Selasa, 6 September 2011

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Sosialnya Ramona Zam Zam

Posted: 06 Sep 2011 09:27 PM PDT

Amboii terkejut ManggaMuda bila terlihat gambar pelakon baru, Ramona Zam Zam yang bukan sahaja 'mantap', seksi, tetapi juga begitu sosial.
Sebenarnya, kalau diikutkan pada keadaan sekarang ini, tidak perlulah ManggaMuda nak terkejut bagai, sebab berpeluk-pelukkan dengan lelaki, berpakaian seksi,dan bersosial dikelab-kelab malam, itu semua memang sudah menjadi kebiasaan buat remaja-remaja masa kini, lebih-lebih lagi mereka-mereka yang tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur ini.
ManggaMuda malas nak komen tentang dosa dan pahala bila berkelakuan begitu, itu semua hal diorang dengan Pencipta. Tapi, yang tak sedapnya, bila ada artis-artis yang tidak cerdik seperti Ramona Zam Zam ini, baru saja nak masuk dunia seni, dah mula cipta kontroversi.
Dah tahu diri tu baru sahaja nak popular, peminat pula belum ramai, pandai-pandailah cipta nama dengan baik, ini tidak, baru satu dua babak jadi pelakon pembantu, sudah mula keluar cerita-cerita kurang menarik, dan letak pula gambar-gambar sumbang dalam laman sosial. Untuk apa semua tu? saja nak popular bikin gempakkan?
Gambar-gambar yang ManggaMuda dapat ni, memang jelas mempamerkan sisi gelap Ramona. Tak silap ManggaMuda, gambar ini baru sahaja tersebar di Internet, dan mungkin diambil oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab daripada laman sosial, Facebook milik Ramona ini sendiri.
Kenapa yer perlu letak gambar-gambar seperti ini di laman sosial? Bukankah ia seperti sengaja untuk menempah maut?
Daripada apa yang ManggaMuda nampak, gambar-gambar ini memang bukanlah diphotoshop ataupun di sabotaj oleh mana-mana pihak tertentu, jadi ManggaMuda tak sabar nak dengar apa agaknya penjelasan daripada Ramona.
ManggaMuda: Takkan sesuka hati letak gambar dalam laman sosial, sebab ada nilai eksklusif yang tinggi.

Amboii terkejut ManggaMuda bila terlihat gambar pelakon baru, Ramona Zam Zam yang bukan sahaja 'mantap', seksi, tetapi juga begitu sosial sekali gaya hidupnya.

Sebenarnya, kalau diikutkan pada keadaan sekarang ini, tidak perlulah ManggaMuda nak terkejut bagai, sebab berpeluk-pelukkan dengan lelaki, berpakaian seksi,dan bersosial dikelab-kelab malam, itu semua memang sudah menjadi kebiasaan buat remaja-remaja masa kini, lebih-lebih lagi mereka-mereka yang tinggal di kota besar seperti Kuala Lumpur ini.

ManggaMuda malas nak komen tentang dosa dan pahala bila berkelakuan begitu, itu semua hal diorang dengan Pencipta. Tapi, yang tak sedapnya, bila ada artis-artis yang tidak cerdik seperti Ramona Zam Zam ini, baru saja nak masuk dunia seni, dah mula cipta kontroversi.

Dah tahu diri tu baru sahaja nak popular, peminat pula belum ramai, pandai-pandailah cipta nama dengan baik, ini tidak, baru satu dua babak jadi pelakon pembantu, sudah mula keluar cerita-cerita kurang menarik, dan letak pula gambar-gambar sumbang dalam laman sosial. Untuk apa semua tu? saja nak popular bikin gempakkan?

Gambar-gambar yang ManggaMuda dapat ni, memang jelas mempamerkan sisi gelap Ramona. Tak silap ManggaMuda, gambar ini baru sahaja tersebar di Internet, dan mungkin diambil oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab daripada laman sosial, Facebook milik Ramona ini sendiri.

Kenapa yer perlu letak gambar-gambar seperti ini di laman sosial? Bukankah ia seperti sengaja untuk menempah maut?

Daripada apa yang ManggaMuda nampak, gambar-gambar ini memang bukanlah diphotoshop ataupun di sabotaj oleh mana-mana pihak tertentu, jadi ManggaMuda tak sabar nak dengar apa agaknya penjelasan daripada Ramona.

ManggaMuda: Takkan sesuka hati letak gambar dalam laman sosial, sebab ada nilai eksklusif yang tinggi.

Kami serius

Posted: 06 Sep 2011 09:26 PM PDT

Diana Danielle
Diana Danielle
Gangguan eratkan lagi hubungan

HATI mana yang tidak bimbang andai si arjuna hati kini berdepan dengan ugutan yang mengancam keselamatan nyawanya. Apatah lagi kejadian ugutan itu berlaku ada kaitan dengan dirinya, tentunya tidak senang duduk dibuatnya.
Perasaan risau sentiasa bersarang dalam jiwa dan hati sering tertanya-tanya, bagaimanakah keadaan si kekasih yang kini jauh di mata.
Namun hambatan tugas membuatkan si dara hanya mampu berdoa dari jauh, mengharapkan kekasihnya selamat dan berada dalam keadaan sihat walafiat.

Meskipun tidak begitu pasti apakah benar buah hatinya, Farid Kamil diugut disebabkan hubungan cinta yang terjalin antara mereka, namun jelas Diana Danielle, naluri hatinya kuat mengatakan kejadian ugut itu berlaku kerana ada pihak yang tidak puas hati melihat kemesraannya dengan pengarah dan pelakon itu.

"Memang saya risau sangat dengan keselamatannya sekarang ini. Maklum sajalah, tugasnya sering membuatkan dia berada di tempat terbuka. Apa pun, saya berdoa semoga tiada perkara buruk berlaku.

"Mengenai kejadian ugut itu, saya rasa memang ada kaitan dengan hubungan kami. Mungkin ada yang tidak suka melihat kami bercinta. Pada kami, ugutan itu tidak akan dapat mengubah perasaan kami berdua.
"Kami tak mahu menuduh sembarangan jika tiada bukti yang kukuh menunjukkan mereka terbabit," jelas Diana ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru lakonannya berjudul Azazil di Ulu Yam, Selangor.

Biarpun mengakui mempunyai hubungan yang serius dengan Farid, tegas Diana, mereka belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Malah pelakon muda berdarah campuran Melayu-Inggeris ini hanya tertawa besar apabila pihak media bertanyakan soalan adakah benar dia dan Farid akan bertunang tahun ini juga.

"Tiada majlis pertunangan yang akan berlangsung tahun ini. Bagaimanapun, saya tidak menafikan yang kami ada juga berbincang soal kahwin. Sementelah hubungan kami yang semakin serius ini, sudah tentu saya tak mahu terhenti di sini saja.

"Namun kami tak mahu beriya-iya merancang dan menguar-uarkannya kerana kami takut hubungan ini tidak menjadi seperti yang diharapkan.

"Sudah banyak contoh yang kami lihat. Apa yang boleh saya katakan, kami memang ada perancangan ke arah itu," ujar Diana serius.

Dengan pengakuan itu, nampaknya gosip yang bertebaran menyatakan hubungan Diana dan Farid tidak mendapat restu ibunya nampaknya tersasar jauh. Apabila ditanyakan mengenai kesahihan berita itu, dia turut menyangkal sekeras-kerasnya.

"Mama merestui hubungan kami. Sebagai ibu, apa saja yang terbaik untuk anaknya, dia tidak akan menghalang," tegas Diana memperbetulkan dakwaan yang tidak berasas itu.

Dapat bimbingan pengarah handalan

JIKA diukur dari segi pengalaman, Diana boleh dianggap masih baru dalam bidang lakonan. Namun biarpun masih hijau, dia boleh dianggap bertuah kerana berpeluang berlakon di bawah pengarah handalan yang bukan saja berkarisma, tetapi menjadi idaman pelakon lain.
U-Wei Shaari, Khir Rahman dan terbaru Kabir Bhatia adalah antara pengarah yang pernah bekerjasama dengannya.

Ternyata anak tunggal kepada Norsiah Ramli ini memang bertuah apabila berpeluang bekerja dengan ikon dalam dunia pengarahan filem.

"Saya akui saya memang teruja apabila berpeluang dapat bekerja dengan ramai pengarah yang bukan saja berpengalaman, tetapi mempunyai karisma tersendiri dalam bidang ini. Setiap pengarah ada keistimewaan tersendiri dan saya mendapat banyak ilmu dari setiap mereka," kata Diana yang memegang watak sebagai Aishah dalam Azazil.

Menerusi filem arahan Kabir Bhatia itu, Diana memegang watak seorang gadis yang hidup pada zaman peperangan sekitar era 1940-am.

Filem bergenre seram itu juga adalah kerjasama kali ketiga Diana bersama Kabir. Kali pertama, dia berlakon menerusi Setem diikuti telefilem Aidilfitri berjudul Di Telapak Kaki Bonda.

Ketika tinjauan dilakukan, Diana bersama Remy Ishak dan Sharnaaz Ahmad sedang melakonkan babak pertarungan.

Mengulas gandingannya bersama Remy, Diana berkata, pengalaman berlakon sama menjadi bonus untuk mereka mencipta keserasian segera dalam filem ini.

"Kami tiada masalah berlakon bersama kerana ini bukanlah gandingan pertama kami. Sebelum ini kami pernah berlakon dalam filem Barajiwa dan apabila digandingkan sekali lagi dalam filem ini, kami tak perlu mengambil masa yang lama untuk serasi," katanya.

Rezeki lakonan melimpah-ruah

Posted: 06 Sep 2011 09:24 PM PDT

pix_middle

BUKANLAH pertama kali dipertemukan, sebalik�nya ketiga-tiga bintang muda ini pernah beberapa kali bekerjasama baik menerusi program televisyen, drama atau filem mahupun sesi fotografi.

Bagaimanapun, suasana petang itu tidak sunyi dengan tiga jejaka ini, Fizo Omar, 26, Kamal Adli, 25, dan Amar Baharin, 26, kerana masing-�masing punya pelbagai cerita.

  • Foto

    Amar Baharin

  • Foto

    Ahmad Kamal Ahmad Adli

  • Foto

    Wan Hafizol Wan Omar

Bagi mereka, sesekali bertemu terutama untuk sesi fotografi sempena Aidilfitri memang menarik dan menyeronokkan. Ada saja yang boleh dijadikan topik perbualan dan usikan.

Meneliti sembang panjang mereka, seperkara yang menyamakan tiga bintang muda ini ialah bakat dan peluang dalam jalur seni yang terbentang luas buat mereka selepas mencuba nasib dalam program realiti dan pertandingan pencarian bakat.


Menyarungkan persalinan baju Melayu sentuhan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek yang berjaya menyerlahkan ketampanan masing-masing, topik perbualan petang itu lebih menjurus soal persediaan menjelang Aidilfitri dan kenangan masa kecil mereka.


Kelakarnya, kedua-dua bintang kelahiran pertandingan Hero Remaja, Kamal dan Fizo masing-masing cuba menyembunyikan perangai nakal mereka daripada diketahui keluarga kerana bimbang dimarahi.

Fizo umpamanya yang membesar dengan lasak di Kota Bharu, Kelantan menyifatkan kedatangan Aidilfitri setiap tahun adalah saat terindah untuknya menghabiskan masa bersama teman, sepupu dan jiran di kampung halaman.

"Kalau diimbas semula, memang macam-macam yang kami lakukan. Maklumlah anak lelaki dan kebetulan saya memang minat bersukan dari kecil. Apabila tiba raya, memang kami semua berkumpul dan inilah masa terbaik untuk bermain. Tapi Alhamdulillah, tidak pula saya sampai bermain mercun hingga membahayakan diri atau merisaukan ibu bapa.

"Jujurnya memang saya rindukan saat itu dan ingin sekali kembali melihat keindahan Aidilfitri ketika masih kecil. Tiada apa yang perlu difikirkan seperti sekarang kerana semuanya ada di depan mata. Apa yang diambil kira adalah persalinan baru dan sibuk mengumpul duit raya," katanya.

Bintang filem Kongsi yang juga pengacara program 3 Hari 2 Malam ini hadir ditemani ibu dan sepupunya. Meskipun, sudah besar panjang dan pandai berdikari, anak kedua daripada empat beradik ini masih akrab duduk berkepit dengan ibunya.

Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar berkata, tahun ini tiada apa yang istimewa dirancang bagi me�nyambut kedatangan Syawal kerana sibuk menguruskan gerai menjual serunding daging istimewanya di bazar Ramadan di depan Kompleks Pertama, Kuala Lumpur.

"Tahun ini, saya berkejar-kejar menguruskan gerai serunding dan ke lokasi penggambaran. Alhamdulillah, tawaran tidak henti datang hingga Ramadan kali ini saya lebih banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran.

"Saya begitu sibuk dengan melunaskan dua filem iaitu Minyak Dagu dan Azazil. Kemudian berlari pula menyelesaikan watak Ilyas menerusi drama siri baru, Sophia bersama Tiz Zaqyah," katanya yang pulang ke kampung sehari sebelum raya dan bercuti selama lima hari.

Kamal yang mengakui bahagia bersama kekasih hatinya, Intan Ladyana, gembira pulang beraya di Jitra, Kedah kerana diberi rehat panjang selepas berhempas-pulas sebelum ini.

"Saya memang terlalu penat kerana kerja tidak henti dalam beberapa bulan sebelum puasa. Bayangkan, saya baru saja habis drama Aku Ada Kau Ada, terus ke lokasi drama siri Ana Lulu.

"Kemudian selepas sibuk mempromosikan filem Kembar Siang, saya masih sibuk dengan proses pembikinan filem 3 Temu Janji dan Gerimis Mengundang pula.

"Justeru, saya memang berhasrat ingin berehat seketika sepanjang puasa untuk fokus kepada diri sendiri dan keluarga pula," katanya.

Menyentuh soal cintanya, Kamal lekas menjawab yang mereka berdua belum terfikir untuk melangkah ke fasa seterusnya kerana masing-masing masih ligat mengukuhkan nama dalam pentas lakonan.

"Kami serius dalam perhubungan dan sememangnya kami ingin mengakhiri percintaan kami ke jenjang pelamin. Bagaimanapun, perkara itu belum sempat kami bincang�kan memandangkan masing-masing ligat mencipta nama dan mengejar impian dalam lapangan ini.

"Kami serahkan semuanya pada takdir dan ketentuan kerana jika terlalu mengharap bimbang mengundang rasa kecewa pula kalau sebaliknya berlaku. Setakat ini, saya memang cukup selesa dengan Intan dan bertuah kerana dia tidak henti-henti menyokong apa saja yang saya lakukan terutama soal kerja.

"Begitulah indahnya hubungan ini kerana masing-masing faham dan sentiasa percaya antara satu sama lain. Insya-Allah jika ada jodoh dan kepastian, kami tidak sekali menyembunyikannya," katanya.

Sementara itu, Amar daripada program Anak Wayang, meskipun profil kerjaya seninya masih baru dan jauh tertinggal berbanding Kamal dan Fizo, si empunya wajah kacak manis ini bersyukur kerana tidak disisihkan terus dari gelanggang seni, sebaliknya masih ramai meletakkan kepercayaan kepadanya.

"Selepas Anak Wayang, saya terus dibawa ke Jakarta untuk drama siri Kau & Aku dan diberi tawaran lain. Jika difikirkan semula, saya memang bertuah. Walaupun masih baru dan belum ada nama yang kukuh, pihak penerbitan dan produksi nampak bakat saya.

"Saya harap diberi watak berat dan serius untuk membuktikan kemampuan selepas ini," katanya.


PROFIL

Nama penuh: Amar Baharin
Tarikh lahir: 1 Julai 1985
Umur: 26 tahun
Tempat lahir: Kajang, Selangor
Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik
Pendidikan: Diploma Kuasa Elektrik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Drama: Laila Manja, Khurafat The Series, Kau & Aku dan Mimi Mencari Cinta
Pencapaian: Finalis program Anak Wayang


PROFIL

Nama penuh: Wan Hafizol Wan Omar
Tarikh lahir: 19 Julai 1985
Umur: 26 tahun
Tempat lahir: Kota Bharu, Kelantan
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Pendidikan: Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Filem: 7 Petala Cinta, Hello, Halim Munan, Minyak Dagu, Azazil dan banyak lagi
Drama: Jersi 9, Spa Q Musim Ke-2, Awan Dania Musim Ke-2, Suraya & Bila Musang Berjanggut, Siti Kelembai, Mistik Alam Hitam, Bionik, Cahaya Berbisik, Matahari, La Dolce Amira, Keliwon dan banyak lagi
Pengacara: 3 Hari 2 Malam (TV9), Pakar Kejelitaan (TV3) dan Gen X (RTM)
Teater: Siti Di Alam Fantasi
Pencapaian: Naib Juara Hero Remaja 2007/2008


PROFIL

Nama penuh: Ahmad Kamal Ahmad Adli
Tarikh lahir: 16 April 1986
Umur: 25 tahun
Tempat lahir: Pekan, Pahang
Keluarga: Anak ketiga dari tujuh beradik
Pendidikan: Pelajar Bidang Penyiaran di Akademi TV3
Filem: Senario The Movie Ops Pocot, Senjakala, Kembar Siang, Gerimis Mengundang, 3 Temujanji, Pusaka, Senjakala dan Niyang Rapik
Drama: Impian Sunsilk musim pertama dan kedua, Renjis 2, Bio-Nik, Zati & Mawas, Syah Jihan, Ana Lulu, Aku Ada Kau Ada dan Gemilang
Pengacara: Rentak Juara 2008 di RTM1 dan Pandanganku, Ceritaku di Astro Ria
Pencapaian: Juara Hero Remaja 2007/2008

Ana Raffali Mahu Pelajar Sekolah Gemar Membaca

Posted: 06 Sep 2011 09:23 PM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali, 26, (gambar) berhasrat untuk meneruskan projek 'Sayang Buku' bagi menggalakkan pelajar sekolah seluruh negara menanam minat suka membaca.

Projek ini dianjurkan menerusi syarikatnya, About The Letter A Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat penerbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd pada Julai lalu.

"Saya sedang berusaha untuk menggalakkan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah agar suka membaca buku. Saya akan meneruskan projek ini secara menyeluruh di sekolah-sekolah negara ini dengan membuka satu dana khas agar orang lain juga dapat memberikan sumbangan.

"Jadi, saya merasakan idea memberi sumbangan buku baru dapat memberi semangat kepada mereka untuk membaca," katanya kepada mStar Online.

Dengan menggunakan "tagline" 'Baca Selalu, Sayang Buku', Ana yakin para pelajar akan menjadikan aktiviti membaca sebagai amalan harian.

"Saya rasa sebak apabila para pelajar di Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara, Puchong melaungkan tagline 'Baca Selalu, Sayang Buku' beramai-ramai.

"Saya perhatikan mereka teruja apabila mendapat buku baru kerana saya juga lebih suka membaca buku yang baru. Saya rasa kaedah ini merupakan satu cara untuk menggalakkan mereka membaca," kata Ana lagi.

Beralih kepada karier seni, Ana merancang untuk melakukan kolaborasi dengan beberapa penyanyi lelaki dan wanita untuk lagu terbarunya akan datang.

Bagaimanapun dia enggan memberitahu nama penyanyi itu kerana masih belum mendapat persetujuan.

Shila Amzah Muat Naik 45 Lagu Di YouTube

Posted: 06 Sep 2011 09:22 PM PDT

Shila Amzah

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah mengakui telah memuat naik klip video nyanyiannya di laman Youtube bagi memenuhi permintaan peminat.

Kata Shila, setakat ini sebanyak 45 buah lagu kegemarannya telah dinyanyikan semula dengan petikan gitar dan dirakam hanya sekadar suka-suka.

"Saya buat video itu hanya sekadar suka-suka bagi memenuhi permintaan peminat, mereka ingin dengar saya menyanyikan lagu orang lain tapi saya tidak dapat nyanyikannya di khalayak jadi saya mengambil medium ini untuk memenuhi permintaan tersebut.

"Ia juga seperti latihan nyanyian kepada saya selain membantu saya untuk menambahkan keyakinan apabila memetik gitar," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Bagaimanapun, kata Shila dia tidak berniat untuk meraih publisiti atau menarik perhatian komposer dari luar negara.

"Saya tidak berniat untuk sebarang publisiti terutamanya mendapatkan perhatian dari pihak luar seperti yang dilakukan oleh kebanyakan penyanyi baru.

"Jika saya ingin tarik perhatian luar bukan dengan cara begini tapi menggunakan kaedah atau saluran yang betul," katanya.

Tambah Shila, rakaman yang di muat naik itu tiada sebarang tujuan komersial dan tidak salah dari segi undang-undang hak cipta.

Kejayaan Anak Dorong Mubarak Majid Sambung Belajar

Posted: 06 Sep 2011 09:21 PM PDT

Pelakon Mubarak Majid. Gambar dipetik daripada Facebook miliknya.

GEORGE TOWN: Kejayaan empat orang anak pelakon Mubarak Majid atau nama sebenarnya Mohamad Mubarak Majid,55, menamatkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi pendorong kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran.

Mubarak, adalah antara 3,883 pelajar baru yang mendaftarkan diri dalam program Ijazah Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan secara sepenuh masa di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, Selasa.

"Sudah lama saya mahu menyambung pelajaran, namun hasrat itu terbantut akibat menguruskan keluarga dan anak-anak yang masih kecil. Kejayaan anak-anak seramai empat orang yang berjaya menamatkan pengajian di IPTA telah mendorong saya untuk berjaya seperti mereka.

"Dulu giliran mereka, sekarang tiba pula giliran saya untuk membuat mereka bangga," katanya yang ditemui di sini.

Tambahnya, dua lagi anaknya sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan belajar di tingkatan lima.

Mubarak, yang melibatkan diri dalam bidang lakonan hampir 30 tahun, berkata pemilihan USM itu dianggap cabaran buat dirinya untuk berusaha lebih gigih dalam mengharungi kejayaan.

"Saya suka mencabar diri agar lebih kuat berusaha dan menjadi contoh kepada penggiat seni lain dalam usaha menjadikan ilmu sebagai sesuatu yang menarik untuk diteroka sepanjang hayat mereka," katanya.

TV3 Ulang Siar Lapan Drama Sempena ASK 2011

Posted: 06 Sep 2011 09:19 PM PDT

Kemaafan Yang Tertangguh bakal disiarkan pada 30 Oktober nanti

PETALING JAYA: Bersempena dengan penganjuran Anugerah skrin 2011 (ASK 2011) November depan, TV3 bakal menayangkan kembali lapan buah drama yang dicalonkan dalam anugerah tersebut.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, siaran ulangan itu akan bermula pada 11 September hingga 30 Oktober depan iaitu pada setiap Ahad, pukul 10 malam.

Nurul Ain berkata, lapan drama yang bakal ditayangkan kembali itu adalah Berkalung Noda (11 September), Sudu dan Garpu (18 September), Korban Kasih Abah (25 September), Yang Terpuji (2 Oktober), Jangan Hantar Aku Ke Neraka (9 Oktober 2011), Iqra (16 Oktober), Airmata Nur Salina (23 Oktober 2011) dan Kemaafan Yang Tertangguh (30 Oktober).

"Kesemua drama yang ditayangkan semula adalah drama-drama yang paling mendapat sambutan daripada penonton di TV3 dan ia sebagai penghargaan kepada penonton yang sentiasa menyokong drama tempatan," ujarnya.

Sementara itu, Nurul Ain memberitahu selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan Astro untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij itu.

Beliau turut menegaskan, penganjuran ASK 2011 yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bukan pertandingan antara stesen televisyen, tetapi menilai drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen tersebut.

ASK 2011 akan berlangsung pada November depan.

"Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya berasa bangga kerana pada tahun ini ASK 2011 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif daripada rakan-rakan stesen televisyen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini.

"Ia merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air yang mana dengan adanya anugerah seperti ini, ia dapat menggalakkan penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan," katanya

"Untuk makluman, pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah di senarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas ASK 2011 pada Oktober nanti," tambahnya.

Anugerah Skrin memberi pengiktirafan kepada pengeluar–pengeluar drama dan filem tempatan.

Telefilem dan drama yang dicalonkan pula adalah hasil penerbitan syarikat yang memenuhi slot-slot drama di semua rangkaian televisyen setiap minggu.

Antara faktor yang menyebabkan telefilem dan drama ini terpilih untuk ditayangkan di televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej positif di samping boleh menarik perhatian penonton.

Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut 'genre' masing-masing.

Semua pencalonan akan di nilai oleh panel juri profesional yang dipilih.

Shafnie Pinjam Duit Kerana Nafkah Anak Tidak Cukup

Posted: 06 Sep 2011 09:18 PM PDT

Shafnie

KAJANG: Bekas isteri A.C Mizal iaitu Shafnie Zainudin dimaklumkan ada meminjam wang daripada ibunya yang berusia 62 tahun bagi tujuan perbelanjaan anak-anak lantaran nafkah yang diberikan oleh pelakon dan pengacara tersebut tidak mencukupi.

Rapiah Ab Talib yang merupakan seorang pesara juga memberitahu, Shafnie turut meminjam wang daripada ibu saudaranya selain pernah menjual barang kepada kawan-kawan dan saudara-mara untuk mendapatkan wang lebih demi keselesaan dua anak yang diperoleh hasil perkahwinannya dengan A.C Mizal.

"Saya tolong setakat termampu. Saya tahu duit tidak cukup kerana plaintif (Shafnie) selalu mengadu nafkah yang diberikan oleh defendan (A.C Mizal) tidak mencukupi," katanya pada afidavit keterangannya yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Selasa.

Afidavit keterangan tersebut diikrarkan pada 25 Ogos lalu dalam kapasitinya sebagai saksi kedua dalam permohonan Shafnie untuk mengubah nafkah anak berjumlah RM300 kepada RM3,770 sebulan yang dituntutnya daripada pelakon tersebut.

Shafnie, 36, yang merupakan seorang bekas model berkahwin dengan AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan anak, Muhammad Shafiq Iman, 15, dan Muhammad Shabil Iman, 12, sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.

Dalam prosiding yang bermula pada pukul 3.20 petang itu, Shafnie diwakili oleh peguam syarie Azmi Rais.

Pada keterangan lain, Rapiah memberitahu, tidak beberapa lama selepas bercerai, Shafnie bersama anak-anaknya kembali menetap dengan dia di Batu 12, Jalan Cheras-Kajang, di sini kerana tidak mampu untuk membayar sewa rumah di Kota Damansara, dekat sini.

"Bila tinggal serumah, saya banyak tanggung makan, minum dan lain-lain termasuk perbelanjaan anak-anak. Saya tidak mampu bantu plaintif menjaga anak-anak sepenuh masa kerana saya tidak berapa sihat," katanya dan menambah Shafnie mengambil pembantu rumah untuk menguruskan anak-anak apabila dia bekerja.

Rapiah seterusnya memberitahu, emosi Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman juga terganggu apabila mendengar cerita mengenai AC Mizal kerana tahu ayah mereka hidup dalam suasana yang senang, sedangkan kehidupan mereka adalah sederhana kerana nafkah yang diberikan tidak cukup.

"Muhammad Shafiq Iman pernah cakap pada saya bahawa masa dia berjumpa dengan defendan di mahkamah, dia tahu ayahnya pakai kasut mahal. Anak-anak itu tahu defendan hidup senang kerana tengok dalam televisyen tentang kekayaan defendan," tambah Rapiah.

Saksi menambah, pada pengetahuannya hubungan anak-anak tersebut juga telah lama tidak berjumpa dengan rancangan Maharaja Lawak itu, selain kebanyakan panggilan telefon yang dibuat mereka kepada AC Mizal tidak berjawab.

Menyentuh mengenai pendidikan anak-anak itu, Rapiah memberitahu, Muhammad Shafiq Iman bersekolah di sebuah sekolah swasta Al-Amin di Bangi, dekat sini manakala Muhammad Shabil Iman menuntut ilmu di Sekolah Rendah Seri Sekamati, Kajang, di sini.

"Pada pengetahuan saya, Sekolah Al-Amin bagus kerana membimbing anak-anak dalam pendidikan agama. Tambahan pula, anak-anak tersebut tidak mendapat bimbingan agama daripada bapa kandung mereka. Sejak tingkatan satu, Muhammad Shafiq Iman tidak pernah tinggal solat dan tahu konsep anak soleh," katanya.

Tambahnya, yuran persekolahan Muhammad Shafiq Iman melebihi RM200 sebulan dan akan dibekalkan RM2 sehari sebagai wang belanja dan dinaikkan kepada RM5 jika kanak-kanak itu perlu menghadiri aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

"Muhammad Shafiq Iman juga akan menaiki komuter setiap kali menghadiri kelas tambahan," katanya dan menambah, dia tahu A.C Mizal berkemampuan untuk membayar nafkah yang dituntut oleh anaknya kerana kehidupan pelakon itu senang kerana sering keluar di televisyen dan mempunyai syarikat sendiri.

Sementara itu, semasa menjawab soalan peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili A.C Mizal, saksi bersetuju bahawa Shafnie pernah berkahwin untuk kali kedua selepas berpisah dengan A.C MIzal dan perkahwinan tersebut juga berakhir dengan perceraian.

"Saya tak ingat bila mereka bercerai kerana dia kahwin sekejap sahaja," katanya.

Rapiah bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Siti Aishah bahawa permohonan tersebut hanya difailkan selepas perceraian kali kedua berlaku dan memberitahu bahawa isu nafkah itu telah lama timbul semasa Shafnie masih bergelar isteri orang.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah kemudiannya menetapkan perbicaraan bersambung pada 13 September depan untuk membolehkan Siti Aishah meneliti secara terperinci afidavit keterangan Rapiah bagi membolehkan beliau menyoal balas saksi.

Jihan (Raja Lawak) Tinggalkan Kerjaya Di MBSA

Posted: 06 Sep 2011 09:17 PM PDT

Jihan ketika beraksi dalam Program Maharaja Lawak.

PETALING JAYA: Naib Juara rancangan Raja Lawak musim ketiga, Jihan atau Nuur Jihan Musa bersedia untuk melebarkan sayapnya dalam dunia lakonan dan pengacaraan selepas meninggalkan kerjaya tetapnya di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini.

Jihan yang dihubungi mStar Online pada Selasa berkata, keputusan itu dibuat selepas memikirkan secara mendalam dan membuat pertimbangan wajar mengenai masa depannya sebagai anak seni.

"Sebenarnya agak sukar untuk membuat keputusan meninggalkan kerjaya di MBSA sebagai Juruteknik tetapi memikirkan minat yang mendalam di dalam dunia lakonan dan pengacaraan saya bersedia untuk menghadapi segala cabaran selepas ini.

"Sudah tentu saya sayangkan kerjaya dan kawan-kawan di tempat lama tetapi memikirkan banyak tawaran terpaksa ditolak semasa masih bersama MBSA saya perlu membuat keputusan," ujarnya.

Katanya lagi, dia tidak mahu membebankan majikannya apabila sering mengambil cuti untuk memenuhi tawaran berlakon dan menimbulkan lebih banyak masalah jika menyambung kontrak bersama MBSA.

Kini katanya, tumpuan diberikan kepada kerjaya dan tawaran yang datang terutamanya daripada syarikat penerbitan dan stesen televisyen selain ASTRO yang sebelum ini banyak ditolak kerana terikat dengan kerja tetapnya.

"Sebelum ini saya tidak pernah pergi uji bakat untuk mendapatkan sesuatu peranan dalam drama atau pun sitkom tetapi lebih kepada menerima sahaja apa juga tawaran yang diberikan oleh pihak yang menawarkan kerja kepada saya.

"Kini sudah masanya saya membina nama dengan bergerak dan berusaha lebih gigih untuk terus bertahan dalam dunia seni lakonan yang amat saya cintai," ujarnya yang baru sahaja selesai rakaman Sitkom "Meh Ke Kafe Kita" musim ketiga untuk siaran TV3.

Jihan juga turut memberitahu dia juga baru selesai menjalani pengambaran beberapa buah drama selain masih menunggu filem lakonan pertamanya, "Adik Manja The Return" untuk ditayangkan.

"Alhamdulilah rezeki masih berpihak kepada saya dan itu tanda saya perlu berusaha keras lagi untuk terus diberi peluang dalam industri dan mengembangkan bakat," ujarnya penuh harap.

'Tahajjud Cinta' : Erma Fatima Mahu Rujuk Dr Asri

Posted: 06 Sep 2011 09:16 PM PDT

Erma (tiga dari kanan) bersama-sama para pelakon Tahajjud Cinta.

PETALING JAYA: Pengarah drama Tahajjud Cinta, Erma Fatima meminta pandangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang pengisian drama arahannya itu yang dikritik kononnya telah mempersendakan agama Islam.

Erma berkata, individu yang berilmu agama seperti Dr Asri mampu memberikan komen yang lebih rasional setelah drama yang disiarkan itu mendapat kritikan hebat daripada penonton kira-kira dua bulan lalu.

"Saya mahu dia memberi komen tentang drama itu kerana saya pernah membaca sudut pandangannya tentang beberapa buah filem Islamik di Indonesia.

"Saya percaya dia dapat melihat sudut pandang yang rasional dan bukannya berlandaskan emosi memandangkan dia mempunyai pengetahuan agama yang tinggi," katanya kepada mStar Online.

Tahajjud Cinta lakonan Fouziah Gous, Nur Fazura, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Dr Jins Shamsudin dan Neelofa ituberkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka.

Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut.

Drama berkenaan disiarkan di TV3 pada setiap Jumaat, pukul 9 malam.

Bagaimanapun kata Erma, Dr Asri belum dapat memberikan komen disebabkan beliau belum berkesempatan untuk menonton drama tersebut.

"Dr Asri maklumkan kepada saya yang beliau akan memberikan komen selepas menonton drama tersebut. Beliau meminta saya menghantar salinan cakera padat digital (DVD) Tahajjud Cinta kepadanya.

"Saya akan segera menghantar DVD kepadanya untuk dinilai," katanya lagi.

Jelasnya, sejak drama itu mendapat kritikan, dia belum memberikan sebarang komen dan memohon penonton menantikan episod akhir yang dijangka disiarkan dalam masa sebulan lagi.

"Saya tak nak komen apa-apa sebab Allah tahu apa yang saya cuba sampaikan. Saya rasa tak adil untuk memberikan komen sekarang ini kerana penonton hanya menonton beberapa episod, tetapi sudah memberikan kritikan.

"Sepatutnya mereka menonton sehingga ke penghabisan, baru boleh buat kesimpulan penuh," ulasnya.

Dalam perkembangan lain, Erma juga bakal muncul dengan telefilem arahannya berjudul Oh Haram yang akan disiarkan di TV3 pada Sabtu ini, pukul 9 malam.

Oh Haram mengisahkan tentang seorang pemuda yang baru pulang dari menuntut pengajian agama dan sentiasa menganggap semua perkara yang dilakukan oleh orang lain adalah haram.

Telefilem ini dilakonkan oleh Aqasha, Sharifah Amani, Rita Rudaini, Jalil Hamid dan Hamidah Wahab.

Anak Sulung KD Teruja Dapat Adik Baru

Posted: 06 Sep 2011 09:14 PM PDT

Aurel menatap wajah ibu dan adiknya menerusi telefon bimbit.

JAKARTA: Anak sulung penyanyi Krisdayanti, Aurel gembira menerima kelahiran adik bongsunya, Ariannha Amora Lemos yang dilahirkan, Isnin.

Dia yang menunjukkan gambar adiknya di telefon Blackberry memberitahu belum puas untuk mencium bayi kecil itu.

"Iya senang sangat dapat adik perempuan, lepas ni saya boleh bermain-main dengannya," katanya.

Aurel juga berhasrat memberi hadiah berupa pakaian untuk adik barunya itu.

"Saya nak belikan dia baju, namun belum beli lagi, jika ada masa saya akan membelinya. Buat masa ini saya memang sangat gembira ada adik perempuan," katanya.

Bagaimanapun kata Aurel dia tidak sabar untuk mendukung dan memandikan bayi berkenaan.

Gaun Kate Middleton Beri Keuntungan Besar

Posted: 06 Sep 2011 09:13 PM PDT

Gaun yang dikenakan kate Middleton pada majlis perkahwinannya benar-benar menarik perhatian ramai khususnya golongan wanita.

GAUN pengantin yang dikenakan oleh Kate Middleton pada majlis perkahwinannya bersama Putera William bukan hanya menjadi satu ikon, tetapi telah menghasilkan keuntungan yang besar bagi pihak Istana Buckingham apabila ia dipamerkan di istana itu.

Sejak gaun yang direka khas oleh Sarah Burton daripada Alexander McQueen itu dijadikan pameran, gaun itu telah berjaya menarik perhatian ramai pengunjung.

Malah, jumlah pengunjung kediaman Ratu England itu mencapai rekod baru dan difahamkan, sehingga hujung tahun ini, tapak pameran di istana tersebut akan menerima pengunjung lebih daripada setengah juta orang, hanya kerana ingin melihat sendiri gaun tersebut.

Malah pihak istana juga mampu mengaut keuntungan sebanyak RM384,293 daripada pameran gaun itu sahaja.

"Tahun ini, kami menerima jumlah pengunjung paling ramai dan terbukti gaun yang dipakai oleh Kate begitu popular," kata salah seorang wakil daripada jenama koleksi barangan istana, Royal Collection.

Jessica Simpson Mahu Jalani Pembedahan Payu Dara

Posted: 06 Sep 2011 09:12 PM PDT

Jessica Simpson

PENYANYI Hollywood, Jessica Simpson akan menjalani pembedahan plastik untuk mengecilkan payudaranya tidak lama lagi.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu With You itu dikatakan tidak senang dengan payudaranya yang agak besar dan pernah memberitahu kepada teman-teman rapatnya bahawa dia akan melakukan sesuatu untuk mengecilkan payudaranya itu.

"Dia sememangnya tidak sukakan payudara yang besar kerana ia membuat tubuh badannya kelihatan gemuk," kata salah seorang teman rapat Jessica.

Sebelum ini, Jessica pernah dikhabarkan ingin melangsingkan tubuh badannya menjelang pernikahannya nanti pada 11 November depan dengan pemain bola sepak America Syarikat, Eric Johnson.

Kata teman Jessica itu lagi, penyanyi itu mungkin akan menundakan tarikh perkahwinannya jika gagal menurunkan berat badannya.

Terminum racun semut

Posted: 06 Sep 2011 09:11 PM PDT

PARAH...Norhafizah dirawat di  HRPZ II, pagi semalam.
PARAH...Norhafizah dirawat di HRPZ II, pagi semalam.
INI DIA...Mat Din menunjukkan cawan yang digunakan untuk membancuh  racun semut.
INI DIA...Mat Din menunjukkan cawan yang digunakan untuk membancuh racun semut.

KOTA BHARU: Seorang suri rumah berusia 27 tahun menggelupur kesakitan sebelum rebah di dapur rumahnya, akibat terminum air dicampur racun semut dibancuh suaminya sendiri yang disangka sirap berperisa pandan di Kampung Rambutan Rendang, Panji, dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari suami mangsa, Mat Din Yusof, 27, ketika mahu mengambil air bancuhan racun semut di dalam gelas diletakkan di atas meja makan sebelum dikejutkan dengan teriakan isterinya, Norhafizah Badli Efendi, yang mengerang kesakitan.


Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini dengan sebuah ambulans dan dimasukkan ke wad kecemasan kira-kira jam 12.40 tengah hari.

Keadaan mangsa dilaporkan stabil selepas racun berkenaan berjaya disedut keluar, namun masih memerlukan bantuan alat pernafasan dan masih dirawat Wad Temenggong hospital berkenaan.


Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bangun tidur kira-kira jam 11 pagi selepas berjaga malam menjaga anak bongsunya, Shafira Aisyah berusia tujuh bulan. Mangsa dikatakan memang gemar minum air sirap berperisa pandan dan terus meminum air bancuhan racun yang dikatakan mempunyai bau pandan dan berwarna hijau diletakkan di atas meja makan.


Mat Din berkata, air bancuhan racun semut yang diletakkan di dalam gelas di atas meja makan rumahnya disediakan untuk dicurah ke dalam sarang semut.

"Kebetulan pagi semalam saya tergerak untuk bancuh racun semut kerana terlalu geram dengan kehadiran sekumpulan semut merah yang menggigit anak bongsu saya ketika bermain seorang diri di dalam rumah.


"Tanpa mengejutkan isteri, saya mengambil racun itu yang mempunyai bau dan warna seperti sirap berperisa pandan dan meletakkannya di atas meja kira-kira jam 10.30 pagi tadi (semalam)," katanya ketika ditemui di wad kecemasan HRPZ II di sini, semalam.

Menurut bapa kepada empat anak itu, ketika mahu mengambil bancuhan racun itu, dia tergamam mendapati isterinya rebah di pintu dapur sambil minta pertolongan.


"Saya panik apabila melihat keadaan isteri menggelupur di lantai dapur dan memberitahu dia minum air di dalam gelas yang diletakkan di atas meja makan dan ketika itu baru saya teringat dia terminum racun semut," katanya.

Bas disamun sejurus nahas

Posted: 06 Sep 2011 09:10 PM PDT

PECAH...cermin bas yang rosak  selepas diserang sekumpulan empat samseng lebuh raya, malam kelmarin.
PECAH...cermin bas yang rosak selepas diserang sekumpulan empat samseng lebuh raya, malam kelmarin.

IPOH: "Saya terkejut apabila dihujani tumbukan dan tidak dapat mempertahankan diri ketika diserang," kata pemandu kedua sebuah bas ekspres yang dibelasah sebelum disamun sekumpulan 'samseng lebuh raya' di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, Trans Liam, 45, cedera di kepala dan anggota badan selepas dibelasah dua lelaki dan dua wanita berhampiran kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira dua kilometer dari Plaza Tol Jelapang, di sini.

Kejadian tidak diduga itu turut mengejutkan 25 penumpang bas ekspres berkenaan selepas mendapati pasangan samseng berkenaan meluru dan terus membelasah mangsa.

Tidak cukup dengan memukul mangsa, empat samseng terbabit turut merampas kunci bas dan mencuri kad Touch n' Go sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta.


Kejadian berpunca apabila bas Ekspres KKKL terbabit yang dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke Singapura terlanggar belakang sebuah Perodua Alza menyebabkan kereta berkenaan terbalik dan terhumban ke dalam longkang.

Hutang tak susut-susut

Posted: 06 Sep 2011 09:08 PM PDT

TERTEKAN ...Hafis menyerahkan salinan laporan polis yang dibuatnya kepada Aryati sebelum masuk hospital.
TERTEKAN ...Hafis menyerahkan salinan laporan polis yang dibuatnya kepada Aryati sebelum masuk hospital.

KUALA LUMPUR: Jerat ceti haram atau along bukan sekadar memerangkap peniaga kecil-kecilan yang ingin mengembangkan perniagaan, malah seorang usahawan bergelar Datuk turut menjadi mangsa apabila berhutang RM24 juta daripada 64 along.

Akibatnya, lelaki berusia 50-an yang hanya mahu dikenali sebagai Hafis itu kini dihimpit pelbagai ancaman dan tekanan daripada along terbabit serta konco mereka sehingga dia kini terlantar di hospital sejak lebih sebulan lalu selepas serangan penyakit jantung.

"Lebih menyeksakan, along serta konco mereka bukan saja mengancam nyawa saya, tapi ada antara mereka mengugut mahu menculik anak bongsu saya yang berusia dua tahun," katanya ketika ditemui.

Hafis berkata, sebelum ini dia terbabit beberapa perniagaan termasuk industri perfileman dan memiliki kira-kira 600 pekerja.


"Tapi kini, semua 600 pekerja itu terpaksa saya berhentikan dan saya tiada aset lagi melainkan hutang yang bertimbun," katanya.

Berang duit raya RM1

Posted: 06 Sep 2011 09:07 PM PDT

ROSAK...Noleha menunjukkan pagar rumahnya yang dirosakkan abangnya kerana tidak berpuas hati cucunya kerana memperoleh duit raya RM1.
ROSAK...Noleha menunjukkan pagar rumahnya yang dirosakkan abangnya kerana tidak berpuas hati cucunya kerana memperoleh duit raya RM1.

KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak berpuas hati enam cucunya hanya mendapat duit raya RM1 daripada ibunya, seorang warga emas berusia 60 tahun gagal mengawal diri apabila menyerang dua adik perempuannya dengan merosakkan harta benda serta menghamburkan kata-kata kesat berbaur ugutan dalam kejadian Jumaat lalu.

Difahamkan kejadian berlaku selepas lelaki terbabit yang berlainan bapa dengan mangsa naik berang apabila enam cucunya hanya memperoleh duit raya RM1 daripada ibunya berusia 84 tahun sebelum menuduh kononnya dua adiknya itu mengawal duit ibunya yang sudah uzur.

Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam di rumah seorang adik berkenaan, Noleha Sulong, 42, di Kampung Pengadang Baru, di sini, menyebabkan dia dan dan adiknya, Rokiah, 37, trauma serta hidup dalam ketakutan.

Noleha berkata, dia tidak sangka abangnya itu tergamak menyerang dia dan adiknya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan jumlah duit raya diberikan ibu mereka.


"Hairan juga saya dengan sikap abang yang tidak pernah berpuas hati dan berprasangka buruk terhadap kami adik-beradik, padahal bukan cucunya saja mendapat RM1, tetapi anak bongsu saya dan semua cucu lain turut mendapat jumlah yang sama.

Gubahan bunga biar seimbang

Posted: 06 Sep 2011 09:04 PM PDT

BAHAN...sediakan gam pistol, playar, pasu tanah liat, polifoam, ros putih, span, daisy merah dan putih, bunga kering serta daun eucalyptus.
BAHAN...sediakan gam pistol, playar, pasu tanah liat, polifoam, ros putih, span, daisy merah dan putih, bunga kering serta daun eucalyptus.

PASTINYA gubahan bunga yang menarik dan ceria untuk dijadikan hiasan menjadi pilihan suri rumah bagi menghias rumah setiap kali sambutan perayaan.

Antara tempat yang menjadi keutamaan adalah meja makan, meja tamu, bunga dinding serta bunga sudut agar ceria menerima kunjungan tetamu.

  • Foto

    A. SEIMBANG...seimbangkan bunga mengikut bentuk piramid sebagai dasar gubahan.

  • Foto

    B. BERLAINAN...cucukkan bunga daisy merah mengikut kaedah sama.

  • Foto

    C. POTONG...gunakan playar untuk memotong tangkai bunga ros plastik mengikut kesesuaian.

  • Foto

    D. CUCUK...cucukkan bunga ros tadi berselang-seli dengan bunga daisy untuk memenuhkan pasu.

  • Foto

    E. PENUHKAN...pastikan bunga kering, daun eucalyptus dan polifoam diselitkan antara ruangan bunga.

Menurut penggubah bunga, Che Rosni Abu Bakar, seboleh�nya gubahan yang dipilih untuk dijadikan hiasan pada meja makan mempunyai ketinggian di bawah paras penglihatan bagi membolehkan komunikasi dua hala berlaku dengan lebih baik.

"Jika terlalu tinggi maka proses komunikasi yang berlangsung akan menjadi hambar kerana sukar untuk melihat mimik muka mereka yang sedang bercakap ataupun mendengarnya.


"Kita juga terasa seperti bercakap sendirian kerana hanya mampu memandang gubahan bunga, bukan mereka yang bercakap," katanya.


Malah, bekas ataupun pasu bunga yang digunakan juga perlu berbentuk bulat berbanding bekas bersegi bagi menampakkan kembang bunga agar tidak kelihatan terlalu rendah.

Sementara itu, bunga pula seelok-eloknya dua kaki panjang selain warna bunga digunakan perlu seimbang agar tidak nampak comot dan keterlaluan.

Che Rosni berkata, jika terlalu panjang, lebar gubahan bunga itu akan menjadi terlalu besar dan ia akan menyebabkan banyak ruang meja digunakan hingga menyukarkan untuk meletakkan barangan lain.

Selain itu, bukan hanya penggubah profesional boleh menyediakan gubahan terbabit malah mereka yang baru belajar menggubah juga berpeluang mempelajarinya jika asas yang digunakan betul.

Ikuti langkah mudah penyediaan gubahan bunga meja makan salam lebaran dikendalikan Che Rosni yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

Jawablah!: Hubungan kami direstui

Posted: 06 Sep 2011 09:03 PM PDT

Ana Dahlia dan Nazri.
Ana Dahlia dan Nazri.
Ana Dahlia nafi dakwaan dirinya sudah berkahwin atau berstatus janda

TANPA diduga, pengakuan pasangan merpati dua sejoli iaitu pelakon Ana Dahlia dan Chef Nazri, yang juga anak kepada tukang masak selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengenai musim bunga yang sedang mereka lewati ketika ini menerima maklum balas daripada khalayak dan juga peminat mereka di luar sana.
Ada yang memuji dan tak kurang juga menabur cerita kurang enak mengenai mereka. Entah dari mana datangnya cerita, tiba-tiba ada yang mendakwa hubungan Ana dan Nazri tidak direstui bapa si lelaki atas alasan Ana tidak jujur mengenai status dirinya.
Khabarnya, pelakon filem Mantra itu pernah berkahwin tetapi sekarang sudah menjanda. Namun sehingga kini, Ana tetap mengunci mulut dan gara-gara tindakannya itu, ramai yang menyangka semua cerita yang tersebar itu adalah benar.

Hip menghubungi Ana yang ketika ini sedang berada di lokasi penggambaran drama bersiri Metro Skuad.

Ketika persoalan itu diajukan kepada si empunya diri, Ana menafikan dakwaan kononnya dia seorang janda. Tegasnya, dia belum berkahwin dan berharap tidak ada lagi gosip yang sengaja ditimbulkan disebabkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak melihat kebahagiaan dirinya.

Hip: Betulkah dakwaan yang mengatakan Ana pernah berkahwin sebelum ini? Mengapa berahsia?
Ana:
Cerita yang mengatakan Ana sudah berkahwin dan bergelar janda sebenarnya cerita lama. Ana sendiri hairan mengapa cerita itu kembali diungkit di saat Ana sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang. Ana menegaskan bahawa Ana tidak pernah berkahwin ataupun bergelar janda seperti yang dihebahkan. Ana bukanlah hendak berahsia. Jika perkara itu benar, buat apa nak nak sorok. Tapi dalam hal ini, memang perkara itu tidak benar (dirinya janda atau sudah berkahwin).

Hip: Kalau tak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Mesti ada sebab mengapa cerita ini disebarkan.

Ana:
Sebenarnya malas hendak mengungkit kembali cerita lama. Perkara yang lalu, tak perlu diingat kembali. Memang sebelum ini Ana ada hasrat untuk mendirikan rumah tangga tapi perkara itu tidak berlaku. Disebabkan itulah ramai menganggap Ana sudah berkahwin. Lagipun perkara itu berlaku sebelum Ana menjadi artis lagi. Kalau boleh Ana harap khalayak di luar sana tak janganlah lekas percaya pada cerita yang tidak benar. Ana juga tak mahu cerita seperti ini memberikan impak yang tidak baik pada hubungan yang sedang terjalin ini. Penat kami menjaga hubungan ini dan berharap akan berkekalan selama-lamanya. Tak mahulah nanti disebabkan gosip ini, hubungan kami terjejas.

Hip: Khabarnya hubungan Ana dan Nazri tidak direstui Chef Wan adalah disebabkan Ana tidak jujur, kerana menyorokkan status sebenar.

Ana:
Itu juga tidak benar. Ana tidak pernah berahsia dengan Nazri atau Chef Wan mengenai apa saja yang berkaitan dengan Ana. Alhamdulillah, hubungan Ana dan Nazri memang mendapat restu Chef Wan dan keluarganya. Sepanjang hubungan kami, antara Ana dan Nazri lebih banyak fokus pada masa hadapan. Semua cerita lama kami tinggalkan. Biasalah, masing-masing ada cerita masa silam, jadi tak perlulah nak dikenang semula. Apa yang penting, kami jaga hubungan ini sebaik mungkin. Hari Raya yang lalu, Nazri juga datang beraya di rumah saya bersama mamanya. Chef Wan tak dapat datang kerana sibuk dengan persiapannya untuk ke luar negara.

Hip: Ada yang mengatakan Ana pilih Nazri kerana dia anak kepada Chef Wan, Selebriti Chef terkenal di Malaysia.

Ana:
(Sambil beristighfar) Ana tidak pernah memilih siapa jodoh Ana. Nazri menjadi pilihan kerana suka dengan sikapnya yang penyayang. Ana juga suka padanya kerana dia sangat berdikari. Dia tidak pernah menggunakan pengaruh bapanya untuk mendapatkan apa yang dia hajati walaupun dia boleh berbuat demikian. Kalaupun bapa Nazri orang biasa pun, Ana tetap akan terima dirinya seadanya.

Hip: Adakah ini bermakna Ana dan Nazri akan mendirikan rumah tangga dalam tahun ini juga?

Ana:
Rasanya tidak tahun ini. InsyaAllah tahun depan. Biarlah kami kumpul duit banyak-banyak dulu, barulah fikir soal hendak mendirikan rumah tangga. Kalau boleh kami tak mahu menyusahkan sesiapa bila nak kahwin nanti. Chef Wan juga ada nasihatkan kami supaya kumpul duit banyak-banyak sebelum kahwin. Tapi kalau duit sudah cukup, rasanya sekarang juga kami ingin mendirikan rumah tangga.

Dengarnya...: Adeep tinggalkan The Fabulous Cats

Posted: 06 Sep 2011 09:00 PM PDT

Dari kiri; Cat, Zizi, Wangi dan Adeep.
Dari kiri; Cat, Zizi, Wangi dan Adeep.
WALAU berat hati untuk melepaskan Adeep, anggota The Fabulous Cats (TFC) yang lain menghormati keputusan teman mereka meninggalkan dunia hiburan.

Cik Normah dapat tahu khabar ini pun daripada rakan yang mengikuti perkembangan kumpulan hip hop itu. Tetapi dengarnya ketua kumpulan, Car Farish tidak terkejut kerana perkara itu sudah disuarakan sejak beberapa bulan lalu.
Adeep dikatakan mahu bersara untuk menumpukan perhatian terhadap aktiviti keagamaan dan kerohanian. Malahan sebagai rakan dia tumpang gembira dengan perubahan itu dan akan menyokong apa jua keputusan rakan baiknya.
Dia dan rakan juga tidak bercadang mencari pengganti kerana yakin buat masa ini mereka masih mampu bergerak dengan anggota yang ada.

Nampaknya Adeep mengikuti jejak langlah beberapa teman artis lain yang beralih kepada lagu dakwah serta kemanusiaan seperti Amer (Ruffedge), Lah (VE) dan Pot (Innuendo). Apa pun Cik Normah ucapkan selamat mau jaya buat Adeep.

Selepas ketiadaan jejaka kelahiran Singapura itu, TFC kini hanya dianggotai Cat, Wangi serta Zizi. Entahlah , Cik Normah pun tengok kumpulan The Fabulous Cats ini asyik bertukar ganti ahli-ahlinya. Tak tau apa kesudahannya nanti dengan kumpulan ini.

Sumatera Utara bergoncang 30 saat

Posted: 06 Sep 2011 08:59 PM PDT

PENDUDUK memeriksa sebuah rumah yang mengorbankan seorang wanita dalam gempa di  Lae Parira, Sumatera Utara, semalam.
PENDUDUK memeriksa sebuah rumah yang mengorbankan seorang wanita dalam gempa di Lae Parira, Sumatera Utara, semalam.
  • Foto

    PENDUDUK memeriksa sebuah rumah yang mengorbankan seorang wanita dalam gempa di Lae Parira, Sumatera Utara, semalam.

  • Foto

    SEORANG wanita membawa keluar anaknya yang cedera akibat gempa bumi di Medan, semalam.

Tiga terbunuh korban gempa bumi magnitud 6.7

ACEH: Gempa bumi dengan kekuatan 6.7, menggegarkan bandar dan perkampungan di Sumatera Utara kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan semalam menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala penduduk kampung dan penghuni hotel yang panik bertindak melarikan diri ke tempat selamat.
Akhbar The Jakarta Post melaporkan, gegaran berlaku selama 30 saat di wilayah Singkil Baru, turut dirasai penduduk di Subulusalam, Aceh dan Medan selain beberapa bandar di kawasan wilayah itu.
Gegaran itu memusnahkan bangunan Akademi Bidan Subulussalam dan sebuah rumah di sebelahnya.

Datuk Bandar Subulussalam, Muara Sakti mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia.

"Mangsa tinggal dalam rumah yang runtuh itu," kata Muara semalam yang dipetik Tribun Medan.

Sementara itu, pegawai di Jabatan Pengurusan Bencana Kebangsaan, Boby Sigit, berkata dua lagi penduduk, seorang lelaki berusia 60 tahun terbunuh di Aceh, manakala seorang wanita, 26 tahun maut di daerah Dairi, Sumatera Utara.
Agensi Meteorologi, Iklim dan Geofizik Sumatera Utara, menyatakan, pusat gempa bumi terletak 59 kilometer ke timur laut Singkil Baru, Aceh pada kedalaman 78 kilometer di bawah paras laut.

Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata, gempa magnitud berpusat 100 kilometer barat daya Medan di kedalaman 110 kilometer. Ia sangat jauh dari daratan untuk mencetuskan tsunami.

Penduduk Singkil berkata, sejumlah tiang elektrik tumbang dan menimpa rumah serta menyebabkan bekalan terputus.

Jejantas 'projek gajah putih'

Posted: 06 Sep 2011 08:57 PM PDT

SEGELINTIR pejalan kaki melintas jalan di bawah jejantas  BESRAYA, Sungai Besi.
SEGELINTIR pejalan kaki melintas jalan di bawah jejantas BESRAYA, Sungai Besi.
Pengguna lebih rela melintas enam lorong untuk ke seberang jalan

KUALA LUMPUR: Jejantas bernilai RM1 juta yang siap dibina berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai dan Pangsapuri Permai di Kilometer 8.3 Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) di sini, pada Jun lalu seperti gajah putih kerana tidak digunakan penduduk, sebaliknya mereka lebih rela membahayakan diri melintas enam lorong lebuh raya berkenaan untuk ke seberang jalan setiap hari.
Dua tahun lalu, keadaan berbeza kerana penduduk di kawasan perumahan terbabit mendesak kerajaan menyediakan kemudahan itu kerana bimbang dengan keselamatan mereka terutama pelajar yang terpaksa menyeberangi lebuh raya berkenaan untuk ke sekolah mereka atau ke pekan Sungai Besi dan Stesen LRT.
Pembantu stor, Ahmad Syukran Mohd Yusuff, 32, berkata setiap hari beliau menunggu bas di perhentian berdekatan jejantas itu untuk ke pejabat dan dapat menyaksikan ramai penduduk tidak menggunakan kemudahan yang disediakan kerajaan itu.

Beliau berkata, dulu mereka desak kerajaan bina jejantas, tetapi selepas siap mereka tidak menggunakan kemudahan itu, sebaliknya sanggup membahayakan diri dengan melintas enam lorong lebuh raya berkenaan.

"Macam-macam alasan mereka buat. Mula-mula beri alasan jejantas sedia ada dibina terlalu jauh iaitu kira-kira 500 meter dari penempatan mereka dan kemudian mendesak kerajaan membina jejantas baru di kawasan lebih dekat.

"Selepas jejantas baru siap dibina, masih ramai yang seolah-olah tidak menyedari kewujudan jejantas itu," katanya kepada Sentral, semalam.
Tinjauan Sentral semalam mendapati sekumpulan remaja sanggup membahayakan diri dengan melintas lebuh raya berkenaan tanpa menghiraukan kenderaan yang bertali arus walaupun jejantas yang disediakan berada hanya beberapa meter dari tempat mereka melintas.

Seorang pelajar sekolah yang enggan dikenali berkata, beliau tidak menggunakan jejantas itu kerana tidak mahu kepenatan mendaki tangga kerana selepas itu perlu berjalan jauh untuk ke Stesen LRT Sungai Besi.

"Penatlah nak daki tangga dengan membawa beg sekolah yang berat setiap hari, saya dan rakan akan menunggu masa yang sesuai sebelum melintas jalan raya yang sibuk ini.

"Setakat ini faktor keselamatan masih terjaga walaupun pernah beberapa kali ternampak penduduk yang hampir dilanggar akibat tidak menggunakan jejantas," katanya.

Pada September 2009, Sentral melaporkan kesusahan ratusan penduduk terutama pelajar sekolah terpaksa menggadai nyawa dengan melintas BESRAYA semata-mata untuk mendapatkan khidmat pengangkutan awam dan ke sekolah di seberang jalan sejak penempatan dibuka pada 2004.

Konflik berterusan apabila jejantas yang sepatutnya siap pada Jun 2010 terpaksa ditangguhkan berikutan kegagalan kontraktor menyiapkannya.

Berikutan itu, tender kali ketiga terpaksa dibuat untuk melantik kontraktor dan akhirnya pada Jun tahun ini jejantas itu siap dibina sebelum dirasmikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk M Saravanan.

KWSP sembilan terbesar

Posted: 06 Sep 2011 08:55 PM PDT

pix_gal0
Melonjak dari tangga ke-19 dunia dengan aset bernilai RM433.79 bilion

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disenaraikan sebagai pengurus dana pencen kesembilan terbesar dunia dari segi aset pada 2010 oleh syarikat perkhidmatan profesional global yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Kajian tahunan oleh syarikat Towers Watson itu mendapati KWSP dengan jumlah aset keseluruhan bernilai AS$145.570 bilion atau RM433.79 bilion, mengatasi pengurus dana pencen Singapura, Central Provident Fund (CPF) yang menduduki tangga ke-10 dengan jumlah aset keseluruhan AS$144.844 bilion (RM431.63 bilion).
Pada 2009, KWSP menduduki tangga ke-19 dengan jumlah aset AS$109.002 bilion (RM324.82 bilion), manakala CPF di tangga ke-11 dengan aset berjumlah AS$122.497 bilion (RM365.04 bilion).

Tiga pengurus dana pencen dari Asia lain yang berada pada kedudukan 10 teratas adalah Government Pension Investment dari Jepun, di tempat pertama, diikuti National Pension dari Korea (keempat) dan Local Government Officials dari Jepun (ketujuh).

Difahamkan pengukuhan mata wang tempatan berbanding dolar AS melonjak kedudukan KWSP dalam senarai membabitkan 300 pengurus dana pencen terkemuka seluruh dunia.

Kajian juga menunjukkan jumlah aset keseluruhan 300 pengurus dana terbesar dunia meningkat 10.9 peratus kepada AS$12.5 trilion (RM37.25 trilion) pada 2010, iaitu paras tertinggi dalam sejarah. Pada masa ini, 300 pengurus dana pencen terkenal di dunia itu mewakili lebih daripada 47 peratus aset dana pencen dunia.
Ketua Pelaburan bagi rantau Asia Pasifik Towers Watson, Naomi Denning, berkata walaupun pengurus dana di seluruh dunia secara umumnya mencatatkan pertumbuhan dalam mata wang AS pada 2010, pengurus dana rantau Asia Pasifik memperoleh manfaat lebih daripada pengukuhan mata wang masing-masing berbanding dolar AS, khususnya yen dan dolar Australia.

Beliau berkata, penguasaan dana Asia Pasifik dalam kedudukan 20 terbaik kekal secara konsisten sejak 2005 dengan menguasai hampir 50 peratus aset yang diuruskan, manakala kadar pertumbuhan bagi negara seperti Malaysia, Korea dan Singapura adalah antara yang tertinggi pada tahun lalu.

"Dana pencen terbesar dunia telah mengubah campuran aset mereka dalam tempoh lima tahun lalu bagi mempertahankan aset masing-masing berikutan ketidaktentuan dalam pasaran global dengan 20 dana pencen secara purata kini mempunyai jumlah yang seimbang dalam ekuiti dan bon, iaitu 40 peratus masing-masing, manakala yang lain dalam bentuk tunai dan alternatif," katanya.

Deborah Henry ucap takziah keluarga Noramfaizul

Posted: 06 Sep 2011 08:52 PM PDT

Foto: REUTERS

Model dan pengacara Deborah Henry sekarang berada di Sao Paulo, Brazil untuk menjadi wakil negara dalam pertandingan Miss Universe 2011. Semoga dia bawa pulang kejayaan.

Walaupun sibuk dengan persiapan dan pelbagai aktiviti yang dijalankan menjelang pentas final pada 12 September ini, dia masih mengikuti perkembangan yang berlaku di dalam negara, termasuk tragedi menimpa jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Noor yang terbunuh di Somalia.

Deborah (kiri) mengenakan cheongsam rekaan Khun Hooi di Brazil.

"Noramfaizul mengambil risiko agar dia dapat memberitahu dunia pasal penderitaan di Somalia. (Allahyarham Noramfaizul) seorang wira Malaysia sebenar. Ucapan takziah daripada saya untuk keluarganya." Demikian posting Deborah dalam laman Twitter miliknya hari ini.

Deborah Priya Henry, 26, yang berdarah kacukan Ireland dan India Malaysia dilahirkan di Dublin, Ireland dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

Dia memiliki ijazah dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi dari University of Queensland, Australia.

Deborah mula terlibat dalam peragaan sejak berusia 15 tahun dan aktif sehingga sekarang.

Dia juga aktif dalam kerja kebajikan terutamanya membabitkan pendidikan kepada anak-anak jalanan dan anak-anak orang miskin.

Doa khatam al-Quran di Mekah

Posted: 06 Sep 2011 08:51 PM PDT


antara kandungan doa oleh Imam Sudais pada malam khatam al-Quran di Masjidil Haram, Mekah adalah supaya umat Islam dapat solat di Masjid al-Aqsa yang kini di bawah kawalan Israel.


MASJID utama di seluruh negara Islam mengakhiri bulan Ramadan yang dipenuhi keberkatan dengan membaca doa khatam al-Quran.

Tetapi masjid yang paling menjadi tumpuan ialah Masjid al-Haram di Mekah yang menjadi destinasi umat Islam di bulan Ramadan untuk mendapat kelebihan mengerjakan umrah di samping solat tarawih yang mempunyai banyak kelebihannya.

Setiap malam, dua imam akan bergilir-gilir mengimamkan solat tarawih dan witir.

Mereka membaca lebih satu juzuk setiap malam dengan tujuan khatam al-Quran pada malam 29 Ramadan.

Sejak kebelakangan ini, imam yang membaca doa khatam al-Quran di Masjid al-Haram ialah Dr. Sheikh Abdul Rahman al-Sudaisi.

Saat khatam al-Quran dalam solat tarawih di Mekah menjadi satu perkara yang amat ditunggu-tunggu umat Islam.

Kehadiran mereka ke Mekah lebih satu juta sama ada dari negara arab, benua Afrika atau umat Islam di sebelah Asia terutama di minggu terakhir Ramadan. Ia semata-mata menunggu saat khatam al-Quran.

Dr. Sheikh Abdul Rahman memulakan doa khatam al-Quran dengan memuji Allah SWT dan membaca beberapa potongan ayat yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, Maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim. (ali-'Imran: 95)

Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (al-Nisa': 87)

Doa yang beliau baca lebih setengah jam itu mengandungi pujian kepada Allah SWT dan Nabi Muhamad SAW yang merupakan sebaik-baik rasul yang diutuskan.

Juga pujian kepada al-Quran yang merupakan sebaik-baik kitab Allah yang diturunkan, mempunyai hukum hakam, syariat perundangan, halal dan haramnya amat jelas.

Kandungan doa untuk al-Quran adalah memohon kepada Allah supaya menjadikan al-Quran sebagai perhiasan hati setiap orang Islam selain memberi penerang duka kepada mereka di samping memberikan keceriaan ketika murung dan penunjuk yang memandu umat Islam ke ke syurga Allah.

Doa itu juga memohon agar Allah sentiasa mengingatkan umat Islam supaya tidak lupa kepa al-Quran dan ajarkan kepada mereka yang jahil tentangnya yang dapat dijadikan panduan dan dijadikan pedoman di hari akhirat.

Semua makmum yang mengaminkan doa tersebut amat tersentuh hati dengan doa yang dibacakan Imam Sudais.

Beliau turut memohon supaya Allah mengurniakan umat Islam seluruhnya dapat bersolat di Baitul Maqdis sebelum meninggal dunia sebagaimana ramainya bersembahyang di Mekah ketika ini.

Semoga doa yang dibaca di hadapan kaabah dan diaminkan oleh jutaan makmum ini dengan bersulam air mata, rintihan akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu