Khamis, 21 Julai 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Nasha Aziz tak dimakan usia

Posted: 21 Jul 2011 12:18 AM PDT

SETIAP kali muncul dalam mana-mana acara permaidani merah atau majlis membabitkan selebriti tempatan, pasti kelibat model dan pelakon terkenal Nasha Aziz yang mencuri tumpuan ramai.

Bukan saja menjadi artis kegemaran lensa jurugambar, malah kelibat Nasha juga menarik perhatian tetamu yang tidak lepas daripada menatap wajahnya yang memang tidak dimakan usia itu.
sebelum selepas

Foto

BERGABUNG...Nasha bersama pereka bajunya, Iszal.
Foto

MENARIK...salah satu babak Nasha dalam drama bersiri Supermak.

Itulah aura dan pesona pelakon berkaliber Nasha Aziz atau pemilik nama sebenarnya, Noraishah Abd Aziz, 40. Tampil jelita dan menawan dengan busana rona biru firus rekaan pereka terkenal Iszal dari butik Citra, Nasha tidak pernah kalah gaya dalam apa acara dan majlis sekalipun.

Selain karier seni, soalan wajib pihak media sudah pasti ingin mengorek kisah cintanya dengan kekasih hati, Nur Iman Tang Abdullah yang hangat diperkatakan ketika ini.


Justeru, pada majlis Showcase The Nyonya Blue Kebaya anjuran Rafflesia The Pearl Centre yang berlangsung di Concourse, The Weld Shopping Centre bersama 40 selebriti, petang kelmarin, Nasha tetap dikerumuni pihak media yang membuat liputan sekali lagi.


Nampaknya, Nasha tidak dapat mengelak apabila ditanya bila dia dan Iman akan mengakhiri hubungan mereka ke arah perkahwinan. Jawapan Nasha juga ringkas dan padat petang itu.

"Hubungan kami masih okay dan saya juga melihat tali silaturahim kami sebagai saudara seagama itu tidak akan putus sampai bila-bila pun. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, ada beberapa halangan buat kami menuju ke arah perkahwinan," katanya.

Ditanya sama ada dia kini ingin mengelak bercerita soal peribadi, Nasha menafikannya.

Katanya, dia faham apa yang wartawan mahu, tetapi biarlah cerita yang dilaporkan di akhbar membantu menaikkan lagi karier seni serta menguntungkan kedua-dua belah pihak.

"Janganlah cerita itu hanya untuk melariskan akhbar saja," katanya.

Namun, apabila diminta berkongsi perkembangan karier seninya, Nasha juga lebih selesa untuk bercerita lanjut mengenai perkara berkenaan.

Kata Nasha, dia sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Supermak untuk stesen TV3 bermula 19 Jun lalu.

Cerita berkenaan mula disiarkan jam 9 malam, setiap Isnin bermula 25 Julai ini.

"Saya memang suka dengan karakter Amy Salim, ibu dan suri rumah yang memiliki kekuatan dan kelajuan seorang adiwira ini. Watak ini memerlukan banyak tenaga dan aspek fizikal. Amy mewarisi keistimewaan itu dari nenek moyangnya Thani yang berasal dari kepulauan Riau.

"Watak ini agak berat kerana ia memerlukan tenaga dari hujung rambut ke kaki dari aspek fizikal dan emosi.

"Saya juga perlu melihat hasil lakonan bila ia di siarkan di kaca TV nanti. Bagi saya watak orang gila dan psiko paling mudah dijiwai berbanding karakter dalam Supermak," katanya.

Drama ini turut dibintangi barisan pelakon iaitu Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal AF dan Henzy Andalas.

Nasha juga bakal beraksi dalam filem baru arahan Din CJ berjudul Skandal pada September nanti.

Dia pegang watak pramugari atau 'mak ayam' dalam filem ini.

Berkongsi pandangannya mengenai kemunculan artis baru pula, kata Nasha, dia juga pernah menjadi artis baru sebelum menempa nama seperti hari ini.

"Saya juga bermula dari dunia peragaan dan terus bertahan selama 25 tahun dalam industri. Bukan mudah untuk terus bertahan dalam industri seni kerana anda perlu berikan yang terbaik mengikut kemampuan.

"Anda perlu ada bakat besar, minat mendalam dan kerja keras untuk mendapat tempat dalam industri seni.

"Maklumlah, kita bukanlah bintang seperti di Hollywood yang ada kedudukan yang stabil," katanya.

Mengulas aktiviti pada Ramadan pula, kata Nasha, dia juga masih terbabit dengan penggambaran drama Supermak pada bulan yang mulia itu.

"Nampaknya, saya akan berpuasa dan berbuka di lokasi bersama pelakon dan kru drama ini. Sebenarnya, saya juga tidak tahu drama ini bakal menjalani penggambaran sehingga memasuki Ramadan ketika menandatangani kontrak cerita ini dulu.

"Seperti yang kita tahu, waktu solat Maghrib juga singkat pada Ramadan. Apapun, ia terpulanglah pada budi bicara sesebuah produksi untuk beri peluang pada pelakon dan kru mereka buat ibadah di lokasi.

"Sebagai pelakon, saya sendiri sedia maklum waktu penggambaran memang tidak tentu masa apatah lagi cerita Supermak membabitkan banyak aspek teknikal dan elemen futuristik.

"Terus-terang, selepas lima tahun, ini kali pertama saya terbabit berlakon pada Ramadan. Apapun, saya tetap mencuri peluang untuk beribadah bagi sama-sama memperoleh keberkatan pada Ramadan yang bakal tiba ini," katanya.



PROFIL:

NAMA SEBENAR: Noraishah Abdul Aziz
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 14 Mei 1971
STATUS: Bujang
KERJAYA: Model dan pelakon

ANTARA DRAMA: Duit Free, Drama Cik Mala Janda Berhias, Inspirion, Inikah Cinta, Diari Datin dan Kasih Tercipta

TEATER: Lantai T Pinkie

FILEM: Sepi, Otai, Puaka Tebing Biru, Buli Balik, Kemarau Cinta, Tak Ori Tapi Ok, Cinta Luar Biasa, Buli, Trauma, Laila Isabella, Gerak Khas The Movie, Bara, Burung Besi, Puteri Impian, Kad Cinta

PENCAPAIAN: Festival Filem Malaysia ke-17 (2004): Pelakon Wanita Terbaik dan Festival Filem Malaysia ke-14: Bintang Harapan Wanita Terbaik (1999)

Bertuahnya Sara

Posted: 21 Jul 2011 12:16 AM PDT

Kesan daripada Nur Kasih The Movie

WAJAH jelita yang ada pada gadis berusia 21 tahun ini disusuli bakat serta kesungguhan yang ada, menjadi tiket baginya untuk meredah industri seni dengan penuh bergaya.
Sara Ali, mungkin nama yang agak asing bagi dunia seni hari ini, namun gadis bermata galak yang sudah membintangi enam filem sepanjang tahun itu berkata, setiap peluang yang diperolehi bukan kerana populariti.
Sebaliknya, dia percaya ia dipengaruhi oleh bakat dan kebolehan yang dimilikinya. Ironinya, tanpa nama yang cukup kukuh di persada seni, muka baru sepertinya sudah disanjung dan dipuja pengarah drama dan filem yang mengesan bakatnya.

Biarpun memang masih baru dalam laluan seni, Sara sebenarnya sudah membintangi filem seperti Sesuatu Yang Tertinggal, Penunggu Istana, Klip 3GP, Nur Kasih The Movie, Jangan Pandang-Pandang serta Songlap.

Filem Penunggu Istana sudah ditayangkan, begitu juga dengan Nur Kasih The Movie. Namun, dalam Nur Kasih The Movie yang menjadikan penampilannya mula menjadi sebutan dan tanda tanya mengenai dirinya di kalangan penonton.

Dalam filem itu, dia memegang watak sebagai gadis yang sering dilanda resah kerana sering diekori oleh teman lelakinya.
"Watak yang dilakonkan saya dalam enam filem itu bukanlah watak kecil apabila empat daripadanya adalah watak utama dan selebihnya adalah watak sokongan.
Bagi filem Songlap saya melakonkan watak di sisi Shaheizy Sam dan Syafie Naswip," katanya ramah menghulur kata.

Sara yang tidak pernah lokek berbicara ini, berkata kebanyakan pengarah dan penerbit yang menawarkan peluang lakonan kepadanya memberitahu tarikan matanya yang galak dilihat bersesuaian untuk menjayakan watak dalam filem yang dilakonkannya itu.

"Sejujurnya, saya tidak sangka peluang berlakon akan datang silih-berganti. Secara logik, saya masih terlalu baru dan tidak dikenali pun tetapi pihak penerbit dan pengarah berani mempertaruhkan saya dalam filem itu," katanya tersenyum.

Tambah Sara, pada awalnya, dia sekadar ingin mencuba nasib apabila menghadiri sesi uji bakat filem Sesuatu Yang Tertinggal pada Mac tahun ini.

Terpaksa tampar Farid Kamil

MENYANGKAKAN pembabitan dalam filem seram itu adalah yang pertama dan terakhir buatnya, dia bagaimanapun terkejut apabila satu persatu peluang menyusul selepas itu ekoran bakat dan tarikan matanya.

"Pada awalnya, saya sekadar mencuba nasib ketika menghadiri ujibakat filem Sesuatu Yang Tertinggal arahan Asrulhisyam Ahmad. Memang pada saya tidak percaya dan tidak hadir pada hari uji bakat yang dijalankan sehinggalah pihak produksi menghubungi saya lagi dan memberitahu uji bakat di jalankan di Sri Pentas dan barulah saya percaya dan hadir," katanya yang meminjam nama datuknya, Ali sebagai nama komersial di arena seni.

Memegang nama sebenar sebagai Sara Hairi, gadis berperwatakan lincah ini memberitahu, dia langsung tidak terfikir untuk berada di landasan sebelum ini dan keluarganya juga tidak mempunyai latar belakang dalam bidang seni namun seruan seni mula memanggil namanya sebaik menamatkan pengajian.

"Sebelum ini saya suka menonton drama seorang dan mungkin dari situ terbitnya rasa ingin berlakon. Lagipun niat asal saya hanya mahu menambah duit poket selepas tamat bergelar pelajar," katanya manja.

Menurutnya lagi, dia mahu terus fokus dalam bidang lakonan walaupun hakikatnya dia dilahirkan oleh Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan seni bina.

"Semua filem saya akan ditayangkan tahun depan," kata anak sulung daripada dua beradik ini yang mendapat sokongan keluarga ini.

Dia yang ditemui pada Majlis Pra Tonton Drama Wasiat dan Hantu Motel, baru-baru ini juga sempat mengulas kehadirannya dalam drama bersiri Wasiat arahan Faisal Ishak yang menggandingkan dia dan Farid Kamil.

"Mula-mula saya berlakon dengan Farid, masing-masing cuba mengawal perangai sehinggalah membuatkan kami akrab dan seperti keluarga dalam produksi," katanya.

Beto Kusyairi yang turut berlakon dalam drama Wasiat adalah rakan amat selesa untuk didekati selain tidak menafikan keseluruhan kru yang memberikan kerjasama yang terbaik.

"Dalam drama ini saya perlu menampar Farid dan ia menggunakan teknik kamera dan saya perlu menghayati watak supaya ia menjadi. Selain itu, kena menunggu kuda.
Saya tidak pernah menunggang kuda dan ini kali pertama dan satu pengalaman yang baik," katanya sambil menyatakan penggambaran drama itu kebanyakannya dilakukan di sekitar Kuang, Selangor.

Katanya, personaliti diri yang agak kasar memberikan dia satu cabaran sebagai pelakon untuk membawa watak gadis yang lembut namun berjaya ditangani sebaik mungkin.

"Saya berharap drama ini akan diminati dan mendapat hati di jiwa peminat drama tempatan," katanya.

Rozita Che Wan Tolak Tuduhan Kongkong Shahir

Posted: 20 Jul 2011 07:17 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan yang terus dikatakan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) menolak tuduhan kononnya dia terlalu mengongkong penyanyi itu sehingga menyebabkan Shahir membatalkan aktiviti seninya pada saat-saat akhir.

Kata Rozita, walaupun berasa rimas kerana terus dikaitkan dengan penyanyi berusia 24 tahun itu, dia cukup terbuka dan memberikan kerjasama sebaik mungkin setiap kali diajukan pertanyaan tersebut.

"Kalau diikutkan saya memang rimas dan letih kerana terus dikaitkan dengan cerita-cerita begini yang tidak pernah berkesudahan. Tuduhan itu sebagai sesuatu yang tidak berasas.

"Namun, saya memberikan kerjasama dengan menjawab sebarang pertanyaan kontroversi yang mengaitkan diri saya dengan sebaik mungkin," katanya yang ditemui pada acara The Blue Kebaya Showcase di pusat beli-belah The Weld, di sini, Selasa.

Rozita memberitahu, tuduhan terbaru itu adalah sesuatu perkara yang tidak benar sama sekali kerana tiada sebab untuk dia mengongkong kerjaya seni orang lain.

Malah menurut Rozita, dia sendiri tidak mengetahui jadual kesenian Shahir selain tidak pernah masuk campur dalam apa juga urusan yang berkaitan dengan aktivitinya.

"Secara logiknya, kenapa pula saya hendak kawal atau kongkong dia? Saya pun tidak tahu-menahu tentang jadual kerjanya, apatah lagi untuk mengongkong dia.

"Saya tidak pernah kawal Shahir, kehidupan atau kerjayanya. Itu adalah urusan peribadinya dan tiada kena-mengena dengan saya pun," katanya lagi.

Ditanya tentang perkembangan kerjayanya, Rozita berkata, dia akan terus sibuk dengan beberapa komitmen lakonan menjelang bulan Ramadan pada awal bulan depan.

"Saya akan memulakan penggambaran drama untuk TV9 mulai esok dan ada beberapa projek drama lain lagi.

"Sepanjang Ramadan ini, saya akan terus sibuk dengan beberapa komitmen lakonan juga," katanya yang bakal muncul dengan beberapa drama Raya termasuk Pontianak Baru Kampung Batu, Kiah Pekasam dan Jaguh Kampung.

Erra Fazira Teruja Duet Dengan Sohaimi Mior Hassan

Posted: 20 Jul 2011 07:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Lagu terbaru berjudul Dalam Rumah Tangga nyanyian Erra Fazira dan Sohaimi Mior Hassan mempunyai "mood" seperti gandingan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Puan Seri Saloma.

Penyanyi Erra yang telah lama tidak beraksi dalam bidang nyanyian akui teruja dengan projek terbarunya itu.

"Lagu Dalam Rumah Tangga telah siap dirakam dan diperdengarkan kepada pendengar. Nyanyian saya dengan abang Sohaimi lebih kurang seperti "mood" nyanyian Saloma dan P.Ramlee," kata Erra dalam satu sidang media di rakaman program Mari Berdansa Aidilfitri di Astro Bukit Jalil, di sini, Selasa.

Jelasnya, "single" tersebut dapat mengubat rindunya kepada bidang nyanyian.

Malah kata Erra, dia tidak menolak untuk bekerjasama dengan bekas protegenya, Salma yang menjuarai program Mentor baru-baru ini.
Sohaimi Mior Hassan

Erra turut mengakui agak rugi kerana gagal menghasilkan album ketika bernaung di bawah syarikat rakaman Suria Record (SRC) tidak lama dulu.

"Saya sudah habis kontrak dengan SRC dan hanya sempat merakamkan lima buah lagu. Saya memang rindu untuk tampil dengan lagu baru tetapi saya sibuk dengan dunia lakonan saya," katanya.

Tambahnya:"Kalau mahu menghasilkan album baru, saya akan memilih lagu yang luar biasa. Saya gemarkan genre balada dan irama rancak."

Sekali-sekala, ibu kepada seorang anak ini masih memenuhi undangan nyanyian di majlis korporat dan tertutup.

Beralih kepada dunia lakonan, Erra akan sibuk untuk pementasan teater "Badai Semalam" selepas Hari Raya Aidilfitri depan.

Selain itu dia dijangka akan berlakon sebagai pembunuh upahan dalam sebuah filem pada hujung tahun ini.

Kes Khalwat Tangguh Lagi, Raja Azmi Terus Kecewa

Posted: 20 Jul 2011 07:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penerbit filem kontroversi ... Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman pada Rabu, memberitahu bahawa hidupnya tidak akan tenteram selagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak menyelesaikan siasatan kes khalwat dirinya dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan segera.

Isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek itu juga menambah, dirinya akan bergelumang dengan rasa malu selagi kes itu yang telah berjalan selama empat bulan tidak diputuskan oleh pihak berkuasa terbabit selepas beberapa kali tertangguh.

"Saya benar-benar berharap keputusan mengenai perkara ini berjalan dengan secepat mungkin, sama ada kami akan dituduh berkhalwat atau tidak.

"Hidup saya memang diselubungi dengan pelbagai perkara sensasi, tetapi saya tidak boleh menerima apabila diri saya diaibkan," katanya semasa ditemui di luar pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jawi, di sini.

Wanita berkulit cerah itu hadir pada pukul 8 pagi dengan memakai baju kurung berbunga merah dan ditemani oleh Jailani.

Raja Azmi sekali lagi tidak dapat menahan esakan apabila menerima berita bahawa keputusan siasatan tersebut akan ditangguhkan kepada 22 Ogos ini ekoran pegawai pengendali kes menghadiri majlis tilawah Al-Quran.

Roslin yang hadir selang beberapa minit selepas Raja Azmi juga meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa, pegawai yang mengendalikan kes itu akan mempunyai urusan lain setiap kali mereka hadir ke pejabat tersebut.

"Kesabaran saya juga ada hadnya. Sampai bila kami harus menunggu? Kenapa setiap kali tarikh yang ditetapkan, pegawai terbabit tiada?

"Kakitangan bahagian tersebut juga memberitahu bahawa dia tidak boleh melakukan apa-apa kerana hanya mengikut arahan," kata Roslin yang berada di pejabat berkenaan selama hampir sejam.

Sebelum ini Raja Azmi, Roslin dan Jailani dipanggil memberi keterangan di hadapan pegawai penyiasat bertugas berhubung laporan kesalahan berkhalwat tanpa tangkapan mengikut Seksyen 58 sub seksyen 1 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560).

Selepas memberi keterangan, Raja Azmi dan Roslin kini menunggu kata putus daripada Jawi untuk mengetahui sama ada mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah atas tuduhan tersebut.

Sekiranya berlaku pendakwaan, Raja Azmi dan Roslin boleh didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira jam 8.30 malam.

Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat. Dakwaan khalwat itu juga dinyatakan oleh Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada 18 Ogos 2010.

Sara Ali Menggigil Sebelum 'Ditampar' Yasmin Hani

Posted: 20 Jul 2011 07:15 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Sara Ali mengakui menggigil apabila melakonkan babak yang memerlukannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon Yasmin Hani dalam drama Wasiat yang bakal disiarkan di Astro Prima 27 Julai ini.

Kata Sara, kakinya berasa kaku apabila melontar kata-kata itu sebelum ditampar oleh Yasmin Hani yang memegang watak ibu tiri kepada kekasihnya lakonan Farid Kamil.

"Saya tidak tahu kenapa saya rasa sangat takut sehingga menggigil dan kaku untuk melakonkan watak tersebut, mungkin kata-kata tersebut terlalu kasar yang pernah saya ungkapkan, tapi Alhamdulillah babak tersebut berjaya dilakukan dengan baik.

"Dalam babak tersebut, selepas melontarkan kata-kata kesat, Yasmin menampar saya, mungkin babak tersebut juga antara babak yang saya dapat menjiwainya," katanya ketika majlis pra tonton drama Wasiat dan Hantu Motel, di sini, Isnin.

Turut hadir barisan pelakon drama Wasiat dan Hantu Motel seperti Yasmin Hani, Beto Kusyairi, Azharani, Bell Ngasri dan Faisal Ishak.

Tambah Sara, dia juga terpaksa mengambil masa untuk mendapatkan keserasian dengan pelakon-pelakon yang lain terutamanya Farid Kmail dan Yasmin Hani kerana kali pertama bergandingan.

"Pada mulanya memang agak risau dan perasaan kurang keyakinan untuk berlakon bersama pelakon-pelakon senior yang sudah ada nama ini.

"Saya mengaku terpaksa ambil masa untuk mendapat keserasian dengan mereka, tapi lama kelamaan kami sudah seperti adik beradik," ujarnya.

Dalam pada itu, Sara berkata cabaran utamanya apabila melakonkan watak Hanna yang merupakan seorang gadis bersifat lemah lembut.

"Saya seorang yang kasar, jadi apabila disuruh bawa watak gadis lembut dan ayu saya rasa sangat sukar kerana bertentangan dengan karakter sebenar saya.

"Apa yang saya buat ialah membuat kajian terhadap kawan baik saya yang juga seorang model, saya lihat bagaimana dia berjalan dan bercakap," katanya.

google: sara ali, sara ali seksi, sara ali hot, sara ali bogel ,buah dada sara ali, sara ali 2011, sara ali facebook, sara ali blog, sara ali twitter, sara ali myspace, sara ali gambar, gambar terkini terbaru sara ali, sara ali dan pakwe, sara ali dan boyfriend, terkini terbaru sara ali, biodata sara ali, bio sara ali, profil sara ali, drama sara ali, berita 2011 sara ali

Intan Sarafina Hamil Anak Ke-2

Posted: 20 Jul 2011 07:13 PM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya telah mencecah hampir lima bulan.

Disebabkan hamil dan komitmen dengan keluarga membuatkan Intan semakin menyepi dalam industri seni tanah air.

"Alhamdulillah, saya mengandung anak kedua yang kini bakal memasuki usia lima bulan.

"Saya rasa sudah tiba masanya untuk menambah cahaya mata memandangkan anak pertama saya, Megat Evan Raez sudah berusia setahun lapan bulan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Kata pelakon drama "Suara Hati" ini, kemungkinan bayi yang akan lahir itu adalah lelaki.

"Alhamdulillah, bayi dalam kandungan ini berada dalam kandungan sihat dan saya tidak mengalami alahan.

"Saya hanya menjalani aktiviti harian seperti biasa cuma kurang masa untuk aktif kembali dalam karier seni," jelasnya.

Tambahnya lagi: "Selain sibuk menguruskan rumah tangga, saya juga sibuk membantu suami menguruskan perniagaannya secara kecil-kecilan."

Intan berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli hampir tiga tahun lalu.

Nasib Benjy Diputuskan 17 Ogos Depan

Posted: 20 Jul 2011 07:06 PM PDT

Keputusan yang akan dibuat oleh Majistret Hafizza Sauni bakal menentukan sama ada anak lelaki tunggal seniwati Azean Irdawaty itu bersalah atau dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapi.

Benjy, 33, didakwa memiliki dadah itu pada pukul 4 petang, 11 Mac lalu di sebuah rumah bernombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Persimpangan Jalan Segambut, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Sementara itu, pada hujahan yang dikemukakan oleh peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy, beliau menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk menimbangkan faktor bahawa dadah yang ditemui di bahagian atas rak buku di ruang tamu rumah berkemungkinan bukan milik Benjy.

"Dadah tersebut mungkin kepunyaan Afifi Hamid (bekas pembantu peribadi Benjy) yang telah didapati positif syabu atau kepunyaan rakan bernama Nor Azizi yang dikatakan telah berkunjung ke rumah itu dan dilihat mengambil syabu pada malam itu," katanya.

Sehubungan itu, Amer Hamzah memohon agar Benjy yang pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd Halim bagaimanapun membidas hujahan itu dengan berkata, kewujudan Nor Azizi atau 'Ji' hanya ditimbulkan selepas Benjy dipanggil untuk membela diri dan tidak pernah disoal kepada Nor Afifi semasa wanita itu dipanggil sebagai saksi pendakwaan.

Malah, kewujudan 'Ji' juga tidak pernah dinyatakan kepada isteri Benjy, Safiya Stephanie Kar-Leng Lee, 29, atau kepada pembantu rumah, Sunami Isna, 51, yang tinggal di rumah tersebut.

"Adakah 'Ji' ini cerita tambahan atau pakatan antara tertuduh dan Afifi?," kata Noor Mawarni dan menambah, pembelaan Benjy adalah bersifat penafian semata-mata dan difikirkan semula.

Noor Mawarni juga menambah, keterangan Benjy dan Afifi perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati kerana mereka adalah saksi yang berkepentingan.

Ini kerana, Benjy merupakan tertuduh dalam kes ini manakala Afifi telah yang mengenali pelakon tersebut sejak tiga tahun lalu mengakui dia sayang kepada Benjy.

"Malah, pihak pendakwaan juga telah mencabar kebolehpercayaan Afifi kerana memberikan keterangan yang berbeza di mahkamah berbanding percakapannya kepada pihak polis," katanya.

Selain itu, Noor Mawarni juga memohon agar mahkamah mengambil kira bahawa Benjy adalah seorang pelakon yang telah mula berlakon pada usia setahun dan setengah bulan dan tidak mustahil bahawa pembelaan yang dikemukakannya di mahkamah adalah lakonan.

Amer Hamzah membidas hujahan itu dengan berkata: "Jika begitu, semua pelakon jika didakwa di mahkamah akan menghadapi kesukaran untuk membela diri kerana akan dianggap sebagai lakonan."

Arrora Salwa Bukan Seorang Janda

Posted: 20 Jul 2011 07:06 PM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Arrora Salwa menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya pernah berkahwin dan kini berstatus janda.

Dia juga menafikan lagu popularnya yang berjudul Ahmad itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kehidupan masa lalunya.

"Saya tidak pernah berkahwin terutamanya dengan VIP seperti yang khabarkan, saya tidak tahu bagaimana berita itu tersebar.

"Lagu tersebut yang dikatakan mempunyai kena mengena dengan lelaki dalam hidup saya juga sebenarnya hanyalah sekadar nyanyian sahaja," ujarnya.

Arrora menjelaskan dakwaan dan khabar angin mengatakan dirinya merahsiakan status sebagai seorang janda.

Gosip tersebut turut mengatakan bahawa dia pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang VIP ketika bekerja sebagai anggota polis.

Bagaimanapun, jelas wanita yang pernah menjawat jawatan sebagai Lans koperal dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini, dia lebih suka mendiamkan diri dari terus melatah.

"Sebenarnya saya tidak mahu beri sebarang respons tentang gosip itu, biarlah orang mahu cakap apa sahaja sebab saya bukan jenis yang suka melenting dan besarkan cerita," ujarnya.

Ketika ditanya tentang keputusannya meninggalkan kerjaya dalam bidang kepolisan, Arrora berkata dia tekad bagi mencari kepuasan dalam kerjayanya.

"Saya menjadi polis lebih 7 tahun kerana ia adalah permintaan daripada keluarga, manakala saya tidak dapat kepuasan seperti yang saya inginkan.

"Kemudian saya tekad untuk berada dalam bidang ini, bagi saya kita akan dapat apa yang kita mahukan jika kita tahu matlamat sebenar kita berada di sini," ujarnya yang kini sedang berjinak-jinak dalam bidang lakonan televisyen.

google: arrora salwa, arrora salwa facebook, arrora salwa blog, arrora salwa twitter, arrora salwa seksi, arrora salwa hot, arrora salwa myspace, arrora salwa 2011, biodata arrora salwa, profile arrora salwa, arrora salwa bio, arrora salwa bogel, gambar terkini terbaru arrora salwa 2011, skandal arrora salwa, berita arrora salwa, terkini terbaru arrora salwa, arrora salwa dan keluarga, gambar arrora salwa dan suami

Johan As’ari (Juvana) Tak Mahu Hanyut Dek Populariti

Posted: 20 Jul 2011 06:57 PM PDT

PETALING JAYA: Dek penangan drama Juvana, pelakon Johan Arrif As'ari (Johan As'ari) yang popular dengan gelaran Botak dalam drama bersiri itu semakin dihambat dengan populariti.

Bagaimanapun, pemuda berusia 25 tahun ini tidak mahu dirinya hanyut dengan sambutan luar biasa penonton yang menggemari siri budak sekolah jahat yang baru sahaja melabuhkan tirainya di TV3 pada Isnin.

"Saya sangat menghargai dan bersyukur dengan sokongan peminat kerana mereka mengenali saya berdasarkan bakat yang ada.

"Soal populariti bukan di tangan saya tetapi di sebalik orang yang menyokong saya selama ini. Saya masih menjadi diri saya dan akan terus maju ke depan serta berusaha menjadi lebih baik pada masa akan datang," katanya yang dalam masa sama berharap tidak lupa diri.

Episod akhir yang baru berlalu menunjukkan Botak dipenjarakan disebabkan menganiaya rakan-rakannya dan berkomplot dengan Encik Raja (pengetua) di Sekolah Wira Bakti dalam kes pecah amanah.

Tetapi akhirnya Botak insaf dengan perlakuan jahatnya selepas dipenjarakan. Sepuluh tahun selepas itu, Botak yang menyertai sukan tinju peringkat Asia telah memenangi pingat emas dalam acara itu.

Sebalik kejayaan yang disandarkan daripada peminatnya, Johan yang sedang menangguhkan pengajiannya dalam bidang Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) ini tidak kekok untuk melayan karenah peminat yang datang daripada pelbagai latar belakang.

"Sepanjang saya menyertai promosi drama "Juvana" di Karnival Jom Heboh, ada peminat yang sanggup datang selama dua hari berturut-turut dari awal pagi hingga malam dan menghadiahkan pelbagai jenis hadiah menarik.

"Saya juga rasa terharu dengan penerimaan peminat dari luar negara yang menonton "Juvana" dari Internet. Ada juga yang menjadikan drama ini sebagai kajian dalam pengajian mereka," ceritanya yang suka berceloteh.

Menurutnya yang mula berlakon dalam drama "Penunggu Gunung Raya", hubungannya dengan peminat tidak mungkin akan terputus selepas berakhirnya drama itu sebaliknya mereka yang merindui Botak boleh menontonnya dalam telefilem Kesuma Jiwa terbitan RTM pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Para peminat juga boleh mengikuti akaun Twitter Johan iaitu @JohanAsari atau melayari laman sosial Facebook Johan Arrif Asari.

Menyentuh sedikit tentang gosip cintanya dengan pelakon Juvana, Izreen Azminda, dia bagaimanapun menepis secara berhemah dengan mengatakan mereka sekadar berkawan baik.

"Kami mudah serasi disebabkan masing-masing berasal dari Utara kerana kampung nenek saya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang manakala Izreen dari Perlis.

"Jadi, kami senang berkomunikasi apabila berhubung atau bertemu. Tetapi sekarang, kami sudah jarang bertemu kerana sibuk dengan komitmen masing-masing," ujarnya yang tinggal di Ampang dan pernah bersekolah di Pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia.

Bagaimanapun pengajiannya hanya bertahan lebih setahun dan berjaya menghafaz lebih satu juzuk dalam al-Quran.

google: johan as'ari, johan as'ari facebook, johan as'ari blog, johan as'ari twitter, johan as'ari myspace, johan as'ari 2011, johan as'ari juvana, johan as'ari profile, johan as'ari biodata, johan as'ari bio, johan as'ari gambar terkini terbaru, johan as'ari skandal, gosip johan as'ari, foto johan as'ari, awek johan as'ari, makwe johan as'ari, johan as'ari hot, johan as'ari seksi

Yasmin Hani Sahkan Bakal Kahwin Shahrin (Black Rose)

Posted: 20 Jul 2011 06:56 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Yasmin Hani, 32, mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung Oktober ini dengan bekas pemain dram Black Rose yang juga bekas suami kepada pelakon Ida Nerina iaitu Shahrin Razali.

Jelas Yasmin Hani atau lebih mesra dipanggil Hani, majlis yang akan diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang itu akan diadakan secara kecil-kecilan dan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

"Saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Oktober dan majlis tersebut akan diadakan secara kecil kecilan yang akan dihadiri oleh rakan terdekat dan ahli keluarga.

"Segala persiapan perkahwinan, Insya-Allah sudah siap dan hanya tinggal beberapa perkara tentang peraturan perkahwinan yang masih belum selesai,

"Saya hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama di Duchess Place, Jalan Ampang," katanya yang ditemui di Majlis Pra-Tonton drama terbaru Astro Prima, di sini, Isnin.

Tambah Hani, dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang adalah masa yang paling tepat, malah dia menganggap kehadiran Shahrin bagaikan melengkapi lagi kehidupannya.

"Saya rasa usia sekarang adalah paling tepat kerana masing-masing sudah stabil dari segi ekonomi, sudah mampu untuk berfikir dengan matang dan mempunyai kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.

"Lagi pula hati saya sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menjalani kehidupan berkeluarga," katanya.

Ditanya tentang kelebihan Shahrin di mata pengacara Beat TV ini, Hani berkata Shahrin seorang lelaki yang penyayang dan kelakar.

"Dia seorang yang susah untuk difahami, kadang-kadang keluarga dia sendiri tidak tahu perangai dia.

"Kami banyak berkongsi minat yang sama seperti muzik dan laut, manakala banyak sifat-sifat kami yang saling melengkapi," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang perancangan selepas berkahwin, Hani berkata dia masih terus bekerja seperti biasa dalam industri ini.

Gambar marsha londoh yang seksi dan hot 2011

Posted: 20 Jul 2011 08:56 AM PDT






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu