Arrora Salwa, 26 tahun, berkecimpung sebagai penyanyi profesional sejak tahun 2010 & sehingga kini hanya pernah muncul dengan sebuah single berjudul 'Ahmad'. Sanggup meninggalkan bidang polis demi mengejar cita-citanya sebagai penyanyi, namun apa yang diidamkan rupanya memang sukar untuk dicapai. Apa yang diceritakan kepada OHBULAN! kali ini merupakan luahan hatinya sebagai anak seni baru yang ingin mencari sesuap nasi, namun terpaksa menempuhi pelbagai halangan demi halangan.
"Sebelum ini saya mempunyai Personal Assistant (PA) daripada keluarga terapat yang sering membantu saya menguruskan segala perjalanan kareer nyanyian. Malah, kami sudah lama bekerjasama semenjak saya dalam bidang polis lagi. PA saya ini'lah yang membantu mencarikan show, mencari baju & menghantar saya kemana-mana sahaja. Apabila saya masuk ke industri hiburan secara serius, PA saya terus membantu sehingga'lah diarahkan oleh pihak tertentu supaya tidak lagi menggunakan khidmatnya.
"Saya tidak tahu dimana salah silapnya, namun saya turutkan sahaja arahan mereka kerana siapa'lah saya ini untuk mengingkar arahan mereka. Tanpa PA, saya terpaksa bergerak secara sendiri. Saya tidak kisah asalkan pihak berkenaan dapat memberikan sokongan yang padu terhadap kareer saya," kata Arrora Salwa menceritakan sedikit latar belakang konflik dalaman yang menimpa dirinya, namun belum bersedia untuk membongkar "siapakah pihak berkenaan".
Arrora Salwa juga menafikan dirinya berlagak diva & mempunyai masalah peribadi sebagaimana yang dilabelkan oleh pihak berkenaan di laman Facebook.
"Saya pernah meminta kepada pihak berkenaan untuk menghantar saya hadiri show & sebagainya. Adalah juga mereka menghantar saya, tapi nanti akan keluar pelbagai statement kurang enak daripada mulut mereka sendiri. Saya sendiri pernah dilabelkan sebagai bodoh, p*ki*ak oleh seseorang daripada mereka di laman Facebook.
"Pernah juga mereka mengeluarkan kenyataan bahawa saya ini berlagak diva & ada attitude problem, sedangkan selama ini saya memberikan 100% komitmen terhadap kareer saya. Jujur cakap, saya tak pernah hadir lewat ke mana-mana acara yang diaturkan sepanjang bergelar sebagai penyanyi. Jadi, apa sebenarnya yang pihak berkenaan nak daripada saya?" luah Arrora Salwa kepada OHBULAN!
"Saya pernah bertanya sendiri kepada mereka, namun apabila berdepan tiada pula sebarang reaksi diberikan. Apabila saya lihat di Facebook, bermacam-macam kenyataan keluar daripada mereka. Saya rasa terkilan sebab tiada siapa yang berada di belakang untuk memberikan sokongan. Mereka mempunyai ramai kenalan, sedangkan saya pula masih baru dalam industri. Saya tak boleh buat apa-apa.
Penyanyi ini juga menjelaskan tidak menerima bayaran yang setimpal dengan usahanya selama ini. Apatah lagi, bayaran yang paling banyak diterima hanya bernilai RM500 untuk satu persembahan.
"Selepas setahun menyanyi, bayaran yang paling banyak saya terima untuk satu show pun bernilai RM500. Itu pun, tahun ini saya hanya menerima 3-4 show berbayar. Pernah saya dapat RM200 untuk satu persembahan. Manakala, show yang tidak berbayar, lebih daripada 5. Ibu bapa saya yang banyak membantu dalam segi kewangan.
"Saya sedih, sepatutnya saya membantu mereka. Tapi apa yang terjadi, sebaliknya. Macam mana nak hidup dengan jumlah show berbayar yang sedikit? kata Arrora Salwa yang mengeluarkan kenyataan yang amat mengejutkan kami.
Pada masa yang sama, Arrora Salwa menjelaskan dirinya seorang yang mudah dibawa berbincang, mempunyai prinsip sendiri serta tidak pernah menyesal menceburi bidang hiburan.
"Selagi boleh berbaik, saya akan buat. Bukan apa, pihak berkenaan tidak pernah mendengar luahan hati saya, sebaliknya mendengar kata-kata orang. Sepatutnya, kami boleh berbincang & nilaikan sendiri konflik dalaman ini.
"Saya sedar, mungkin saya ini jenis yang tegas disebabkan sebelum ini sudah 7 tahun bekerja sebagai polis. Tetapi, saya tak pernah kurang ajar terhadap mereka. Saya mengharapkan pihak berkenaan mendengar penjelasan saya, sama ada dakwaan sesetengah pihak itu betul atau tidak.
"Saya tidak pernah menyesal menceburi bidang nyanyian kerana saya sudah jangka perkara-perkara seperti ini akan berlaku. Setakat ini, apabila satu masalah datang akan saya cuba selesaikan. Tetapi, apabila saya geram, saya akan diam & biarkan sahaja ia berlalu," jelas Arrora Salwa lagi.
Arrora Salwa pernah berkahwin ketika berumur 19 & kini memegang status perkahwinan sebagai janda sejak setahun yang lepas.
"Saya pernah berkahwin ketika berumur 19, tapi bercerai sekitar setahun yang lepas. Kalau boleh, saya tak mahu lagi ingat kisah peribadi berkaitan dengan perkahwinan. Kerana apa yang saya lalui, tak seindah dari khabar. Tetapi saya syukur, kepada mereka yang bertanya, saya amat hormati, " kata Arrora Salwa mengakhiri sesi luahan hatinya, malam tadi.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan