Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Fathia tidak ‘demand’
- Hazama & Iqa Suka Bersederhana
- Anak Kembar Jadi Pelengkap Sazzy & Nazril
- Hardy Hartono Akui Tidak Meriah Sambut Syawal
- Sabhi Saddi Sediakan Duit Raya Untuk Peminat
- 'Beraya Di Bandar Pun Seronok' - Tam Suhaimi
- BlackBerry Playbook bakal saingi android
- Semangat kakitangan Petronas warnai Aidilfitri
- ‘Badang Sulfur’ di Kawah Ijen
- Gaya klasik Eropah serlah citarasa
- Kasut Larrie pilihan ramai sejak tiga dekad
- Masa untuk diri sendiri
- Lilit dengan dawai
- Nodus limfa bengkak
- Berjaya catat 611,888 tendangan
- Air mata tumpah di Rinjani
- Motor RM165,000
- Hammudi berkorban demi syarikat
- Berlipur di tapak nuklear
- Seni bina terbaik
- Inspirasi Itali Milanohaus
- Pengganti cermin mata
- Cerita raya Chef Sopi
- Menari bersama kanvas
- Spa Andak khas untuk lelaki
| Posted: 03 Sep 2011 09:53 PM PDT FATHIA... dituduh 'besar kepala'. KUALA LUMPUR: "Saya pantang jika ada yang mengatakan nama saya menjadi pilihan pengarah mahupun penerbit kerana saya memiliki wajah cantik dan bukan bakat," kata pelakon jelita, Nur Fathia Abd Latiff, 24, atau lebih mesra disapa Fathia. Menurutnya, dia berlakon kerana minat mendalamnya dalam bidang lakonan dan bukan mementingkan bayaran. Bagi Fathia, dia mahu dikenali kerana kebolehan dan bukan populariti serta pelakon yang menerima bayaran tinggi.
Bagaimanapun, tindakan menolak tawaran mencurah-curah ketika ini menyebabkan sesetengah pihak beranggapan dia sudah 'besar kepala'. Menurut penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, dia sebenarnya terpaksa 'cuti seketika' daripada dunia lakonan kerana mahu menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran yang akan bermula tidak lama lagi. | ||
| Hazama & Iqa Suka Bersederhana Posted: 03 Sep 2011 09:50 PM PDT PERTAMA kali digandingkan pada sesi fotografi di perkampungan negeri di Menara Kuala Lumpur membuatkan Hazama dan Iqa (Mentor) begitu teruja bercerita tentang lebaran. Hazama dan Ika yang baru sahaja menamatkan program realiti popular Akademi Fantasia 9(AF9) dan Mentor 5 mengakui perayaan kali ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun dalam keterujaan tersebut mereka memilih beraya dalam kesederhanaan. Bukan tidak mampu beraya sakan tapi tidak mahu ia berlebih-lebihan. Hazama mahu rai peminat Dipilih sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9, Hazama Ahmad Azmi, 26, merancang untuk membuat majlis rumah terbuka bagi meraikan peminatnya pada akhir Syawal ini. Katanya, inilah masa yang paling sesuai untuk dia meraikan mereka yang telah banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya ketika berada di AF9. "Saya sudah merancang dengan keluarga untuk adakan rumah terbuka selepas kami pulang beraya di Kuala Lumpur nanti. Mungkin pada hari-hari terakhir bulan Syawal nanti. "Inilah masa yang tepat untuk berterima kasih kepada peminat-peminat yang menyokong saya selama ini. Lagi pula secara tidak langsung saya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka," katanya. Jadual seni yang sentiasa sibuk menjadi kekangan kepada Hazama untuk mengenal lebih dekat peminat-peminatnya. Walaupun sering menghadiri majlis berbuka puasa bersama peminat, ia tidak sama seperti mengeluarkan duit hasil titik peluhnya sendiri. "Sepanjang bulan Ramadan, memang banyak jemputan berbuka puasa bersama peminat tapi tidak sama dengan majlis yang dianjurkan menggunakan duit saya sendiri," katanya. Bercerita tentang Hari Raya, Hazama berkata seminggu sebelum Ramadan berakhir dia membeli beberapa helai baju Hari Raya untuk keluarga. "Sejak berumur 21 tahun lagi saya sudah membantu keluarga terutamanya menyediakan barangan keperluan Hari raya. Kebiasaannya kami adik beradik akan sama-sama berkongsi menyediakan kuih muih dan baju raya untuk ibu dan ayah," katanya. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Hazama berkata dia dan keluarga balik beraya di Ipoh, Perak selama empat hari sebelum kembali beraya di Kuala Lumpur. Iqa (Mentor) terharu terima kad Hari Raya Pertama kali menyambut Syawal sebagai artis, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Iqa (Mentor) mengakui terharu apabila menerima kad raya daripada peminat-peminatnya. "Saya terima banyak kad raya daripada peminat dari Sabah, Sarawak, dan Johor, bukan sahaja kad Hari Raya malah mereka beri duit raya, kerongsang dan hadiah sekali. "Saya sangat terharu kerana ini pertama kali saya terima kad raya dan hadiah daripada peminat," katanya. Menurut Iqa, untuk tidak menghampakan peminatnya, dia turut membalas kad Hari Raya tersebut sebagai tanda terima kasih.Bercerita tentang raya, Iqa mengakui sambutannya pada tahun ini sedikit suram kerana terpaksa beraya di Bukit Jelutong, Shah Alam. "Biasanya kami beraya di Ulu Tiram, Johor tapi selepas nenek meninggal dunia dua tahun lalu kami sekeluarga hanya beraya di Shah Alam sahaja. "Memang banyak kelainan beraya di kampung berbanding di bandar. Sudah tentu kampung lebih meriah dengan kehadiran sanak saudara dan jiran-jiran," katanya. Selain itu, kata Iqa, raya kali ini berbeza apabila giliran dia untuk mengeluarkan duit raya kepada keluarga dan sanak saudara. | ||
| Anak Kembar Jadi Pelengkap Sazzy & Nazril Posted: 03 Sep 2011 09:49 PM PDT KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus mengakui sambutan Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna dan lengkap dengan kehadiran dua cahaya mata kembar mereka, Iman Lilly dan Tiara Rose yang berusia empat bulan. Akui Sazzy, kedatangan lebaran ini dirasakan berbeza dan istimewa kerana buat julung kalinya mereka membuat persiapan untuk dua puteri kembar itu selepas hampir lima tahun berkahwin. "Sambutan Hari Raya kali ini memang berbeza. Kehadiran Iman Lilly dan Tiara Rose membuatkan saya dan Nazril seronok hendak beraya. Kalau dulu buat persiapan raya untuk kami berdua sahaja tapi kali ini untuk si kembar juga. "Saya sediakan dua pasang baju sahaja untuk mereka. Selain seronok buat persiapan raya, saya juga seronok apabila memikirkan saya akan tolong anak-anak untuk kutip duit raya mereka juga," katanya secara berseloroh. Menyelak ringkas perkembangan kerjayanya, pelakon Tolong! Awek Aku Pontianak ini berkata, dia lebih selesa untuk berehat pada waktu ini memandangkan dia sedang menyusukan kedua puterinya itu. "Buat masa ini saya memang tidak ambil sebarang tawaran berlakon. Begitu juga dengan tawaran mengacara. Anak-anak saya masih kecil dan rasa kasihan pula kalau ditinggalkan lama-lama. "Lagipun, saya sedang menyusu badan, jadi leceh sikit kalau hendak bekerja. Kalau saya mula bekerja pun, mungkin saya akan terima tawaran mengacara dulu selepas Hari Raya ini," katanya yang beraya di rumah keluarganya di Ampang dan keluarga Nazril di Negeri Sembilan. | ||
| Hardy Hartono Akui Tidak Meriah Sambut Syawal Posted: 03 Sep 2011 09:49 PM PDT PETALING JAYA: Aktor dan model Indonesia, Hardy Hartono, 27, mengakui keluarganya tidak meraikan Hari Raya secara meriah sebagaimana yang diamalkan oleh orang muslim di Malaysia. Katanya, faktor darah campuran iaitu Jawa (bapa) dan Belanda (ibu) adalah antara sebab yang membuatkan sambutan Hari Raya hanya diraikan secara sederhana dalam keluarganya. "Keluarga kami tidak menyambut Hari Raya dalam keadaan meriah seperti yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara ini. Kebetulan pula selepas ayah saya meninggal dunia, kami tidak lagi meraikannya dengan meriah seperti dulu. "Seperti tahun-tahun yang sudah, selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri kami akan berkunjung ke kubur ayah. "Selepas itu, saya, ibu dan dua adik perempuan akan pulang ke rumah dan makan-makan," katanya yang ditemui, baru-baru ini. Kongsi Hardy lagi, sebagai seorang selebriti muslim, dia berasa lebih terpanggil untuk terlibat dalam aktiviti amal jariah bersama anak-anak yatim dan fakir miskin sepanjang bulan yang mulia ini berbanding . "Daripada membazir dan berbelanja besar untuk Hari Raya, saya lebih suka membelanjakan duit untuk meraikan anak yatim dan fakir miskin. "Waktu yang dihabiskan dengan menziarahi rumah anak yatim ini lebih menginsafkan diri akan kelebihan yang saya nikmati," katanya. Selepas cuti Hari Raya, pelakon drama Kitab Cinta arahan Erma Fatima ini akan kembali ke Malaysia untuk penggambaran musim kedua drama yang bersiaran di TV AlHijrah itu. | ||
| Sabhi Saddi Sediakan Duit Raya Untuk Peminat Posted: 03 Sep 2011 09:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Sabhi Saddi yang menyambut tahun kedua berhari raya sebagai seorang artis mengakui teruja untuk melayan para peminat dan sanak saudara yang mahu beraya dengannya. Katanya, sambutan Aidilfitri pada tahun ini menjadi lebih meriah kerana ramai peminat yang mahu berkunjung ke rumah keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah untuk bertemu mesra. "Saya cukup terharu dan gembira apabila para peminat sudah bertanyakan kepada saya untuk bertandang ke rumah sejak awal-awal lagi. "Yang kelakarnya, bukan setakat hendak beraya, mereka juga meminta duit raya daripada saya. Sebab itu, saya kena berbelanja lebih sikit pada tahun ini," katanya dengan nada ketawa. Mengulas lanjut tentang sambutan perayaan itu, Sabhi turut merancang untuk mengerjakan umrah dalam masa terdekat ketika pergi bercuti ke Abu Dhabi tidak lama lagi. "Sebenarnya, saya ada memenangi tiket percutian ke Abu Dhabi. Sudah alang-alang berada di tanah Arab, mengapa tidak saya mengerjakan umrah sekali gus. Lagipun, jarak dan kosnya juga tidak banyak mana. "Cuma, kalau diikutkan, saya merancang ke sana pada awal Hari Raya ini tetapi selepas berfikir semula rasa kurang sesuai pula tinggalkan keluarga pada waktu begini semata-mata untuk pergi bercuti "Jadi, mungkin saya akan berangkat ke sana selepas selesai musim Hari Raya," katanya. Usai sambutan Aidilfitri, Sabhi akan memulakan proses rakaman untuk dua lagu "single" terbarunya yang merupakan versi nyanyian semula lagu Azmil Mustapha dan Zulkifli Ahmad. | ||
| 'Beraya Di Bandar Pun Seronok' - Tam Suhaimi Posted: 03 Sep 2011 09:47 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon dan penulis skrip Tam Suhaimi, 32, menganggap sambutan Hari Raya di bandar tetap menggembirakan dirinya yang tidak pernah meraikan perayaan itu dalam suasana kampung sejak kecil lagi. Kata pelakon siri Gaia ini, kemeriahan Hari Raya tetap dirasai apabila mereka mula berkumpul seisi keluarga di rumah neneknya di Setiawangsa, di sini, saban tahun. "Hakikatnya raya tetap raya dan tiada beza apa pun, tidak kiralah di mana juga kita meraikannya. Ia menjadi bermakna apabila perayaan itu dapat diraikan bersama ahli keluarga tersayang. "Bagi kes saya, kami terdiri daripada keluarga kecil dan hanya ada tiga adik beradik saja tetapi setiap kali berkumpul di rumah nenek, kami tetap merasakan kemeriahannya," katanya. Tambah Tam lagi, memandangkan dia sudah terbiasa dengan sambutan Aidilfitri di ibu kota sejak kecil, justeru dia tidak pernah berasa sebarang kekurangan atau bosan apabila kebanyakan warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing. "Sebenarnya beraya di bandar juga ada banyak keseronokannya. Ia bergantung pada penilaian masing-masing. Saya yang sudah terbiasa dengan keadaan ini dan tiada masalah apa pun. 'Selepas pagi 1 Syawal, saya akan menziarahi teman-teman dan rakan artis yang menyambut Hari Raya di sini. Tidak timbul isu sunyi atau bosan," katanya bakal bergandingan dengan syarikat produksi aktres Liyana Jasmay untuk sebuah projek telefilem selepas Hari Raya nanti. | ||
| BlackBerry Playbook bakal saingi android Posted: 03 Sep 2011 09:46 PM PDT KEHADIRAN telefon pintar BlackBerry nyata memberi impak tersendiri hingga menjadi satu fenomena dikalangan peminat telefon bimbit. Justeru kehadiran peranti tablet BlackBerry Playbook dilihat mampu menyaingi kehebatan peranti android yang semakin digemari pada hari ini. Terbaru syarikat perkhidmatan komunikasi, Maxis Berhad (Maxis) tampil memperkenalkan tawaran pakej eksklusif kepada pengguna. Tampil dengan kelebihan operasi berprestasi tinggi, BlackBerry Playbook bakal memberikan pengalaman pengkomputeran mobiliti unik dan berkuasa kepada pengguna. Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean Pascal Van Overbeke, Maxis sentiasa berusaha membawa penggunanya menikmati pengalaman komunikasi masa depan secara konsisten. "Kita telah membangunkan ekosistem telekomunikasi yang bersesuaian seperti peranti dan pelan data menarik, liputan rangkaian serta perkhidmatan pelanggan terbaik bagi melengkapkan keperluan pengguna. "Kita berbangga kerana menjadi syarikat pertama membawa peranti berteknologi tinggi ini kepada rakyat Malaysia untuk membantu mereka melancarkan operasi kerja dan peribadi dalam satu," katanya pada majlis pelancaran BlackBerry Playbook baru-baru ini. Bukan itu sahaja, gajet komputer tablet ini turut dipacu dengan pemproses berkembar yang membolehkannya melaksanakan pelbagai operasi secara serentak selain spesifikasi multimedia yang berkualiti. Gajet ini didatangkan bersama skrin LCD sentuh bersaiz tujuh inci beresolusi 1024x600 sudah pasti memberikan keselesaan paparan kepada anda. Dengan ketebalan hanya 10 milimeter (mm) dan berat 425 gram (g) menjadikannya mudah untuk dibawa dan digunakan secara mudah alih. Peranti ini turut disokong oleh sistem operasi QNX yang mesra pengguna dengan binaan RAM satu megabit (MB) selain pilihan memori binaan dalam berkapasiti 16, 32 dan 64 gigabit (GB). Melihat keupayaan multimedianya, BlackBerry Playbook turut menyokong permainan video beresolusi tinggi (HD) 1080p, mempunyai output HDMI serta kamera belakang lima megapiksel dan hadapan tiga megapiksel. Tidak terhenti setakat itu, BlackBerry Playbook boleh diintegrasi bersama telefon bimbit pintar BlackBerry untuk mengakses kandungan data seperti emel, BlackBerry Messenger (BBM), kontak dan sebagainya menerusi capaian Bluetooth dengan kadar sekuriti yang tinggi. Maxis kini menawarkan BlackBerry Playbook pada harga pasaran RM1,599 untuk 16GB, RM1,899 (32GB) dan RM2,199 (64GB). Bagi pengguna yang telah mempunyai pelan Perkhidmatan Internet BlackBerry (BIS) daripada Maxis pula, mereka berpeluang mendapatkan BlackBerry Playbook dengan hanya RM990 apabila melanggan pelan data 3GB. Untuk maklumat lanjut mengenai BlackBerry Playbook dan tawaran pakej Maxis, sila layari laman web www.maxis.com.my/playbook. | ||
| Semangat kakitangan Petronas warnai Aidilfitri Posted: 03 Sep 2011 09:45 PM PDT IKLAN raya Petronas sering dinantikan saban tahun apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri kerana signifikannya dalam membawa mesej penuh bermakna. Dari keinsafan, kesedihan, pengorbanan, kasih sayang sehinggalah ke kegembiraan, semuanya digambarkan secara kreatif dengan gaya klasik dan tersendiri. Gambaran secara visual sempena hari lebaran yang ketika ini diraikan umat Islam seluruh dunia turut diangkat oleh syarikat minyak dan gas itu sebagai satu tradisi. Dikenali sebagai Program Sentuhan Kasih, inisiatif sejak tahun 2005 itu bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan semangat memberi dan kesukarelawanan. Sebanyak 170 gambar kanak-kanak yang kurang bernasib baik beserta dengan hasrat mereka untuk berhari raya dipaparkan di Menara Kembar Petronas, Kuala Lumpur. Kakitangan Petronas berusaha untuk merealisasikan hasrat itu dengan memperuntukkan sejumlah wang sendiri dan meluangkan masa bersama mereka. Kesinambungan tradisi Petronas tahun ini menjejaki lima rumah amal dan badan kebajikan di Selangor sebagai 'anak angkat' kakitangan iaitu Teratak Nur Barakah di Shah Alam, The Compassion Home di Subang Jaya, Rumah KIDS, Rumah Penyayang Hembusan Kasturi serta Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, masing-masing di Klang. Bagaikan tradisi Bagi pasangan suami isteri, Fariz Shahfizal Jamean, 33, dan Shahrina A.Raman, 33, mereka menyertai Program Sentuhan Kasih sejak tahun pertama bagaikan satu tradisi. Fariz berkata, semuanya bermula daripada perbincangan ke mana untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. "Program ini ternyata menjadi platform memudahkan kami untuk melakukan kerja-kerja amal. Ia adalah sumbangan kami kepada masyarakat. "Sumbangan kami bukan sekadar untuk menunaikan hadiah yang dihajati mereka semata-mata tetapi memberikan semangat dan kasih-sayang," katanya. Shahrina berkongsi kisah mengenai 'anak angkat' mereka yang dipertemukan pada 2007 iaitu dua adik-beradik bagaimanapun kegembiraan itu turut disertai lima adik-beradik pasangan itu meskipun masing-masing berlainan 'ayah dan ibu angkat'. "Kami membawa kesemua mereka pulang ke kampung selama dua hari bagi memberi peluang untuk merasai sendiri suasana Hari Raya bersama keluarga besar. "Benar, hadiah yang dihajati sudah cukup membuatkan mereka gembira tetapi pengalaman berhari raya menjadikannya lebih bermakna," katanya. Fariz dan Shahrina memberi sumbangan kepada Muhammad Al Hadi Kader, 7, dan Nurul Anisatul Hishamudin, 12, dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi. Lebih bersedia Dahulu hanya seorang 'anak angkat' yang dikongsi bersama namun masing-masing membuat keputusan untuk mengambil setiap satu seorang pada tahun ini. Begitulah semangat dalam diri adik-beradik Nordiana Daud, 29, dan Norsyeena Daud, 27, ini yang mula menanam minat apabila pada awalnya hanya bertugas di belakang tabir dalam menganjurkan Program Sentuhan Kasih dua tahun lalu. Nordiana berkata, penglibatan mereka dalam program amal itu seakan tidak lengkap tanpa menjadikan mana-mana insan kurang bernasib baik sebagai anak angkat. "Bermula dengan seorang anak angkat membantu kami menilai sejauh mana kemampuan untuk mengendalikannya sehingga memberi kesan mendalam," katanya. Bagi Norsyeena, pengalaman itu mengajar mereka tentang sifat kerohanian dan semakin bersedia untuk mengambil anak angkat secara berasingan. "Kami lebih bersedia untuk terus memberikan sumbangan. Mungkin antara kami akan mengambil lebih daripada seorang anak angkat pada masa akan datang," katanya. Nordiana dan Norsyeena memberi sumbangan kepada Ben Lim Teck Chee, 13, dari Rumah KIDS dan Siti Nor Jaudah, 12, dari Rumah Penyayang Hembusan Kasturi. Erti kemanusiaan Kerja amal yang menerapkan elemen kasih sayang sering kali dikaitkan dengan wanita sedangkan lelaki juga mempunyai naluri untuk berbuat demikian. Penyertaan Md Shukor Abd Rahim, 24, dalam Program Sentuhan Kasih bagaimanapun bukannya untuk membuktikan mengenai kebenaran itu, namun sebaliknya berkisarkan tentang keikhlasan dan erti kemanusiaan. "Ramai meraikan Hari Raya bersama keluarga dan sanak-saudara. Bagaimana dengan kanak-kanak yang tidak beribu bapa? "Dengan pemberian hadiah dan meluangkan masa bersama sudah cukup membuatkan mereka gembira," katanya. Shukor memberi sumbangan kepada Muhammad Amirul Adli, 13, dan Abdul Mukmin, 13, dari Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah. Fariz, Shahrina, Nordiana, Norsyeena dan Shukor merupakan sebahagian daripada lebih 200 kakitangan Petronas yang menyertai Program Sentuhan Kasih. Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas, Mohammad Medan Abdullah turut menjadikan Khalilah Hasnan, 10, daripada Rumah Penyayang Hembusan Kasturi sebagai anak angkat. | ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:44 PM PDT GUNUNG berapi memuntahkan lahar biasa kedengaran. Gunung berapi mengeluarkan sulfur atau belerang adalah perkara baru sekurang-kurangnya bagi penulis ini. Pengalaman baru itu dikutip sewaktu berkunjung ke Kawah Ijen di Jawa Timur, Indonesia, baru-baru ini. Kembara ke Kawah Ijen bermula di pos kawalan renjer Paltuding. Selepas membayar Rupiah (Rp)30,000 (RM10.50) untuk yuran kamera, penulis bersama kawan-kawan berjalan melalui denai. Butiran kekuning-kuningan bertaburan di sana-sini. Terdetik di hati, "Mungkin sulfur untuk usir ular." Namun, telahan itu beransur-ansur berubah apabila melihat bongkah-bongkah sulfur berselerakan dan para pekerja mengandar bakul-bakul berisikan sulfur menuruni bukit. Penulis akui tidak sempat membuat kajian mengenai Kawah Ijen sebelum berkunjung ke situ ekoran kesibukan kerja. Kenalan cuma memberitahu ia secantik Danau Toba. Perjalanan mendaki kawah amat menyeksakan. Kami perlu mendaki 3.2 kilometer (km) dengan sesetengah lereng bersudut 45-55 darjah kecuraman. Tiada jip mahupun kuda. Ia memakan masa kira-kira sejam. Sudahlah tercungap-cungap, udara berasid menusuk hidung sehingga menyukarkan pernafasan ketika sampai ke kemuncak Kawah Ijen. Sepanjang pendakian tersebut, penulis "diiringi" oleh seorang pekerja. Banyak perkara dipelajari daripada Wariyanto, 27, seorang pekerja pengangkut sulfur yang sudah bekerja selama tiga tahun. Misalnya sulfur digunakan untuk membuat kosmetik, perubatan dan memproses gula. Menurutnya, setiap pekerja mengangkut sekurang-kurangnya 80 kilogram (kg) sulfur dari tempat perlombongan sulfur ke tempat pungutan hasil. Jaraknya kira-kira lima kilometer sehala. Setiap perjalanan dibayar Rp150,000 (RM52.50) dan setiap pekerja biasanya melakukan dua perjalanan dalam sehari. Mulai detik itu, penulis menggelar mereka 'Badang Sulfur'! Sampai di puncak gunung Ijen, keadaan amat berkabus. Baunya masam. Gunung-ganang kelihatan berbalam-balam. Tiupan angin kencang menyejukkan badan sementara menunggu kawan-kawan yang ketinggalan jauh di belakang. Memacakkan diri di atas Kawah Ijen, penulis tergamam melihat satu panorama alam yang menakjubkan di bawahnya. Kepulan asap kuning tidak henti-henti keluar dari satu sudut. Satu tasik laguna biru seluas satu kilometer persegi pula terdampar berdekatan. Wariyanto memberitahu, orang ramai tidak boleh berenang di situ. Pada 2008, pengembara, George Kourounis mendayung sebuah bot getah ke tengah tasik berasid itu untuk menguji tahap keasidannya. Bacaannya ialah 0.5 dan ini bermakna nilai pH menyamai tahap keasidan bateri kereta. Dari jauh, 'badang-badang' tersebut yang naik-turun kawah untuk mengaut sulfur umpama semut yang sedang mengemuruni madu dan membawanya ke sarang. Penulis menuruni kawah untuk mendekati tapak perlombongan sulfur selain merasai air panas tasik tersebut. Kata Wariyanto lagi, air asid sulfurik tersebut dapat mengubati penyakit kulit. Puas meninjau permandangan, penulis menawarkan diri mengandar sulfur tetapi tidak larat membawa bebanan walaupun seberat 50 kg. Mungkin banyak tenaga dihabiskan dalam pendakian sebelum itu. Dalam satu insiden yang amat mencemaskan, kami hampir kelemasan apabila tiba-tiba diselubungi dalam segumpalan gas sulfur dioksida yang ditiupkan angin. Mata terasa pedih. Sesak nafas. Kami terus tunduk sambil menahan nafas. Apabila mendaki kawah, penulis memerhatikan 'Badang Sulfur' menyusun langkah sambil mengandar ketulan-ketulan sulfur. Satu, dua, tiga sehinggalah sepuluh langkah, 'badang' berhenti sebentar sebelum meneruskan langkah. Tidak kedengaran bunyi hela nafas panjang. Dia jarang bercakap kerana keperitan tidak terluah. Cuma renungan mata menyimpan segala-gala kepayahan. Yang peliknya, tiada peluh pada susuk badan enam ketulnya itu. 'Badang' siap berhenti memberi laluan kepada penulis sambil sebelah tangannya mengandar. Begitulah kuatnya 'Badang Sulfur'! Selepas kunjungan itu, penulis sedar betapa besarnya nilai Rp150,000 (RM52.50) kepada mereka. Maka penulis membezakan nilai barangan yang ingin dibeli dengan kudrat seorang 'Badang Sulfur'! | ||
| Gaya klasik Eropah serlah citarasa Posted: 03 Sep 2011 09:41 PM PDT MUZIK klasik Eropah sayup-sayup kedengaran saat tiba ke kediaman pereka tersohor negara, Rizalman Ibrahim yang sibuk melayan keletah anak lelakinya memecah suasana damai petang itu. Rasa terpegun serta merta wujud melihat kediaman terletak di Bukit Setiawangsa itu selain tiada kata sesuai untuk diluahkan ketika melangkah masuk dan melihat sendiri keindahan dekorasi kediamannya yang cukup mempersonakan. Rizalman memperlihatkan citarasa yang tinggi ke atas gaya klasik Eropah dengan sedikit sentuhan moden sebagai nafas baru pada gaya itu. Tidak segah namanya di persada fesyen, Rizalman yang ditemani anaknya, Umar Nail, 9 tahun cukup merendah diri apabila pujian diberikan mengenai rumah tiga tingkatnya itu. "Apa yang anda lihat adalah cerminan siapa diri saya. Mungkin pada orang lain ia tidak kena dengan citarasa mereka tetapi ini adalah apa yang saya inginkan untuk diri dan anak lelaki saya," katanya ketika ditemui Mingguan mStar baru-baru ini. Mempelawa melihat-lihat kediamannya, Rizalman memberitahu dia gemarkan konsep klasik Eropah kerana nilai keunikan konsep itu dan perabotnya yang tidak telan dek zaman. Melahirkan sendiri idea dan konsep rumah tersebut, kediaman dua bilik itu mempunyai konsep yang seirama dari tingkat satu hingga ke tingkat tiga. "Memang idea asal saya ialah untuk menggunakan satu konsep sahaja pada keseluruhan rumah kerana ia tidak akan kelihatan serabut dan lebih tersusun," ujarnya. Memilih untuk melatari segenap penjuru dinding rumahnya dengan rona kelabu yang jarang dilakukan, pemilik berjaya menaikkan struktur dan seri rumah supaya tampak mewah dan elegan. Menyusuri lanjut kediaman yang mempunyai dua bilik tidur dan beberapa ruang kamar kecil lain itu, tingkat dua kediaman adalah khusus untuk aktiviti sehariannya. Dapur yang bercirikan moden dengan kemasan putih memberikan kelainan dan cahaya terang pada ruang lain yang masih mengekalkan konsep klasik Eropah terutamanya pada ruang makan yang menggunakan perabot dari rona hitam. Di satu sudut pula menempatkan ruang berehat dua beranak itu untuk menonton program kegemaran di kaca televisyen dengan gaya yang ringkas dan selesa tetapi masih mengekalkan elemen elegan. Meneruskan ke tingkat paling atas yang menempatkan dua kamar bilik tidur dia dan Umar, Rizalman memberitahu dia cuba lari dari kebiasaan dalam menghias bilik tidur anaknya yang masih kecil dengan memberikan gaya bilik tidur lelaki biasa supaya konsep itu dapat digunakan lama. Tidak hanya mengabadikan diri dalam dunia fesyen, Rizalman kini melebarkan sayapnya dalam satu lagi cabang seni sebagai perunding hiasan dalaman dan bakal menghasilkan rangkaian koleksi perabot dibawah jenamanya. Giat melakukan kerja-kerja perundingan dan pengubahsuaian premis dan rumah persendirian, Rizalman memberitahu rekaan hiasan dalaman adalah minat sebenarnya dan sudah tiba masa untuknya melebarkan sayap dalam bidang itu. "Alhamdulilah rumah ini adalah salah satu contoh hasil kreativiti yang ada malah saya turut melakukan kerja-kerja pengubahsuaian untuk suite bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi, beberapa buah hotel dan milik perseorangan," ujarnya penuh optimis dengan apa yang dilakukan kini. | ||
| Kasut Larrie pilihan ramai sejak tiga dekad Posted: 03 Sep 2011 09:40 PM PDT JENAMA kasut terkemuka, Larrie Corporation (M) Sdn Bhd sudah tidak asing lagi di kalangan penggemar kasut malah sudah bertapak di hati rakyat negara ini sejak 1978. Walaupun lebih tiga dekad telah berlalu, ia tetap berjaya menambat hati orang ramai untuk memilih jenama hebat itu berbanding dengan lain-lain jenama. Tidak keterlaluan dikatakan segelintir penggemarnya enggan meninggalkan rumah tanpa memakai kasut yang berkualiti tinggi, selesa dan ranggi ini. Sudah pasti gabungan kepelbagaian fesyen dan fungsi yang dibawa kasut Larrie adalah antara resipi kejayaannya. Untuk memastikan jenama Larrie terus menjadi pilihan ramai sepanjang zaman, Larrie terbaru kembali mempraktikkan tema back to roots dalam menghasilkan kasut yang dapat memenuhi cita rasa segenap lapisan masyarakat. Pengurus Pemasaran, Wanita dan Kanak-Kanak, Larrie Corporation (M) Sdn Bhd, Sandy Kuan berkata, tema tersebut amat bermakna kerana ia memandu pereka-pereka tempatan mencari nadi kekuatan kasut jenama kegemaran ramai itu. Jelasnya, nadi kekuatan itu lahir daripada akar umbi yang terbina sejak lebih 30 tahun lalu. "Jenama kami percaya kepada keserdahanaan. Ia bukan sahaja sederhana dari segi reka bentuk tetapi gaya hidup yang dipermudahkan dengan memakai kasut yang selesa," katanya kepada Mingguan mStar. Sejajar dengan tema back to roots tahun ini, koleksi terbaru Larrie mendapat sentuhan inspirasi warna terang, penuh inspirasi dan bertenaga. Antara warnanya yang menarik melibatkan adunan rona merah, biru dan kuning. Sandy memberitahu, koleksi kasut Larrie sememangnya sesuai digunakan untuk tujuan pergi ke tempat kerja dan aktiviti senggang. Katanya, kasut Larrie untuk lelaki terdiri daripada jenis bisnes, moccasin, sukan, sandal dan Bio Feet. Manakala kasut untuk wanita pula termasuk court shoes (kerjaya), ballerina, sepatu bertali pengikat - Mary Jane, sandal dan comfort range. "Ia memang direka bentuk supaya selesa dipakai dan bergaya dalam iklim tropika," katanya. Baru-baru ini, Larrie melangkah ke hadapan dengan melancarkan stor berkonsep yang bukan sekadar menawarkan kasut. Stor berkonsep itu kini turut menawarkan pakaian, beg dan aksesori untuk lelaki dan wanita. Antara aksesorinya ialah cermin mata gelap, beg galas, rantai leher, kalung, rantai tangan dan gelang rantai. Stor berkonsep pertama dilancarkan di Fahrenheit 88 pada 2010 diikuti 1st Avenue, Pulau Pinang dan AEON cawangan Bukit Indah, Johor Baru. Terbaru, Larrie melancarkan stor berkonsep keempat di Sunway Pyramid pada Jun lalu. Menariknya, stor-stor tersebut menggunakan lampu berteknologi LED yang tidak mengandungi raksa dan kurang menghasilkan haba. Ini bagi memastikan persekitaran stor adalah mesra alam. Menurut Sandy, Larrie bakal menambah cawangan kepada 10 buah di seluruh negara dalam tempoh setahun lagi. Katanya, pihaknya bercadang mentransformasikan stor berkonsep kepada gedung membeli-belah pada tahun hadapan. "Semua produk kami adalah selesa dipakai, bergaya, mampu milik dan cawangan kami adalah mudah dikunjungi," katanya sambil menambah, Larrie turut bercadang melebarkan sayap ke luar negara. | ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:38 PM PDT TAMPIL mempesona dalam busana kebaya rekaan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek membuatkan mata tidak jemu memandang. Baik rona jingga mahupun epal hijau mampu membangkitkan seri wajahnya yang tidak makan usia itu. Senyuman manis sentiasa menghiasi bibirnya membuatkan suasana sesi fotografi yang berlangsung di Restoran Seri Melayu, hangat dengan kemesraan. Setiap soalan dijawab penuh sopan malah dia sentiasa merendah diri seperti biasa. Itulah Fauziah Latiff. Bintang yang tidak pernah berubah dari dulu. Sentiasa lembut turut katanya malah kewanitaannya cukup terserlah meskipun gemarkan aktiviti lasak dan mencabar.
Seberat manapun, dia reda dengan aturan alam. Yang hidup pasti mengadap Allah SWT apabila tiba masanya dan ketentuan itu tidak boleh diubah. "Kalau ayah masih ada, dialah yang paling sibuk melakukan persiapan. Dari soal mengemas rumah hinggalah masak, semua dia mahu buat. Ayah pandai masak, antara juadah air tangannya yang paling saya suka adalah rendang, kari dan lontong. "Dia suka sangat duduk di dapur sampai mak bising. Terhibur lihat gelagat mereka apabila masak sama-sama. Habis urusan masak-memasak, kami anak beranak akan hias rumah bersama. "Kehilangan ayah meninggalkan kesan hingga ke hari ini. Tidak tergamak rasanya terlalu beriya-iya menyambut raya apabila dia tiada di sisi," kata Jee dalam nada lembut. Sambung Jee yang rancak disolek Dinie Awaluddin, indahnya Aidilfitri apabila dapat berkumpul dengan ibu dan anak. Meskipun tahun ini giliran dua cahaya matanya, Jeffri Joaquim Indot, 13, dan Jeremy Jay Indot, 11 beraya dengan bekas suami, mereka masih berpeluang meraikan hari paling bermakna bagi umat Islam itu bersama-sama. "Setiap tahun persiapan raya lebih saya fokuskan kepada anak dan mak. Jeffri dan Jeremy tidak cerewet, apa yang saya beli mereka suka dan akan pakai. Baju Melayu bapa mereka belikan, jadi saya cuma beli baju kasual. "Tahun ini agak kelam-kabut kerana saya ada komitmen yang menuntut lebih perhatian. Apapun saya akan pastikan detik bersama ibu, anak, keluarga terdekat dan teman rapat melakar kenangan manis buat kami semua," katanya. Ujar Jee lagi, suasana raya lebih meriah jika diraikan di kampung. Masih segar di kotak memorinya, tatkala arwah nenek masih hidup sambutan Aidilfitri dan Aidiladha paling dinanti-nanti. "Suasana raya dulu tak sama macam sekarang. Rumah nenek jadi tumpuan semua sanak-saudara dan mereka masak beramai-ramai. Biasanya juadah raya dimasak dalam kawah. Setiap orang ada tugasan masing-masing, sekali pandang seperti mahu menyediakan hidangan untuk kenduri. Ada yang kacau dodol, ada yang masak rendang, bakar lemang, rebus ketupat dan macam-macam lagi. "Suasana kampung pada malam raya sangat cantik. Setiap rumah dihias dengan pelita malah riuh rendah dengan suara kanak-kanak bermain bunga api. "Apabila nenek sudah tiada, rumah mak saya menjadi tempat adik-beradik berkumpul. Bagaimanapun kebelakangan ini jika beraya di kampung, saya beli makanan siap masak sebab tidak mahu ibu penat. Biskut raya biasanya saya tempah daripada kawan. "Pun begitu ada beberapa juadah yang mak masak iaitu lontong, ketupat, rendang dan serunding," katanya yang popular dengan lagu Teratai Layu di Tasik Madu, Aku Sebutir Pasir, Kau Merubah Segalanya dan Enggan. Lebih dua dekad mencanai bakat di persada seni, Jee melakar pencapaian membanggakan sekali gus membuatkannya mampu bertahan hingga ke hari ini. Auranya tidak pernah luntur meskipun tidak lagi sekencang dulu. Biarpun sudah lama tidak muncul dengan album baru, namanya terus meniti di bibir peminat setianya, bahkan kehebatan serta kelainan persembahannya satu ketika dulu masih menjadi sebutan. Siapa tidak ingat dengan gadis cantik bersuara lunak yang lincah menari di atas pentas bahkan alunan suara merdunya ketika menyampaikan lagu balada membuai hati pendengar. "Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Jujur, bukan mudah perjalanan sebagai anak seni tetapi saya menghargai apa yang saya lalui selama ini tidak kiralah sama yang baik mahupun sebaliknya. Semua itu pengalaman yang mematangkan saya malah tidak ternilai harganya. "Saya tahu peminat rindukan persembahan saya seperti dulu malah saya teringin mengadakan persembahan terbuka. Namun, pada fasa hidup sekarang, ada perkara lebih penting perlu saya utamakan. "Selepas sekian lama bekerja keras, tahun ini saya peruntukkan untuk berehat. Dengan adanya masa untuk diri sendiri, banyak perkara yang sebelum ini saya tak dapat buat, boleh dilakukan. Tidak dinafikan bidang ini sebahagian daripada hidup saya. Di sinilah saya mencari rezeki dan membesar. Namun saya perlukan rehat dan dalam pada itu menyusun semula hidup saya. "Apapun itu tidak bermakna saya langsung tidak menyanyi. Ada juga beberapa undangan persembahan acara tertutup saya penuhi," katanya sambil menyifatkan dirinya bertuah kerana dikelilingi insan yang bagus dan sentiasa berusaha gigih menaikkan namanya malah mengakui sokongan tidak bertepi peminat memainkan peranan besar untuknya terus mendaki dan bertahan. Keprihatinan penyanyi yang turut berbakat dalam dunia lakonan ini terhadap alam sekitar dan hidupan laut menjadikan nilainya semakin tinggi. Tugasnya sebagai duta Persatuan Pemulihan Terumbu Karang Malaysia (Coral) mengisi waktu senggangnya. Banyak aktiviti lasak yang membabitkan alam sekitar selain aktiviti motosikal berkuasa tinggi menjadi teman setia duta produk SK-II ini. | ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:37 PM PDT PERIKSA... anggota polis wanita menarik bahan letupan jauh daripada kereta. PORT DICKSON: "Saya tidak menyangka bungkusan hitam yang dililit pada ekzos kereta itu adalah bahan letupan," kata wanita dikenali sebagai Siti, 40-an, yang terkejut selepas cubaan meletupkan keretanya di Batu 1/2, berdekatan PD Walk, di sini, kelmarin. Siti berkata, dia meninggalkan kereta bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di tanah lapang dan pergi melakukan urusan bank tidak jauh dari situ. "Mulanya saya menyangka ia bungkusan biasa, namun apabila membeleknya, saya hairan melihat dawai dililit kemas pada batang ekzos.
"Kereta ini baru saya beli sebulan lalu dan saya tidak tahu motif orang yang meletakkan bahan itu. Sementara itu, anak lelaki mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sepanjang 30 minit dalam kereta, dia tidak melihat kelibat manusia melalui atau meletakkan sesuatu pada kereta. | ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:36 PM PDT HODGKIN LIMFOMA... bengkak dileher. KEHADIRAN benjolan di bawah kulit, sama ada berbentuk bulat atau leper, sering menimbulkan kebimbangan, terutama wanita, apatah lagi jika 'muncul' di bahagian terdedah atau mudah dilihat. Benjolan berkenaan biasanya tidak besar tetapi dapat dirasai dan timbul di bahagian organ manusia. Ia dipanggil limfoma atau penyakit kanser kelenjar. Biasanya ia tidak sakit tetapi boleh membesar jika dibiarkan. Lebih sejuta individu menghidap limfoma di seluruh dunia. Ia juga antara penyakit paling pantas berkembang dan setiap tahun dianggarkan 350,000 kes baru didiagnosis di seluruh dunia manakala hampir 200,000 pesakit meninggal dunia disebabkan limfoma setiap tahun.
"Mungkin ia tidak 'terkenal' seperti barah otak, hati dan payudara, menyebabkan masyarakat kurang mengambil berat mengenainya. Peningkatan perebakan limfosit juga kelihatan seperti barah darah leukemia, kadangkala menyukarkan untuk mengenal pasti antara limfoma dan leukemia di kalangan kanak-kanak. Pada amnya, pesakit yang menghidap limfoma tidak membabitkan sum-sum tulang atau sedikit saja, manakala pesakit leukemia pula membabitkan sum-sum tulang secara menyeluruh. Walaupun kedua-dua jenis ini terjadi daripada sistem limfa, ia membabitkan bahagian badan berlainan, merebak secara berlainan juga bertindak terhadap rawatan secara berlainan. Simptom limfoma Bagaimana mahu mengenal pasti limfoma? Biasanya doktor akan bertanya sejarah kesihatan serta kesihatan ahli keluarga, ubat diambil dan sebarang alahan. Selepas itu, pemeriksaan fizikal dilakukan untuk mengesan limfoma. Apabila dikesan mempunyai nodus limfa yang membengkak tanpa sebab, doktor akan memeriksa nodus tersebut secara teliti untuk mengetahui sama ada ia akan terus membesar atau tidak. Doktor juga akan memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan jangkitan bakteria. Jika nodus limfa terus membesar, langkah seterusnya adalah melakukan biopsi membabitkan pengambilan sedikit tisu atau keseluruhan nodus limfa berkenaan. Rawatan Bergantung kepada tahap barah berkenaan. Menentukan tahap barah adalah cara mengkategorikan atau mengklasifikasikan pesakit mengikut tahap sewaktu didiagnosis. Ada empat tahap limfoma, iaitu tahap pertama (barah cuma membabitkan satu bahagian nodus limfa atau satu organ di luar nodus limfa) hingga tahap empat (barah yang merebak, hingga ke satu atau lebih tisu atau organ di luar sistem limfatik). Tahap pengesahan dapat membantu pakar perubatan menentukan rawatan dan mengenal pasti pesakit limfoma akan bertahan dalam jangka masa panjang. Kemoterapi (pengubatan bertahap tinggi untuk membunuh sel barah) adalah rawatan utama digunakan. Ia rawatan yang sangat penting untuk penyakit non-Hodgkins Lymphoma yang biasanya membabitkan penggunaan kombinasi beberapa jenis ubatan dan rawatan yang mengambil masa beberapa bulan. Hodgkin's Lymphoma pula dirawat dengan kemoterapi. Kadangkala radioterapi (penggunaan cahaya berkuasa tinggi untuk mengecutkan tumor/barah dan menyekat sel barah daripada merebak) hanya digunakan dalam situasi tertentu. | ||
| Berjaya catat 611,888 tendangan Posted: 03 Sep 2011 09:34 PM PDT IKTIRAF...berjaya melakukan 611,888 tendangan. MELAKUKAN 611,888 tendangan tanpa henti secara bergilir-gilir dalam 24 jam mungkin kedengaran memenatkan, namun bagi seramai 520 pelajar Management & Science University (MSU), semangat untuk mencatat sesuatu yang membanggakan mengatasi segala-galanya. Bukan sekadar aktiviti biasa, ia sebaliknya berjaya mendapat pengiktirafan dari Malaysian Book of Records (MBR) sebagai tendangan terbanyak, sekali gus meleburkan rekod terdahulu. Aktiviti berkenaan turut disertai pelbagai persatuan seni mempertahankan diri di bawah MSU seperti Kelab Gayung Fatani, Seni Silat Gayung Malaysia, Silat Cekak Hanafi dan Taekwondo ITF yang menyaksikan pembabitan pelajar daripada pelbagai kursus.
| ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:24 PM PDT TEGAR...semua 16 kakitangan Harian Metro tetap bersemangat selepas menakluk puncak. PERKATAAN 'didorong' dan 'ditarik' mungkin dianggap kata kerja untuk pertuturan biasa bagi orang lain, tapi tidak pada saya yang akan mengenangnya sebagai sesuatu bersifat istimewa dan berharga. Agak janggal bunyinya kerana saya mengangkat perkataan sebagai sesuatu yang bernilai, bukan barangan tapi itulah 'penghargaan' yang saya beri selepas menjejakkan kaki ke puncak Gunung Rinjani di Lombok, Indonesia. Kerana dua perkataan itu yang digunakan seorang 'guide' dikenali Pak Dil banyak membantu saya menjayakan misi menawan puncak gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia itu, pada 6 Julai hingga 11 Julai lalu.
| ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:23 PM PDT LAJU... ia mampu mencecah kelajuan 193 kilometer sejam dan boleh dibeli secara dalam talian. JIKA anda mempunyai wang sebanyak £33,000 (RM165,000) dan berhasrat mencari barangan lasak buat golongan lelaki, ia mungkin sesuai untuk anda. Sebuah motosikal dicipta untuk menyerupai motosikal yang dilengkapi sistem komputer dalam filem cereka sains, Tron: Legacy, kini dijual. Versi sebenar yang direka Parker Brothers Choppers mempunyai tubuh berukuran lapan kaki, 23 inci panjang dan seberat 215 kilogram. Ia juga mempunyai kelajuan 193 kilometer sejam.
Motosikal terbabit dijana oleh kuasa tenaga Suzuki 996 cc, enjin empat lejang dengan muatan spring di depan dan belakangnya. Jurucakap Trish Hammond berkata: "Motosikal ini direka dengan sempurna supaya setiap aspeknya serupa dengan motosikal dalam filem terkenal itu. | ||
| Hammudi berkorban demi syarikat Posted: 03 Sep 2011 09:22 PM PDT HAMMUDI...bangga dengan Elhajj. MELIHAT sikapnya yang gemar bergurau serta berpenampilan sederhana, mungkin ada yang tidak menyangka beliau sebenarnya pengarah syarikat rangkaian produk di pasar raya ternama seperti Tesco dan Mydin. Pengarah Urusan Syarikat Elhajj, Muhammad Hammudi Muhammad Khalid yang berperanan dalam membangunkan satu rangkaian produk penjagaan diri khusus untuk jemaah haji, mempunyai tarikan sendiri dalam memperlihatkan karismanya sebagai ahli perniagaan. Meskipun mempunyai karakter mudah didekati serta murah dengan senyuman, tidak bermaksud beliau kurang serius perihal syarikat.
| ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:16 PM PDT SEMUA gambar ini dirakam di sebuah taman tema paling ganjil — ia dibina di tapak sebuah stesen jana kuasa nuklear yang ditinggalkan. Wunderland, dekat Kalkar, Jerman adalah taman tema yang mencantumkan reaktor nuklear bernilai berjuta-juta ringgit yang tidak digunakan dengan permainan klasik yang sering ditemui di taman tema biasa seperti tunggangan kuda, roda Ferris, karusel dan gelongsor berair. Ketika dibina pada 1972, reaktor nuklear itu yang dikenali sebagai SNR-300, dijangka menjadi reaktor nuklear paling canggih dan berteknologi tinggi di Jerman.
Seterusnya, beberapa hotel kecil dibina dan kemudian berkembang. Beberapa bar dan restoran juga dibina. Jurucakap taman itu berkata mereka menerima 600,000 pengunjung setahun dan mempunyai 550 pekerja pada musim puncak. | ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:15 PM PDT
SETIAP kali melihat bangunan-bangunan yang ada di sekeliling, kebiasaannya kita hanya melihat kepada nilai luaran yang mengindahkan ciri-ciri senibinanya. Jarang sekali kita bertanyakan siapa arkitek yang bertanggungjawab dalam pembinaan bangunan tersebut. Dalam menjayakan sesuatu rekaan bangunan, sentuhan kreatif seseorang arkitek sangat diperlukan namun pastinya ia bukan semudah yang kita lihat. Secara umumnya arkitek merupakan orang yang layak untuk mereka bentuk, menasihat serta menentukan fungsi estetik dan teknikal sesebuah bangunan. Perkataan arkitek berasal dari perkataan Latin, architectus dan Greek, arkhitekton yang mana ia membawa maksud pembina asal. Arkhi membawa maksud ketua dan tekhton bermaksud pembina atau tukang kayu. Persekitaran Dalam melakukan tugasan, seseorang arkitek harus peka kepada persekitaran penghuni sesebuah struktur yang direka bentuk. Ini kerana ia melibatkan pelbagai aspek seperti perumahan, perniagaan dan perindustrian kerana ia penting dalam menghasilkan imej terakhir binaan yang bakal di reka bentuk. Selain itu mereka juga perlu faham dan tahu mengenai keperluan pembinaan agar tidak ada kekeliruan sepanjang sesuatu projek itu berlangsung. Ilmu seni bina pula adalah gabungan antara seni dan pengetahuan sains namun peranan sejarah dan tamadun sangat mempengaruhi sesuatu karya yang dihasilkan oleh seorang arkitek. Ini kerana tamadun dan seni bina jika dibandingkan dari segi aspek fizikal dan kehidupan masyarakat adalah begitu saling berkait rapat di antara satu sama lain. Pada awalnya, bidang ini hanya bertujuan untuk pembinaan tempat berteduh dan keselamatan sebelum ia berkembang menjadi satu ikon atau imej kepada sesebuah tamadun mahupun bangsa. Ketuhanan Pada peringkat awal sejarah, senibina tamadun Yunani dan Rom mencatat legendanya yang tersendiri dalam bidang ini. Malah ia tetap berterusan menjadi tunjang dalam konsep seni bina sehingga kini. Konsep seni bina mereka begitu menekankan bentuk tubuh badan manusia sebagai garis ukur elemen-elemen selain reka bentuk seni bina klasikal. Berbeza dengan tamadun terdahulu seperti Mesopotamia dan Mesir di mana seni bina mereka berkait rapat dengan pembinaan tugu ketuhanan. Tamadun ini tidak dapat lari daripada menekankan kekuasaan seseorang raja selain berkait rapat dengan konsep ketuhanan yang dipengaruhi manusia. Bagaimanapun tamadun Yunani menekankan aspek-aspek reka bentuk sivil seperti teater dan bangunan pusat pemerintahan. Mereka juga memberi penekanan kepada perhubungan antara manusia dan persekitarannya dan percaya kehidupan manusia penting dalam mencorak alam persekitarannya. Zaman gelap Dengan kedatangan agama Kristian, sistem seni bina Barat turut berubah apabila sistem ketuhanan sebenar mengambil-alih kepercayaan yang diambil dari tamadun Yunani dan Rom. Sistem ini memberi kekuasaan yang lebih kepada paderi-paderi Kristian dan ia banyak tertumpu kepada pembinaan reka bentuk gereja. Seni bina ini dikenali dengan gaya Romanesque dan Gothic yang mempunyai reka bentuk basilica. Secara umumnya gereja-gereja menjadi imej utama dalam perancangan bandar mereka. Bagaimanapun zaman ini dikaitkan dengan merudumnya penguasaan Barat dan digelar sebagai zaman gelap (dark ages) kerana sekatan keterlaluan pemimpin agama mereka. Ini menyebabkan kekuasaan beralih kepada tamadun Islam yang berpusat di Timur Tengah. Namun sistem yang berkait dengan keagamaan tetap menjadi sumber dan rujukan penting bukan sahaja dalam bidang seni bina tetapi merangkumi hal lain seperti ekonomi, seni lukis, politik dan sebagainya. Seni bina Islam Dalam seni bina Islam, ia bukanlah semata-mata menekankan gerbang dipenuhi ukiran ayat-ayat suci al-Quran atau kubah yang sinonim dengan Timur Tengah tetapi paling penting adalah jenis-jenis bangunan, perancangan ruang, dan komposisi estetika rupa bentuk yang dibina mengikut tradisi binaan setiap kaum yang berlainan tetapi bersandarkan ajaran Islam. Apa yang dikatakan seni reka Islam sebenarnya merangkumi berbagai rupa bentuk bangunan daripada pelbagai kaum tetapi mempunyai kesamaan dari segi perancangan dan jenis ruang serta aspek penghiasan. Namun yang paling jelas konsep seni bina Islam menolak sebarang perkaitan dengan bentuk makhluk hidup tetapi pada masa sama menzahirkan seni abstrak melalui bentuk-bentuk atau adunan warna-warna yang penuh rahsia tersendiri. Ciri utama seni reka Islam ialah penggunaan arca di bahagian bumbung, kubah, dan dinding batu yang diukir menggunakan motif bunga, lukisan, dan ayat al-Quran selain mozek yang boleh dilihat pada masjid-masjid. Taj Mahal di India, Masjid Agung Samarra di Iraq dan Hagia Sophia di Istanbul merupakan antara bangunan yang terus dikagumi sehingga kini serta jelas menunjukkan ciri-ciri seni bina Islam. Seni bina moden Seni bina pada awal abad ke-20 pula banyak menggunakan besi dan kaca. Sebagai contoh antara bangunan pencakar langit terawal di Amerika Syarikat, Home Insurance Building di Chicago yang dibina pada 1885 dan Empire State Building yang siap pada tahun 1929. Reka bentuk bangunan juga bertambah moden walaupun ada juga bangunan memasukkan elemen seni reka Rom dan Yunani. Selain itu reka bentuk bangunan moden banyak dipengaruhi fungsi bangunan serta menggunakan teknik dan dinding konkrit pasang siap. Dengan ini pembinaan bangunan lebih menjimatkan masa dan tenaga kerja. Pada hari ini dengan teknologi seni reka yang moden, pembinaan satu-satu bangunan pencakar langit boleh disiapkan dalam jangka masa yang amat singkat. | ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:14 PM PDT SOFA kulit berbentuk L dan berwana putih dengan meja, sesuai digandingkan dengan meja kopi bulat dari material jubin dan besi. RASANYA masih belum terlewat untuk menghias kediaman biar pun hari raya sudah berlalu. Usai beraya bersama keluarga di kampung, kini giliran warga kota pula bersiap menerima tetamu untuk rumah terbuka. Tidak salah untuk mencari beberapa lagi perabot baru bagi dipadankan dengan hiasan sedia ada. Mungkin satu set sofa sebagai penyeri ruang tamu atau sekadar sofa berbentuk L yang lebih ringkas namun tetap menawan. Sebagai pilihan, kunjungi Milanohaus dan Milano & Design (M&D) di Jalan Puchong-Bukit Jalil. Menawarkan lebih 80 rekaan sofa eksklusif inspirasi daripada Itali, ia mampu disesuaikan untuk jenis kediaman mengikut gred dan warna yang kesesuaian. Menurut pengurus cawangan, Amber Chong, jenama M&D sebenarnya merupakan perusahaan keluarga di Itali yang sudah 60 tahun menerajui pembuatan sofa kulit melalui label Chateau d'Ax. Melalui pengalaman tersebut, tidak hairanlah rekaannya begitu sinonim dengan cita rasa lubuk fesyen yang cukup terkenal di seluruh dunia itu. "Kami mempunyai dua kumpulan sofa kulit iaitu M&D yang mana materialnya diimport dari Itali manakala pemasangan dilakukan di Shanghai, China dan satu lagi, Milanohaus, juga material dari Itali tetapi pemasangan dibuat dalam negara," katanya. Menurutnya terdapat empat kategori pilihan kulit yang disediakan dan kebanyakan menggunakan kulit lembu yang diyakini lebih lembut dan tahan lasak. Penggunaan material jenis ini juga kata Amber, lebih mudah dibersihkan iaitu hanya dengan menggunakan sedikit air dan pencuci khas. Perbezaan sofa M&D terletak pada struktur dalamannya yang diperbuat daripada lateks menjadikan ia lebih tahan lama dan tidak mudah tenggelam. Dengan merebahkan diri di atas sofa jenama ini, anda akan merasai perbezaan di mana ia melentur mengikut tubuh dan seakan memeluk kemas setiap inci badan. Begitu juga dengan Milanohaus yang mempunyai lateks namun ditambah kerangka gelung untuk lebih kestabilan. Kesemua sofa jenama M&D dan Milanohaus diberi jaminan enam tahun dan hari ini merupakan hari terakhir promosi premis ini sempena pembukaan cawangan Puchong yang baru dilancarkan Ahad lalu. "Kami menawarkan potongan sehingga separuh harga dan setiap pembelian RM3,000, pembeli berpeluang melakukan putaran roda yang pasti menjanjikan hadiah-hadiah menarik," kata beliau. Antara hadiah istimewa yang dijanjikan adalah, bantal berkualiti, set cadar, lampu tidur, baucer tunai dan banyak lagi. Set bilik tidur Selain terkenal sebagai pembuat sofa berkualiti, Milanohaus turut menawarkan pilihan katil berkualiti melalui 13 jenama terkenal di seluruh dunia. "Kami merupakan ahli Pusat Kelengkapan Bilik Tidur Jenama Antarabangsa Malaysia (MIBBC). Justeru dengan mengunjungi cawangan ini, anda boleh mendapat pilihan jenama katil berkualiti berserta informasi yang diperlukan," katanya. Melalui gabungan jenama itu, terdapat lebih 40 rekaan katil ditawarkan dengan pilihan pelbagai saiz dan material. Kata Amber, material yang digunakan dalam struktur katil adalah sabut kelapa, lateks, gelung, memory foam dan pelbagai lagi. Tidak terhad kepada pilihan sofa dan kelengkapan bilik tidur, Milanohaus turut menawarkan pilihan meja makan eksklusif dengan tempat duduk kulit yang sungguh elegan. Sebagai pelengkap, beberapa jenis hiasan dalaman seperti kerusi bean bag, lampu, cermin, kertas dinding juga boleh didapati di situ. Dengan binaan premis yang luas dan gaya susun atur perabot lebih eksklusif, mungkin dengan mengunjungi cawangan ini anda mendapat ilham untuk menghias kediaman bagi menyambut tetamu yang bertandang ke rumah terbuka nanti. | ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:13 PM PDT Kanta sentuh menjadi alternatif kepada mereka yang tidak mahu memakai cermin mata. MAHU kelihatan cantik dan bergerak selesa, sesetengah wanita yang rabun sanggup memakai kanta lekap berbanding cermin mata walaupun kadangkala penggunaan kanta lekap tidak memberi keselesaan kepada mata. Kebanyakan mereka tidak mahu penampilan tampak skema dan tidak menawan. Jadi bagi membantu wanita yang bimbang penggunaan cermin mata boleh menjejaskan penampilan seharian, pemakaian kanta sentuh lembut dapat menyelesaikan keadaan tersebut. Kanta sentuh dua minggu sekali yang baru, acuvue advance plus dengan hydraclear memberikan keselesaan mata yang optimum bagi mereka yang memakai kanta sentuh buat pertama kalinya. " Dengan perkembangan teknologi dan permintaan pengguna, kanta sentuh, yang sering dikaitkan sebagai konsep yang mula-mula sekali diperkembangkan oleh Leonardo Da Vinci pada 1508, telah melalui evolusi dari kanta perspeks keras yang tidak selesa dan hanya boleh dipakai untuk beberapa jam sahaja, kepada kanta yang lembut, licin, boleh bernafas dan selesa serta boleh dipakai sepanjang hari atau lebih lama lagi. Hari ini, kebanyakan pengguna Malaysia yang perlu mengguna cermin mata mulai sedar akan kebaikan memakai kanta sentuh. Mereka menimbang untuk memakai kanta sentuh dan menganggapnya sebagai kebebasan dan lebih berkuasa, membolehkan mereka bebas dan melakukan banyak perkara serta pelbagai aktiviti dengan lebih baik lagi tanpa sebarang halangan," ujar Pengurus Besar Johnson & Johnson Vision Care, Asia Tenggara, Stanford Guo. Sementara itu, kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan enam daripada sepuluh pemakai cermin mata kini mempertimbangkan untuk menggunakan kanta sentuh. Statistik juga menunjukkan bahawa terdapat 300,000 orang yang mempertimbangkan penggunaan kanta sentuh ada di Lembah Klang. Berdasarkan kajian yang sama, mereka yang memakai cermin mata sepenuhnya masih merupakan majoriti iaitu 57 peratus; 38 peratus menggunakan kedua-dua, iaitu cermin mata dan kanta sentuh manakala 5 peratus daripada mereka sahaja yang menggunakan kanta sentuh sepenuhnya. Perkara yang membimbangkan bagi mereka yang tidak langsung menggunakan kanta sentuh ini adalah perasaan takut untuk menggunakan kanta sentuh dan keselesaan. Menurut Guo, kanta sentuh dua minggu acuvue advance plus ini direka khas untuk mengatasi kegusaran mereka yang ingin menggunakan kanta sentuh buat pertama kalinya. Kanta sentuh ini mempunyai ciri tiga dimensi dan selesa yang mengoptimumkan keselesaan bagi pengguna baru dari hari pertama hingga ke-14, sepanjang hari. Kanta sentuh ini boleh didapati hanya dengan preskripsi di semua kedai optikal utama di Malaysia. Setiap pek tiga pasang atau enam kanta sentuh dijual pada harga RM 69. | ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:12 PM PDT
BERTUGAS pada Hari Raya Aidilfitri merupakan perkara biasa bagi mereka yang bekerja dalam bidang masakan dan perhotelan termasuklah mereka yang bekerja sebagai chef. Mahu atau tidak, sudah pasti hati tersentuh pilu apabila pada saat orang lain saling kunjung-mengunjungi pada hari raya, diri sendiri masih lagi melakukan tugasan seperti biasa. Namun bagi Chef Eksekutif, Mohammad Sopi Lazim, hati yang sedih akibat tidak dapat bercuti raya segera terubat apabila menyambut pagi hari raya bersama rakan-rakan di tempat kerja. Sebab itu, beliau tidak kisah jika bertugas pada hari raya demi menunaikan tanggungjawab kepada syarikat. Beliau berkata, hari raya yang disambutnya bersama teman sekerja tetap meninggalkan kenangan indah kepadanya ketika bertugas di pagi raya walaupun kini beliau berkerja di tempat baru. Hari raya bersama keluarga lebih bermakna Berasal dari Setiawan, Perak , Chef Sopi tidak lagi merasai kesyahduan bertugas pada hari raya terutama pada pagi raya pertama berbanding tahun-tahun sebelumnya. Biarpun mengakui hati sedikit sebanyak tercuit sayu apabila mendengar alunan takbir yang indah, perasaan itu segera dibuang jauh-jauh apabila sedang bekerja. Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang masakan terutamanya masakan Melayu asli sepanjang berkhidmat selama 18 tahun di beberapa hotel sekitar utara tanah air dan Kuala Lumpur, tidak dapat melupai suasana hari raya apabila dia dan rakan-rakannya memakai baju Melayu dan baju kurung sambil berpakat membawa juadah seperti lemang, ketupat dan rendang ke tempat kerja. "Tahun ini, saya bernasib baik kerana dapat bercuti pada hari raya kerana saya kini bertugas di restoran Ibunda di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. "Kalau dulu ketika berkerja di hotel susah nak dapat cuti tetapi di restoran kebanyakan warga kota pulang ke kampung maka kami pun mengambil peluang ini untuk menutup operasi selama seminggu," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Katanya, kepulangan pada hari raya akan digunakan sepuas-puasnya untuk menikmati juadah kegemaran seperti ketupat dan lemang. Menurut Chef Sopi, tahun ini beliau akan pulang beraya di kampung halaman di Setiawan, Perak dan telah menjadi kebiasaan jika beliau pulang ke kampung segala juadah akan disediakan beliau. "Selalunya bila saya pulang ke kampung, saya selalu masak untuk seluruh keluarga dengan dibantu oleh saudara mara yang lain dan dapur tempat kami memasak juga akan meriah seperti berada di dapur tempat saya bekerja. "Saya rasa bidang masakan telah sebati dengan jiwa saya dan saya berkeyakinan dengan masakan saya," jelasnya. | ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:11 PM PDT Raja Azhar sedang menerangkan pergerakan lukisan yang dihasilkan berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang seni tarian. MENCALIT berus lukisan atas kanvas sambil diiringi bunyi muzik yang sesuai dengan langkah gerak tari perlahan dan pantas banyak mempengaruhi koleksi karya Memoir- The Dance Journey yang dihimpunkan oleh Raja Azhar Idris sejak 1985 hingga 2011. Ketika melihat karya tersebut dalam pameran solonya baru-baru ini di Galeri Art Case, Great Eastern Mall, Ampang, ia cukup mempersonakan. Bukan mudah seseorang pelukis menghasilkan lukisan berdasarkan gerak tari jika dia bukannya seorang penari yang boleh menghayati gerak-gerak tarian tradisional seperti Zapin, Inang, dan tarian Sufi yang terkenal di negara-negara Arab. Menurut Raja Azhar yang terkenal dengan hasil kesenian arca yang diperbuat daripada bahan seramik atau kaca berwarna, pameran Memoir- The Dance Journey amat bermakna buatnya lebih-lebih lagi ia mengimbau kenangan lalu ketika menetap di Melbourne, Australia. "Selepas menamatkan pengajian di Victorian College of the Arts, saya menyertai Australian Contemporary Dance Company yang dikelola oleh Ron Baker. "Dari sana saya belajar menari dan kesemua lukisan ini juga dilukis berdasarkan pengalaman saya dalam bidang tarian dan kesenian," katanya. Mengimbau kenangan lalu Beliau berkata, tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai buatnya untuk mempamerkan buat pertama kalinya memori yang disimpan selepas 26 tahun. "Sudah lama saya merancang untuk mengadakan pameran ini tetapi tertunda kerana banyak menghasilkan karya menggunakan kaca. "Melukis dengan buat arca kaca amat berbeza. Kerja-kerja penghasilan arca banyak menggunakan teknik untuk membentuk dan melukis di atas kanvas memerlukan banyak teknik dan daya kreativiti. "Walaupun kedua-dua medium itu tidak sama ia masih memberikan kepuasan kepada saya untuk menghasilkan karya-karya yang bertenaga," jelasnya. Bagi Raja Azhar, walau apa pun bahan kesenian yang dihasilkan dan digunakan, seniman tersebut perlu menghormatinya kerana secara tidak langsung ia mengajar mereka mengenai disiplin, kesabaran dan ketelitian. "Bila saya fikir kembali, melukis atas kanvas membuatkan saya berzikir dan bersemangat ketika melukis karya seperti Sufi Mevlana Dance II-Zikir for Fadilah dan ketika melukis karya dalam siri Zapin pula, saya menari sambil melukis berdasarkan rentak lagu tersebut. "Ketika lagu laju, saya pun ikut melukis dengan lebih pantas dan boleh dikatakan saya melukis mengikut irama dan tarian mengikut rentak lagu. Kalau lagu laju, strok saya makin laju," jelasnya. | ||
| Posted: 03 Sep 2011 09:10 PM PDT SPA Andak di Melaka ini khusus buat lelaki yang ingin mencuba urutan tradisional. MENCARI spa khas untuk kaum Adam memang agak sukar, apatah lagi berkonsepkan tradisional serta menggunakan terapi kampung. Satu-satunya spa yang menyediakan perkhidmatan seumpama itu ialah Spa Andak yang terletak di Bandar Melaka. Tambah istimewa, pelanggan yang berkunjung ke spa ini boleh menikmati urutan di atas sampan serta mandi di dalam tempayan. Menurut pemiliknya, Raja Abdul Rahim Raja Hussin, Spa Andak hanya menggunakan minyak yang dibuat sendiri dari bahan alami. "Spa lelaki ini dibuka pada tahun 2004, ia dibuka menerusi latihan pembentukan usahawan Mara. Kebetulan saya mempunyai ilmu dan petua tradisional jadi digabungkan dengan terapi spa untuk menghasilkan rawatan komplementari istimewa untuk lelaki. "Saya juga menambah ilmu dengan mengambil kursus, sejujurnya saya tidak menyangka permintaan untuk spa lelaki ini memang tinggi. Ini semua kerana lelaki sukar mencari tempat untuk merawat dan menyegarkan diri berbanding wanita," jelasnya yang ditemui di spanya baru-baru ini. Spa Andak ini juga mendapat sokongan dari bahagian promosi pelancongan Melaka dan juga Tourism Malaysia, malah nama spa Andak juga dimasukkan ke dalam panduan destinasi pelancongan. "Spa Andak ini dikunjungi oleh bukan sahaja penduduk tempatan malah pelancong dari luar negara juga yang ingin merasakan kenikmatan spa Melayu," ujarnya. Mengulas tentang tahap kesihatan lelaki, Raja Abdul Hussin berkata lelaki zaman ini memiliki gaya hidup yang tidak begitu baik. Mereka kurang bersenam, selalu stres dan mempunyai gaya hidup dan pemakanan yang kurang baik. "Lelaki juga amat perlukan kesegaran wajah, selain itu urutan bahu, urutan belikat yang sememangnya memberi kelegaan untuk tubuh dan minda. "Bagaimanapun bagi yang sudah berkeluarga disarankan agar urut sihat lelaki. Di Spa Andak juga turut memberi panduan cara pemakanan dan gaya hidup yang boleh diikuti untuk mencapai tahap kesihatan yang maksimum," ujarnya. Seperkara lagi tentang lelaki ialah mereka tidak begitu terbuka membicarakan tentang masalah kesihatan mereka berbanding wanita. "Justeru spa ini amat ideal untuk mereka berbincang tentang masalah sesama lelaki. Bakal pengantin juga disarankan mendapatkan rawatan di sini agar mendapat tips di samping kesegaran untuk melangsungkan hari bersejarah," jelasnya. Perkhidmatan di Spa Andak ini bermula dari RM60 hingga RM350. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan