Ahad, 14 Julai 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Isu Gam Utusan Malaysia Alyah Mohon Maaf

Posted: 14 Jul 2013 08:21 PM PDT

Penyanyi Alyah memohon maaf kepada mana-mana pihak mungkin terasa ekoran kontroversi yang mengaitkan nama beliau, baru-baru ini. Minggu lalu, nama Alyah hangat diperkatakan apabila pihak pengurusannya didakwa telah mengugut mahu meng'gam' Utusan Malaysia gara-gara kurang berpuas hati dengan sebuah artikel mengenai dirinya yang tersiar di akhbar itu. Pengurusan Alyah dikatakan mahu memboikot akhbar Utusan Malaysia ekoran tersiarnya artikel bertajuk 'Alyah Tunggu Pinangan Ramli MS' di akhbar terbabit.

Alyah ditemubual media di sesi rakaman Stailista Unplugged yang menggabungkan suara emas dari Dato' Siti Nurhaliza, Alyah, Najwa Latif dan Shila Amzah. Program muzikal raya ini bakal disiarkan pada musim perayaan ini di TV9.

"Saya mewakili pihak pengurusan dengan rasa rendah diri ingin meminta maaf kepada sesiapa yang mungkin terasa. Daripada isu pereka pakaian, bekas pembantu peribadi saya sehingga perkara yang terjadi sekarang ini, saya mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki."

Pelantun Kisah hati itu agak terpinga-pinga apabila dakwaan itu dilemparkan terhadapnya. Malah katanya, menyedari pihak media banyak menyokong kerjayanya, tidak pernah terlintas difikirannya mahu meng'gam' media. Apatah lagi sebelum ini dia tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan pihak media.

"Saya rasa agak terpukul juga kerana saya tak ada masalah dengan media. Walaupun mungkin ada sesetengah wartawan menulis yang kurang baik tentang saya, tapi saya anggap itu kerja mereka. Tetapi apabila keluarnya artikel, Alyah 'Gam' Media?…walaupun ianya dalam bentuk soalan, secara tak langsung, saya telah mengguris hati semua orang. Saya tidak pernah menyatakan perkara itu,"

"Sebenarnya saya berkecil hati kerana cara penulisannya seolah-olah dia bercakap dengan saya, sedangkan saya tidak tahu kejadian tersebut. Tapi pada saya perkara itu boleh diselesaikan, ada cara lain lagi. Cuma apabila baca artikel dia, seolah-olah dia bercakap dengan saya, itu satu perkara yang macam tuduhan. Saya rasa yang menulis tu, menulis dengan perasaan sendiri,  bukan dalam keadaan dia bekerja," ujar Alyah lagi.

"Saya ada juga bertanya dengan pihak pengurusan saya mengenai keadaan ini, apa yang telah terjadi. Tapi apabila diterangkan satu demi satu, saya rasa 'no point' untuk cari sama ada siapa menang atau siapa betul. Perjalanan kerjaya saya masih panjang lagi, saya masih mahu berada dalam industri ini. Jadi saya rasa jalan terbaik adalah saya sendiri meminta maaf jika selama ini saya tidak menyenangkan. Saya manusia biasa dan tak mampu nak buat semua orang suka kepada saya.

"Kadang-kadang saya fikir, saya terlalu jujur dengan kerjaya seni saya. Saya terfikir kebanyakkan yang terjadi bukan datang daripada saya sebab saya bukan jenis yang suka cari masalah. Tapi saya redha. Saya dari dulu sampai kini bergerak sendiri, dibantu oleh dua atau tiga orang teman rapat saya. Tahun lepas saya dikejutkan pasal 'designer' dan sekarang dikejutkan mengenai perkara ini, saya jadi takut untuk berhadapan dengan apa yang bakal terjadi selepas ini.

Apa yang saya mampu lakukan adalah berdoa semoga saya dapat meneruskan kerjaya seni saya kerana ini adalah punca pendapatan saya. Saya membisu bukan bermakna saya mengiyakan. Sekarang ini saya perlu masa untuk selesaikan banyak perkara dan untuk menguruskan semula kerjaya seni saya yang sebelum ini agak terganggu dan merosot."

Alyah juga turut meluahkan rasa kecil hati kerana cara penulisan tersebut namun percaya ada jalan penyelasaian untuk menjernihkan semula keadaan.

Alyah juga memberitahu jika ada waktu dan apabila dia sudah bersedia, kemungkinan selepas raya Aidilfitri ini, satu sidang media akan dibuat mungkin selepas raya untuk menerangkan satu-satu bagi memulihkan keadaan.

Rakaman Stailista Unplugged

Komen via Facebook

Komen

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Posted: 14 Jul 2013 08:05 PM PDT

Program travelog "Unsung Places" yang membawa penonton TV3 menjelajah dan menerokai destinasi luar biasa dengan tarikan tersembunyi kembali dengan paparan yang lebih menarik dan segar di bulan Ramadan ini. Khusus buat tatapan penonton setia TV3, Unsung Places – Echoes of Ummah bakal membawa penonton menelurusi kisah penduduk minoriti Islam di Laos, Kemboja, Vietnam dan Nepal.

Unsung Places – Echoes of Ummah bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 7.30 malam selama 5 episod bermula 13 Julai 2013 di TV3. Ikuti pengembara muda, Fakhrulradhi yang aktif dalam Tilawah Al-Quran, seorang penceramah muda dan juga seorang vokalis kepada kumpulan nasyid, UNIC, untuk mengetahui bagaimana komuniti minoriti mengekalkan identiti Muslim mereka di wilayah yang didominasi oleh agama bukan Islam. Hayati Ramadan Di Indochina Dan Nepal Bersama Fakhrulradhi setiap hari Sabtu jam 7.30 malam di TV3

Jurnal latar budaya dan agama masyarakat minoriti Islam dirakam sepenuhnya oleh Fakhrul. Hayati pengembaraan dan pengalaman beliau untuk mengenali semua lapisan masyarakat dari anak kecil, remaja, dewasa sehingga warga emas dan cara menyesuaikan diri dengan budaya dan gaya hidup masyarakat Muslim sebagai ummah di jajahan asing yang majoriti kepimpinannya ialah bukan Islam.

Perjalanan mendekati saudara 'ummah' yang mempunyai kelainan pada latar kehidupan dan corak amalan seharian telah memberi cabaran baru kepada Fakhrul untuk mencari ruang bicara dengan beberapa individu yang boleh memberi gambaran jelas tentang status ummah di lokasi terpencil. Sejauh mana profil lokasi mempengaruhi cara hidup mereka dan apakah persepsi yang bakal dikongsikan?

Selain itu, episod akhir yang bakal bersiaran pada 10 Ogos 2013 ini fokus kepada identiti 'ummah' yang menceritakan makna hari kemenangan bagi seluruh masyarakat Islam dan bagaimana gema Islam mampu dirasai biarpun bergelar masyarakat minoriti. Saksikan pengembaraan Fakhrul yang merentasi Asia Selatan ke Asia Tenggara untuk mendekati setiap individu, berkongsi amalan tempatan, mengetahui persiapan menjelang Aidilfitri dan momen yang menjadi kelaziman mereka. Pertemuan yang tidak dijangka telah mencetuskan pengalaman baru bagi kedua-dua pihak.

Justeru, jangan ketinggalan untuk mengikuti pengembaraan Fakhrul menerusi program travelog Unsung Places – Echoes of Ummah, pada setiap hari Sabtu jam 7.30 malam mulai 13 Julai 2013 selama 5 episod. Penonton yang terlepas menyaksikan Unsung Places – Echoes of Ummah boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Fakhrulradhi Hos Unsung Places Khas Ramadan

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu