:: MYARTIS.COM :: |
- FAZLEY TIMANG ANAK KETIGA
- SEKALI LAFAZ, FAEZAH KINI ISTERI HEYKAL
- GAMBAR PANAS QILA WAN HISHAM?
- KERANA SEAN KINGSTON, ALBUM SITI TANGGUH
| Posted: 09 Sep 2011 04:12 AM PDT Pakar motivasi, penyanyi dan ahli perniagaan berjaya Fazley Yaacob, 33, dan isterinya Azrene Soraya mendapat cahayamata baru yang diberi nama timangan 'Piyush'. Sebelum ini, Fazley mempunyai dua orang anak lain iaitu Ahmad Fariedz (Payish), berusia 2 tahun 11 bulan dan Ahmad Fieradz (Piyash), 1 tahun 5 bulan. Piyush telah dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada hari Syawal dengan berat 3.3 kg. Untuk info, abangnya Payish turut dilahirkan pada bulan Syawal. Selepas Piyush yang akan didaftarkan kelahirannya, Fazley turut menerima berita gembira apabila adik ketiga Fazley iaitu Faizal turut menunggu kelahiran anak mereka dalam masa terdekat. Klik untuk imej besar.. ![]() |
| SEKALI LAFAZ, FAEZAH KINI ISTERI HEYKAL Posted: 09 Sep 2011 03:10 AM PDT Bukan mudah mahu melafazkan nikah dengan hanya sekali lafaz... namun itulah yang dilakukan oleh Heykal Hanafiah, 38, ketika membalas lafaz nikah yang diucapkan oleh Abdullah Yahya, jurunikah pejabat kadi Kawasan A Timur Laut, Pualau Pinang. Sejurus lafaz tersebut, maka sahlah pelakon Faezah Elai, 29, menjadi isteri kepada Heykal berwalikan bapa Faezah iaitu Md Elai Fazil Elai dengan mas kahwin RM1,001. Meskipun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak, namun Faezah telah menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, kafling, iPhone 4, kemeja, Al-Quran, cincin, sirih junjung, kek, buah-buahan, minyak wangi dan barangan mandian wanita, sementara Heykal pula menerima 11 hantaran balas iaitu minyak wangi, digital Al-Quran, jam, beg tangan, rantai, cincin, kamera dan beberapa barangan lain. Hatta Dolmat telah diberi kepercayaan untuk mencipta fesyen busana serba putih, sementara pelamin ditaja oleh Putree Bridel. Terdahulu, dua buah majlis telah berlangsung iaitu malam berinai dan majlis khatam Al-Quran. Manakala majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang disertai majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri yang sama pada 4 disember nanti. Klik untuk imej besar... ![]() ![]() ![]() |
| Posted: 08 Sep 2011 08:58 PM PDT Meskipun membawa watak tempelan atau pembantu, namun nama Qila Wan Hisham tetap sebaris dengan pelakon popular seperti Scha Alyahya, Nasha Aziz dan lain-lainnya. Namun yang tak sedapnya ialah apabila beberapa keping gambar panasnya sedang bercumbu dan tidur tanpa seurat benang dikirimkan melalui sms oleh seorang pengirim misteri. "Dia berlakon dalam drama bersiri Awan Dania dan wajahnya pasti dikenali oleh ramai pihak," ujar pengirim tersebut. Tambahnya, jika mahu mencipta nama dalam industri lakonan, pandai-pandailah membawa diri termasuk menyimpan rahsia peribadi. Meskipun alasannya mungkin gambar tersebut merupakan gambar lama, namun bak kata pepatah... 'pandai makan, pandailah simpan'! Klik untuk imej besar... ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() GAMBAR-GAMBAR LAIN, SILA KLIK... |
| KERANA SEAN KINGSTON, ALBUM SITI TANGGUH Posted: 08 Sep 2011 01:38 PM PDT Gara-gara artis antarabangsa Sean Kingston, Siti Nurhaliza terpaksa menangguhkan majlis pelancaran album Inggerisnya All Your Love yang sepatutnya dijadualkan hari ini. Tarikh baru yang ditetapkan ialah pada 25 September 2011. "Sepatutnya sudah berada di pasaran pada tetapi proses rakaman Sean Kingston di sana lambat untuk dibawa balik ke sini. "Kalau nak ikutkan semuanya sudah selesai dan Insya-Allah jika tiada masalah ia akan dipasarkan pada 25 September nanti," katanya dipetik sebagai berkata. Sementara itu, klip video untuk "single" Falling in Love akan memulakan penggambaran pada Isnin depan di kawasan sekitar pusat beli belah Pavilion. "Klip video ini akan melibatkan ramai iaitu lebih 500 orang penari profesional, kita menggunakan khidmat pengarah baru iaitu Atom. "Album ini banyak menggunakan khidmat orang baru yang mana saya tidak pernah bekerja sebelum ini. Namun saya suka idea-idea yang baru dan segar daripada mereka," ujarnya. ![]() |
| You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan