Selasa, 6 September 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


GAMBAR TERKINI BABY AZIZ M.OSMAN

Posted: 05 Sep 2011 11:46 PM PDT

Gambar terkini baby Merdeka Raya Aziz M. Osman dan Puteri Lily. Turut dimuatkan ialah anak-anak Aziz yang lain...


Klik untuk imej besar...







GAMBAR-GAMBAR TERDAHULU:
2 September 2011 -
ANAK-ANAK AZIZ M. OSMAN BERSAMA BABY BARU

1 September 2011 -
BABY AZIZ M.OSMAN DAN LILY LOKMAN



JESSICA SIMPSON RIMAS PAYUDARA BESAR

Posted: 05 Sep 2011 11:10 PM PDT

Kerana merasa payudaranya terlalu besar, Jessica Simpson akhirnya merancang mahu mengecilkan payudaranya sebelum berkahwin dengan kekasih hatinya Eric Johnson.

Artis itu juga mengaku tidak terlalu selesa dengan saiz payudaranya sekarang. Dia percaya, mengecilkan payudara boleh membuatnya lebih cantik apabila memakai gaun pengantinnya nanti.

"Dia fikir, dengan mengecilkan payudara akan membuatnya lebih menarik," ujar sumber yang dekat dengan artis itu.

Bagaimanapun, ini bukan kali pertama wanita berusia 31 tahun itu berhasrat untuk mengecilkan payudara. Sebelum ini, dia pernah melahirkan hasrat yang sama ingin mengecilkan payudaranya ketika dia memasuki alam remaja.

"Saya adalah gadis pertama di dalam kelas yang memakai bra. Saya menangis apabila mengingati perkara itu," ujar Jessica dipetik sebagai berkata.




DIANA & FARID KAMIL DI OPEN HOUSE, KEDAH

Posted: 05 Sep 2011 01:55 PM PDT

Amboi, amboi... bukan main manja Diana Danielle bila dapat bertandang di rumah terbuka hero Malaya Farid Kamil di Kedah, baru-baru ni. Melawat bakal mertua ke? Jangan marah ye Diana, gurau saja tu... ya lah, rakan sesama artis takkan tak boleh datang 'open house' setahun sekali ya tak?


Klik untuk imej besar...


Sama padan - bagai pinang dibelah dua...



Peminat Diana turut tidak melepaskan
peluang untuk bergambar kenangan...








Peminat Farid pun apa kurangnya...


Sumber photo: peminat DD & FK


TUTUP KONTROVERSI LEPAS NIKAH - FAEZAH ELAI

Posted: 05 Sep 2011 01:21 PM PDT

Seperti sudah letih dengan pelbagai kontroversi yang melanda hubungannya dengan bekas suami orang, Heykal Hanafiah, 38, pelakon dan model Faezah Elai, 29, mahu menutup semua hinaan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya selepas nikah.

"Saya mahu menjalani kehidupan sebagai manusia biasa yang mempunyai sebuah keluarga bahagia. Saya berharap selepas pernikahan saya pada 9 September ini, ia dapat menutup semua cakap-cakap dan hinaan orang terhadap saya dan Heykal.

"Saya hanya mahu menjadi seorang isteri yang mithali dan menjalani kehidupan bahagia seperti orang lain," katanya dipetik sebagai berkata.

Faezah dan Heykal bakal melangsungkan pernikahan pada Jumaat ini pukul 3 petang di rumah faezah sendiri di Gelugor, Pulau Pinang. Satu majlis resepsi pula akan diadakan di sebelah pihak lelaki pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang sebelum mengadakan majlis resepsi kedua bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 4 Disember.

"Bagi majlis pernikahan ia hanya dihadiri oleh kedua-dua pihak keluarga kami dan media sahaja. Bagi rakan artis pula akan dijemput ke majlis resepsi pada 3 dan 4 Disember.

"Namun begitu saya belum lagi membuat senarai tetamu undangan dan edarkan kad jemputan kerana tarikh pada bulan Disember masih jauh lagi.

"Perasaan saya, masih lagi tidak percaya bakal bergelar isteri kepada Heykal. Malah ia bercampur baur, bimbang, takut dan tidak percaya akan menamatkan zaman bujang. Saya harap majlis tersebut akan berjalan lancar seperti diatur," jelas Faezah.


Klik untuk imej besar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu