Rabu, 7 September 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


ISTERI HARITH ISKANDER HAMIL 12 MINGGU

Posted: 07 Sep 2011 03:42 AM PDT

"Bidadari kecil telah berada dalam perut isteri saya," demikian seloroh Harith Iskander terhadap iaterinya Jezamine Lim yang kini hamil 12 minggu. Kegembiraan tersebut turut dikongsi bersama oleh pelawak dan pelakon itu melalui Facebook dan Twitternya dengan peminat.

Difahamkan, imbasan pada kandungan telah dilakukan oleh pihak hospital dan sekaligus membuat rakaman imej.

Untuk info, Harith dan Jezamine bernikah pada 12 Jun 2010 dengan diselubungi pelbagai kontroversi peribadi melibatkan keluarga. Bagaimanapun, keadaan tersebut kini mulai reda dan mereka berdua dilihat semakin bahagia dengan kehadiran 'orang baru'.

Klik untuk imej besar...






Imbasan kandungan yang dilakukan mengesahkan kehamilan

Photo: Harith FB


AQASHA DAPAT BABY LELAKI

Posted: 06 Sep 2011 02:33 PM PDT

Musim artis mendapat cahayamata!

Selepas Aziz M.Osman dan Krisdayanti, kini giliran pelakon dan penyanyi Aqasha, atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli, 29, pula menjadi seorang ayah apabila isterinya Noor Baizura Mohd Sabru, 28, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Bayi yang lahir kira-kira 6.14 petang itu telah diberi nama Alehandra Ahmad Firdee Aqasha. Menurut Aqasha, Alehandra membawa maksud Pejuang bangsa, manakala Ahmad pula ialah Yang Terpuji.

"Isteri saya mengalami tanda-tanda mahu melahirkan ketika saya menghadiri sesi soundcheck yang berlangsung di Alexis, Bangsar, Kuala Lumpur, malam tadi. Kelahiran anak pertama ini amat mendebarkan saya. Saya akui menangis bila melihat Alehandra buat pertama kali dan ia sekaligus membuat 'saham' saya jatuh di depan jururawat," ujar Aqasha melalui Twitternya.

"Kepada kalian yang berdoa dan mengucapkan selamat ke atas kami, sememangnya cuma Allah yang mampu membalas budi kalian. Terima kasih dan semoga kita di dalam rahmat.," tambahnya yang berkahwin pada 10 Oktober tahun lalu di Lake Field, Kuala Lumpur.

Klik untuk imej besar...







JANDA AC MIZAL TERPAKSA PINJAM WANG

Posted: 06 Sep 2011 01:33 PM PDT

Mahkamah Rendah Syariah, kajang, Selangor yang mendengar afidavit keterangan seorang pesara, Rapiah Ab Talib, diberitahu bekas isteri A.C Mizal, 39, Shafnie Zainudin, 36, pernah meminjam wang daripada ibunya yang berusia 62 tahun. Ini kerana, perbelanjaan anak-anak lantaran nafkah yang diberikan oleh A.C Mizal tidak mencukupi.

Selain ibunya, Shafnie juga ada meminjam wang daripada ibu saudaranya selain pernah menjual barang kepada kawan-kawan dan saudara-mara untuk mendapatkan wang lebih. Tujuannya ialah demi keselesaan dua anak yang diperoleh hasil perkahwinan Shafnie dengan A.C Mizal.

"Saya tolong setakat termampu. Saya tahu duit tidak cukup kerana plaintif (Shafnie) selalu mengadu nafkah yang diberikan oleh defendan (A.C Mizal) tidak mencukupi," katanya dipetik sebagai berkata.

Afidavit keterangan tersebut diikrarkan pada 25 Ogos lalu dalam kapasitinya sebagai saksi kedua dalam permohonan Shafnie untuk mengubah nafkah anak berjumlah RM300 kepada RM3,770 sebulan yang dituntutnya daripada pelakon tersebut.

Shafnie, yang merupakan seorang bekas model berkahwin dengan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan cahayamata iaitu Muhammad Shafiq Iman, 15, dan Muhammad Shabil Iman, 12. Mereka berdua bercerai pada 17 Oktober 2001.

Dalam tuntutan tersebut, Shafnie diwakili oleh peguam syarie Azmi Rais.

Terdahulu, Rapiah memberitahu, tidak beberapa lama selepas bercerai, Shafnie bersama anak-anaknya kembali menetap dengannya di Batu 12, Jalan Cheras, Kajang, Selangor kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah di Kota Damansara, Selangor.

"Bila tinggal serumah, saya banyak tanggung makan, minum dan lain-lain termasuk perbelanjaan anak-anak. Saya tidak mampu bantu plaintif menjaga anak-anak sepenuh masa kerana saya tidak berapa sihat. Shafnie mengambil pembantu rumah untuk menguruskan anak-anak apabila dia bekerja.

"Emosi Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman juga terganggu apabila mendengar cerita mengenai AC Mizal kerana tahu ayah mereka hidup dalam suasana yang senang, sedangkan kehidupan mereka adalah sederhana kerana nafkah yang diberikan tidak cukup.

"Muhammad Shafiq Iman pernah cakap pada saya bahawa masa dia berjumpa dengan defendan di mahkamah, dia tahu ayahnya pakai kasut mahal. Anak-anak itu tahu defendan hidup senang kerana tengok dalam televisyen tentang kekayaan defendan.

"Pada pengetahuan saya, hubungan anak-anak tersebut juga telah lama tidak berjumpa dengan rancangan Maharaja Lawak itu, selain kebanyakan panggilan telefon yang dibuat mereka kepada AC Mizal tidak berjawab.

"Mengenai pendidikan anak-anak itu, Muhammad Shafiq Iman bersekolah di sebuah sekolah swasta Al-Amin di Bangi, Selangor manakala Muhammad Shabil Iman menuntut ilmu di Sekolah Rendah Seri Sekamati, Kajang, Selangor.

"Pada pengetahuan saya, Sekolah Al-Amin bagus kerana membimbing anak-anak dalam pendidikan agama. Tambahan pula, anak-anak tersebut tidak mendapat bimbingan agama daripada bapa kandung mereka. Sejak tingkatan satu, Muhammad Shafiq Iman tidak pernah tinggal solat dan tahu konsep anak soleh.

"Yuran persekolahan Muhammad Shafiq Iman melebihi RM200 sebulan dan akan dibekalkan RM2 sehari sebagai wang belanja dan dinaikkan kepada RM5 jika kanak-kanak itu perlu menghadiri aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

"Muhammad Shafiq Iman juga akan menaiki komuter setiap kali menghadiri kelas tambahan. Saya tahu A.C Mizal berkemampuan untuk membayar nafkah yang dituntut oleh anaknya kerana kehidupan pelakon itu senang kerana sering keluar di televisyen dan mempunyai syarikat sendiri," jelas Rapiah dalam keterangannya.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili A.C Mizal, Rapiah bersetuju bahawa Shafnie pernah berkahwin untuk kali kedua selepas berpisah dengan A.C MIzal dan perkahwinan tersebut juga berakhir dengan perceraian.

"Saya tak ingat bila mereka bercerai kerana dia kahwin sekejap sahaja," katanya yang tidak bersetuju dengan cadangan Siti Aishah bahawa permohonan tersebut hanya difailkan selepas perceraian kali kedua berlaku dan memberitahu bahawa isu nafkah itu telah lama timbul semasa Shafnie masih bergelar isteri orang.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah telah menetapkan perbicaraan bersambung pada 13 September 2011 bagi membolehkan Siti Aishah meneliti secara terperinci afidavit keterangan Rapiah bagi membolehkan beliau menyoal balas saksi tersebut.

Klik untuk imej besar...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu