Isnin, 15 Julai 2013

Zon Artis

Zon Artis


(Foto) Raja Azmi Selamat Bertunang, Nikah September Ini

Posted: 15 Jul 2013 07:39 AM PDT

GAMBAR PERTUNANGAN RAJA AZMI

Mengambil keberkatan 6 Ramadan, penerbit penuh kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya telah pun selamat menjadi tunangan kepada pemain bass kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali atau lebih dikenali sebagai Eddie. Majlis pertunangan berlangsung di rumah pihak perempuan, di Ukay Perdana, Ulu Klang kira-kira jam 6.45 petang tadi dalam suasana penuh tenang.

Mungkin ramai tidak tahu, hubungan cinta Raja Azmi, 53, dengan Eddie, 45, mula berputik dan akhirnya terjalin selepas sama-sama kerap bertemu di pusat gimnasium sejak lima bulan lalu yang kemudiannya membawa kepada ikatan pertunangan ini.

GAMBAR PERTUNANGAN RAJA AZMI

Kira-kira jam 6.30 petang, rombongan pihak lelaki tiba dan sejurus itu acara meminang dijalankan. Pihak perempuan diwakili oleh anak sulung Raja Azmi sendiri iaitu Puteri Suraya Mohd Jailani. Sementara pihak lelaki diwakili oleh anak sulung Eddie iaitu Daniel Eddie.

GAMBAR PERTUNANGAN RAJA AZMI

Hasil perbincangan kedua-dua keluarga pasangan ini, Raja Azmi dan Eddie bakal dinikahkan pada 15 September 2013. Atas permintaan Raja Azmi, beliau menginginkan hanya senaskah Al-Quran sebagai gantian wang hantaran pada hari pernikahan nanti.

GAMBAR PERTUNANGAN RAJA AZMI

Acara kemuncak menyaksikan ibu Eddie, Mariah Abu Samah, menyarungkan cincin ke jari Raja Azmi tanda diri penerbit yang pernah menerbitkan filem … Dalam Botol ini kini tunangan kepada duda anak dua itu. Saat manis itu turut disaksikan oleh ketiga-tiga anak Raja Azmi.

GAMBAR PERTUNANGAN RAJA AZMI

Pada majlis itu juga, Eddie memberikan 3 dulang hantaran terdiri daripada telekung, buah-buahan dan coklat. Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak 5 dulang terdiri daripada jam tangan serta dompet Fosil, kemeja, kek, coklat dan biskut.

Kredit foto: Faisol Mustafa

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu