 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


RAGAM AQASHA DAN BABY ALEHANDRA

Posted: 10 Sep 2011 06:00 AM PDT

"Anak aku baru umur tiga hari, duit raya dah RM400. Seumur hidup zaman budak aku, tak pernah dapat banyak tu," demikian seloroh Aqasha dalam Twitternya bersama rakan-rakan dan peminat.

Nampaknya, Aqasha benar-benar sayangkan anaknya yang diberi nama Alehandra Ahmad Firdee Aqasha itu. Setiap masa, ada sahaja cerita terkini mengenai anaknya itu dikongsikan bersama rakan Twitter yang lain sekaligus menyerlahkan sikap prihatin dan tanggungjawabnya selaku ketua keluarga.

Untuk peminat Aqasha... jom kita lihat aksi terkini pelakon dan penyanyi ini berhadapan dengan buah hatinya..!


Klik untuk imej besar...





BERITA TERDAHULU:
GAMBAR TERKINI BABY AQASHA DAN NOOR
AQASHA DAPAT BABY LELAKI




ALIF SATAR DENGAN MOTOR DUCATI

Posted: 09 Sep 2011 01:29 PM PDT

GAMBAR KANDID..

Meskipun namanya tidak sehangat Suki Low Sook Yee (pertama) dan Faizal Tahir (kedua) sejak memenangi tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama di8TV, namun Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 21, terus berusaha mencipta nama dipersada seni.

Berkat usaha kerasnya, kini Alif yang berasal dari Pulau Pinang telah berjaya muncul sebagai pengacara untuk beberapa program TV seperti Chopp! di TV9.

Myartis baru-baru ini berkesempatan merakam secara kandid motosikal Ducati milik Alif ketika beliau sedang sibuk dengan sesi photo di Taman Tun Dr Ismail. Jom kita saksikan..!!


Klik untuk imej besar...



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu