:: MYARTIS.COM :: |
- TEATER ISU PEMBUANGAN BAYI
- DAPUR ZIZAN NIN TERBAKAR DI PAGI RAYA
- ZIZAN BERGAYA DENGAN KERETA BARU
- ANAK-ANAK AZIZ M. OSMAN BERSAMA BABY BARU
- AWI RAFAEL TERINGIN RAYA BERSAMA BAPA
| Posted: 02 Sep 2011 12:48 AM PDT Rumah Anak Teater dan Revolution Stage akan mementaskan teater yang berkisar mengenai kisah percintaan pasangan yang berasal dari latar belakang keberadaan yang berbeza dan tidak mendapat restu daripada keluarga. Selain itu, isu lain yang dibangkitkan ialah mengenai pembuangan bayi yang banyak berlaku di Negara kita sekarang ini. Sejak lima tahun yang lalu, perangkaan yang diperolehi daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, terdapat , 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi. Mengikut perangkaan yang dilaporkan Bernama di Dewan Rakyat 7 April yang lalu, statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi tertinggi iaitu sebanyak 105 kes. Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1). Menurut Menteri Datuk Seri Senator Shahrizat Abdul Jalil, antara punca berlakunya masalah pembuangan bayi apabila mangsa, wanita hamil luar nikah berasa takut dan malu kerana tidak mendapat sokongan keluarga, khuatir dihukum sekiranya masyarakat umum mengetahuinya dan bayi yang dilahirkan cacat. "Kurang pendidikan agama, tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sokongan seperti khidmat kaunseling dan perkhidmatan perlindungan untuk diri dan anak, bapa kepada bayi yang dilahirkan ghaib dan tidak mahu bertanggungjawab selain wanita pendatang asing tanpa izin takut diusir apabila meminta pertolongan", kata Shahrizat. Justeru, atas kesedaran tersebut, pementasan ini dapat sedikit sebanyak memberi kesedaran agar statistik tersebut dapat menjadi iktibar dan perhatian orang awam dan seterusnya perangkaan tersebut tidak menunjukkan peningkatan lagi pada tahun yang mendatang. Selain projek terbaru ini, teater SeNaPas (Sejarah Nasib Lepas) akan dipentaskan pada 15 hingga 18 September 2011 pada jam 8.30 malam di Stor Teater DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan, sila hubungi penerbit Faisal Mustaffa 017-2002944 atau emel kepada rumahanakteater@gmail.com |
| DAPUR ZIZAN NIN TERBAKAR DI PAGI RAYA Posted: 01 Sep 2011 11:53 PM PDT Kejadian yang tak disangka itu berlaku akibat kecuaian! Demikian kata Zizan Nin mengenai kenangan mendebarkan bagaimana dapur rumahnya terbakar di pagi Hari Raya akibat kelalaian rakan-rakan serumahnya memasak juadah. "Iinsiden itu berlaku pada tahun 1997 ketika saya masih menuntut tahun akhir di University of Leicester, England. Waktu itu, semua agak risau dan kelam-kabut. Lebih-lebih lagi ia berlaku pada pagi raya. Jadi, kami semua terus sama-sama memadamkan api itu bagi mengelakkan kebakaran lebih besar," katanya dipetik sebagai berkata. Selain kenangan tersebut, Zizan juga kehilangan ibunya beberapa tahun lalu. Kata pelakon popular itu, dia pernah bermimpikan arwah ibunya itu datang kepadanya. "Saya rasa mungkin saya perlu membuat kenduri tahlil dan lebih banyak mendoakan arwah," ujarnya seolah-olah mengerti dengan maksud mimpi itu. Menurut Zizan lagi, tahun ini dia berhari raya di Kuala Lumpur kerana isterinya bekerja. Hanya pada Hari Raya ketiga, barulah dia akan pulang ke kampung di Sungai Besar, Selangor untuk menziarahi kubur arwah ibu. "Pada Hari Raya keempat saya kembali menyambung penggambaran beberapa projek drama bersiri," tambahnya. |
| ZIZAN BERGAYA DENGAN KERETA BARU Posted: 01 Sep 2011 02:46 PM PDT |
| ANAK-ANAK AZIZ M. OSMAN BERSAMA BABY BARU Posted: 01 Sep 2011 02:11 PM PDT Alangkah gembiranya anak-anak Aziz M.Osman ini apabila mendapat adik baru yang comel. Lihat sahajalah aksi mereka berposing bersama adik mereka yang lahir pada Hari Raya dan Hari Merdeka baru-baru ini. Bayi baru Aziz iaitu Puteri Nur Azahra, merupakan anak ketujuh Aziz yang mempunyai enam orang anak hasil daripada perkahwinan terdahulu. Tahniah Bang Aziz..!! Klik untuk imej besar Info: Puteri Nurul Fatehah, Puteri Aisya Aziz, Puteri Nur Asyiqin bersama Puteri Lily Photo: Aziz M. Osman FB KLIK UNTUK LIHAT GAMBAR-GAMBAR BABY AZIZ DAN LILY |
| AWI RAFAEL TERINGIN RAYA BERSAMA BAPA Posted: 01 Sep 2011 01:42 PM PDT Meskipun telah lama tidak bertemu, namun rindu Awi Rafael terhadap bapanya kian menebal... tambah-tambah di Hari Raya. Perpisahan tersebut berlaku gara-gara penceraian antara ibu dan bapanya sejak 17 tahun lalu hingga menyebabkan Awi tersepit dalam dilema. "Sejak ibu dan bapa bercerai, bapa saya membawa diri ke Indonesia dan bekerja di negara itu menyebabkan kami semua sukar bertemu. Tambahan pula, bapa pun sudah ada keluarga baru. "Bagaimanapun pada tahun ini, saya akan pulang beraya dengan ibu di Pontian, Johor. Tetapi sebelum itu, saya akan pulang ke Singapura untuk berjumpa dengan kakak di sana sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur. Saya hanya bercuti beberapa hari sahaja," kata Awi dipetik sebagai berkata. "Selepas itu, saya akan kembali sibuk dengan promosi lagu terbaru serta memenuhi jemputan sesi fotografi dan temu bual dengan pihak media. Dalam perkembangan lain, saya juga telah menjalani penggambaran muzik video lagu terbaru, 'Bila Aku Jatuh Cinta' di Indonesia. "Saya mendapat maklum balas positif daripada peminat di Indonesia tentang lagu Bila Aku Jatuh Cinta. Selain itu, kawan-kawan di Indonesia memberitahu mereka meminati lakonan Neelofa sebagai model dan muzik video itu juga kini boleh ditonton di YouTube," ujarnya yang terpaksa tinggal sendirian di ibu kota. |
| You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan