Ahad, 14 Julai 2013

Zon Artis

Zon Artis


Betty Banafe Kini Hamil 4 Bulan

Posted: 14 Jul 2013 10:49 PM PDT

GAMBAR BETTY BANAFE HAMIL

Berita yang mungkin ramai tidak mahu tahu tapi kami kongsikan juga. Pelakon dan penyanyi kacukan Arab, Betty Banafe mengesahkan yang dirinya kini hamil empat bulan. Seperti kata Betty:-

"Alhamdulillah saya telah hamil empat bulan. Saya dan suami terlalu gembira apabila mendapat tahu tentang kehamilan saya,"

Tambah Betty Banafe lagi, beliau tidak kisah tentang jantina anak pertama mereka ini kerana terlalu teruja namun berharap agar mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan kelak.

Sementara itu, Betty yang dijangka bersalin pada bulan Disember ini mengakui dirinya tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam sebarang makanan sepanjang tempoh kehamilannya ini.

"Setakat ini, saya tak ada muntah atau mengidam apa-apa. Cuma berat badan saya turun sampai empat kilo kerana saya tak ada selera makan dalam tempoh tiga bulan pertama itu."

IKLAN: Gunakan kupon ini & nikmati 15% OFF untuk belian pertama di Zalora~

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu