Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Posted: 26 Jul 2011 01:35 PM PDT Tidak lama lagi semua umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut kedatangan bulan suci Ramadan yang penuh keberkatan dan makna. Selaras dengan konsep "Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima", TV3 meneruskan inisiatif untuk beramal demi kebajikan masyarakat dengan mengekalkan program tradisi Ramadannya, Singgah Sahur, kini kembali untuk musim ketujuh. Sehubungan itu, majlis pelancaran program SINGGAH SAHUR 2011 bakal berlangsung pada 1 Ogos (Isnin… hey hari jadi Budiey!) dan turut disempurnakan dengan kehadiran Menteri Kesihatan Malaysia, Y. Bhg. Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Y. Bhg. Datuk Rosnah Rashid Shirlin. Episod pertama yang akan bersiaran secara langsung selama sejam ini bakal dikendalikan oleh personaliti TV3 seperti Ally Iskandar, Nurul Syuhada, Nor Azzura dan Fiza Sabjahan. Agenda majlis turut memuatkan lawatan VVIP ke wad kecemasan dan bersalin, sesi temuramah bersama pakar pemakanan, acara gotong-royong dan memasak bubur Asyura bersama sukarelawan Puteri UMNO. Tags: TV3Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Pra Pelancaran Festival Filem Malaysia ke-24 Posted: 26 Jul 2011 01:24 PM PDT Pra Pelancaran FFM24 Berjaya Walaupun Kurang Sokongan KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) selaku pengarah Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), Jurey Latiff Rosli mengakui berpuas hati dengan kejayaan majlis pra pelancaran festival itu walaupun kurang mendapat sokongan pelakon popular tanah air. Kata Jurey Latiff, sebagai penganjur acara besar itu pada tahun ini, kejayaan majlis berkenaan yang menghimpunkan kira-kira 500 hadirin adalah pencapaian awal yang boleh dibanggakan. Barisan penggiat seni berbilang bangsa yang hadir pada malam pra pelancaran Festival Filem Malaysia ke-24 di Kompleks Kraf, di sini, malam Isnin. "Ini adalah kali pertama Gafim anjurkan FFM dan kebetulan pula saya baru tujuh hari memegang jawatan Presiden Gafim. "Sebagai permulaan, saya berasa bangga kerana kami berjaya menghimpunkan kira-kira 500 karyawan, artis dan penaja pada acara ini," katanya yang ditemui pada sidang media pra pelancaran FFM24 di Kompleks Kraf, di sini, malam Isnin. Tambahnya, walaupun majlis itu agak lesu tanpa kehadiran para pelakon popular tanah air, sokongan daripada artis-artis Cina, India dan sebilangan artis Melayu adalah satu kepelbagaian yang memberikan pembaharuan pada imej FFM. "Saya akui majoriti pelakon popular tidak hadir pada malam ini mungkin kerana mereka terikat dengan jadual seni masing-masing. "Bagaimanapun, kita mendapat sokongan yang baik daripada artis-artis veteran, segelintir pelakon Melayu dan paling membanggakan ramai artis Cina dan India yang hadir. "Majlis ini diadakan untuk meraikan anak seni dan penggiat filem kita. Saya harap mereka akan turun beramai-ramai pada majlis perasmian dan malam festival nanti," katanya. Pada itu, Pengerusi FFM24 yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, walaupun agak kecewa kerana ketiadaan bintang-bintang popular pada majlis tersebut, dia tetap optimis dalam memastikan kejayaan penganjuran tahun ini. "Kalau dilihat pada sambutan dingin artis-artis popular kita pada malam ini, saya tidak nafikan agak kecewa tetapi penganjuran ini mesti diteruskan. Kami masih ada tempoh tiga bulan lagi untuk menyuntik kesedaran di kalangan penggiat seni dan menggerakkan jentera promosi festival ini," katanya. Jelas Harun lagi, hanya lapan artis popular saja yang muncul pada malam pra perasmian itu walaupun 88 orang telah mengesahkan kehadiran masing-masing sebelum ini. Antara barisan artis veteran yang hadir. (Dari kiri) Jamaludin Mat, Aspalela Abdullah, Sofia Ibrahim, Maimunah Ahmad dan Datuk M Daud Kilau. Sehingga 25 Isnin lalu, pihak sekretariat telah menerima 28 buah filem yang akan bertanding dalam festival kali ini iaitu kurang satu filem berbanding 29 penyertaan pada tahun lalu. Daripada jumlah 28 filem yang diterima, pihak Metrowelth mendahului senarai apabila mencalonkan lima buah filem dalam FFM24. Kemuncak FFM24 yang akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).- via Mstar Online Berikut ini senarai pencalonan yang diterima untuk FFM24 sehingga 25 Julai lalu. Astro Show/Double Vision 1. Sini Ada Hantu Skop Production 1. Khurafat 2. KL Gangster MDAG Marketing 1. Libas Metrowelth 1. Kembar Siang 2. Kongsi 3. 321 Cinta 4. Sekali Lagi 5. Flat 3A KRU Studios 1. Hikayat Merong Mahawangsa 2. Karak Lineclear Motion Picture 1. Ratu The Movie 2. Raya Tak Jadi Tayangan Unggul 1. Cun 2. Tolong Awek Aku Pontianak Tayangan Unggul/Hanmania 1. Seru Cineworks 1. Dilarang Masuk Excellent Picture 1. Senjakala Primeworks Studio 1. Penunggu Istana 2. Nur Kasih The Movie 3. Klip X 3GP Galaksi Seni 1. Momok Jangan Panggil Aku White Merpati Ent. 1. Rasuk Cinematic Picture 1. Karipap-Karipap Cinta Empat Semudra Plantation 1. Al-Hijab Genius Parade 1. Sumpahan Puaka Artistik Picture 1. Toyol Nakal Pengedaran J.A.S 1. …Dalam Botol Tags: Berita, Festival Filem MalaysiaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan