:: MYARTIS.COM :: |
| ANAK ERRA - ENGKU ALEESYA, TERKINI Posted: 05 Sep 2011 03:20 AM PDT Nampaknya, sudah semakin besar anak Erra Fazira dan Engku Emran yang bernama Engku Aleesya ini. Yang pasti, Aleesya tentu sama cantik seperti Erra bila sudah dewasa nanti dan kemungkinan sama popular dengan ibu bapanya. Klik untuk imej besar... ![]() ![]() ![]() BERITA TERDAHULU: MAJLIS CUKUR JAMBUL ENGKU ALEESYA |
| Posted: 05 Sep 2011 02:54 AM PDT Akhirnya... penantian Krisdayanti di bilik bedah berakhir apabila beliau selamat menjalani pembedahan caesar di Rumah Sakit Mitra Kemayoran, Jakarta Pusat, Indonesia. Lebih manis, anak kepada Krisdayanti dan Raul Lemos ini adalah anak perempuan seberat 2.95 kilogram dan lahir pada kira-kira jam 3.21 petang (waktu Malaysia). "Anaknya perempuan, namanya Ariannha Amora Lemos," ujar Raul dipetik sebagai berkata. Meskipun telah dua kali melahirkan anak, namun kali ini Krisdayanti mengakui ia amat berbeza sekali dengan pengalaman lampaunya. Bercakap mengenai persiapan untuk bayi pula, mereka berdua mengakui sudah mempersiapkannya sejak awal lagi. Terdahulu... Krisdayanti telah dilawati oleh beberapa orang keluarga terdekat termasuk kedua anaknya, Aurel dan Azriel. Anaknya itu berada di rumah sakit tersebut dengan ditemani Yuni Shara dan neneknya, Rachma Widadiningsih. ![]() ![]() |
| KRIS DAYANTI BAKAL JALANI CAESAR Posted: 04 Sep 2011 04:02 PM PDT Penantian itu satu penyeksaan..!! Begitulah yang berlaku terhadap Krisdayanti yang hamil anak pertama dengan pasangannya Raul Lemos apabila bakal dibedah menggunakan kaedah ceasar. Jadual pembedahan dikatakan bakal berlangsung hari ini setelah penyanyi itu ditempatkan di bilik pembedahan caesar di tingkat 3 Rumah Sakit Mitra Kemayoran Jakarta Pusat, Indonesia. Bagaimanapun, ia bergantung atas keputusan doktor untuk membuat penilaian apakah Krisdayanti bakal dibedah hari ini atau sebaliknya. Dalam pada itu, dikhabarkan bahawa Raul tidak sanggup melihat detik Krisdayanti dibedah dan sekaligus melahirkan anak pertamanya. Dia telah meminta Yuni Shara untuk menemani isterinya kerana Raul kemungkinan gementar. "Bukan takut lihat darah, cuma tak sanggup melihatnya, sampai saya terbawa-bawa dalam mimpi. Saya tak berani, biar saya tunggu di luar... dan mungkin Yuni yang masuk," ," ujar Raul dipetik sebagai berkata. |
| You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan