Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Berkorban demi filem
- Maulana Berniaga Pakaian Secara Dalam Talian
- Tasha Shila Beli Baju Raya Enam Pasang
- Dayang Cuti Dua Minggu Sebelum Ke Belanda
- Dapur Rumah Zizan Nin Pernah Terbakar Di Pagi Raya
- ‘Sedetik Muzik’ Gabungan Artis Baharu, Lama
- Harap Zahida segera temu jodoh
- Kembali miskin
- Sotong labu
- Kembang bisnes ke dunia fesyen
- Depan lain belakang lain
- Nasib baik boleh berlakon
- Semangat si comel
- Tidak sah nikah dalam ihram
- Ghairah sambut raya terlupa bayar zakat fitrah
- Umrah jadi realiti
- JU musim II pada 24 Okt.
- Dapur idaman wanita
- Darling beraya dengan orang baru
- Fatimah tulang belakang Yusof
- Rozita, Jasmin utamakan anak
- pengalaman hamil pada bulan Ramadan
- Keletah Galaksi Raya 2011
- Diva Universal raikan Aidilfitri
- Tempah produk penjara di Internet
| Posted: 01 Sep 2011 06:54 PM PDT NADA perbualan yang tadinya rancak bertukar menjadi perlahan. Wajah yang sebelum itu ceria berubah warna serta merta. Sebak suara pelakon utama filem Karipap-Karipap Cinta, Milia Aimellia Zaid, tatkala ditanya mengenai sambutan Hari Raya tahun ini. Puas menahan akhirnya manik jernih yang bertakung di kelopak mata tumpah juga ketika menjawab pertanyaan itu. Memandangkan filem arahan Othman Hafsham ini filem sulung lakonannya, kata Milia, dia terpaksa berkorban demi menunjukkan betapa komited dirinya terhadap filem itu. "Sedih itu memanglah sedih, tapi nak buat macam mana, saya perlu mempromosikan filem ini yang bakal masuk ke pawagam pada Hari Raya nanti. Mujurlah keluarga saya sendiri memahami dan tidak merungut. Bagaimanapun, saya sudah pun membuat persiapan serba sedikit untuk diri sendiri dan keluarga sebelum menghantar mereka pulang ke kampung di Juaseh, Negeri Sembilan," ujarnya ketika berkunjung ke Balai Berita beberapa hari menjelang Syawal. Ketika pelakon wanita muncul di arena seni bagai cendawan tumbuh selepas hujan, namun tuah ternyata memihak kepada gadis berusia 18 tahun ini. Bayangkan, daripada 180 calon yang datang untuk sesi uji bakat, tuah berpihak kepadanya untuk memegang watak sebagai Sarah. "Selepas tamat penggambaran drama Bonda dan masih menanti-nanti tawaran berlakon yang lain, saya pun melayari laman web dan terpandang iklan mencari pelakon untuk sebuah filem. Dengan niat mahu menimba pengalaman sebagai pelakon layar perak, saya pun memberanikan diri mencuba. "Selepas sekian lama menanti, tiba-tiba saya mendapat panggilan daripada pihak produksi yang menyatakan mereka berminat untuk menawarkan watak Sarah kepada saya. Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan keputusan itu secara langsung. Mereka mainkan saya terlebih dan hanya selepas itu barulah mereka memberitahu yang saya terpilih untuk berlakon dalam filem itu," ujar Melia dalam nada teruja. Melia nyata cukup bertuah kerana mendapat bimbingan sutradara handalan yang pernah menghasilkan filem hebat sebelum ini. Namun begitu, Milia tidak malu mengakui dia tidak mengenali sutradara terbabit sebelum ini. "Terus terang saya memang tidak kenal siapa dia Othman Hafsham. Tapi saya tahulah filem yang pernah dihasilkannya sebelum ini seperti Adik Manja dan Mekanik. Bekerja dengan dia cukup menyeronokkan kerana dia bukan saja mengarah, tetapi banyak memberikan petua berguna ketika di lokasi supaya saya boleh muncul menjadi pelakon yang disegani satu hari nanti," katanya. Risau watak Sarah jadi kontroversi DALAM novel asal tulisan Nazri Md Anuar itu, watak Sarah ialah graduan Universiti Al-Azhar, Mesir. Kalau berdasarkan logika dan melihat lokasi tempat Sarah menimba ilmu, pastinya penampilan Sarah lebih kepada imej seorang Muslimah sejati yang bertudung litup tanpa memperlihatkan sehelai rambut. Namun apabila dipindahkan ke layar perak, imej yang ditampilkan amat berbeza sekali. Walaupun mempunyai pendidikan ilmu agama yang tinggi namun Sarah hanya mengenakan selendang. Apakah Melia tidak bimbang jika penampilannya itu bakal menjadi bualan mereka yang tidak senang dengan imej yang ditonjolkannya itu? "Sebenarnya imej yang saya tampilkan itu ditonjolkan selepas berbincang dengan pengarah dan penerbit. Saya tak mahu peminat saya keliru dan menyangkakan saya memang mengenakan tudung di luar lokasi seperti yang pernah berlaku ke atas Tiz Zaqyah. Disebabkan imej bertudung terlalu kuat dalam drama Nur Kasih, ramai yang menganggap Tiz memang bertudung dan mengharapkan dia terus mengenakan tudung. "Kalau ada yang terus mempertikaikannya dan menganggap saya mempersendakan wanita lulusan Al-Azhar, saya rasa berlakon itu sendiri sebenarnya memang sudah salah di sisi agama. Jadi saya rasa tak perlulah saya nak ulas lebih-lebih perkara ini dan tidak perlu nak memanjangkannya," pinta Melia mengharapkan pengertian. Selain Melia, filem terbabit menampilkan Gambit Saifullah, Eman Manan, Rosnah Johari, Fish Fadzil serta Shawal AF5. | ||||
| Maulana Berniaga Pakaian Secara Dalam Talian Posted: 01 Sep 2011 06:53 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Maulana mula berjinak-jinak menceburi perniagaan pakaian dalam talian pada awal bulan lalu. Maulana berkata, dia memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan sebelum meneruskan cita-citanya untuk membuka butik pakaian. "Para peminat boleh melayari laman Facebook 'Maulana Clothing' untuk melihat koleksi pakaian yang dijual. "Setakat ini saya baru menjual pakaian wanita seperti gaun labuh dan kaftan. Dengan izin Allah, saya teringin untuk membuka butik pakaian untuk lelaki dan perempuan," katanya kepada mStar Online. Menurutnya, selain menyanyi dia akan menjadikan perniagaan ini sebagai punca pendapatan sampingan. Selain itu, dia mengambil peluang ini kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang menggalakkan umat Islam berniaga. "Orang-orang tua cakap ikut sunnah Nabi seperti berniaga pasti berjaya. Insya-Allah," katanya. | ||||
| Tasha Shila Beli Baju Raya Enam Pasang Posted: 01 Sep 2011 06:52 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Tasha Shila tidak sangka dia telah membeli sebanyak enam pasang baju Hari Raya untuk dirinya, berbanding dengan tahun lepas, hanya sepasang sahaja. Menurut Tasha, baju Hari Raya yang dibelinya itu adalah sebagai hadiah buat dirinya sendiri yang bekerja keras mengukuhkan nama dalam karier lakonan tempatan. "Sebenarnya saya main beli ikut suka sahaja. Alhamdulillah, rezeki lakonan saya tahun ini bertambah sedikit demi sedikit lebih-lebih lagi selepas berlakon dalam drama Gemilang, arahan Khabir Bahtia. "Selain itu, memandangkan ada duit lebih, saya turut membelikan baju raya buat dua orang adik tersayang," ujarnya yang menyambut hari lebaran dengan secara sederhana. Tasha yang menyambut Aidilfitri di Batu Pahat, Johor itu berkongsi cerita mengenai gelagat saudara-maranya yang tidak sabar ingin berjumpa dengannya semata-mata untuk bergambar bersama. "Entahlah, apabila kerap sangat wajah terpampang di televisyen, saudara-mara saya beritahu saya mesti wajib balik kerana ingin bergambar dengan saya. "Mereka ingin melihat perubahan saya selepas bergelar pelakon. Kelakar pula rasanya, tetapi saya tak kisah pun," katanya. Tambah Shila, memandangkan ramai ahli keluarganya yang akan ke Batu Pahat, dia risau jika duit raya yang disediakan tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, kata Tasha, dia berbelanja lebih sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya dan jika berkesempatan, dia ingin membuat rumah terbuka di kampungnya. | ||||
| Dayang Cuti Dua Minggu Sebelum Ke Belanda Posted: 01 Sep 2011 06:51 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayang Nurfaizah Awang Dowty,30, akan berangkat ke Amsterdam, Belanda pada 21 September ini, selepas menyambut Aidilfitri. Dayang telah di undang mengadakan persembahan sempena majlis makan malam daripada pihak kedutaan Malaysia di Belanda. Bagaimanapun, sebelum itu Dayang akan balik beraya ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak bagi meraikan lebaran bersama keluarga. "Saya jarang balik ke Sarawak, jadi saya mengambil kesempatan Hari Raya untuk berkumpul bersama keluarga selama lebih dua minggu. "Apa yang saya rindukan ialah aktiviti bersama keluarga dan dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan dan hubungan kasih sayang. Secara jujur ketika berada di kampung saya akan berehat secukupnya tanpa memikirkan soal kerja. "Persekitaran kampung yang tenang dari hiruk pikuk juga membuatkan hati saya tenteram biarpun hanya berehat di rumah sahaja," katanya. Bercerita tentang Hari Raya, Dayang berkata dia sering membantu ibunya memasak di untuk hidangan raya. Kata Dayang dia akan memotong dan menyusun kuih di dalam balang dan menghias rumah. "Saya lebih suka memasak berbanding menghias rumah. Kebiasaannya tugas tersebut akan diambil oleh kakak. Kami sudah mempunyai tugas masing-masing di rumah. "Dari segi persiapan dan sambutan Aidilfitri biasa-biasa saja. Dayang lebih menjaga keperluan rumah dan tiga orang anak saudara, namun tidaklah terlalu keterlaluan berbelanja," katanya. Tambah Dayang dia sentiasa mengawal perbelanjaannya agar tidak melebihi had, namun berbaloi untuk keluarga. | ||||
| Dapur Rumah Zizan Nin Pernah Terbakar Di Pagi Raya Posted: 01 Sep 2011 06:51 PM PDT PETALING JAYA: Dapur rumah pelakon Zizan Nin pernah terbakar di pagi Hari Raya Aidilfitri ekoran rakan-rakan serumahnya cuai ketika memasak juadah untuk menyambut hari kebesaran itu. Ceritanya, insiden itu berlaku pada tahun 1997 ketika dia masih menuntut pada tahun akhir di University of Leicester, England. "Waktu itu, semua agak risau dan kelam-kabut. Lebih-lebih lagi ia berlaku pada pagi raya. Jadi, kami semua terus sama-sama memadamkan api itu bagi mengelakkan kebakaran lebih menjadi-jadi," katanya mengenai cerita lucu yang pernah dialami sewaktu menyambut hari raya. Sebalik cerita lucu itu, Zizan yang kali kedua menyambut Hari Raya dengan isterinya, Fazilah Hani Harun sebagai pasangan suami isteri tetap mengingati mereka yang telah pergi. Dia yang baru kehilangan arwah ibunya beberapa tahun lalu berkata pernah bermimpikan arwah datang kepadanya. "Saya rasa mungkin saya perlu membuat kenduri tahlil dan lebih banyak mendoakan arwah di sana. "Saya akan berhari raya di Kuala Lumpur kerana isteri saya bekerja pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. "Pada Hari Raya ketiga, saya akan balik kampung saya di Sungai Besar, Selangor untuk menziarahi kubur arwah ibu. "Pada Hari Raya keempat saya kembali menyambung penggambaran beberapa projek drama bersiri," katanya yang merindui rendang dan paru masak lemak hijau cili api masakan arwah ibunya. Zizan juga agak bersemangat untuk menyambut hari raya tahun ini memandangkan dia sudah bergelar usahawan baju Melayu menggunakan jenama namanya sendiri. "Alhamdulillah, bisnes saya mendapat sambutan dan sokongan daripada rakan-rakan artis, kenalan dan peminat saya. "Nampaknya saya kena tambah stok kerana banyak permintaan. Apabila saya dan isteri bercuti ke mana-mana sahaja, kami pasti akan mencari kain yang bersesuaian untuk di buat baju Melayu dan kemeja untuk label "ZizanIn"," ujarnya. Baju Melayu itu dijual di butik rakan perniagaannya, Kay Maria Butik, no 3-G Jalan PJU 5/20A The Strand Kota Damansara atau hubungi 03-6142 7418. Harga baju Melayu tersebut dijual pada harga antara RM180 hingga RM250 sepasang. | ||||
| ‘Sedetik Muzik’ Gabungan Artis Baharu, Lama Posted: 01 Sep 2011 06:47 PM PDT PETALING JAYA: Khas buat peminat muzik 'evergreen' tanah air, TV3 membawakan gandingan lima orang artis daripada dua generasi dalam konsert mini Sedetik Muzik yang bersiaran pada 3 September, pukul 5 petang. Konsert yang dihoskan oleh pengacara popular Fara Fauzana itu melibatkan penyanyi Shila Amzah, Azlan The Typewriter, Datuk M Nasir, Datuk Khadijah Ibrahim dan Black. "Konsert "Sedetik Muzik" merupakan program muzikal menggabungkan para penghibur dari dua generasi berbeza sama-sama berkongsi pentas mendendangkan lagu "evergreen" dengan penuh mesra dan ceria. "Pastinya gandingan artis muda dan senior ini sedikit sebanyak mengubat kerinduan para peminat muzik tanah air yang sememangnya sudah lama menantikan kemunculan mereka di televisyen," kata penerbit program ini, Hamsiah Biri. "Sedetik Muzik" bakal mengembalikan nostalgia dan mengimbau kembali kenangan penonton di kala 80-an dan 90-an tatkala lagu-lagu tempatan menjadi siulan di kalangan penggemarnya di serata Nusantara. Selari dengan tema "evergreen" yang menampilkan alunan irama yang tidak malap dan sentiasa segar sepanjang zaman, tirai konsert dibuka dengan persembahan duet bertenaga dari Shila Amzah dan Azlan dengan dendangan lagu Halaman Asmara (Awie dan Ziana Zain). Seterusnya, giliran M. Nasir pula menakluki pentas secara solo dengan lagu popular yang menjadi siulan ramai, "Raikan Cinta". Nantikan gandingan Khadijah Ibrahim dan Azlan yang bakal memukau dengan membawakan lagu kegemaran pasangan yang bercinta, Doa Buat Kekasih yang pernah dipopularkan oleh Ramli Sarip dan Khadijah sendiri. Sambutan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa hidangan lagu Hari Raya. Tanpa menghampakan penonton, Shila Amzah menyanyikan lagu rantaian iaitu "Indah Di Hari Raya" (Ziana Zain) dan "Hari Mulia" (Datuk Sheila Majid). Kemeriahan alunan lagu-lagu "evergreen" diteruskan lagi dengan gandingan mantap M. Nasir dan Black yang berkongsi pentas menyanyikan lagu medley Srikandi Cintaku (Bloodshed) dan Mentera Semerah Padi (M. Nasir) dan Lagu Jiwa Lagu Cinta (M. Nasir dan Mawi). Persembahan seterusnya dihangatkan dengan nyanyian Azlan membawakan "medley" lagu popularnya, Ada Jiwa dan Kelibat Si Penyair. Khadijah juga mendendangkan lagu popularnya, "Ku Gembira Di Samping Mu". Kemeriahan Sedetik Muzik diteruskan dengan persembahan solo dari Black yang membawakan lagunya berjudul Leia. Konsert mini yang dijayakan dengan iringan muzik Faizal Uzir (Loq-U) ini diakhiri dengan nyanyian harmoni menampilkan kesemua artis sebagai penutup tirai dengan "medley" lagu klasik yang sememangnya sering diputarkan menjelang Aidilfitri seperti Lebaran (Effa Rizan) dan Aidilfitri (Fazidah Joned). | ||||
| Harap Zahida segera temu jodoh Posted: 01 Sep 2011 06:36 PM PDT HAKIKATNYA, tidak mudah untuk pertemukan tiga bintang popular ini. Meskipun mereka teman rapat yang sering kali meluangkan masa bersama, ia tidak semudah mengaturkan sesi fotografi seperti dulu. Ini kerana masing-masing terikat dengan komitmen dan tanggungjawab sendiri, malah lebih sukar sejak dua daripada mereka sudah bergelar ibu. Baik Erra Fazira yang kini sibuk menguruskan puteri kesayangannya, Aleesya, ibu kepada dua hero yang kian membesar, Datin Paduka Umie Aida mahupun Zahida Rafik yang tidak lekang mengukir senyuman, masing-masing percaya pada paksi persahabatan atas landasan keikhlasan. Lantas, undangan ke sesi rakaman program Astana bersama Anita Sarawak yang kebetulan singgah di kediaman Umie, tidak harus dilepaskan.
"Memang awalnya saya sedih juga terutama melihat sahabat baik menjadi isteri orang. Kemudian mulalah terfikir yang saya akan kehilangan mereka tapi selepas beberapa ketika, itu semua adalah andaian semata-mata kerana persahabatan kami masih seperti dulu. Jika ada kelapangan, kami memang akan berjumpa duduk bersembang dan minum kopi bersama. "Setiap hari kami akan berhubung dengan menghantarkan mesej SMS bertanya khabar. Saya sendiri akan cuba mencari masa untuk datang melawat mereka di rumah lebih-lebih lagi Umie memang rajin untuk masak dan jemput kami semua datang ke rumahnya. Lantas hubungan kami masih sama yang mana Erra dan Umie adalah tempat saya bertanya pendapat atau mengadu apa juga masalah. "Insya-Allah kalau ada rezeki, kami akan mengadakan rumah terbuka seperti biasa," katanya. Usik Erra pula yang kini sibuk membuat persiapan untuk pementasan teater Badai Semalam selepas raya ini, baik Umie mahupun dirinya, mereka memang tidak sabar-sabar menunggu hari bahagia Zahida. "Saya dan Umie adalah orang yang paling gembira kalau betul Zahida bertemu jodoh. Kami berdua akan paling sibuk menguruskan segala persiapan dan memastikan perkahwinannya itu sebuah majlis yang istimewa," katanya yang menyifatkan Zahida seorang teman baik dan jujur. Bercerita soal sambutan Aidilfitri, ketiga-tiga bintang jelita ini punya kisah berbeza. Umie umpamanya yang kali kedua meraikan Syawal bersama suami, ahli perniagaan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan serta anak, Mohd Dzulhelmy dan Mohd Daniel Firdaus, menyifatkan kedatangan Aidilfitri sebagai peluang terbaik buat mereka sekeluarga mengejar ganjaran yang dijanjikan. "Memang saya begitu seronok setiap kali datangnya Ramadan kerana kami sekeluarga boleh makan bersama dan kemudian berjemaah tarawih bersama. Cuma tahun ini suami saya mencuri peluang untuk menunaikan umrah selama seminggu dan saya pula terikat dengan jadual penggambaran filem Rentas. "Persiapan beraya tiada bezanya. Anak-anak sudah besar dan persediaan raya mereka lakukan sendiri. Maklumlah anak bujang, saya hanya memberi duit dan mereka akan membeli sendiri. "Sambutan Aidilfitri tahun ini seperti biasa kerana kami bergilir-gilir beraya bersama keluarga. Oleh kerana tahun lalu kami sekeluarga sudah menyambut hari raya pertama di rumah keluarga saya di Kuala Lumpur, lantas tahun ini kami meraikan Syawal di rumah mentua pula. "Kalau diberi kelapangan dan rezeki atau tidak sibuk dengan jadual lakonan, saya akan mengadakan rumah terbuka macam tahun lalu di rumah kami," kata Umie yang menggemari juadah laksa di pagi raya. Erra yang menyambut Syawal di kampung sebelah suaminya di Pulau Mutiara dan Terengganu pula meletak sepenuh fokus kepada puteri kesayangannya yang kini semakin membesar. "Alhamdulillah puasa kali ini saya dapat juga meluangkan masa bersama suami dan anak walaupun masih sibuk dengan jadual penggambaran. Sekarang saya sudah tahun keempat dengan Astro dan masih banyak lagi baki komitmen dengan mereka. Kemudian selepas raya nanti saya terus ke pentas Badai Semalam di Istana Budaya sebelum mula membaca skrip bagi filem terbaru pula. "Seperti selalu saya kongsi bersama peminat, hidup saya lebih tertumpu kepada anak selepas berkahwin. Keseronokan raya itu adalah buat Aleesya dan saya mahu memberi dia segala-galanya," kata Erra. Lain pula Zahida kerana sambutan Aidilfitri adalah peluang buatnya berkumpul dengan sanak-saudara yang lama tidak ketemu. "Tahun ini kami sekeluarga beraya di rumah keluarga saya di Ampang kerana tiada siapa lagi yang tinggal di kampung. Kebiasaannya kami pulang ke Teluk Intan melawat nenek tapi nenek sendiri sudah pindah di Subang kerana sunyi selepas arwah datuk meninggal. "Bagaimanapun, ibu saya adalah sulung kepada 13 adik-beradik. Jadi memang kali ini semua adik-beradiknya bertumpu menyambut raya pertama di rumah kami. Lagipun memang sudah menjadi tradisi yang mana kami akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama," ujarnya dengan gembira. PROFIL Nama penuh: Umi Khalsum Rahmad Ali Tarikh lahir: 18 Januari 1973 Usia: 38 tahun Tempat lahir: Kuala Lumpur Keluarga: Anak ketiga dari enam adik-beradik Suami: Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan Anak: Mohd Dzulhelmy, 16, dan Mohd Daniel Firdaus, 17 Filem: Azazil, Ombak Rindu, Hikayat Merong Mahawangsa, Dukun, Apa Kata Hati, Cuci, Kala Malam Bulan Mengambang, Puaka Tebing Biru, Salah Bapak, Diva Popular, Buli Balik, Qaisy Dan Laila, Gangster, Cinta Luar Biasa, Bintang Hati, Mr. Cinderella 2, Mr. Cinderella, Embun, Leftenan Adnan, Senario Lagi, Jimi Asmara, Femina, Memori Drama: Apa Sebenarnya, Istana Kristal, Romeo & Juliet, Salam Taj Mahal, Melarik Mimpi, Haryati, Dalam Hati Ada Cinta, Rindu Semakin Jauh, Akademi, Aku, Dia & Cape Town, Pesona Bintang, Kerana Cintaku Saerah, Vice Versa, Kekasihku Seru, Abadi Sebuah Cinta, Spa Qistina, Kek Lapis Kak Ida, Seruling Kasih, Rumah Di Tengah Sawah, Intan Mahsuri, Tarantula I & II, Cinta SMS, Nur Fitri, Kesetiaan, Feloni Aka Ecstasy, Takdir Sedang Berbisik, Serpihan Laungan Takbir, Bukan Bidadari, Korban Kasih Marlisa, Masyitah, Airmata Nur Salina, Karma Salina Penerbit: Diva Popular Teater: Sampai Bila, Peran, Lantai T. Pinkie, Anak Tanjong, Mencari Salina, Mencari Juita, Penyerahan Puteri, Pelayaran Nur Atma, Dejavu Seorang Perempuan, Suara Palestine, Natrah, Natrah 2 dan Badai Semalam Album: Romeo & Juliet dan Gema Kasih Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 menerusi filem Embun, Pelakon TV Wanita Popular Menang di Anugerah Bintang Popular 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Surah Terakhir pada 1999, Pelakon Wanita Drama Terbaik di Anugerah Skrin menerusi drama Ayuni pada 2001 dan Pelakon Wanita Filem Terbaik di Anugerah Skrin pada 2003 menerusi filem Embun. PROFIL Nama penuh: Zahida Mohd Rafik Tarikh lahir: 10 April 1975 Usia: 36 tahun Tempat lahir: Kuala Lumpur Keluarga: Bongsu dari lima beradik Filem: Hingga Hujung Nyawa, Kuliah Cinta, Black Maria, Mami Jarum Junior, Mami Jarum, Anak Mami The Movie dan Senario The Movie Drama: Tongkat Tok Ali, Bunga Kasturi, Di Sebalik Awan, Ejen 55, Sitkom 2+1 PROFIL Nama penuh: Fazira Wan Chek Tarikh lahir: 9 Februari 1974 Usia: 37 tahun Tempat lahir: Sungai Choh, Rawang, Selangor Suami: Engku Emran Engku Zainal Abidin Anak: Engku Aleesya Engku Emran Kerjaya: Penyanyi, pelakon, model Album: Erra Fazira (1994), Aku dan Dia (1995), 2.5 Sayang (1996), Kini (1999), Sampai Bertemu (2002), Kini Kembali (2003) dan Ya Atau Tidak (2006) Filem: Sembilu dan Sembilu 2, Maria Mariana, Tragedi Oktober, Gemilang, Maria Mariana 2, Pasrah, Soal Hati, Gerak Khas The Movie, Putih, Mr Cinderella, Soalnya Siapa, Gila Gila Pengantin, Janji Diana, Cinta Kolestrol, Mr Cinderella 2, MX3, Kuliah Cinta, Hingga Hujung Nyawa, Tujuh Perhentian, I Know What You Did Last Raya, Potret Mistik, Sembilu, Lady Boss, Gila Gila Pengantin Popular, KL Menjerit 1, Castello, Pesona Non Grata, Qabil Qusyry Qabil Igam, Cuci, Anak, Los Dan Faun, Sifu Dan Tongga, Andartu Terlampau - 21 Hari Mencari Suami, Darah Daging, Hidden Drama: Siapa Mau Potong Baju?, Joe & Faridah, Bonanza, Cinta Lelong, Mertua VS Menantu, Kasih Tercipta, Mertua VS Menantu 2, 30 Hari Mengenal Cinta, Selamat Tinggal Alexandria, Sanggul Beracun dan Pontianak Kampung Batu Teater: Muzikal Tun Mahathir Pengacara: Tiger Futbol Starz, Dunia Wanita dan Fesyen Tempo Program: Gugu Gaga Erra Pencapaian: Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) pada 2001 menerusi filem Soal Hati dan 2005 menerusi filem Hingga Hujung Nyawa, 1995 Sembilu 2 Aktres Pilihan di Anugerah Skrin 1995 menerusi filem Sembilu 2 dan tahun 2001 menerusi filem Soal Hati dan memegang tujuh trofi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian menerusi kategori Pelakon Filem Wanita Popular. | ||||
| Posted: 01 Sep 2011 06:33 PM PDT BEDAH...duit simpanan hari tua dicuri anak JAH...pampasan tidak beri kebahagiaan SEREMBAN: Benarlah kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun anak yang ramai belum tentu boleh menjaga ibu seorang. Itulah yang dialami bekas peneroka Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu, dekat sini, Bedah Ahmad (bukan nama sebenar), 80, yang ditinggalkan bersendirian di hujung usianya. Biarpun dikurniakan lapan anak, 50 cucu dan 28 cicit, ia tidak menjamin kebahagiaan Bedah kerana tiada siapa sanggup menemaninya kecuali menantu sulung yang menjenguknya sekali-sekala. Bedah yang tinggal bersendirian di rumah tinggalan arwah suami di Kampung LBJ, Labu, di sini, berkata, dia hanya mengharapkan belas ihsan jiran dan penduduk kampung terutama ketika sakit peningnya.
| ||||
| Posted: 01 Sep 2011 06:32 PM PDT ORANG ramai melihat dari dekat susunan labu yang membentuk imej sotong di Klaistow berhampiran Beelitz, timur laut Jerman, semalam. Lebih 100,000 labu daripada 400 jenis berbeza dipamerkan sempena pesta itu. | ||||
| Kembang bisnes ke dunia fesyen Posted: 01 Sep 2011 06:29 PM PDT CERIA...sebagai peneraju utama, setiap produk dicuba terlebih dulu bagi memastikan keberkesanannya. HANYA dengan padanan kaftan merah dan tudung kelabu, gaya penampilannya cukup menyerlah. Solekan menambahkan lagi kejelitaan Pengarah Eksekutif Naturalife Solution Sdn Bhd, Ili Zawani Ismail sehinggakan sesiapa juga pasti terpesona pada aura gadis manis ini. Ketika ditemui di pejabatnya di Subang Jaya, Selangor, jujur penulis mengakui gadis kelahiran Kuala Lumpur ini bukan saja bijak bergaya, malah mempunyai karisma dan semangat yang luar biasa. Dia matang sebelum usia walaupun baru mencecah usia 25 tahun Julai lalu. Setiap lontaran kata-kata disusun teratur dan penuh sopan. Setiap perkataan yang terbit daripada bibirnya disulami kata-kata semangat serta penuh rasa rendah diri.
| ||||
| Posted: 01 Sep 2011 06:27 PM PDT MASALAH...meskipun kerap kali diserbu namun operasi pusat urut 'maksiat' sukar dibendung. KUALA LUMPUR: Walaupun ditekan operasi penguatkuasaan berterusan, perniagaan 'rumah maksiat' berselindung di sebalik pusat urut, urut refleksologi dan spa tetap laris, malah semakin bertambah seperti cendawan selepas hujan terutama di bandar baru. Ini kerana perniagaan itu menjanjikan keuntungan berganda kepada pengusahanya manakala tukang urutnya dijanjikan pendapatan lumayan, bergantung kepada layanan kepada pelanggan. Kebanyakan tukang urutnya yang terdiri daripada wanita warga asing berusia awal 20-an. Selain menawarkan urutan, kebiasaannya mereka turut menawarkan khidmat sampingan kepada pelanggan termasuk khidmat seks.
| ||||
| Posted: 01 Sep 2011 06:25 PM PDT KELU seketika lidah Adibah Noor, tatkala diajukan pertanyaan mengenai karier nyanyiannya yang dianggap sesetengah pihak kian malap. Sedangkan, agak lama juga dia cuba membina nama sebagai penghibur disegani, sehingga dirinya berada di puncak menerusi Terlalu Istimewa beberapa tahun lalu. Begitupun, dunia seni memang ada pasang surut dan setiap penyanyi mahupun pelakon pasti berdepan keadaan itu. Adibah mungkin tidak terkecuali, walaupun dia sebenarnya masih lagi laris di kalangan penganjur majlis tertutup. Selain filem, dirinya juga tidak asing di pentas teater. Malah, siapa yang boleh lupa gandingannya bersama Awie ketika mereka menjayakan pementasan muzikal Cuci. Bukan saja suaranya yang menggetarkan panggung, malah bakat lakonannya juga cukup menjadi. Dia sendiri begitu senang mendekatkan diri dengan seni persembahan terbabit, selepas terlebih dulu memikat peminat dengan suaranya sebelum ini. "Alhamdulilah saya masih diterima dalam industri ini sehingga ke hari ini, malah kawan-kawan juga banyak memberikan sokongan kepada saya sejak dulu hingga kini. "Lepas raya, saya sibuk dengan promosi filem terbaru, Nasi Lemak 2.0 dan latihan teater The Secret Life Of Nora yang akan dipentaskan tidak lama lagi," jelas wanita berusia 41 tahun ini. Lakonan teater hanya mula dicuba olehnya apabila dilamar oleh Hans Isaac untuk menjayakan muzikal Cuci. Sebelum itu nama Adibah cukup sinonim dengan filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Di bawah pengarah berkaliber itu, dia beraksi dalam Sepet, Gubra, Mukhsin dan Talentime. Adibah juga berlakon dalam filem pengarah lain seperti Buli Balik, Jin Notti, Magika, Hooperz dan Crayon. "Seronok berlakon teater kerana ia nyata berbeza daripada filem. Penghayatan dalam lakonan teater perlu lebih lagi kerana kita berada di set yang nyata. "Saya sendiri tidak mahu tertumpu kepada filem semata-mata, kerana saya ingin menjadi pelakon atau artis yang versatil. Jadi, kita kena mencuba banyak bidang seni demi mengejar impian itu," katanya. Adibah ditemui ketika meraikan 85 penghuni Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, sempena majlis berbuka puasa dan kutipan amal untuk pusat kebajikan berkenaan anjuran syarikatnya, Adibah Noor Entertainment. Penyanyi dan pelakon ini sebenarnya sudah pun beramal untuk rumah kebajikan berkenaan sejak empat tahun lalu. Sambut Syawal di Melbourne SEDANG insan lain bergembira menyambung Syawal bersama keluarga, hati Adibah sedikit tersentuh kerana DIA terpaksa berjauhan daripada famili. Menyambut Lebaran di perantauan mungkin bukan perkara asing baginya, tetapi beraya tanpa keluarga di sisi sedikit menyentuh hati wanita ini. "Malam raya saya ada program di RTM dan keesokan harinya saya bertolak ke Melbourne, Australia, untuk promosi filem Nasi Lemak 2.0 di sana. "Memang sayu juga tapi nak buat macam mana? Orang tua saya pun tak ada dekat sini kerana mereka berada di Makkah dan akan hanya pulang ke tanah air sehari sebelum raya," jelasnya. Begitupun kata Adibah, selepas pulang dari Melbourne, tentunya dia akan menggunakan waktu yang ada untuk beraya sakan bersama sanak-saudara dan rakan-taulan Dedah wanita ini, dia juga sering beraya bersendirian tanpa keluarga di sisi. Namun kehadiran rakan-rakan sedikit sebanyak menceriakan hati. "Saya sudah biasa hidup berdikari. Bagaimanapun saya tetap dapat beraya dengan keluarga pada 2 September, sebelum sibuk dengan promosi filem dan teater pula selepas itu nanti," katanya yang bergandingan dengan Namewee, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Reshmonu, Datuk David Arumugam dan Pete Teo dalam filem terbabit. | ||||
| Posted: 01 Sep 2011 06:23 PM PDT WAJAH comel dan kepetahannya membuatkan sesiapa saja yang berjumpanya akan mudah jatuh hati. Nor Heidzriq Haikal, 6 tahun, atau nama komersilnya, Raikal, ialah antara pelakon cilik yang sedang meningkat popular. Biarpun popularitinya belum sehebat Mia Sara, namun tidak mustahil satu hari nanti kanak-kanak ini juga akan mengikut jejak bintang cilik perempuan itu. Anak sulung daripada dua beradik ini memulakan langkah sebagai pelakon dengan membintangi telefilem Taubat Nasuha terbitan JS Pictures, milik aktres Sheila Rusly, pada usia tiga tahun. Wajahnya semakin dikenali dan menjadi pilihan penerbit sejak membintangi drama bersiri Begitukah Cinta yang menghiasi slot Akasia. Malah menurut ibunya yang mahu dikenali sebagai Nora, Raikal tidak pernah bersungut walaupun penggambaran berlanjutan hingga jauh malam. Dia sendiri pelik apabila si cilik itu sentiasa bersemangat tidak mengira waktu. Biarpun usianya masih begitu muda, anak kecil ini nyata tidak reti duduk diam. Apabila tidak terbabit dengan sebarang penggambaran, bintang drama bersiri Geng Mengaji ini akan bertanya pada ibunya, bilakah dia akan kembali ke lokasi penggambaran. "Saya sendiri terkejut melihat semangat Raikal di lokasi. Walaupun penggambaran berlarutan hingga jauh malam, dia tidak pernah menunjukkan tanda penat. Saya tidak tahu di mana dia mendapat kekuatan. "Kalau tiada sebarang penggambaran, mulalah dia sibuk bertanya bila hendak kembali semula ke set kerana dia bosan duduk di rumah. Sejak Begitukah Cinta, tawaran yang datang pada Raikal memang banyak. Kadang kala saya sendiri terkejut, bagaimana mereka boleh dapat nombor telefon kami. "Setakat ini Raikal tidak menghadapi kesukaran menghafal skrip. Biasanya saya atau bapanya akan bacakan, selepas itu dia akan dengar dan cuba hafal. Di lokasi, kami akan pastikan dia berlatih sekali lagi untuk menguji ketajaman ingatannya. Sebelum adiknya lahir, saya yang sering menemani Raikal ke lokasi. Tetapi sekarang ini, sama ada bapanya atau teman kami yang akan menemani apabila dia berlakon. "Biasanya, jika bukan kami yang menemani, sikap Raikal akan berbeza sedikit. Mungkin dia lebih selesa dengan ibu bapanya, tetapi kami tiada pilihan kerana saya perlu menjaga anak manakala bapanya yang bertugas sebagai pereka set kini sangat sibuk. Jadi hendak tak nak kami terpaksa meminta pertolongan rakan. Selalunya bila tiba di set, Raikal agak nakal sedikit. Dia suka main-main tetapi sebaik penggambaran dimulakan, dia akan fokus pada lakonannya," kata Nora. Akibat tawaran lakonan yang kian mencurah, Raikal terpaksa berhenti daripada menghadiri kelas prasekolah bagi memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan. Bagaimanapun jelas Nora, sebaik anaknya itu melangkah ke darjah satu tahun depan, dia akan memastikan pengajian Raikal didahulukan dan hanya akan menerima tawaran berlakon pada hujung minggu atau cuti sekolah. Sejak banyak menghiasi kaca televisyen, Raikal kini semakin menjadi perhatian ke mana saja dia pergi. Si cilik itu, dalam perbualan telefon kami, beberapa hari lalu memberitahu, dia tidak kisah menjadi tumpuan ramai tetapi kurang selesa apabila ada yang mahu mengambil gambar bersamanya. "Raikal seronok berlakon, bukan sebab dapat jumpa artis tetapi sebab dapat jumpa ramai kawan. Raikal tak kisah kalau hari-hari berlakon, tak rasa penat pun. Raikal pun tak kisah orang perhatikan, tetapi tak suka kalau ada yang datang ambil gambar. "Pada hari raya ini, Raikal cuti lama. Dapat cuti mestilah seronok sebab dapat raya, kalau tak cuti tak seronok sebab nanti tak dapat raya," kata kanak-kanak petah itu yang meraikan Lebaran di Puchong dan Rawang. | ||||
| Posted: 01 Sep 2011 06:22 PM PDT SAYA ada terbaca dalam satu majalah mengenai kisah seorang lelaki yang telah terbatal tawaf umrah, tidak membayar dam lalu dia pulang ke Malaysia dan menikahkan anaknya. Artikel itu menyatakan pernikahan itu tidak sah kerana lelaki tersebut masih dalam ihram walaupun telah pulang ke tanah air. Benarkah demikian? Jawapan: Menurut Imam Syafie seorang yang sedang ihram tidak dibolehkan untuk mengadakan nikah, menikahkan mahu pun meminang. Ada pun beliau dalam menetapkan hukum pernikahan pada waktu ihram ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Usman bin Affan, yang berbunyi: "Seorang yang sedang ihram tidak boleh nikah, menikahkan mahupun meminang." Pendapat Imam Syafie di atas didukung oleh Imam Nawawi yang memaparkan bahawa larangan nikah ketika ihram adalah haram dan nikahnya tidak sah. Syarat agar wali atau yang dinikahi itu tidak berihram, melainkan mazhab Hanafi mengharuskan berlakunya nikah kahwin ketika dalam ihram. Mengikut pandangan jumhur bahawa tidak sah perkahwinan (pernikahan) seseorang itu selagi dalam keadaan ihram, sama ada ihram haji mahupun ihram umrah. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW riwayat Usman bin Affan yang bermaksud: Orang yang ihram (sedang mengerjakan haji atau umrah) tidak boleh mengahwinkan, tidak boleh dikahwinkan dan tidak boleh meminang. (riwayat Muslim, no; 1409) Dalam hadis yang lain menyebut tidak meminang untuk dirinya dan untuk orang lain. Ini kerana ibadah haji adalah ibadah yang memutuskan segala aktiviti manusia semata-mata tumpu kepada ibadah. Adapun nikah adalah laluan mengadakan hubungan suami isteri sedangkan sepanjang seseorang dalam ihram ditegah mengadakan hubungan kelamin. Mengikut mazhab al-Malikiyyah (mazhab Maliki), jika pernikahan itu berlaku maka hendaklah pernikahan itu difasakhkan (dibatalkan) oleh kadi. Adapun, mazhab al-Hanafiyyah berpendapat ihram atau tidak, sah pernikahan seseorang yang sedang dalam ihram begitu juga harus menikahkan orang lain. Sama ada yang berihram itu bakal suami, bakal isteri mahupun wali yang menikahkannya. Ini berdasarkan dalil oleh al-Bukhari dan Muslim, sesungguhnya diriwayatkan oleh Rawad bin Abbas bahawa nabi SAW bernikah dengan Maimunah binti al-Harith sedang baginda dalam ihram. Ibnu Numair menambah: Aku menceritakan hal itu kepada Zuhri, lalu ia berkata: Yazid bin Asham mengkhabarkan kepadaku bahawa beliau menikahinya dalam keadaan halal, iaitu setelah bertahallul. (riwayat Muslim no: 1410) Pandangan yang rajih (kuat) adalah pandangan jumhur, iaitu tidak sah pernikahan seseorang yang sedang dalam ihram. Ini kerana terdapat hadis lain menyebut Maimunah dinikahi Nabi SAW ketika tidak dalam ihram. Hal ini diberitahu sendiri oleh Maimunah isteri nabi SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah SAW menikahinya (Maimunah) sedang baginda telah keluar dari ihram. (riwayat al-Bukhari dan Muslim) Kesimpulannya menikahkan, menikahi atau menjadi wali ketika berihram dikira tidak sah. (lihat al-Fiqh al-Islamiy wa adillatuhu, Dr. Wahbah al-Zuhailiy, jld:7, hlm: 69-70) Adakah benar seseorang itu masih di dalam ihram (ibadah umrah ziarah) walaupun telah pulang ke Malaysia? Sekiranya dia telah bertahallul, bagaimana pula jika tidak tahu telah terbatal dan tidak tahu kerana jahil? Tidak tahu bukanlah alasan melepaskan diri daripada tanggungjawab syarak. Semua kita wajib belajar ilmu yang berkaitan dengan syariat. Contohnya, bila hendak solat kita seharusnya menuntut ilmu berkaitan solat, termasuk syarat-syarat sah solat, rukun-rukun solat serta segala bacaan yang berkaitan dengannya. Begitu juga ibadat haji dan umrah, sebelum pergi seharusnya ilmu berkaitan haji dan umrah dipelajari sebanyak yang mungkin. Namun dalam keadaan seseorang itu benar-benar jahil maka dia seharusnya bertaubat atas kejahilannya dan mengulangi ibadatnya. Seseorang yang menunaikan umrah sedangkan dia jahil mengenainya hendaklah mengulangi umrahnya apabila telah cukup belanja. Perkara yang kurang pasti dalam soalan ini apakah yang dilakukan oleh orang itu sehingga tawafnya terbatal? Jika perkara ini berlaku tanpa ilmu yang cukup saya fikir Allah SWT Maha Mengetahui dan sedia menerima taubat hambanya. Seperkara lagi yang perlu kita ketahui, agama Allah SWT tidak menzalimi penganutnya, malah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya manusia dapat laksanakan ibadat dengan penuh kepatuhan bukan dengan penuh paksaan tanpa ilmu pengetahuan Jika telah bertahallul sebelum kembali ke tanah air maka dia dikira telah keluar daripada ihram. Lalu kembali ke tanah air dalam keadaan dia yakin bahawa dia telah sempurnakan ibadah umrah maka atas dasar itu telah menikahkan anaknya. Nikah yang dilakukan itu sah mengikut perhitungan si ayah yang yakin umrahnya selesai. Melainkan si ayah sedar umrahnya tidak selesai lalu menikahkan anaknya, ketika itu jelas bahawa nikah itu tidak sah. Pendapat yang lain mengatakan apabila seseorang itu kembali ke tanah air masing-masing dia dikira tidak lagi berada dalam ihram, biarpun ibadah umrah atau hajinya tidak sempurna. Ihramnya terbatal dengan sendiri atas perbuatannya. Maka hendaklah dia mengqada umrahnya pada tahun yang berikut kerana membatalkan umrahnya berserta dam. Selagi tidak mengqada umrah atau hajinya dia dikira masih berhutang dengan Allah SWT. | ||||
| Ghairah sambut raya terlupa bayar zakat fitrah Posted: 01 Sep 2011 06:20 PM PDT DALAM keghairahan membuat persiapan hari raya, saya terlupa menunaikan zakat fitrah. Saya hanya teringat bahawa saya masih belum menunaikan zakat fitrah, setelah masuk waktu maghrib pada petang hari raya pertama. Apakah yang patut saya lakukan, kerana ada pandangan menyatakan zakat fitrah wajib ditunaikan sebelum solat Hari Raya Aidilfitri didirikan dan selepas itu ia dikira sudah menjadi sedekah biasa? Zakat fitrah amat besar kesannya dalam kehidupan kita, khususnya memenuhi keperluan jiwa seseorang yang berpuasa. Ibnu Abbas menyatakan: "Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah (dengan tujuan) untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tiada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberi makanan kepada orang miskin (riwayat Abu Daud)." Cuba lihat, apabila kita berpuasa, maka kita diwajibkan menahan makan dan minum selama berjam-jam. Maka kita dapat merasai sendiri betapa peritnya orang-orang fakir dan miskin menahan lapar. Maka, zakat fitrah yang difardukan adalah pelengkap kepada puasa tersebut. Ini kerana, andai kita insaf betapa deritanya para fakir miskin, maka berkongsilah sedikit harta dengan mereka agar terangkat sedikit derita. Inilah roh zakat fitrah di sisi Ramadan. Atas dasar itulah dalam perbahasan fiqh, zakat fitrah itu boleh dilunasi lebih awal daripada waktu wajibnya. Memanglah masa wajib zakat fitrah, adalah selepas terbenamnya matahari akhir Ramadan dan sebelum mendirikan solat aidilfitri, itulah waktu yang paling utama di sisi Allah. Namun tidak pula menjadi kesalahan andai kita bertindak menyegerakannya. Maka, dalam hal ini para fuqaha membahagikan waktu menunaikan zakat fitrah kepada empat fasa. Iaitu fasa harus bermula satu Ramadan, fasa wajib bermula terbenamnya matahari sehingga terdirinya solat sunat aidilfitri, fasa makruh selepas mendirikan solat aidilfitri dan fasa haram selepas terbenamnya matahari satu Syawal, yakni masuknya dua Syawal (Rujuk buku Zakat Terapi Kekayaan, hal. 395). Andai kata saudara terlupa, dan hanya teringat selepas terbenamnya matahari satu Syawal, maka kala itu saudara sudahpun melewati waktunya dan pastilah hukumnya haram dan berdosa. Samalah orang yang melewatkan solat fardu sehingga melewati batas waktunya tanpa uzur, maka jelaslah berdosa orang berkenaan. Namun, itu tidak bermakna saudara tidak wajib mengqadakannya. Dalam hal ini, saudara hendaklah dengan segera mengeluarkan zakat fitrah tersebut, walaupun sudah masuk waktu haram. Kala itu, zakat fitrah saudara sudah dianggap sebagai qada di sisi Allah SWT. Inilah keindahan Islam, ibadat yang dianjurkan kepada kita adalah satu bentuk disiplin yang jika ditaati mampu membentuk keperibadian dan akhlak yang cantik di sisi manusia, apatah lagi di sisi Allah SWT. Ini kerana, setiap amalan ada batas waktunya yang tersendiri, sama ada solat, zakat, puasa dan haji. Kita wajib solat bila masuk waktunya, wajib zakat bila sampai tempoh haulnya, wajib puasa hanya pada Ramadan sahaja dan wajib haji hanya pada musim haji sahaja. Kita tidak boleh menukarkan waktunya, mengikut kalendar dan kehendak hati kita, dan inilah disiplin namanya. Oleh itu, hendaklah saudara lebih berhati-hati pada hari muka. Jangan sampai terlepas lagi waktu berzakat ini. Bayangkan, andai saudara terlepas pesawat untuk terbang ke luar negara kerana kelalaian sendiri, sedangkan harga tiketnya ribuan ringgit, pasti sahaja saudara terasa betapa ruginya diri. Demikianlah juga dalam hal ibadah, setiap kelalaian akan mengakibatkan kerugian. Lebih malang jika kita tidak sempat pula menggantikannya, kerana ia kelak akan menjadi hutang di sisi Allah SWT. Menurut fuqaha, hutang di akhirat hanya dapat dilunasi dengan pahala. Maka, banyak manakah pahala kita untuk melunasinya. Andai pahala sudah habis, maka apa lagi modalnya. Maka, qadalah amalan yang terhutang di dunia, demi mengelakkan hutan akhirat yang melanda. Wallahu a'lam. | ||||
| Posted: 01 Sep 2011 06:19 PM PDT TAKLIMAT perjalanan oleh Abdul Rahman Hamzah (paling kanan) kepada para peserta Jemputan Umrah 2011 sebelum berlepas ke Mekah dari KLIA. HAJAT menunaikan umrah memang telah lama tersimpan dalam hati. Cuma, belum ada kesempatan selain perlukan masa untuk menabung untuk ke Tanah Suci. Bagaiamanapun, program Jemputan Umrah (JU) 2011 Astro Oasis memberi sinar bahagia kepada enam pasangan bertuah yang dipilih sebagai peserta kali ini. Ikuti pengalaman tiga daripada enam pasangan peserta yang menjalani ibadat umrah pada 26 Julai hingga 6 Ogos lalu. Selain mengerjakan umrah, peserta dibawa melawat lokasi bersejarah seperti Bukit Api, Muzium Haramain, Masjid Quba' dan Masjid Qiblatain, Bukit Rahmah dan juga kilang al-Quran. Para peserta mendapat bimbingan Eksekutif Bimbingan THTS, Abdul Rahman Hamzah. Turut serta, Imam Muda Khairul Azhar Ghazali yang juga pengacara JU 2011. | ||||
| Posted: 01 Sep 2011 06:18 PM PDT Penggambaran di Bir Ali untuk bermiqat sebelum menunaikan umrah pada 1 Ramadan lalu. RANCANGAN realiti televisyen Jemputan Umrah (JU) yang dimulakan pada tahun 2008, kini memasuki musim kedua. Sejak diperkenalkan, Astro Oasis menerima puluhan ribu permohonan sebagai tetamu Allah. Ini diakui oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar kepada Utusan Malaysia semasa mengiringi kumpulan pertama peserta JU musim II menunaikan umrah. Tahun ini, sebanyak enam pasangan yang bertuah dipilih sebagai penerima JU. Kumpulan pertama terdiri daripada tiga pasangan berlepas ke Mekah pada 26 Julai hingga 7 Ogos manakala kumpulan kedua juga tiga pasangan berlepas pada 6 Ogos sehingga 16 Ogos. Izelan berkata, disebabkan bilangan permohonan yang banyak, pihaknya terpaksa membuat saringan yang agak ketat. "Kriteria utama pemilihan adalah mereka yang unik dan yang betul-betul memerlukan JU. Program ini akan ke udara di Astro Oasis pada 24 Oktober 2011 selama tiga bulan," katanya. Lebih istimewa, kesemua peserta JU dapat merasai Ramadan di Mekah dan Madinah berbanding JU siri pertama sebelum ini. Izelan memberitahu, pihaknya tidak menghadapi masalah mendapatkan penaja untuk JU. Katanya, penaja utama adalah Tabung Haji Travel and Services (THTS) yang membiayai tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan di Tanah Suci dan makan-minum peserta. "Adalah diharap doa para peserta di depan kaabah dimakbulkan Allah terutama bagi yang mahu berhijrah ke arah lebih baik. "Sebagai penonton, kita juga dapat belajar daripada pengalaman dan perkongsian kisah mereka," jelasnya. Sementara itu, Cipta Asia Motion Sdn. Bhd. sekali lagi diberi tanggungjawab menerbitkan program Jemputan Umrah (JU) siri II 2011. Ia berikutan kejayaan syarikat penerbitan milik bumiputera itu menghasilkan 54 episod JU pada tahun 2008. Kali ini, Cipta Asia diberi tanggungjawab menerbitkan 13 episod JU 2011 yang mana rakamannya diadakan di Malaysia, Madinah dan Mekah. Ketua Pegawai Eksekutif Cipta Asia, Nik Nasrulddin Ab. Hamid berkata, rakaman terbahagi kepada dua iaitu episod pengenalan diri yang dibuat di Malaysia dan pengembaraan ibadah umrah untuk episod kedua. Katanya, konsep JU 2011 adalah menceritakan pengalaman penerima umrah semasa di tanah air, Mekah dan Madinah. "Tujuan utama adalah mengajak lebih ramai umat Islam di Malaysia menunaikan umrah selepas mereka menyaksikan suasana di Tanah Haram Mekah dan Madinah," katanya. Cipta Asia ditubuhkan pada tahun 2006 di mana ketika itu operasinya tertumpu kepada kerja-kerja penyuntingan pasca penerbitan. Penglibatan dalam penerbitan bermula pada tahun 2007 apabila menghasilkan dokumentari Anak Gemilang Malaysia untuk Astro. "Alhamdulillah, krew kami sudah ada pengalaman membuat penggambaran di Mekah dan Madinah jadi tidak banyak masalah. "Lagipun yang selalu diingatkan adalah kita bekerja sambil beribadah agar rakyat Malaysia dapat mengikuti rancangan ini apabila disiarkan Oktober ini," jelas anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu. | ||||
| Posted: 01 Sep 2011 06:16 PM PDT Pasangan Amran Abdullah dan Zarina Noor Mohamed Al-Haj. BAGI wanita yang bergelar suri rumah, sebahagian besar masanya akan dihabiskan di dapur. Celik sahaja mata, mereka akan ke dapur. Sebelum masuk tidur juga akan ke dapur untuk mempastikan ia berada dalam keadaan kemas dan bersih. Justeru menjadi idaman setiap wanita untuk memiliki kabinet dapur yang nampak kemas dan teratur. Kabinet dapur memang diperlukan lebih-lebih lagi bagi rumah yang memiliki ruang dapur yang kecil. Ruang yang ada biasanya hanya cukup untuk barangan yang perlu seperti peti sejuk, dapur, mesin basuh dan meja makan. Sementara barangan lain atau pinggan mangkuk boleh disimpan di dalam kabinet. Bagaimanapun masih ramai yang tidak tahu hendak memilih kabinet yang sesuai dengan dapur mereka, bahan-bahan pembuatan yang digunakan, harga yang berpatutan dan jangka masa ia bertahan. Jika anda kebetulan sedang mencari-cari pakar membuat kabinet dapur, apa kata jika berkunjung ke Dapur Idaman yang terletak di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor. Dapur Idaman merupakan konsep dapur impian rekaan Impiana Dagang yang dimiliki oleh pasangan suami isteri, Amran Abdullah dan Zarina Noor Mohamed Al-Haj. Ia menyediakan konsep terbaru kabinet dapur moden pada harga yang mampu oleh semua golongan. ''Kami amat mementingkan akan kualiti dan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan. ''Terdapat beberapa bahan yang boleh dipilih oleh pelanggan seperti solid surface, ABS melamin, akrilik dan nyatoh kukuh, bergantung kepada bajet dan kehendak pelanggan,'' kata Zarina. Katanya, pelanggan yang datang akan diberikan nasihat bagaimana hendak memilih kabinet dapur yang bersesuaian dengan rumah mereka, rekaan dan daripada aspek pemasangan. Beberapa rekaan boleh dipilih oleh pelanggan sama ada klasikal, moden atau kontemporari. Bagaimanapun jika tidak tahu mana yang hendak dipilih, Zarina akan memberikan nasihat. Ini untuk memberi pelanggan pilihan dan mempastikan kehendak mereka tercapai dan mereka berpuas hati. ''Kabinet dapur klasikal menggunakan nyatoh kukuh kerana kayu nyatoh tidak mudah reput. Pada masa dulu mereka yang mempunyai kabinet dapur daripada kayu nyatoh berasa amat bangga. ''Terbaru ialah kabinet dapur yang menggunakan kaca 3G atau 4G. Kaca 3G mudah dibersihkan jika kotor, mudah dijaga dan lebih tahan sementara kaca 4G lebih mampat dan berkilat. ''Kaca 3G dan 4G amat sesuai kepada pemilik rumah yang sentiasa sibuk, jarang berjumpa dan hanya meninggalkan nota di dapur kerana sebarang pesanan boleh ditulis pada pintu kabinet dapur. "Selepas itu ia mudah sahaja dilap seperti papan putih. Orang sekarang sukakan yang ringkas, senang dijaga dan tidak mengeluarkan banyak belanja. ''Warna-warnanya juga terang dan menarik, iaitu merah, hijau oren dan hitam dan warna-warna ini mendapat sambutan ramai,'' jelas Zarina lagi yang mengenakan harga daripada RM1,999 ke atas. Beliau menambah, bahan yang terdapat di dalam 3G dan 4G juga tidak disukai anai-anai, oleh itu ia sukar reput dan tahan lebih lama. Menurut Zarina lagi, sebelum memasang kabinet dapur, pihaknya akan menasihatkan pemilik rumah supaya melakukan semburan serangga di rumah bagi membunuh anai-anai. Selain membuat kabinet dapur, Impiana Dagang turut membuat kabinet pakaian, hiasan dalaman, rekaan grafik dan ubah suai rumah serta pejabat. Kepada anda yang berminat, bolehlah menghubungi Amran di 012-2030465 atau layari www.dapuridaman.com. | ||||
| Darling beraya dengan orang baru Posted: 01 Sep 2011 06:15 PM PDT
SEJAK kehadiran Nur Nashrullah Nur Azlin, Nasreen Ngasri atau Darling, 28, asyik mengelek anak kesayangannya itu kerana buat masa ini dia belum ada pembantu rumah. Darling bernasib baik kerana sejak hamil dan bersalin pada 21 Mei lalu, dia menetap bersama ibu bapanya di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh. Kata Darling, jika menetap di rumah sendiri, pasti dia kesunyian kerana suaminya, Nur Azlin Rahmat, 36, sering bertugas di luar daerah. "Setakat ini kerja Darling asyik mengadap Nashrul saja. Nak buat kerja luar tidak boleh lagi sebab kesianlah tengok muka dia kalau nak tinggal lama-lama. "Raya kali ini lebih meriah sebab ada Nashrul. Walaupun dia tidak tahu pasal baju raya tapi Darling tetap nak beli sebab teruja nak tengok dia pakai baju baru," katanya tersenyum. Darling yang akan beraya di rumah ibu bapanya sebelum pulang ke rumah mertua di Bukit Katil, Melaka pada sebelah petang raya pertama berkata, dia tidak perlu risau tentang persiapan juadah raya. Katanya, sejak dulu hingga kini dia tidak cerewet tentang menu. Apa sahaja yang dihidang oleh ibu, Habibah Jaafar di pagi raya itulah yang dimakan. "Biasanya, rendang dan ketupat mesti ada, kalau tidak bukan raya. Darling jenis tidak kisah, janji sedap. Lagipun, bukan Darling yang sediakan jamuan, jadi tidaklah boleh cakap banyak," katanya terus terang. Darling yang juga seorang produser itu berkata, dalam waktu terdekat dia banyak melakukan kerja-kerja di rumah dan memberi tumpuan pada syarikatnya, Nasreen Pictures Sdn. Bhd. Katanya, kalau ada kelapangan dia akan meninjau lokasi untuk penggambaran drama, Haruskah Ada Rindu yang bakal memulakan penggambaran selepas raya. "Alhamdulillah, setakat ini syarikat Darling mendapat kepercayaan stesen televisyen untuk menerbitkan drama dan sebab itulah sekarang ini Darling banyak kepada kerja-kerja belakang tabir," katanya. | ||||
| Posted: 01 Sep 2011 06:15 PM PDT
BENARLAH kata orang, tulang belakang kepada kejayaan seorang suami adalah berkat sokongan dan kasih sayang daripada seorang isteri. Bukan juga satu tanggungjawab mudah untuk menjaga kerukunan rumah tangga sehingga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu kekal untuk satu tempoh yang lama. Sesungguhnya hidup ini seperti kaca. Jika masing-masing tidak bersabar, ia akan hancur berkecai ibarat gelas-gelas kaca yang jatuh terhempas ke bumi. "Saya cukup bertuah kerana dapat memiliki seorang suami yang cukup penyabar. Saya juga tidak menafikan suami saya seorang yang panas baran dan garang orangnya. "Cukup kenal dengan dirinya, dia seorang yang suka cakap lepas dan tidak hipokrit. Memang ada kala hati akan terguris dan terluka dengan kata-katanya itu. "Tetapi, dia seorang yang pandai memujuk dan tidak terus meletakkan egonya di tangga teratas apabila dia sedar tindakannya itu telah membuatkan saya atau anak-anaknya terasa hati. "Dia juga seorang yang cepat memaafkan orang walaupun ada segelintir mereka telah melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kepada dia," ungkap Datin Fatimah Ismail sewaktu membicarakan tentang belahan jiwanya, Datuk Yusof Haslam. Cerita tentang kejayaan Yusof sebagai salah seorang tokoh perfileman paling berjaya memang sudah banyak diceritakan. Sekadar memberikan kelainan, Hits membawa pembaca menyelami kolam hati seorang wanita yang telah menjadi pendokong utama kepada kerjaya seni Yusof hampir tiga dekad. Tidak lokek untuk berkongsi cerita, daripada butir bicaranya sahaja, sudah dapat dirumuskan bahawa Fatimah, beliau cukup bertuah bersuamikan seorang figura unggul dunia perfileman tanah air. Dalam sesi fotografi yang berlangsung di rumah agam mereka, Darul Haslam yang terletak di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini, banyak sungguh cerita yang dikongsi wanita ramah ini. Malah, apabila direnung kembali masa silamnya sewaktu dia mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah menyangka kehidupan mereka sekeluarga akan mencapai taraf seperti hari ini. Mungkin ramai yang tidak tahu, Yusof dan Fatimah masing-masing adalah duda dan janda sewaktu mereka bertemu. Cuma, Fatimah sahaja yang memiliki seorang cahaya mata, Mohd. Faizal, 30, manakala Yusof tidak mempunyai anak daripada perkahwinan terdahulu. "Keluarga saya sendiri bertanya kepada saya apakah saya membuat keputusan yang tepat apabila mahu berkahwin dengan Yusof. "Apatah lagi dengan sumber kewangan suami saya ketika itu yang tidak menentu sebagai seorang pelakon, sudah pasti kebimbangan itu ada dalam diri ibu bapa saya. "Tetapi, saya lebih percaya kepada rezeki Allah SWT dan segala ketentuan-Nya. Kehidupan awal kami juga bukanlah senang seperti yang mungkin ramai orang sangka. "Baik saya mahupun Yusof, kami bersama-sama mencari rezeki dan perlahan-lahan membina hidup kami sendiri sehinggalah sampai ke satu tahap suami saya meminta agar saya berhenti kerja kerana dia sudah mampu untuk menyara kami anak-beranak," jelas Fatimah yang merupakan bekas kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) selama 14 tahun itu panjang lebar. Hasil perkahwinan mereka pada 3 Mei 1982 telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd. Shamsul, 27, atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof; Nurshamin, 23, dan Muhamad Syafiq, 19. Menyambung bicara, Fatimah mengakui di awal perkahwinan dengan Yusof, dugaan dan cabaran yang perlu dilaluinya begitu banyak. Apatah lagi, dia memiliki sifat cemburu dan cepat panas hati apabila melihat keakraban Yusof dengan artis-artis wanita sewaktu di lokasi penggambaran. "Isteri mana yang tidak cemburu apabila melihat suami mereka bertepuk-tampar dengan wanita lain di depan mata. Sehinggakan kami pernah bertegang urat kerana perkara itu walaupun Yusof menjelaskan tiada apa yang berlaku. "Namun, lama-kelamaan, saya boleh menerima tugasnya sebagai seorang pelakon. Sebagai isteri, saya harus menerima kelemahan serta kelebihannya. Begitu juga dengan dirinya. "Kami cukup menitikberatkan soal itu dan saya percaya itulah punca kasih kami berpanjangan sehingga ke hari ini dan Insya-Allah, sehingga ke nafas terakhir kami," kata Fatimah dalam nada bersungguh-sungguh. Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan suami isteri, pasti akan ada tercuit sana sini dan begitu juga dalam perhubungan Fatimah dan suaminya. Mengakui hubungannya dengan Yusof pernah dilanda badai sehingga membangkitkan gelora amarah yang membawanya merantau jauh meninggalkan suami serta anak-anak. Tidak mahu lagi mengungkit kisah silam itu, kata Fatimah, banyak pengalaman dan pengajaran yang diperolehinya daripada insiden tersebut. "Saya melengkapkan diri saya dengan ilmu agama dan mempelajari banyak perkara untuk mengukuhkan lagi ikatan kebahagiaan kami," ucapnya penuh makna. Sebagai penyokong dan pengkritik utama dalam hidup Yusof, wanita kelahiran Gelugor, Pulau Pinang itu memberitahu tuah dan rezeki Yusof dalam bidang perfileman tidak datang bergolek. Semuanya bermula dengan perniagaan restoran yang telah diusahakan oleh arwah bapanya, Ismail Mustafa di mana kemudiannya menjadi Restoran Haslam yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Menyedari minat Yusof bukan dalam bidang perniagaan seperti itu, Fatimah memberitahu Yusof sendiri mencari peluang dan mahu meneroka bidang penerbitan drama. "Apabila dia mendapat slot di RTM, bermulalah era baru Yusof Haslam apabila dia menerbitkan dan mengarahkan drama bersiri Remang-Remang Kota Raya di bawah Skop Productions. "Sesungguhnya perkahwinan ini saya ibaratkan untung sabut timbul, untung batu tenggelam," ujarnya sambil memandang suaminya yang sibuk melayan kerenah tiga cucu mereka. | ||||
| Posted: 01 Sep 2011 05:41 PM PDT
BERCERITA mengenai dua figura ibu moden, siapa tidak kenal Rozita Che Wan dan Jasmid Hamid yang sering muncul dalam kaca televisyen. Pelbagai watak dibawa yang mencirikan antagonis, namun pada hakikatnya dua wanita ini merupakan ibu yang lemah lembut dan sangat mementingkan anak-anak. Bagi aktres jelita, Rozita Che Wan, Ramadan dan Aidilfitri tahun ini sememangnya tahun sibuk buat empunya diri. Sepanjang bulan puasa, jadual hariannya dipenuhi dengan penggambaran drama dan telemovie. Empat daripada drama itu ditayangkan sempena Hari Raya Aidilfitri. Namun, di sebalik kesibukan yang melanda diri, sempat juga dia menyusun jadual untuk dibahagikan antara keluarga dan ibadah apabila wanita yang mesra disapa Rozita ini berkunjung ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama ibu dan kakaknya. "Ini kali kedua saya menyambut Ramadan di tanah suci kota Mekah. Saya memang telah rancang untuk pergi umrah kali ini semasa bulan Ramadan kerana tahun lepas saya pergi pada hari biasa bukan bulan puasa," cerita Rozita yang biasanya mengambil cuti raya salama seminggu. Oleh kerana jadual kerja yang padat, cuti raya tahun ini hanya diambil selama empat hari dan cuti tersebut dimanfaatkan Rozita untuk membawa anak-anak pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah memandangkan tahun ini giliran Rozita bersama dua orang puteranya. "Hari raya pertama yang lalu, saya telah bertandang ke rumah saudara sebelah bapa diikuti hari kedua di sebelah ibu saya. Pada raya ketiga kami mengadakan rumah terbuka di kediaman ibu bapa saya.
"Jika bercuti panjang, bermula raya keempat, kebiasaannya saya dan anak-anak akan pergi bercuti di Pulau Langkawi, Kedah kerana perjalanan ke sana dari Alor Setar agak dekat. Tapi oleh kerana jadual penggambaran yang padat, hasrat itu terpaksa dilupakan," bicara ibu tunggal yang punya dua orang anak lelaki bernama Ammar Effendy, 15 dan Aniq Ezzra, 12. Ceritanya lagi, cuti raya tahun ini diambil sedikit kerana selepas pertengahan raya, wanita yang gemar berceloteh akan mengambil cuti panjang untuk membantu anaknya, Ammar Effendy membuat persediaan menduduki peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun ini. "Selepas 15 September, saya akan berhenti sementara daripada mengambil tawaran atau terlibat dengan apa-apa penggambaran selama sebulan. Ini kerana saya ingin membantu anak saya belajar bagi menghadapi peperiksaan penting PMR." Sementara bagi seorang lagi dramatis yang sering membawa watak antagonis, Jasmin Hamid, dia lebih gemar bekerja sepanjang bulan Ramadan kerana bagi aktres ini jika dia bekerja, sekurang-kurangnya masa terluang akan dapat dipenuhi. Menggembirakan anak-anak Bertutur mengenai perjalanan jadual hari raya Jasmin, ujarnya, dia dan anaknya pulang ke kediaman ibu bapanya yang terletak di Rawang, Selangor. Namun, jika diizinkan, dia mahu membawa anak-anak bercuti sempena cuti raya yang agak panjang. Sebagai seorang ibu, apa yang penting ialah menjaga kebajikan dan menggembirakan anak-anak terutamanya jika menjelang Aidilfitri. K etika itu, membeli-belah persiapan raya lebih menyeronokkan. "Sambutan raya saya setiap tahun sekarang memang lebih kepada anak-anak. Bagi saya, anak-anak lebih penting dan saya mahu mereka gembira sambut raya. Orang dewasa seperti kita ini, tidak terlalu memikirkan perihal baju raya dan sebagainya. "Pada tahun ini juga keluarga saya memilih warna merah cili sebagai tema raya. Saya pulang ke kampung hanya dua atau tiga hari kerana saya perlu beri komitmen terhadap penggambaran telefilem" ujar ibu beranak tiga ini. Walaupun agak sibuk dengan kerja, namun Jasmin sempat meluangkan masa untuk membuat kuih-muih sempena menyambut perayaan yang hanya disambut setahun sekali ini. Antara dua jenis kuih yang dibuat Jasmin ialah kuih cornflakes dan semprit. Selain itu, sewaktu ditanya tentang tradisi bermain bunga api, dia mempunyai pendapat sendiri. Katanya, walaupun bunga api dianggap sinonim dengan sambutan hari raya, namun bagi Jasmin, dia tidak menggalakkan anak-anaknya bermain kerana risaukan bahaya kecederaan. | ||||
| pengalaman hamil pada bulan Ramadan Posted: 01 Sep 2011 05:40 PM PDT
SUDAH menjadi kebiasaan masyarakat, sepanjang menyambut bulan Ramadan pasti persiapan raya tidak dilupakan. Walau sesibuk mana pun jadual harian, sebagai sebuah keluarga terutamanya sebagai seorang ibu pastinya ingin memberi yang terbaik buat anak dan suami tersayang. Bagi dua aktres muda iaitu Sari Yanti dan Serina Ridzuawan, keterujaan mereka semakin bertambah kerana bukan sahaja Hari Raya Aidilfitri kali ini disambut sebagai ibu kepada seorang anak, malah kehamilan anak kedua memberi cahaya yang bermakna bagi kedua-duanya. Menurut kedua-dua Sari Yanti dan Serina, sejak berumah tangga, setiap raya yang disambut membawa makna berbeza kepada mereka. Jika dahulu Aidilfitri hanya disambut bersama suami, kini mereka telah mempunyai permata hati yang menceriakan pasangan suami isteri. Namun kali ini, keseronokan bertambah dua kali ganda apabila masing-masing sedang mengandungkan anak kedua dan sebagai seorang ibu mengandung pada bulan Ramadan yang baru berpenghujung adalah berbeza daripada pengalaman sebelumnya. Sari mahu rasa nikmat raya Sejak mengandungkan anak keduanya, Sari atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 27, tidak mengambil tawaran berlakon dan banyak menghabiskan masa berehat di rumah atau kadangkala ke rumah mertua. Jika tahun lepas wanita kecil molek ini tidak berpuasa kerana masih dalam pantang setelah melahirkan putera pertamanya, Barr Al-Aliy, kini berusia 13 bulan, namun tahun ini dia berusaha berpuasa walaupun sedang sarat mengandung enam bulan. "Ramadan yang lalu Sari berpuasa seperti biasa. Walaupun tidak mengapa jika tidak berpuasa, Sari tetap lakukannya juga tahun ini. Ini kerana berpuasa pada bulan Ramadan, nikmat dan keseronokan ingin menyambut raya itu lebih terasa. "Tapi jika Sari puasa, Sari harus bersahur dahulu. Kebiasaannya, Sari akan bangun awal dan memasak kerana apabila bersahur, Sari perlu makan nasi dengan hidangan yang berat. Kerana jika tidak, Sari akan lapar semula pada tengah harinya," tutur Sari mengenai rutin Ramadan yang baru ditempuhinya. Bercerita tentang lokasi beraya, ujar Sari, kebiasaannya dia akan pulang beraya di kampung halaman ibu bapanya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, memandangkan rumah mertua hanya terletak di Subang Jaya, Selangor. Ujar anak kedua daripada tiga beradik perempuan ini, kebiasaannya tiga atau empat hari raya sudah memadai untuk beraya di kampung, namun jika dia mempunyai rancangan mungkin cuti tersebut dipanjangkan. "Sari tidak pasti lagi berapa lama beraya di kampung sebab suami Sari bekerja sendiri, jadi sebenarnya tidak kisah tapi Sari ikut juga perancangan atau jadual kerja suami Sari. "Lagipun Kuala Pilah bukannya jauh sangat. Kadangkala pernah juga kami pulang semasa hari pertama raya kerana tiada masalah untuk pulang ke sana memandangkan perjalanan mengambil masa sejam sahaja," kata Sari lagi. Tambahnya, setiap tahun dari Kuala Lumpur perayaan Aidilfitri memberikan pengalaman berbeza buat diri. Jika tiga tahun lepas, dia hanya menyambut raya sebagai seorang isteri dan tahun lepas raya pertama sebagai seorang ibu manakala pengalaman tahun ini pula sebagai seorang ibu mengandung. Sementara itu, seiring dengan raya Aidilfitri, Malaysia juga bakal menyambut kemerdekaan yang ke-54 tahun ini. Bagi Sari, jika sayangkan negara tidak perlu hanya menunggu bila tiba hari kemerdekaan. Kita perlu tunjukkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap masa. Selera bermusim Serina
Bagi aktres tinggi lampai, Serina Ridzuawan yang sedang hamil lima bulan, dia tidak mahu memaksa diri untuk berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini. Tuturnya, dia hanya berpuasa mengikut kemampuan diri bagi menahan lapar dan dahaga. "Pada Ramadan lalu, saya ada juga berpuasa beberapa hari, namun saya tidak paksa diri. Saya hanya berpuasa jika saya larat dan mampu bertahan. Tahun lepas saya tidak dapat berpuasa kerana ketika itu saya sedang sarat. "Dalam masa yang sama, kebiasaannya wanita hamil kerap kehausan. Suami juga risau kerana jika berpuasa dikhuatiri bayi di dalam kandungan mungkin akan kurang mendapat zat," ujar Serina yang dikurniakan seorang anak lelaki berumur 10 bulan bernama Tristan Tareef O'luanaigh. Seperti diketahui umum, Serina telah berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar. Menurut Serina, suaminya kini masih dalam proses belajar berpuasa. Dia juga bersyukur kerana walaupun tidak penuh 30 hari berpuasa, sifat suaminya yang berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan Rukun Islam yang ketiga itu amat membanggakan. Katanya, dia tidak memaksa suaminya berpuasa namun mengajarnya dengan menggunakan cara tersendiri. "Saya juga gunakan psikologi untuk mengajar suami saya dan sebenarnya dia seorang yang tidak cerewet. Jadi senang untuk berurusan dengannya. Kadangkala saya masak juga untuk juadah berbuka tapi selalunya jika suami saya mahukan apa-apa hidangan dia akan minta. "Kadangkala dia terpaksa layan saya yang sering teringin untuk makan itu dan ini. Tapi yang peliknya, teringin saya ini bermusim. Sebagai contoh, jika saya teringin makan pizza, maka seminggu itu saya hanya mahukan pizza," ujar Serina menceritakan tentang seleranya ketika hamil. Saat berbicara mengenai raya, tutur ibu berumur 28 tahun ini, untungnya setiap tahun destinasi balik kampung hanya akan ke kampung halamannya di Pahang memandangkan suaminya seorang lelaki Inggeris yang tinggal di luar negara. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Serina akan membuat kuih raya sendiri dan ada juga yang dijual. Begitu juga tahun ini, yang mana dia ada membuat kuih-muih raya seperti tart nenas, cip coklat dan juga biskut lemon rasberi. Walaupun masih berniaga, mungkin kuantiti kuih pada tahun ini dikurangkan dan hanya dijual kepada teman dan keluarga yang rapat sahaja kerana kehamilannya membataskan tenaga yang ada. Selain itu, bercerita mengenai hari merdeka dan hari raya yang disambut tahun ini, kata Serina, Jalur Gemilang semestinya akan digantung setiap tahun sama ada di rumah mahupun di kenderaan namun untuk keluar menyaksikan perarakan mungkin tidak dilakukannya kerana kesesakan yang berlaku setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung. | ||||
| Posted: 01 Sep 2011 05:40 PM PDT ANTARA babak sketsa muzikal lakonan barisan artis yang terbabit dalam Galaksi Raya 2011. RANCANGAN mingguan sensasi popular TV9, Galaksi akan tampil dengan sebuah episod khas, Galaksi Raya 2011. Masih kekal dengan elemen-elemen sensasi, namun ia tetap disesuaikan dengan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menjalani rakaman di Menara Kuala Lumpur dengan berlatar belakang rumah-rumah tradisional pelbagai negeri, rancangan tersebut turut mengundang beberapa artis popular tanah air. Antara artis-artis yang muncul ialah Enot, Ifa Raziah, Sepah, Awan Band, Didie Alias, Ida Moin dan Kilafairy. Program itu turut dikendalikan oleh Ikhwan yang juga penyampai radio Hot FM. Seperti kelazimannya, rancangan berkenaan akan dipadatkan dengan paparan berita dan cerita sensasi. Antara paparan yang eksklusif adalah rakaman detik-detik akhir keadaan penyanyi era 1960-an, Hasnah Harun sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, turut dipaparkan temu bual eksklusif pelakon dan penerbit, Ziela Jalil yang mengimbau semula penampilannya suatu ketika dahulu yang pernah dikenali sebagai seorang artis seksi. Tidak ketinggalan paparan tentang Scha Alyahya bersama kekasihnya, Awal Ashaari menyambut hari lebaran serta mengenai bekas pengacara Galaksi sendiri, Irma Hasmie yang tabah meraikan Aidilfitri pada tahun ini. Galaksi Raya 2011 diterbitkan oleh Nas Ahmad dan Zaimie Anizah Zainuddin dan akan disiarkan pada 2 September ini pukul 9 malam di saluran TV9. | ||||
| Diva Universal raikan Aidilfitri Posted: 01 Sep 2011 05:39 PM PDT REDZA MIHAT dan Christina Suzzane menjadi ikon iklan raya saluran Diva Universal. KEMERIAHAN sambutan Hari Raya Aidilfitri ternyata bukan sahaja diceriakan dengan pelbagai rancangan yang disiarkan stesen televisyen tempatan, malah ia turut diraikan juga oleh saluran televisyen antarabangsa. Salah satunya adalah saluran Diva Universal yang boleh ditonton menerusi saluran Astro 702. Sempena perayaan Aidilfitri, saluran berkenaan tidak ketinggalan menyiarkan beberapa rancangan menarik. Pada bulan September ini, saluran tersebut akan menyiarkan kembali rancangan siri penyiasatan Covert Affairs yang akan disiarkan pada pukul 9 malam dan diikuti dengan drama Rookie Blue 2 pukul 10 malam pada setiap hari Isnin. Tidak ketinggalan, penonton juga akan berpeluang untuk menyaksikan sebuah rancangan drama bersiri popular berjudul Downton Abbey yang telah mendapat 11 pencalonan untuk anugerah Primetime Emmy Awards 2011. Rancangan tersebut akan mula bersiaran pada 8 September ini pada pukul 11 malam setiap hari Khamis. Lebih menarik lagi, sempena Aidilfitri pada kali ini saluran berkenaan juga menyiarkan sebuah iklan yang berdurasi 30 saat mengenai hubungan di antara Akil dan Zara yang mula terjalin ketika berkenalan di pasar Ramadan dan sekali lagi bertemu ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Watak Akil telah dilakonkan oleh Redza Mihat, manakala Cristina Suzzane pula melakonkan watak Zara. Diarah dan diterbitkan oleh Nik Amir dan Rewan Ishak, penggambaran iklan tersebut dijalankan di kawasan sekitar Pasar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail dan stesen lama Keretapi Tanah Melayu, Kuala Lumpur. | ||||
| Tempah produk penjara di Internet Posted: 01 Sep 2011 05:38 PM PDT KAKITANGAN Penjara Wanita Kajang, Yong Maisara Muhd. Hairuddin (kiri) memerhati banduan wanita membuat kuih raya di dalam penjara itu baru-baru ini. KAJANG – Orang ramai yang berminat untuk membeli produk jualan yang dihasilkan oleh banduan di penjara boleh membuat tempahan di Internet dengan melayari laman sesawang Jabatan Penjara Malaysia (JPM) di www.prison.gov.my, Daripada produk berasaskan kayu, besi, rotan, makanan dan pakaian, semuanya boleh ditempah di Internet dengan syarat nilai urus niaga ialah RM50 dan ke atas. Pegawai Pemasaran, Penjara Wanita Kajang, Inspektor Penjara Shahrulbariah Sabdin (gambar kecil) berkata, tempahan menerusi Internet mempermudahkan usaha orang ramai untuk membeli barangan hasil kerja banduan yang mengikuti bengkel kemahiran Program Pembangunan Insan (PPI). "Sesuai dengan perkembangan teknologi, JPM turut menyediakan ruangan tempahan barangan dan perkhidmatan di laman sesawang kami bagi menarik minat orang ramai untuk membuat tempahan. "Penyediaan laman sesawang ini juga satu langkah untuk mempromosikan barangan kerana pelbagai contoh produk akan dipaparkan mengikut kategori sama ada makanan, pakaian serta perkhidmatan lain,'' katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Katanya, setakat ini kebanyakan pelanggan yang membeli produk banduan adalah dalam kalangan ahli keluarga banduan sendiri, kakitangan penjara serta kakitangan agensi kerajaan dan swasta yang membuat lawatan di penjara. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan