:: MYARTIS.COM :: |
- MARSHA STABIL, NAFI TELAN PIL BERLEBIHAN
- MARSHA AF3 CUBA BUNUH DIRI..??
- GAMBAR TERKINI BABY AQASHA DAN NOOR
- BUKAN BALAS DENDAM - AZAD
| MARSHA STABIL, NAFI TELAN PIL BERLEBIHAN Posted: 07 Sep 2011 11:03 PM PDT Ini khabar yang baru diterima, menurut rakan terdekat penyanyi Marsha Milan Londoh, 28, iaitu Afeeq Abdul Wahab, 25, katanya bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3) itu tidak mengambil pil secara berlebihan sebagaimana yang didakwa sebaliknya trauma akibat kemalangan yang berlaku. "Marsha dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pagi Rabu, setelah didapati rebah di kawasan kondominium yang didiaminya di Jalan Klang Lama dekat sini selepas insiden berkenaan. "Saya masih belum mendapatkan penjelasan yang sebenar daripada Marsha sendiri tetapi difahamkan sebelum dia rebah, dia telah keluar membeli makanan berdekatan dengan kawasan kediamannya dan telah mengalami kemalangan kecil sehingga menyebabkan dahi serta matanya mempunyai kesan lebam dan luka. "Marsha masih boleh memandu pulang ke rumah seperti biasa. Bagaimanapun, selepas meletakkan keretanya di kawasan parkir, dia pengsan ketika berjalan kaki ke rumahnya. "Memandangkan Marsha mengalami masalah penyakit tekanan darah rendah, dia mungkin trauma dengan kemalangan yang ditimpa sehingga membuatkan dia rebah," katanya dipetik sebagai berkata. Afeeq turut menafikan tindakan Marsha yang kononnya mahu membunuh diri dan laporan yang disiarkan oleh akhbar. "Laporan yang dikeluarkan mengenai Marsha ternyata salah kerana dia bukannya jenis yang emosional sehingga ingin membunuh diri. "Saya telah bertemu Marsha pagi tadi (Khamis) dan doktor meminta Marsha untuk berehat sebaik yang mungkin. "Selepas dia sembuh daripada traumanya itu, dia akan membuat sidang media bagi menjelaskan isu tersebut," ujarnya lagi. ![]() |
| MARSHA AF3 CUBA BUNUH DIRI..?? Posted: 07 Sep 2011 10:37 PM PDT Marsha Milah Landoh (Marsha AF3) telah dimasukkan ke hospital semalam akibat tertelan 30 biji pil. Menurut sumber, akibat terlalu banyak pil yang ditelan, penyanyi dan pelakon itu sampai tak sedarkan diri (pengsan). Mungkin ada pembaca yang menyangka gosip ini hanyalah gimik sesebuah drama, filem atau penerbitan album... namun menurut sumber yang boleh dipercayai, ia benar-benar berlaku! Mengenai masalah ini, apakah tekanan yang melanda hidup Marsha sehingga dia sanggup menelan sebegitu banyak pil yang memudaratkan? Hutang keliling pinggang, tekanan hidup sebagai artis atau masalah cinta? Sementara itu, bekas pengurus Marsha, Syada Fiza mengesahkan penyanyi itu dimasukkan ke hospital, namun menafikan tindakan Marsha yang dikatakan mengambil pil secara berlebihan sebagai satu cubaan membunuh diri. "Marsha memang sering sakit dan ada kala dia tidak dapat menerima undangan persembahan disebabkan faktor kesihatannya itu," katanya dipetik sebagai berkata. Dalam pada itu, khabarnya Marsha pernah ada perancangan untuk memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang lelaki yang kini sudah berpisah dengannya. Nama lelaki tersebut ialah Muhammad Zaid, dan khabarnya boleh tahan handsome serta seorang anak yang baik. Marsha juga khabarnya sudah dua tahun beraya bersama keluarga tersebut. Harapan kita sebagai peminat dunia seni, moga Marsha kembali pulih dan mampu berfikir secara rasional. Kalau ada masalah, baik dibawa berbincang atau bawa bertenang agar tidak berlaku sesuatu yang buruk pada diri sendiri... tak gitu? Klik untuk imej besar... ![]() |
| GAMBAR TERKINI BABY AQASHA DAN NOOR Posted: 07 Sep 2011 02:42 PM PDT Photo terbaru baby Alehandra yang dirakam oleh Aqasha... Klik untuk imej besar... ![]() "My Son's Flat Feet" kata Aqasha... ![]() ![]() Photo: Aqasha Twitter BERITA TERDAHULU: AQASHA DAPAT BABY LELAKI |
| Posted: 07 Sep 2011 02:04 PM PDT Tiada kena mengena dengan Faezah Elai! Demikian ditegaskan oleh Pelakon Azad Jasmin, 35, yang bakal bernikah dengan Eira Syazira pada 16 September ini. Malah Azad juga berkata, tiada motif untuk membalas dendam pada bekas kekasihnya itu berdasarkan pernikahan Faezah dan pengarah drama Heykal Hanafiah yang lebih awal iaitu esok di Pulau Pinang. "Tarikh pernikahan saya dengan Eira telah ditetapkan oleh pihak keluarga perempuan yang secara kebetulan berlangsung dalam bulan yang sama dengan pernikahan Faezah Elai. "Pernikahan saya tidak ada kena mengena dengan dia (Faezah). Sial tarikh dan hal-hal perkahwinan telah kami serahkan kepada keluarga untuk tentukan kerana mereka lebih tahu mengenai urusan nikah kahwin," katanya dipetik sebagai berkata. Kontroversi melibatkan Azad dan Faezah menjadi hangat apabila mereka didakwa mempunyai hubungan cinta. Lebih hangat, Azad didakwa telah menyebarkan gosip cinta antara Faezah dengan Heykal hingga menjadi kes mahkamah yang masih dibicarakan. Menjawab soalan mungkinkah pertikaian antaranya dan Faezah akan selesai selepas mereka berdua mendirikan rumahtangga nanti, Azad bagaimanapun enggan mengulas sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk mencari jalan terbaik. "Saya tidak mahu memberi sebarang ulasan mengenai perkara itu kerana peguam telah mengarahkan saya untuk berdiam diri bagi mengelakkan masalah lain timbul," ujarnya. Difahamkam, Azad tidak menjemput Faezah ke majlis perkahwinannya nanti kerana masih kecewa dengan kontroversi yang melanda. Alasan lain ialah dia tidak nampak apa keperluannya dan Eira untuk menjemput Faezah ke majlis perkahwinan tersebut. ![]() |
| You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan