Isnin, 15 Julai 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Majlis Pertunangan Raja Azmi & Eddie CRK

Posted: 15 Jul 2013 03:14 PM PDT

Akhirnya, penerbit filem terkenal Raja Azmi Raja Sulaiman telah bertunang juga dengan pemain bass kumpulan rock CRK, Mohd Eddie Ghazali dalam satu majlis ringkas yang diadakan di rumah Raja Azmi di Ukay Perdana, Ampang hari Isnin kelmarin. Raja Azmi tak ambil kisah dengan cakap-cakap orang yang mengatakan dia bertunang di usia lebih setengah abad dan bukan pertama kali disunting orang.

Bukan tujuan untuk meraih publisiti, apatah lagi, Raja Azmi juga tak peduli pun kalau ada orang kata dia miang kerana dia anggap majlis ini hanya untuk memenuhi adat dan permintaan anak-anaknya. Ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi majlis ini adalah untuk membolehkan mereka mengenali hati budi dengan lebih dekat.

"Tak semua orang dapat bertunang kali kedua. Kak Mi rasa ini adalah anugerah dari Allah. Memang ada yang kata Kak Mi miang tapi Kak Mi rasa tak salah pun kalau kita bertunang kali kedua. Kak Mi nak ikut adat orang kita. Kita akan lebih kenal hati budi dan tempoh ini juga kita akan nampak sikap sebenar masing-masing. Yang penting, saya mahu berkongsi dan menjadikan kisah hidup saya sebagai teladan kepada orang lain."

Acara merisik dan bertunang disempurnakan semalam diiringi dengan ucapan perbincangan oleh anak sulung kedua-dua pasangan itu iaitu Mohd Daniel, 21, bagi pihak ayahnya iaitu Eddie dan Puteri Suraya Mohd Jalani, 28, mewakili Raja Azmi.

Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa buah-buahan, manisan dan coklat serta telekung. Manakala pihak perempuan membalas dengan dulang hantaran terdiri daripada jam tangan dan beg duit jenama Fossil, kemeja, kek, coklat dan biskut.

"Kak Mi harap perkahwinan kali kedua ini kekal hingga akhir hayat. Sikap penyabar Eddie membuatkan Kak Mi tertarik kepada dia dan tak ubah seperti bekas suami."

Eddie bersyukur dengan majlis pertunangan yang sederhana itu. Eddie dulunya dah lima tahun menduda selepas kematian isteri pada Januari 2008. Yang penting, Eddie dapat terima Raja Azmi seadanya.

"Saya pilih Raja Azmi sebab sifat keibuan dan peribadinya. Kami sebenarnya dipertemukan oleh anak buah saya yang menjadi jurulatih kecergasannya di gym. Kami kenal lepas tu bercinta. Saya tahu kisah hidup dia dan itu semua tak halang sikit pun untuk saya kenal dia. Ini kerana saya dah berbincang dengan dia, apa yang boleh dan apa yang tak boleh, dan dia terima."

Hasil perkahwinan pertama selain Daniel, Eddie memiliki seorang lagi anak bernama Mohd Effy, 19.

Manakala Raja Azmi pula mempunyai tiga orang anak iaitu Puteri Suaida, 24, dan Megat Deli, 19, hasil perkahwinannya dengan jurulatih badminton negara, Jalani Mohamad Sidek. Mereka bercerai dengan talak satu pada 27 Jun 2012.

Pada majlis bertunang itu, turut dilakukan ialah majlis menyarung cincin yang disempurnakan oleh ibu Eddie, iaitu Mariah Abu Samah.

Sementara itu, Raja Azmi yang ditemui bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar.

Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Raja Azmi yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya.

"Kami mula berkenalan pada 15 Januari lalu. Kira dah masuk enam bulan. Apa yang menggembirakan saya, anak-anak dapat menerima hubungan ini. Mereka mahu lihat ibunya gembira dan saya cukup terharu. Walaupun perkenalan kami cukup singkat, saya yakin Eddie adalah lelaki yang sesuai buat saya."

Pasangan tersebut merancang akan bernikah pada 15 September depan.

Komen via Facebook

Komen

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Posted: 15 Jul 2013 10:31 AM PDT

Dah seminggu kita berpuasa. Syukur alhamdulilah. Kita masih bertahan. Sempena mengambil keberkatan 6 Ramadan, penerbit penuh kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman akhirnya telah pun selamat menjadi tunangan kepada pemain bass kumpulan CRK, Mohd Eddie Ghazali atau lebih dikenali sebagai Eddie. Majlis pertunangan pasangan ini telah berlangsung di rumah pihak perempuan, di Ukay Perdana, Ulu Klang kira-kira jam 6.45 petang tadi dalam suasana penuh tenang.

Budiey ucapkan selamat bertunang buat Raja Azmi. Semoga selamat melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Syukur semuanya selamat.

Hubungan cinta mereka terjalin selepas sama-sama kerap bertemu di pusat gimnasium sejak lima bulan lalu. Kira-kira jam 6.30 petang, rombongan pihak lelaki tiba dan sejurus itu acara meminang dijalankan. Pihak perempuan diwakili oleh anak sulung Raja Azmi sendiri iaitu Puteri Suraya Mohd Jailani. Sementara pihak lelaki diwakili oleh anak sulung Eddie iaitu Daniel Eddie.

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Ibu Eddie iaitu Mariah Abu Samah (kanan) menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Raja Azmi.

Hasil perbincangan kedua-dua keluarga pasangan ini, Raja Azmi dan Eddie bakal dinikahkan pada 15 September 2013. Atas permintaan Raja Azmi, beliau menginginkan hanya senaskah Al-Quran sebagai gantian wang hantaran pada hari pernikahan nanti.

Acara kemuncak menyaksikan ibu Eddie, Mariah Abu Samah, menyarungkan cincin ke jari Raja Azmi tanda diri penerbit yang pernah menerbitkan filem … Dalam Botol ni kini tunangan kepada duda anak dua itu. Saat manis itu turut disaksikan oleh ketiga-tiga anak Raja Azmi.

Pada majlis itu juga, Eddie memberikan 3 dulang terdiri daripada telekung, buah-buahan dan coklat. Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak 5 dulang terdiri daripada jam tangan & dompet Fosil, kemeja, kek, coklat dan biskut. Majlis serba ringkas dengan tatahias warna hijau-unggu ini dihadiri seramai 100 orang terdiri saudara mara, kenalan rapat, dan para wakil media.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek. Namun rumah tangga yang dibina hampir 28 tahun berakhir dengan perceraian pada 27 Jun 2012. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Puteri Suraya (28 tahun), Puteri Suaida (24 tahun) dan Megat Deli (19 tahun). Sumber: Malaysian Digest

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Raja Azmi Selamat Bertunang Dengan Eddie CRK

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu